Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 115

Pengurusan Sumber Manusia Berasaskan Kompetensi

KAMUS KOMPETENSI
Jabatan Perkhidmatan Awam

JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia


PUBLIC SERV ICE DEPA RTMENT MALA YSIA
ww.jpa.gov.m y
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

1 PENGENALAN 5
1.1 Penghargaan 5
1.2 Susunan Dokumen 5
1.3 Hakmilik & Penyenggaraan Dokumen 5
2 KAMUS KOMPETENSI 6
2.1 Pengenalan Kepada Kamus Kompetensi 6
2.2 Apa Itu Kompetensi? 6
2.3 Definisi Model Kompetensi 7
3 BAGAIMANA KAMI MEMBINA MODEL KOMPETENSI 8
3.1 Input 8
3.2 Proses 9
3.3 Output 10
4 PERKARA-PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU SEMASA
MENGGUNAKAN KAMUS KOMPETENSI 11
4.1 Nilai-Nilai Keutuhan Sebagai Etos Perkhidmatan Awam 11
4.1.1 Keperluan Pengurusan Berasaskan Nilai (PBN) Dalam Perkhidmatan Awam 11
4.1.2 Konsep Pengurusan Berasaskan Nilai (PBN) 11
4.2 Skala Kompetensi 12
4.2.1 Definisi Skala 12
4.2.2 Skala Kompetensi Generik, Fungsian dan Teknikal 13
4.2.3 Skala Kompetensi ICT 13
4.2.4 Skala Kompetensi Bahasa 13
4.3 Struktur Kamus Tingkah Laku 14
4.4 Struktur Kamus Kemahiran/Pengetahuan 15
4.5 Senarai Kompetensi Jawatan (Jilid 2) 16
4.6 Direktori Pembangunan Kompetensi (Jilid 3) 16
5 MODEL KOMPETENSI UNTUK JPA 17
5.1 Kelompok Kompetensi Tingkah Laku Untuk JPA 17
5.2 Konteks Kelompok Kompetensi Tingkah Laku 17
5.3 Model Kompetensi Yang Cemerlang 18
6 KOMPETENSI TINGKAH LAKU PENGURUSAN 19
6.1 Ringkasan 19
6.2 Berfokuskan Komuniti (P&P) 21
6.3 Berorientasikan Pencapaian (P&P) 24
6.4 Kesediaan Bertindak (P&P) 27
6.5 Keinginan Menimba Pengetahuan (P&P) 30
6.6 Kematangan Emosi (P&P) 33
6.7 Kepimpinan Berwawasan (P&P) 35
6.8 Berkesan & Berpengaruh (P&P) 38
6.9 Kesedaran Berorganisasi (P&P) 40
6.10 Keyakinan Diri (P&P) 43
6.11 Mengutamakan Masyarakat Daripada Diri Sendiri (P&P) 45
6.12 Menetapkan Seseorang Kepada Tanggungjawab (P&P) 48
6.13 Pemikiran Adaptif (Mudah Suai) (P&P) 50
7 KOMPETENSI TINGKAH LAKU SOKONGAN 1 53
7.1 Ringkasan 53
7.2 Berfokuskan Komuniti (Sok 1) 55
7.3 Berorientasikan Pencapaian (Sok 1) 57
7.4 Keberkesanan Berpasukan (Sok 1) 59
7.5 Kesediaan Bertindak (Sok 1) 61
7.6 Keinginan Menimba Pengetahuan (Sok 1) 63
7.7 Kematangan Emosi (Sok 1) 65
7.8 Berkesan & Berpengaruh (Sok 1) 67
7.9 Kesedaran Berorganisasi (Sok 1) 69
7.10 Keyakinan Diri (Sok 1) 71
7.11 Mengutamakan Masyarakat Daripada Diri Sendiri (Sok 1) 73

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
2 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

7.12 Pemikiran Adaptif (Mudah Suai) (Sok 1) 75


8 KOMPETENSI TINGKAH LAKU SOKONGAN 2 77
8.1 Ringkasan 77
8.2 Berfokuskan Komuniti (Sok 2) 78
8.3 Berorientasikan Pencapaian (Sok 2) 80
8.4 Keberkesanan Berpasukan (Sok 2) 82
8.5 Kesediaan Bertindak (Sok 2) 84
8.6 Keinginan Menimba Pengetahuan (Sok 2) 86
8.7 Kematangan Emosi (Sok 2) 88
8.8 Berkesan & Berpengaruh (Sok 2) 90
8.9 Kesedaran Berorganisasi (Sok 2) 92
8.10 Keyakinan Diri (Sok 2) 94
8.11 Mengutamakan Masyarakat Daripada Diri Sendiri (Sok 2) 96
8.12 Pemikiran Adaptif (Mudah Suai) (Sok 2) 98
9 SENARAI KOMPETENSI KEMAHIRAN/PENGETAHUAN 100
9.1 Kemahiran Generik 100
9.2 Kemahiran Fungsian 101
9.3 Kemahiran Teknologi Komunikasi Maklumat 104
9.4 Kemahiran Bahasa 105
9.5 Kemahiran Teknikal 105
10 SOALAN – SOALAN YANG KERAP DI TANYA (FREQUENTLY ASKED
QUESTIONS) 110
11 PENYENGGARAAN KAMUS & MODEL KOMPETENSI 114

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
3 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

PRAKATA

Sektor awam sentiasa berdepan dengan pelbagai perubahan yang kompleks.


Perubahan-perubahan yang dibawa oleh globalisasi, ledakan maklumat dan
perkembangan teknologi, tadbir urus, ekonomi berasaskan pengetahuan secara
langsungnya memberi impak yang besar kepada sektor awam. Prestasi sektor awam
dalam era perubahan ini akan bergantung kepada tahap pengetahuan, kemahiran dan
tingkahlaku tenaga kerjanya. Oleh yang demikian, menjadi suatu kemestian bagi sektor
awam mengenalpasti dan membangunkan keupayaan yang baru dalam usaha untuk
menganjak cara kerja selama ini kepada prestasi yang lebih tinggi untuk memenuhi
tuntutan berkenaan.
Antara perubahan-perubahan yang diperkenal dan sedang dilaksanakan ialah Sistem
Saraan Malaysia yang menekankan kepada aspek peningkatan kompetensi melalui
pembelajaran berterusan di kalangan pegawai sektor awam. Selain dari itu, Kerajaan
juga turut menekankan pengurusan sumber manusia yang bersepadu dengan
membangunkan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS). Rekabentuk
HRMIS menggunakan Model Kompetensi sebagai teras dalam melaksanakan proses-
proses pengurusan sumber manusia. Sehubungan dengan itu, Kerajaan telah melantik
HayGroup Sdn. Bhd., sebuah syarikat perunding untuk membangunkan Model
Kompetensi untuk Perkhidmatan Awam Malaysia.
Model Kompetensi yang dibangunkan terdiri dari Kamus Kompetensi, Direktori
Pembangunan Diri dan aktiviti pengenalpastian kompetensi untuk mengukur jurang
kompetensi antara penjawat dengan jawatan. Seseorang penjawat awam akan dapat
menggunakan Model Kompetensi untuk mengenalpasti kompetensi yang diperlukan
untuk jawatannya, langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan jurang
kompetensi dan menjalankan usaha-usaha peningkatan diri.
Pelaksanaan model kompetensi ini akan membawa ke arah pembentukan modal insan
yang lebih cemerlang dalam perkhidmatan awam. Usaha ini yang disokong oleh
prasarana teknologi terkini serta proses kerja yang efisyen akan berupaya menganjak
tahap perkhidmatan awam Malaysia ke arah sistem penyampaian perkhidmatan
(service delivery system) yang mesra, cepat, tepat dan sempurna.
Justeru, menjadi harapan JPA supaya Kamus Kompetensi ini menjadi sumber rujukan
utama dalam usaha membudayakan amalan kerja yang berteraskan kompetensi ke
arah mendokong visi dan misi setiap agensi perkhidmatan awam. Pengurusan dan
seseorang di agensi masing-masing perlulah memainkan peranan aktif dan
memberikan iltizam sepenuhnya kepada inisiatif ini supaya menjadi budaya di kalangan
pegawai awam. Saya berharap usaha ini dapat mencetuskan etos baru dalam
penyampaian perkhidmatan, selaras dengan seruan dan harapan pimpinan negara ke
arah melahirkan perkhidmatan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Tan Sri Jamaluddin bin Hj. Ahmad Damanhuri


Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia

Oktober 2004

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
4 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

1 PENGENALAN

1.1 Penghargaan

Dokumen terhasil dari sumbangan kepakaran, khidmat dan hasil usahasama pasukan
yang dibentuk untuk menjayakan inisiatif pembinaan model kompetensi yang
bersesuaian bagi keperluan agensi-qgensi terpilih didalam Kerajaan Malaysia.
HayGroup, sebagai konsultan didalam inisiatif ini memberi penghargaan kepada
sumbangan yang diberi oleh wakil-wakil dari Agensi Kerajaan yang telahbanyak
membantu dan membolehkan penyediaan dokumen ini.

1.2 Susunan Dokumen

Dokumen ini telah dibahagikan kepada tiga jilid. Setiap jilid mengadungi maklumat
terperinci berkaitan kompetensi dan aspek pengunaan kompetensi.
• Jilid 1 - Kamus Kompetensi (Model Kompetensi), mengadungi penerangan
berkenaan model kompetensi yang telah dibina dan juga keterangan ringkas
berkenaan proses yang diambil dalm memebina model kompetensi. Dokumen ini
memberi penerangan berkenaan konsep dan teori yang diguna didalam membina
model kompetensi tersebut. Di dalam dokumen ini terdapat senarai kompetensi
yang ditetapkan bagi agensi. Dokumen ini juga memberi penerangan berkenaan
kelompok dan juga definisi tahap kompetensi. Jilid ini disediakan sebagai sumber
rujukan yang menerangkan definisi kompetensi dan keterangan lanjutan berkenaan
kompetensi kompetensi yang telah disediakan.
• Jilid 2 - Senarai Kompetensi Jawatan, mengandungi senarai kompetensi yang telah
ditetapkan bagi jawatan-jawatan di agensi. Senarai ini telah disusun menurut
keperluan kompetensi bagi empat kumpulan perkhidmatan (Kumpulan Pengurusan
Tertinggi, Kumpulan Pengurusan & Profesional, Kumpulan Sokongan 1 dan
Kumpulan Sokongan 2). Dokumen ini dapat membantu seseorang dalam
memahami keperluan kompetensi bagi jawatan yang disandang.
• Jilid 3 - Direktori Pembangunan Diri, mengandungi senarai program dan aktiviti yang
dapat membantu seseorang dalam membina kompetensi yang bersesuaian dengan
keperluan jawatan. Direktori ini memberi khidmat nasihat untuk tindakan selanjut
oleh seseorang.

1.3 Hakmilik & Penyenggaraan Dokumen

Dokumen ini telah disediakan oleh syarikat perunding HayGroup untuk Kerajaan
Malaysia. Dokumen ini serta kandungannya adalah hak milik Jabatan Perkhidmatan
Awam Malaysia. Segala urusan berkaitan persoalan, kemaskini, penambahbaikan
dokumen ini perlu dianjurkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (Bahagian
Penyelidikan & Perancangan).

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
5 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

2 KAMUS KOMPETENSI

2.1 Pengenalan Kepada Kamus Kompetensi

Kamus ini akan melengkapkan anda dengan kefahaman tentang kompetensi,


menerangkan proses yang telah diambil dalam membina Model Kompetensi untuk
perkhidmatan awam dan juga menjelaskan prinsip-prinsip panduan yang telah
digunakan bagi memastikan reka bentuk Model Kompetensi Agensi-Wide yang
dihasilkan adalah mantap dan memberi kefahaman yang mendalam.
Kamus ini juga akan melengkapkan anda dengan Model Kompetensi yang telah
disediakan untuk Agensi anda.

2.2 Apa Itu Kompetensi?

Kemahiran & Pengetahuan Perlu tetapi tidak memadai


Mudah untuk dikenalpasti &
dibangunkan Kemahiran (Skills) Necessary but not sufficient
Skills & Knowledge Pengetahuan (Knowledge)
Easier to identify & develop

Tingkah Laku/Nilai-Nilai Membezakan yang


Lebih sukar untuk cemerlang dari yang
dikenalpasti dan dibangunkan memuaskan
Nilai-
Nilai-Nilai (Values) “Apa Yang Penting”
Behavioural/Values Peranan Sosial (Social Role)
More difficult to identify & Konsep Diri (Self Image) Differentiate Outstanding
develop from Typical Performers
Ciri-
Ciri-Ciri (Traits) “What Matter”
Motif (Motive)

Kompetensi terdiri daripada Tingkah Laku, kemahiran/pengetahuan yang diperlukan


untuk melakukan sesuatu tugas. Kompetensi wujud dalam peringkat-peringkat
profisiensi yang membezakan tahap prestasi. Ia menggambarkan perkara yang
menyebabkan seseorang itu berkesan dalam peranan yang diberikan dan sebaliknya.
Walaupun kemahiran/pengetahuan penting untuk prestasi kerja yang baik, kajian-kajian
yang telah dijalankan sebelum ini mendapati bahawa Tingkah Laku adalah merupakan
ciri pembeza tersirat yang mendorong prestasi cemerlang dalam jangka masa panjang
dalam sesuatu tugas.
Menggunakan contoh ‘iceberg’ (lihat gambar rajah di atas), pengetahuan/kemahiran
membentuk bahagian pucuk ‘iceberg’, iaitu ianya terletak di atas permukaan air dan
dapat dilihat dengan jelas. Manakala Tingkah Laku pula merupakan elemen-elemen
tersirat yang tidak begitu nyata, yang terletak di bawah permukaan ais. Sekalipun
begitu, Tingkah Laku merupakan penentu yang kritikal tentang keberkesanan
seseorang dalam sesuatu tugas.
Setiap elemen yang senaraikan di dalam ‘iceberg’ mempunyai definisi seperti berikut:

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
6 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

• Kemahiran ialah kebolehan untuk melakukan suatu tugas secara fizikal atau mental.
Contohnya, kemahiran secara fizikal seseorang Pegawai Pergigian ialah menampal
gigi yang rosak tanpa menjejaskan saraf gusi; Kemahiran secara mental seseorang
Pengatur cara Komputer ialah untuk menyusun 50,000 kod dalam urutan yang logik.
• Pengetahuan ialah maklumat yang dimiliki oleh seseorang dalam sesuatu bidang.
Contohnya, pengetahuan seseseorang pakar bedah ialah tentang urat saraf dan
otot pada tubuh manusia.
• Nilai ialah kepercayaan yang dipegang seseorang – iaitu yang mereka percaya
penting untuk dihayati atau dilakukan.
• Peranan Sosial ialah imej yang ditunjuk oleh seseorang itu kepada seseorang lain.
Ia menggambarkan nilai-nilai seseorang – iaitu apa yang dipercayai penting untuk
dilakukan – umpamanya membina seseorang lain atau memberi kesedaran tentang
misi dan arah tuju.
• Imej Diri ialah cara seseorang itu melihat dirinya sendiri – konsep identiti dalaman,
contohnya, melihat diri sendiri sebagai guru atau pemimpin
• Sifat ialah satu watak yang agak kekal dan stabil dalam Tingkah Laku seseorang,
contohnya menjadi seseseorang pendengar yang baik atau seseorang yang
berkebolehan untuk mengecam corak yang wujud dari pelbagai elemen yang tidak
berkaitan.
• Motif/Tujuan ialah pemikiran yang semula jadi dan berterusan dan juga
kecenderungan dalam sesuatu perkara (Hasrat untuk Mencapai, Hasrat Untuk
Bersama, Hasrat Untuk Berkuasa) yang mendorong, mengarah dan melahirkan
Tingkah Laku luaran seseorang.

2.3 Definisi Model Kompetensi

Model Kompetensi merupakan satu set kompetensi yang membentuk sebuah model
untuk kejayaan sesebuah organisasi, peringkat, tugas atau peranan. Ia mempamerkan
kesemua Tingkah Laku, kemahiran/pengetahuan kritikal yang mempengaruhi kejayaan
dalam sesuatu peranan yang diberikan. Seseorang seseorang boleh menggunakan
Model Kompetensi untuk mengenal pasti:
• Keperluan kompetensi dalam tugasannya;
• Kekuatan dan bidang-bidang yang perlu dibaiki dalam tugasannya, dan
• Bidang-bidang untuk pembelajaran berterusan dan kemajuan profesional.

Pendekatan membina Model Kompetensi boleh digambarkan dalam 3 langkah seperti


berikut: Input, Proses dan Output

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
7 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

3 BAGAIMANA KAMI MEMBINA MODEL KOMPETENSI

INPUT PROSES OUTPUT


• Sumber Data • Analisis Statistik /Tema • Model Kompetensi
• Bengkel Pembentukan Service-Wide
Menimbangkan Konsep
Mengumpul Tingkah Laku &
imperatif - imperatif
Data & Analisis Kemahiran /
strategik dan Pengetahuan yang
perkhidmatan INDUKTIF
kerajaan , apakah
Diperlukan
implikasi ke atas • Misi , Visi , Strategi ,
kelakuan , kemahiran Peranan dan
dan pengetahuan • Cabaran Masa Kini
pegawai kerajaan Masa Hadapan
pada MASA KINI dan Peluang Pembentukkan
Model
MASA HADAPAN? • Aspirasi Analisis Statistik Konsep
Kompetensi
& Tema (Bengkel Kajian )

Apakah kelakuan ,
kemahiran dan Mengumpul
Data & Analisis Tingkah Laku &
pengetahuan semasa
yang dipamerkan oleh DEDUKTIF Kemahiran /
pegawai kerajaan ? Pengetahuan yang
• Tingkah Laku
Dipamerkan
Kemahiran /
Pengetahuan
yang dipamerkan dan
dipraktikkan oleh
pegawai kerajaan

3.1 Input

Model Kompetensi ini telah dibentuk melalui kajian empirikal berdasarkan apa yang
ditonjolkan oleh pegawai perkhidmatan awam yang cemerlang dan yang memuaskan
dalam tugasan harian mereka.
Temu duga mendalam, perbincangan panel pakar, instrumen kaji selidik dan bengkel
kumpulan-kumpulan fokus dijalankan ke atas sampel-sampel yang mewakili pegawai
Kerajaan dari kumpulan perkhidmatan, klasifikasi perkhidmatan dan skim perkhidmatan
(contoh: Kementerian Kesihatan, Kumpulan Sokongan 1, Perubatan & Kesihatan,
Pembantu Perubatan). Sila rujuk gambar di atas. Sumber-Sumber Data di bawah
menerangkan lebih lanjut mengenai sumber-sumber data yang digunakan.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
8 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Think Tank
Ke manakah hala tuju kita dan bagaimana untuk sampai ?
di (Where do we want to be and how will we get there?)

Behavioural Event Interview Survey Instrumentation


(BEI)
Apakah tingkahlaku tenaga - kerja cemerlang? Apakah dasar tingkah laku tenaga-kerja cemerlang ?
(What do outstanding performers do?) (What our top people are like?)

Focus Groups 1-1 Interviews


Bagaimanakah kita menggambarkan prestasi Model Ke manakah hala tuju kita dan bagaimana untuk
cemerlang & memuaskan ? sampai di sana ?
(What do we think outstanding performance looks like?)
Kompetensi (Where do we want to be and how will we get
there?)

Expert Panel Culture Modelling


Apakah kompetensi -kompetensi yang Apakah budaya MASA KINI
diperlukan oleh tenaga - kerja Kerajaan ? & kyang
j diingini MASA HADAPAN?
(What are the espoused competencies from our experts) What is the Service Wide/
di Agency Wide current and ideal cultures?
Literature
Apakah yang hendak kita capai ? Mengikut kajian, penemuan apakah
tenaga -kerja “Cemerlang ” yang lain?
k t i
(What do we want to achieve? What does research show other outstanding
performers do?)

