Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)

ISSN 2289-3180 eISSN 0128-0473/ Vol 5/ 2016 (40-57)

PENGGUNAAN ATS DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 4


MENGUASAI KEMAHIRAN MENUKAR PECAHAN

The Use of ATS to Acquire the Skill of Changing Fraction in Year 4 Students

Mas Norbany Abu Samah & Syafiqah Liyana Saharudin


IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Malaysia
masnorbany1973@yahoo.com

Nor’ain Mohd Tajudin


Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Abstrak
Analisis pengajaran dan pembelajaran topik pecahan mendapati sebahagian murid menghadapi kesukaran
untuk menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Pelbagai jenis kesilapan dapat dikesan melalui
ujian diagnostik, pemerhatian, temu bual serta analisis dokumen seperti lembaran kerja dan buku latihan murid.
Antara kesilapan yang dikenal pasti ialah kesilapan algoritma bahagi, membina sifir, menulis nombor
bercampur dan penggunaan garis nombor pecahan. Oleh itu, kajian tindakan ini dijalankan bertujuan membantu
meningkatkan penguasaan murid berpencapaian lemah Tahun 4 dalam topik pecahan yang melibatkan
kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Peserta kajian dibimbing untuk memahami
konsep dan seterusnya menguasai kemahiran penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan
menggunakan bahan manipulatif ATS. Peserta kajian terdiri daripada dua orang murid perempuan yang dipilih
berdasarkan pencapaian ujian diagnostik. Kajian tindakan ini menggunakan pendekatan Model Stephen
Kemmis dan Mc Taggart. Data dikumpul menggunakan kaedah analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual
dan dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati intervensi yang digunakan berjaya membantu peserta
kajian memahami konsep dan menguasai kemahiran penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur.
Kesimpulannya bahan manipulatif ATS adalah bersifat mesra pengguna dan membantu dalam pengukuhan
konsep pecahan terutama dalam kemahiran menukarkan pecahan tak wajar kepada nombor bercampur.

Kata kunci: Kajian tindakan, matematik sekolah rendah,bahan manipulatif ATS (Arrange The Square),
pecahan tak wajar, nombor bercampur, Matematik Tahun 4

Abstract
Analyses of teaching and learning of fraction topic showed that some students faced difficultiesin changing
the improper fractions to mixed numbers. Various types of errors were detected through diagnostic test,
observation, interviews and analysis of documents such as pupils’ worksheets and workbooks. Among the
errors identified were wrong in algorithm division, building tables, writing mixed numbers and fractions using
number lines. Therefore, this action research was conducted to improve the low achievement Year 4 pupils in
learning fractions topic which involved skills of changing improper fractions to mixed numbers. Participants
were guided to understand the concept and master the skills of changing the improper fractions to mixed
numbers using ATS manipulative materials. The participants of the research consisted of two girls who were
selected based on the results of the diagnostic tests. This action research employed a Model of Stephen Kemmis
and Mc Taggart. Data were collected using the method of document analysis, observation and interview and
were analyzed descriptively. The research showed that the intervention was successful in helping the
participants to understand the concept and master the skills of changing the improper fractions to mixed
numbers. In summary, the ATS manipulative materials is a user friendly tool and can be used in strengthening
the concept of fractions, especially in skills of changing the improper fractions to mixed numbers.

40
Penggunaan ATS dalam Membantu Murid Tahun 4 Menguasai Kemahiran Menukar Pecahan

Keywords: Action research, primary school mathematics, ATS (Arrange the Square) manipulative materials,
improper fractions, mixed numbers, Mathematics Year 4

PENGENALAN

Matematik merupakan satu bidang ilmu yang melatih minda untuk berfikir secara mantik dan bersistem
dalam menyelesaikan suatu masalah dan membuat keputusan. Terdapat tiga skop penting yang perlu
dikuasai oleh murid dalam mempelajari matematik iaitu nombor bulat, pecahan dan nombor perpuluhan.
Kementerian Pendidikan Malaysia Pelajaran (2001) menegaskan bahawa murid perlu dibimbing untuk
membina kefahaman dalam menguasai kemahiran matematik melalui objek konkrit sebelum diperkenalkan
secara abstrak. Sewaktu mengajar tajuk pecahan bagi tahun 4 Ibnu Kaldun, pengkaji menghadapi masalah
apabila mengajar murid dalam kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Pengkaji
telah mengajar murid menggunakan operasi bahagi untuk membuat penukaran yang merupakan satu kaedah
biasa digunakan oleh guru di sekolah. Terdapat beberapa kesilapan yang telah dilakukan oleh murid semasa
menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Kesilapan tersebut telah dibuktikan melalui hasil
lembaran kerja, buku latihan dan ujian diagnostik. Kesilapan pertama ialah dalam algoritma bahagi. Murid
tidak dapat melakukan pengiraan bahagi bentuk lazim mengikut langkah yang betul. Bukti kesilapan
tersebut boleh dilihat pada Rajah 1.

Rajah 1 Kesilapan dalam algoritma bahagi

Kesilapan kedua yang berlaku semasa menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur menggunakan
algoritma bahagi adalah disebabkan oleh murid tidak menguasai fakta asas darab. Murid tidak dapat
membina sifir dengan betul. Kesilapan semasa menyenaraikan sifir menyebabkan pengiraan dalam bahagi
bentuk lazim adalah salah. Berdasarkan kepada temu bual yang dijalankan, murid menyatakan bahawa dia
hanya mengingat sifir lima sahaja. Contoh kesilapan tersebut adalah seperti Rajah 2.

Rajah 2 Kesilapan membina sifir

Kesilapan ketiga ialah murid gagal menulis nombor bercampur mengikut urutan yang betul daripada
pengiraan bahagi bentuk lazim tersebut. Murid tertukar antara nilai pengangka dan nilai penyebut. Contoh
kesilapan adalah seperti dalam Rajah 3.

41
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 eISSN 0128-0473/ Vol 5/ 2016 (40-57)

Rajah 3 Kesilapan menulis nombor bercampur

Analisis awal di atas menunjukkan bahawa kesukaran yang dihadapi oleh murid untuk menukar
pecahan tak wajar kepada nombor bercampur adalah disebabkan oleh mereka tidak menguasai fakta asas
darab dan fakta asas bahagi. Bagi mengatasi kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan, pengkaji telah
mencuba satu lagi kaedah yang sering digunakan oleh guru di sekolah iaitu penggunaan garis nombor.
Namun, berdasarkan kepada hasil lembaran kerja yang telah diberikan, didapati murid masih lagi gagal
untuk mengaitkan pecahan tak wajar dengan nombor bercampur menggunakan garis nombor. Di sini jelas
menunjukkan bahawa murid tidak memahami konsep pecahan tak wajar dan nombor bercampur. Rajah 4
menunjukkan kesilapan murid mengaitkan pecahan tak wajar kepada nombor bercampur menggunakan
garis nombor.

