Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN 1
( INFORMATION SHEET 1)

KOD DAN NAMA PROGRAM /


FB-100-03:2012 PERAKAUNAN
PROGRAM’S CODE & NAME

TAHAP / LEVEL L3 (SEMESTER 1)

NO. DAN TAJUK CONTENT


STANDARD / BAK 1023 – JUALAN 1
CONTENT STANDARD NO. AND FB-100-3:2012-C02 – ACCOUNTS RECEIVABLE
TITLE

K1 GATHER ACCOUNTS RECEIVABLE (AR) INFORMATION AND DOCUMENTS


NO. DAN PENYATAAN LEARNING
K2 RECORD SALES DOCUMENTS INTO ACCOUNTS RECEIVABLE LEDGER
STANDARD / LEARNING
STANDARD NO. AND STATEMENT

NO.KOD KSKV BAK 1023 /KP(1/2) Muka Surat / Page : 1

NO. KOD NOSS FB-100-03:2012-C02/KP(1/4) Drpd / of : 25

NAMA PELATIH

TAJUK : PENGUMPULAN MAKLUMAT DAN DOKUMEN AKAUN BELUM TERIMA

TUJUAN:

Dalam kertas penerangan ini akan menerangkan kepada pelajar:


 Definisi istilah-istilah jualan dalam Akaun Belum Terima
 Format dan kandungan sumber dokumen jualan
 Prosedur penerimaan dokumen jualan
NO. KOD/ CODE NO FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Page : 2 of : 25

PENERANGAN :

1.0 PENGENALAN

Aktiviti perniagaan melibatkan urus niaga penjualan dan pembelian antara dua pihak iaitu,
penjual dan pembeli. Urus niaga pula merupakan transaksi yang berlaku antara penjual
Urus niagadalam proses perniagaan. Media perantaraannya ialah dokumen-dokumen
perniagaan.
Dokumen

1.1 KEPENTINGAN DOKUMEN PERNIAGAAN.


(i) Mengandungi maklumat tentang jual beli seperti tarikh, butiran barangan atau
perkhidmatan, kuantiti dan harga.
(ii) Menjadi bukti bahawa perniagaan itu telah dijalankan.
(iii) Mengandungi pengesahan penerimaan dan pengeluaran barangan dan
perkhidmatan.
(iv) Menjadi rujukan semasa membuat akaun perniagaan.

1.2 KEPENTINGAN MENYIMPAN DOKUMEN.


(i) Memudahkan mencari dan membuat rujukan.
(ii) Lebih terjamin keselamatan dokumen.

1.3 CARA MENYIMPAN DOKUMEN.


(i) Dokumen boleh disimpan secara manual dan elektronik.
(ii) Penyimpanan secara manual disimpan didalam fail dan buku rekod.
(iii) Penyimpanan secara elektronik disimpan dalam disket atau cakera keras.
NO. KOD/ CODE NO FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Page : 3 of : 25

2.0 DEFINISI ISTILAH-ISTILAH AKAUN BELUM TERIMA

Pada amnya semua perniagaan atau organisasi akan menjalankan aktiviti menjual.
Perniagaan akan menjual barangan atau perkhidmatan perniagaan atau bukan perniagaan.
Apabila organisasi menjual barangan atau perkhidmatan perniagaan ia dikategorikan
sebagai jualan, manakala apabila organisasi menjual barang atau perkhidmatan yang
bukan barang niaga dikategorikan sebagai lain-lain pendapatan.

2.1 APA ITU JUALAN.

Jualan merupakan sumber utama bagi setiap perniagaan. Jualan ialah hasil yang
diperolehi dari aktiviti mendagangkan barangan/ perkhidmatan utama sesuatu
perniagaan.

Terdapat dua jenis kaedah jualan setiap kali kita menjual barangan atau
perkhidmatan iaitu:

(i) Jualan Tunai


Jualan tunai adalah aktiviti menjual barang secara tunai.

Sumber dokumen bagi jualan tunai ialah bil tunai.