Data yang telah digunakan untuk membentuk Model Kompetensi ialah:


• Data Induktif
Data tentang imperatif-imperatif strategik (misi, visi, strategi, peranan dan objektif)
dan cabaran-cabaran semasa / masa hadapan yang dihadapi oleh perkhidmatan
awam telah dikumpulkan dan dianalisis. Maklumat-maklumat yang diperoleh telah
memperlihatkan perspektif-perspektif tentang kompetensi Tingkah Laku dan
kemahiran / pengetahuan yang diperlukan oleh pegawai-pegawai Kerajaan.
• Data Deduktif
Aktiviti-aktiviti pengumpulan maklumat berasaskan keterangan (temu duga
mendalam dan bengkel kumpulan fokus) telah dijalankan ke atas sampel-sampel
dari pelbagai Kumpulan Perkhidmatan, Klasifikasi Perkhidmatan dan Skim
Perkhidmatan Awam. Data-data yang diperoleh telah memberikan keterangan
tentang kompetensi Tingkah Laku dan kemahiran / pengetahuan yang dipamerkan
dalam aktiviti-aktiviti harian oleh pegawai perkhidmatan awam dari pelbagai
peringkat.
• Masa Kini dan Masa Hadapan
Kesemua data induktif dan deduktif telah dikumpulkan untuk menggambarkan
keadaan masa kini dan masa hadapan perkhidmatan awam. Data-data ini telah
dianalisis secara tema dan statistik untuk menentukan kesan-kesan ke atas
kompetensi Tingkah Laku dan kemahiran / pengetahuan pegawai perkhidmatan
awam pada MASA KINI dan MASA HADAPAN.

3.2 Proses

Proses reka bentuk kompetensi telah menggunakan pendekatan berikut:

M e n g a n a lis a D a ta Membentuk Model Kompetensi M engesahkan M odel


D a ta A n a ly s is Competency Modelling M o d e l V a lid a tio n

Data terkumpul menerusi pelbagai Dengan menggunakan metodologi yang Pelbagai proses/peringkat pengesahan telah
sumber dari sampel-sampel berasaskan kajian Hay/McBer, Bengkel dijalankan bersama Jawatankuasa Pemandu,
representatif telah dianalisis Pembentukan Konsep, Hay dan wakil- Jawatankuasa Teknikal, Ketua-Ketua Agensi
(Analisis Statistik dan Tema). wakil dari agensi telah membentuk dan wakil-wakil Agensi untuk menentukan
Model Kompetensi Agency-Wide. kesahihan aplikasi Model Kompetensi.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
9 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

3.3 Output
• Penggunaan Bahasa
• Terminologi
HRMIS

Sumber
Teknologi
Manusia

Proses
• Ringkas
• Boleh Digunapakai
• Kesesuaian

Model Kompetensi telah dibentuk mengikut prinsip-prinsip berikut:


• Sumber Manusia: Model Kompetensi telah direka bentuk untuk memudahkan
penggunaan secara efektif. Ia menggunakan terminologi yang umum dan mudah
difahami oleh pegawai perkhidmatan awam.
• Proses: Dengan wujudnya ‘Human Resource Management Information System’
(HRMIS), Model Kompetensi ini telah direka bentuk supaya ianya berpadan dengan
sistem yang sedia ada. Kehendak-kehendak HRMIS seperti reka bentuk sistem,
proses dan kapasiti telah diberi pertimbangan yang sewajarnya.
• Teknologi: Model Kompetensi ini akan ditempatkan dalam Human Resource
Management Information System (HRMIS) dan boleh digunakan oleh semua
pegawai Kerajaan. Model ini mengambil manfaat dari teknologi maklumat terkini
yang terdapat dalam Perkhidmatan Awam.

Agensi Model Kompetensi yang dibangunkan


Kamus.........
untuk agensi dibahagikan kepada dua
iaitu Model Tingkah Laku dan Model
Kemahiran/Pengetahuan
Kemahiran/
Model…… Tingkah Laku Pengetahuan Secara keseluruhan, seseorang individu di
dalam mana-mana jawatan dari

Model
Kompetensi
Kemahiran/
Pengetahuan • KPT dan P&P,
Model Tingkah
laku dibina
memerlukan kompetensi
untuk 2
kumpulan Pengurusan
Kumpulan
Sokongan
Jawatan X Model Kemahiran
1+4

Pengurusan t di i
daripada 5 Bahagian :
dan
Kakitangan
KPT P&P SOK 1 SOK 2
Generik Fungsian
Generik, Fungsian,
Teknikal, Bahasa, SOK 1, memerlukan
Sokongan d
Teknologi Maklumat
dan
K Komunikasi
ik i & kompetensi 2 + 4
1 23 4
Keperluan Teknikal Bahasa


tingkah laku Keperluankemahiran
adalah berbeza
mengikut Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
adalah
klasifikasi
ik t
berbeza
SOK 2, memerlukan
kumpulan
perkhidmatan
(ICT) kumpulan
khid t
dankhid
agensit kompetensi 3 + 4
dan agensi

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
10 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

4 PERKARA-PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU SEMASA MENGGUNAKAN


KAMUS KOMPETENSI

Terlebih dahulu, setiap pegawai perkhidmatan awam perlu memahami dengan jelas
perkara-perkara yang berikut untuk memudahkan proses penggunaan kamus
kompetensi.

4.1 Nilai-Nilai Keutuhan Sebagai Etos Perkhidmatan Awam

Berikut ialah petikan dari artikel Keperluan Pengurusan Berasaskan Nilai (PBN) dalam
Perkhidmatan Awam. Ia memberi gambaran tentang nilai-nilai keutuhan yang perlu
dihayati dan dijadikan pegangan hidup oleh setiap pegawai perkhidmatan awam.

4.1.1 Keperluan Pengurusan Berasaskan Nilai (PBN) dalam Perkhidmatan Awam

Dalam tempoh perkembangan pembudayaan nilai di dalam sistem pengurusan


perkhidmatan awam sejak tahun 1960-an hingga 1990-an, dasar-dasar dan program-
program penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni telah digubal dengan tujuan
membawa perubahan sikap dan nilai ke atas semua pegawai perkhidmatan awam.
Wawasan Pembangunan Kerajaan yang dikenali sebagai Wawasan 2020 juga telah
membawa perubahan dalam aspek pengurusan perkhidmatan awam untuk merangka
dan mengamalkan nilai-nilai yang menekankan moral dan etika yang tinggi mengikut
acuan masyarakat negara ini sendiri. Penekanan telah diberikan kepada sifat-sifat
kemanusiaan yang berilmu, berakhlak dan beradab di samping menjaga hubungan
yang harmonis dengan Tuhan, manusia dan alam sekitar.
Satu kaedah yang bersesuaian untuk dilaksanakan di dalam pengurusan perkhidmatan
awam ialah pendekatan Pengurusan Berasaskan Nilai - PBN (Value-Based
Management) (Malek Shah, 1999).

4.1.2 Konsep Pengurusan Berasaskan Nilai (PBN)

Pengurusan Berasaskan Nilai (PBN) merupakan satu pendekatan di mana ia


menyandarkan aspek-aspek nilai ke dalam praktis pengurusan dan organisasi. Nilai-
nilai yang disandarkan ini adalah merupakan foundation kepada amalan pengurusan
yang bijak dan cekap. Ia adalah faedah tambahan (value-added) yang mempunyai
kesan prestasi kerja yang tinggi tetapi kesan kos yang rendah kepada pihak
pengurusan di dalam amalan PBN. Pelaksanaannya juga adalah sebagai salah satu
usaha untuk menerapkan prinsip-prinsip kerohanian (nilai-nilai murni) ke dalam amalan
pengurusan semasa, bagi menghasilkan satu bentuk pengurusan yang bercirikan
keseimbangan, bersepadu dan holistik (Malek Shah, 2002).
Nilai-nilai murni yang telah ditetapkan oleh dasar Kerajaan dan dijadikan nilai yang
dipunyai bersama oleh seluruh anggota perkhidmatan awam ialah :
• Amanah
• Benar
• Bijaksana
• Adil
• Telus
• Bersyukur

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
11 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Nilai-nilai murni di atas adalah merupakan Nilai Teras seperti terkandung dalam Arahan
YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 1998, siri 2 No. 1 Tahun 2000 yang perlu diamalkan
oleh seluruh Perkhidmatan Awam. Dalam konteks pelaksanaan Model Kompetensi
Perkhidmatan Awam, terdapat tiga nilai keutuhan yang telah disarankan oleh Y.Bhg.
Tan Sri Samsudin bin Osman, Ketua Setiausaha Negara, yang perlu dihayati dan
dipraktikkan oleh setiap pegawai Kerajaan, iaitu :
• Kesetiaan – tegas di dalam menunjukkan sikap kepatuhan untuk mencapai objektif
organisasi
• Kejujuran – menunjukkan sikap benar dan boleh dipercayai di dalam menjalankan
aktiviti organisasi
• Integriti – bertindak dengan cara yang sejajar dengan apa yang diucapkan atau
nilai-nilai yang dimiliki

Nilai-nilai ini mempunyai maksud yang luas dan perlu dilihat secara holistik atau
menyeluruh. Bagi setiap pegawai Kerajaan, ketiga-tiga nilai tersebut sebenarnya
dipandu oleh beberapa Tingkah Laku yang tersenarai untuk jawatannya. Dalam erti
kata lain, apabila Tingkah Laku ini dipraktikkan, nilai-nilai keutuhan yang tersebut dapat
dilihat dalam seseorang itu. Amalan seumpama ini jika dibiasakan akan menjadi etos
kerja kumpulan iaitu berdasarkan kepada kepercayaan dan sikap bagi segolongan
kumpulan manusia terhadap sesuatu amalan pekerjaan. Ia merupakan satu pegangan
bersama oleh semua ahli di dalam warga organisasi tersebut (Malek Shah, 2002).

4.2 Skala Kompetensi

Langkah seterusnya yang perlu diambil untuk memahami kamus ini ialah mengetahui
skala-skala yang digunakan bagi menilai kompetensi.
Skala kompetensi telah dirangka untuk memberi standard yang tepat dalam mengukur
tahap kompetensi yang perlu dicapai oleh setiap pegawai Kerajaan bagi
membolehkannya menjalankan tugas dengan cekap.

4.2.1 Definisi Skala

Kompetensi Tingkah Laku dan kompetensi kemahiran/ilmu pengetahuan mempunyai


skala-skala tersendiri.
Bagi Kompetensi Tingkah Laku, satu skala berdimensi dari tahap 1 hingga tahap 5
digunakan di mana skala terendah menunjukkan penampilan kompetensi yang mudah
atau asas. Skala ini menggunakan sofistikasi dalam sesuatu Tingkah Laku itu, sebagai
ukuran. Kompetensi Tingkah Laku yang kompleks dan sofistikated berada di skala yang
lebih tinggi. Kompetensi Tingkah Laku di tahap yang lebih tinggi tidak selalunya
bermaksud seseorang itu perlu menunjukkan lebih kompetensi Tingkah Laku, tetapi ia
menunjukkan tahap yang lebih sofistikated.
Bagi kompetensi kemahiran/ilmu pengetahuan, skala yang digunakan berdimensi dari
tahap 1 hingga tahap 6. Skala ini menggunakan kepakaran sebagai ukuran. Sebagai
contoh, tahap 1 atau tahap terendah menunjukkan tahap kemasukan dan tahap 6
menunjukkan tahap pakar strategi.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
12 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

4.2.2 Skala Kompetensi Generik, Fungsian dan Teknikal

• Kemasukan (1) Anda mempunyai pengetahuan asas tetapi tidak mempunyai


latihan dan pengalaman sebelum ini.
• Asas (2) Anda masih belajar dan pernah ada pendedahan sebelum ini
atau mempunyai pengetahuan asas atau pernah ada sedikit
latihan. Anda boleh menganalisis dan mengintepretasikan
maklumat. Anda tahu di mana untuk mendapatkan bantuan.
• Kompeten (3) Anda boleh menggunakan teknik-teknik secara langsung dan
menggunakan kaedah-kaedah alat-alat dengan sendiri.
Penyeliaan diperlukan dari semasa ke semasa. Anda boleh
mendiagnosis isu-isu, menjangka masalah-masalah dan
memberikan hujah. Anda bekerja dengan pakar-pakar dalam
bidang kemahiran tertentu
• Cekap (4) Anda mempunyai pengalaman yang luas dan berkebolehan
untuk menyelia yang lain. Anda mempamerkan kemahiran ini
tersendiri hampir setiap masa. Anda berkemampuan untuk
menyelesaikan masalah-masalah dan membuat pembaikan /
pengubahsuaian. Apabila diperlukan, anda memberi nasihat
pakar kepada yang lain.
• Pakar (5) Anda merupakan sumber rujukan kepada orang yang
memerlukan nasihat tentang sesuatu bidang. Berkebolehan
untuk mewujudkan amalan terbaik dalam organisasi atau
dalam konteks yang luas.
• Pakar Strategi (6) Anda mempunyai kemahiran untuk menetapkan polisi-polisi
dan memberikan hala tuju keseluruhan.

4.2.3 Skala Kompetensi ICT

Tiada (0) Tiada pengetahuan tentang aplikasi perisian.


Asas (1) Pengetahuan asas tentang aplikasi perisian; mungkin memahami
dan / atau mengaplikasikan sebahagian daripada aplikasi
perisian.
Cekap (2) Boleh memahami dan menggunakan aplikasi perisian dengan
baik.
Mahir (3) Kemahiran yang tinggi dalam memahami, menggunakan dan
mengajar aplikasi perisian.

4.2.4 Skala Kompetensi Bahasa

Lemah (1) Lemah dalam bahasa.


Asas (2) Kebolehan membaca dan menulis dengan agak baik dan
menghayati pelbagai jenis teks termasuk yang penting kepada
kehendak profesional.
Cekap (3) Kebolehan membaca dan menulis dengan fasih dan tepat dalam
semua bentuk dan gaya bahasa tentang apa-apa subjek
termasuk yang penting kepada kehendak profesional.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
13 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Mahir (4) Bertutur dan menulis atau mahir dalam menyediakan laporan,
kertas kajian, ucapan dan penulisan rasmi yang berkaitan.
Contoh: kebolehan untuk menulis artikel, ceramah, syarahan,
membuat persembahan, membuat rundingan secara efektif.

4.3 Struktur Kamus Tingkah Laku

Perkara selanjutnya yang perlu diketahui di dalam kamus ini ialah mengenai struktur
kamus Tingkah Laku. Di dalam aplikasi model kompetensi Tingkah Laku, KPT dan
P&P telah dikumpulkan bersama dan dikenali sebagai ‘Pengurusan’. Kedua-dua
kumpulan ini mempunyai persamaan kerana diberi tugas mengurus pegawai di bawah.
Dengan lebih jelas lagi, model kompetensi Tingkah Laku di bahagi kepada tiga, iaitu:
• Model Kompetensi Tingkah Laku bagi Pengurusan (KPT dan Kumpulan P&P), iaitu
itu kumpulan yang mengurus.
• Model Kompetensi Tingkah Laku bagi Sokongan 1, iaitu kumpulan yang menyelia.
• Model Kompetensi Tingkah Laku bagi Sokongan 2, iaitu kumpulan yang menyokong
kumpulan perkhidmatan yang lain.

Dalam konteks Skim Perkhidmatan, sebagai contoh di dalam kumpulan P&P terdapat
pelbagai skim perkhidmatan yang telah dikenal pasti oleh Kerajaan di dalam
melaksanakan Sistem Saraan Malaysia (SSM), seperti Pegawai Tadbir, Pegawai Tadbir
dan Diplomatik, Pegawai Perubatan dan lain-lain. Setiap penyandang skim
perkhidmatan ini memerlukan kompetensi yang bersesuaian untuk menjalankan tugas
dengan cekap. Di atas sebab-sebab ini, kamus kompetensi Tingkah Laku dan matriks
telah disusun dengan mengambil kira peranan-peranan serta kompetensi-kompetensi
yang perlu bagi kumpulan/skim perkhidmatan yang terdapat di agensi ini.
Model Kemahiran Tingkah Laku menggariskan keperluan Tingkah Laku untuk setiap
jawatan dalam Agensi. Setiap kompetensi Tingkah Laku dimuatkan dengan contoh-
contoh cerita yang menjelaskan perbezaan di antara satu tahap dengan yang lain.
Kamus Model Kompetensi distrukturkan mengikut format berikut bagi setiap kompetensi
Tingkah Laku:
• Nama Kompetensi
• Definisi: Menerangkan kompetensi Tingkah Laku yang dipamerkan secara
keseluruhan.
• Soalan Utama: Memberi perhatian kepada nilai dan tema yang tersirat di dalam
kompetensi berkenaan.
• Mengapa Ia Penting: Menerangkan kepentingan kompetensi ini untuk pencapaian
prestasi yang tinggi dan efektif serta kepentingannya kepada Kerajaan.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
14 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap Kompetensi Tingkah Laku Yang Contoh


Mungkin

Bagi setiap kompetensi Tingkah Laku, satu skala berdimensi Petunjuk yang Contoh cerita
ditunjukkan dari tahap 1 hingga 5. Apabila skala meningkat ke arah menerangkan yang
tahap 5, terdapat pertambahan tahap sofistikasi, peningkatan dan kompetensi Tingkah menerangkan
kerumitan Tingkah Laku. Laku yang dipamerkan dengan lebih
pada tahap kompetensi lanjut
Skala ini bergerak secara progresif – jika seseseorang seseorang berkenaan. kompetensi
sedang mempamerkan kompetensi Tingkah Laku di Tahap 3, dia Tingkah Laku
juga sepatutnya boleh/telah mempamerkan kompetensi Tingkah Laku pada tahap
yang relevan di Tahap 1 dan 2. kompetensi
berkenaan.

4.4 Struktur Kamus Kemahiran/Pengetahuan

Setiap kemahiran/pengetahuan mempunyai definisi yang menyeluruh dan disusun atur


mengikut skala yang menggambarkan dimensi kesukaran, kecanggihan atau skop
impak. Model Kemahiran/Pengetahuan menggunakan 6-skala yang menggunakan
kepakaran sebagai ukuran. Sebagai contoh, tahap 1 atau tahap terendah menunjukkan
tahap kemasukan dan tahap 6 menunjukkan tahap pakar strategi.
• Model Kemahiran/Pengetahuan menggariskan keperluan kemahiran generik,
teknikal, fungsian, bahasa dan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) untuk setiap
jawatan dalam Agensi.
• Kompetensi Kemahiran Generik (Kemahiran/Pengetahuan yang diperlukan oleh
seluruh perkhidmatan, sama ada Klasifikasi Perkhidmatan, Kumpulan
Perkhidmatan, Skim Perkhidmatan, Jawatan atau Gred).
• Kompetensi Kemahiran Teknikal (Kemahiran/Pengetahuan yang diperlukan dalam
konteks kerja) yang unik bagi sesuatu Jawatan.
• Kompetensi Kemahiran Fungsian (Kemahiran/Pengetahuan yang diguna pakai
untuk satu bahagian/ jabatan dan juga di beberapa bahagian/jabatan) yang terdapat
pada Klasifikasi Perkhidmatan dan Jawatan.
• Kompetensi bahasa diperlukan oleh semua Kumpulan Perkhidmatan (Bagi KPT,
kompetensi ini tidak perlu dinilai).
• Kompetensi ICT diperlukan oleh semua Kumpulan Perkhidmatan (Bagi KPT,
kompetensi ini tidak perlu dinilai).

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
15 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

KEMAHIRAN

JAWATAN Generik Teknikal Fungsian Bahasa ICT

“Jawatan X” Kemahiran Kemahiran Kemahiran unik Dapat diterapkan oleh Kemahiran yang
yang unik kepada semua pegawai Kerajaan diperlukan oleh
diperlukan “Jawatan X” Kumpulan (kecuali KPT) semua Kumpulan
oleh seluruh Perkhidmatan, Perkhidmatan
Perkhidmatan klasifikasi (kecuali KPT)
perkhidmatan
dan “Jawatan X”

Tahap Bagi setiap kompetensi kemahiran Generik, Bagi setiap kompetensi Bagi setiap
Kecekapan Fungsian dan Teknikal, satu skala berdimensi bahasa, satu skala kompetensi ICT,
ditunjukkan dari tahap 1 hingga 6. Apabila skala berdimensi ditunjukkan dari satu skala
meningkat ke arah tahap 6, terdapat pertambahan tahap lemah (L) hingga berdimensi
tahap kepakaran. mahir (M). Apabila skala ditunjukkan dari
meningkat ke arah tahap tahap tiada (T)
mahir (M), terdapat hingga mahir (M).
pertambahan tahap Apabila skala
kepakaran. meningkat ke
arah tahap mahir
(M), terdapat
pertambahan
tahap kepakaran.

4.5 Senarai Kompetensi Jawatan (Jilid 2)

Sila rujuk kepada dokumen Jilid 2: Senarai Kompetensi Jawatan bagi melihat profil
kompetensi setiap jawatan di agensi anda.

4.6 Direktori Pembangunan Kompetensi (Jilid 3)

Sila rujuk kepada dokumen Jilid 3: Direktori Pembangunan Diri bagi mendapatkan
senarai program pembangunan kompetensi yang berkaitan dengan kompetensi yang
perlu dibangunkan.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
16 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

5 MODEL KOMPETENSI UNTUK JPA

5.1 Kelompok Kompetensi Tingkah Laku Untuk JPA

Terdapat 12 kompetensi di dalam Model Tingkah Laku JPA. Mengutam akan Masyar akat
Model tersebut terdiri dari 3 kelompok utama – Kepimpinan, Daripada Diri Sendiri

Keupayaan Dalaman dan Pelaksanaan Perkhidmatan.


