BAB 3 (Repaired)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN
Metodologi kajian merujuk kepada tatacara mengkaji dan menyelidik sesuatu kajian secara
sistematik dan objektif bagi mengumpul data-data yang tepat serta berkesan untuk menyokong
sesuatu kajian yang dijalankan. Menurut Siti Sarah (2015), metodologi menerangkan cara
sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Dalam
konteks ini, metodologi kajian adalah penting agar penyelidikan yang dijalankan mempunyai
kaedah yang paling sesuai dan berkesan bagi mencapai objektif dan persoalan kajian. Dalam
bab ini, pengkaji akan membincangkan kaedah pengumpulan data yang bersesuaian mengikut
objektif kajian dan proses menganalisis data. Pengkaji akan memperincikan tatacara yang
digunakan bagi mendapatkan maklumat dan data melalui kaedah-kaedah tertentu yang dipilih.
Bab ini turut membincangkan aspek-aspek seperti reka bentuk kajian, instrumen kajian, sampel
kajian, prosedur kajian, prosedur pengambilan data serta prosedur penganalisisan data.

Reka bentuk pendekatan yang dipilih bagi kajian ini ialah pendekatan kuantitatif
berbentuk kajian tinjauan. Pemilihan reka bentuk ini adalah bagi meninjau hubungan tahap
pengetahuan guru pelatih dalam pelaksanaan pentaksiran di bilik darjah dan kemahiran guru
pelatih dalam pentaksiran di bilik darjah bagi mata pelajaran Sejarah. Reka bentuk kajian
tinjauan ini akan membantu pengkaji mendapatkan maklumat daripada responden dalam
tempoh masa yang singkat serta mengumpul maklumat daripada suatu kelompok yang besar
iaitu guru pelatih opsyen Sejarah yang menuntut di Institut Pendidikan Guru (IPG) Malaysia.
3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Menurut McMillan & Schumacher (1984), reka bentuk kajian merujuk kepada cara penyelidik
mengendali kajian dan prosedur atau teknik yang digunakan bagi menjawab soalan kajian.
Tujuan reka bentuk kajian adalah untuk mengawal punca-punca bias yang boleh mengganggu
dapatan kajian. Ringkasnya, reka bentuk kajian merujuk kepada cara pengkaji merancang
secara saintifik untuk mengkhususkan kajian yang dijalankan dan menjawab persoalan kajian
bersesuaian dengan reka bentuk yang telah dikenalpasti. Dalam kajian ini, pengkaji telah
memilih reka bentuk kajian tinjauan kerana menurut Noraini (2013), reka bentuk ini bertujuan
untuk menghuraikan ciri-ciri sebuah populasi agar kajian dapat dilaksanakan. Dalam konteks
kajian ini, reka bentuk kajian tinjauan digunakan kerana ciri-cirinya yang sesuai untuk
mendapatkan maklumat mengenai tahap pengetahuan dan kemahiran guru pelatih terhadap
pelaksanaan pentaksiran di bilik darjah dalam mata pelajaran Sejarah.

Reka bentuk kajian tinjauan ini merupakan kajian deskriptif dan inferensi dengan
menggunakan data-data kuantitatif dan kualitatif yang dikumpul melalui soal selidik dan temu
bual. Kaedah soal selidik digunakan dalam kajian ini kerana menurut Noraini (2013), soal selidik
merupakan alat ukur yang paling praktikal dan berkesan bagi kajian tinjauan, terutamanya jika
melibatkan populasi yang besar dan jika kedudukan sampel atau subjek adalah jauh antara
satu sama lain. Oleh itu, pengkaji akan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen
kajian untuk mendapatkan maklumat mengenai tahap pengetahuan dan kemahiran guru pelatih
opsyen Sejarah terhadap pelaksanaan pentaksiran di bilik darjah dalam mata pelajaran
Sejarah. Keputusan ujian statistik seterusnya akan memberi kesimpulan terhadap ciri-ciri
populasi yang dikaji.Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah temu bual jenis berstruktur
bagi menyokong data-data yang diperolehi melalui borang soal selidik.

