Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MALAYSIA

(MINISTRY OF TOURISM, ARTS AND CULTURE MALAYSIA)


No. 2, Menara 1, Jalan P5/6
Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel : 603-8000 8000
62200 PUTRAJAYA Faks : 603-8891 7100
MALAYSIA Portal Rasmi : www.motac.gov.my

Rujukan Kami : MOTAC.100-23/1/6 ( 56 )


Tarikh : 31 Mei 2021

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN,

SURAT KEBENARAN BEROPERASI BAGI PREMIS PENGINAPAN PERHOTELAN


SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) MULAI 1
HINGGA 14 JUN 2021

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sepertimana dimaklumi, Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan total


lockdown di seluruh negara mulai 1 hingga 14 Jun 2021 setelah mengambil kira situasi
semasa kes COVID-19. Berdasarkan pengumuman Kerajaan, Sektor Perhotelan
dibenarkan beroperasi bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerja sektor
perkhidmatan penting seperti oil and gas, sektor penerbangan dengan kontrak
serta lain-lain sektor yang dibenarkan Kerajaan seperti frontliners, professionals,
tugas rasmi dan lain-lain sektor perkhidmatan perlu.

3. Sehubungan itu, berdasarkan kepada senarai hotel yang berdaftar, Kementerian


Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) dengan ini mengesahkan bahawa syartikat di
senarai (LAMPIRAN) boleh beroperasi sepanjang tempoh PKP ini, tertakluk kepada
pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) Pengoperasian Premis Hotel,
syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kerajaan
Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

4. MOTAC ingin menegaskan bahawa pihak industri bertanggungjawab


sepenuhnya untuk mematuhi syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan. Tindakan
mengkompaun kesalahan selaras dengan Seksyen 25, Akta Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) akan dikenakan jika gagal mematuhinya.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

b.p. Ketua Setiausaha


Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya

You might also like