Sulit 1249/1 Sejarah Kertas 1 2021 1 Jam

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

SULIT

1249/1

Sejarah Kertas 1

2021

1 jam

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 4 2021

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DULANG, 06900, YAN, KEDAH

SEJARAH KERTAS 1

(1249/1)

Satu Jam

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan , iaitu A,B,C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu
jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan
jawapan yang baru.

Disediakan oleh: Disemak oleh :

______________________ ____________________

(Nazri Bin Jamaluddin ) (Norhayati Binti Yasak)

Guru Sejarah GK Manusiaan

SMK Dulang SMK Dulang

Kertas peperiksaan ini mengandungi 11 halaman bercetak


1. Manakah antara berikut merupakan kerajaan terawal di Alam Melayu?

A. Kerajaan Funan

B. Kerajaan Champa

C. Kerajaan Srivijaya

D. Kesultanan Melayu Melaka

2. Apakah kerajaan yang wujud selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka?

A. Kerajaan Johor Riau

B. Kerajaan Majapahit

C. Kerajaan Srivijaya

D. Kerajaan Jambi

3. Apakah undang-undang yang dilaksanakan dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?

I. Undang undang Manu

II. Hukum Kanun Melaka

III. Undang-undang laut Melaka

IV.Undang-undang 99 Melaka

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

4. Kerajaan manakah yang dapat dikaitkan dengan Sistem Pembesar Empat Lipatan?

A. Kesultanan Melaka

B. Majapahit

C. Srivijaya

D. Johor Riau

5. Apakah peranan laksamana dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?

A. Ketua pentadbir

B. Ketua angkatan laut

C. Pengurus kewangan

D. Penjaga Kota Melaka


6. Apakah yang dimaksudkan “Kawasan pegangan” dalam pemerintahan Kesultanan Melaka?

A. Kawasan yang diberi oleh Sultan kepada putera raja untuk ditadbir

B. Kawasan yang diberi oleh Sultan kepada keluarga diraja untuk ditadbir

C. Kawasan yang diberi oleh Sultan kepada pembesar berempat untuk ditadbir

D. Kawasan pemerintahan raja berdaulat

Kesultanan Melayu Melaka


memperolehi wilayah Wilayah X
melalui perkahwinan dan
persahabatan.

7. Berdasarkan penyataan dia atas, apakah wilayah X ?

A. Wilayah taklukan

B. Wilayah naungan

C. Wilayah pegangan

D. Wilayah kedaulatan

8. Apakah maksud wilayah taklukan?

A. Wilayah diperolehi melalui persahabatan

B. Wilayah diperolehi melalui perkahwinan

C. Wilayah diperolehi melalui perdagangan

D. Wilayah diperolehi melalui peperangan

9. Siapakah yang memperkenalkan undang-undang laut Melaka?

A. Sultan Ahmad Shah

B. Sultan Mansur Shah

C. Sultan Mahmud Shah

D. Sultan Muzaffar Shah

10. Dalam undang-undang laut Melaka, malim adalah seorang yang harus arif tentang ilmu
pelayaran. Apakah hukuman seorang malim yang lalai sehingga menyebabkan kerosakan kapal?

A. Dibuang daerah

B. Dihukum bunuh

C. Digantung kerja

D. Dipenjara
11. Raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik dan jaminan keselamatan kepada
rakyatnya. Bagaimanakah rakyat membalas tanggungjawab tersebut?

A. Memberi tanah

B. Menjalankan khidmat raja

C. Memberikan taat setia

D. Menjadi hamba raja

12. Bagaimanakah sesuatu sempadan kerajaan Melayu tradisional ditentukan?

A. Sungai

B. Benteng

C. Kesetiaan rakyat

D. Pengiktirafan sultan

13. Golongan hamba raja wujud dalam kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Bagaimanakah wujudnya golongan tersebut?

A. Tawanan perang

B. Hadiah raja negeri lain

C. Berketurunan hamba

D. Gagal membayar hutang

14. Apakah peranan laksamana dalam system pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?

A. Ketua pentadbir

B. Ketua angkatan laut

C. Pengurus kewangan

D. Penjaga Kota Melaka

Hans Kohn

15. Apakah maksud nasionalisme menurut tokoh di atas?

A. Fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa

B. Perjuangan menentang penjajahan melalui persatuan dan perpaduan yang kuat


C. Kesedaran dan ketegasan diri akibat ancaman terhadap kepentingan orang Melayu

D. Satu gerakan yang meletakkan kesetiaan hanya kepada bangsa dan negaranya

16. Maklumat di bawah merupakan karya John Locke, seorang ahli falsafah Inggeris.

Two Treatises of Government

Apakah prinsip pemerintahan yang ditekankan dalam karya tersebut?