Rajah 4 Penggunaan garis nombor

SOROTAN LITERATUR

Pengetahuan dan pemahaman konsep mengenai pecahan perlu dikuasai oleh murid sebelum mempelajari
tajuk berikutnya seperti perpuluhan, peratus dan pengukuran. Menurut Fan Siong Peng (2008), pecahan
merupakan suatu nombor yang memiliki sifat yang unik berbanding dengan nombor bulat yang pernah
dipelajari oleh murid sebelumnya. Bahagian Pendidikan Guru (1998) menjelaskan bahawa konsep pecahan
terbahagi kepada dua iaitu pecahan sebagai sebahagian daripada satu keseluruhan dan pecahan sebagai
sebahagian daripada satu kumpulan benda. Terdapat tiga jenis pecahan iaitu pecahan wajar, pecahan tak
wajar dan nombor bercampur. Pecahan wajar ialah nilai penyebutnya lebih besar daripada nilai
pengangkanya. Ini adalah berbeza dengan pecahan tak wajar iaitu nilai penyebutnya lebih kecil daripada
nilai pengangkanya. Nombor bercampur pula ialah gabungan antara nombor bulat dengan pecahan wajar.

Watanabe (2002) menyatakan pecahan merupakan satu tajuk yang sangat kompleks dan menjadi
satu masalah kepada murid sehingga mendapat rungutan daripada kebanyakan mereka (Fan Siong Peng,
2008). Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Tengku Zawawi (2009), pemahaman terhadap konsep
pecahan yang terhad mungkin berpunca daripada amalan pengajaran guru yang terlalu menekankan
penguasaan kemahiran, tanpa kefahaman konsep yang sebenar. Johan (2002) menyatakan murid banyak
melakukan kesilapan semasa menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur menggunakan operasi
bahagi (Jamilah, 2013). Menurut Sabri (2006), salah satu faktor murid melakukan kesilapan dalam masalah
yang melibatkan operasi bahagi adalah disebabkan oleh murid tidak menguasai sifir.

42
Penggunaan ATS dalam Membantu Murid Tahun 4 Menguasai Kemahiran Menukar Pecahan

Bruner (1960) menerangkan bahawa idea matematik diterjemahkan dalam tiga aspek iaitu enaktif
(konkrit), ikonik (perlambangan bergambar) dan simbolik (simbol). Susunan ini menunjukkan bahawa
murid perlu diperkenalkan dengan bahan konkrit, semi konkrit dan bentuk abstrak dalam penguasaan
sesuatu kemahiran matematik. Menurut Nik Azis (1992), proses pengajaran yang sentiasa menekankan
kepada himpunan pelbagai simbol, istilah dan rumus matematik yang bersifat abstrak tidak memberi
sebarang makna kepada proses perkembangan pembelajaran murid. Oleh itu, penggunaan bahan manipulatif
dan resos dalam memperkenalkan konsep matematik sangat penting untuk mewujudkan satu pembelajaran
yang bermakna kepada murid serta dapat meningkatkan kualiti pengajaran dalam kalangan guru. Menurut
Kamal (1987), penggunaan bahan bantu mengajar membolehkan seseorang guru itu lebih bersedia dan lebih
kreatif untuk menyampaikan pelajarannya dengan baik. Herlinda (2008) pula menyatakan bahawa
penggunaan bahan bantu dapat meningkatkan kefahaman murid selain dapat merangsang minat dan
sikapnya yang lebih positif. Namun, banyak juga kajian yang menyatakan bahawa masih terdapat ramai
guru matematik yang mengajar menggunakan pendekatan ‘chalk and talk’ (Abdul Razak & Nor Asmah,
2010, Noor Azlan & Noraziah, 2010, & Nooriza, 2001).

Terdapat pelbagai inovasi dan kaedah yang telah diperkenalkan oleh pengkaji-pengkaji lepas.
Antaranya ialah Colouring Box oleh Hapizul (2013) dan Grouping Sticks oleh Syazwani (2013). Kedua-
dua inovasi ini sememangnya dapat menarik perhatian murid serta membantu murid dalam menukar
pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Namun, inovasi ini hanya menekankan kepada kaedah dan
teknik di mana murid masih tidak memahami konsep pecahan yang sebenar. Bahan bantu mengajar (BBM)
yang digunakan juga boleh membantu murid menyelesaikan soalan penukaran pecahan tak wajar kepada
nombor bercampur, menggunakan kos yang murah serta mudah didapati.

TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mereka bentuk cadangan intervensi proses pengajaran dan
pembelajaran murid lemah Tahun 4 Ibnu Kaldun dalam kemahiran menukar pecahan tak wajar penyebutnya
hingga 10 kepada nombor bercampur.Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk menentukan
bagaimana ATS dapat membantu murid lemah Tahun 4 Ibnu Kaldun dalam menguasai kemahiran menukar
pecahan tak wajar penyebutnya sehingga 10 kepada nombor bercampur.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang dipelopori oleh Kemmis dan Mc Taggart (1988).
Model ini menyarankan empat langkah kajian tindakan bermula dengan mereflek, merancang, bertindak
dan memerhati.Kajian tindakan ini melibatkan dua orang murid perempuan tahun 4. Kesemua peserta kajian
ini dipilih berdasarkan kepada pencapaian yang lemah dalam ujian diagnostik. Pengumpulan data
menggunakan instrumen analisis dokumen, temu bual dan juga pemerhatian. Analisis data kualitatif
dilakukan secara deskriptif.

Dalam proses pengumpulan data, pengkaji telah membuat analisis terhadap dokumen yang
merangkumi latihan lembaran kerja yang diberikan kepada setiap peserta kajian semasa sesi intervensi
dilaksanakan. Latihan lembaran kerja ini bertujuan untuk melihat tahap penguasaan peserta kajian dari
semasa ke semasa sepanjang sesi intervensi dijalankan. Pengkaji membuat analisis setiap kesilapan yang
dilakukan bagi setiap lembaran kerja. Selain itu, pengkaji menjalankan pemerhatian ke atas peserta kajian.
Pemerhatian dijalankan bagi menyokong hasil dapatan kajian. Hasil pemerhatian dalam kajian tindakan ini
dicatat pada borang senarai semak pemerhatian. Terdapat pelbagai item yang dititiberatkan dalam borang
senarai semak ini. Antaranya adalah penguasaan dalam kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada
nombor bercampur dengan menggunakan bahan yang telah diperkenalkan oleh pengkaji serta sikap dan
tingkah laku yang ditunjukkan oleh peserta kajian sepanjang sesi intervensi dijalankan. Di samping itu,
temu bual juga merupakan instrumen yang digunakan untuk menyokong hasil dapatan kajian. Temu bual
tidak berstruktur diadakan sepanjang sesi intervensi dijalankan. Temu bual yang dijalankan ke atas peserta
43
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 eISSN 0128-0473/ Vol 5/ 2016 (40-57)

kajian ditulis di dalam transkrip bagi membolehkan pengkaji memahami dan membuat analisis terhadap
peserta kajian. Setiap soalan temu bual adalah berkaitan dengan objektif bagi sesi intervensi yang
dijalankan. Kepelbagaian instrumen kajian digunakan adalah bertujuan melihat perkembangan tahap
penguasaan peserta kajian dari semasa ke semasa sepanjang sesi intervensi dilaksanakan. Di samping itu,
kajian ini juga bertujuan memperkukuhkan kemahiran mempermudahkan pecahan yang dipelajari dengan
menggunakan Building Board dan Peta Alir I-Think BSL.