Walaubagaimanapun bagi perniagaan runcit atau apa-apa perniagaan
yang bilangan jualan tunainya terlalu banyak bil tunai jarang digunakan
sebagai sumber rujukan bagi merekod jualan. Sebaliknya ringkasan jualan
harian dari laporan mesin daftar tunai digunakan sebagai sumber
dokumen atau bukti jualan. Selalunya tarikh, dan nombor ringkasan
digunakan sebagai rujukan dan kawalan ke atas rekod jualan tunai.
(ii) Jualan Kredit
Jualan kredit adalah aktiviti menjual barang secara hutang iaitu penjual
membenarkan pembeli menggunakan barang sebelum harganya
dijelaskan.
NO. KOD/ CODE NO FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Page : 4 of : 25

2.2 JENIS-JENIS JUALAN.

(i) Perniagaan
Jualan ialah barangan atau perkhidmatan yang kita niagakan sebagai
sumber utama perniagaan kita.
Contoh: Jualan bagi kedai makan ialah makanan bermasak yang
diniagakan. Sementara kedai basikal ialah basikal dan membaiki basikal
yang diniagakan.

(ii) Bukan Perniagaan


Sementara lain-lain pendapatan ialah pendapatan selain dari barang atau
perkhidmatan yang diniagakan.
Contoh: Perniagaan menerimaan Hiba (Pendapatan) hasil dari Simpanan
Tetap atau Akaun Semasanya dibank. Ini bukan barang niaga utamanya.
Jadi pendapatan ini adalah lain-lain pendapatan.

2.3 JENIS-JENIS PENERIMAAN.

Adalah penting semua wang yang diterima walaupun satu sen hendaklah
didepositkan ke akaun bank terlebih dahulu sebelum dibelanjakan.
Terdapat dua jenis penerimaan iaitu:

(i) Penghutang Niaga


Penghutang Niaga ialah orang yang berhutang dengan perniagaan kita
hasil dari jualan barangan atau perkhidmatan utama sesuatu perniagaan.

Contoh: Kampungku telah memberikan perkhidmatan katering secara


kredit kepada Suasa Sdn Bhd. Suasa Sdn Bhd adalah penghutang niaga
kepada Kampungku.

(ii) Bukan Penghutang Niaga/ Lain-lain Penghutang


NO. KOD/ CODE NO FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Page : 5 of : 25

Orang yang berhutang dengan organisasi atau perniagaan kita selain dari
hutang barangan atau perkhidmatan yang kita niagakan.

Contoh: Kampungku telah menjual peti sejuk lamanya kepada kawanya


En. Hassan dengan harga RM700.00. Oleh kerana menjual peti sejuk
bukan aktiviti niaga utama Kampungku, maka En. Hassan ialah lain-lain
Penghutang kepada Kampungku.

2.4 BUKU UTAMA

Aktiviti perniagaan yang pelbagai hendaklah direkod didalam buku-buku utama


secara terancang dan bersistem. Ini bagi membantu mengawal selia serta
menyemak transaksi tersebut pada bila-bila masa ianya diperlukan. Buku-buku
utama bagi aktiviti jualan adalah:

(i) Buku Jualan


Buku ini merekod kesemua aktiviti jualan secara bersistem. Melalui rekod
jualan secara bersistem kita dapat:
a) Menyelia jualan secara terperinci.
b) Menganalisis jumlah jualan harian/ mingguan/ bulanan atau tahunan.
c) Menganalisis kaedah jualan.
d) Menganalisis jualan mengikut jenis barangan/ perkhidmatan.
e) Mudah menjurnal jualan bulanan.

(ii) Buku Pulangan Jualan


Buku yang mencatatkan jumlah barang yang dipulangkan kepada pembekal
disebabkan oleh kesilapan jenama, kerosakan, terkurang sukatan (kg) dan lain-
lain.

(iii) Lejar Penghutang


NO. KOD/ CODE NO FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Page : 6 of : 25

Lejar berfungsi sebagai buku akaun utama untuk merekodkan semua urusniaga
perniagaan. Akaun Lejar Penghutang merupakan satu ringkasan urusniaga
perniagaan yang tepat dan sistematik.
Lejar terbahagi kepada dua iaitu Lejar Am dan Lejar Khas / Lejar
Subsidiari. Lejar Penghutang dikategorikan sebagai Lejar Subsidiari.

LEJAR

3.0 JENIS DOKUMEN PERNIAGAAN

Dokumen perniagaan yang berkaitan dengan urus niaga jual beli barang niaga terbahagi
kepada tiga berdasarkan peringkat atau proses urus niaga itu dijalankan. Ketiga-tiganya
ialah dokumen perniagaan sebelum, semasa dan selepas proses urus niaga.

