Soalan Obt 2021 Pemakanan Dan Kesejahteraan Pkes3033

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


Semester 2 Tahun 1

UJIAN TERBUKA (OPEN BOOK TEST -OBT) : MEI 2021

KAMPUS : IPOH

ANGKA GILIRAN :

KOD KURSUS : PKES3033


KURSUS : PEMAKANAN DAN KESEJAHTERAAN
MASA : 2 JAM
JUMLAH MARKAH : 40

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan ini mengandungi dua bahagian:


Bahagian A : 2 soalan esei (20 markah)
Bahagian B : 1 soalan esei (20 markah)

2 Jawab satu soalan dalam Bahagian A dan satu soalan bahagian B

3. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words


menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris.

4. Setiap helaian jawapan hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di


sebelah kiri header dan kod kertas peperiksaan di sebelah kanan header

5. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 3 HALAMAN BERCETAK

© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


SULIT PKES3033

BAHAGIAN A
( 20 markah )

Soalan 1 daripada 2 soalan.

1. Keracunan makanan sering berlaku terutamanya di asrama dan kantin sekolah


Keadaan ini merupakan masalah yang sering dilapor kepada Kementerian Pendidikan.
Sebagai seorang guru Pendidikan Kesihatan, anda perlu menyampaikan maklumat
tentang pemakanan yang sesuai untuk mengawal gejala ini

Berdasarkan keterangan di atas buat satu analisis yang tepat tentang berlakunya
keracunan makanan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah

2. Mendapat makanan yang seimbang dan berkhasiat merupakan faktor utama untuk
menjaga kesihatan setiap manusia . Salah satu masalah yang sering melanda warga
tua adalah kehilangan selera makan iaitu bermaksud kehilangan keinginan untuk
makan dan biasanya berkaitan dengan pengurangan pengambilan makanan.Ini akan
menyebabkan tahap kesihatan akan menurun.

Perincikan perkara yang mempengaruhi status pemakanan warga tua dari aspek gaya
hidup, masalah yang dihadapi dan faktor-faktor lain terjadinya masalah ini

2 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT PKES3033

BAHAGIAN B
(20 markah)
Jawab semua soalan
1. Obesiti merupakan satu masalah yang makin melanda masyarakat di Malaysia pada
masa kini. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan bagi mengawal
penyakit ini terus berkembang.

Berdasarkan keterangan di atas, bincang dan memberi justifikasi anda mengapa


penyakit obesiti semakin meningkat di Malaysia.

KERTAS SOALAN TAMAT

3 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

You might also like