A. Raja berkuasa mutlak

B. Raja Berperlembagaan

C. Sistem Demokrasi Berparlimen

D. Sistem Republik Berperlembagaan

17. Revolusi Amerika yang berlaku pada tahun 1776 merupakan reaksi orang Amerika menentang

penjajahan British. Mengapakah revolusi tersebut tercetus?

I. Menegakkan kedaulatan parlimen

II. Memperkenalkan pelbagai jenis cukai

III. British tidak melindungi hak penduduk

IV. Mempertahankan pemerintahan autokratik

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

18. Maklumat di bawah merupakan dua pertubuhan yang memulakan gerakan nasionalisme awal di

India.

▪ Brahmo Samaj
▪ Arya Samaj
Apakah isu yang dibangkitkan oleh pertubuhan tersebut?

A. Kecintaan kepada budaya tempatan

A. Pengenalan sistem pemerintahan Islam

B. Pengenalan kepada sistem birokrasi Barat

C. Penubuhan parti-parti politik bersifat radikal

19. Gerakan kebangkitan rakyat China di pelopori oleh Dr. Sun Yat Sen. Beliau mengemukakan

Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-i) Apakah X?

A. Demokrasi
B. Kekuatan tentera

C. Kemajuan ekonomi

D. Pemerintahan komunis

20. Gambar di atas merupakan dua orang tokoh yang mempelopori Gerakan Islam di Mesir.

Apakah saranan gerakan tersebut?

A. Mengubah budaya tempatan

B. Memperjuangkan kebajikan sosial

C. Menggiatkan rasa cinta kepada agama

D. Berpegang kepada ajaran Islam sebenar

21. Antara berikut, pertubuhan yang manakah ditubuhkan semasa gerakan nasionalisme

berlaku di Filipina?

I. Katipunan

II. Liga Filipina

III. Sarekat Islam

IV. Parti Komunis Filipina

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

22. Apakah isu yang dibangkitkan oleh Persatuan Belia Buddha di Burma?

A. Isu kasut

B. Isu bangsa Burma

C. Isu pemisahan Burma dan India

D. Isu pengenalan pelbagai jenis cukai


23. Apakah kesan dari penubuhan Jelutong Press?

A. Memakmurkan ekonomi

B. Mengalakkan persaudaraan Islam

C. Mengembangkan fahaman demokrasi

D. Menyemarakkan kegiatan nasionalis

24. Tokoh di bawah mempelopori perjuangan untuk memajukan pendidikan kaum wanita di
Indonesia.

Apakah karya beliau yang telah diterbitkan di Eropah?

A. Sumpah Pemuda

B. Kerikil-kerikil Tajam

C. Putera Gunung Tahan

D. Hilang Gelap Terbitlah Fajar

25. Nasionalisme di Thailand bertujuan mempertahankan kedaulatan negara dan menuntut


penglibatan rakyat dalam pemerintahan.

Bagaimanakah Raja Mongkut mempertahankan kemerdekaan negaranya?

A. Menakluk Tanah Melayu

B. Bersahabat dengan China

C. Melaksanakan birokrasi Barat

D. Berkerjasama dengan Jepun

26. Jadual yang berikut berkaitan dengan revolusi yang berlaku di Eropah pada abad ke-17 dan abad
ke-18.

Tahun Revolusi
1868 Revolusi Keagungan England
1789 Revolusi Perancis

Apakah kesan Revolusi tersebut terhadap Eropah?


A. Kuasa Rakyat terjejas
B. Ideologi komunis terhalang
C. Kuasa raja mutlak diperkukuh
D. Kerajaan berpelembagaan ditegakkan

27. jadual yang berikut berkaitan dengan Tindakan pemerintah Thailand.

Pemerintah Tindakan
Thailand
Raja Mongkut
Raja Memperkenalkan sistem birokrasi
Chulalongkorn Barat

Mengapakah pemerintah Thailand mengambil Tindakan tersebut?

A. Menyingkirkan kuasa Besar


B. Mengukuhkan kuasa rakyat
C. Mengekalkan kedaulatan negara
D. Memantapkan kedudukan parlimen

Tok Janggut
28. Perjuangan tokoh di atas menentang British di

Tanah Melayu merupakan hasil kesedaran politik

antarabangsa.

Di manakah lokasi penentangannya?