(i) Sebelum urus niaga

(ii) Semasa urus niaga


 Pesanan Belian
 Nota Serahan
 Invois
 Nota Debit
NO. KOD/ CODE NO FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Page : 7 of : 25

(iii) Selepas urus niaga


 Penyata akaun
 Resit

4.0 FORMAT DAN KANDUNGAN SUMBER DOKUMEN JUALAN

4.1 DOKUMEN SEBELUM URUS NIAGA JUALAN

(i) Surat Tanya

Surat yang dikirim oleh pembeli kepada pembekal untuk bertanya atau mendapatkan
maklumat yang lengkap tentang barang yang hendak dibeli. Didalam surat tanya,
pembeli biasanya akan bertanyakan tentang:

a) Jenis dan kuantiti barang.


b) Harga barang.
c) Masa dan cara penghantaran.
d) Syarat bayaran.
e) % diskaun niaga dan % diskaun tunai.

Surat tanya akan dihantar kepada beberapa orang pembekal supaya pembeli dapat
membuat perbandingan untuk mendapatkan tawaran yang baik
NO. KOD/ CODE NO FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Page : 8 of : 25

Contoh surat tanya

(ii) Surat Jawapan

Surat yang akan dikirim oleh pembekal kepada pembeli sebagai membalas surat pembeli.
Pembekal akan memberi maklumat yang dikehendaki oleh pembeli dan biasanya akan
menyertakan sekali sebut harga atau senarai harga atau katalog.

PENJUAL

Surat jawapan
+
Sebutharga
+
Katalog

PEMBELI
NO. KOD/ CODE NO FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Page : 9 of : 25

a) Sebut Harga

Surat yang menyatakan harga barang yang diminta oleh pembeli dalam surat
Tanya.

Kandungan terdiri daripada:


 No. rujukan setiap barang.
 Maklumat mengenai barang.
 Syarat bayaran angkutan.
 Syarat bayaran – diskaun niaga dan diskaun tunai.
 Tarikh serahan barang.

Contoh sebut harga:


NO. KOD/ CODE NO FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Page : 10 of : 25

b) Senarai harga

Dokumen yang menunjukkan harga semua barang yang dijual oleh


pemborong. Kos percetakan senarai harga lebih murah. Apabila berlaku
perubahan harga senarai harga boleh dicetak semula
Fungsi senarai harga pula sama seperti sebut harga, namun terdapat dua
perbezaan antara sebut harga dan senarai harga.

Sebut Harga Senarai Harga


Menyenaraikan harga barang yang Menyenaraikan harga semua jenis
ditanya oleh pembeli sahaja barang yang dijual oleh pembekal
Fungsi khas untuk menjawab Fungsi am iaitu member harga semua
pertanyaan tentang barang tertentu barang yang dijual
NO. KOD/ CODE NO FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Page : 11 of : 25

c) Katalog

Buku, bahan atau risalah bercetak yang mengandungi gambar barang,


maklumat ringkas dan no. rujukan barang. Setiap barang diberi no. rujukan
barang.
Bertujuan untuk memudahkan pembeli yang mahu membuat pesanan
dengan merujuk no. rujukan sahaja. Katalog biasanya disertakan oleh penjual
bersama-sama surat jawapan yang dikirimkan kepada pembeli.
Harga barang biasanya tidak dicetak dalam catalog tetapi dicetak
dalam satu senarai berasingan, ini kerana harga barang mungkin berubah.
Jika berlaku perubahan harga, pembekal hanya akan mencetak senarai harga
barang yang baru untuk menggantikan senarai harga yang sama.

Contoh Katalog

4.2 DOKUMEN SEMASA URUS NIAGA

Selepas semua maklumat lengkap tentang barang yang diperoleh, urusan memesan dan
membeli barang akan dijalankan. Pembeli akan meneliti sebut harga dari pembekal yang
berlainan akan memilih untuk memesan barang dari pembekal yang memberikannya tawaran
terbaik.
NO. KOD/ CODE NO FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Page : 12 of : 25

(i) Pesanan Belian/ Nota Pesanan


Dokumen yang dihantar oleh pembeli kepada pembekal/ penjual untuk memesan
barang dari pembekal yang memberikannya tawaran terbaik.
Mengandungi maklumat tentang barang yang hendak dibeli seperti jenis
barang, jenama, kuantiti, harga, syarat serahan, syarat pembayaran dan kadar
diskaun.

