Aspek Ekonomi - Modal

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

KEUPAYAAN INSTITUSI PEMBIAYAAN INDUSTRI SEDERHANA, KECIL DAM

MIKRO DALAM MELAHIR DAN MEMPERKASA USAHAWAN KECIL YANG


BERDAYA MAJU; KEARAH SATU PENDEKATAN BARU YANG LEBIH BERKESAN

NOOR AZMAN ALI


FAUZIAH MAHAT
Pensyarah
Fakulti Ekonomi & Pengurusan
Universiti Putra Malaysia (UPM)

Landskap Pembiayaan PKS yang Komprehensif

Menurut Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2007, landskap pembiayaan mengalami
perubahan yang berterusan untuk memenuhi keperluan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
sepanjang tiga peringkat utama kitaran hayat perniagaan, iaitu permulaan perniagaan,
pengembangan perniagaan dan pemulihan. Terdapat pelbagai sumber pembiayaan bagi PKS
daripada institusi kewangan, merangkumi agensi berasaskan kerajaan, institusi perbankan,
institusi kewangan pembangunan, syarikat pemajakan dan pemfaktoran, serta syarikat modal
usaha niaga yang menyediakan pembiayaan modal dan ekuiti. Selain itu, pelbagai dana dan skim
khas untuk PKS telah diwujudkan oleh kerajaan dibawah beberapa kementerian yang berkenaan.
Institusi kewangan terus menjadi sumber pembiayaan terbesar bagi PKS. Pada akhir tahun 2007,
jumlah pembiayaan terkumpul institusi perbankan dan institusi kewangan pembangunan
berjumlah RM128 bilion dan disalurkan kepada 625,167 akaun PKS. Institusi perbankan
merupakan penyedia utama pembiayaan untuk PKS, mencakupi lebih 89% atau RM114.2 bilion
daripada jumlah pembiayaan terkumpul yang disediakan oleh institusi perbankan dan institusi
kewangan pembangunan (BNM, 2008). Laporan tersebut juga menunjukkan hanya 55.6 peratus
dari amaun pembiayaan yang dipohon sepanjang tahun 2007 oleh PKS telah diluluskan oleh
pihak institusi kewangan (rujuk Rajah1).

Kerajaan Malaysia juga telah menunjukkan kesungguhannya untuk menjamin keutuhan


ekonomi Negara dengan memperkasakan sektor PKS. Semua sekali terdapat lebih kurang 12
buah kementerian dan 40 buah agensi kerajaan terlibat sepenuhnya dalam pembangunan PKS.
Polisi-polisi jelas bagi memacu pertumbuhan PKS telah dirancang melalui pelbagai strategi yang
digariskan dalam Rancangan Induk Industri Kedua, Rancangan Garis Panduan Perspektif Ketiga,
1
Rancangan Malaysia Kelapan dan yang sedang dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia
Kesembilan. Sebagai contoh, pada tahun ini, kerajaan akan menjalankan sejumlah 190 program
utama, melibatkan komitmen kewangan sebanyak RM3.7 billion untuk membantu pihak PKS
membina daya saing serta kebolehan.

Rajah 1 : Penunjuk Pembiayaan Institusi Kewangan


2007
2007 2006
( % pertumbuhan tahunan )
Permohonan (RM bilion) 99.1 71.4 38.8
Bilangan Akaun ('000) 158.2 106.0 49.2
Kelulusan (RM bilion) 55.1 40.2 37.1
Bilangan Akaun ('000) 109.5 83.7 30.8
Pengeluaran (RM bilion) 141.5 134.1 5.5
Pembayaran Balik (RM bilion) 126.6 122.5 3.4
2007 2006

2007
(% pertumbuhan tahunan )