(rujuk gambar rajah sebelah: Model Tingkah Laku Kesediaan Bertindak
JPA). Berfokuskan Komuniti

Adalah penting diperhatikan bahawa Tingkah


Laku Masyarakat Sebelum Diri dan Berfokuskan Pemikiran Adaptif
Keinginan Menimba Pengetahuan
Masyarakat dilihat sebagai kompetensi Tingkah
Laku yang sedang muncul iaitu Tingkah Laku
Berorientasikan Pencapaian
yang dikehendaki oleh Kerajaan dimiliki oleh Berkesan dan Berpengaruh
semua pegawainya. Sebaliknya, kompetensi Kepimpinan Berwawasan
Kematangan Emosi
Tingkah Laku yang lain telah ditunjukkan oleh Menetapkan Individu Kepada Tanggungjawab
Kesedaran Berorganisasi
pegawai JPA pada tahap dan kekerapan yang
Keyakinan Diri
berbeza.
Nota:
Data aruhan (induktif) menunjukkan keperluan yang tinggi untuk kedua-dua kompetensi
Tingkah Laku yang sedang muncul (Berfokuskan Masyarakat dan Masyarakat Sebelum
Diri). Walau bagaimanapun, data sebenar (deduktif) kompetensi berkenaan
menunjukkan kekerapan dan tahap Tingkah Laku yang dipamerkan adalah rendah.
Oleh itu, kedua-dua Tingkah Laku berkenaan dilihat sebagai Tahap Aspirasi yang
Tinggi untuk diperoleh oleh pegawai Kerajaan.

5.2 Konteks Kelompok Kompetensi Tingkah Laku

Kepimpinan
Sebagai penggubal dasar Strategi
• Berorientasikan Pencapaian Sumber Manusia untuk Kerajaan, JPA
memainkan peranan kepimpinan
• Berkesan & Berpengaruh strategik dalam memberikan wawasan
• Kepimpinan Berwawasan dan hala tuju amalan Dasar Sumber
Manusia dan Pengurusan bagi
• Kematangan Emosi keseluruhan perkhidmatan awam.
• Menetapkan Seseorang Kepada
Tanggungjawab
• Kesedaran Berorganisasi
• Keyakinan Diri
Keupayaan Dalaman Menganjurkan Pembelajaran
Berterusan dan Inovasi kepada
• Pemikiran Mudah Suai pegawainya untuk membina kekuatan
dalaman.
• Keinginan Menimba Pengetahuan

Pelaksanaan Perkhidmatan
Mengutamakan Berorientasikan
Pelanggan, Berorientasikan Tindakan,

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
17 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

• Kesediaan Bertindak Strategi Mempengaruhi pada


pegawainya dalam melaksanakan
• Berfokuskan Masyarakat Dasar dan Strategi Sumber Manusia
untuk keseluruhan perkhidmatan
• Masyarakat Sebelum Diri Kerajaan secara berkesan dan efisien.

5.3 Model Kompetensi Yang Cemerlang

Berdasarkan pendekatan Algoritma (formula yang digunakan untuk menyelesaikan


suatu masalah menerusi komputer) yang diguna pakai, model kompetensi Tingkah
Laku tersebut dapat diperhalusi lagi bagi memastikan Agensi ini berada di mercu
kecemerlangan. Berdasarkan pendekatan ini, Agensi ini sekurang-kurangnya,
memerlukan 9 kompetensi yang perlu dipamerkan oleh setiap pegawainya seperti
berikut :

² A s as B e ro ri e n t a s ik a n P e n c a p a ia n
P e m ik ira n A d a p t if M es ti A da
B e rk e s a n d a n B e r p e n g a ru h

K e p im p in a n B e r w a w a s a n M es ti A da
² A p a ya n g d ip e rlu k a n K e ya k in a n D i ri
u n t u k m e n ja d i K em atang an E m os i S a la h
k ak it a n g a n a w a m K e s e d ia a n B e rt in d a k S atu
ya n g c e m e rl a n g . . . M e n e t a p k a n I n d ivi d u K e p a d a S a la h
T a n g g u n g ja w a b S atu
K e s e d a r a n B e r o r g a n is a s i
S a la h
K e in g in a n M e n im b a P e n g e t a h u a n
S atu
B e rf o k u sk a n K o m u n it i
² A s p ira s i M e n g u t a m a k a n M a s ya r a k a t
D a ri p a d a D iri s e n d iri

Asas Adalah kompetensi yang perlu dimiliki oleh setiap pegawai di dalam
organisasi sama ada mereka dikenal pasti sebagai pekerja cemerlang,
memuaskan atau sederhana.
Pembeza Adalah kompetensi yang dimiliki oleh pekerja cemerlang dan mungkin
juga pekerja memuaskan/sederhana tetapi ia dipamerkan di tahap yang
lebih tinggi dan lebih kerap oleh pekerja yang cemerlang.
Kemungkinan juga kompetensi ini hanya dipamerkan oleh pekerja
cemerlang sahaja dalam organisasi tersebut.
Aspirasi Adalah kompetensi yang diharapkan oleh pihak pengurusan tertinggi
untuk dipamerkan pada masa akan datang oleh pegawai di dalam
organisasi.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
18 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

6 KOMPETENSI TINGKAH LAKU PENGURUSAN

6.1 Ringkasan

Nama Kompetensi Keterangan Ringkas

Berfokuskan Menumpukan usaha dan tenaga untuk memahami dan


Komuniti (P&P) memenuhi kehendak semasa dan keperluan masa hadapan
masyarakat.

Berorientasikan Mengambil berat untuk bekerja dengan baik dan melepasi


Pencapaian (P&P) tahap kecemerlangan yang ditetapkan.

Kesediaan Mengenalpasti masalah dan halangan untuk memudahkan


Bertindak (P&P) tindakan yang lebih drastik dan sesuai diambil untuk
menangani masalah semasa dan akan datang.

Keinginan Menimba Mempunyai keinginan untuk mengetahui lebih mendalam


Pengetahuan (P&P) tentang sesuatu perkara, isu-isu semasa, konsep atau
seseorang bagi tujuan melaksanakan sesuatu tugasan,
menyelesaikan sesuatu masalah, memperbaiki sesuatu
keadaan dan meningkatkan keupayaan diri.

Kematangan Emosi Keinginan untuk memahami seseorang lain dengan menilai


(P&P) secara mendalam fikiran, perasaan dan masalah mereka
sama ada yang dipamerkan secara percakapan atau
perbuatan.

Kepimpinan Menetapkan hala tuju, mendorong komitmen secara


Berwawasan (P&P) berpasukan dan mempunyai keinginan untuk memimpin ahli
yang lain ke arah pencapaian matlamat
organisasi/agensi/pejabat.

Berkesan & Menunjukkan keinginan untuk memujuk, meyakinkan,


Berpengaruh (P&P) mempengaruhi atau menyedarkan seseorang atau
kumpulan tertentu bagi tujuan memperoleh sokongan
mereka terhadap agenda yang ingin disampaikan.

Kesedaran Mempunyai kebolehan untuk memahami, mempelajari dan


Berorganisasi (P&P) menggunakan perhubungan kuasa dalam agensi sendiri
atau dengan organisasi lain seperti agensi Kerajaan atau
swasta.

Keyakinan Diri Kepercayaan kepada kebolehan diri sendiri untuk


(P&P) melaksanakan tugas dan memilih tindakan yang berkesan
bagi sebarang tugasan atau masalah.

Mengutamakan Meletakkan kepentingan masyarakat sebelum diri sendiri


Masyarakat dan bertindak dengan cara-cara yang berkeyakinan serta
Daripada Diri konsisten dengan nilai-nilai ke arah mencapai matlamat
Sendiri (P&P) utama demi kebaikan masyarakat.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
19 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Nama Kompetensi Keterangan Ringkas

Menetapkan Mempunyai keinginan untuk menetapkan tanggungjawab


Seseorang Kepada kepada seseorang seseorang tertentu terhadap tahap
Tanggungjawab pencapaian melalui penggunaan kuasa peribadi atau
(P&P) kedudukan dengan mengambil kira matlamat jangka masa
panjang Kerajaan.

Pemikiran Adaptif Menggunakan pemikiran secara rasional dan kefahaman


(Mudah Suai) (P&P) yang mendalam yang diperolehi dari pelbagai sumber dan
menyesuaikannya dengan keadaan setempat.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
20 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

6.2 Berfokuskan Komuniti (P&P)

Definisi: Memberi tumpuan dan usaha untuk memahami dan memenuhi


kehendak dan keperluan semasa atau jangka panjang masyarakat.
Bertanggungjawab secara peribadi terhadap kepuasan dan
pembangunan diri mereka yang berterusan

Soalan Adakah tindakan seseorang seseorang itu berdasarkan keinginan untuk


Utama: berkhidmat kepada masyarakat?

Mengapa Berkhidmat kepada masyarakat merupakan salah satu matlamat utama


Ia Kerajaan. Bagi mencapai matlamat ini, adalah penting bagi pegawai
Penting sektor awam untuk sentiasa mempertingkatkan perkhidmatan
pelanggan dengan meningkatkan penumpuan mereka ke arah
memenuhi kehendak masyarakat.

Tahap: 1 Mengenalpasti Kehendak / Keperluan Masyarakat

Tingkah Laku Yang Mungkin


Berusaha untuk mengenalpasti, memahami kehendak masyarakat. Peka terhadap
kehendak mereka.

Contoh
Saya menggalakkan mereka supaya berjumpa dengan pelanggan sekerap yang
boleh dan cuba berbual dengan mereka. Kita perlu bersedia untuk mendengar aduan
mereka pada bila-bila masa. Ada di antara kita yang boleh berbincang tentang kerja
hanya pada waktu kerja sahaja. Tetapi bagi saya, mereka (pelanggan-pelanggan
saya), boleh datang berjumpa dengan saya pada bila-bila masa jika mereka
mempunyai masalah dan memerlukan bantuan saya. Ya, walaupun di luar waktu
kerja.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
21 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 2 Bertindak Sewajarnya Dalam Memenuhi Kehendak / Keperluan


Semasa Masyarakat

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mengekalkan perhubungan yang jelas dengan masyarakat. Mengambil tindakan lanjut
terhadap masalah dan permintaan masyarakat. Menyampaikan maklumat yang
berguna kepada masyarakat.

Contoh
Mereka bercadang untuk memberi tumpuan hanya kepada servis di kaunter, tetapi
sebagai tambahan, saya telah mengambil kira perkhidmatan di bahagian pintu masuk
atau "entry point". Ini termasuk kawasan pintu masuk, tempat meletak kereta, papan
tanda yang sesuai dan jelas supaya mudah untuk orang ramai pergi berurusan di
kaunter. Sekiranya fokus kita hanya kepada perkhidmatan di kaunter, kita akan hanya
menumpukan kepada urusan cop buku di imigresen. Pada saya, perkhidmatan juga
melibatkan perkara lain seperti sistem berhawa dingin.
Penemuduga : Apa yang terlintas dalam fikiran anda apabila bercakap tentang
perkara seperti itu? Dalam pemikiran saya, kita perlu memberi perkhidmatan yang
dijangkakan dan diharapkan oleh orang awam Apa yang saya perlukan sebagai orang
awam apabila saya dipintu masuk ialah papan tanda yang jelas, keselesaan semasa
menunggu, seperti hawa dingin atau tempat duduk. Seperkara lagi berkenaan slogan
imigresen iaitu memberi perkhidmatan dengan senyuman. Adakah ia dilakukan? Jika
saya adalah salah seorang pelanggan, saya mengharapkan pegawai yang berurusan
dengan saya akan memberikan saya perkhidmatan yang terbaik dan senyum
semestinya.

Tahap: 3 Bertanggungjawab Secara Peribadi Untuk Memastikan Kehendak


Masyarakat Dipenuhi

Tingkah Laku Yang Mungkin


Bertindak ke atas isu – isu dan masalah yang timbul. Memperbetulkan masalah
dengan segera dan tanpa alasan.

Contoh
Dalam peristiwa ini, Syarikat X memaklumkan bahawa mereka akan membayar ganti
rugi sebelum Hari Raya. Sebagai tindakan susulan, saya telah menghubungi Syarikat
X untuk mengetahui kedudukan setakat ini. Dalam mesyuarat sebelum ini, telah
dipersetujui bahawa pembayaran akan dibuat dalam tempoh satu minggu, tetapi dua
minggu telah berlalu. Syarikat berkenaan cuba meyakinkan kami tentang perkara itu.
Penemuduga : “Apakah tujuan anda membuat panggilan?” Dalam mesyuarat itu,
kami telah mencatatkan minit mesyuarat, Syarikat X berjanji untuk mengeluarkan cek
dalam tempoh seminggu. Lagipun, sebelum ini wakil peladang telah menghubungi
saya dan meminta kami membantunya kerana beliau masih belum menerima
bayarannya. Saya memberitahunya bahawa saya akan menolong mendapatkan cek
tersebut sebelum Hari Raya. Saya terus menghubungi Syarikat X dan pegawai yang
bertanggungjawab memberitahu saya yang Encik Y juga telah menelefonnya dan
beliau kemudian berjanji untuk membayar ganti rugi sebanyak RM 5000.00 setiap
seorang sebelum Hari Raya.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
22 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 4 Memantau Dan Memastikan Kepuasan Masyarakat Berkekalan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mengambil tindakan menjangkaui jangkaan yang diharapkan.

Contoh
Pada fikiran saya, masanya telah tiba untuk kita melihat dan mengkaji semula sistem
kita. Adakah wujud sesuatu cara yang boleh membuat seseorang itu mempunyai
sikap lebih bertanggungjawab dan berterus terang? Ini penting kerana pembayar
cukai sekarang lebih berpelajaran, lebih pandai menganalisis dan peka dengan
keadaan sekeliling. Dengan ini, aktiviti Kerajaan perlu lebih jelas. Barulah pembayar
cukai akan lebih berpuas hati kerana duit mereka digunakan dengan baik. Ini amat
penting.

Tahap: 5 Mengambil Tindakan Ke Atas Kehendak-Kehendak Masyarakat Yang


Tidak Dinyatakan dan Masih Belum Dinyatakan.

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mengenali masalah-masalah masyarakat dan persekitaran serta mencari maklumat
tentang kehendak-kehendak mereka yang masih lagi belum dinyatakan dan masih
lagi belum ditunaikan. Menjangka dan mengambil tindakan ke atas kehendak-
kehendak tersebut.

Contoh
Perkara kedua apabila sesuatu unit yang baru di tubuhkan, pihak Kerajaan akan
membelanjakan wang yang banyak. Dengan itu kita patut menunjukkan bagaimana ia
memberi manfaat kepada Kerajaan dan pembayar-pembayar cukai khususnya. Kita
hendaklah membuat sesuatu perubahan yang besar supaya dapat mempertingkatkan
mutu dan sesuatu yang boleh membantu pihak pelanggan dan bakal pelanggan pada
masa hadapan. Ini sesuatu yang amat penting sebagaimana yang saya sebutkan tadi,
objektif organisasi ini ialah membantu organisasi lain untuk mencapai objektif-objektif
mereka. Kita mungkin tidak dapat memainkan peranan yang baik untuk membantu
organisasi-organisasi ini mencapai objektif mereka. Sekiranya kita memberitahu
mereka yang kita tidak dapat menghulurkan bantuan, padahal, dalam masa yang
sama, kita menimbulkan pelbagai isu yang mendatangkan masalah bagi mereka.
Dengan itu, pada fikiran saya adalah amat penting untuk kita memberi sumbangan
yang berguna kepada negara ini. Itulah falsafah hidup saya. Sebagai rakyat negara
ini, kita mesti menyumbang untuk kebaikan dan kemajuan negara. Jika tidak,
tergamakkah kita mengatakan yang kita mahukan tempat yang lebih baik untuk anak
cucu kita sedangkan kita tidak memberi apa-apa sumbangan kepada mereka
sekarang.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
23 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

6.3 Berorientasikan Pencapaian (P&P)

Definisi: Mengambil berat ke atas keinginan untuk bekerja dengan baik atau
mengatasi sesuatu tahap kecemerlangan yang ditetapkan. Tahap ini
mungkin merupakan prestasi diri pada masa lampau (berusaha untuk
penambahbaikan); satu pengukuran objektif (berorientasikan
keputusan); bekerja untuk mengatasi pencapaian orang lain
(persaingan); menyediakan cabaran untuk mencapai matlamat
tertentu. atau melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan
sebelum ini (inovasi yang unik).

Soalan Adakah seseorang berkenaan perlu mempamerkan sesuatu


Utama: keinginan untuk mengatasi tahap prestasi dan kecemerlangan?

Mengapa Dalam usaha mencapai kecemerlangan dan inovasi berterusan,


Ia Penting pendorong peribadi untuk mencapai kejayaan diperlukan untuk
menerajui organisasi ke arah perkembangan, ataupun ke bidang yang
belum diterokai. Ianya juga merupakan suatu pencapaian peribadi
untuk meningkatkan prestasi secara berterusan, diiringi dengan
keazaman yang sangat kuat untuk berjaya.

Tahap: 1 Bermotivasi Menjalankan Tugas Dengan Baik

Tingkah Laku Yang Mungkin


Berusaha untuk melaksanakan tugas dengan baik dan betul. Menunjukkan kemahuan
untuk menjalankan kerja dengan lebih baik. Cenderung menunjukkan kekecewaan
terhadap pembaziran atau ketidakcekapan.

Contoh
Kerja ini lakukan juga. Kerja ini dilakukan walaupun aktiviti pengaturcaraannya lembap
dan penghasilan produk yang lambat. Berikutan masalah kekurangan pekerja ,
mereka mungkin tidak dapat menyiapkan kerja mereka dalam jangka masa yang
ditetapkan. Ini benar-benar merunsingkan kami sekiranya hasil kerja mereka tidak
berkualiti. Ia perlu dibaiki dan dipertingkatkan.

Tahap: 2 Menetapkan Tahap Kecemerlangan Diri Sendiri

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mengukur hasil pencapaian berdasar tahap kecemerlangan yang tidak ditetapkan oleh
orang lain. Menumpu perhatian terhadap kaedah-kaedah baru atau lebih baik bagi
tujuan mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
24 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Contoh
Sekiranya saya tidak menstrukturkan semula kumpulan saya, kemungkinan saya tidak
dapat memimpin jabatan saya dengan cemerlang pada masa hadapan. Jabatan ini
akan sama seperti jabatan Kerajaan yang lain, dan ini akan membuang masa
saya.Saya tidak suka perkara seperti ini. Saya mahu membaiki pengaturcaraan
syarikat ini sebab dari dulu lagi, semasa saya masih pegawai rendah, saya memang
ingin melakukannya. Dahulu saya hanya sebagai pegawai rendah yang bekerja di
bawah arahan bos.Saya rasa seperti ditindas kerana mereka selalu menidakkan
kehadiran saya. Saya terasa benar betapa perlunya sistem ini.

Tahap: 3 Meningkatkan Prestasi

Tingkah Laku Yang Mungkin


Membuat perubahan-perubahan yang khusus dalam sistem atau kaedah kerja sendiri
untuk meingkatkan prestasi.Contohnya membuat sesuatu tugasan dengan lebih baik
dan berkualiti , lebih cepat, menjimatkan kos dan lebih cekap; atau mempertingkatkan
kualiti, mengutamakan kepuasan pelanggan, dan bersemangat tanpa menetapkan
sebarang matlamat yang khusus.

Contoh
Sistem laporan kita mesti diperbaiki. Dari situ, kita boleh buat penilaian yang baik.
Bagi mereka yang belum menghantar laporan, surat peringatan akan diserahkan.
Contohnya, cukai jalan awak mungkin berakhir pada bulan Disember, tetapi selagi
awak tidak menerima surat peringatan, awak akan berlengah-lengah untuk
menguruskannya. Kebanyakan seseorang memang suka diberi peringatan, maka
itulah cara yang kami ikuti.

Tahap: 4 Menetapkan dan Berusaha Ke Arah Pencapaian Matlamat Yang


Mencabar

Tingkah Laku Yang Mungkin


Ia berdasarkan kepada pengukuran khusus ke atas prestasi asas, berbanding dengan
prestasi yang lebih baik pada satu masa di hadapan. Contoh, “Apabila saya
mengambil alih, kemajuannya hanyalah 20%. Sekarang, ia telah meningkat kepada
85%”. Berusaha untuk mencapai sesuatu tahap yang unik. Contoh, “Tiada sesiapa
yang melakukannya sebelum ini”. Bekerja ke arah mencapai tahap kecemerlangan
yang lebih tinggi. (“Mencabar” bermaksud sesuatu yang boleh dicapai, realistik dan
tidak mustahil untuk dicapai).

