Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

TAJUK: KESEDIAAN GURU DALAM

MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH


BAGI MATA PELAJARAN SEJARAH SEKOLAH
RENDAH: SATU KAJIAN KES

NUR SYAKIRAH BINTI ABD SAMAD


PISMP SEJARAH JUN 2016

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA


KESEDIAAN GURU TERHADAP PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH: SATU KAJIAN KES TERHADAP
GURU SEJARAH

BAB 1: PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Pentaksiran merupakan salah satu elemen penting dalam pelaksanaan kurikulum di sekolah
terutamanya pembelajaran di bilik darjah. Berdasarkan Dasar Pendidikan Kebangsaan (2017),
pentaksiran ialah proses mengumpul data dan maklumat tentang murid, menilai tahap
penguasaan murid dalam pembelajaran serta memperbaiki pembelajaran murid melalui
maklumat yang diperoleh. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, sistem peperiksaan seringkali
mengalami perubahan seiring dengan pembaharuan dasar kurikulum negara bagi mencapai
matlamat pendidikan yang dihasratkan. Menurut Adi Badiozaman (2007), perubahan dalam
sistem peperiksaan kepada sistem pentaksiran di Malaysia adalah wajar. Hal ini kerana
pentaksiran pendidikan hendaklah menyumbang negara kepada secara berkesan dalam usaha
merealisasikan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan juga agenda
nasional, terutama sekali dalam usaha membentuk dan membangunkan modal insan yang
gemilang (Adi Badiozaman, 2007). Selari dengan perubahan dalam dunia pendidikan, dasar
pendidikan negara memfokuskan beberapa pembaharuan dalam sistem pentaksiran bagi
membentuk individu murid yang berpengetahuan tinggi serta mampu bersaing secara global.

Menurut Ramlah Ab Khalid & Jamil Ahmad (2015), Pentaksiran Sekolah (PS) merupakan
salah satu daripada lima komponen pentaksiran dalam Sistem Pentaksiran Pendidikan
Kebangsaan (SPPK) yang mula dilaksanakan pada tahun 2011 bagi menggantikan sistem
pentaksiran semasa, di mana ia menggabungkan Peperiksaan Pusat (PpP) yang dikendalikan
oleh Lembaga Peperiksaan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dikendalikan oleh
pihak sekolah. Penambahbaikan ini menunjukkan bahawa sistem pentaksiran yang dirangka
bertujuan meningkatkan keberhasilan pendidikan. Buktinya, Pentaksiran Berasaskan Sekolah
merupakan satu pentaksiran yang bersifat menyeluruh iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan
psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan
(Zamri Mahamod, Amin Membi & Nik Mohd Rahimi, 2010). Dalam konteks ini, PBS
menekankan sistem pentaksiran yang berterusan terutamanya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) di bilik darjah bagi mencapai matlamat pendidikan. Ini dapat dilihat melalui
pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang dijalankan secara berterusan dalam sesi PdP
bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan penguasaan
murid terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan. Mulai tahun 2016, PBD menggantikan
Pentaksiran Sekolah dengan mengekalkan konsep pentaksiran yang sama dan melibatkan
penentuan tahap penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran (BH, 2015). Pelaksanaan
PBD diterjemah melalui Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) semua mata
pelajaran di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang menekankan
penguasaan murid berdasarkan pernyataan Standard Prestasi, Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran. Pada tahun 2014, mata pelajaran Sejarah telah diperkenalkan di
peringkat sekolah rendah yang wajib dipelajari oleh semua murid dalam KSSR mulai tahun 4 di
Tahap II (DSKP, 2011). Dalam konteks ini, pelaksanaan PBD turut dititikberatkan dalam
kurikulum Sejarah yang mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran, elemen kewarganegaraan
dan nilai sivik bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran sejarah murid. Dalam kerangka
ini, kajian ini mendalami pelaksanaan PBD dalam proses PdP mata pelajaran Sejarah dalam
kalangan guru pelatih bidang pengkhususan Sejarah di Institut Pendidikan Guru Kampus
Perempuan Melayu, Melaka semasa menjalani praktikum di sekolah.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Penstrukturan semula dasar pendidikan kebangsaan yang dilaksanakan secara