Pembiayaan Terkumpul (RM


bilion) 114.2 9.1 5.1
Laporan Tahunan BNM 2007

Pada masa yang sama, pihak sektor kewangan swasta juga memainkan peranan dalam
memajukan kegiatan ekonomi khusus untuk mamberi bantuan dan sokongan kewangan kepada
usahawan PKS. Di antaranya adalah produk insentif kewangan perdagangan untuk
menggalakkan penyertaan PKS dalam pasaran eksport terutama perdagangan diantara negara-
negara anggota Organisation of Islamic Conference (OIC). Di antara faedah utama kepada PKS
adalah untuk megurangkan kos kewangan tanpa memerlukan cagaran. Di bawah skim ini PKS
akan mendapat bantuan kewangan dari bank-bank yang berkenaan dengan risiko kreditnya
dikongsi bersama bank tersebut Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank). Di
antara bank yang menyertai skim ini adalah Malayan Banking Berhad, Bumiputra-Commerce
Bank Berhad, RHB Bank Berhad, Affin Bank Berhad, Alliance Bank Malaysia Berhad, AmBank
Berhad, EON Bank Berhad, Hong Leong Bank Berhad, Public Bank Berhad, Southern Bank

2
Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad, RHB Islamic Bank
Berhad, Commerce Tijari Bank Berhad, Hong Leong Islamic Bank Berhad and SME Bank.

Sementara itu, diantara institusi kewangan swasta yang paling aktif dalam menyediakan bantuan
kewangan untuk PKS adalah BANK Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Bhd (SME
Bank). Diantara produk SME Bank adalah :

1. SME Start-up
2. SME Professional
3. SME Franchise
4. SME Global
5. SME Procurement
6. Program Usahawan Bioteknologi
7. Penggalakan Penyertaan Bumiputra Dalam Sektor Perkhidmatan Strategik
8. Skim Pembiayaan Third Window (Modal kerja dan Perolehan asset dan peralatan)
9. Program Pembangunan Usahawan Kraf
10. Progam Vendor (SmartBiz)
11. Tabung Usahawan Siswazah
12. Program Untuk Kontraktor Selenggaraan Bangunan Kerajaan
13. Program Pembangunan Usahawan Dalam Perkhidmatan "Outsourcing"
14. Program Halal Hub
15. Program Usahawan Agro-Based

Pada tahun lepas SME Bank telah memeterai dua memorandum persefahaman (MoU), masing-
masing dengan Malaysia Technology Development Corporation Sdn Bhd (MTDC) dan UKM
Holdings Sdn Bhd. Tujuan persetujuan tersebut adalah untuk menjalinkan kerjasama strategik
bagi memberi pinjaman penuh kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
khususnya bagi tujuan R&D. Menurut persetujuan yang ditandatangani, MTDC akan memberi
pinjaman sebanyak separuh daripada permohonan yang diterima, manakala separuh lagi
diberikan oleh SME Bank membolehkan SME Bank mendapat akses penilaian yang dibuat SME
Bank dan menggunapakainya untuk menawarkan baki pembiayaan 50 peratus kepada menerima
3
geran berkenaan. Selain MTDC dan UKM Holdings, SME Bank sudah menjalin kerjasama
dengan enam institusi lain iaitu CIMB Bank Bhd, Permodalan Nasional Bhd, MARA, PUNB,
Smidec dan Bank Muamalat Bhd.

Keperluan Kewangan dalam Perniagaan

Kemampuan kewangan telah dibuktikan sebagai salah satu faktor penentu kejayaan dan
kelestarian sesebuah perniagaan (Basu et al, 2001). Kemampuan ini meliputi keupayaan
mendapatkan, membelanja, mengurus dan mengawal sumber kewangan dengan berkesan
(Wilkund and Shepherd, 2003). Melainkan usahawan mempunyai sumber kewangan sendiri yang
kukuh seperti harta yang diwarisi, memikirkan dan berusaha untuk mendapatkan bantuan
kewangan untuk memulakan perniagaan merupakan tugas paling penting sebelum boleh
memikirkan perancangan keseluruhan perniagaan.