SPESIFIKASI TINDAKAN

Kajian ini bertujuan membantu peserta kajian menguasai kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada
nombor bercampur. Pengkaji telah memperkenalkan satu bahan manipulatif yang diberi nama ATS. ATS
merupakan singkatan bagi “Arrange The Square”. Rajah 5 menunjukkan bahan manipulatif ATS yang
digunakan oleh pengkaji dan juga peserta kajian sepanjang sesi intervensi berlangsung.

Rajah 5 Bahan manipulatif ATS

Berikut merupakan langkah penggunaan bahan manipulatif ATS untuk menukar pecahan tak wajar kepada
7
nombor bercampur. Contoh pecahan tak wajar untuk ditukarkan kepada nobmor bercampur ialah 4 .
Langkah 1: Kenal pasti nilai penyebut bagi pecahan tak wajar. Penyebut pecahan tersebut ialah 4.
Langkah 2: Lukis 1 petak yang mengandungi 4 bahagian pada papan ATS.

Langkah 3: Lekatkan kad kuning satu persatu pada setiap bahagian.

Langkah 4: Kenal pasti nilai pengangka. Pengangka bagi pecahan tersebut ialah 7. Bilangan kad kuning
yang perlu dilekatkan bergantung kepada nilai pengangka iaitu sebanyak 7 keping. Petak pertama masih
lagi belum mencukupi 7 keping kad kuning, Jadi, lukis lagi 1 petak yang mengandungi 4 bahagian.

44
Penggunaan ATS dalam Membantu Murid Tahun 4 Menguasai Kemahiran Menukar Pecahan

Langkah 5: Lekatkan lagi kad kuning sebanyak 3 keping pada bahagian tersebut untuk mencukupi sebanyak
7 keping yang bergantung kepada nilai pengangka.

Langkah 6: Petak penuh mewakili 1 dan petak yang tidak penuh mewakili pecahan.

Langkah 7: Apabila ditukar kepada nombor bercampur, bilangan petak penuh diwakilkan sebagai nombor
bulat dan petak tidak penuh diwakilkan sebagai pecahan wajar.

SESI INTERVENSI

Pengkaji telah menjalankan sebanyak empat kali sesi intervensi bagi membantu kesemua peserta kajian
menguasai kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur menggunakan ATS. Bagi sesi
intervensi pertama, peserta kajian diperkenalkan dengan bahan manipulatif ATS. Peserta kajian dibimbing
untuk menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan menggunakan ATS tanpa melibatkan
permudahkan jawapan akhir kepada bentuk termudah. Kesemua peserta kajian diagihkan dengan lembaran
kerja 1 yang mengandungi enam item. Peserta kajian dikehendaki untuk menyelesaikan kesemua item
tersebut dengan menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur menggunakan bahan manipulaitf
ATS.

45
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 eISSN 0128-0473/ Vol 5/ 2016 (40-57)

Pada sesi intervensi kedua, peserta kajian dibimbing untuk menukar pecahan tak wajar kepada
nombor bercampur menggunakan ATS dengan melibatkan permudahkan jawapan akhir kepada bentuk yang
termudah. Peserta kajian menyelesaikan enam item pada lembaran kerja 2. Bagi sesi intervensi ketiga,
peserta kajian tidak lagi dibekalkan dengan bahan manipulatif ATS tetapi hanya dibekalkan dengan kertas
grid untuk menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Walau bagaimanapun, peserta kajian
mengaplikasikan kaedah ATS pada kertas grid yang telah disediakan pada lembaran kerja 3 untuk membuat
penukaran bagi kesemua item tersebut. Pada sesi intervensi terakhir, peserta kajian diagihkan lembaran
kerja 4 yang mempunyai enam item. Dalam sesi ini, peserta kajian tidak lagi menggunakan bahan
manipulatif ATS dan kertas grid untuk membuat penukaran. Namun, peserta kajian hanya dibekalkan kertas
kosong sahaja dan dikehendaki menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan
mengaplikasikan kaedah ATS.

DAPATAN KAJIAN

Peserta kajian pertama – Awi

Dapatan kajian bagi peserta kajian pertama dikenali sebagai Awi. Awi merupakan seorang murid yang
mengalami masalah dalam kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Berdasarkan
kepada analisis tinjauan masalah, lembaran kerja dan ujian diagnostik, terdapat beberapa kesilapan utama
yang telah dilakukan oleh Awi. Ini dapat dibuktikan melalui item 3 dan 8 pada Rajah 6. Kesilapan pertama
yang dilakukakan ialah dalam algoritma bahagi iaitu Awi silap semasa membuat pengiraan bahagi bentuk
lazim. Apabila ditanya bagaimana Awi melakukan bahagi bentuk lazim, Awi menyatakan bahawa dia tidak
pandai bahagi kerana bahagi sangat susah. Kesilapan kedua yang dapat dilihat pada item tersebut ialah Awi
tidak menguasai fakta asas darab. Bagi kedua-dua item ini, Awi telah melakukan kesilapan semasa membina
sifir empat dan juga sifir tujuh. Sepatutnya 3x4=12, tetapi Awi menulis 10 dan 3x7=21 tetapi Awi menulis
20. Sifir yang telah disenaraikan adalah salah dan menyebabkan proses bahagi bentuk lazim juga salah.
Berdasarkan temu bual yang dijalankan, Awi menyatakan bahawa dia hanya mengingat sifir dua dan lima
sahaja. Kesilapan ketiga yang boleh dilihat daripada kedua-dua item tersebut ialah Awi menyusun nombor
bercampur tidak mengikut urutan yang betul. Sepatutnya nombor bercampur bagi item tiga pada Rajah 6
3 1
ialah 1 , tetapi Awi menulis 4 . Di sini boleh dilihat bahawa Awi meletakkan pembahagi sebagai nombor
4 3
bulat, hasil bahagi sebagai pengangka dan baki sebagai penyebut. Susunan ini menyebabkan penulisan
nombor bercampur adalah salah. Selain itu, didapati hasil kerja Awi kurang kemas dan penulisan angka
tidak tepat. Angka 4 yang ditulis adalah seperti huruf u. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, Awi
merupakan seorang yang pasif dan suka bersendirian. Awi juga mudah hilang tumpuan di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (pdp) sehingga kadang kala pengkaji terpaksa menyuruhnya beberapa kali
untuk bertindak.