berperingkat mempengaruhi perubahan sistem pentaksiran terhadap proses PdP. Kajian
Noorzeliana, Norazilawati dan Saniah (2014) menyentuh tentang isu dan cabaran
permasalahan guru dalam pentaksiran semasa melaksanakan PBS. Kajian terhadap
pembaharuan pendidikan dari segi penilaian menunjukkan kebimbangan guru pada nilai dan
keadilan dalam PBS serta kemunasabahan amalan pentaksiran tersebut di sekolah (Zamri
Mahamod, Mohamed Amin & Nik Mohd Rahimi, 2010). Hal ini membuktikan pelaksanaan
pentaksiran yang mengalami pembaharuan menimbulkan banyak isu terutamanya dalam
kalangan guru sebagai pihak utama yang bertanggungjawab terhadap pentaksiran PdP murid.
Dalam konteks mata pelajaran Sejarah, kesepaduan organisasi kurikulum Sejarah yang
ditetapkan memerlukan perancangan harian PdP yang tepat agar pembelajaran bermakna
dapat dicapai. Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Sejarah yang tepat merangkumi
pelbagai elemen dalam kurikulum Sejarah seperti pernyataan Standard Pembelajaran,
Standard Kandungan dan Standard Prestasi, Elemen Merentas dan Kurikulum, Elemen Sivik
dan Kewarganegaraan (EKNS), Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS), Nilai Murni dan Penilaian.
Kesemua elemen yang diterapkan dalam proses PdP amat berkait rapat dengan proses
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Hal ini kerana pelaksanaan PBD yang betul akan memberi
gambaran yang jelas tentang penguasaan murid terhadap Standard Pembelajaran yang
ditetapkan dalam kurikulum (KPM, 2014). Menurut Siti Hauzimah (2018), penguasaan
kemahiran yang tinggi dalam pelaksanaan pentaksiran amatlah perlu bagi seorang pendidik
seperti guru. Dalam konteks ini, guru merupakan pengurus bilik darjah yang bertanggungjawab
dalam memastikan penguasaan murid terhadap sesuatu topik yang dipelajari.

Namun, permasalahan yang ditimbulkan dalam kajian ini adalah sejauh manakah proses
pentaksiran bilik darjah (PBD) yang dilaksanakan oleh guru dapat membantu murid menguasai
topik pembelajaran mengikut pernyataan standard yang telah ditetapkan dalam DSKP Sejarah.
Dalam hal ini, pengkaji berpendapat bahawa kompetensi guru Sejarah dalam melaksanakan
PBD adalah pada tahap yang tinggi. Hal ini berikutan kebanyakan guru telah mendapat
pendedahan awal mengenai pelaksanaan PBD. Justeru, tahap pengetahuan dan kemahiran
yang dimiliki oleh guru sewajarnya dapat membantu pelaksanaan PBD mata pelajaran Sejarah
secara berkesan. Namun, kajian oleh Siti Hauzimah (2018) menyatakan bahawa masih terdapat
golongan guru yang masih keliru dan belum bersedia dalam melaksanakan PBD. Oleh itu,
pengkaji cuba meneliti secara mendalam tentang pelaksanaan PBD oleh guru di sebuah
sekolah di sekitar Melaka khususnya bagi mata pelajaran Sejarah.

lagi tentang perancangan PdP dan kesannya terhadap pelaksanaan pentaksiran bilik darjah
oleh guru pelatih bidang pengkhususan Sejarah semasa menjalani praktikum.

1.3 TUJUAN, OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pelaksanaan pentaksiran bilik darjah bagi pengajaran
dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran Sejarah oleh guru pelatih opsyen Sejarah pendidikan
rendah di IPGKPM.