3.3 PERSAMPELAN
Creswell (2008) menegaskan bahawa reka bentuk kajian tinjauan merupakan langkah-langkah
dalam kajian kuantitatif di mana pengkaji melakukan tinjauan ke atas sampel dan populasi.
Menurut Creswell (2005), populasi merupakan sekumpulan individu yang mempunyai ciri dan
kriteria yang sama dengan tujuan kajian dijalankan. Persampelan pula merujuk kepada proses
memilih sebilangan subjek daripada sesuatu populasi untuk dijadikan sebagai responden kajian
[ CITATION Naj03 \l 1033 ]. Dalam konteks kajian ini, pemilihan persampelan adalah
menggunakan prosedur persampelan rawak dan persampelan tak rawak. Hal ini kerana kedua-
dua jenis persampelan tersebut hendaklah digunakan bagi kajian yang menyatukan kedua-dua
jenis kajian iaitu kuantitatif dan kualitatif [ CITATION Gha16 \l 1033 ]. Saiz sampel pula merupakan
jumlah sampel yang akan diambil dalam populasinya [ CITATION Gha16 \l 1033 ]. Dalam kajian ini,
saiz sampel ditentukan berdasarkan populasi mengikut Krejcie dan Morgan seperti yang
ditunjukkan dalam jadual 3.1. Dalam kajian ini, sampel dipilih daripada populasi kajian iaitu 52
orang daripada populasi 60 orang guru pelatih opsyen Sejarah yang menuntut di beberapa
buah IPG.

Jadual 3.1 Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan Populasi Oleh Krejcie dan Morgan (1970)

N S N S N S N S
10 10 140 103 460 210 2000 322
15 14 150 108 480 214 2200 327
20 19 160 113 500 217 2400 331
25 24 170 118 550 226 2600 335
30 28 180 123 600 234 2800 338
35 32 190 127 650 242 3000 341
40 36 200 132 700 248 3500 346
45 40 210 136 750 254 4000 351
50 44 220 140 800 260 4500 354
55 48 230 144 850 265 5000 357
60 52 240 148 900 269 6000 361
65 56 250 152 950 274 7000 364
70 59 260 155 1000 278 8000 367
75 63 270 159 1100 285 9000 368
80 66 280 162 1200 291 10000 370
85 70 290 165 1300 297 15000 375
90 73 300 169 1400 302 20000 377
95 76 320 175 1500 306 30000 379
100 80 340 181 1600 310 40000 380
110 86 360 186 1700 313 50000 381
120 92 380 191 1800 317 75000 382
130 97 400 196 1900 320 10000 384

N= saiz populasi, S= saiz sampel


Dalam memilih responden kajian bagi menjalankan kaedah soal selidik, pengkaji
menggunakan jenis persampelan rawak berkelompok, di mana setiap ahli populasi yang
disenaraikan dalam rangka persampelan berpeluang dipilih sebagai sampel. Menurut Noraini
Idris (2013), persampelan rawak berkelompok memerlukan pemilihan sesebuah kumpulan
secara rawak dan setiap individu dalam kumpulan yang terpilih dijadikan sampel. Rasional
pemilihan sampel rawak berkelompok adalah kerana elemen-elemen yang terdapat dalam
populasi adalah berselerak semasa kajian dijalankan. Hal ini disokong oleh Chua (2006) yang
mengatakan persampelan berkelompok dijalankan ke atas populasi yang melibatkan kawasan
yang luas dan bilangan subjek yang banyak. Dalam konteks ini, kelompok dibentuk
berdasarkan ciri-ciri kesamaan yang mempunyai korelasi dengan pembolehubah kajian iaitu
guru pelatih di seluruh IPG yang telah menjalani amalan praktikum di sekolah dan mempunyai
pengetahuan serta pengalaman mengajar mata pelajaran Sejarah. Pada peringkat awal,
pengkaji menjalankan prosedur persampelan rawak mudah dengan memilih 4 daripada 12 buah
IPG yang terdiri daripada guru pelatih opsyen Sejarah, seterusnya memilih secara rawak 52
orang guru pelatih daripada keempat-empat buah IPG bagi mewakili populasi sebenar kajian.
Secara tidak langsung, pengkaji menjalankan prosedur persampelan kelompok dua tingkat bagi
memilih responden kajian yang diperlukan.

