Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Laporan Acara Balapan 4 x 100 meter

Sejarah

Acara lari berganti-ganti merupakan acara yang tergolong dalam acara pecut. Acara lari berganti-
ganti tercetus setelah acara lari pecut diperkenalkan. . Acara stade adalah antara acara yang
mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang
stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192
meter x 2 ) diadakan. Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang
dibina melintang keluasan stadium berkenaan.

ALATAN

Alatan yang digunakan dalam acara lari berganti-ganti ini adalah:-

•Blok permulaan
Blok permulaan digunakan dalam semua acara lari berganti-ganti. Blok permulaan akan
digunakan oleh pelari pertama. Blok permulaan harus boleh disesuaikan mengikut keselesaan
atlit. Cara mengukur blok untuk keselesaan atlit boleh dilakukan seperti dalam gambar berikut:

a) Letakkan blok permulaan dalam ukuran 1 kaki dari garis permulaan.


b) Letakkan pedal dua kaki daripada garis permulaan.
(c) pedal sebelah lagi diletakkan dua setengah kaki daripada garis permulaan.

•Baton
Baton adalah alat yang paling penting dalam acara lari berganti-ganti. Baton berbentuk tiub bulat
bergeronggang dan berpermukaan licin diperbuat daripada kayu, logam atau apa jua bahan yang
keras sebatang penuh, berukuran tidak lebih daripada 30sm dan tidak kurang daripada 28sm.
Ukur lilitnya hendaklah antara 12sm dan 13sm yang beratnya tidak kurang daripada 50gm. Ia
wajar diwarnakan supaya senang dilihat ketika dibawa berlari. Baton hendaklah dipegang
sepanjang larian. Penyerahan baton kepada rakan sepasukan dilakukan di dalam zon penukaran
(20 meter).

1
• Alatan lain yang perlu dalam acara lari berganti-ganti adalah seperti pakaian dan kasut lari yang
sesuai dan menepati peraturan yang telah ditetapkan.

Pengenalan :

Acara larian 4 x 100m merupakan acara perlumbaan lari berganti-ganti. Dalam acara larian ini
memerlukan empat orang dalam satu kumpulan.

Acara 4 x 100 meter terdiri daripada empat pelari yang bergilir-gilir di antara satu sama lain.
Sebelum mengikuti acara larian 4 x 100m, pelajar perlu mengetahui beberapa teknik-teknik dan
peraturan.

Mereka berlari dalam satu pusingan balapan dengan membawa baton di dalam tangan dan
dihantar ke dalam zon penukaran baton kepada pelari yang seterusnya. Jika baton terjatuh, ia
mesti dipungut oleh pelari yang menjatuhkannya. Selepas baton dihantar, pelari harus berada
dalam lorongnya sehingga laluan di balapan tidak berhalangan.

Selain itu, baton dihantar dihantar oleh dua orang pelari yang berlari pada tahap kelajuan
maksimum. Teknik penghantaran baton tanpa lihat digunakan dan pertukaran baton adalah
dalam zon pertukaran baton iaitu sepanjang 20 meter.

PASUKAN LARI BERGANTI-GANTI

Suatu pasukan lari berganti-ganti terdiri daripada empat pelari yang bergilir-gilir di antara satu
sama lain, mereka berlari dalam pusingan balapan dengan membawa baton di dalam tangan dan
dihantar ke dalam zon penukaran baton kepada pelari seterusnya. Selepas baton dihantar, pelari
harus berada dalam lorongnya sehingga laluan di balapan tidak berhalangan.

ACARA 4 X 100 METER

Untuk acara 4 x 100 meter, pelari-pelari berlari dalam lorong-lorong di atas balapan bulat
berukuran 400 meter yang mengandungi lapan lorong.
Pelari pertama daripada setiap pasukan memulakan perlumbaan daripada garisan permulaan yang

2
diatur secara berganjak.
Dia berlari di selekoh dan menghantar baton kepada pelari kedua di dalam pasukannya.
Prosedur ini dilakukan daripada pelari kedua kepada pelari ketiga dan akhirnya kepada pelari
keempat yang akan mengakhiri perlumbaan itu.