Contoh pesanan belian

(ii) Nota Serahan

Dokumen yang disertakan bersama-sama barang apabila diserahkan atau dihantar oleh
pembekal dengan kenderaannya sendiri. Dengan adanya nota serahan, pembeli dapat
memeriksa dan mengesahkan bahawa barang yang diterima adalah betul dan dalam
keadaan baik.

Butiran dalam nota serahan adalah seperti jenis barang dan kuantiti barang
(harga barang tidak disebut). Nota serahan hanya satu senarai semak untuk pembeli
NO. KOD/ CODE NO FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Page : 13 of : 25

memastikan barang yang diterima menepati pesanan. Oleh itu, harga barang tidak
disertakan. Setelah berpuas hati, pembeli akan menandatangani nota serahan tersebut
dan menyimpan nota asal untuk rujukannya. Salinan pendua akan disimpan oleh penjual.

PENJUAL (salinan)

Nota serahan
+
Barangniaga

PEMBELI (asal)

salinan NOTA SERAHAN/ DELIVERY ORDER

CANTIK SOFEA
No.10, Jalan Bukit Bintang
50200 Kuala Lumpur
Tel: 03-2710178 Faks : 03-2710188

KEPADA:
SyloButik [GST Reg. No. : 001993256982]
No.2 Bukit Kiara
55100 Kuala Lumpur

Diakui bahawa barang-barang tersebut telah diterima dalam keadaan baik.

K.K di K.

Diterima oleh, Disediakan oleh,

………………………….. ……………………………..

Contoh nota serahan

(iii) (a) Invois


NO. KOD/ CODE NO FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Page : 14 of : 25

Digunakan dalam urusniaga kredit iaitu membeli dan menjual barang niaga atau aset
perniagaan secara kredit. Dihantar oleh penjual setelah barang diterima oleh pembeli.

Dokumen ini bertujuan memberitahu pembeli jumlah hutang yang perlu dibayar.

Contoh Invois
NO. KOD/ CODE NO FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Page : 15 of : 25

(b) Invois Bercukai (Tax Invoice)

Invois Bercukai (Tax Invoice) seperti Invois biasa juga tetapi mengandungi maklumat
tambahan seperti dokumen Invois akan tertera Invois Bercukai atau Tax Invoice, nombor
pendaftaran GST (Goods and Services Tax) orang berdaftar dan pembekalan, kadar GST
dan jumlah GST yang perlu dibayar seperti yang ditetapkan di bawah undang-undang
CBP (Cukai Barang dan Perkhidmatan)/ GST(Goods and Services Tax). Invois ini
digunakan pada 1 April 2015 sehingga 31 Ogos 2018.

Contoh Invois Cukai (Tax Invoice)


NO. KOD/ CODE NO FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Page : 16 of : 25

(iv) Nota Pulangan Jualan

Dihantar oleh pembeli kepada penjual.

Bertujuan memberitahu penjual berkenaan pulangan barangan yang dibeli dan


sebab-sebabnya. Di dalam dokumen perlu memberitahu jenis barangan, kuantiti, harga
dan nombor dokumen invois yang dipulangankan

Contoh nota pulangan jualan

(v) Nota Debit

Digunakan untuk menambah nilai dalam invois yang telah dihantar oleh penjual.

Dihantar oleh penjual apabila caj pada invois terkurang jumlah atau terlupa
dicatatkan atau pembeli dikenakan caj pengangkutan atau caj perkhidmatan. Tujuannya
adalah untuk memberitahu pembeli jumlah hutangnya telah ditambah.
NO. KOD/ CODE NO FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Page : 17 of : 25

Contoh Nota Debit tanpa GST


NO. KOD/ CODE NO FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Page : 18 of : 25

Contoh nota debit dengan GST

(vi) Nota Kredit

Digunakan untuk mengurangkam nilai dalam invois yang telah dihantar oleh penjual.

