Peng Ajar An

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Nujum Pak Belalang

Saya jarang menonton tv. Tv tidak banyak membantu saya menjadi insan cemerlang. Namun baru-baru
ini saya mengambil peluang merehatkan minda dengan menonton filem Nujum Pak Belalang. Walaupun
sudah menonton filem ini berkali-kali, pengisian cerita tidak menjemukan. Banyak pengajaran yang boleh
diambil.

Terlalu ramai insan yang ’jual temberang’ untuk hidup. Saya ingat rakan saya pernah sebut ” Kalau kau
lurus bendul, kau tak boleh hidup Wan.” Di satu kesempatan lain, seorang kontraktor berbangsa bukan
Melayu pernah tegur saya ”Ridzwan, you cannot survive in the corporate world if you still want to continue
with your principle. Rasuah is norm!”

Kita akan terasa terasing jika tidak ’jual temberang’, ianya budaya hidup dulu, kini dan mungkin
selamanya. Namun temberang Pak Belalang telah mengubah nasibnya. Beliau tidak rasuah tetapi amat
taat dengan perintah Sultan Nizam.

Tiga perkara yang kita boleh belajar dari filem Nujum Pak Belalang:
1. Taat kepada pemimpin
Pak Belalang amat taat kepada pemimpinnya. Beliau akan menurut apa sahaja perintah Sultan. Selagi
pemimpin tidak melanggar Quran dan panduan Hadith maka wajib kita mentaatinya.

2. Berfikiran positif
Filem ini memberi gambaran bahawa masyarakat Melayu dahulu juga mengamalkan fikiran positif.
Kedua-dua pihak amat positif dan yakin akan menang walaupun mereka sebenarnya tidak bijak menaruh
negara untuk tujuan kebanggaan.

3. Meletakkan masa depan di tangan orang lain


Di dalam kehidupan, kita perlu mengambil sepenuh tanggungjawab ke atas apa yang kita lakukan.
Namun dalam filem ini, nasib dan masa depan diletakkan kepada orang lain. Perbualan seperti ”Apa
pendapat tuan hamba, adakah kita boleh menang dengan 3 soalan tersebut. Maka dijawab oleh
Penasihat Sultan ”Tidak perlu risau ”Ahli Nujum Negara pasti tahu jawapannya.”

Filem klasik Melayu ini memberi pelbagai pengajaran kepada kita. Ambillah perkara yang baik dan
perbaikilah mana yang kurang agar ia dapat mematangkan kita di dalam perjalanan menuju Ilahi dan
membina bangsa Muslim.
Bermulanya seorang nujum[sunting | sunting sumber]
Filem dimulakan dengan diperkenalkan watak Belalang (Bad Latiff), seorang budak yang sangat
rajin dan melakukan kerja ladang serta mengambil upah untuk menyara hidup keluarganya. Beliau
mempunyai seorang bapa yang dipanggil Pak Belalang (P.Ramlee), yang merupakan seorang yang
sangat malas dan kerjanya hanya tidur siang malam. Apabila orang bertandang ke rumah iaitu Cik
Kadok (M. Zain) dan Cik Kacong (M. Rafiee), di dapurnya tiada apa walaupun kopi. Akhirnya,
tetamu dijemput minum minuman campuran arang bontot kuali.
Pada suatu hari, Belalang terserempak dengan dua orang pencuri, Badan (Aziz Sattar) dan Nyawa
(S. Shamsuddin), yang mencuri kambing dan lembu orang kampung. Belalang menakut-nakutkan
pencuri tersebut dengan menyamar menjadi "anak jin yang mahu makan darah" untuk mendapatkan
balik lembu dan kambing sebaik pencuri tersebut melarikan diri. Di rumah penghulu, Buntal (H.M.
Busra) dan Jambul (Ali Fiji), dua orang pengembala yang kehilangan lembu dan kambing dan orang
kampung mencari penghulu untuk melaporkan hal tersebut. Dalam keriuhan, Belalang muncul dan
mengatakan bapanya seorang ahli nujum yang mampu mengetahui
kedudukan lembu dan kambing tersebut. Dalam perasaan tidak percaya, penghulu dan orang
kampung yang lain turut ke rumah Pak Belalang.
Pak Belalang yang telah berpakat dengan anaknya, Belalang (Bad Latif) lalu mengambil "geluk
jampi" yang berisi air dan dijampi (walaupun tidak tahu apa jampinya). Air itu kemudiannya
ditunjukkan kepada penghulu dan dua pengembala dan jika mereka tidak nampak, diugutnya
bahawa mereka adalah anak diluar nikah. Pak Belalang berpura-pura nampak bayangan di dalam
air tersebut tetapi tidak tahu dimana kedudukan lembu & kambing itu. Mujurlah Belalang yang
mengetahui kedudukan lembu dan kambing itu dapat memberitahu mereka lalu meyakinkan orang
kampung akan kebolehan Pak Belalang.

