Quest 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT

AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN PENSYARAH BM118,


UITM MELAKA

Tempat Mesyuarat

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Persatuan Pensyarah BM118 telah diadakan di


Bilik Mesyuarat Hang Kasturi pada hari Rabu, 14 Mac 2015.

Kehadiran

Ahli-ahli yang hadir ialah:

Prof. Madya Dr. Aziz Abd. Hamid, Pengerusi


Puan Farah Erika Yusof
Puan Sumarni Wati Wan Elias
Encik Enwat Munir Muhammad Wafi
Cik Maisarah Dalina Ghazali
Encik Badrul Hisham Othman
Encik Irwan Kamaruddin Khalid
Puan Siti Roslina Muhammad, Setiausaha

Ucapan Pengerusi

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan ribuan terima kasih oleh Pengerusi


kepada semua AJK yang hadir.

Meluluskan Minit Mesyuarat Yang Lepas

Minit mesyuarat yang lepas telah dicadangkan oleh Encik Badrul Hisham
Othman dan disokong oleh Cik Maisarah Dalina Ghazali.

Perkara-Perkara Berbangkit

Puan Sumarni Wati mencadangkan agar program “I Am Wow Educator” yang


ditangguh sebelum ini akan dijalankan pada 15/4/2015 bertempat di Dewan Syura
Al-Mizan, Bangunan Al-Hikmah. Semua ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara
dengan cadangan beliau.

Aktiviti-Aktiviti Tahun 2015

Mesyuarat bersetuju dengan satu Bengkel Latih Tubi OBM172 diadakan


untuk meningkatkan kecekapan menaip harus dijalankan bagi meningkatkan prestasi
pelajar dari semasa ke semasa. Mesyuarat bersetuju melantik Puan Farah Erika
untuk menjadi Ketua Projek bagi bengkel tersebut.
2
Hal-Hal Lain

Encik Efwat Munir melaporkan bahawa kumpulan Invention, Innovation and


Design di bawah seliaannya telah memenangi pingat perak di IIDEX 2015 di UiTM
Shah Alam baru-baru ini.

Penangguhan Mesyuarat

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang dan mesyuarat seterusnya


akan diadakan pada hari khamis, 26/4/2015.

_______________________ ____________________
Pengerusi Tarikh

You might also like