Mendapatkan modal untuk memulakan perniagaan memang penting, tapi ia tidak menjamin yang
perniagaan itu akan terus menjana sumber kewangan untuk meneruskan kehidupan. Ini
bermakna, sumber kewangan yang perlu di sediakan adalah peruntukan sebelum memulakan
perniagaan, melancarkan perniagaan, kelengkapan melangsungkan perniagaan dan kemampuan
penghasilan untuk terus berdaya tahan. Modal operasi yang lazim diperlukan untuk
kelangsungan perniagaan adalah termasuk upah dan gaji, sewaan, belian bekalan, utiliti,
pengiklanan, susut nilai dan bayaran faedah. Adalah dinasihatkan bagi perniagan kecil yang
perbelanjaan permulaan perlu mampu bertahan dengan modal operasi selama enam bulan.

Pilihan selain dari modal sendiri, pengusaha perlu mampu mendapatkan bantuan kewangan dari
sumber yang berkenaan. Menurut kajian, lima puluh peratus mendapatkan bantuan institusi
kewangan, dua belas peratus mendapatkan pinjaman persendirian seperti rakan atau keluarga,
dan tiga peratus mendapat pinjaman dari bukan kenalan. Malah empat puluh satu peratus
menggunakan pinjaman peribadi termasuk menggunakan kad kredit untuk membiaya perniagaan.

Harta peribadi, seperti simpanan (termasuk EPF, simpanan peribadi, elaun pekerjaan), gadaian
semula hartanah, harta peribadi dan kad kredit. Keadaan ini mungkin perlu bagi peniaga pertama

4
kali yang tidak mempunyai harta cagaran atau sejarah kredit yang menyukarkan untuk membuat
pinjaman.

Persoalan yang perlu di difikir dalam menimbangkan pilihan mendapatkan pembiayaan:

 Adakah kita memerlukan pinjaman jangka pendek atau jangka panjang? Berapa
cepat kita mampu membayar balik pinjaman atau menghasilkan pulangan bagi
pelaburan?
 Adakah pinjaman tersebut untuk perbelanjaan operasi atau belanja modal yang
akan menjadi asset perniagaan.
 Adakah kita perlukan keseluruhan modal dalam masa terdekat atau boleh di
bahagi untuk beberapa bulan?
 Bagaimana kita sanggup menanggung risiko sekiranya perniagaan tidak menjadi
seterti yang dirancang, atau patutkah risiko dikongsi dengan pihak lain?

Jawapan bagi persoalan tersebut akan menentukan keutamaan beberapa pilihan pembiayaan yang
boleh dibuat. Secara umumnya tedapat dua jenis pembiayaan perniagaan:

1. Pembiayaan melalui hutang – pinjaman wang dengan perjanjian untuk membayar balik
jumlah pokok bagi tempoh tertentu dengan kadar faedah atau kenaan yang ditetapkan.
Pengusaha berhutang dan perlu membayar balik samada perniagaannya berjaya atau
tidak. Walaupun terdapat tanggapan kurang baik mengenai memulakan perniagaan
dengan berhutang, namun perniagaan yang kukuh juga tidak lari dari aktiviti meminjam.
Dalam pengurusan kewangan, hutang dianggap ‘leverage’ atau penimbang diantara
prestasi perniagaan dan kemampuan menggunakan wang pinjaman. Namun kadar hutang
yang tinggi akan menyebabkan perniagaan menanggung risiko kebankrupan yang tinggi
sekiranya gagal membayar balik hutang dan berkemungkinan sukar mendapat
kepercayaan pinjaman yang akan datang. Sumber pinjaman yang paling popular bagi
PKS adalah dari agensi kerajaan dan institusi kewangan terutama bank-bank bahkan ia
boleh juga diperolehi dari institusi persendirian termasuk rakan dan anggota keluarga.

