Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam Bil 2 2021

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM & BAHASA ARAB SK LUMUT

KALI KEDUA

SK LUMUT BIL 2 / 2021

Tarikh : 14 JUN 2021

Hari : Isnin

Masa : 10.00 pagi

Tempat : GOOGLE MEET ( KEDIAMAN MASING-MASING )

YANG HADIR:

1. Puan Inayati Bt Hasan


( Guru Kanan HEM )
2. En Mohd Syafiq Bin Md Nor
( Ketua Panitia Pendidikan Islam)
3. Puan Nurhamlida Bt Jamaluddin
4. Puan Siti Rohaya Bt Suliman

AGENDA 1 : PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi selaku Ketua Panitia memulakan majlis dengan bacaan Ummul

Kitab.

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa

untuk menghadiri mesyuarat panitia kali ketiga.Pengerusi mengharapkan ahli dapat

mempertingkatkan lagi usaha untuk menjalankan semua aktiviti yang dirancang.

Tindakan & makluman: Guru GPI/GBA

1
AGENDA 2 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pengerusi meminta ahli mesyuarat meneliti minit mesyuarat yang lalu seterusnya

membuat pengesahan.

2.2 Puan Nurhamlida bt Jamaludin mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan

tanpa pindaan dan disokong oleh Pn Siti Rohaya bt Suliman.

Tindakan & makluman: Guru GPI/GBA

AGENDA 3 : PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Pengerusi bertanyakan tentang kesan pelaksanaan PDPR untuk subjek

Pendidikan Islam sepanjang tahun 2020.

3.2 Ustazah Nurhamlida menjelaskan untuk subjek Bahasa Arab penglibatan

murid sepanjang tahun 2020 agak memuaskan manakala untuk mata pelajaran

pendidikan islam ustazah inayati menyatakan perkara yang sama. Terdapat

segelintir murid yang tidak langsung mengikuti pdpr dan program intervensi telah

dijalankan iaitu dengan menghubungi waris murid bagi meminta penjelasan.

Kesannnya waris murid akur dan akan memastikan anak mereka dapat mengikuti

sesi pdpr yang akan datang.

3.3 Berikut adalah pelaporan PDPR yang telah dijalankan sepanjang tempoh
PKPB BAGI TAHUN 2021

Kelas Pendidika Bahasa Murid Yang Tidak Tindakan Susulan


n Islam Arab Mengikuti Pdpr
Tahun 1 100% 100% -
Tahun 2 95% 95% Mohamad Hidayat Nur
Iman Bin Mohd Azniezam
Menghubungi waris
Tahun 3 100% 100% -
Tahun 4 90% 90% 1.Nur Aqilah Zuhairah / penjaga melalui
Binti Abdul Ahad

2
2. Mohamad Haikal Aufa aplikasi Whatapp
Anisa Bin Mohd Azniezam kelas murid terlibat.
Tahun 5 100% 100% -
Tahun 6 94% 94% 1.Nurbatrisyia Bt abd Ahad

AGENDA 3 : STATUS PERBELANJAAN MENGURUS/KEWANGAN


PANITIA

4.1 Ahli mesyuarat telah bersetuju sebanyak 70% daripada kewangan panitia

akan dibelanjakan untuk membeli peralatan dan keperluan panitia.

4.2 Manakala, 30% daripada kewangan panitia akan digunakan bagi kegunaan
aktivit dan program panitia pada tahun ini.

4.3 Kem Bestari Solat dan Kem Cemerlang Jawi akan dilaksanakan mengikut
takwim panitia tetapi bergantung kepada keadaan semasa pasca Covid-19.

Tindakan & makluman: Guru GPI/GBA

AGENDA 5 : PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA

5.1

Isu strategik Pencapaian murid dalam penilaian PBS di tahap


sederhana.

Matlamat strategik Meningkatkan tahap pencapaian bacaan Al Quran bagi


tahap 2 dan ke tahap cemerlang di samping dapat
menulis dan membaca jawi dengan baik.

Indikator prestasi 1. Peratus murid mendapat TP 4 keatas meningkat.

Objektif 1. Meningkatkan peratus TP 4,5 dan 6 ketahap


sekurang-kurangnya TP 4 bagi mata pelajaran
pendidikan islam dan Bahasa arab.

2. Meningkatkan penguasaan bacaan Al Quran/Iqra


dengan sekurang-kurangnya mencapai bacaan Al Quran
di tahap 2.

3
3. Murid tahap 1 boleh membaca jawi dan menulis jawi
dengan betul dengan bimbingan guru .

Strategi 1. Mengadakan kepelbagaian teknik tasmik dengan


menekankan unsur 3K1N dalam pdp PAI

2. Mengadakan KCJ dengan berterusan mengikut


perancangan panitian dan melakukan tindak susul
kepada murid yang berkenaan.

3. Mengadakan program intervensi pemulihan bacaan al


quran ketika waktu tasmik.

Makluman & Tindakan : Semua guru GPI/GBA

Agenda 8 : Pelaporan PBD

AGENDA 9 : HAL-HAL LAIN

9.1 Pengerusi menyarankan agar semua guru menggunakan buku aktiviti dan juga

buku kerja sebagai latihan semasa PdPr dilaksanakan.

9.2 Pn Inayati meminta semua ahli peka dengan tarikh hari-hari kebesaran islam

agar semua program dakwah yang dirancang tidak terlepas pandang.

Tindakan & makluman: Guru GPI/GBA

AGENDA 10 : UCAPAN PENANGGUHAN

10.1 Pengerusi mengharapkan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dapat

menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan saling bekerjasama untuk

menjayakan program yang dirancang.

10.2 Pengerusi mengharapkan segala program yang dirancang dapat dijalankan

dengan jayanya.

4
Tindakan & makluman: Guru GPI/GBA

Mesyuarat ditangguhkan dengan pada jam 12.00 tengahari.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………… ………………………
(En Mohd Syafiq Bin Md Nor) ( Pn. Noor Azrina binti Mazlan)
Ketua Panitia Pendidikan Islam Guru Besar SK Lumut

You might also like