KEDUDUKAN PELARI DAN ZON PENUKARAN BATON

Petunjuk:
M : garis mula dan tamat.
a : menandakan mulaan dan akhiran zon penukaran baton ( 20 meter ).
b : garis 10 meter di belakang zon penukaran baton. Peserta tidak
dibenarkan menunggu di belakang garis ini.
P : peserta; p1, p2, p3 dan p4. ( tidak semua berada di garis ini ).

Bagi acara 4 x 100 meter, kedudukan para pelari adalah seperti berikut; pelari pertama berada
pada p1, pelari kedua pada kedudukan p2, pelari ketiga pada p3 dan pelari keempat pada p4.

ZON PENUKARAN BATON


Untuk semua acara lari berganti-ganti pada tanda 100 meter, 200 meter dan 300 meter di balapan
400 meter, ditandakan tiga zon penukaran baton. Setiap zon berukuran 20 meter panjang. Baton
mesti bertukar tangan di antara dua pelari di dalam zon ini.

Untuk acara 4 x 100 meter terdapat satu zon lagi yang dipanggil zon pemecutan ditandakan pada
10 meter dibelakang zon penukaran baton. Pelari yang akan menerima baton boleh mula berlari
dalam zon pemecutan, tetapi baton mesti diterima di dalam zon penukaran baton. Zon ini
digunakan untuk pelari memulakan larian bila pembawa baton menghampiri titik tanda. Titik
tanda pada amnya adalah 5 - 7 meter dari garis mula zon pecutan. Penukaran pada amnya
berlaku pada jarak 12 - 16 meter dalam zon penukaran.

Zon penukaran baton dan zon pemecutan


Teknik atas bawah
Teknik atas bawah

3
Gaya dan Teknik Pertukaran Baton

Teknik Penukaran baton.

Dalam teknik penukaran baton terdapat dua gaya utama yang digunakan. Dua
teknik yang digunakan itu ialah

1. gaya selang-seli tanpa pandang dan

2. gaya selang-seli cara pandang.

1. Gaya selang-seli tanpa pandang

Gaya ini memang selalu diamalkan bagi pelari-pelari dalam acara larian berganti-
ganti

4 x 100 meter. Kalau mengikut gaya ini, pelari yang pertama dan ketiga mesti membawa baton
dengan tangan kiri manakala pelari kedua dan keempat akan menerima dan membawa baton
dengan tangan kanan. Semasa menerima baton, pelari tidak boleh menoleh ke belakang.

Pelari yang sedang menunggu akan belari sebaik sahaja pembawa baton sampai di
tandaan. Dalam rajah di atas, pelari yang

Pelari yang memberi baton akan memberi syarat apabila sudah mendekati pelari
seterusnya dengan jeritan “Up” supaya pelari seterusnya kan bersedia menghulurkan tangannya
dan berlari tanpa menoleh ke belakang.

BUTIRAN MENGAJAR

Dalam acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter, cara pemberian baton yang diamalkan tidaklah di
anggap penting asalkan pelari-pelari dapat melakukannya dengan cekap dan pantas. Dengan cara

4
ini, setiap pelari dapat membantu pasukannya mencatat masa yang lebih baik. Kecekapan ini
boleh dibina melalui latihan yang bersungguh-sungguh dan persefahaman di antara pelari-pelari.

Cara memberi baton:

a. Kepantasan larian dikekalkan semasa memberi baton.

b. Beri isyarat kepada penerima.

c. Hulurkan baton dengan tangan yang lurus.

d. Perhatikan tangan penerima dan letakkan bahaian hujung baton ke dalam tangannya.

Cara menerima baton:

a. Selalu berada dalam keadaan sedia.

b. Menoleh untuk memandang pelari yang membawa baton.

c. Sediakan tandaan. Berlepaslah dengan pantas sebaik sahaja pelari yang membawa baton

sampai di tandaan itu. Jangan menoleh ke belakang semasa berlari (gaya tanpa pandang).

d. Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar isyarat daripada pelari yang

sedang membawa baton.

e. Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya.