Pak Belalang Ahli Nujum Negara[sunting | sunting sumber]


Pada suatu malam, Badan dan Nyawa telah menggunakan ilmu pukau untuk menidurkan seluruh
warga Istana Negeri Beringin Rendang lalu mencuri harta istana termasuk satu peti syiling emas,
rantai kepunyaan Puteri Si Bujur Sirih (Hashimah Yon) dan Mahkota milik Sultan Shahrul Nizam ibni
Sultan Malik Shah (Ahmad Nisfu). Selepas seluruh isi istana sedar, Sultan telah murka dan
kemudian Penghulu (Malek Sutan Muda) menyatakan tentang kebolehan Pak Belalang sebagai
nujum. Pak Belalang telah dibawa ke istana dan diperintahkan untuk mencari tempat harta tersebut
disembunyikan. Seperti biasa, Pak Belalang tidak dapat melakukan apa-apa dan meminta untuk
meminta masa itu. Sebagai balasan sekiranya Pak Belalang tidak menemui harta tersebut, baginda
Sultan akan memancung Pak Belalang dan memenjarakan Penghulu.
Pak Belalang pulang dan melarikan diri dan atas cadangan Belalang bersembunyi di dalam sebuah
gua di Bukit Tunggal. Secara kebetulan, beliau terdengar Badan dan Nyawa mengira-gira harta
istana. Pak Belalang mengugut mereka sebagai "penunggu gua" dan menyuruh mereka
meninggalkan harta tersebut supaya tidak mati. Sementara itu, Belalang telah dibawa menghadap
Sultan untuk menggantikan Pak Belalang yang tiada di rumah. Sultan bertanyakan khabar tentang
harta istana kepada Belalang. Belalang membuat helah bahawa bapanya telah ke "Gunung
Cinerama" yang terletak di negara Jepun. Sultan terlihat bekalan yang dipegang Belalang dan
menuduh Belalang menipu, sama seperti ayahnya. Belalang membuat dalih bahawa bekalan itu
adalah untuk 'jin lapar'. Disebabkan Sultan tahu bahawa semuanya hanya temberang, Sultan mahu
menghukum Belalang. Mujur Pak Belalang muncul dan memberitahu kedudukan harta istana itu
yang disembunyikan oleh 'jin miskin' (helahnya). Pak Belalang memberitahu, untuk memasuki gua
tersebut, hanya empat orang sahaja yang dibenarkan untuk memasuki gua iaitu Sultan, Permaisuri
(Sa'amah), Perdana Menteri (Kemat Hassan) dan Puteri. Mereka juga perlu masuk ke dalam
dengan cara merangkak dan tidak dibenarkan berdiri. Mereka dibawa ke sana dan memasuki gua
tersebut (sambil mengikut syarat Pak Belalang).
Sultan sangat gembira dengan 'kebolehan dan hasil tilikan' Pak Belalang dan melantik beliau
sebagai Ahli Nujum Negara.

Cabaran Ahli Nujum Negara[sunting | sunting sumber]


Ketika Sultan dan para penghulu Beringin Rendang sedang membincangkan masalah kerajaan dan
rakyat, Inang (Habsah Buang) telah meluru masuk ke balai penghadapan dalam keadaan menangis
teresak-esak dan mengatakan Puteri Si Bujur Sirih (Hashimah Yon) telah rebah tidak sedarkan diri.
Baginda Sultan Shahrul Nizam memerintahkan agar Nujum Pak Belalang dipanggil untuk
memeriksa keadaan tuan puteri yang jatuh gering. Ketika Pak Belalang tiba di kamar peraduan
puteri, beliau mendapati bahawa tuan puteri berpura-pura pengsan. Sebagai helah untuk
mengetahui hal sebenar daripada tuan puteri itu, Pak Belalang mengatakan bahawa puteri telah
dijangkiti penyakit "angau" dan pemeriksaan harus dilakukan oleh Pak Belalang seorang diri
bersama puteri di dalam bilik tanpa orang lain.

Pak Belalang (P. Ramlee) bersama Puteri Si Bujur Sirih (Hashimah Yon).