Rajah 6 Kesilapan semasa menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur

Justeru, pengkaji telah merancang dan melaksanakan empat sesi intervensi bagi mengatasi kesilapan yang
telah dilakukan. Pada sesi intervensi pertama, Awi dibimbing menggunakan bahan manipulatif ATS untuk
menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur tanpa melibatkan mempermudahkan jawapan
kepada bentuk termudah. Pada permulaan sesi ini, Awi didapati tidak menumpukan sepenuh perhatian
kepada penerangan pengkaji. Namun, selepas diberi peluang untuk menggunakan ATS, Awi sangat teruja
dan terus bersemangat untuk menggunakannya. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, Awi dapat menukar
pecahan tak wajar kepada nombor bercampur mengikut langkah yang betul setelah mendapat bimbingan

46
Penggunaan ATS dalam Membantu Murid Tahun 4 Menguasai Kemahiran Menukar Pecahan

5
daripada pengkaji. Rajah 7 merupakan bukti Awi berjaya menukar pecahan tak wajar 2
kepada nombor
1
bercampur, 22 menggunakan ATS.

Rajah 7 Penggunaan ATS

Namun, dalam sesi ini juga Awi didapati membuat kesilapan bagi dua item. Kesilapan tersebut boleh dilihat
dalam Rajah 8.

Rajah 8 Kesilapan bagi lembaran kerja 1

Berdasarkan kepada temu bual yang dijalankan, kesilapan tersebut berlaku kerana kecuaian Awi semasa
mengira kad kuning. Sebagai contoh bagi item enam di atas, kad kuning sepatutnya dilekatkan sebanyak 27
keping, tetapi Awi hanya meletak 26 keping kad kuning sahaja.

Bagi memastikan kesilapan tersebut tidak lagi diulangi, pengkaji telah membuat penambah baikan
pada sesi intervensi kedua dengan meminta Awi menulis bilangan kad kuning bagi setiap petak sehingga
mencukupi nilai pengangka. Dalam sesi intervensi kedua, Awi dibimbing menggunakan bahan manipulatif
ATS untuk menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan melibatkan permudahkan
jawapan kepada bentuk termudah. Setelah Awi dibimbing, dia berjaya menukar pecahan tak wajar kepada
nombor bercampur dan seterusnya mempermudahkan jawapan akhir kepada bentuk termudah dengan
menggunakan ATS. Rajah 9 merupakan salah satu item lembaran kerja 2 yang telah berjaya dijawab dengan
betul oleh Awi.

Rajah 9 Item yang dijawab dengan betul

Bagi item enam dalam lembaran kerja 2, Awi telah pun berjaya menukar pecahan tak wajar kepada nombor
bercampur menggunakan ATS mengikut langkah yang betul. Namun, jawapan yang diberikan oleh Awi
adalah tidak tepat kerana Awi tidak mempermudahkan jawapan kepada bentuk termudah. Bukti item enam
boleh dilihat dalam Rajah 10.
47
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 eISSN 0128-0473/ Vol 5/ 2016 (40-57)

Rajah 10 Item 6

Berdasarkan kepada temu bual yang dijalankan, Awi menyatakan bahawa jawapan tersebut tidak boleh
dipermudahkan kerana bilangan kad kuning adalah tidak sama dengan bilangan petak kosong. Dalam hal
ini, Awi berpendapat bahawa pecahan wajar hanya boleh dipermudahkan jika bahagian yang berlorek sama
dengan bahagian yang tidak berlorek. Justeru, pengkaji telah membimbing dan menegur secara serta merta
untuk memastikan kekeliruan dan kesilapan tersebut tidak dilakukan pada item seterusnya.

Pada sesi intervensi ketiga, kesilapan yang dilakukan pada sesi intervensi kedua tidak lagi diulang
dalam sesi ini. Ini menunjukkan bahawa Awi telah pun dapat menguasai kemahiran yang diperkenalkan
pada sesi sebelumnya dengan baik. Dalam sesi ini, Awi dikehendaki untuk menyelesaikan lembaran kerja
tiga tanpa menggunakan bahan manipulatif ATS tetapi mengaplikasikannya pada kertas grid. Awi berjaya
menjawab kesemua item dengan betul. Rajah 11 menunjukkan contoh item pada lembaran kerja 3 yang
dijawab oleh Awi.

Rajah 11 Item yang dijawab dengan betul

23 2
Apabila ditanya bagaimana Awi menukar 3 kepada 7 3, Awi berupaya menerangkan langkah demi langkah
untuk membuat penukaran tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa Awi telah dapat menguasai dan
memahami kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan mengaplikasikan
kaedah ATS dengan lebih baik. Berdasarkan hasil lembaran kerja 3, didapati hasil kerja Awi semakin kemas
dan lebih teratur jika dibandingkan dengan sebelum kajian dilaksanakan dan sesi intervensi sebelumnya.
Awi juga kelihatan lebih ceria dan bersemangat sepanjang sesi tiga berlangsung.

Bagi sesi intervensi terakhir, Awi tidak lagi menggunakan bahan manipulatif ATS dan kertas grid
untuk membuat penukaran, tetapi Awi hanya dibekalkan kertas kosong sahaja dan dikehendaki menukar
pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan mengaplikasikan kaedah ATS. Berdasarkan
pemerhatian yang dibuat ke atas Awi sepanjang sesi keempat berlangsung, Awi membantu dan
membimbing rakannya untuk menyiapkan item pada lembaran kerja 4. Ini jelas menunjukkan bahawa Awi
sangat yakin dengan tahap penguasaannya dalam kemahiran ini. Pada masa yang sama, Awi juga kelihatan
lebih ceria dan menumpukan sepenuh perhatian sepanjang sesi intervensi berlangsung. Selain itu, penulisan

48
Penggunaan ATS dalam Membantu Murid Tahun 4 Menguasai Kemahiran Menukar Pecahan

angka juga ditulis dengan kemas dan tepat. Awi telah berjaya menjawab kesemua item pada lembaran kerja
4 dengan betul. Rajah 12 menunjukkan contoh hasil kerja Awi.