Objektif kajian yang ingin dicapai adalah seperti berikut:

1. Menganalisis pelaksanaan pentaksiran bilik darjah dalam proses pengajaran dan


pembelajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah.
Selaras dengan objektif kajian, kajian ini menjawab persoalan-persoalan berikut:

1. Apakah kaedah yang digunakan oleh guru pelatih dalam melaksanakan pentaksiran bilik
darjah bagi mata pelajaran Sejarah? / Apakah bahagian-bahagian RPH yang ditulis
tentang pentaksiran bilik darjah? (Analisis dokumen-RPH)
2. Bagaimanakah pentaksiran bilik darjah dilaksanakan oleh guru pelatih dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah? (Pemerhatian senarai semak +
temu bual)
3. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah pentaksiran bilik darjah
dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah? (Menganalisis
pemerhatian)

1.4 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

 Rancangan
Pengajaran  Topik/Tema
Harian (RPH)  DSKP
Guru Kurikulum Sejarah
 Pengetahuan
dan Pelaksanaan
Pentaksiran Bilik
Kemahiran
Darjah Dalam
Mata Pelajaran
 Kaedah Sejarah
 Tahap
PBD Proses Pengajaran Murid Penguasaan
 Faktor dan Pembelajaran
Pemilihan
Kaedah
PBD

Rajah 1 Kerangka konseptual kajian (diadaptasi daripada Model Penilaian CIPP Stufflebeam,
1983)
1.5 SKOP DAN BATASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
oleh guru mata pelajaran Sejarah di sebuah sekolah rendah di sekitar Melaka. Kajian ini
memfokuskan aspek perancangan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang menekankan
pelaksanaan PBD bagi mata pelajaran Sejarah. Justeru, pengkaji hanya akan menumpukan
bahagian pelaksanaan PBD dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) Sejarah dan
tidak menekankan aspek lain dalam proses PdP seperti kawalan bilik darjah, elemen
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), kaedah, teknik pengajaran guru dan sebagainya
semasa menjalankan kajian ini. Kajian ini turut berfokuskan kepada proses PdP mata pelajaran
Sejarah di sekolah rendah kerana pengkaji merupakan guru pelatih pengkhususan Sejarah di
sebuah pusat latihan keguruan. Selain itu, mata pelajaran Sejarah merupakan salah satu subjek
yang diperkenalkan di bawah KSSR bagi murid Tahap II sekolah rendah. Justeru, pengkaji
memfokuskan pelaksanaan PBD dalam proses PdP mata pelajaran Sejarah.

Seterusnya, kajian ini dibataskan kepada faktor pemilihan lokasi kajian iaitu di sebuah
sekolah sekitar daerah Melaka Tengah. Dalam konteks ini, sekolah yang dipilih adalah
berdekatan dengan tempat latihan perguruan bagi pengkaji iaitu di Institut Pendidikan Guru
Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Oleh itu, peserta kajian dipilih dalam kalangan guru bagi
mata pelajaran Sejarah di sekolah tersebut. Selain itu, keterbatasan kajian ini juga turut
dipengaruhi oleh faktor seperti tahap pengetahuan dan kemahiran peserta kajian, jawatan yang
disandang dan pengalaman mengajar yang dimiliki oleh peserta kajian. Selain itu,