5
Di antara kebaikan dari pembiayaan perniagaan dengan berhutang adalah ia tidak
menjejaskan pemilikan perniagaan dan gangguan pihak luar yang minima kerana
perjanjian semata-mata atas persetujuan membayar balik pinjaman dengan syarat tertentu.
Disamping itu kebanyakan perniagaan mengambil faedah dari pengurangan cukai kerana
amaun bayaran balik pinjaman ditolak sebagai kos perbelanjaan sebelum dikira cukai atas
keuntungan perniagaan.

Namun ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebagai peringatan. Dalam
urusan meminjam untuk berniaga, adalah sentiasa diinggatkan untuk membayarbalik
hutang kerana risiko tertanggung sepenuhnya diatas peniaga. Walaupun jika perniagaan
tersebut gagal, tanggungjawab untuk membayar balik masih tidak terlepas. Malahan jika
perniagaan tersebut perlu di tutup disebabkan kebankrupan, peminjam akan mendapat
bahagian dahulu sebelum pemegang ekuiti yang lain. Kadar faedah atau bayaran
perkhidmatan sentiasa dimasukkan dalam perjanjian pinjaman dan perlu dikira sebagai
kos meminjam kepada perniagaan. Kadar faedah sering berubah bergantung kepada polisi
kerajaan dan instituis kewangan. Kadar ini dan tempoh bayaran perlu dijadikan
pertimbangan dalam keputusan untuk meminjam kerana ia akan menjejaskan keuntungan
perniagaan. Pusingan tunai juga perlu dikawal bagi memastikan pinjaman yang dibuat
mampu menghasilkan pulangan yang membolehkan bayaran balik pinjaman.

2. Pembiayaan Ekuiti – diperolehi dengan menjual sebahagian pemilikan perniagaan untuk


mendapatkan sumber tunai. Diantara pendekatan yang biasa dilakukan adalah dengan
menjual saham syarikat kepada pelabur. Kesannya dari segi pengurusan perniagaan
berbanding dengan pinjaman adalah pelabur akan mempunyai suara dalam beberapa
peringkat pembuatan keputusan perniagaan kerana mereka menanggung risiko kerugian
atau hilang wang pelaburan sekiranya perniagaan tersebut gagal. Pelabur akan
mengharapkan pulangan dari pelaburan mereka dan sekiranya keuntungan perniagaan
adalah tinggi, jumlah yang perlu dibayar akan lebih tinggi dari kadar faedah sekiranya
peniaga membuat pinjaman.

6
Diantara kebaikan pembiayaan ekuiti adalah peniaga dapat mengelakkan penggantungan
kepada syarat-syarat pinjaman oleh institusi kewangan. Tambahan lagi, risiko perniagaan
dikongsi bersama dengan pelabur ekuiti. Ini bermakna, jika perniagaan gagal, pengusaha
tidak perlu membayar balik pelabur wang yang dilaburkan. Maka pembiayaan ekuiti
lazimnya mempunyai penyelesaian jangka panjang dan jaminan potensi perniagaan yang
lebih meyakinkan. Walau bagai manapun, perlu di ambil ingatan yang pelabur
mempunyai hak sebahagian pemilikan bergantung kepada kadar yang dibenarkan.

Diantara sumber pembiayaan ekuiti adalah ‘venture capitalist’ iaitu dari syarikat yang
mempunyai kepakaran dalam menganalisis pilihan pelaburan yang bersedia untuk
berkongsi risiko bagi perniagaan yang mereka jangkakan berpotensi untuk berjaya. Jika
peniaga berjaya mendapat pembiayaan ‘venture capitalist’ bermakna dia akan mendapat
rakan kongsi yang mahir dalam bidang perniagaan yang diceburi, dan akan berusaha
untuk membantu perniagaan untuk melindungi pelaburan mereka. ‘Angel investors’
adalah individu yang dapat berperanan seperti ‘venture capitalist’, dan ‘corporate venture
capital’ adalah syarikat lain yang ingin berkongsi pemilikan dalam sesuatu perniagaan
samada dalam bentuk usahasama atau pembelian pemilikan. Tawaran saham awam juga
boleh dilakukan tapi ia bergantung kepada tahap pembangunan atau kejayaan syarikat
dan lazimnya dikawal oleh peraturan yang agak rumit yang memerlukan bantuan
kepakaran.