Setelah semua orang keluar, Puteri Si Bujur Sirih bangun dan mengatakan dia ingin berjumpa
dengan Pak Belalang di Taman Istana pada jam 11 malam. Memandangkan perkara tersebut
berbahaya untuk dilakukan Pak Belalang, beliau mencari akal dan memberitahu Sultan bahawa cara
untuk puteri berubat adalah dengan membiarkan puteri keluar ke taman pada malam itu
berseorangan tanpa dikawal oleh pengawal juga. Maka, itulah peluang Pak Belalang untuk
berjumpa puteri tanpa diketahui sesiapa (walaupun semua ini adalah rancangan Inang pada
asalnya). Keesokan harinya, puteri berkata bahawa dia sudah sembuh setelah "berubat" pada
malam itu.
Setelah lega dengan keadaan tuan puteri, Sultan kembali ke Istana Besar untuk menyambungkan
perbincangan dengan penghulu yang tergendala hari sebelumnya. Ketika dalam perbincangan,
mereka terdengar berdas-das tembakan meriam. Kemudian dikhabarkan bahawa kapal dari Masai
telah tiba. Sultan ragu-ragu dengan kedatangan mereka dan mengatakan sediakan bala tentera.
Sekiranya rombongan dari Masai ingin berperang, mereka akan diserang oleh tentera Beringin
Rendang. Sekiranya mereka datang dengan aman, kedatangan mereka akan dialu-alukan.

Pertaruhan Dua Sultan[sunting | sunting sumber]


Mereka melihat rombangan Sultan Masai (Shariff Dol) adalah untuk jalan damai iaitu tiada satu bala
tentera pun yang dibawanya. Hal itu disebabkan mereka tahu mereka tidak mempunyai kekuatan
tentera untuk menentang Beringin Rendang, maka mereka datang ke sana untuk bertanding
kepintaran. Di istana, kedua-dua orang sultan pun bertemu.
Sultan Masai pun mengutarakan pandangannya untuk beradu akal antara kedua-dua ahli nujum
negara dan untuk itu, baginda sedia mempertaruhkan negaranya. Sultan Shahrul Nizam berfikir
sejenak sebelum meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada Pak Belalang yang sebenarnya tiada
kepintaran akal. Setelah menanda tangani perjanjian antara dua negara, ahli nujum Masai pun
mengajukan soalan:

 "Terdapat sebatang kayu yang diraut cantik. Yang manakah hujung dan yang manakah
pangkalnya?"
 "Ada dua ekor itik yang baru menetas. Bagaimana hendak mengetahui yang mana jantan
dan yang mana betina?"
 "Terdapat sebuah masalah. Satu, banyak. Dua, sikit-sikit. Tiga, jarang-jarang. Empat,
kadang-kadang. Apakah ia?"
 "Di manakah terletaknya kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah. Di kerisnya kah? Atau di
tenaganya kah?"
Setelah mendengar dan melihat sendiri keadaan di istana, Pak Belalang gerun kerana sultan
sanggup mempertaruhkan negara kerana meletakkan kepercayaan penuh kepada beliau yang
sebenarnya tidak mengetahui apa-apa. Dia pulang dan menyuruh Belalang mencari perahu untuk
melarikan diri sementara dia mengemas barang keperluan. Di kuala, Belalang cuba mengambil
perahu Sultan Masai tetapi ketika ingin menolak perahu itu, rombongan Sultan Masai tiba. Belalang
memasuki perahu itu dan bersemunyi di bawah tempat duduk dan belayar bersama rombongan itu
untuk pulang ke kapal baginda Masai. Dalam perjalanan, Sultan Masai memujuk ahli nujumnya
untuk memberitahu jawapan teka-teki dan walaupun baginda melarang semua anak kapal yang
mendengarnya dari turun ke darat, semua jawapan itu telah didengar oleh Belalang. Belalang
berenang pulang dan memberitahu bapanya semua jawapan yang didengarnya.
Pada hari yang ditetapkan, Pak Belalang sudah bersedia dengan jawapan yang diberikan Belalang
dengan yakin. Berikut merupakan penyelesaiannya:

 "Terdapat sebatang kayu yang diraut cantik. Yang manakah hujung dan yang manakah
pangkalnya?"
Pak Belalang mengambil sebatang kayu yang diraut cantik dan meletakkannya ke dalam air
dan dilihat kayu terdapat hujung yang timbul dan yang satu lagi tenggelam. Pak Belalang
mengatakan bahawa yang hujung itu timbul dan yang pangkal itu tenggelam disebabkan
"tiap-tiap yang hujung lebih ringan daripada yang pangkal".

 Ada dua ekor itik yang baru menetas. Bagaimana hendak mengetahui yang mana jantan
dan yang mana betina?
Pak Belalang membawa dua ekor anak itik jantan dan betina yang baru menetas dan
dibiarkan kedua-duanya berenang di permukaan air. Didapati seekor itik berenang di
hadapan dan seekor lagi mengikut di belakang. Pak Belalang mengatakan yang di hadapan
itik betina dan yang di belakang itulah itik jantan. Alasan yang diberikan adalah "lumrah
dunia" kerana si jantan akan mengekori yang betina.