Contoh
Projek pertama saya penuh dengan masalah, tapi akhirnya saya berjaya juga. Saya
berjaya menyiapkannya 2 minggu lebih awal sebelum tarikh akhir. Sebenarnya kami
diberi masa 4 1/2 hingga 5 bulan untuk menyiapkannya. Bayangkan banyak
keuntungan yang diperolehi oleh pihak Kerajaan negeri. Secara konservatif,
dianggarkan kami dapat menjimatkan kos lebih kurang 3 juta ringgit dalam satu
tahun. Kami dapat berjimat kerana kami telah mengurangkan jumlah staf yang terlibat
, kos penyenggaraan, pusat pentadbiran dan juga elemen-elemen yang berisiko.
Maksud saya sekiranya ada penipuan atau salah penggunaan wang maka Kerajaan
pasti rugi.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
25 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 5 Kesedaran Terhadap Risiko Dalam Bidang Keusahawanan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Membuat keputusan serta menentukan keutamaan atau memilih matlamat
berdasarkan input dan output. Contoh, membuat pertimbangan yang jelas tentang
potensi keuntungan dan risiko. Memperuntukkan sumber-sumber dan / atau masa
yang tidak dijangka mempertingkatkan faedah. Contoh, memperbaiki prestasi,
mencapai suatu matlamat yang mencabar dan sebagainya.

Contoh
Saya mendapat maklumat tentang arah aliran semasa pasaran hartanah dari jabatan
kaji selidik. Saya juga mendapat maklumat tentang nilai semasa bersih hartanah
tersebut. Ia menunjukkan yang kami tidak akan mendapat keuntungan. Kos untuk
membina bangunan adalah terlalu tinggi dan risikonya terlalu banyak. Selepas
membuat lawatan ke tapak pembinaan dan berbincang dengan pihak pengurusan,
saya membuat keputusan untuk menangguhkan projek ini sehingga harga pasaran
bertambah baik.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
26 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

6.4 Kesediaan Bertindak (P&P)

Definisi: Mengenal pasti sesuatu masalah, halangan. Mengambil tindakan


lebih efektif bagi menangani masalah-masalah semasa atau masa
hadapan, Sebagai contoh, untuk memperbaiki atau meningkatkan
mutu kerja, mengelakkan masalah dan mewujudkan peluang-
peluang baru. (Keinginan untuk bertindak perlu dilihat dalam
konteks membuat sesuatu secara proaktif dan bukan hanya
memikirkan tentang tindakan-tindakan masa hadapan. Skala jangka
masa bermula dari mengenal pasti situasi semasa ke semasa
hinggalah mengambil tindakan terhadap peluang atau masalah
pada masa hadapan).

Soalan Adakah seseorang berkenaan mempunyai kemahuan dan


Utama: kebolehan untuk berfikir dengan lebih jauh dan seterusnya
bertindak ke atas keperluan dan peluang-peluang masa hadapan?

Mengapa Ia Seseorang pegawai yang efektif dan berkebolehan untuk


Penting menjangka sesuatu masalah / peluang akan bertindak ke atasnya
dengan tegas. Ia adalah usaha giat yang diambil dan bukannya
hanya menunggu untuk kemunculan peluang atau untuk masalah
itu selesai dengan sendirinya yang membuatkannya dihormati
dalam persekitaran kerjanya.

Tahap: 1 Bertindak Ke Atas Peluang Atau Masalah Jangka Pendek

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mengenal pasti dan bertindak ke atas peluang-peluang semasa, Bertindak ke atas
masalah-masalah semasa, termasuk menangani rintangan.

Contoh
Saya mengambil keputusan untuk menghantar dokumen itu sendiri. Ini kerana jika ia
dihantar dengan mel biasa, saya khuatir mereka akan lewat menerima dokumen
tersebut.

Tahap: 2 Lebih Berusaha Dalam Keadaan Yang Peka Terhadap Masa

Tingkah Laku Yang Mungkin


Dalam keadaan yang peka terhadap masa, bertindak membuat apa yang perlu
dengan tujuan untuk menyiapkan tugasan. Bertindak dengan pantas dan tegas dalam
menyelesaikan sesuatu masalah, dengan perasaan yang mendesak sedangkan
amalan biasanya adalah menunggu, mengkaji keadaan dan berharap masalah itu
akan selesai dengan sendirinya.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
27 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Contoh
Saya menelefon pejabat Setiausaha Am dan Menteri untuk bertanya apakah jawapan
mereka. Itu sahaja yang dapat kami lakukan untuk memastikan persetujuan mereka.
Ini kerana jika ia tidak dipersetujui, kami memerlukan jawapan yang cepat untuk
kami membuat persiapan seterusnya dalam tempoh masa yang mencukupi dan
memastikan majlis itu berjaya.

Tahap: 3 Menjalankan Tugasan Tambahan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Menjangka dan mengambil tindakan lebih daripada yang dinyatakan dalam deskripsi
tugas untuk mewujudkan peluang atau mengelakkan masalah jangka masa pendek
hingga pertengahan pada masa akan datang.

Contoh
Saya menelefon mereka untuk memberitahu bahawa pihak pengurusan akan hadir
dan juga mengenai keputusan untuk mengambil pilihan yang kedua. Saya melakukan
demikian untuk mempercepatkan proses membuat keputusan di bahagian pusat.
Saya tidak mahu pegawai itu membuat keputusan hanya selepas menerima kertas
kerja saya.

Tahap: 4 Mengambil Usaha-Usaha Pelbagai Pendekatan (“Multi-Approach” )

Tingkah Laku Yang Mungkin


Menjangka dan mengambil usaha-usaha pelbagai pendekatan untuk mewujudkan
peluang atau mengelakkan krisis jangka masa pendek hingga pertengahan pada
masa akan datang.

Contoh
Masalah sekarang ialah cara pelaksanaannya. Apabila anda sebut tentang
memperluaskan dan menambahkan tugas, bagaimanakah boleh kita memastikan
bahawa tugas yang diberi kepada seseorang pegawai tidak bertindih dengan
tanggungjawab yang diberikan kepada seorang pengurus. Saya mengadakan
perbincangan dengan pegawai yang terlibat dan meminta mereka menyenaraikan
tugasan mereka. Maklumat ini telah membantu saya mengenalpasti segala
tugas/tanggungjawab yang mungkin bertindih dan memikirkan rancangan atau cara
untuk menguruskannya sekiranya ia berlaku.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
28 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 5 Mengambil Usaha-Usaha Yang Lebih Gigih

Tingkah Laku Yang Mungkin


Menjangka dan mengambil tindakan, dalam kes-kes tertentu tanpa kuasa yang
formal atau risiko peribadi, untuk mewujudkan peluang atau mengelakkan krisis
jangka panjang pada masa akan datang.

Contoh
Sudah pasti, kebanyakan daripada mereka telah berada di tangga gaji yang
maksimum. Maksud saya, mereka telah bekerja lebih dari 20 tahun. Kenaikan
pangkat adalah agak terhad. Oleh itu, kami perlu memikirkan tentang cara-cara yang
lain. Ia adalah sesuatu perkara yang memang sangat rumit. Saya sedar cadangan
saya mungkin tidak dipersetujui. Sekurang-kurangnya jika saya mencuba, saya
mungkin menyelamatkan agensi ini daripada terus menghadapi masalah.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
29 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

6.5 Keinginan Menimba Pengetahuan (P&P)

Definisi: Didorong oleh sikap ingin tahu tentang sesuatu perkara, isu-isu
tertentu, masyarakarat sekeliling, atau konsep-konsep bagi tujuan
menyiapkan sesuatu tugasan, menyelesaikan sesuatu masalah,
memperbaiki sesuatu keadaan atau memajukan diri sendiri ke tahap
yang lebih tinggi. Ini melibatkan dorongan kuat untuk memperoleh
maklumat yang tepat, penyelesaian percanggahan atau kekeliruan
yang timbul dengan bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan. Ianya
termasuk juga membaca sambil memahami pelbagai karya dan bahan
rujukan yang berkaitan.

Soalan Adakah seseorang berkenaan mempamerkan sikap ingin belajar dan


Utama: memperoleh ilmu pengetahuan yang lebih?

Mengapa Pekerja-pekerja yang efektif akan menunjukkan minat yang


Ia bersungguh-sungguh dalam proses pembelajaran. Ia digerakkan oleh
Penting keinginan untuk meluaskan ilmu pengetahuan mereka dengan mencari
maklumat baru melalui aktiviti-aktiviti membaca, bengkel-bengkel atau
berbincang dengan rakan sekerja. Mereka melengkapkan diri mereka
dengan teknologi, isu semasa, kaedah yang pelbagai dan konsep
terkini. Komitmen untuk mencapai kecemerlangan berterusan ini boleh
dianggap sebagai serampang dua mata iaitu yang membawa maksud
membangunkan diri dan dalam masa yang sama melaksanakan kerja.

Tahap: 1 Bertanya Soalan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Bertanyakan soalan-soalan langsung kepada orang-orang yang sepatutnya menjawab
soalan-soalan berhubung dengan situasi berkaitan, seperti orang-orang yang terlibat
secara langsung, Menggunakan maklumat yang sedia ada atau merujuk kepada
sumber-sumber lain, Menunjukkan sikap ingin tahu atau minat kepada perkara-
perkara, isu-isu atau orang.

Contoh
Mereka telah memberi saya beberapa pilihan dan dalam perbincangan kami, saya
sebenarnya mengemukakan beberapa soalan seperti, “Berapakah tempoh masa
yang diperlukan jika kami ingin membina sebuah bangunan baru di kawasan
tersebut?” dan “Berapakah pula tempoh yang diperlukan jika saya mahu membuat
pengubahsuaian pada bangunan tersebut, membuat pendawaian semula,
memperbaiki sistem paip dan mesin-mesin?”

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
30 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 2 Menyiasat Atau Mencari Maklumat

Tingkah Laku Yang Mungkin


Menyiasat masalah atau keadaan tertentu selain daripada bertanyakan soalan-soalan
rutin. Mengenalpasti seseorang yang sedang menghadapi dengan masalah
berkenaan dan menyiasat dengan lebih lanjut, dan bertanyakan soalan seperti
”Apakah yang telah berlaku?”, “Bagaimana ia berlaku?” ( mungkin melibatkan diri
dalam masalah itu untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut). Mencari maklumat,
pendekatan-pendekatan, alat-alat, kaedah-kaedah atau teknologi baru. Sentiasa
mengemaskini diri dengan perubahan dan cabaran persekitaran berkenaan
pendekatan, peralatan, kaedah serta teknologi baru yang mungkin akan memberi
kesan terhadap organisasi

Contoh
Saya memperoleh idea ini dalam satu minggu. Saya menggunakan masa dalam
minggu tersebut untuk berjumpa dengan setiap seseorang. INT: Dan apakah yang
awak fikirkan dengan melakukan semua ini? Y: Dengan memperkenalkan diri saya
secara mendalam kepada mereka, saya telah memberi peluang kepada mereka
untuk memberitahu apakah tugas mereka, bagaimana setiap pegawai menyesuaikan
diri dalam unit tersebut, apakah pencapaian mereka setakat ini, bagaimanakah
mereka melaksanakan kerja mereka, apakah rintangan yang dihadapi dan bagaimana
mereka mengatasi rintangan tersebut dan sebagainya. Saya juga meminta mereka
berkongsi maklumat dengan saya.

Tahap: 3 Menjalankan Kajian atau Penyelidikan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Berusaha secara sistematik dalam jangka masa yang terhad untuk mendapatkan
data/ maklum balas / maklumat yang diperlukan. Menjalankan penyiasatan secara
rapi dan mendalam dengan sumber yang tidak biasa digunakan seperti seseorang-
seseorang yang tidak berkaitan dengan apa yang berlaku. Menjalankan kajian yang
formal atau mungkin memberi tugasan kepada seseorang lain untuk menjalankan
kajian formal menerusi surat khabar, majalah, sistem pencarian komputer atau
sumber-sumber lain (mungkin melibatkan kajian pasaran, kewangan atau
persaingan)

Contoh
Saya telah menyoal ramai orang, malahan juga rakan-rakan saya di luar negeri. Saya
bertanya untuk mengetahui cara untuk melaksanakannya. Sebagai contoh: seperti
mana yang saya tahu Syarikat M sedang mengendalikan satu projek IT. Jadi, saya
telah pergi ke pejabat itu untuk mempelajari cara-cara untuk menyelesaikan masalah
yang sedang saya hadapi di dalam projek tersebut.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
31 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 4 Menggunakan Sistem-Sistem Secara Berterusan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Menubuhkan sistem-sistem secara berterusan atau memupuk sikap sentiasa untuk
mendapatkan maklumat. Sebagai contoh, pengurus-pengurus boleh bersama-sama
bekerjasama mengadakan mesyuarat atau perjumpaan secara informal atau meneliti
penerbitan atau sistem-sistem tertentu. Memberi tugasan kepada seseorang-
seseorang tertentu untuk menjalankan pengumpulan maklumat secara berterusan
bagi tujuan mengetahui atau mempelajari tentang perkara-perkara, isu-isu, seseorang
atau karya.

Contoh
Sebagai seorang tenaga pengajar, saya merasakan betapa perlunya markah-markah
ujian pelajar disimpan. Ini kerana dari markah-markah tersebutlah kita dapat
mengetahui kebolehan dan kelemahan mereka. Jadi, perlu bagi saya untuk
memfailkan markah-markah mereka sepanjang tahun dan menyerahkannya kepada
tenaga pengajar yang bertanggungjawab ke atas mereka pada tahun yang berikutnya
untuk rujukan mereka. Ini juga, untuk melihat kemajuan atau kemerosotan mereka
dan apakah langkah atau pendekatan yang sesuai digunakan seterusnya

Tahap: 5 Mewujudkan Satu Budaya Pembelajaran

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mewujudkan satu persekitaran / tempat kerja / organisasi pembelajaran dengan
mengenal pasti dan menyediakan prasarana yang perlu. Menggalakkan seseorang
untuk menerapkan sikap ingin belajar atau meningkatkan pengetahuan mereka
dengan menyediakan sokongan dan sumber-sumber yang perlu.

Contoh
Saya menyedari bahawa staf di dalam bahagian saya tidak gemar membaca. Oleh itu,
saya mengambil keputusan untuk mengadakan satu sudut bacaan di mana saya
akan memasang rak buku yang akan dipenuhi dengan buku-buku dan majalah. Ia
akan dilengkapi dengan sofa bagi menggalakkan mereka membaca di masa lapang.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
32 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

6.6 Kematangan Emosi (P&P)

Definisi: Kebolehan untuk memahami keadaan emosi diri sendiri dan seseorang
lain dan menggunakan pemahaman tersebut untuk kebaikan
organisasi. Berupaya untuk menilai dengan tepat apa yang dapat
membangkitkan emosi diri sendiri dan seseorang lain dan seterusnya
dapat mengawal emosi tersebut secara efektif. Ia dapat mengukur
secara mendalam tahap kefahaman dan kawalan emosi seseorang lain
dan juga diri sendiri. Di peringkat yang tertinggi, kebolehan ini
digunakan untuk mengurus kumpulan yang dinamik.

Soalan Dapatkah seseorang berkenaan menyesuaikan emosi dan reaksi diri


Utama: sendiri atau seseorang lain demi untuk memastikan ia meninggalkan
satu kesan yang positif apabila berinteraksi dengan seseorang lain?

Mengapa Pegawai awam sering berurusan dengan orang ramai dan dalam
Ia situasi-situasi yang berlainan semasa kerja. Disebabkan peranan yang
Penting dimainkan oleh mereka untuk Kerajaan, mereka sering dinilai oleh
masyarakat berdasarkan tanggapan. Ini pada asasnya membawa
kepada keperluan yang membolehkan untuk menilai dan memahami
seseorang lain, dan bagaimana emosi sendiri boleh menimbulkan
reaksi dan tindak balas yang berlainan. Oleh hal yang demikian, ianya
satu nilai yang penting - kebolehan untuk membuat pertimbangan dan
mengurus tanggapan masyarakat supaya lebih berkesan semasa kerja

Tahap: 1 Mempamerkan Pertimbangan Untuk Orang Lain

Tingkah Laku Yang Mungkin


Memahami apa yang diperkatakan oleh seseorang lain.Bertimbang rasa terhadap
keperluan dan keprihatinan seseorang lain.

Contoh
Saya tidak suka dengan hadiah yang diberinya, tetapi saya tidak sebut apa-apa
kerana tidak mahu melukakan hatinya.

Tahap: 2 Memahami Emosi Orang Lain

Tingkah Laku Yang Mungkin


Dapat menilai keadaan emosi seseorang lain. Memahami pemikiran dan emosi
terselindung seseorang lain.

Contoh
Dia kelihatan sangat muram. Saya rasa ini adalah kerana anak lelakinya tidak begitu
berjaya di dalam ujiannya.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
33 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 3 Menyedari Emosi Sendiri

Tingkah Laku Yang Mungkin


Dapat membaca, memahami dan memantau emosi dan tindakan yang diambil oleh
diri sendiri. Dapat memahami beberapa situasi atau tindak balas yang dapat
membangkitkan tindakan emosi yang tertentu.

Contoh
Di akhir perbincangan itu, saya rasa serba salah, sebab saya telah meninggikan suara
saya semasa bercakap. Semasa itu kami berpuasa, dan seorang yang sedang
berpuasa tidak sepatutnya marah, tetapi sebagaimana yang saya sebut tadi, saya
agak emosional ketika itu. Saya berasa emosional sebab seseorang lain telah
mencabar keputusan yang kami buat dan menyatakan yang kami telah melakukan
kesilapan. Saya sedar yang saya agak keterlaluan dan telah menunjukkan perangai
yang kurang baik.

Tahap: 4 Mengawal Emosi Sendiri

Tingkah Laku Yang Mungkin


Memahami reaksi sendiri bagi mengawal tindakan dalam pelbagai situasi. Ini
termasuk menggunakan pelbagai strategi atau kawalan diri untuk memastikan diri
dapat berfungsi secara berkesan.

Contoh
Semasa saya masih muda, saya seorang yang cepat marah dan tidak sabar. Tetapi
sekarang saya cuba untuk bersikap lebih positif dengan orang di sekeliling saya dan
pegawai-pegawai saya. Saya cuba memberi tugasan yang difahami dan diarifi oleh
mereka.

Tahap: 5 Mengguna Kesedaran Emosi Untuk Kebaikan Organisasi

Tingkah Laku Yang Mungkin


Dapat menilai keadaan emosi sendiri yang berkaitan dengan seseorang lain.
Mengawal keadaan emosi diri sendiri untuk kebaikan kumpulan dan organisasi.
Mengawal keadaan emosi seseorang lain dengan mengaitkannya dengan kesan
terhadap pencapaian dan mengambil tindakan sewajarnya untuk kebaikan kumpulan
dan organisasi.

Contoh
Hisham telah dipertanggungjawabkan untuk membangunkan jabatan latihan dan
pembangunan. Beliau berasa bangga kerana melakukannnya sendiri. Semasa saya
mengemukakan cadangan saya kepada beliau, dia bersetuju untuk menjalankannya
walaupun agak sukar baginya untuk mengurangkan penglibatannya dengan segala
urusan jabatan. Saya memahami perasaan beliau dan menahan diri saya dari rasa
kecewa apabila beliau kadangkalanya, tidak memberi kerjasama. Sebaliknya, saya
berterusan menerangkan kepadanya sebab-sebab mengapa tindakan itu diambil. Ini
telah dapat membantu keseluruhan proses tersebut.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
34 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

6.7 Kepimpinan Berwawasan (P&P)

Definisi: Kebolehan untuk menetapkan hala tuju, membangkitkan komitmen


pasukan dan mempunyai keinginan untuk memimpin yang lain untuk
mencapai matlamat organisasi / agensi / pejabat. Ini termasuk
menyesuaikan pendekatan sendiri dengan kehendak situasi yang
berubah-ubah untuk menyokong agenda keseluruhan pasukan.
“Pasukan” secara amnya difahami sebagai satu kumpulan di mana
seseorang-seseorang mengambil peranan sebagai ketua, termasuk
unit, pejabat, agensi atau organisasi secara keseluruhan.

Soalan Bolehkah seseorang berkenaan melibatkan seseorang lain dalam


Utama: mengekalkan kecemerlangan? Atau dalam mencapai matlamat
organisasi?