Dihantar oleh penjual setelah barang yang dipulangkan oleh pembeli atau invois
yang dihantar terlebih jumlah. Tujuannya adalah untuk memberitahu pembeli jumlah
hutangnya telah dikurangkan.
NO. KOD/ CODE NO FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Page : 19 of : 25

Contoh Nota Kredit tanpa GST

Contoh nota kredit dengan GST

5.0 ALIRAN DOKUMEN PERNIAGAAN ANTARA PEMBELI DAN PENJUAL

5.1 LANGKAH-LANGKAH ALIRAN DOKUMEN JUALAN


NO. KOD/ CODE NO FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Page : 20 of : 25

Langkah-langkah Aliran Dokumen Perniagaan

Urus niaga perniagaan merupakan transaksi yang berlaku antara penjual dengan pembeli dalam proses
perniagaan yang memberi kesan kepada kewangan sesuatu perniagaan.

Urus niaga perniagaan terbahagi kepada dua iaitu:


(a) Urus niaga secara tunai.
(b) Urus niaga secara kredit.

P P
E E
M N
B J
E U
L A
I L

Aliran dokumen antara pembeli dengan penjual dalam urus niaga tunai
NO. KOD/ CODE NO FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Page : 21 of : 25

Aliran dokumen antara pembeli dengan penjual dalam


urusniaga kredit

5.2 PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM MENYEDIAKAN DAN MENGESAHKAN DOKUMEN


JUALAN

Bil Aktiviti Sumber Penyedia Dokumen Pengesahan


Dokumen
Dokumen (Pihak
Yang Menerima
Dokumen Berikut)
1 Memohon kelulusan untuk Nota Minta Orang yang memerlukan PENJUAL
membeli barangan/ perkhidmatan barangan/ perkhidmatan tersebut
(Requisition dalam sesuatu organisasi.
Order) (PEMBELI)
2 Meminta harga barangan yang Sebut Harga Disediakan oleh bakal penjual PEMBELI
hendak dibeli barangan/ perkhidmatan atas
(Quatation) permintaan orang yang hendak
membeli.
(PENJUAL)
3 Membuat pesanan pembelian Nota Disediakan oleh orang yang PENJUAL
barangan/ perkhidmatan Pesanan/ hendak membeli selepas
Pesanan mengenalpasti pembekal yang
Belian diluluskan.
(PEMBELI)
(Purchases
Order)
4 Pengesahan penghantaran Nota Disediakan oleh pembekal PEMBELI
barangan/ perkhidmatan Serahan/ semasa penghantaran atau
Nota selesai menyediakan sesuatu
Hantaran perkhidmatan.
(PENJUAL)
(Delivery
Order/
Service
Note)

5.3 PROSEDUR PENERIMAAN (SOP) DOKUMEN SUMBER JUALAN


NO. KOD/ CODE NO FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Page : 22 of : 25

Menerima dokumen sumber jualan

Menyemak ketepatan dokumen sumber jualan

Memaklumkan penerimaan dokumen sumber jualan

Memaklumkan kepada jabatan berkaitan sekiranya


terdapat maklumat yang silap atau tidak lengkap

5.4 MAKLUMAT ASAS DALAM DOKUMEN PERNIAGAAN

Antara maklumat-maklumat asas yang terdapat dalam dokumen perniagaan ini serta
keterangannya ditunjukkan dalam jadual 1.

Maklumat asas Keterangan


 Merujuk kepada tajuk dokumen.
Jenis dokumen
 Contoh pesanan belian, invois, nota debit dan sebagainya.
 Merujuk kepada nombor dokumen perniagaan.
Nombor rujukan
 Untuk memudahkan penjual dan pembeli membuat rujukan.
 Merujuk kepada tarikh dokumen dikeluarkan.
Tarikh
 Supaya tarikh urus niaga diketahui secara tepat.
 Merujuk kepada nama dan alamat, nombor telefon serta nombor
Pihak penghantar faksimili, dan alamat e-mel perniagaan yang menghantar dokumen
(penjual/ pembekal).
Pihak penerima  Merujuk kepada nama dan alamat lengkap penerima atau pembeli.
 Merujuk kepada keterangan tentang sesuatu urus niaga (butir-butir),
Butiran urus niaga harga seunit, kuantiti dan jumlah harga.

 Merujuk kepada jumlah harga yang ditulis dalam angka dan


Jumlah atau amaun
perkataan.
Syarat atau makluman  Syarat serahan.
Syarat serahan yang lazim tercatat dalam invois ialah “angkutan
dibayar” yang bermaksur segala kos tentang penghantaran barang
dibiayai oleh penjual.
NO. KOD/ CODE NO FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Page : 23 of : 25

 Syarat pembayaran.
Syarat pembayaran merujuk kepada kadar diskaun niaga dan
diskaun tunai.
 Merupakan singkatan daripada kesilapan dan ketinggalan
dikecualikan.
K&K di K  Bermaksud pihak penjual sahaja yang berhak membetulkan
sebarang kesilapan atau ketinggalan dalam invois melalui nota debit
atau nota kredit.

