Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Telefon : 07-231 0000

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR Pengarah : 07-231 0198


JALAN TUN ABDUL RAZAK Timbalan : 07-231 0191
80604, JOHOR BAHRU Faks : 07-234 7132
JOHOR DARUL TA’ZIM Laman Web : www.jpnjohor.moe.gov.my
E-mel : jpn.johor@moe.gov.my

Ruj. Fail :JPNJ.HEM 800-5/1/2( 43 )


Tarikh : Julai 2021

Pengetua / Guru Besar


SMK/SMKA/SK/SJK(C)/SJK(T)
Negeri Johor

Melalui,

Pegawai Pendidikan Daerah


Pejabat Pendidikan Daerah
Negeri Johor

Tuan/Puan,

KEBENARAN MELAKSANAKAN AGIHAN BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH


PELAJAR MISKIN (KWAPM) TAHUN 2021 DALAM TEMPOH PELAN PEMULIHAN
NEGARA
Salam hormat. Kami merujuk kepada surat Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia
bertarikh 6 Julai 2021 yang bernombor rujukan KPM.400-3/1/85 JLD.11(3).

2. Untuk makluman, Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia telah


menyalurkan Bantuan Am Persekolahan (BAmP) KWAPM dengan mengkreditkan terus ke akaun
Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) kepada sekolah-sekolah Negeri Johor.

3. Sehubungan itu, dikemukakan Surat Kebenaran Melaksanakan Agihan Bantuan KWAPM


Tahun 2021 Dalam Tempoh Pelan Pemulihan Negara selari dengan ketetapan yang telah
dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
terutama dalam memastikan kawalan pergerakan dan penjarakan fizikal. Bersama-sama ini
dilampirkan surat tersebut untuk rujukan pihak Tuan/Puan.

4. Sila hubungi En Rozaini bin A. Rani, Penolong Pengarah (HEM) Sektor Pembangunan
Murid Jabatan Pendidikan Negeri Johor di talian 07-2311491 atau 012-6140476 untuk sebarang
pertanyaan.
Ruj. Fail :JPNJ.HEM 800-5/1/2( 43 )

5. Perhatian, kerjasama dan tindakan segera daripada pihak Tuan/Puan berhubung perkara
ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah

.............................................................
(HAJI OMAR BIN SALLEH)
Timbalan Pengarah
Sektor Pembangunan Murid
b.p Pengarah
Jabatan Pelajaran Negeri Johor

You might also like