Mengapa Semua organisasi memerlukan satu penggerak untuk menerajui serta


Ia menggunakan ke semua sumber untuk bekerja secara berkesan ke
Penting arah menghadapi cabaran dan mencapai matlamat. Kenyataan yang
sama boleh ditujukan kepada Kerajaan, di mana pemimpin diperlukan
untuk membangkitkan rasa tanggungjawab dan mendapatkan
penglibatan pekerja untuk menyokong usaha-usaha Kerajaan.
Seseorang pemimpin yang cemerlang boleh mewujudkan rangsangan
dan melibatkan pasukan / kumpulannya untuk menghadapi sebarang
cabaran, sama ada ianya adalah untuk menghasilkan sesuatu
keputusan atau menerajui usaha perubahan organisasi yang kritikal.
Mereka mengambil tindakan dengan pandangan bahawa
keberkesanan dan kejayaan pasukan akan menjadi pemangkin utama
dalam mencapai kecemerlangan serta menggerakkan kehendak
perubahan Kerajaan. Dengan pandangan ini, seseorang pemimpin itu
akan menyokong, membimbing serta melindungi pasukan /
kumpulannya untuk memastikan semua rintangan dapat diatasi.

Tahap: 1 Menyumbang Dengan Aktif

Tingkah Laku Yang Mungkin


Berkongsi dan / atau memastikan ahli-ahli pasukan menerima semua maklumat yang
berkaitan, Menyokong dan bertindak berpandukan dengan keputusan pasukan,
Memainkan peranan yang aktif dan bersesuaian dalam pasukan, Menyatakan sikap
dan harapan yang positif terhadap ahli kumpulan dari segi kebolehan, sumbangan
dan lain-lain, Sedia menerima dan positif terhadap perubahan dan melihat perubahan
sebagai satu cabaran dan juga peluang bagi mereka dan juga bagi jabatan/organisasi.

Contoh
Saya menyiapkan agenda mesyuarat dan mengedarkannya kepada semua ahli yang
terlibat dalam mesyuarat supaya mereka tahu apa yang akan dibincangkan di dalam
mesyuarat dan apakah peranan dan tanggungjawab mereka.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
35 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 2 Memupuk Keberkesanan Pasukan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Benar-benar menghargai dan meminta idea dan kerjasama dari ahli yang lain untuk
memupuk keberkesanan pasukan, Mengambil tindakan-tindakan khusus bertujuan
untuk membolehkan pasukan bekerja dengan gigih.Mewujudkan keadaan-keadaan
yang membolehkan pasukan untuk bekerja dengan selesa dan melakukan tugas
dengan cara yang terbaik. Menerapkan pendekatan yang fleksibel dan berfikiran
terbuka terhadap perubahan yang akan berlaku dan menyesuaikan Tingkah Laku
sendiri dengan keadaan-keadaan yang berubah.

Contoh
Saya menyediakan satu jawatankuasa yang bertanggungjawab menjalankan tugas,
dan memberikan tugas, seseorang yang menjaga urusan promosi, senarai jemputan
dan menyiapkan tempat. Jadi ini adalah sebahagian dari perkara saya catatkan.
Semua yang terlibat telah diberi panduan dan mereka perlu faham akan tugasan
sendiri dan tugasan rakan-rakan yang lain. Ini adalah supaya majlis itu berjaya dan
mencapai matlamat. Semasa bermesyuarat, kami mengadakan sesi mencungkil idea.
Ini kerana saya percaya ada antara rakan kami yang mempunyai idea yang berlainan
dan pelbagai. Maka, kami dapat berbincang dan akan memilih idea yang terbaik yang
boleh kami guna pakai.

Tahap: 3 Memberi Semangat Kepada Pasukan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mengambil tindakan khusus untuk mewujudkan kesatuan pasukan. Sebagai contoh
mewujudkan satu identiti untuk pasukan, Menggalakkan serta memberi kuasa kepada
ahli yang lain yang boleh membuatkan mereka merasa penting dan diperlukan.
Mendapatkan sumber-sumber rujukan untuk pasukan, Berkongsi dan menyampaikan
matlamat pasukan untuk memupuk perpaduan pasukan.

Contoh
Saya memberitahu amat penting bagi sesuatu pasukan itu untuk bertindak bukan
sahaja sebagai satu pasukan, tetapi perlu ada nilai-nilai yang dikongsi bersama.
Pasukan itu perlu berbincang tentang apakah kepercayaan mereka dan apakah nilai-
nilai yang patut dipegang bersama bila bekerja dalam satu pasukan. Saya juga mahu
ahli-ahli dalam pasukan itu tahu bagaimana ia berfungsi. Oleh itu, saya telah
mengadakan satu mesyuarat tertentu atau seminggu sekali.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
36 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 4 Mencabar Cara Berfikir

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mewujudkan wawasan untuk sesuatu perubahan dan mencabar untuk keluar dari
takuk lama. Mengambil tindakan untuk memastikan wawasan disampaikan dengan
jelas dan disertai (dengan penuh minat dan bertenaga) oleh seseorang lain. Memupuk
keyakinan terhadap visi yang sungguh menarik. Secara peribadi, menunjukkan contoh
atau memperlihatkan perubahan yang dikehendaki melalui tindakan-tindakan simbolik
yang seiring dengan perubahan tersebut.

Contoh
Peranan saya sebagai pemudahcara dan penasihat ialah untuk memberitahu mereka
apa yang perlu dicapai oleh mereka. Saya memberi motivasi dan berkongsi dengan
mereka tentang wawasan, dan kami serius untuk mencapainya. Saya memang ikhlas
dengan mereka. Saya bukan hanya tahu bercakap mengenai perkara ini tapi saya
serius untuk mencapainya. Saya memang bersama-sama dengan semua penuntut
saya dalam mencapai maksud dan tujuan kami. Sebab saya percaya seorang
pengetua yang baik perlu bekerja dalam 3 dimensi. Dari dimensi penuntut, pengetua
yang boleh berbual, senyum dan bersukan bersama penuntut adalah pengetua yang
baik. Kita perlu melindungi mereka, memberi sokongan, bersikap sabar, tapi bukan
bermaksud kita tidak boleh tegas. Kita tidak menunjukkan rasa benci kepada mereka
sebaliknya kita harus menunjukkan rasa sayang kepada mereka walaupun
kadangkala kita terpaksa memberi hukuman terhadap kesalahan mereka. Perasaan
ikhlas kita seharusnya datang dari hati dan ianya bukan mudah untuk dibentuk begitu
sahaja. Bukanlah mudah untuk melakukan semua ini kerana ia adalah perasaan
dalaman kita.

Tahap: 5 Memperlihatkan Perubahan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mengambil tindakan yang bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan atau
menguatkuasakan usaha-usaha perubahan. Menjangka dan mengenali perubahan-
perubahan yang akan muncul dalam persekitaran luaran dan dalaman. Menyesuaikan
strategi dan rancangan sendiri serta menggalakkan ahli – ahli yang lain untuk
berbuat sedemikian juga. Menggariskan satu wawasan perubahan yang jelas kepada
diri sendiri dan ahli lain. Menjadi pemangkin perubahan di dalam organisasi.

Contoh
Kebiasaannya, apabila pekerja-pekerja menyenaraikan barangan atau peralatan yang
diperlukan, ketua mereka akan segera menyediakannya. Tetapi tidak bagi saya.
Bukan tujuan saya untuk menyekat tugasan atau tanggungjawab mereka tetapi, saya
perlu berbuat demikian untuk mengurangkan kos dan dalam masa yang sama saya
mahu mereka belajar bertanggungjawab di atas segala amanah yang diberi. Perkara
pertama yang saya minta mereka buat ialah menyenaraikan peralatan atau barangan
yang benar-benar diperlukan. Kemudian, saya akan memeriksa semula dan
memantau adakah ia (barangan atau peralatan) diperlukan oleh mereka. Dan yang
terakhir, saya akan menyediakan keperluan mereka serta meminta mereka
bertanggungjawab di dalam penggunaan atau penyelenggaraan keperluan tersebut.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
37 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

6.8 Berkesan & Berpengaruh (P&P)

Definisi: Memperlihatkan niat untuk memujuk, meyakinkan, mempengaruhi atau


menyedarkan seseorang atau kumpulan lain bagi tujuan mendapatkan
sokongan daripada mereka. Kuncinya ialah untuk memahami
seseorang lain jika seseorang itu mempunyai agendanya yang
tersendiri.

Soalan Adakah seseorang berkenaan mempamerkan kebolehan untuk


Utama: mendapatkan penglibatan dan komitmen terhadap agendanya?

Mengapa Situasi-situasi yang berbeza akan muncul dalam perhubungan luaran


Ia dan dalaman Kerajaan (sebagai contoh, arena antarabangsa,
Penting persembahan jabatan) memerlukan kebolehan untuk mendatangkan
kesan serta mempengaruhi satu pihak atau pemerhati. Ini bukan
sahaja kebolehan untuk memahami keperluan pemerhati bahkan juga
kebolehan untuk mengenal pasti cara-cara yang terbaik untuk
menyesuaikannya dengan situasi-situasi yang khusus bagi
mendapatkan sokongan, memperoleh kerjasama, atau mengatasi
sebarang bantahan atau rintangan.

Tahap: 1 Mengambil Satu Tindakan Untuk Mempengaruhi

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mengambil satu tindakan untuk mempengaruhi tetapi tidak secara langsung untuk
menyesuaikannya dengan minat pemerhati.

Contoh
Sistem yang saya gunakan bukanlah baru sangat. Ia telah diuji di sebuah pejabat
Kerajaan. Saya akan benarkan anda melihatnya. Dengan cara begini, anda boleh
memahami cara penggunaan sistem ini.

Tahap: 2 Mengambil Beberapa Tindakan Untuk Mempengaruhi

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mengambil dua atau lebih langkah untuk memujuk melalui kombinasi memujuk secara
langsung, memberikan contoh-contoh yang munasabah, bantuan visual, data atau
demonstrasi tanpa mencuba untuk menyesuaikan dengan minat pemerhati atau
pelanggan.

Contoh
Adalah penting bagi saya untuk meyakinkan pihak pengurusan supaya meneruskan
projek itu. Untuk meyakinkan mereka, saya telah menyiapkan satu persembahan.
Persembahan ini menerangkan tentang kesan projek kepada agensi. Kami juga
menjemput wakil dari agensi lain yang telah melaksanakan sistem ini, untuk memberi
maklum balas. Saya juga menyediakan satu demonstrasi sistem supaya pihak
pengurusan sendiri boleh mencuba sistem ini.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
38 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 3 Menilai Kesan Tindakan Atau Perkataan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Menyesuaikan persembahan atau perbincangan untuk menarik minat pelanggan dan
menjangka kesan sesuatu tindakan ke atas tanggapan seseorang lain terhadap
seseorang yang bercakap.

Contoh
Biasanya, pegawai PR akan menghubungi VIP, tetapi saya sendiri telah menghubungi
Menteri berkenaan kerana saya berharap agar beliau bersetuju untuk merasmikan
majlis itu. Saya memberitahunya yang saya akan memaklumkan tentang
kehadirannya di majlis itu nanti di dalam kad jemputan. Saya tahu kehadiran beliau
akan menarik perhatian pihak media untuk membuat liputan yang meluas.

Tahap: 4 Mempengaruhi Secara Tidak Langsung

Tingkah Laku Yang Mungkin


Memperoleh dan menggunakan khidmat pakar atau pihak ketiga untuk mempengaruhi
pelanggan.

Contoh
Saya sedar bahawa tidak adil jika saya biarkan mereka bersendirian, maka saya
kerap melawat mereka. Tetapi, bukan itu sahaja, saya juga membawa Pengarah ke
sana sebagai cara menghargai mereka. Mereka juga berpeluang untuk mendapatkan
penerangan dari seorang pakar.

Tahap: 5 Menggunakan Strategi Mempengaruhi Yang Kompleks

Tingkah Laku Yang Mungkin


Menghimpunkan seseorang-seseorang pembuat keputusan, mendapatkan idea-idea
sokongan dari seseorang lain serta memahami tentang perbincangan di dalam
sesuatu kumpulan bagi mencapai objektif khusus

Contoh
Apa yang saya lakukan ialah mengadakan satu mesyuarat dengan semua pegawai di
jabatan saya bagi menjelaskan tujuan saya. Sebenarnya, saya memerlukan
sokongan mereka. Saya juga menjalankan kaji selidik bersama beberapa pegawai
saya. Pada masa yang sama, saya telah mengenal pasti siapakah yang membuat
keputusan. Saya ingin memahami dengan lebih mendalam tentang mereka ini
supaya saya dapat merangka satu persembahan yang boleh menarik perhatian dan
minat mereka. Di sini saya dapat berkenalan dan membina hubungan yang baik
dengan mereka bagi mendapatkan sokongan yang saya harapkan.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
39 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

6.9 Kesedaran Berorganisasi (P&P)

Definisi: Kebolehan untuk memahami, mempelajari dan menggunakan


perhubungan kuasa di dalam agensi sendiri atau organisasi lain
(Kementerian, badan Kerajaan atau swasta). Ini termasuk kebolehan
untuk mengenal pasti siapakah pembuat keputusan sebenar;
seseorang-seseorang yang boleh mempengaruhi mereka; dan isu-isu
politik yang boleh mempengaruhi keputusan berkenaan.

Soalan Adakah seseorang berkenaan mengenali atau menggunakan


Utama: perhubungan kuasa untuk mencapai matlamat organisasi yang
diharapkan?

Mengapa Struktur perkhidmatan menyeluruh mengkehendaki pegawai sektor


Ia awam bekerja bersama-sama dengan setiap seseorang atau jabatan
Penting supaya mereka dapat bekerja dengan berkesan. Sifat sesebuah
Kerajaan sebagai birokratik dan berhierarki adalah satu kebiasaan. Ini
memerlukan seseorang tersebut untuk memahami struktur organisasi,
mengenali seseorang-seseorang utama dan pihak yang boleh
membantu dalam melaksanakan kerja mereka.

Tahap: 1 Memahami Struktur Organisasi Yang Formal

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mengenali dan menggunakan struktur organisasi yang formal di dalam organisasi
atau agensi sendiri.(Struktur organisasi formal mengandungi sistem berhieraki,
bersistem pangkat, mempunyai undang-undang dan peraturan, perintah am, polisi
dan prosedur, visi, misi dan objektif khusus agensi, faedah-faedah serta aktiviti atau
program agensi).

Contoh
Sebagai persiapan, saya perlu tahu fungsi kementerian itu untuk memahami jenis
program yang dijalankan. Agensi ini mempunyai 5 jabatan, iaitu jabatan 1,2,3,4&5.
Untuk melakukan tugasan tertentu dengan efektif adalah penting untuk kita
mengetahui jabatan yang bersesuaian dengan bidang kerja kita (tugasan khusus).

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
40 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 2 Memahami Struktur Organisasi Yang Tidak Formal

Tingkah Laku Yang Mungkin


Sedar tentang struktur organisasi formal dan tidak formal di dalam sesebuah
Kerajaan / agensi dan bagaimana kerja-kerja dilakukan. Mengenali seseorang-
seseorang penting dan seseorang-seseorang yang boleh mempengaruhi sesuatu
keputusan. Mengetahui cara-cara lain untuk mendapatkan hasil-hasil yang
diharapkan. Apabila struktur organisasi formal tidak dapat membantu sebagaimana
yang diharapkan, struktur organisasi tidak formal mungkin boleh membantu.

Contoh
Saya perlu benar-benar mengenali seseorang yang berurusan dengan saya dan
memahami siapakah yang berkuasa di dalam kumpulan kecil itu. Sebagai contoh,
biasanya pegawai tadbir adalah penyelia utama dan rasmi di dalam satu jabatan,
tetapi kadangkala struktur kuasa agak berlainan didalam satu jabatan yang lain. Di
jabatan yang lain mungkin CC lebih berkuasa berbanding pegawai tadbir.

Tahap: 3 Memahami Suasana Dan Budaya Kerajaan / Agensi Dan Kementerian

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mengetahui protokol-protokol yang tidak dinyatakan. Mengenali dan menggunakan
budaya agensi atau kementerian (contohnya, bahasa dan yang lain) yang boleh
menghasilkan tindak balas yang terbaik. Mengenali Tingkah Laku seseorang yang
tersirat dan tersurat yang mungkin boleh mendatangkan kesan ke atas pembentukan
budaya dan proses kerja Kerajaan / agensi

Contoh
Ia sepatutnya tidak berlaku seperti itu. Tetapi bukanlah mudah untuk saya
menjelaskan kepada mereka. Mungkin ada antara mereka yang berminat dan tidak. Ia
budaya kerja di situ. Jadi jika saya memberitahu mereka bagaimana sepatutnya ia
berlaku ini mungkin bercanggahan dengan pendapat mereka. Pada dasarnya, saya
perlu cuba untuk memahami pendapat mereka. Jadi apa yang akan saya lakukan
ialah mengajak setiap dari mereka keluar minum sambil berbual untuk mendapatkan
pandangan dan sokongan mereka

Tahap: 4 Memahami Struktur Kuasa Dan Politik

Tingkahlaku Yang Mungkin


Mengenali dan / atau menggunakan kuasa dan perhubungan politik di dalam agensi,
Kementerian dan Kerajaan (sekutu, pesaing).

Contoh
Cadangan perubahan dasar itu telah diteliti dengan mendalam oleh pihak Kerajaan
pada pilihan raya umum yang lepas. Pihak Kerajaan berpendapat yang ia merupakan
satu perubahan yang terlalu besar, memandangkan keadaan politik pada waktu itu
lebih cenderung ke arah pendapat negatif berbanding positif. Pada pendapat mereka,
ini akan menyukarkan Kerajaan pemerintah pada waktu itu untuk mengekalkan
kuasanya. Cadangan itu akhirnya dibatalkan.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
41 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 5 Memahami Isu-Isu Yang Tersirat

Tingkah Laku Yang Mungkin


Memahami dan mengenali corak pentadbiran ahli-ahli dalam organisasi (yang tidak
disenaraikan) untuk melakukan tugasan dengan baik. Menyedari bagaimana faktor-
faktor luaran mungkin mendatangkan kesan ke atas kedudukan dan Tingkah Laku
Kerajaan/agensi. Mengambil tindakan berdasarkan kefahaman bagi menyediakan
organisasi untuk mengambil peluang atau pembangunan pada masa hadapan.

Contoh
Saya rasa waktu itu tidak ada perkara yang penting berlaku, cuma perasaan bosan
yang saya alami. Pekerja saya juga merasa bosan dan ini memudahkan mereka
untuk dipengaruhi oleh unsur luar. Saya rasa jika pekerja anda berkebolehan,
syarikat lain akan cuba mengambil mereka untuk bekerja dengan syarikat mereka.
Saya nampak perkara ini berlaku dengan pekerja saya. Saya sedar bahawa bagi
memastikan pekerja yang baik terus berada dalam kumpulan saya, saya perlu
mengadakan lebih cabaran untuk mereka dan juga saya.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
42 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

6.10 Keyakinan Diri (P&P)

Definisi: Kepercayaan kepada keupayaan diri sendiri untuk melakukan sesuatu


tugasan dan memilih pendekatan yang berkesan untuk melaksanakan
sesuatu kerja atau menangani sesuatu masalah. Ini termasuk
keyakinan kepada keupayaan sendiri seperti yang diperlihatkan dalam
keadaan-keadaan yang penuh cabaran dan keyakinan terhadap
keputusan atau pandangan sendiri.

Soalan Adakah seseorang berkenaan mempunyai keyakinan kepada


Utama: keupayaannya untuk melaksanakan kerja itu?

Mengapa Pegawai awam mengakui keperluan mereka untuk memiliki keyakinan


Ia diri supaya dapat bekerja dengan berkesan. Dari bekerja secara
Penting bersendirian sehingga memilih tugasan yang lebih mencabar, adalah
penting seseorang seseorang mempunyai kepercayaan terhadap
keupayaan diri sendiri untuk melaksanakan tugasan yang memuaskan.

Tahap: 1 Bertindak Dengan Penuh Berkeyakinan Dalam Melaksanakan


Tanggungjawab.

Tingkah Laku Yang Mungkin


Bekerja tanpa perlu penyeliaan atau pemerhatian. Mempamerkan keyakinan.
Menampilkan diri dengan penuh keyakinan. Menghadapi cabaran-cabaran dengan
sikap ‘boleh melakukan’ yang baik.

Contoh
Saya tidak risau dalam melaksanakan tugasan saya. Saya telah melakukan tugasan
ini bertahun-tahun. Secara jujurnya boleh saya katakan yang saya sudah mahir dan
cekap melakukannya.