Nota:

Adalah menjadi tugas pembawa baton untuk meletakkan baton ke dalam tangan penerima.
Sekiranya baton yang dibawa terjatuh ke tanah semasa melakukan pertukaran, pembawa baton
tadi dikehendaki mengutip baton yang terjatuh itu semula dan memberikannya kepada pelari
yang menunggu. Baton hendaklah dihantar kepada penerimanya di dalam lingkungan zon
penukaran baton sejauh 20 meter.

5
LATIHAN ANSUR MAJU PENUKARAN BATON

a. Latihan statik – berpasangan

Latihan ini melibatkan dua peserta. Peserta A berdiri lebih kurang satu meter di belakang
peserta B. Peserta A memberi isyarat kepada peserta B dan peserta B menghulurkan
tangan kanannya ke belakang. Peserta B kemudiannya menarik tangannya ke hadapan
sebaik sahaja peserta A menepuknya dengan tangan kiri. Lakukan latihan ini secara
berulang-ulang.
b. Ulang latihan statik di atas dengan menggunakan baton;

c. Latihan bergerak – berpasangan

Latihan ini juga memerlukan dua peserta dan ia dilakukan sambil berlari anak (jogging).
Peserta A akan berlari ke hadapan peserta B setelah memberi baton kepadanya. Peserta B
pula menghantar baton kepada peserta A. Teruskan latihan yang serupa buat beberapa
kali.

A B A
Rajah 1: Arah larian peserta A setelah memberi baton kepada peserta B
d. Latihan bergerak – berpasangan

Asingkan kedudukan kedua-dua peserta dalam jarak lebih kurang 30 meter. Peserta A
berlari dan apabila dia sampai di tandaan, peserta B pula mla berlari. Peserta A terus
mengejar peserta B untuk memberi baton kepadanya. Jarak tandaan bolehlah diubah
mengikut kesesuaian.

B X A
Rajah 2: Pelan kedudukan peserta A, peserta B dan tandaan.
tandaan

e. Latihan mendorong:

6
 Berlari dalam kawasan yang ditetapkan dan cuba menyentuh pinggul kawan yang
berlari di hadapan.
 Berlari berpasangan depan belakang. Pelari hadapan hulur tangan ke bawah dan
ke belakang. Pelari belakang menepuk tapak tangan pelari hadapan. Ulang
beberapa kali.
 Ulang latih tubi di atas. Selepas menepuk tangan pelari hadapan, pelari belakang
meluru ke hadapan dan menghulurkan tangan. Pelari belakang menepuk tapak
tangan pelari hadapan dan berlari ke hadapan. Ulang.
 Pelari dalam kumpulan empat orang. Pelari terakhir (keempat) memberi isyarat
up kepada pelari ketiga dan menyentuh tapak tangan yang dihulurkan. Selepas itu,
pelari ketiga melakukan perkara yang sama kepada pelari kedua. Pelari kedua
meneruskan lakuan ini. Ulang beberapa kali.
Nota:
a. Latihan-latihan yang telah disebutkan di atas boleh juga dilakukan oleh empat hingga
enam orang peserta di dalam satu barisan.
b. Semasa menjalankan latihan guru yang mengajar hendaklah menggalakkan para
pelajarnya memerhati kawan-kawan mereka dan meneliti samada teknik atau cara yang
dipraktikkan itu betul atau tidak.

PANDUAN MENGATUR PELARI-PELARI UNTUK PERLUMBAAN

Panduan yang diberikan di bawah adalah untuk acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter. Susunan
adalah mengikut faktor kecekapan dan kelemahan setiap pelari.

Pelari pertama

(a). Dapat memulakan larian dengan baik.

7
(b).Pantas berlari di bahagian selekoh tetapi mungkin seorang yang kurang cekap semasa
menerima baton.

Pelari kedua

(a).Merupakan pelari yang terpantas di bahagian lurus.

(b). Cekap menerima dan member baton dengan tangan kirinya.

Pelari ketiga

(a).Pantas berlari di bahagian selekoh.