Bagi kaedah temu bual pula, pemilihan responden menggunakan prosedur persampelan
bertujuan di mana pengkaji telah menetapkan maklumat atau ciri tertentu yang perlu ada pada
sampel. Prosedur persampelan bertujuan merupakan kaedah pemilihan sampel yang
melibatkan pengetahuan pengkaji tentang populasi untuk mengenal pasti sama ada sesuatu
sampel itu mewakili populasi atau tidak (Noraini Idris, 2003). Rasional pemilihan persampelan
ini adalah kerana pengkaji tidak menyelidik sebarangan orang tetapi memilih sampel yang akan
memberi data berasaskan pengetahuan yang dimiliki. Justeru, persampelan kajian dilakukan
terhadap populasi yang dipilih daripada kalangan guru pelatih bidang pengkhususan Sejarah di
IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka yang memiliki pengalaman mengajar mata pelajaran
Sejarah sekolah rendah semasa menjalani praktikum.

3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian digunakan sebagai asas bagi memperoleh data yang dikehendaki oleh
pengkaji untuk mencapai objektif kajian. Menurut Noraini (2013), instrumen kajian yang
digunakan seharusnya mampu mengukur dengan tepat apa yang ingin diukur. Dalam konteks
kajian, pengkaji ingin meninjau tahap pengetahuan dan kemahiran guru pelatih terhadap
pelaksanaan pentaksiran di bilik dalam mata pelajaran Sejarah. Justeru, pengkaji memilih
beberapa kaedah seperti kaedah soal selidik dan temu bual bagi menjawab persoalan kajian.
Instrumen yang digunakan untuk memperoleh data terbahagi kepada dua iaitu data kuantitatif
dan kualitatif. Dalam kajian ini, data kuantitatif diperoleh melalui borang soal selidik di mana
kaedah ini lebih sesuai dan mudah dikendalikan terhadap saiz sampel yang besar. Data
kualitatif pula diperoleh melalui kaedah temu bual bagi mendapatkan data yang lebih tepat serta
menyokong data kajian daripada soal selidik.

Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai alat bagi pengumpulan data kuantitatif.
Menurut Muhammad (2015), soal selidik merupakan alat ukur yang paling popular dalam kajian
tinjauan untuk mengukur pembolehubah yang ingin dikaji. Dalam kajian ini, borang soal selidik
dijadikan sebagai instrumen utama bagi meninjau tahap pengetahuan dan kemahiran guru
pelatih terhadap pelaksanaan pentaksiran di bilik darjah dalam mata pelajaran Sejarah. Melalui
borang soal selidik yang ditadbir, pengkaji berupaya mendapatkan data-data daripada
responden mengenai kajian yang dijalankan. Instrumen soal selidik ini diubah suai daripada
kajian Safarin Nordin & Hidayah Ismail (2014) yang mengkaji kesediaan guru terhadap
pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). Borang soal selidik ini telah diubahsuai
dan diadaptasi berdasarkan keperluan objektif kajian. Borang ini terdiri daripada tiga bahagian
iaitu bahagian A tentang demografi responden, bahagian B tentang tahap pengetahuan guru
pelatih terhadap pentaksiran di bilik darjah dan bahagian C tentang kemahiran guru pelatih
terhadap pelaksanaan pentaksiran di bilik darjah dalam mata pelajaran Sejarah.