Tahap: 2 Bertindak Dengan Penuh Keyakinan Lebih Daripada Had Peranan Kerja
Yang Diberi

Tingkah Laku Yang Mungkin


Membuat keputusan berdasarkan penilaian sendiri walaupun ada yang tidak
bersetuju, Bertindak dalam keadaan-keadaan yang di luar dugaan serta tidak
menentu serta lebih daripada yang rutin.

Contoh
Saya percaya ini adalah cara yang terbaik untuk menjalankan operasi ini. Ini kerana
seseorang yang berurusan dengan kita agak tidak bertimbang rasa.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
43 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 3 Menyatakan Keyakinan Tentang Kebolehan Sendiri

Tingkah Laku Yang Mungkin


Melihat diri sendiri sebagai pakar berdasarkan pengalaman kerja, orang yang boleh
melakukan sesuatu, penggerak utama atau sumber kepakaran dalam bidang tugas,
Melihat diri sendiri lebih baik daripada orang lain, Secara terbuka menunjukkan
keyakinan terhadap pertimbangan atau kebolehan sendiri.

Contoh
Saya rasa begitu yakin melakukannya. Saya telah bertugas dengan baik di bahagian
sekolah menengah dan saya sangat berpengalaman. Saya tahu saya adalah
penggerak utama dan alah salah seorang daripada ketua yang menyediakan sistem
yang telah banyak memberi sumbangan itu. Saya boleh menjadi pengarah. Ini kerana
saya telah memperkenalkan berbagai-bagai program yang diiktiraf sebelum saya
tamat berkhidmat di jabatan ini.

Tahap: 4 Menghadapi Cabaran

Tingkah Laku Yang Mungkin


Gemar akan tugasan-tugasan yang mencabar dan mendapat rangsangan darinya.
Mencari dan mendapat tanggungjawab yang baru, Dengan penuh keyakinan
menyampaikan pandangan atau pendapat apabila tidak bersetuju dengan pihak
pengurusan, pelanggan atau pihak berkuasa yang lain.

Contoh
Projek ini lebih besar dan lebih mencabar dan saya rasa sungguh seronok untuk
melakukannya. Saya rasa ia lebih mencabar daripada projek yang pernah saya buat
sebelum ini.

Tahap: 5 Menghadapi Cabaran Yang Rumit.

Tingkah Laku Yang Mungkin


Bersemuka dan mencabar pandangan pihak pengurusan atau pelanggan dengan
tegas, mengambil tugasan yang mencabar dengan rela dan terbuka (mengambil
risiko).

Contoh
Saya menyahut cabaran. Saya membantah pendapat GM saya sehingga dia sendiri
meninggalkan bilik itu. Selepas itu, kami terpaksa menenangkan fikiran kami. Pada
saya, bantah-membantah dalam mesyuarat adalah satu cara yang lebih sihat
daripada hanya berdiam diri.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
44 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

6.11 Mengutamakan Masyarakat Daripada Diri Sendiri (P&P)

Definisi: Meletakkan kepentingan masyarakat sebelum kepentingan diri sendiri


dan bertindak dengan penuh berkeyakinan dan konsisten dengan nilai-
nilai ke arah mencapai matlamat unggul demi kebaikan masyarakat.
Darjah kerumitan sesuatu masalah dapat mengukur tahap komitmen
yang ditunjukkan ke arah memajukan peranan Kerajaan / agensi
dalam masyarakat.

Soalan Adakah seseorang berkenaan mempunyai tujuan lain selain daripada


Utama: peranannya dalam berkhidmat kepada masyarakat? Adakah
seseorang berkenaan mempamerkan komitmen untuk berkhidmat
kepada masyarakat?

Mengapa Adalah penting bagi pegawai awam menyedari peranan mereka dalam
Ia menyumbang ke arah kemajuan masyarakat selain hanya menjalankan
Penting tugasannya sahaja. Memahami peranan mereka yang sebenar akan
menjadikan mereka lebih berdedikasi terhadapnya akan membantu
untuk mencapai satu keputusan yang lebih penting dari kerjayanya.
Nilai-nilai ini akan membolehkan mereka melakukan apa yang betul
walaupun dalam situasi yang sukar, merentasi halangan atau risiko
peribadi.

Tahap: 1 Bertindak Mengikut Nilai-Nilai Asas Profesional / Organisasi

Tingkah Laku Yang Mungkin


Meluahkan apa yang difikirkannya walaupun mesej berkenaan mungkin tidak
diharapkan, terkenal atau diterima dengan mudah, Bersikap terbuka dan jujur semasa
berinteraksi dalam kerja, Berusaha secara aktif untuk menyesuaikan diri dengan
norma organisasi.

Contoh
Apa sahaja arahan yang saya terima dari pihak pengurusan tinggi, akan saya
sampaikan kepada pengarah. Pada mulanya, pengarah merasakannya tidak menjadi
masalah dan kadangkala saya cuba menjelaskan keadaan dengan sebaik-baiknya
dengan berkata “Bos selalu sibuk, sebab itulah Datuk selalu memanggil saya. Saya
tiada pilihan, jadi terpaksalah saya berjumpa dengannya.” Mereka bertanya mengapa
tidak membenarkan pekerja bawahan bertemu dengan Datuk. Saya berkata, “Ianya
tidak boleh, kerana tak sesuai bagi pekerja bawahan berurusan dengannya,
melainkan jika bos mereka terlalu sibuk dengan urusan lain”.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
45 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 2 Menyamakan Nilai-Nilai Peribadi Dengan Misi Organisasi

Tingkah Laku Yang Mungkin


Memadankan nilai-nilai peribadi sejajar dengan nilai-nilai organisasi supaya matlamat
organisasi mudah tercapai, Bangga dengan kerjanya sebagai seorang yang
profesional dalam perkhidmatan awam.

Contoh
Kita mesti sentiasa jujur dalam urusan kita supaya seseorang lain tidak akan menyoal
kita apabila kita berada di jalan yang benar. Saya sentiasa berpegang pada prinsip itu,
sebab sekiranya kita selalu mengikut prosedur, kita akan berasa tenang dan bahagia
setiap hari.

Tahap: 3 Berpendirian Tetap Dengan Nilai-Nilai Walaupun Berhadapan Dengan


Kesukaran

Tingkah Laku Yang Mungkin


Berpendirian tetap dengan melakukan cara atau keadaan yang dikehendakinya.
Memberitahu tentang apa yang baik untuk organisasi.

Contoh
Apa yang ingin saya katakan ialah menyerahkannya kepada Tuhan. Saya tidak
memberitahu isteri saya tentang perkara itu, sebab khuatir keluarga saya akan
merasa risau. Dan saya pasti akan rasa kecewa. Sebab kita memang ikhlas dalam
urusan kita, dan apa yang sepatutnya kita lakukan mesti dilakukan. Saya pernah
bertugas di banyak tempat dan sekarang ini saya bertugas di sini. Apa yang
mengecewakan saya tentang masyarakat di sini ialah mereka tidak mudah menerima
sesuatu perubahan. Mereka selesa berada di takuk lama dan sukar bagi mereka
untuk berubah. Dan apa yang paling mengecewakan ialah mereka mempunyai
prasangka buruk terhadap saya yang ingin membantu mereka.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
46 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 4 Menyokong Nilai-Nilai Berkhidmat Untuk Masyarakat

Tingkah Laku Yang Mungkin


Bekerjasama dengan yang lain untuk mencapai objektif masyarakat secara
keseluruhan, Mengambil tindakan untuk mewujudkan rangsangan dan komitmen bagi
memastikan seseorang lain menerima nilai-nilai berkhidmat untuk masyarakat.

Contoh
Oleh kerana, kami telah menjalankan penyelidikan tentang kesan rancangan ini
sekarang dan 3 tahun akan datang, maka kami telah pun mencapai matlamat kami.
Saya boleh katakan bahawa kami telah berjaya dan itulah yang membuatkan saya
rasa betul-betul berpuas hati. Ada beberapa perkara yang memang rumit dan ada
pula yang agak mudah, tetapi yang jelas, setiap seseorang telah memberikan
sumbangan mereka dan ini memang mempunyai kesan ke atas masyarakat, kerana
kami sebahagian dari masyarakat ini yang berkhidmat untuk negeri dan juga
masyarakat. Ia telah mendatangkan kesan yang positif kepada masyarakat. Bagi
pegawai Kerajaan, di sinilah letaknya kepuasan mereka. Walaupun tidak mendapat
gaji yang besar dan mendapat bonus yang sama banyak, tetapi mereka berpeluang
untuk memberi khidmat kepada masyarakat dan masyarakat pula mendapat manfaat
daripadanya.

Tahap: 5 Membuat Pengorbanan Peribadi Dalam Berkhidmat Untuk Masyarakat

Tingkah Laku Yang Mungkin


Bertindak dengan nilai-nilai murni walaupun ianya berisiko dan melibatkan kos
peribadi, status atau reputasi akan terjejas apabila melakukannya.

Contoh
Saya mengambil nasihat darinya, cuba melupakan kekecewaan dan hanya bersabar
apabila terdapatnya aduan. Saya rasa kita tidak hanya patut menghadapinya, kita
sepatutnya lebih sensitif, lebih berhati-hati, kerana ini melibatkan seseorang awam
khususnya dan mungkin ada kesan ke atas politik. Orang ramai akan membaca dan
memberi pendapat dan pandangan yang berbeza sama ada Kerajaan jujur atau
tidak.Sekiranya orang ramai menganggap Kerajaan tidak jujur ia akan memberi kesan
terhadap Kerajaan. Perdana Menteri kita sedang mencuba untuk membina semula
hubungan dengan orang ramai. Kita tidak boleh menjadi punca masalah. Sekiranya
kita mendatangkan masalah, kita tidak akan dapat menolong beliau. Sebagai satu
kementerian, kita sepatutnya cuba untuk menolong, tambahan pula kita berurusan
dengan orang awam yang tinggal di kawasan pedalaman kita patut membantu dan
menyatukan mereka. Kita tidak patut melakukan perkara-perkara yang boleh
mendatangkan masalah kepada kepimpinan kita.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
47 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

6.12 Menetapkan Seseorang Kepada Tanggungjawab (P&P)

Definisi: Keperluan menjadikan seseorang seseorang bertanggungjawab


terhadap tahap pencapaian mereka atau menggunakan kuasa
kedudukan mereka dengan memikirkan aspirasi jangka panjang
Kerajaan. Ini termasuk menyatakan penglibatan dan bertanyakan
secara langsung tentang prestasi dan masalah serta
membandingkannya secara konsisten terhadap piawaian.

Soalan Adakah seseorang berkenaan mempunyai kuasa untuk menetapkan


Utama: tahap pencapaian ke atas seseorang lain?

Mengapa Perubahan yang berterusan dalam bidang industri atau persekitaran


Ia (sebagai contoh, polisi AFTA dan WTO yang sentiasa berubah) telah
Penting mempercepatkan keperluan untuk sentiasa menetapkan tahap
pencapaian ke atas seseorang berkenaan. Kebolehan untuk
menetapkan , menilai dan mengubah tahap pencapaian dengan
berasaskan kepada keperluan persekitaran akan memberikan
penjelasan dan ini memudahkan objektif organisasi tercapai.

Tahap: 1 Memberitahu Seseorang Apa Yang Perlu Dilakukan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Memberi arahan yang jelas dan mudah untuk difahami. Mengamanahkan tugasan
rutin supaya seseorang berkenaan mempunyai masa untuk menumpukan perhatian
kepada tugas yang lebih penting.

Contoh
Saya memberitahu penolong saya, bahawa tugasan tersebut mesti dimasukkan ke
dalam sasaran kerja tahunan nya dan saya. Ini adalah kerana, dalam sasaran prestasi
kerja saya, saya telah menyatakan yang saya mahu tugasan tersebut di
sempurnakan.

Tahap: 2 Menetapkan Had

Tingkah Laku Yang Mungkin


Dengan tegas menyatakan “TIDAK BOLEH” kepada permintaan-permintaan yang
tidak berpatutan, atau menetapkan had kepada permintaan mereka. Mungkin juga
boleh digubal semula had-had permintaan mereka atau mengarahkan mereka untuk
mengemukakan sumber-sumber yang berkaitan sahaja.

Contoh
Saya telah memberi tugasan yang lain kepada seseorang ini. Saya memberitahunya
untuk meneliti setiap muka surat dan melaporkannya kepada saya. Ini adalah kerana
pada masa itu saya perhatikan dia sering mengambil cuti. Dengan memberi tugasan
kepadanya, dia akan terpaksa berjumpa dengan saya setiap hari untuk memberi
laporan. Jadi tiada alasan baginya untuk tidak berjumpa dengan saya setiap hari.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
48 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 3 Menuntut Pencapaian Yang Tinggi

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mengenakan tahap pencapaian yang tinggi dengan input yang minimum daripada
seseorang lain, Menuntut prestasi, kualiti atau sumber yang tinggi. Menegaskan
supaya arahan dipatuhi.

Contoh
Saya telah memberitahu yang mereka mesti melakukannya. Saya menyatakan
bahawa sekiranya mereka memerlukan lebih pegawai mereka mesti memilih yang
berkelayakan sahaja dan mereka harus bertanggungjawab ke atas tahap pencapaian
pegawai-pegawai baru ini.

Tahap: 4 Mengekalkan Standard Prestasi Yang Jelas

Tingkah Laku Yang Mungkin


Memantau prestasi secara terbuka dengan standard yang jelas (tanpa memaklumkan
terlebih dahulu), Mengeluarkan amaran yang jelas tentang kesan ketidakpatuhan
dengan tahap pencapaian yang telah ditetapkan.

Contoh
Dengan tanggungjawab ini, saya memberitahunya bahawa dia diberi peluang untuk
membuktikan kebolehannya. Dia adalah salah seoarang dari pegawai kanan saya.
Saya memaklumkan padanya sekiranya dia berjaya, saya akan menaikkan
pangkatnya. Saya tidak kisah tentang aktiviti sosialnya di luar waktu pejabat, asalkan
ia tidak menjejaskan prestasi kerjanya. Jika ini berlaku, dia mungkin susah untuk
dinaikkan pangkat.

Tahap: 5 Menetapkan Tanggungjawab Terhadap Seseorang Yang Terlibat Dan


Mengambil Tindakan Yang Berkesan Dalam Menangani Masalah

Tingkah Laku Yang Mungkin


Bertanyakan kepada seseorang secara langsung dan terbuka tentang prestasi
mereka, Mengkaji semula dan menyelesaikan masalah-masalah berkaitan prestasi
tepat pada masanya dengan cara menilai prestasi terhadap tahap yang perlu
diperbaiki.

Contoh
Saya terpaksa memarahinya dan terpaksa menerima akibat kesilapan yang telah
dilakukannya. Saya melaporkan kesilapan itu kepada Kementerian. Saya tidak
tergamak untuk memberitahu yang wakil dari Kementerian itu sebenarnya beliau
tidak dijemput. Ini kerana kad jemputan telah diedarkan. Saya terpaksa menerima
akibat dari kesilapan pegawai saya. Saya memberitahu Kementerian yang saya akan
menyemak apakah cara yang terbaik atau protokol untuk menyelesaikan situasi ini.
Pada pegawai yang berkenaan, saya telah memberitahunya bahawa dia tidak
menyemak dengan betul dan telah membuat kesilapan. Oleh itu saya yang terpaksa
menanggung semua akibat kesilapannya. Dia perlu menulis surat meminta maaf dan
menjelaskan yang dia telah melakukan kesilapan tersebut.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
49 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

6.13 Pemikiran Adaptif (Mudah Suai) (P&P)

Definisi: Menggunakan pemikiran rasional dan kefahaman yang mendalam dari


pelbagai sumber dan mengaplikasikannya dalam konteks tempatan. Ini
melibatkan penerapan konsep-konsep yang telah dipelajari kepada
situasi semasa atau masalah. Berkebolehan untuk menilai situasi
secara kritikal bertujuan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

Soalan Bolehkah seseorang seseorang itu menggabungkan, mengaitkan dan


Utama: menilai semula maklumat dan situasi untuk tujuan mengambil
tindakan yang sewajarnya?

Mengapa Persekitaran yang meluas, bidang kerja yang sentiasa berubah dan
Ia sistem pendidikan telah merubah keupayaan pemikiran kognitif yang
Penting diperlukan oleh seseorang pegawai awam dalam kerja hariannya.
Mereka ini bukan sahaja perlu menyelidik dan mencari penyelesaian
untuk sesuatu situasi atau masalah, malah mereka juga perlu
berkebolehan dalam mengaplikasi penyelesaian-penyelesaian ini ke
arah memenuhi keperluan masa depan organisasi.

Tahap: 1 Memahami Situasi Atau Masalah

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mengenal pasti masalah dan memahami kesannya. Bertindak berdasarkan batasan
kuasa yang ada padanya.

Contoh
Pada fikiran saya, tugas perancangan dan pembangunan tidak boleh dilakukan
bersendirian. Kita memerlukan banyak idea, membuat soal-selidik, membuat kajian
dan mendapatkan data yang tepat dan betul. Oleh sebab itu, sekiranya anda bekerja
bersendirian agak sukar bagi saya selaku ketua. Oleh itu, saya terpaksa bijak
mengatasi halangan.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
50 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 2 Menganalisa Situasi Atau Masalah

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mengkaji secara sistematik dan memahami masalah utama ataupun masalah
tersembunyi.

Contoh
Perkara yang membuat saya sedih ialah mereka tidak memahami apakah yang di
maksudkan dengan hasil kerja tangan. Hasil kerja tangan itu adalah seni Ia bukannya
sesuatu yang boleh dicipta di kilang dengan begitu sahaja. Mereka membeli hasil
kerja tangan kerana seninya dan ia mahal kerana seni pertukangannya. Beliau
berhasrat menukar kompleks itu kepada konsep Pasar Seni, yang menggunakan
konsep gerai. Walhal sebenarnya, apabila kompleks itu dibina, ketua pengarah kami
telah menyatakan bahawa hanya hasil kerja tangan yang bernilai tinggi sahaja yang
akan dijual di situ dan bukannya hasil kerja tangan yang biasa dijual di gerai-gerai.
Tetapi pengurus kami telah pun membuat keputusan untuk membawa ramai ahli
perniagaan ke dalam kompleks. Maka ini merupakan satu percanggahan kepentingan.

Tahap: 3 Mengendalikan Dengan Bijak Keadaan Yang Telah Berlaku

Tingkah Laku Yang Mungkin


Menyesuaikan pendekatan berdasarkan situasi atau masalah. Menggunakan
pengetahuan tentang teori atau pengalaman masa lampau yang berbagai atau
amalan sejagat yang terbaik untuk berhadapan dengan situasi atau masalah,
bertindak untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi atau dengan seseorang lain
di pejabat / agensi / kementerian.

Contoh
Kami memerlukan sebuah ladang alternatif sebagai tempat untuk menjalankan
eksperimen itu. Ini adalah kerana tempat yang asal masih belum diperolehi.
Kemudian, saya berjaya mendapatkan ladang alternatif tersebut. Sebenarnya saya
telah ke ladang yang lain di kawasan fakulti, berjumpa serta berbincang dengan pihak
mereka tentang apa yang saya perlukan. Saya memberitahu mereka bahawa saya
memerlukan ladang tersebut dan mereka bersetuju. Akhirnya, saya mendapat tempat
untuk menjalankan eksperimen saya.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
51 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 4 Merancang Dengan Bijak Dalam Mengendalikan Keadaan Yang Akan


Berlaku.

Tingkah Laku Yang Mungkin


Merangka pelan dan pendekatan untuk memaksimumkan dan mengguna peluang
untuk pejabat / agensi / kementerian / negara dengan mempertimbangkan cara
terbaik untuk memenuhi kehendak-kehendak pihak berkepentingan dan pelanggan.

Contoh
Fungsi jabatan sumber manusia hanyalah sebagai pemudah cara; Contohnya,
mereka harus melihat perkembangan sumber manusia sebagai sesuatu yang penting
bagi sebuah industri, terutamanya industri-industri kecil dan sederhana. Dalam masa
yang sama kita juga ada Kementerian X dan beberapa jabatan yang bertugas untuk
memantau matlamat bagi industri-industri kecil dan sederhana, yang bersangkutan
dengan perkembangan sumber manusia. Mereka tidak perlu menganjurkan kursus-
kursus. Sebaliknya, mereka harus mengkaji apakah yang kelemahan yang ada dan
mencadangkan kepada pihak Kerajaan negeri untuk mendapatkan bantuan
kewangan bagi disalurkan ke agensi-agensi yang berkenaan untuk meneruskan kerja
mereka. Tugas mereka seterusnya hanyalah memantau dan menilai. Untuk
menjalankan tugas ini, kita tidak memerlukan 10 orang pekerja. Ini adalah kerana kita
telah mempunyai senarai terperinci tugas masing-masing. Kita juga tahu apa
kebolehan dan tahap kebolehan kita untuk melakukan semua tanggungjawab yang
telah diamanahkan.