A. Perak

B. Pahang

C. Kelantan

D. Terengganu

29. Perang Dunia pertama berlaku kerana krisis antara dua pihak iaitu Pakatan Kuasa Tengah

dan Pakatan Bertiga. Antara berikut yang manakah benar berkaitan anggota Pakatan Bertiga.

A. Jepun, Jerman dan Itali

B. Jerman, Perancis dan Rusia

C. Perancis, Britain dan Rusia

D. Jerman, Austria, Itali

30. Apakah punca tercetusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914?
A. Kejatuhan Empayar Uthmaniyah

B. Kegagalan perjanjian Versailles

C. Pembunuhan Putera Mahkota AustriaHungary

D. Pencerobohan wilayah British oleh Amerika Syarikat

PERANG DUNIA PERTAMA --- PERJANJIAN X


31. Perang Dunia Pertama berakhir pada tahun 1918 telah membawa kepada perjanjian x.

Apakah perjanjian X?

A. Perjanjiaan Tordasillas

B. Perjanjian Versailles

C. Perjanjian San Fransisco

D. Perjanjian Anti Komunis

32. Tokoh di bawah dikaitkan dengan pengasasan ideologi Nazisme.

Adolf Hitler ------ Negara X


Apakah negara X?

A. Itali

B. Jerman

C. Belanda

D. Perancis

33. Apakah punca meletus perang dunia kedua di Eropah.

I. Pengeboman Jepun

II. Pengeboman Britain

III. Serangan Jerman ke atas Poland

IV.Kemunculan empayar Uthmaniyah

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

34. Jerman telah melancarkan Operasi Barbarossa pada 22 Jun 1941. Apakah tujuan operasi
tersebut?

I. Menguasai Rusia
II. Menguasai Perancis

III. Menguasai Negara Balkan

IV.Menguasai seluruh Eropah

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

Pasukan polis tentera yang ditubuhkan untuk


menjaga kepentingan pentadbiran tentera
Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942
35. Penyataan di atas boleh dikaitkan dengan

A. Koa Kunrenjo

B. Kimigayo

C. Kempeitei

D. Kita Boruneo

36. Pentadbiran Tentera British di Tanah Melayu telah menubuhkan Koa Kunrenjo . Apakah tujuan
Koa Kunrenjo ditubuhkan?

A. Menjaga keamanan

B. Melatih pemimpin tempatan mentadbir

C. Mengawal aktiviti ekonomi Tanah Melayu

D. Mewujudkan kerjasama antara penduduk

36. Apakah kesan penggunaan matawang Jepun yang dikenali sebagai “wang pokok pisang”?

A. Inflasi

B. Nilai matawang tinggi

C. Harga barang rendah

D. Ekonomi meningkat

37.

Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1946


Apakah factor yang menyebabkan perang tersebut?

A. Pearl Halbaur diserang


B. Wilayah Perancis diceroboh
C. Perancis bersekutu dengan Russia
D. Bakal raja Austria-Hungary dibunuh
38. Bagaimanakah tokoh yang berikut mengembalikan maruah bangsa dan negaranya selepas
Perang Dunia Pertama?

Pemimpin Negara
Bonito Mussolini Itali
Adolf Hitlr Jerrman

A. Mengadakan referendum
B. Memulihkan system monarki
C. Mengukuhkan Angkatan tentera
D. Membangunkan industry baharu

39. Jepun menyerang tanah jajahan kuasa Barat di Asia dalam Perang Dunia Kedua

Apakah Tindakan kuasa Barat untuk menamatkan kemaraan Jepun?

A. Menaja kegiatan subversive


B. Melakukan serangan bom atom
C. Membentuk pertubuhan serantau
D. Mengisytiharkan dasar bumi hangus

40. Senarai yang berikut merujuk slogan yang digunakan oleh pihak Jepun.

 Semangat Asia
 Asia untuk orang Asia
 Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya

Apakah matlamat penggunaan slogan tersebut?

A. Meluaskan kuasa
B. Menyatukan wilayah
C. Menyebarkan ideologi
D. Menamatkan penjajahan
Skema PPT T4 K1 Sejarah

1.A 5.B 9.C 13.B 17.C 21.A 25.C 29.A 33.D 37.A
2.A 6.C 10.B 14.B 18.A 22.A 26.D 30.C 34.B 38.C
3.C 7.B 11.C 15.D 19.A 23.D 27.C 31.B 35.C 39.B
4.A 8.D 12.A 16.B 20.D 24.D 28.C 32.B 36.B 40.A

You might also like