Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LEMBAH KERAMAT

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


BAHASA MELAYU KERTAS 2
TINGKATAN EMPAT
MASA : 1 JAM

ARAHAN :JAWAB SEMUA SOALAN

1 ) Sintaksis

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, nyatakan pola ayat bagi ayat-ayat yang bergaris
sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja
(FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).

Pengambilan sarapan ialah amalan rutin bagi sesetengah orang. Sarapan diambil pada setiap pagi
sebelum memulakan sesuatu urusan. Pengambilan sarapan sebenarnya sangat baik untuk kesihatan
seseorang. Sarapan membekalkan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh badan untuk melakukan
urusan harian. Antaranya termasuklah meningkatkan daya ingatan dan menurunkan tahap kolesterol
jahat.

Ramai orang ke restoran atau warung pada waktu pagi untuk bersarapan. Masyarakat Malaysia
suka akan nasi lemak, mi goreng dan roti canai. Walaupun sarapan baik untuk kesihatan namun
pemilihan menu hendaklah bertepatan dengan gizi yang seimbang.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Kepentingan Sarapan Pagi’
oleh Nasuha Badrul Huzaini
Dewan Kosmik, Bil 7/2018
[ 6 markah]

2 ) Penyuntingan

Dalam Petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala Petikan 2 terdapat enam kesalahan
bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak
perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Hari ini, radio, telefon, televisyen, kamera dan pemancar tergabung menjadi satu dalam bentuk
telefon pintar yang dapat dibeli dengan harga ratusan ringgit dan boleh digunakan pada merata
dunia.

1
Namun begitu, kita perlu lebih berpengetahuan dan bijaksana bila semua maklumat kini berada
di hujung jari sahaja. Kita mencari perkara yang terlintas dalam fikiran kita dan percaya terang-terang
apa-apa sahaja yang dihantar kepada kita oleh rakan-rakan Facebook, Twitter, WhatsApp, Instagram
dan WeChat tidak boleh dianggap sebagai sumber mutakir maklumat melainkan digunakan sebagai
professional.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Media Sosial Sebagai Alat Komunikasi’
oleh A. Kadir Jasin
Dewan Masyarakat, Bil 9/2018
[ 6 markah ]

Petikan 2

Penubuhan Sekolah Wawasan oleh kerajaan pada tahun 2002 bertujuan menyatupadukan
generasi muda dari pelbagai etnik. Namun begitu, Sekolah Wawasan tidak berjaya dilaksanakan
kerana penolakkan daripada beberapa kumpulan yang tidak mahu menyokong usaha ini. Insentif
kerajaan adalah dengan menubuhkan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan
Keharmonian antara Penganut Agama (JKMPKA) sebagai usaha keselesaian isu berkaitan agama
dalam masyarakat.

Berbagai isu yang timbul dalam kalangan masyarakat diselesaikan dengan cara berbincang dan
berdialog, serta bukannya demonstrasi jalanan. Oleh itu, pelibatan golongan muda dalam JKMPKA
perlu diperluaskan dalam menjayakan program-program yang dianjurkan oleh jawatankuasa ini.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Mengurus Perpaduan dan Kepelbagaian kaum di Malaysia’
Dewan Masyarakat, Bil 8/2019
[ 6 markah ]

3) Bahasa Melayu Standard

Baca petikan Bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Berapa lamanya hatta hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun bersikap dirinya; maka lalu berjalan
masuk ke dalam kota. Maka ia masuk ke rumah dilihat seorang saudagar yang kaya. Maka dilihat oleh
Kertala Sari saudagar itu lagi makan nasi laki isteri. Maka Kertala Sari pun masuk makan bersama-sama
dengan saudagar itu. Hatta setelah jauh malam, maka saudagar itu masuk tidur.

Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’


Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]

2
4) Peribahasa

Baca perbualan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang terdapat dalam
perbualan tersebut.

Fatin : Saya kagum dengan kamu. Kamu pantas membuat kerja rumah terutamanya memasak
untuk keluarga kamu.

Alia : Saya dah biasalah Fatin, lagipun sejak kecil lagi ibu saya mendidik saya membuat kerja-kerja di
dapur sehingga perkara yang susah akan menjadi mudah. Kamu lainlah dapat peluang belajar
ke peringkat yang lebih tinggi, tak bolehlah nak duduk di dapur lama-lama.

Fatin : Betullah tindakan emak awak tu. Sebagai anak perempuan, kita mestilah diajar semua kerja di
dapur. Saya ingin belajar memasak daripada awak bila-bila masa.

Alia : Boleh, yang penting awak ada kemahuan untuk memasak, kalau awak tak minat tentu awak
tidak akan berjaya.

[ 6 markah ]

SOALAN TAMAT

You might also like