Rajah 12 Hasil kerja pada lembaran kerja 4

Apabila ditanya bagaimana ATS dapat membantu Awi untuk menukar pecahan tak wajar kepada
nombor bercampur. Awi dengan yakin menjawab bahawa ATS sangat mudah kerana hanya perlu melukis
petak sahaja tanpa menggunakan operasi bahagi. Bagi tiga item terakhir pada lembaran kerja 4, Awi
menunjukkan langkah satu persatu untuk menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Namun,
Awi didapati tidak menunjukkan sebarang pengiraan untuk mempermudahkan jawapan akhir kepada bentuk
termudah.Ini dapat dibuktikan pada Rajah 13. Apabila ditanya bagaimana Awi mempermudahkan jawapan
akhir, Awi menyatakan bahawa dia hanya membayangkan sahaja tanpa perlu melukis petak untuk
mempermudahkan jawapan. Ini jelas menunjukkan bahawa Awi semakin mahir dan tahap penguasaannya
dalam kemahiran ini telah pun meningkat.

Rajah 13 Item terakhir pada lembaran kerja 4

Rumusannya, tahap penguasaan Awi dalam kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor
bercampur telah meningkat. Sebelum kajian dijalankan, Awi melakukan kesilapan semasa membuat
penukaran menggunakan operasi bahagi. Namun, selepas sahaja ATS diperkenalkan, kesilapan tersebut
tidak lagi diulangi. Pada masa yang sama, penulisan angka 4 seperti huruf u tidak lagi dilihat setelah Awi
melalui sesi intervensi. Hasil kerja Awi juga kelihatan lebih kemas dan teratur. Bukan itu sahaja, perubahan
ke atas sikap Awi juga dapat dilihat. Sebelum kajian dijalankan, Awi seorang yang kurang fokus dan pasif,
tetapi selepas kajian dijalankan Awi merupakan seorang yang lebih fokus, aktif serta bergaul antara satu
sama lain.

Peserta Kajian Kedua – Iman

Iman merupakan seorang yang aktif dan suka mengganggu rakan untuk membuat kerja. Iman tidak dapat
menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap proses pdp dan sering mendapat teguran daripada pengkaji
untuk melakukan kerja yang diberikan.Iman sememangnya mempunyai masalah dalam kemahiran menukar
pecahan tak wajar penyebutnya hingga 10 kepada nombor bercampur menggunakan algoritma bahagi.
Berdasarkan kepada analisis tinjauan masalah, refleksi dan ujian diagnostik, terdapat beberapa kesilapan
yang telah dilakukan oleh Iman dalam kemahiran ini. Antara kesilapan yang telah dilakukan ialah Iman
tidak menguasai algoritma bahagi. Rajah 14 menunjukkan contoh kesilapan algoritma bahagi semasa
menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur.

49
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 eISSN 0128-0473/ Vol 5/ 2016 (40-57)

Rajah 14 Kesilapan Iman dalam alogoritma bahagi

Pengkaji menjalankan temu bual bersama Iman dengan menanyakan sebab kesilapan tersebut
berlaku. Iman menjawab bahawa,

“Bahagi susah cikgu. Saya tak ingat dah gane” (TB01 PK2 02)

Ini menunjukkan bahawa Iman tidak dapat menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur
dengan betul kerana dia tidak mengingat bagaimana proses bahagi bentuk lazim dibuat. Berdasarkan
pemerhatian yang dibuat, Iman mengambil masa yang lama untuk memulakan pengiraan dan ini mungkin
disebabkan oleh dia cuba mengingat kembali proses bahagi yang diajar. Dia juga asyik termenung dan
mengganggu rakan lain sehingga ditegur beberapa kali oleh pengkaji untuk memulakan pengiraan.

Berdasarkan kepada hasil lembaran kerja Awi, kesilapan kedua yang dilakukan semasa menukar
pecahan tak wajar kepada nombor bercampur ialah Awi tidak mengingat sifir. Kegagalan Awi dalam
menguasai fakta asas darab menyebabkan algoritma bahagi tidak dapat dilakukan dengan betul. Kesilapan
ini boleh dilihat pada Rajah 15.

Rajah 15 Kesilapan Iman dalam sifir 3

Daripada item tersebut, pengkaji bertanya Iman sama ada dia mengingat sifir atau tidak. Iman
menjawab,

“Saya tak ingat sifir. Saya tiru sifir kat belakang buku je. Kalu ingat pon sifir 2 dengan 5 je sebab
paling mudah” (TB01 PK2 03)

Sepatutnya 3 x 3 = 9, tetapi Iman menulis 3 x 3 = 6. Kegagalan mengingat sifir menyebabkan


pengiraan bahagi bentuk lazim adalah salah.

50
Penggunaan ATS dalam Membantu Murid Tahun 4 Menguasai Kemahiran Menukar Pecahan

Melalui semakan lembaran kerja, didapati Iman tidak menulis nombor bercampur pada ruangan
jawapan yang disediakan setelah melakukan pengiraan bahagi bentuk lazim. Ini boleh dibuktikan seperti
Rajah 16.

Rajah 16 Iman tidak menulis nombor bercampur

20
Apabila ditanya apakah nombor bercampur bagi pecahan 6
daripada algoritma bahagi yang
dilakukan. Iman menjawab,

“Saya tak tahu” (TB01 PK2 04)

Ini bermaksud Iman hanya mengira bahagi bentuk lazim semata-mata tanpa mengetahui bahawa
nombor bercampur diperoleh daripada pengiraan tersebut. Pengkaji bertanya Iman apa itu nombor
bercampur, dia menyatakan bahawa nombor bercampur ialah pecahan wajar tambah pecahan tak wajar
(TB01 PK2 05). Di sini jelas menunjukkan bahawa Iman tidak mengetahui konsep nombor bercampur itu
sendiri. Berdasarkan hasil kerja Iman, didapati langkah kerjanya kurang kemas, sesetengah angka tidak
ditulis dengan tepat dan jawapan yang ditulis mempunyai kesan padam yang menyebabkan kertas menjadi
kotor. Ini menunjukkan bahawa Iman tidak yakin dengan jawapan yang diberikan. Berdasarkan pemerhatian
pengkaji, Iman tidak menumpukan sepenuh perhatian sepanjang proses pdp yang menyebabkan Iman tidak
dapat membuat latihan yang diberikan.

Ini merupakan keadaan Iman yang sebenar sebelum sesi intervensi dijalankan. Justeru, pengkaji
telah merancang dan melaksanakan empat sesi intervensi bagi mengatasi kesilapan yang dilakukan dalam
kemahiran menukar pecahan tak wajar penyebutnya hingga 10 kepada nombor bercampur.Pada sesi
intervensi pertama, Iman dibimbing menggunakan bahan manipulatif ATS untuk menukar pecahan tak wajar
kepada nombor bercampur tanpa melibatkan mempermudahkan jawapan akhir kepada bentuk termudah.
Iman pada awalnya didapati sedang bermain dengan salah seorang peserta kajian lain, namun setelah
pengkaji menunjukkan cara penggunaan bahan manipulatif ATS, Iman terus memberi perhatian sepenuhnya
kepada penerangan pengkaji. Ini disebabkan oleh Iman tertarik dengan bahan yang diperkenalkan kerana
kad kuning bermagnet boleh ditampal pada papan ATS.