Instrumen soal selidik yang dibina menggunakan kaedah berstruktur secara berkala di
mana senarai soalan disediakan dan pilihan jawapan dalam bentuk skor. Dalam kajian ini,
pengkaji menggunakan skala Likert sebagai skala pengukuran. Menurut Chua (2011), skala
Likert ialah skala tindak balas psikometrik yang digunakan terutamanya dalam soal selidik untuk
mendapatkan pilihan responden atau tahap persetujuan terhadap pernyataan yang diberikan.
Rasional pengkaji memilih skala Likert dalam pembinaan instrumen soal selidik adalah kerana
mudah diurus dan digunakan. Selain itu, responden juga dapat memilih item mengikut kategori
iaitu 1 (Sangat Tidak Setuju), 2 (Tidak Setuju), 3 (Tidak Pasti), 4 (Setuju) dan 5 (Sangat Setuju).
Soal selidik yang dibina mempunyai konstruk dan indikator berdasarkan pemboleh ubah yang
telah dikenalpasti.

Jadual 3.2 Item-item dalam Borang Soal Selidik

Konstruk Indikator
A Demografi Responden  Umur
 Bangsa
 Pencapaian terkumpul (CGPA )
 Bilangan tempoh menjalani praktikum
 Bimbingan daripada Penyarah Penyelia dalam
pelaksanaan pentaksiran semasa menjalani praktikum
B Pengetahuan  Pengetahuan tentang konsep pentaksiran di bilik darjah
terhadap pentaksiran dalam mata pelajaran Sejarah.
di bilik dalam mata  Pengetahuan tentang kaedah pelaksanaan pentaksiran
pelajaran Sejarah di bilik darjah bagi mata pelajaran Sejarah.
 Pengetahuan tentang kriteria-kriteria dalam pentaksiran
yang perlu diimplementasikan.
 Pengetahuan tentang instrumen-instrumen yang
digunakan semasa melaksanakan pentaksiran.
 Pengetahuan tentang rekod pentaksiran yang perlu
diuruskan oleh guru.
C Kemahiran  Kemahiran tentang konsep asas pentaksiran di bilik
melaksanakan darjah dalam mata pelajaran Sejarah.
pentaksiran di bilik  Kemahiran menggunakan kaedah pentaksiran di bilik
darjah dalam mata darjah dalam mata pelajaran Sejarah.
pelajaran Sejarah  Kemahiran mengimplementasikan kriteria-kriteria dalam
pentaksiran di bilik darjah.
 Kemahiran mentadbir instrumen pentaksiran dalam bilik
darjah.
 Kemahiran merekod pentaksiran di bilik darjah dalam
mata pelajaran Sejarah.

Seterusnya, pengkaji juga menjalankan kaedah temu bual bagi menyokong data-data
kajian daripada kaedah soal selidik. Melalui kaedah temu bual, pengkaji boleh bertanya dengan
lebih terperinci tentang aspek yang diselidik, terutamanya isu berkaitan pendapat atau fakta
yang lebih mendalam yang lazimnya tidak mampu diperoleh melalui tadbiran kaedah tinjauan
atau lain-lain kaedah yang menggunakan pendekatan kuantitatif (Noraini Idris, 2013). Oleh itu,
tujuan kaedah temu bual dijalankan adalah untuk mengukur kebolehpercayaan soal selidik.
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan jenis temu bual berstruktur di mana pengkaji
mengajukan soalan yang sama kepada semua responden dengan gaya dan dalam turutan yang
sama setiap kali temu bual dijalankan. Soalan temu bual yang dibina merangkumi lima soalan
berkaitan tahap pengetahuan dan kemahiran guru pelatih terhadap pelaksanaan pentaksiran di
bilik darjah dalam mata pelajaran Sejarah serta satu soalan cadangan penambahbaikan
berkaitan pentaksiran di bilik darjah.