(b). Cekap menerima dan member baton dengan tangan kanannya.

Pelari keempat

(a). Tidak semestinya seorang pelari yang terpantas di dalam pasukannya.

(b). Pantas berlari di bahagian lurus.

©. Merupakan pelari yang penuh keazaman dan tenang. Ciri-ciri ini amat perlu kerana pelari ini
mungkin terpaksa mengejar atau dikejar oleh pelari-pelari daripada pasukan lawan.

PERLUMBAAN LARI BERGANTI-GANTI

Dalam waktu Pendidikan Jasmani, Latihan melibatkan semua pelajar adalah digalakkan. Guru
hendaklah sentiasa berusaha dan mencari dan merancangkan aktiviti yang sesuai untuk mencapai
objektif tersebut. Latihan berganti-ganti menukar baton bukan hanya menggunakan balapan yang

8
berukuran rasmi ataupun meliputi jarak jauh. Apa yang penting ialah sesuatu latihan itu
hendaklah member peluang kepada pelajar memahami dan mempratikkan konsep-konsep seperti
‘gaya selang-seli tanpa pandang’ dan ‘ gaya selang-seli cara pandang’ dalam perlumbaan lari
berganti-ganti.

Berikut adalah beberapa perlumbaan yang sesuai untuk pelajar mengikuti pelajaran lari berganti-
ganti menukar baton :

(1).Lari berganti-ganti dan tukar tempat.

Cara ini memerlukan empat peserta dan kedudukan mereka adalah seperti pada rajah dibawah.

Peserta 1 dan peserta 3 membawa baton. Peserta 1 memulakan larian dan memberi baton kepada
peserta 2. Setelah menerima baton, peserta 2 berlari dan mencuit tangan peserta 3. Peserta 3 terus
berlari dan memberikan baton kepada peserta 4 yang akan memecut ke bahagian hadapan. Untuk
pusingan kedua pula, peserta 4 akan menjadi pelari 1 manakala peserta 1 akan berada di tempat
peserta kedua dan seterusnya. Permainan ini member peluang kepada setiap peserta membuat
sekurang-kurangnya satu larian mulaan, menghantar baton sebanyak dua kali dan menerima
baton sebanyak dua kali.

(2).Lari berganti-ganti bentuk roda

Peserta-peserta disusun mengikut kedudukan seperti dalam rajah.

9
Permainan dimulakan dengan peserta 1 setiap kumpulan berlari satu pusingan dan menyerahkan
baton kepada peserta 2 yang sedang menunggu dilirannya di tempat yang telah dikosongkan oleh
peserta 1. Perlumbaan ini diteruskan sehinggalah kesemua peserta mendapat peluang untuk
berlari.

(3).Lari berganti-ganti mengelilingi skitel.

Pemainan dimulakan dengan peserta 1 setiap kumpulan berlari ke hadapan mengelilingi skitel
dan selepas itu berlari ke belakang kumpulannya untuk mengelilingi satu skitel lagi. Peserta 2
akan meneruskan perlumbaan setelah menerima baton daripada peserta 1. Semua peserta mesti
menunggu giliran mereka di sebelah kanan kumpulan masing-masing. Kumpulan yang terlebih
dahulu menematkan perlumbaan dikira sebagai pemenang.

(4).Lari berganti-ganti 30 meter.

Dalam acara ini, gelanggang bola jarring digunakan dan anggaplah kawasan tengah gelanggang
itu sebagai zon pertukaran baton (10 meter). Setiap peserta dikehendaki berlari sejauh 30 meter
dan 10 meter di dalam zon seperti rajah berikut :

Peraturan/undang-undang asas.

Terdapat beberapa peraturan yang perlu diketahui bagi pelari-pelari acara 4 x 100
meter. Peraturan-peraturan itu ialah seperti :

1. Pelari kedua, ketiga dan keempat boleh mula berlari dalam zon 10 meter tambahan
sebelum zon pertukaran baton.
2. Jika baton terjatuh,
(a). dikutip oleh pelari yang menjatuhkannya.