 Terdapat sebuah masalah. Satu, banyak. Dua, sikit-sikit. Tiga, jarang-jarang. Empat,
kadang-kadang. Apakah ia?
Pak Belalang menjawab "kahwin" kerana "Satu, banyak, ertinya, orang yang kahwin
satu, banyak di dalam dunia ini. Dua, sikit-sikit, ertinya, orang yang kahwin dua lebih sikit
bilangannya dari orang yang kahwin satu. Tiga, jarang-jarang, ertinya, orang yang kahwin
tiga 'jarang yang kita dengar. Empat, kadang-kadang, ertinya, orang yang kahwin
empat kadang-kadang baru kita dengar sekali.

 Di manakah terletaknya kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah. Di kerisnya kah?


Atau di tenaganya kah?
Pak Belalang menjawab "kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah bukan terletak di keris
atau di tenaganya tetapi terletak pada huruf Ta kerana huruf Ta yang menguatkan nama
Tuah, Ta - Wau - Alif - Ha : Tuah, ‫ﺗﻮﺍﻩ‬." Jika ditukar Ta itu kepada Ba, bunyinya akan jadi
'Buah'.

Tuah Pak Belalang[sunting | sunting sumber]


Dengan negara Beringin Rendang beroleh kemenangan, Sultan Masai tidak
berpuas hati kerana mengesyaki ahli nujumnya (Udo Omar) berpakat dengan pihak
Beringin Rendang untuk menjatuhkan baginda. Baginda lalu mengajukan satu lagi
persoalan. Pak Belalang tidak bersetuju tetapi Sultan Shahrul Nizam memujuk
untuk menyahut cabaran baginda Masai. Sultan Masai mengeluarkan sesuatu dari
uncang ke dalam genggamannya dan menyuruh Pak Belalang meneka apakah itu.
Pak Belalang mengetahuui bahawa dia tidak dapat menjawabnya lalu merintih dan
merungut sambil memanggil nama "Belalang" dan menyalahkan anaknya yang
berdegil untuk berlawan. Sultan Masai yang mendengarnya terduduk. Sultan
Shahrul Nizam bertanya sebab dan baginda menjawab bahawa jawapan Pak
Belalang itu betul kerana yang digenggamnya adalah seekor belalang. Maka,
dengan itu, Beringin Rendang beroleh kemenangan mutlak dan negara Masai jatuh
ke tangan Beringin Rendang.
Disebabkan tiada negara, Sultan Masai menetap di atas kapalnya. Suatu hari,
Badan dan Nyawa datang mengadap Sultan (kononnya mereka abang ipar Sultan)
dan mengutarakan cadangan untuk memperoleh semula negara baginda. Mereka
berdua akan menculik Tuan Puteri Si Bujur Sirih dan menyembunyikannya.
Kemudian dicadangkan apabila Sultan mengumumkan baginda akan
memperkenankan apa sahaja permintaan sesiapa yang memulangkan tuan puteri
itu, Sultan Masai akan muncul dan memulangkan puteri lalu miminta untuk
dikembalikan negara serta mengahwini puteri itu.
Mereka kemudian bersembunyi di Gua Bukit Tunggal sementara Badan dan Nyawa
menculik puteri. Setelah itu, seperti yang dijangka, Sultan Shahrul Nizam
mengumumkan yang baginda memperkenankan apa sahaja permintaan sesiapa
yang memulangkan tuan puteri itu. Mujur, Perdana Menteri sempat mengingatkan
Sultan bahawa mereka sudah mempunyai Ahli Nujum Negara. Lalu, Pak Belalang
dipanggil mengadap Sultan dan dipaksa untuk 'meramalkan' sehingga jumpa
tempat puteri disembunyikan atau dia akan dihukum pancung. Semangkuk air
disediakan dan seperti biasa, Pak Belalang tidak tahu apa hendak buat dan
berlakon seolah-olah berjampi. Tiba-tiba, secara ajaib, muncul dari dalam air
bayangan puteri yang diikat oleh Sultan Masai, penculik Badan dan Nyawa serta
pengikut baginda. Ketika Sultan menanyakan tempat persembunyian itu, Pak
Belalang telah hilang.
Mereka semua menuju ke Gua Bukit Tunggal dan menumpaskan kumpulan itu.
Penculik Badan dan Nyawa dijatuhkan hukuman pancung manakala Sultan dan
pengikutnya dihukum penjara seumur hidup. Pak Belalang yang berpelukan dengan
Puteri Si Bujur Sirih dilihat oleh Sultan lalu baginda 'menghukum' mereka untuk
berkahwin. Sebelum tamat, muncul Belalang mengatakan dia akan tidur situ kerana
dirungutnya bapanya tak mahu memperbesarkan rumah dan dia tiada tempat tidur
(mengetahui dia akan mendapat 'ibu baru'

You might also like