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), aktiviti pentaksiran menjadi salah satu
aspek penting yang dapat membantu guru memperbaiki amalan pengajaran di bilik darjah. Hal
ini kerana melalui pentaksiran, guru dapat menggunakan maklumat daripada aktiviti pentaksiran
bagi merancang pembelajaran yang bersesuaian mengikut tahap prestasi murid (Ramlah Ab
Khalid, Jamil Ahmad & Analisa Hamdan, 2015). Dalam konteks ini, pentaksiran merupakan
elemen penting bagi menguji kekuatan dan kelemahan proses PdP serta tahap penguasaan
murid terhadap isi pelajaran. Di samping itu, aktiviti pentaksiran juga membolehkan murid
belajar berfikir secara lebih mendalam melalui instrumen-instrumen pentaksiran yang direka
khas dan menjadikan pengajaran guru berkualiti tinggi (Teaching and Learning Research
Programme, 2004). Oleh itu, kajian ini adalah penting bagi meneliti pelaksanan pentaksiran bilik
darjah yang meningkatkan keberkesanan proses PdP bagi mata pelajaran Sejarah.
Selain itu, dapatan kajian ini akan memberi pendedahan kepada guru pelatih opsyen
pendidikan Sejarah mengenai pelaksanaan kurikulum Sejarah yang berkualiti khususnya
berkaitan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Menurut Abdul Razak Ahmad & Mahzan
Awang (2015), keberkesanan pengajaran mata pelajaran Sejarah bergantung kepada
perancangan dan kualiti guru sejarah itu sendiri. Dalam konteks ini, tahap pengetahuan,
kemahiran dan kesediaan yang dimiliki oleh guru Sejarah mendorong terhadap kualiti
perancangan PdP mata pelajaran Sejarah. Justeru, kajian ini dapat membantu menambah
pengetahuan tentang proses pentaksiran bilik darjah yang dilaksanakan bagi mata pelajaran
Sejarah. Selain itu, kajian ini penting bagi pengkaji membuat penambahbaikan terhadap
penilaian dalam proses PdP mata pelajaran Sejarah yang berkesan.

Kajian ini juga akan mengisi kekosongan berkaitan pelaksanaan pentaksiran dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) khususnya dalam bidang pendidikan Sejarah. Tambahan
lagi, kajian mengenai aktiviti pentaksiran dalam pendidikan Sejarah masih belum ada. Hal ini
kerana mata pelajaran Sejarah merupakan mata pelajaran baharu yang diperkenalkan di bawah
pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Selain itu, pelaksanaan PBD
merupakan transformasi pentaksiran yang mula dilaksanakan secara rasmi di sekolah rendah
bermula pada tahun 2018. Oleh itu, kajian ini adalah penting bagi menambah koleksi kajian
mengenai proses pentaksiran dalam bidang pendidikan peringkat sekolah rendah.

1.7 DEFINISI OPERASIONAL

Terdapat beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini antaranya:

i. Pentaksiran
ii. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
iii. Proses pengajaran dan pembelajaran
iv. Guru pelatih
v. Mata pelajaran Sejarah
BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Pentaksiran bilik darjah (PBD) telah diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
selaras dengan perubahan dalam Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) pada
tahun 2018 untuk sekolah rendah. Menurut Siti Hauzimah (2018), PBD merupakan satu
pentaksiran yang lebih lengkap, bermakna, sahih dan tepat untuk mengenal pasti tahap
penguasaan murid. Hal ini kerana PBD merupakan kaedah pentaksiran yang bersifat autentik
dan holistik serta lebih berfokus kepada perkembangan dan pembelajaran murid dan bukan lagi
berorientasikan peperiksaan semata-mata (KPM, 2018).

2.2 TEORI-TEORI KAJIAN

Kajian ini akan menggunakan

2.3 DAPATAN KAJIAN LALU


2.3.1 Kajian Lepas mengenai aktiviti pentaksiran dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP)

Berdasarkan tinjauan literatur yang telah dilaksanakan, terdapat beberapa kajian ilmiah
yang membincangkan mengenai aktiviti pentaksiran dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) bagi mata pelajaran di sekolah rendah. Antara kajian yang membicarakan
tentang aktiviti pentaksiran dapat diteliti melalui penulisan Ramlah Ab Khalid, Jamil Ahmad &
Analisa Hamdan (2015) yang mengkaji tentang pembentukan sikap positif guru terhadap
pelaksanaan aktiviti pentaksiran. Kajian ini dijalankan secara kualitatif bagi memahami dan
menilai persepsi guru terhadap pelaksanaan Pentaksiran Sekolah. Dalam konteks kajian ini,
‘persepsi’ merujuk kepada sikap dan ‘peristiwa’ merujuk kepada pelaksanaan Pentaksiran
Sekolah. Dapatan kajian ini menunjukkan pembentukan sikap positif guru terhadap
pelaksanaan Pentaksiran Sekolah berada di tahap yang sederhana. Kajian ini turut
membincangkan

You might also like