Tahap: 5 Memahami Perancangan Yang Telah Dibuat Dengan Mendalam.

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mengubahsuai atau mengarahkan pembentukkan semula rancangan yang baru bagi
memastikan negara terus membangun dan maju. Menilai semula matlamat negara
untuk bertindak ke atas peluang-peluang dan perubahan persekitaran dengan lebih
berkesan.

Contoh
Oleh kerana banyak permintaan terhadap IT dan negara kita lebih cenderung
kepada konsep e-Kerajaan, kami telah menghasilkan satu projek yang boleh
memanfaatkan Kerajaan. Kami bermula dengan projek PMS. Saya berasa bangga
kerana telah memulakan idea untuk projek ini. Walaupun masih terlalu awal untuk
melihat kejayaan projek ini tetapi saya percaya kita akan melihat kejayaannya dalam
beberapa tahun lagi. Sudah tentu masih ada masa untuk kita memperbaikinya lagi.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
52 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

7 KOMPETENSI TINGKAH LAKU SOKONGAN 1

Berikut adalah ringkasan dan definisi 11 Model Kompetensi Tingkah Laku untuk
Pegawai Sokongan 1:

7.1 Ringkasan

Nama Kompetensi Keterangan Ringkas

Berfokuskan Memberi tumpuan dalam memenuhi keperluan pelanggan


Komuniti (Sok 1) dalaman (pegawai dalam jabatan dan antara jabatan) dan
pelanggan luaran (masyarakat) dengan cara yang
memuaskan menggunakan sumber yang ada.

Berorientasikan Keinginan untuk bekerja dengan lebih baik atau mengatasi


Pencapaian (Sok 1) tahap kecemerlangan yang telah ditetapkan.

Keberkesanan Keupayaan untuk mendapatkan kerjasama di dalam


Berpasukan (Sok 1) kumpulan dalam melaksanakan sebarang tugasan bagi
mencapai objektif bersama.

Kesediaan Mempamerkan keinginan untuk bertindak atau melakukan


Bertindak (Sok 1) lebih tanggungjawab daripada yang dikehendaki atau
diharapkan.

Keinginan Menimba Keinginan untuk mempelajari perkara-perkara baru,


Pengetahuan (Sok mendapatkan maklumat atau pengetahuan bagi
1) menyelesaikan sesuatu tugasan atau masalah yang timbul.

Kematangan Emosi Bertindak dengan mengambil kira serta prihatin kepada


(Sok 1) masalah dan perasaan seseorang lain dan juga menyedari
kelebihan dan kekurangan mereka.

Berkesan & Menunjukkan keinginan untuk memujuk atau mempengaruhi


BerPengaruh (Sok yang lain (seseorang atau kumpulan) bagi mendapatkan
1) sokongan terhadap objektif yang ingin dicapainya.

Kesedaran Mengetahui dan memahami cara menggunakan


Berorganisasi (Sok perhubungan kerja di dalam atau di luar organisasi.
1)

Keyakinan Diri (Sok Kepercayaan terhadap kebolehan diri sendiri bagi


1) melaksanakan dan melengkapi suatu tugasan serta tahu
untuk memilih pendekatan yang sesuai untuk menghadapi
satu tugasan tugasan atau masalah.

Mengutamakan Menunjukkan keprihatinan kepada masyarakat melebihi


Masyarakat kepentingan terhadap diri. Ini dapat ditunjukkan dengan
Daripada Diri menunjukkan kerunsingan terhadap masalah mereka dan
Sendiri (Sok 1) cuba untuk membantu menyelesaikannya. Ini bertujuan
untuk mengekalkan kepuasan hati.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
53 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Nama Kompetensi Keterangan Ringkas

Pemikiran Adaptif Menggunakan pengetahuan dan pengalaman sendiri untuk


(Mudah Suai) (Sok menyelesaikan masalah dan halangan secara logik.
1)

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
54 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

7.2 Berfokuskan Komuniti (Sok 1)

Definisi: Memberi tumpuan kepada memenuhi keperluan pelanggan dalaman


(pegawai dalam jabatan dan antara jabatan) dan pelanggan luaran
(masyarakat) dengan cara yang memuaskan menggunakan sumber
yang sedia ada.

Soalan Adakah tindakan seseorang berdasarkan kepada keinginannya untuk


Utama: berkhidmat kepada masyarakat?

Mengapa Berkhidmat kepada masyarakat merupakan salah satu matlamat utama


Ia Kerajaan. Untuk mencapai matlamat ini, adalah penting bagi pegawai
Penting awam sentiasa memperbaiki perkhidmatan mereka kepada pelanggan
dengan menumpu kepada memenuhi kehendak masyarakat.

Tahap: 1 Mahu Memahami Pelanggan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mempunyai keinginan untuk bertindak balas kepada pertanyaan atau keperluan
pelanggan berdasarkan kepada keupayaan sendiri.

Contoh
Pegawai Perkhidmatan Pelanggan: Selamat pagi puan, boleh saya bantu?
Pelanggan: Ya, saya ingin tahu di mana saya boleh membayar saman ini dan
bagaimana caranya? Pegawai Perkhidmatan Pelanggan: Puan boleh membayarnya di
blok sebelah tetapi saya tidak tahu bagaimana caranya.

Tahap: 2 Bertindak balas Kepada Keperluan Pelanggan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Memberi tindak balas segera kepada pertanyaan pelanggan tanpa menyiasat
masalah atau keperluan sebenar.

Contoh
Pelanggan: Saya sedang mencari bangunan JPA. Pegawai Perkhidmatan Pelanggan:
Encik boleh pergi ke Parcel C, bangunan JPA di sana.

Tahap: 3 Memberi Tindakbalas Sewajarnya Terhadap Keperluan Semasa


Pelanggan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mengambil usaha menyiasat masalah atau keperluan sebenar pelanggan untuk
membolehkan bantuan yang sesuai diberi.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
55 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Contoh
Pelanggan: Saya memerlukan bantuan untuk ke bangunan JPA. Pegawai
Perkhidmatan Pelanggan:Tuan hendak ke bahagian mana di JPA? Pelanggan:
Bahagian Pencen. Pegawai Perkhidmatan Pelanggan: Bahagian Pencen terletak di
Blok C2, Aras 1.

Tahap: 5 Mengekalkan Perhubungan Yang Jelas Dengan Pelanggan Berkenaan


Dengan Urusan Bersama

Tingkah Laku Yang Mungkin


Memantau kepuasan pelanggan. Menyebarkan maklumat yang berguna kepada
pelanggan. Memberi perkhidmatan yang mesra dan ramah.

Contoh
Selepas tugasan berkenaan selesai, saya meminta maklum balas daripadanya
berkenaan perkhidmatan yang diberikan terutama sekali berkenaan apa yang saya
boleh perbaiki.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
56 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

7.3 Berorientasikan Pencapaian (Sok 1)

Definisi: Berkeinginan untuk bekerja dengan baik atau melepasi sesuatu tahap
kecemerlangan. Tahap ini mungkin merupakan prestasi sendiri pada
masa lampau (berusaha untuk penambahbaikan), satu penilaian kerja
(berasaskan keputusan), bekerja lebih baik dari seseorang lain
(persaingan) atau mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Soalan Adakah seseorang berkenaan mempamerkan sesuatu keinginan untuk


Utama: mengatasi tahap kecemerlangan dan tahap pencapaian mereka?

Mengapa Untuk sesuatu organisasi membangun dan mencapai kecemerlangan,


Ia pegawainya hendaklah mempunyai cita-cita, dorongan peribadi dan
Penting sentiasa memperbaiki prestasi kerja.

Tahap: 1 Berkeinginan Melakukan Kerja Dengan Lebih Baik

Tingkah Laku Yang Mungkin


Cuba untuk melaksanakan tugas dengan baik atau betul. Mempamerkan kemahuan
untuk menjalankan kerja dengan lebih baik. Mungkin menunjukkan kekecewaan
terhadap pembaziran atau ketidakcekapan.

Contoh
Saya tahu yang ketua saya mengharapkan saya menunjukkan prestasi yang lebih
baik. Saya berasa malu apabila saya tidak dapat memenuhi harapannya dan berasa
marah dengan diri sendiri apabila ianya terjadi.

Tahap: 2 Berusaha Untuk Memenuhi Dan Mengatasi Piawaian Sedia Ada

Tingkah Laku Yang Mungkin


Bekerja keras untuk memenuhi dan mengatasi piawaian atau had waktu ditetapkan.

Contoh
Saya diberi masa seminggu untuk menyiapkan tugasan berkenaan. Walau
bagaimanapun, saya yakin saya boleh menyiapkannya lebih awal. Jadi, saya perlu
menjadualkan kerja saya dan bekerja mengikut jadual berkenaan. Hasilnya, saya
berjaya menyiapkan tugasan berkenaan sehari lebih awal.

Tahap: 3 Menetapkan Matlamat Yang Boleh Dicapai

Tingkah Laku Yang Mungkin


Menetapkan matlamat yang mencabar tetapi boleh dicapai oleh diri sendiri dan
seseorang lain.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
57 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Contoh
Saya tahu untuk berjaya adalah perlu bagi saya untuk mendapatkan taraf pendidikan
yang lebih baik. Jadi, saya bertanya berkenaan kursus diploma yang ditawarkan.
Saya berusaha dengan belajar sendiri dan menghadiri kelas setiap malam pada hari
bekerja dan setiap hujung minggu. Akhirnya, saya berjaya menamatkan kursus
berkenaan dengan cemerlang.

Tahap: 4 Memperbaiki Prestasi Kerja

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mendapatkan cara yang lebih cekap, cepat atau menjimatkan untuk melakukan
sesuatu tugasan.

Contoh
Kebiasaannya, apabila seseorang memerlukan maklumat dari internet, saya akan
membantu mereka melayari laman web untuk mencarinya. Saya mendapati ia
membazirkan masa kerana ada kalanya maklumat yang diminta oleh pelanggan saya
adalah maklumat yang sama. Jadi saya membincangkan perkara tersebut dengan
ketua saya. Saya berpendapat dengan cara mengkatalogkan semua maklumat yang
sering diminta memudahkan mereka sebagai pelanggan dan juga kita yang bekerja.
Saya memberitahunya bahawa saya mendapat tahu berkenaan pangkalan data di
mana maklumat tersebut boleh disimpan. Dia bersetuju dan meminta saya
membincangkannya dengan Bahagian Teknologi Maklumat berkenaan dengan
kosnya dan penyelenggaraannya. Sekarang ia menjadi lebih cepat dan mudah.
Apabila pelanggan saya tidak tahu mencarinya di dalam pangkalan data, mereka
hanya akan bertanyakan kepada saya dan saya akan membantu mereka.

Tahap: 5 Menetapkan Dan Berusaha Untuk Mencapai Matlamat Yang Mencabar

Tingkah Laku Yang Mungkin


Menunjukkan kemahuan yang berterusan untuk mencapai matlamat, iaitu dari
menetapkan matlamat pengurusan sehinggalah pelaksanaan objektif yang
ditetapkan. Tidak mudah mengalah dalam mencapai sasaran kerja walaupun
berhadapan dengan halangan.

Contoh
Saya diberi peranan untuk menyelenggarakan satu acara besar tetapi saya
menghadapi masalah bekerja dengan sesetengah seseorang. Saya rasa mereka
menganggap saya sebagai terlalu ‘junior’ dan bukan setaraf dengan mereka lalu
mereka membuatkan tugas saya semakin sukar. Ia adalah waktu yang amat sukar
bagi saya kerana saya perlu membuktikan bahawa saya memang layak memegang
jawatan ini dan juga saya tidak mahu ketua saya dipersalahkan kerana beliau yang
mencadangkan saya untuk peranan ini. Jadi saya mula menyimpan buku catatan di
mana saya memastikan segala tugasan harian diselesaikan dan saya juga
berbincang dengan ketua saya pada setiap pagi untuk tujuan yang sama. Saya rasa
apabila pegawai yang lain mula melihat saya mampu menjalankan tugas yang di
arahkan, mereka tidak memberikan apa-apa komen lagi. Lagipun, saya bersikap
peramah dan profesional dengan mereka. Saya terpaksa menonjolkan imej
sedemikian. Sebenarnya ia amat sukar bagi saya kerana saya agak ‘manja’ tetapi
saya melakukannya untuk diri saya sendiri.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
58 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

7.4 Keberkesanan Berpasukan (Sok 1)

Definisi: Keupayaan untuk mendapatkan kerjasama daripada kumpulan dalam


menjalankan sebarang tugasan bagi mencapai objektif bersama

Soalan Bolehkah seseorang berkenaan bekerjasama secara berkesan di


Utama: dalam kumpulan? Atau dalam mencapai matlamat organisasi?

Mengapa Pekerja yang efektif tahu bahawa banyak perkara boleh dicapai melalui
Ia kerjasama secara berkumpulan daripada bergantung kepada
Penting pencapaian peribadi. Mereka memahami akan kepentingan
mewujudkan satu persekitaran kerjasama berpasukan dan dengan itu
mempunyai keinginan untuk memimpin yang lain supaya menyedari
aspirasi tersebut dengan matlamat utama untuk mencapai objektif
organisasi

Tahap: 1 Meminta Pandangan daripada Ahli Kumpulan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Meminta pandangan daripada ahli kumpulan dan menggalakkan penyertaan mereka.

Contoh
Tuan, bolehkah tuan memberi maklum balas mengenai prestasi kerja saya?

Tahap: 2 Sentiasa Memaklumkan Ahli Kumpulan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Sentiasa memaklumkan perkembangan terkini kepada ahli kumpulan.

Contoh
Saya telah memberitahu ahli kumpulan saya mengenai berita yang saya dapat
daripada kawan saya. Saya merasakan bahawa berita tersebut amat berguna kepada
kumpulan kami.

Tahap: 3 Menunjukkan Sikap Yang Adil Di Dalam Kumpulan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Menunjukkan keprihatinan dalam melayani seseorang dengan adil dan saksama.

Contoh
Saya meminta ahli kumpulan saya agar memberhentikan perlakuan membuli budak
baru tersebut. Saya memberitahu mereka sebagai 'senior' adalah tanggungjawab
kami untuk membantunya dalam tugasannya.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
59 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 4 Memberi Pengiktirafan Kepada Ahli Kumpulan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada ahli kumpulan yang menyumbang
secara positif

Contoh
Saya sangat berpuas hati dengan hasil kerjanya. Saya memberitahu ketua saya
bahawa saya ingin mencadangkannya untuk ‘Anugerah Pekerja Cemerlang’.

Tahap: 5 Memberi Cadangan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mengenal pasti dan memberi cadangan kepada jalan penyelesaian yang mana boleh
menguntungkan semua pihak di dalam kumpulan.

Contoh
Saya lihat terdapat beberapa masalah dengan sistem yang sedia ada dan telah
memaklumkan kepada penyelia saya. Saya juga telah memaklumkan beliau tentang
pendapat saya untuk membetulkan masalah tersebut.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
60 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

7.5 Kesediaan Bertindak (Sok 1)

Definisi: Mempamerkan kecenderungan untuk bertindak atau melakukan lebih


daripada yang dikehendaki atau diharapkan di dalam tugas.
Melakukan sesuatu kerja tanpa diminta oleh sesiapa, yang boleh
memperbaiki hasil kerja untuk mengelakkan masalah dan mencari
peluang-peluang yang baru

Soalan Adakah seseorang berkenaan bertindak atau mengambil usaha untuk


Utama: menyelesaikan satu masalah atau menyiapkan tugasan secara sambil
lewa atau segera.

Mengapa Seseorang yang cekap boleh menjangka masalah atau peluang dan
Ia bertindak ke atasnya secara segera. Ia melibatkan tindakan yang
Penting efektif dan bukannya sekadar menunggu peluang atau masalah itu
selesai dengan sendirinya, yang membuatkannya lebih dikenali di
tempat kerja

Tahap: 1 Melakukan Lebih Daripada Kehendak Minimum Tugasan.

Tingkah Laku Yang Mungkin


Melakukan lebih daripada permintaan minimum yang dikehendaki di dalam tugasan
atau senarai tugasnya.

Contoh
Saya menyediakan salinan fotostat suatu laporan dan mendapati kulit depannya kotor.
Saya memaklumkannya kepada ketua saya mengenainya.

Tahap: 2 Memahami Masalah Dan Cuba Untuk Menyelesaikannya

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mempunyai kebolehan untuk menilai keperluan sebelum diminta untuk melakukannya.
Mengenalpasti masalah dan cuba untuk menyelesaikannya dengan cara paling baik
menurut kemampuannya.Tidak mudah putus asa apabila sesuatu perkara tidak
berjalan lancar.

Contoh
Pernah berlaku mesin fotostat rosak dan seorang pegawai perlu mendapatkan salinan
laporan secepat mungkin. Saya mempunyai sedikit pengetahuan membaiki mesin
tersebut, jadi saya menawarkan diri untuk membaikinya.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
61 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 3 Menyedari Masalah dan Memastikan Masalah Diselesaikan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mengenal pasti masalah dan memastikan masalah tersebut dapat diselesaikan
(mungkin menyelesaikan masalah dengan cara tersendiri atau meminta pertolongan
seseorang lain) Mencari maklumat daripada pelbagai sumber sebelum memilih
caranya sendiri untuk mencapai matlamat.

Contoh
Pernah berlaku sedikit masalah dengan sistem telekomunikasi, jadi saya memanggil
syarikat telekomunikasi tersebut untuk memperbaikinya. Memandangkan ianya
adalah sistem yang utama, saya perlu mendesak mereka untuk menyelesaikannya
dengan segera. Jadi saya tidak balik dan memerhatikan mereka membuat kerja dan
memastikan semuanya berjalan lancar.

Tahap: 4 Mencari Tanggungjawab Baru

Tingkah Laku Yang Mungkin


Bersedia dan berkobar-kobar untuk mencari atau menerima tanggungjawab yang
bertambah.

Contoh
Ada sebuah kaunter baru dibuka, yang berkenaan dengan produk-produk baru.
Memandangkan saya telah berada dalam jawatan yang sama selama tiga tahun, saya
berhasrat untuk mencuba perkara lain yang lebih mencabar. Oleh itu, saya memohon
jawatan itu.

Tahap: 5 Membuat Cadangan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Membuat cadangan untuk perubahan dan inovasi yang bermakna.

Contoh
Kami menghadiri mesyuarat bahagian dan ketua saya memaklumkan mengenai
pertandingan bahagian tercantik dan meminta pendapat kami. Saya mencadangkan
beberapa pokok dan warna di bahagian kami.Persekitaran yang ceria akan
membuatkan pekerja lebih bersemangat untuk bekerja.. Saya juga mencadangkan
supaya setiap seseorang menghias di tempat masing-masing dan diwujudkan
jawatankuasa untuk menentukan garis panduan. Dengan cara ini kami tidak akan
menghias bahagian kami secara keterlaluan.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
62 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

7.6 Keinginan Menimba Pengetahuan (Sok 1)

Definisi: Keinginan untuk belajar perkara baru, mendapat maklumat dan


pengetahuan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan atau masalah

Soalan Adakah seseorang berkenaan mempamerkan keinginan untuk belajar


Utama: dan menambahkan pengetahuan?

Mengapa Pekerja yang efektif menunjukkan minat yang mendalam untuk


Ia menimba pengetahuan bagi pembangunan diri dan melaksanakan
Penting sesuatu tugasan. Mereka memperluaskan pengetahuan mereka
dengan membaca, menghadiri bengkel atau berbincang dengan rakan
sekerja.

Tahap: 1 Sentiasa Mengemaskini pengetahuan Dengan Langkah-langkah Yang


Memberi Kesan Kepada Pelaksanaan Tugas

Tingkah Laku Yang Mungkin


Sentiasa mengikuti perkembangan terkini berkenaan pengetahuan teknikal atau
prosedur yang berkaitan dengan tugas yang memberi kesan kepada pelaksanaan
tugas dengan berkesan

Contoh
Terdapat beberapa bengkel yang berlangsung serentak. Walaupun saya ditugaskan
untuk menyediakan tempat makan tengah hari untuk satu bengkel sahaja, saya perlu
mengetahui sama ada terdapat bengkel-bengkel lain akan menggunakan tempat yang
sama. Sekiranya ada, saya perlu menyediakan kad nama untuk bengkel saya, supaya
para peserta tidak terkeliru

Tahap: 2 Menghadiri Latihan Atau Bengkel Yang Diperlukan Oleh Tugas

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mengetahui tentang latihan / bengkel yang diperlukan oleh tugas dan memohon
supaya dilatih, Menghadiri latihan atau bengkel seperti yang diarahkan oleh
unit,agensi atau organisasi.