Iman diagihkan lembaran kerja 1 yang mengandungi enam item untuk diselesaikan. Iman diberikan
set bahan manipulatif ATS untuk digunakan bagi menjawab kesemua item tersebut. Berdasarkan
pemerhatian pengkaji, Iman kelihatan bersemangat dan seronok serta menumpukan perhatian semasa
menyelesaikan lembaran kerja 1 dengan menggunakan bahan manipulatif ATS. Semasa membuat penukaran
pecahan tak wajar kepada nombor bercampur menggunakan ATS, Iman didapati keliru dan teragak-agak
untuk menulis nombor bercampur daripada kad kuning yang telah disusun. Iman berjaya menjawab empat
daripada enam item dengan betul. Rajah 17 menunjukkan item yang dijawab dengan betul oleh Iman untuk
8
menukar pecahan tak wajar 3 kepada nombor bercampur menggunakan ATS. Iman berjaya membuat
penukaran bagi pecahan tersebut dengan pengawasan dan bimbingan pengkaji.

51
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 eISSN 0128-0473/ Vol 5/ 2016 (40-57)

Rajah 17 Penggunaan bahan manipulatif ATS oleh Iman

Berdasarkan hasil kerja Iman, pengkaji mendapati bahawa Iman telah memahami cara untuk
menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur menggunakan ATS mengikut langkah yang betul.
Ini boleh disokong dengan item lain pada Rajah 18 di mana Iman menggunakan ATS untuk menukar
11 3
pecahan 4 kepada 2 4 dan jawapan yang diberikan adalah tepat.

Rajah 18 Iman membuat penukaran menggunakan ATS

𝟏𝟏
Apabila ditanya bagaimana Iman menukar 𝟒 kepada nombor bercampur menggunakan ATS, Iman
dapat menerangkan langkah demi langkah dengan bimbingan pengkaji.

“Tengok bawah dia, 4. Lukis 1 petak yang ada 4 bahagian. Tengok atas pulak. Atas 7, jadi kena
tampal kad kuning 7 keping. Tampal dulu 4 keping dalam petak 1. Petak 1 tak cukup lagi 7 kad,
jadi kena buat petak lagi, buat petak lagi sampai cukup 7 kad. Petak penuh jadi 1, petak tak penuh
jadi pecahan. Petak penuh ada 2 pastu tulis nombor bercampur” (TB02 PK2 01)

52
Penggunaan ATS dalam Membantu Murid Tahun 4 Menguasai Kemahiran Menukar Pecahan

Rajah 19 Item yang dijawab salah oleh Iman bagi lembaran kerja 1

Apabila ditanya apakah kesilapan yang dilakukan pada item tersebut. Iman menyatakan bahawa,
“Saya silap tampal kad kuning. Patut ada 21 tapi saya tampal 22” (TB02 PK2 02)

Kesilapan ini berlaku bukan disebabkan Iman tidak memahami cara membuat penukaran, tetapi
disebabkan oleh kecuaiannya semasa mengira kad kuning berdasarkan kepada nilai pengangka. Kecuaian
21 2
yang berlaku menyebabkan jawapan yang diberikan adalah salah. Jawapan yang ditulis ialah = 4 . Bagi
5 5
mengatasi kecuaian yang telah dilakukan, pengkaji telah membuat sedikit penambah baikan terhadap
langkah penggunaan ATS pada sesi intervensi seterusnya bagi memastikan kesilapan yang sama tidak
diulangi semasa menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Berdasarkan kepada pemerhatian
yang dibuat, pengkaji menyimpulkan bahawa Iman telah berjaya mencapai hasil pembelajaran yang telah
ditetapkan walaupun tidak kesemua item dijawab dengan betul.

Pada sesi intervensi ke-dua, Iman dibimbing menggunakan bahan manipulatif ATS untuk menukar
pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan melibatkan permudahkan jawapan kepada bentuk
termudah. Kesilapan yang dilakukan pada sesi pertama dapat diatasi pada sesi intervensi dua dengan
meminta Iman untuk menulis bilangan kad kuning bagi setiap petak mengikut nilai pengangka. Berdasarkan
pemerhatian yang dibuat, Iman dapat menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dan seterusnya
dapat mempermudahkan jawapan akhir kepada bentuk termudah mengikut langkah yang betul.

Berdasarkan temu bual tersebut, Iman bukannya tidak mengetahui langkah yang betul untuk
menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur menggunakan ATS, tetapi kesilapan tersebut berlaku
disebabkan oleh kecuaiannya semasa mengira bilangan petak penuh. Justeru, pengkaji telah mengingatkan
Iman beberapa kali supaya berhati-hati semasa menulis nombor bercampur berdasarkan kepada susunan
petak yang dibuat. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, Iman lebih fokus dan menumpukan perhatian
kepada penerangan pengkaji jika dibandingkan dengan sesi pertama. Iman juga didapati semakin aktif
sepanjang sesi intervensi dua berlangsung. Dia terus mengajukan soalan kepada pengkaji apabila timbul
sebarang kekeliruan sepanjang proses pdp dijalankan. Kesimpulannya, Iman telah berjaya mencapai hasil
pembelajaran yang telah digariskan.

Pada sesi intervensi ke-tiga, berrdasarkan pemerhatian yang dibuat, pengkaji mendapati Iman
berjaya menjawab lima daripada enam item dengan betul. Kesilapan yang berlaku pada sesi pertama dan
ke-dua tidak lagi diulangi pada sesi kali ini. Ini menunjukkan bahawa Iman dapat menguasai kemahiran
menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan lebih baik.

29 5
Apabila ditanya bagaimana Iman menukar pecahan tak wajar 8
kepada 3 8, dia berjaya
menerangkan setiap langkah yang dibuat.
53
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 eISSN 0128-0473/ Vol 5/ 2016 (40-57)

“Lukis 1 petak yang ada 8 bahagian. Pastu lorek ikut nilai pengangka. Lukis lagi petak besar yang
ada 8 bahagian sehingga cukup untuk lorek 29 bahagian. Petak penuh jadi 1, petak tak penuh jadi
5
pecahan. Petak penuh ada 3 jadi nombor bulat, pecahan tulis tepi nombor bulat” (TB04 PK2 01)
8

Pengkaji mendapati bahawa Iman menulis “tidak boleh” yang membawa maksud jawapan akhir
tersebut tidak boleh dipermudahkan kepada bentuk termudah. Apabila ditanya mengapa jawapan tersebut
tidak boleh dipermudahkan, Iman menyatakan bahawa,

“Lepas susun-susun, petak tu tak sama tinggi. Jadi, tak boleh permudah la cikgu” (TB04 PK2 02)

Berdasarkan kepada apa yang dijelaskan oleh Iman, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa Iman
dapat menguasai kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur sama ada melibatkan
mempermudahkan jawapan akhir atau tidak dengan lebih baik walaupun pada sesi ini ia melibatkan
peringkat semi-konkrit iaitu dengan hanya menggunakan kertas grid.

