Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

NO.

MATRIK: 17BI01135

BUKU JAWAPAN (PEPERIKSAAN DALAM TALIAN)


ANSWER BOOKLET (ONLINE EXAMINATION)
No. Pelajar/Matric No: 17BI01135
Program/Programme: SMSU
Semester/Semester: 7
Kod Kursus/Course Code: SBSU4103
Kursus/Course: UNDANG-UNDANG KETERANGAN
Pensyarah/Lecturer: MISS SURIANOM MISKAM
Tarikh/Date: 22/3/2021
Masa/Time: 2.30 PM-4.30PM
Kumpulan/Group:7B
ARAHAN KEPADA CALON No. Soalan Pemeriksa Pemeriksa
Instruction to Candidates Pertama Kedua
Question (Untuk
1. Jawapan hendaklah ditaip dengan Number First Pemeriksa
menggunakan format berikut/Answer Examiner Semula
must be typed using the following Sahaja)
format: Markah Markah
a. Font/Font: Times New Roman diperolehi diperolehi
b. Saiz/Size: 12
c. Langkau/Spacing: 1.5 Marks Marks
2. Mulakan setiap soalan pada muka obtained obtained
surat yang baru/Start each question
on a new page.
3. Tulis nombor soalan di penjuru atas
sebelah kiri setiap muka surat/Write
question number on the top left of
each page.
4. Pastikan nombor soalan yang telah
dijawab ditulis dalam ruang yang
disediakan/Write the question
number answered in the space
provided. JUMLAH
5. Calon yang gagal menghantar
jawapan dalam masa yang ditetapkan TOTAL
akan diberikan markah kosong sahaja/Answer must be submitted to
(0)/Candidate who fails to submit KLMS in PDF format only.
within the stipulated time will be
given (0) mark.
6. Jawapan hendaklah dihantar melalui
KLMS dalam format PDF
NO. MATRIK: 17BI01135

SOALAN NO: 1

A) Merujuk kepada seksyen 3 Akta keterangan iaitu tafsiran, kerelevenan bermaksud


Perhubungan di antara dua fakta yang menyebabkan wujudnya anggapan bahawa fakta dalam
isu berkemungkinan sekali untuk wujud.

Seterusnya, watak adalah Kelakuan atau tindakan lepas yang dilakukan oleh seseorang,
reputasi di kalangan orang sekeliling atau kecenderungan kelakuan dalam keadaan tertentu.
Keterangan watak dalam kes Sivil pula adalah tidak relevan sungguhpun fakta bahawa watak
seseorang yang berkenaan adalah sebegitu sehingga boleh menjadikan sesuatu kelakuan yang
ditohmahkan ke atasnya mungkin atau tidak mungkin, kecuali ianya adalah fakta dalam isu
atau fakta relevan. Tetapi, hanya keterangan watak pihak-pihak dalam kes adalah relevan dan
tidak termasuk watak saksi-saksi.

Merujuk kepada Seksyen 52 Akta Keterangan adalah watak bagi membuktikan kelakuan
yang ditohmahkan adalah tak relevan dan Seksyen 55 Akta Keterangan pula adalah Watak
yang boleh mempengaruhi ganti rugi.

Antara kes-kes yang berkaitan adalah Sandison v Malayan Times Ltd [1964] 1 MLJ 332.
Faktanya, P Pengurus Besar di Rubber Industrial (Replanting Board) (RBB) menyaman D
untuk libel. P telah ditamatkan perkhidmatan oleh RRB dan tugasnya diambilalih oleh
pegawai lain. Artikel diterbitkan oleh D bertajuk RRB Expatriate Packed Off for Corruption.
Mahkamah memutuskan bahawa artikel tersebut adalah fitnah tetapi hanya awardkan satu sen
sebagai gantirugi. Majikan telah memberikan rujukan dan membolehkan P diambil bekerja
oleh majikan lain. Kes yang seterusnya adalah DP Vijandran v Karpal Singh & Ors [2000] 3
MLJ 22. Faktanya, Saman fitnah oleh P terhadap Ds. D1 telah membuat kenyataan media
menyatakan P telah mengeluarkan cek tendang kepada D. Perbuatan menipu yang
menyebbakan P tidak layak menjadi Peguambela dan Peguambela. Isu samada tindakan P
adalah relevan untuk menentukan gantirugi. Mahkamah memutuskan bahawa keterangan
yang diterima adalah keterangan tentang reputasi am dan bukannya fata mengenai
tingkahlaku seseorang dalam hal tertentu.
NO. MATRIK: 17BI01135

b) Salah satu kategori saksi yang memerlukan sokongan adalah mangsa kes seksual.
Keterangan sokongan bagi kes seksual ini diperlukan bukan kerana mangsa kesalahan
tersebut tetapi kerana bentuk kesalahan yang dilakukan.