3. Kredit Perdagangan – adalah tempoh tangguh membuat bayaran yang dibenarkan oleh
pembekal. Pendekatan ini membolehkan peniaga menjana pendapatan dari jualan
barangan yang dibekalkan sebelum membuat bayaran. Pembekal melakukan ini untuk
menarik pembeli dengan memberi kemudahan kredit atau tangguh bayaran. Terma yang
biasa digunakan seperti ‘net 15’ atau ‘net 60’ bermakna peniaga mempunyai 15 atau 60
hari untuk membuatbayaran atas barang yang dibekalkan. Terma lain adalah ‘ 1 percent
10 net 30’ yang bermakna peniaga akan mendapat 1 peratus diskaun jika membuat

7
bayaran dalam 10 hari atau membuat bayaran dalam 30 hari. Ini bermakna krdit
perdagangan adalah untuk pinjaman tanpa faedah bagi jangka pendek.

Hutang ini lebih mudah didapati kerana ia tidak memerlukan cagaran dan ia bersandarkan
kepada rekod hubungan antara peniaga dan pembekal sahaja dan ia boleh membawa
kepada transaksi situasi menang-menang. Kredit perdagangan boleh di runding atas
beberapa terma seperti terma tempoh, kadar, diskaun kuantiti, pinjaman peralatan atau
jualan barangan (bayaran hanya selepas barangan terjual). Diskaun perdagangan akan
dapat membantu peniaga membuat perancangan aliran tunai dengan lebih berkesan dan
mengurangkan kos perbelanjaan (jika perlu membayar faedah pinjaman) dan berkongsi
risiko tanga melepaskan hak pemilikan (jika ingin mendapatkan pembiayaan ekuiti).
Walau bagaimanapun peniaga perlu terus menjaga reputasi hubungan untuk memastikan
kerjasama jangka panjang, mendapatkan terma yang lebih baik dan mengelakkan
dikenakan penalti bayaran lewat.

4. Pajakan Peralatan – sesetengah jenis perniagaan memerlukan modal peralatan yang besar
dan mahal untuk dibeli dan pilihan lain adalah dengan memajak kelengkapan tersebut.
Pajakan akan dapat mengelakkan modal permulaan yang tinggi disamping dapat
merancang keperluan peralatan mengikut tahap perkembangan perniagaan. Bayaran bagi
kos peralatan juga akan dapat ditangguh sehingga perniagaan semakin kukuh. Malahan
sebahagian kelengkapan pejabat seperti computer mesin cetak dan alatan audio visual
juga boleh dipajak. Kebanyakan pajakan peralatan mempunyai beberapa terma perjanjian
dan ada pemajak (pembekal) yang membenarkan peniaga untuk memiliki peralatan yang
dipajak di akhir tempoh pajakan pada harga yang rendah.

Diantara kebaikan transaksi ini adalah peniaga tak perlu menanggung kos penyegaraan
peralatan yang lazimnya sejajar dengan nilai peralatan dan boleh di jagai oleh pemajak
selaku pemilik peralatan. Tempoh pajakan adalah bergantung kepada peniaga tapi perlu
8
dikaji mengikut keperluan peralatan kepada perniagaan. Jika tempoh terlalu singkat,
kosnya mungkin tinggi dan jumlah bayaran boleh melebihi faedah dari penggunaan
peralatan yang dipajak. Jika terlalu lama, mungkin akan dikenakan bayaran
penyenggaraan atau memerlukan peralatan baru bagi memastikan kemampuan kecekapan
peralatan. Pendekatan pajakan ini juga boleh digunakan bagi kos modal perniagaan yang
lain seperti tanah dan bangunan.