Jadual 1 Maklumat asas dan keterangannya

Diskaun Niaga
 Diskaun niaga merupakan potongan harga daripada harga senarai atau harga
katalog.
 Tujuan pemberian diskaun niaga adalah untuk menggalakkan pembeli membeli
secara pukal atau dalam kuantiti yang banyak.
 Semakin banyak barang yang hendak dibeli, semakin tinggi kadar diskaun niaga.
 Kadar diskaun niaga dinyatakan dalam bentuk peratus seperti berikut.

 Sekiranya berlaku pemulangan barang, diskaun niaga perlu diambil kira dengan
menolak diskaun niaga yang diberi.
 Diskaun niaga tidak direkodkan dalam mana-mana buku.

Diskaun Tunai
NO. KOD/ CODE NO FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Page : 24 of : 25

 Diskaun tunai adalah potongan harga yang diberikan jika penghutang dapat
menjelaskan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan.
 Tujuan diskaun tunai diberikan adalah untuk menggalakkan pembayaran hutang
dengan segera.
 Pembayaran hutang dengan segera dalam mengurangkan risiko hutang lapuk.
 Kadar diskaun dinyatakan dalam bentuk peratus seperti yang berikut.

6. PROSEDUR SEMASA MENERIMA DOKUMEN BAGI AKAUN BELUM TERIMA


Dokumen perniagaan merupakan satu bukti bertulis bahawa sesuatu urus niaga telah berlaku. Oleh kerana
itu, dokumen sumber amat penting dan perlu di simpan untuk rujukan dalam perniagaan.

Berikut merupakan prosedur semasa menerima dokumen sumber:


a) Menerima dokumen sumber Akaun Belum Terima;
 Dokumen sumber Akaun Belum Terima ialah Salinan invois atau Tax Invoice. Kenal pasti
sama ada dokumen tersebut adalah dokumen yang berkaitan bagi Akaun Belum Terima.
b) Semak ketepatan pada dokumen sumber yang diterima;
 Kenalpasti sama ada dokumen tersebut mempunyai kekurangan, percanggahan atau
kesilapan.
c) Memaklumkan penerimaan dokumen sumber yang diterima;
 Sedia maklum bahawa dokumen sumber tersebut adalah benar dan sah.
d) Memberitahu pihak yang berkaitan tentang kesalah atau percanggahan dalam dokumen.
 Sekiranya berlaku kesilapan pada dokumen, maklumkan kepada pihak yang berkaitan
untuk tindakan yang selanjutnya.

LATIHAN PENGUKUHAN

1. Apakah fungsi invois (Salinan) ?


NO. KOD/ CODE NO FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Page : 25 of : 25

__________________________________________________________________________.

2. Invois asal disimpan oleh ___________ manakala salinan invois disimpan oleh ___________.

3. Apakah maksud “Serahan: Angkutan dibayar”?

__________________________________________________________________________.

4. Nyatakan maksud “ K & K di K”?

__________________________________________________________________________.

5. Lengkapkan carta alir urus niaga tunai di bawah:

6. Nyatakan pihak yang bertanggungjawab dalam menyediakan dokumen perniagaan di bawah:

Bil Sumber Dokumen Penyedia

1 Nota Minta

2 Sebut harga

3 Nota pesanan/ pesanan belian

4 Nota serahan

5 Invois

RUJUKAN :
NO. KOD/ CODE NO FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Page : 26 of : 25

Mohd. Hodi bin Reduwan, Norrohani binti Othman dan Nawawi bin Mohd Jan (2005). Perakaunan Perniagaan
Tingkatan 4 dan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zan’ Asri bin Tasir, Sharini binti Haji Ramli dan Salina binti Kassim (2010). Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 dan
Tingkatan 5. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Amali Perakaunan Untuk Peniaga Kecil dan Sederhana . Kuala Lumpur: Xelfact Sdn. Bhd .

http://www.customs.gov.my/ms/pg/pg_sg/Invois%20Cukai%20dan%20Penyimpanan%20Rekod.pdf

You might also like