Merujuk kepada kes-kes yang berkaitan iaitu Dalam kes PP v Rungit Singh a/l Jaswant Singh
mahkamha menyatakan bahawa dalam kes yang berbentuk seksual adalah merbahaya untuk
menyabitkan tertuduh berdasarkan kepada keterangan pengadu yang tidak disokong. Menurut
mahkamah, mahkamah harus berhati -hati dalam menilai keterangan yang diberikan pengadu.
Selain itu, mahkamah harus memberi amaran bahawa bahaya untuk mensabitkan tertuduh
atas keteranga seorang mangsa seks yang tidak disokong oleh keterangan lain.

Seterusnya, kes PP v Mohamed bin Majid. Daripada kes tersebut, mahkamah dapat
merumuskan bahawa dalam kes rogol adalah tidak selamat untuk mensabitkan tertuduh
kecuali terdapat keterangan sokongan dana identiti penyerang tersebut.

Selain itu, kes Aziz bin Muhammad Din v PP. setelah membuat pemerhatian keatas kes
tersebut, dapat ditafsirkan bawaha keterangan sokongan menjadi penting apabila pengadu
ataupun mangsa adalah seorang kana-kanak.
NO. MATRIK: 17BI01135

c) Merujuk kepada seksyen 90A Akta Keterangan, satu pendekatan baru dalam mengemukan
keterangan dokumentasi yang mana dokumen yang dihasilkan oleh kopumer boleh
dikemukan sebagai keerangan sama ada dalam prosiding sivil atau jenayah. Prinsip am dalam
mengemukan keterangan dokumentasi ialah pembuat dokumen tersebut akan dipanggil dan
dokumen tersebut akan dikemukan oleh pembuat dokumen tersebut. Namun, berdasarkan
seksyen 90A Akta Kterangan ini, pembuat dokumen tidak perlu dipanggil untuk memberi
keterangan dimahkamah.

Seterusnya, seksyen 90A(2) Akta Keterangan pula perlu dipenuhi sebelum dokumen yang
dikeluarkan komputer diterima oleh mahkamah. Selain itu, seksyen 90A (6) Akta
Keterangan juga memperuntukkan apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh komputer
hendaklah disifatkan sebagai dikeluarkan oleh komputer itu dalam perjalanan
penggunanaanya yang biasa, sokongan hanya akan berkuatkuasa apabila keperluan seksyen
90A(2) Akta Keterangan dipenuhi.

Merujuk kepada kes Standard Chartered Bank v Mukah Singh, mahkamah memutuskan
bahawa sijil yang dinyatakan dalam seksyen 90A(2) AK hanya perlu hanya perlu dikemukan
di mahkamah jika ketepatan maklumat tersebut dicabar.

Apabila pembuat penyataan tersebut tidak dipanggil sebagai saksi di mahkamah, maka pihak
yang mengemukan dokumen tersebut harus megemukan sijil berdasarkan seksyen 90A(2)
Akta Keterangan untuk membuktikan dokumen yang dikeluarkan komputer itu dalam
perjalanan biasanya. Di dalam kes PP v Teh Eng Wah, tertuduh telah dituduh dengan
kesalahan mengedar dadah. Bagi membuktikan milikan dadah yang dijumpai dalam kereta,
pihak pendakwaan telah memanggil seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan sebagai
saksi. Saksi berkenaan telah mengemukan rekod pendaftaran kenderaan berkenaan telah
tercatat nama tertuduh. Keteranga itu telah dibantah oleh pihak pembelaan kerana tidak
memenuhi keperluan seksyen 90A AK. Menurut mahakamh, tiada bukti dikemukan bahawa
dokumen ersebut dihasilkan oleh komputer dalam keadaan biasa,

Dokumen cetakan komputer yang tidak disertakan dengan sijil yang diperuntukkan dalam
seksyen 90A(2) AK akan menyebabkan dokumen tersebut tidak diterima masuk sebagai
keterangan. Di dalam kes Gnanasegaran a/l Pararajasingam v PP, Mahakmah Rayuan telah
memutuskan bahawa seksyen 90A AK merupakan satu peruntukkan yang lengkap bagi
kebolehterimaan dokumen yang dikeluarkan komputer. Seksyen 90A (2) AK bertujuan untuk
mengesahkan bahawa komputer berkenann berada dalam keadaan baik. Pihak pendakwaan
NO. MATRIK: 17BI01135

tidak perlu untuk memanggil saksi bagi mengemukan dokumen tersebut. Tetapi, pihak
pendakwaan perlu mengemukan sijil yang mempunyai tandatangan pegawai yang
mengendalikan komputer tersebut. Sijil ini adalah bertujuan untuk memenuhi peruntukkan
seksyen 90A(2) AK. Selain itu, pihak pendakwaan juga perlu menunjukkan bahawa dokumen
yang dikeluarkan komputer itu adalah biasa dalam perjalanannya

SILA SAVE DOKUMEN DALAM FORMAT PDF


SILA HANTAR JAWAPAN INI MELALUI KLMS/MOODLE

You might also like