Melalui pemerhatian yang dibuat, kesilapan tersebut berlaku kerana kecuaian Iman semasa menulis
jawapan akhir setelah dipermudahkan jawapan kepada bentuk termudah. Langkah yang dibuat untuk
membuat penukaran serta mempermudahkan jawapan akhir telah pun betul. Namun, apabila ditanya, Iman
menyatakan bahawa dia terlupa untuk menulis nombor bulat bersebelahan dengan pecahan wajar selepas
mempermudahkan pecahan tersebut (TB04 PK2 03). Kecuaian ini menyebabkan Iman tidak memperoleh
markah penuh bagi item tersebut walaupun langkah semasa membuat penukaran dapat ditunjukkan dengan
tepat. Justeru, pengkaji beberapa kali mengingatkan Iman supaya lebih berhati-hati semasa menulis
jawapan.

Rajah 20 Kesilapan yang dilakukan Iman pada item 5

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, Iman dapat menumpukan perhatian sepenuhnya semasa
menjawab item pada lembaran kerja 3. Dia tidak lagi mengusik kawan tetapi sebaliknya bertanya kepada
rakan dan pengkaji apabila mengalami masalah semasa menyelesaikan lembaran kerja tersebut. Ini
menunjukkan bahawa Iman semakin bergiat aktif sepanjang sesi intervensi tiga berlangsung. Pada masa
yang sama, hasil kerja Iman dilihat semakin kemas dan lebih teratur. Secara keseluruhannya, didapati Iman
telah mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan iaitu menukar pecahan tak wajar kepada nombor
bercampur dengan mengaplikasikan kaedah ATS pada kertas grid walaupun terdapat satu item salah yang
disebabkan oleh kecuaian semasa menulis jawapan.

Pada sesi intervensi ke-empat, pengkaji mengagihkan lembaran kerja 4 yang mengandungi enam
item. Iman tidak lagi dibekalkan bahan manipulatif ATS dan kertas grid, tetapi hanya menyelesaikan item
tersebut pada kertas kosong dengan mengaplikasikan kaedah ATS yang telah dipelajari pada sesi
sebelumnya.

54
Penggunaan ATS dalam Membantu Murid Tahun 4 Menguasai Kemahiran Menukar Pecahan

Iman didapati berjaya menjawab kesemua item dengan betul dan ini bermakna tahap penguasaan
Iman dalam kemahiran ini telah meningkat dengan baik. Rajah 20 menunjukkan satu contoh item di mana
Iman berjaya menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan hanya melukis petak pada
kertas kosong.

Rajah 20 Item tiga pada lembaran kerja 4 Iman

Berdasarkan kepada item tersebut, pengkaji mendapati Iman dapat menunjukkan langkah demi
langkah untuk menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan hanya mengaplikasikan ATS
pada kertas kosong.Apabila disoal bagaimana Iman dapat menjawab item tersebut dengan betul, Iman
menjawab,

“Saya buat ikut cikgu ajarlah. Lukis-lukis petak” (TB05 PK2 01)

Kenyataan yang diberikan oleh Iman jelas menunjukkan bahawa dia telah menguasai kaedah ATS
yang telah diperkenalkan. Ini dapat dibuktikan lagi dengan item lima pada lembaran kerja 4 seperti yang
dapat dilihat pada Rajah 21 di mana Iman menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dan
seterusnya mempermudahkan jawapan akhir kepada bentuk termudah dengan betul mengikut langkah yang
diterangkan oleh pengkaji.

Rajah 21 Item lima pada lembaran kerja 4 Iman

Melalui pemerhatian yang dibuat, hasil kerja Iman semakin kemas dan lebih teratur walaupun petak
yang dilukis adalah tidak sama saiz. Iman didapati menumpukan sepenuh perhatian semasa sesi intervensi
dijalankan. Iman juga menunjukkan keberanian untuk menjawab soalan yang diajukan oleh pengkaji di
hadapan kelas berkaitan dengan kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Ini
menunjukkan bahawa tahap keyakinan Iman semakin bertambah dalam menyelesaikan soalan yang
berkaitan dengan kemahiran ini.
55
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 eISSN 0128-0473/ Vol 5/ 2016 (40-57)

Secara rumusannya, tahap penguasaan Iman dalam kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada
nombor bercampur telah meningkat selepas sahaja Iman melalui empat sesi intervensi. Sebelum ATS
diperkenalkan, Iman banyak melakukan kesilapan semasa membuat penukaran menggunakan algoritma
bahagi. Namun, selepas sahaja intervensi dijalankan, tahap penguasaan Iman dalam kemahiran ini telah
meningkat. Ini dapat dibuktikan melalui lembaran kerja dan semakan buku latihan.

Bagi mendapatkan maklum balas daripada Iman terhadap kemahiran ini, pengkaji telah
menjalankan temu bual setelah Iman menjawab beberapa item pada lembaran kerja selepas ke semua sesi
11 2
intervensi dijalankan. Pengkaji bertanya kepada Iman bagaimana dia menukar 3 kepada 3 3. Iman dengan
yakin menjawab,

“Senang sangat cikgu. Tak payah dah kira-kira, tengok sifir dengan buat bahagi. Lukis petak pastu
lorek je. Lagi senang”. (TB06 PK2 01)

Berdasarkan temu bual tersebut, pengkaji mendapati Iman telah dapat menguasai kemahiran
menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur menggunakan kaedah ATS. Ini jelas menunjukkan
bahawa sesi intervensi yang dijalankan dapat membantu Iman menggunakan cara dan kaedah yang lebih
mudah untuk menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur tanpa membuat sebarang pengiraan.
Melalui pemerhatian yang dibuat, sikap Iman juga telah berubah iaitu kini Iman merupakan seorang murid
yang lebih fokus dan tidak mengganggu rakan lain untuk belajar jika dibandingkan dengan sikapnya
sebelum kajian dijalankan. Iman juga menjadi seorang yang berani untuk bertanya soalan kepada guru dan
rakan-rakan apabila dia tidak faham apa yang dipelajari. Iman telah berjaya menunjukkan perubahan
tingkah laku dari segi penguasaan dalam kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur
mahupun sikap ke arah yang lebih positif.

Secara kesimpulannya, pengkaji dapat merumuskan bahawa kesemua peserta kajian telah dapat
menguasai kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan menggunakan ATS.
Sepanjang menjalani sesi intervensi, didapati kesemua peserta kajian telah menunjukkan perubahan yang
sangat ketara dari segi penguasaan dan sikap. Sebelum sesi intervensi dijalankan, didapati kesemua peserta
kajian tidak menguasai kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dan juga
menunjukkan sikap negatif terhadap topik tersebut. Namun begitu, setelah sesi intervensi dijalankan,
pengkaji dapat melihat dengan jelas perubahan peserta kajian dari aspek penguasaan dalam kemahiran
tersebut dan juga perubahan sikap negatif kepada yang lebih positif.