5. Pendekatan Sumber Pembiayaan yang lain – Disamping harta modal sendiri, kapasiti
peribadi membolehkan peniaga mendapatkan kemudahan kewangan tanpa cagaran seperti
pinjaman peribadi dan kad kredit. Kemudahan kad kredit membenarkan peniaga untuk
menggunakan wang tunai dengan percuma sebelum tempoh penyata tuntutan
dikeluarkan. Pendekatan ini memerlukan peniaga untuk memastikan pengurusan aliran
tunai yang lebih cekap kerana kos kadar faedahnya lebih tinggi berbanding dengan kadar
faedah pinjaman perniagaan.

Pinjaman juga boleh diusahakan dari rakan atau keluarga yang mempunyai dana yang
ingin diniagakan. Terma persetujuan bagi pendekatan ini lazimnya lebih longgar dan
boleh di runding samada dikenakan bayaran kadar faedah atas amaun pokok ataupun
dibahagi sebahagian dari keuntungan perniagaan. Walau bagai manapun, dokumentasi
perjanjian formal masih diperlukan untuk melindungi kedua pihak yang memberi
pinjaman dan peniaga. Peringatan yang penting kepada peniaga adalah supaya patuh
kepada terma persetujuan walaupun perikatannya agak longgar kerana keyakinan
peminjam sangat penting untuk kerjasama jangka panjang terutama bagi keperluan
pembiayaan dalam masa yang terhad.

Pengurusan Kewangan Perniagaan

Peniaga perlu menunjukkan penyata kewangan kepada pihak yang ditemui untuk mendapatkan
pembiayaan perniagaan. Dianatar yang sering perjadi perhatian bakal pembiaya adalah Penyata
Kira-kira, Penyata Untung Rugi, Penyata Aliran Tunai dan Nota Penyata Kewangan. Penyata-
9
penyata ini perlu disediakan mengikut prinsip perakaunan yang secara umumnya diterima untuk
menggambarkan prestasi sesebuah aktiviti perniagaan pada tempoh tertentu.

Penyata Kira-kira menunjukkan asset, tanggungan dan ekuiti syarikat dimana aset dan
tanggungan semasa ditunjukkan berasingan dengan aset dan tanggungan jangka panjang.
Maklumat ekuiti pula akan mengenalpasti samada syarikat berkenaan merupakan milik individu,
tanggunagn terhad atau di senarai awam. Penyata Untung Rugi membentangkan prestasi
keuntungan perniagaan berdasarkan jumlah jualan dan perbelanjaan bagi tempoh tertentu, dan
boleh juga dibuat perbandingan antara dua tempoh. Penyata Aliran Tunai boleh disediakan
dalam beberapa format bagi melaporkan maklumat tunai yang dijana dan dibelanjakan melalui
aktiviti operasi, pelaburan dan pembiayaan dalam tempoh yang dinyatakan.

Perkara yang paling penting dalam pengurusan kewangan perniagaan adalah pembuatan
keputusan perniagaan seperti pembelian, pelaburan, pembiayaan, penetapan harga dan
perundingan perniagaan yang pastinya mempunyai implikasi kewangan. Disamping itu, dalam
urusan harian, penyimpanan rekod amat penting bagi memastikan penyata dapat disediakan pada
tempoh yang ditetapkan.

Pengurusan Risiko Perniagaan (Enterprise Risk Management - ERM)

ERM merupakan proses yang berterusan dalam memperkemaskan entiti keupayaan pengurusan
risiko melalui strategi perniagaan, sumber manusia, proses, teknologi dan pengetahuan bagi
menjadi lebih berkemampuan menjangka dan berkesan dalam menilai dan mengurus
ketidakpastian (Sanderson and Koritzinsky, 1999) .