10
(b). boleh tinggalkan lorong untuk mengutip baton dengan syarat tidak menganggu pelari
pihak lawan.

3. Tidak dibenarkan pertukaran baton dalam zon pecutan atau pra-zon (10 meter).

4. Setiap pelari mesti berlari dalam lorong masing-masing walaupun selepas membuat hantaran
baton.

5. Sekiranya terdapat tiga atau kurang pasukan yang bertanding, pelari pertama berlari dalam
lorong sehingga selekoh pertama sahaja.

6. Baton yang digunakan seharusnya tidak kurang daripada 50 gm, panjang 28-30cm, garis lilit
12-13cm dan berwarna.

7. Pelari boleh digantikan oleh salah seorang daripada dua orang pelari simpanan yang telah
didaftarkan. Pelari yang telah digantikan tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian lagi dalam
kejohanan itu.

8. Giliran pelari mesti ditetapkan dan dilaporkan sebelum acara bermula.

KEJOHANAN DAN REKOD


REKOD 4 X 100 METER;
OLIMPIK (lelaki):

Tahun Negara Pelari Catatan masa


2004 United Kingdom
Jason Gardener,
Darren Campbell,
Marlon Devonish,
Mark Lewis-Francis
38.07

2000 United States


Jon Drummond,
Bernard Williams,
Brian Lewis,

11
Maurice Greene
37.61

1996 Canada
Robert Esmie,
Glenroy Gilbert,
Bruny Surin,
Donovan Bailey

37.69

1992 United States


Mike Marsh,
Leroy Burrell,
Dennis Mitchell,
Carl Lewis

37.40 (rekod dunia)

1988 Soviet Union


Viktor Bryzgin,
Vladimir Krylov,
Vladimir Muravyov,
Vitaly Savin

38.19

1984 United States


Sam Graddy,
Ron Brown,
Calvin Smith,
Carl Lewis

12
37.83

1980 Soviet Union


Vladimir Muravyov,
Nikolay Sidorov,
Andrey Prokofyev,
Aleksandr Aksinin

38.26

1976 United States


Harvey Glance,
John Wesley Jones,
Millard Hampton,
Steven Riddick

38.33

1972 United States


Larry Black,
Robert Taylor,
Gerald Tinker,
Eddie Hart

38.19

1968 United States


Charles Greene,
Melvin Pender,
Ronnie Ray Smith,
Jim Hines

38.24

13
1964 United States
O. Paul Drayton,
Gerald Ashworth,
Richard Stebbins,
Robert Hayes

39.0

OLIMPIK (wanita):

Tahun Negara Pelari Catatan masa

2004 Jamaica
Aleen Bailey,
Veronica Campbell,
Tayna Lawrence,
Sherone Simpson

41.73

2000 Bahamas
Sevathenda Fynes,
Chandra Sturrup,
Pauline Davis-Thompson,
Debbie Ferguson
41.95

1996 United States


Chyrste Gaines,
Gail Devers,
Inger Miller,
Gwen Torrence
41.95

14
1992 United States
Evelyn Ashford,
Esther Jones,
Carlette Guidry,
Gwen Torrence
42.11

1988 United States


Alice Brown,
Sheila Echols,
Evelyn Ashford,
Florence Griffith-Joyner
41.98

1984 United States


Alice Brown,
Jeanette Bolden,
Chandra Cheeseborough,
Evelyn Ashford
41.65

1980 East Germany


Romy Muller,
Bärbel Wöckel,
Ingrid Auerswald,
Marlies Gohr
41.60 (rekod dunia)

1976 East Germany


Mariles Oelsner,
Renate Stecher,
Carla Bodendorf,
Bärbel Wöckel
42.55

15
1972 Germany
Christiane Krause,
Ingrid Mickler,
Annegret Richter,
Heidemarie Rosendahl
42.81

1968 United States


Barbara Ferrell,
Margaret Bailes,
Mildrette Netter,
Wyomia Tyus

42.88

1964 Poland
Teresa Cielpa,
Irena Kirszenstein,
Halina Góreka,
Ewa Klobukowska

43.6

16

You might also like