KESIMPULAN

Konsep matematik sangat penting dan perlu dikuasai oleh murid. Menurut Umi Baizura (2010), murid dapat
menguasai dan memahami sesuatu unit pembelajaran atau kemahiran matematik dengan baik jika murid
telah berjaya menguasai konsep sebelumnya. Sebagai contoh, kemahiran menukar pecahan tak wajar
kepada nombor bercampur lebih mudah dikuasai oleh murid jika konsep pecahan difahami oleh murid.
Wisconsin (2007) menyatakan pemahaman konsep sangat penting dan memberi makna kepada murid bukan
hanya perlu mengetahui bagaimana untuk mengaplikasikan kemahiran dan ilmu pengetahuan, malahan bila
dan bagaimana ianya dapat diaplikasikan. Kajian oleh Tengku Zawawi (2009) mendapati pemahaman
terhadap konsep pecahan yang terhad mungkin berpunca daripada amalan pengajaran guru yang terlalu
menekankan penguasaan kemahiran, tanpa kefahaman konsep yang sebenar.

Tajuk pecahan merupakan satu tajuk yang sangat penting kerana ianya berkaitan dengan asas
nombor perpuluhan dan peratus. Justeru, guru mestilah menggunakan bahan konkrit dalam
memperkenalkan kemahiran pecahan dan tidak memfokuskan kepada simbol dan matematik abstrak kerana
ini tidak memberi sebarang makna kepada proses pembelajaran murid (Nik Azis, 1992). Sebagai contoh,
dalam kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur, guru mestilah
memperkenalkannya dengan bahan konkrit supaya ia boleh memberi gambaran mental kepada murid
berkaitan tajuk tersebut dan tidak terus kepada algoritma bahagi untuk membuat penukaran tersebut.

56
Penggunaan ATS dalam Membantu Murid Tahun 4 Menguasai Kemahiran Menukar Pecahan

Penggunaan bahan manipulatif ATS dapat membantu murid lemah tahun 4 menguasai kemahiran
menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. ATS ialah satu bahan konkrit yang berwarna.
Elemen-elemen ini telah memenuhi apa yang dikatakan oleh Baig (2006) iaitu penggunaan bahan konkrit
dan semi konkrit dapat membantu murid memahami konsep matematik dengan lebih mudah. Manakala
menurut Barry (1996) pula, bahan bewarna dapat memudahkan pemahaman, menyenangkan proses
penyimpanan maklumat dan dapat menarik perhatian murid. Elemen inovasi lain yang terdapat pada bahan
manipulatif ATS adalah ia tidak memerlukan murid untuk menguasai fakta asas darab dan fakta asas bahagi.
Ini sememangnya sangat membantu murid yang tidak menguasai kedua-dua fakta asas tersebut untuk
membuat penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Ini bertepatan dengan apa yang
dinyatakan oleh Sabri (2006) salah satu faktor murid melakukan kesilapan dalam masalah yang melibatkan
operasi bahagi adalah disebabkan oleh murid tidak menguasai sifir.

Kekuatan utama yang telah dikenal pasti dalam kajian ini melalui penggunaan bahan manipulatif
ATS ialah ia dapat membantu murid menguasai kemahiran menukar pecahan tak wajar kepada nombor
bercampur tanpa menggunakan algoritma bahagi. Namun, terdapat juga kelemahan yang dikenal pasti iaitu
kajian ini terbatas kepada nilai pengangka 40 sahaja. Walau bagaimanapun, kelemahan ini dapat diatasi
dengan mengaplikasikannya dalam teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi tujuan kajian lanjutan.

RUJUKAN

Abdul Razak Idris & Nor Asmah Salleh. (2010). Pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru Sekolah menengah
di daerah Johor Bahru dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Diperoleh daripada
http://eprints.utm.my/11474/.
Bahagian Pendidikan Guru, K. P. (1998). Konsep dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik: Nombor bulat
untuk sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Baig, S. (2006). Learning mathematical rules with reasoning. Eurasia Journal of Mathematics, Science and
Technology Education, 2(2), 15-39.
Barry, K. (1996). Education and democratic citizenship in America. University of Chicago Press.
Bruner, J. (1960). The process of education. Cambridge, MA: Harvard Univercity Press.
Buku manual kajian tindakan (Edisi Ketiga). (2008). Putrajaya; Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Fan Siong Peng. (2008). Perwakilan pecahan sekolah rendah: Isu dan prospek. Masalah Pendidikan, 31 (1), 41-57.
Herlinda Abdul Rahim. (2008). Penerapan unsur sejarah matematik dalam menentukan nilai pi dan kebarangkalian.
Tesis Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan.
Jamilah Yusof. (2013). The of manipulatives in enhancing pupils' understanding on fraction concepts. Sultan Hassanal
Bolkiah Institute of Education Universty Brunei Darussalam.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Kurikulum bersepadu sekolah rendah. Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kuala Lumpur.
Mohamad Hapizul Jelani. (2013). Penggunaan alat “Colouring Box” bagi meningkatkan kemahiran pecahan tak
wajar kepada nombor bercampur dalam kalangan murid 5 Bijak. Tesis Sarjana. Institut Pendidikan Guru
Malaysia.
Nik Azis Nik Pa. (1992). Agenda tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Noor Azlan Ahmad Zanzali & Noraziah Kassim @ Aziz. (2010). Penggunaan Ict dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik di kalangan guru-guru pelatih UTM. Diperoleh daripada http://eprints.utm.my/10307/
Nooriza Kassim. (2001). Proses metakognitif dalam penyelesaian masalah matematik. Tesis Sarjana Muda. UTM
Skudai: Fakulti Pendidikan.
Sabri Ahmad. (2006). Isu-isu dalam pendidikan Matematik. Isu-isu dalam pendidikan Matematik, 1-19.
Syazwani Ghazali. (2013). Penggunaan “grouping sticks” dalam meningkatkan penguasaan murid tahun 5 menukar
pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Tesis Sarjana. Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramlee Mustapha & Abdul Razak Habib. (2009). Pengetahuan pedagogi isi
kandungan guru matematik bagi tajuk pecahan: Kajian kes di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia 34,
131-153.
Umi Baizura Zulkapli. (2011). Keberkesanan pelaksanaan teknik pembelajaran masteri dalam topik pecahan
tingkatan. Tesis doktor falsafah.Universiti Teknologi Malaysia: Skudai.
Watanabe, T. (2002). Learning from Japanese lesson study. Educational leadership, 59(6), 36-39.

57

You might also like