3.4.1 KESAHAN
Kesahan dalam penyelidikan merujuk kepada keupayaan sesuatu pengukuran yang
dilakukan untuk mengukur nilai sebenar konsep dalam hipotesis (Chua, 2011). Dalam konteks
ini, instrumen penyelidikan yang digunakan haruslah dapat mengukur dengan tepat apa yang
ingin diukur. Menurut Noraini Idris (2013), penyelidikan yang mempunyai kesahan yang tinggi
menunjukkan dapatan yang diperoleh adalah berdasarkan fakta atau bukti dan mampu
memberi justifikasi yang tepat. Oleh itu, pembinaan instrumen kajian ini telah mengambil kira
kesahan luaran dan dalaman. Bagi meningkatkan kesahan luaran, pemilihan peserta kajian
dilakukan secara rawak supaya dapatan kajian yang diperoleh dapat digeneralisasikan kepada
populasi yang berkaitan. Kajian ini juga mengambil kira aspek kesahan dalaman yang
merangkumi kesahan kandungan dan kesahan muka.

Kesahan kandungan merujuk kepada penilaian yang sistematik ke atas isi kandungan
ujian untuk menentukan sama ada domain tingkah laku yang diukur mewakili keseluruhan
kandungan sesuatu domain (Noraini Idris, 2013). Dalam kajian ini, kesahan kandungan
ditingkatkan dengan merujuk pakar dalam bidang penyelidikan Sejarah iaitu beberapa orang
pensyarah di Jabatan Sejarah, IPGKPM. Pengkaji mendapatkan persetujuan daripada pakar
bidang bagi memastikan item yang disediakan mewakili skop yang ingin diselidiki. Selain itu,
item-item soal selidik yang tidak menepati objektif kajian telah dibuang dan mengelirukan
responden telah dibuang. Hal ini kerana item yang baik adalah dengan membuang unsur-unsur
‘leading’ dan ‘value added’ yang boleh melemahkan item itu [ CITATION Gha16 \l 1033 ].

Selain itu, proses pembinaan instrumen turut mengambil kira kesahan muka iaitu suatu
anggaran sama ada sesuatu ujian kelihatan mengukur kriteria yang ingin diukur. Menurut
Ghazali Darusalam & Sufean Hussin (2016), item-item yang dibina seharusnya mewakili
konstruk yang diukur, termasuk ketepatan penggunaan bahasa, ejaan frasa ayat dan lain-lain.
Dalam konteks ini, kesahan muka yang tinggi dapat memberi gambaran yang jelas tentang
kajian serta membantu meningkatkan responden terhadap instrumen yang dijawab. Bagi
meningkatkan kesahan muka, pengkaji menentukan beberapa konstruk dalam instrumen soal
selidik dan temu bual yang bertepatan dengan objektif kajian. Pengkaji membahagikan item
soal selidik kepada dua bahagian yang merangkumi tahap pengetahuan guru pelatih terhadap
amalan pentaksiran di bilik darjah dan kemahiran guru pelatih terhadap pelaksanaannya.
Manakala, instrumen temu bual juga dibina berdasarkan konstruk yang ingin dikaji iaitu
berkaitan tahap penguasaan pengetahuan dan kemahiran guru pelatih terhadap pelaksanaan
pentaksiran di bilik darjah bagi mata pelajaran Sejarah.

3.4.2 KEBOLEHPERCAYAAN

Kebolehpercayaan dalam sesuatu penyelidikan merujuk kepada keupayaan sesuatu


kajian untuk memperoleh nilai yang serupa apabila pengukuran yang sama diulangi (Chua,
2011). Jika keputusan yang sama sentiasa diperoleh dengan menggunakan kaedah atau
metodologi yang sama, instrumen penyelidikan tersebut dikatakan boleh dipercayai. Oleh itu,
kebolehpercayaan instrumen didefinisikan sebagai kestabilan atau ketekalan sesuatu ukuran
walaupun diulangi beberapa kali. Dalam penyelidikan kuantitatif, korelasi antara skor item
dengan jumlah skor digunakan bagi melihat kekuatan item soal selidik (Noraini Idris, 2013).
Justeru, pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah untuk menentukan nilai
kebolehpercayaan.