Pendekatan sistematik dalam ERM akan dapat menilai kemampuan pengusaha PKS untuk
mengurus:

10
1. Gelagat risiko denagn menetapkan objektif dan membangunkan mekanisma untuk
mengurus risiko berkaitan, memilih tindak balas risiko samada untuk mengelak,
mengurang, berkongsi atau menerima risiko.
2. Menyedari dan kemampuan untuk mengenalpasti kemungkinan ancaman dan menetapkan
tindak balas untuk mengurangkan kejutan dan kerugian atau kos luar jangkaan.
3. Menyedari kemungkinan peluang, menetapkan tindakan dan menyediakan sumber
berkaitan yang diperlukan.

Keseluruhannya, ERM membantu pengurusan untuk memastikan kelangsungan perniagaan dan


memperbaiki prestasi perniagaan. ERM juga membantu peniaga untk bersedia menghadapi
kemungkinan ancaman yang dapat menjejaskan kedudukan perniagaan, mengambil tindakan
untuk menghindari masalah luar jangkaan, dan bersedia untuk bertindak balas sekiranya
ancaman tidak dapat dielakkan.

Kesimpulan

Pihak yang memberi pinjaman mengenakan syarat tertentu bagi memelihara kepentingan syarikat
dari mengalami kerugian.

Nasihat umum kepada pengusaha yang perlu mendapatkan sumber pembiayaan adalah seperti
berikut:

1. Amanah – sifat yang perlu ada pada semua peniaga yang menyakinkan orang lain
dalam urusan perniagaan.
2. Berintegriti – sejarah rekod baik dalam berurusan dan mampu menunjukkan tiada
menyelewengan dari perjanjian yang telah dipersetujui.
3. Kedudukan kewangan yang baik - rekod yang membuktikan kemampuan peniaga
untuk mencapai prestasi yang baik dan berpotensi untuk mengekalkannya.
4. Rancangan perniagaan - idea dan komitmen kepada perancangan untuk
melaksanakan aktiviti perniagaan yang berdaya maju.

11
5. Pengetahuan mengenai perniagaan – bukti yang menunjukkan peniaga
mempunyai kemahiran berniaga dalam bidang yang diceburi dan mampu
membuat keputusan perniagaan yang berkesan.
6. Kemahiran perniagaan – mempunyai ciri-ciri usahawan terutama daya tahan
untuk menghadapi sebarang cabaran yang akan dihadapi oleh pertandingan dalam
perniagaan.
7. Kemahiran ICT – merupakan kemahiran yang banyak membantu kecekapan
dalam menghadapi pelbagai situasi dengan kapasiti yang tinggi.
8. Jaringan perniagaan – mengenali dan mempunyai hubungan baik pihak yang
berpengaruh untuk menjayakan perniagaan termasuk pelanggan, pembekal dan
pembiaya perniagaan.
9. Pengurusan risiko – kemampuan untuk memahami dan menilai tahap risiko yang
dihadapi sebelum membuat keputusan perniagaan
10. Kreatif dan innovatif – tidak kering dengan idea untuk mengatasi masalah dan
menghasilkan penemuan baharu untuk mendahului persaingan.

Pengusaha yang memerlukan pembiayaan perlu menunjukkan kemampuan untuk menjana


pendapatan, menguruskan perniagaan dengan baik, dan berkemampuan untuk membayar balik
pinjaman yang dijanjikan atau memberi pulangan yang diharapkan oleh pelabur.

Rujukan:

12
Bank Negara Malaysia (2008) Laporan Tahunan 2007

Basu, A. and Parker, S. (2001) Family Finance and New Business Start-ups. Oxford Bulletin Of
Economics And Statistics, 63, 3 p 333-358

Johan, W. and Shephard, D. (2003) Knowledge-based resources, entrepreneurial orientation, and


the performance of small and medium-sized businesses, Strategic management ,
Vol. 24, 13, pp. 1307-1314

Hisrich, R. and Bush, C. (1985) The Women Entrepreneur: Starting, Financing, and Managing
New Successful Business. Lexington.

Sanderson, S. and Koritzinsky, A. (1999) Risk Centers: Enterprise-wide Efficiency. Risk


Mangement. March, p56.

13

You might also like