Dalam kajian ini, Cronbach Alpha digunakan untuk mendapatkan indeks


kebolehpercayaan setiap bahagian untuk melihat ketekalan dalaman. Menurut Noraini Idris
(2013), nilai Cronbach Alpha digunakan untuk instrumen yang berskala pelbagai seperti skala
Likert, Thurstone, Guttman atau Semantic Differential & Kuder-Richardson. Oleh kerana
pengkaji menggunakan skala Likert dalam pembinaan soal selidik, kebolehpercayaan instrumen
diukur dengan merujuk kepada nilai Cronbach Alpha. Klasifikasi nilai Cronbach Alpha dalam
kajian rintis yang dijalankan adalah berdasarkan klasifikasi indeks kebolehpercayaan oleh
(Bond & Fox, 2015) seperti dalam Jadual 3.3.

Jadual 3.3 Interpretasi Skor Cronbach Alpha (Bond & Fox, 2007)

Skor Cronbach Alpha Kebolehpercayaan


0.9 – 1.0 Sangat baik dengan tahap konsistensi yang tinggi
0.7 – 0.8 Baik dan boleh diterima
0.6 – 0.7 Boleh diterima
<0.6 Item perlu dibaiki
<0.5 Item perlu digugurkan
Sumber: Faizal Amin Yunus, Ruhizan Yasin, Bekri Rahim & Ridzwan Che Rus (2014)

Jadual
Menurut Ghazali Darusalam & Sufean Hussin (2016), item-item soal selidik yang dibina
perlulah menitikberatkan ciri-ciri kebolehpercayaan berdasarkan unsur-unsur ‘construct item’
dan ‘indicator item’. Bagi meningkatkan kebolehpercayaan, soal selidik yang dibina terdiri
daripada lima konstruk yang merangkumi elemen-elemen pentaksiran di bilik darjah dalam mata
pelajaran Sejarah.

Soal selidik ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, iaitu pada nilai koofisien (r) alpha cronbach
r=0.821. Menurut McMillan & Schumacher (2006), nilai koofisien antara 0.7 hingga 0.8 adalah tinggi dan
ini bermakna soal selidik ini menepati kemampuan instrumen dalam mengukur perkara yang ingin
diukur kerana ketepatannya dalam pengukuran (Wiersma & Jurs, 2005).

3.5 KAJIAN RINTIS

3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA


Data kajian ini diperoleh melal
3.6.1 BORANG SOAL SELIDIK
Dalam konteks kajian, pengkaji memilih instrument sedia ada yang telah diolah dan
ditambahbaik daripada kajian terdahulu

Soal selidik mengikut Pratt (1980) digunakan bagi memudahkan pengkaji memungut data
terhadap responden yang ada di merata tempat dan masa responden terhad untuk
mendapatkan maklumat yang tepat [ CITATION Gha16 \l 1033 ].

3.6.2 TEMU BUAL


Menurut Noraini Idris (2013), temu bual merupakan satu kaedah pengumpulan data yang
melibatkan aktiviti pengkaji menyoal untuk mendapatkan jawapan daripada responden.
Melalui kaedah temu bual, pengkaji boleh bertanya dengan lebih terperinci tentang aspek yang
diselidik, terutamanya isu berkaitan pendapat atau fakta yang lebih mendalam yang lazimnya
tidak mampu diperoleh melalui tadbiran kaedah tinjauan atau lain-lain kaedah yang
menggunakan pendekatan kuantitaif (Noraini Idris, 2013).

3.7 PROSEDUR PENGANALISISAN DATA


- Ujian korelasi pearson
- skala selang
- taburan normal
- hubungan pembolehubah linear
-
3.8 RUMUSAN

You might also like