Contoh
Saya berurusan dengan pelanggan yang berbagai ragam dan ada diantaranya sering
membuat aduan. Kebiasaannya saya hanya mendiamkan diri kerana saya tidak tahu
apa yang perlu dilakukan. Jadi, apabila saya mengetahui tentang bengkel khidmat
pelanggan, saya meminta kepada ketua saya untuk menghadirinya

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
63 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 3 Bertanya Soalan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Bertanya soalan secara langsung kepada mereka yang berkenaan dengan situasi
tersebut. Menggunakan maklumat yang ada atau merujuk kepada sumber-sumber
lain. Menunjukkan perasaan ingin tahu atau minat berkenaan sesuatu perkara, isu
atau seseorang.

Contoh
Ia mudah sahaja. Apabila mereka memaklumkan bahawa masa menunggu adalah
antara 5 hingga 6 bulan saya terus bertanya, “Adakah ini had masa untuk pihak awak
atau kami dan adakah ia selaras dengan garis panduan perkhidmatan?”

Tahap: 4 Menyiasat Atau Mencari Maklumat

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mencari maklumat tambahan dari mereka yang lebih tahu berkenaan masalah atau
situasi berkenaan. Sentiasa mencari maklumat, kaedah dan teknologi terbaru yang
mungkin memberi kesan kepada organisasi.

Contoh
Beberapa pekerja dari sesebuah organisasi itu datang untuk membuat persediaan
untuk bengkel mereka. Sebagai koordinator, saya diarahkan untuk menyediakan satu
bilik. Pada hari tersebut, saya dimaklumkan bahawa mereka terlupa untuk
memaklumkan bahawa mereka memerlukan tiga bilik dan bukannya satu bilik. Tanpa
membuang masa, saya terus menempah dua bilik lagi.

Tahap: 5 Melakukan Penyelidikan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Berusaha secara sistematik dalam tempoh masa yang terhad untuk mendapatkan
data,maklum balas atau maklumat yang diperlukan. Menjalankan penyiasatan yang
terperinci dari sumber-sumber yang lain yang tidak berkaitan secara langsung dengan
perkara berkenaan. Menjalankan kajian formal atau mendapatkan penyelidikan rasmi
melalui akhbar, majalah, sistem carian komputer atau sumber-sumber lain (boleh juga
meliputi kajian pasaran, kewangan pesaing).

Contoh
Saya telah bertanya dengan ramai orang mengenai projek IT ini. Ini termasuklah
rakan-rakan saya di luar negara. Saya mendapat tahu terdapat sebuah syarikat
penerbangan menjalankan projek seumpama itu juga. Saya terus ke sana dan cuba
untuk mempelajari cara dan jalan penyelesaian bagi masalah projek saya ini.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
64 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

7.7 Kematangan Emosi (Sok 1)

Definisi: Bertindak dengan keprihatinan terhadap masalah, perasaan dan


kehendak serta menyedari kelebihan dan kekurangan seseorang lain.

Soalan Bolehkah seseorang berkenaan menyesuaikan reaksi dan emosinya


Utama: untuk memastikan ia memberikan kesan positif apabila berinteraksi
dengan seseorang lain?

Mengapa Pegawai awam sering berurusan dengan orang ramai dan pelbagai
Ia situasi yang mencabar di tempat kerja. Berdasarkan peranan yang
Penting mereka laksanakan untuk Kerajaan, Tingkah Laku mereka sering dinilai
oleh masyarakat. Ini menuntut supaya pegawai Kerajaan mempunyai
kebolehan membaca dan memahami seseorang lain, dan juga
memahami bagaimana emosi diri boleh melahirkan reaksi dan emosi
yang pelbagai. Oleh itu, adalah penting untuk membuat penilaian diri
sendiri dan mengendalikan tanggapan masyarakat, supaya tugas dapat
dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Tahap: 1 Memperuntukkan Masa Untuk Mendengar

Tingkah Laku Yang Mungkin


Memberi masa untuk mendengar pandangan seseorang lain, termasuk juga
kerunsingan dan masalah mereka.

Contoh
Saya duduk bersamanya lebih dari satu jam untuk mendengar masalahnya

Tahap: 2 Memahami Mood (Angin) Seseorang Lain.

Tingkah Laku Yang Mungkin


Sensitif terhadap mood (angin) dan perasaan seseorang lain.

Contoh
Saya menjauhinya pagi itu kerana anginnya (mood) tak berapa baik.

Tahap: 3 Memahami Kebolehan Seseorang Lain

Tingkah Laku Yang Mungkin


Menghargai kekuatan dan kelemahan seseorang lain.

Contoh
Saya selalu mencari penyelia saya kerana dia seorang yang sabar dan bersedia untuk
mendengar pendapat orang lain.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
65 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 4 Memahami Penyataan Bukan Lisan (Non-Verbal)

Tingkah Laku Yang Mungkin


Boleh mentafsirkan komunikasi bukan lisan (raut wajah, gerak geri) atau Tingkah
Laku.

Contoh
Dia seorang yang pendiam. Dari raut wajah dan kelakuannya saya tahu sesuatu yang
menyedihkan telah berlaku.

Tahap: 5 Berusaha Memahami Perkara Yang Boleh Memotivasikan Seseorang


Lain

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mengetahui perkara yang boleh memotivasikan seseorang seseorang dan juga
perkara yang boleh melemahkan semangat dan jati dirinya.

Contoh
Saya memberitahu rakan-rakan setugas saya bahawa jika kami berjaya mencapai
sasaran kami, kami akan keluar “makan-makan”. Saya tahu ia boleh menjadi
penggalak kepada mereka kerana mereka suka aktiviti seperti itu.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
66 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

7.8 Berkesan & Berpengaruh (Sok 1)

Definisi: Mempunyai pengaruh yang positif (secara langsung dan tidak


langsung) terhadap seseorang lain melalui kebolehan untuk bertenang
dan mengawal emosi dan boleh meneruskan kerja walaupun
berhadapan dengan masalah.

Soalan Adakah seseorang berkenaan mempamerkan kebolehan untuk


Utama: mendapatkan persetujuan dan komitmen terhadap matlamatnya?

Mengapa Banyak aspek di dalam sesuatu tugasan yang memerlukan pegawai


Ia Kerajaan bekerjasama dengan seseorang lain bagi tujuan
Penting melaksanakan tugasan. Kadangkala tugasan tersebut merangkumi
aktiviti pujukan dan pengaruh dalam usaha untuk mendapatkan
kerjasama untuk mengatasi masalah dan bantahan

Tahap: 1 Menyatakan Keinginan Untuk Mempengaruhi Tetapi Tidak Mengetahui


Caranya

Tingkah Laku Yang Mungkin


Berkeinginan untuk mempengaruhi seseorang lain tetapi tidak tahu bagaimana dan
apa yang patut dilakukan.

Contoh
Pada kebiasaannya apabila ketua menyuruh saya membuat sesuatu saya hanya
melakukannya sahaja tanpa banyak tanya. Pernah saya terasa hendak
memberitahunya tentang cara saya bekerja tetapi saya tidak tahu bagaimana.

Tahap: 2 Menyatakan Keinginan Tetapi Tidak Mengambil Sebarang Tindakan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Tahu bagaimana untuk menarik perhatian seseorang lain (menerusi reputasi, status,
perlakuan dan lain-lain) tetapi tidak mengambil sebarang langkah khusus.

Contoh
Saya sememangnya mahu mewujudkan pandangan positif seseorang lain kepada
saya terutamanya dalam kumpulan yang saya baru sertai bahawa saya boleh
melakukan kerja tersebut. Cuma saya tidak mahu memberitahu mereka kerana saya
mahu mengelakkan mereka beranggapan saya meninggi diri/berlagak

Tahap: 3 Mengambil Satu Tindakan Untuk Mempengaruhi

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mengambil satu langkah tertentu untuk mempengaruhi tetapi tidak ada usaha yang
jelas untuk mengubah persembahannya agar sesuai dengan minat audiens.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
67 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Contoh
Saya mencadangkan kepada ketua saya untuk satu aktiviti bersama pekerja bagi
membentuk semangat berpasukan dan saya boleh mencadangkan seseorang yang
saya rasa boleh mengendalikannya.

Tahap: 4 Mengambil Beberapa Tindakan Untuk Mempengaruhi

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mengambil dua atau beberapa langkah menerusi satu cara pujukan secara langsung
yang boleh menggunakan alatan dan bahan bagi menarik minat seseorang berkaitan.

Contoh
Kami menghadapi masalah komunikasi dengan pihak penaja berkenaan projek
tersebut.Saya telah bekerjasama dengan rakan sejawat saya bagi menyiapkan
persembahan penerangan tentang kesan projek. Saya juga telah menyelaraskan satu
demonstrasi sistem untuk pihak pengurusan mencubanya sendiri.

Tahap: 5 Menilai Kesan Tindakan Atau Perkataan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Menyesuaikan persembahan atau perbincangan menurut kecenderungan audiens
yang dihadapinya. Dalam masa yang sama dapat menjangkakan kesan tindakannya
ke atas tanggapan seseorang-seseorang tersebut kepadanya.

Contoh
Kebiasaannya pegawai perhubungan yang menghubungi VIP, tetapi kali ini saya
sendiri menghubungi menteri berkenaan untuk mengesahkan kedatangannya ke
majlis itu. Saya menyatakan bahawa saya akan memaklumkan tentang kehadirannya
di dalam surat jemputan. Kedatangannya saya harapkan untuk satu liputan meluas
oleh pihak media.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
68 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

7.9 Kesedaran Berorganisasi (Sok 1)

Definisi: Tahu dan faham bagaimana menggunakan hubungan pekerjaan dalam


organisasi atau unitnya sendiri sebagaimana juga di luar organisasinya
(Contohnya Kementerian, agensi Kerajaan dan swasta). Tahu
seseorang pembuat keputusan sebenar, pihak yang boleh
mempengaruhi mereka dan isu-isu politik yang boleh memberi kesan
kepada keputusan.

Soalan Adakah seseorang berkenaan faham dan menggunakan


Utama: kefahamannya mengenai struktur unit, agensi atau Kerajaan bagi
menyelesaikan kerja?

Mengapa Untuk menjadikan kesedaran berorganisasi lebih efektif, pegawai


Ia Kerajaan dikehendaki bekerja dengan baik dengan seseorang atau
Penting jabatan lain. Oleh kerana struktur Kerajaan umumnya berbentuk
birokrasi hierarki, pegawai Kerajaan patut memahaminya dengan baik,
tahu siapa yang terlibat, terutama mereka yang boleh membantunya
bagi menjayakan tugasannya.

Tahap: 1 Menggunakan Kefahaman Mengenai Perbezaan Budaya

Tingkah Laku Yang Mungkin


Memahami dan menyedari perbezaan budaya seseorang-seseorang yang berurusan
dengannya dan membuat tindakan yang bersesuaian.

Contoh
Saya faham bahawa seseorang berbangsa Cina tidak suka akan nombor ‘4’. Jadi
selalunya, apabila pelanggan berbangsa Cina memohon untuk menukar nombornya
saya membenarkannya.

Tahap: 2 Tidak Berpolitik

Tingkah Laku Yang Mungkin


Menumpukan hanya kepada kerjanya sahaja dan tidak mengambil tahu politik
organisasi.

Contoh
Ada desas-desus menyatakan Mr. X bertukar kerana Mr. Y dan beliau disokong oleh
beberapa seseorang. Saya rasa semua orang patut berhenti membuat khabar angin
dan hanya menumpukan kepada kerja.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
69 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 3 Memahami Struktur Rasmi Unit, Agensi Atau Organisasi.

Tingkah Laku Yang Mungkin


Menyedari dan/atau menggunakan perkara-perkara yang wujud dalam organisasi atau
agensi untuk menjayakan suatu tugas seperti struktur berhierarki rasmi, pangkat,
undang-undang dan peraturan, arahan tetap Kerajaan, polisi dan prosedur, misi dan
visi, objektif khusus, program dan aktiviti.

Contoh
Sebagai persiapan, saya perlu memahami fungsi Kementerian tersebut dan
memahami programnya. Ia terdiri dari 5 bahagian iaitu Bahagian 1,2,3,4 dan 5.
Adalah penting untuk merujuk kepada bahagian yang berkaitan supaya semua
tugasan dapat disiapkan dengan lebih efisen.

Tahap: 4 Memahami Struktur Tidak Rasmi Unit/ Agensi/Organisasi

Tingkah Laku Yang Mungkin


Memahami struktur formal dan tidak formal didalam Kerajaan / agensi dan
bagaimana suatu kerja itu dilaksanakan.Menyedari siapa yang membuat keputusan
dalam suatu perkara dan siapa yang boleh mempengaruhi. Tahu menggunakan
saluran tidak rasmi untuk menjayakan suatu kerja apabila ianya tidak dapat dijayakan
menerusi saluran rasmi.

Contoh
Saya perlu mengetahui dengan siapa saya berurusan dan saya juga perlu
mengetahui struktur kuasa di dalam kumpulan yang kecil. Kebiasaannya di dalam
sebuah pejabat, Pegawai Tadbir adalah ketua bagi unit berkenaan tetapi kadangkala
Ketua Kerani pula yang memiliki lebih kuasa.

Tahap: 5 Memahami Budaya dan Persekitaran Kerja Kerajaan/ Kementerian /


Agensi.

Tingkah Laku Yang Mungkin


Tahu protokol/batasan yang tidak dinyatakan secara terang. Menyedari dan
memanfaatkan pengetahuannya mengenai budaya Agensi atau Kerajaan yang akan
memberikan balasan atau hasil yang baik.Menyedari Tingkah Laku yang tersurat dan
tersirat yang boleh mempengaruhi budaya dan proses kerja Kerajaan atau Agensi.

Contoh
Oleh kerana saya baru ditukarkan ke sini jadi saya berasa agak janggal. Walaupun
begitu, saya perlu mengenali ketua dan rakan sejawat saya. Di sini bukan seperti di
Semenanjung. Budaya dan persekitaran mereka berbeza daripada tempat kita. Saya
perlu menyesuaikan diri di sini kerana saya akan berhadapan dengan mereka setiap
hari dan memerlukan mereka apabila menghadapi masalah.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
70 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

7.10 Keyakinan Diri (Sok 1)

Definisi: Menunjukkan imej yang positif terhadap diri, kemahiran sendiri dan
keupayaan dalam membuat pertimbangan.

Soalan Adakah seseorang berkenaan mempunyai keyakinan kepada


Utama: keupayaannya dalam melaksanakan tugas?

Mengapa Pegawai awam perlu menyedari keperluan untuk memiliki keyakinan


Ia diri dan mempunyai kepercayaan terhadap keupayaan diri sendiri untuk
Penting melaksanakan tugas mereka dengan memuaskan.

Tahap: 1 Bertindak Dengan Penuh Keyakinan Dalam Tugas

Tingkah Laku Yang Mungkin


Menampilkan diri dengan penuh keyakinan dalam bidang tugasannya.

Contoh
Saya mahir dalam bidang tugas saya.Saya boleh melaksanakannya dengan cekap
dan sempurna.

Tahap: 2 Bertindak Secara Positif Terhadap Cabaran

Tingkah Laku Yang Mungkin


Menghadapi cabaran-cabaran dengan bersikap positif dan yakin boleh. Bekerja
dengan penyeliaan yang minimum, terutamanya dalam bidang tugas yang baru.

Contoh
Saya mendapat tahu bahawa saya berseorangan dalam menguruskan bangunan
tersebut memandangkan seorang lagi pegawai telah ditukarkan ke bahagian lain.
Saya agak takut memandangkan ini adalah kali pertama saya diberi tanggungjawab
bersendirian tetapi saya yakin yang saya boleh melaksanakannya. Saya hanya perlu
sedikit masa untuk menyesuaikan diri.

Tahap: 3 Berkeyakinan Dengan Pandangan Sendiri

Tingkah Laku Yang Mungkin


Membuat keputusan berdasarkan penilaian sendiri (tidak hanya mengikut pandangan
majoriti) dan menyokong serta mempertahankannya.

Contoh
Saya berpengalaman 10 tahun dalam bidang pengkeranian. Saya berpendapat
penggunaan buku lejar yang besar adalah efektif memandangkan ia bersesuaian
dengan isi kandungannya. Cadangan mereka untuk mengecilkannya dengan alasan
mudah untuk dibawa tidak saya persetujui. Untuk apa kita bersusah payah membuka
3 ke 4 muka surat untuk mencari data yang sepatutnya kita boleh cari dalam satu
muka sahaja.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
71 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 4 Belajar Dari Kesilapan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Menunjukkan sifat terbuka dalam menerima kritikan yang membina dan belajar dari
kesilapan atau perkara negatif.

Contoh
Saya lebih mahir menggunakan mesin taip manual berbanding mesin taip elektrik.
Jadi setiap kali terdapat kesilapan menaip, saya akan menggunakan pemadam cecair
(liquid paper) untuk memadamkannya. Ini tidak digalakkan oleh ketua jabatan saya.
Menurutnya ia agak tidak kemas dengan penggunaannya. Beliau menasihati saya
untuk menggunakan mesin taip elektrik memandangkan kerja yang lebih kemas dan
ia mempunyai alat memadam sendiri. Oleh itu, sekarang saya cuba memahirkan diri
dengan penggunaan mesin taip elektrik.

Tahap: 5 Mendapatkan Kepakaran Daripada Seseorang Lain

Tingkah Laku Yang Mungkin


Bersedia untuk menghargai dan mendapatkan kepakaran daripada seseorang lain.

Contoh
Saya sebenarnya mahir dalam menulis tetapi tidak dalam membuat perkiraan. Jadi,
apabila saya terpaksa melakukan sesuatu kerja yang melibatkan pengiraan, saya
akan meminta pertolongan salah seorang rakan sekerja saya yang amat mahir dalam
perkiraan.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
72 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

7.11 Mengutamakan Masyarakat Daripada Diri Sendiri (Sok 1)

Definisi: Menunjukkan keprihatinan kepada kesan dan akibat daripada


keputusan dan tindakan yang diambil kepada unit/bahagian lain di
dalam organisasi dan juga terhadap organisasi lain

Soalan Adakah seseorang berkenaan mempunyai tujuan lain daripada peranan


Utama: tugasnya dalam berkhidmat kepada masyarakat? Adakah seseorang
berkenaan menunjukkan komitmen untuk berkhidmat kepada
masyarakat?

Mengapa Adalah penting bagi pegawai awam menyedari peranan mereka dalam
Ia menyumbang ke arah kemajuan masyarakat selain hanya menjalankan
Penting sesuatu tugas. Memahami peranan mereka yang pelbagai akan
membawa maksud baru dalam menjalankan tugas mereka ke arah
mencapai sesuatu tujuan yang lebih penting dari kerjayanya. Nilai-nilai
ini akan membolehkan mereka melakukan apa yang betul walaupun
dalam situasi yang sukar, merentasi halangan atau risiko peribadi.

Tahap: 1 Bertindak Selaras Dengan Norma Organisasi

Tingkah Laku Yang Mungkin


Berusaha untuk menyesuaikan diri dan berpakaian yang sesuai dan menghormati
norma organisasi.

Contoh
Saya tidak pernah memakai skirt pendek ke pejabat memandangkan adanya etika
yang memerlukan saya berpakaian kemas dan sopan.

Tahap: 2 Menyedari Arah Tuju Organisasi

Tingkah Laku Yang Mungkin


Sedar dengan matlamat dan kekangan yang dihadapi oleh unit lain di dalam
organisasi dan bertindak sewajarnya.

Contoh
Saya menyedari bahawa Bahagian lain sedang berusaha untuk mendapatkan
persijilan ISO.

Tahap: 3 Memahami Peranan Organisasi

Tingkah Laku Yang Mungkin


Memahami dan mempromosikan fungsi dan tanggungjawab keseluruhan organisasi

Contoh
Saya menyedari bahawa Bahagian lain sedang berusaha untuk mendapatkan
persijilan ISO. Ini adalah untuk menggalakkan peningkatan kualiti dan kecekapan
pekerja di bahagian tersebut.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
73 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 4 Menyumbang dan Mengambil Bahagian Secara Aktif Dalam Mencapai


Matlamat Organisasi

Tingkah Laku Yang Mungkin


Memahami dan menyokong sepenuhnya misi dan matlamat organisasi serta
menyelaras nilai-nilai peribadinya sejajar dengan nilai-nilai organisasi supaya
matlamat organisasi tercapai.

Contoh
Saya pulang lewat sepanjang minggu ini untuk menyiapkan laporan proses persijilan
ISO.

Tahap: 5 Membuat Pengorbanan Peribadi Kepada Organisasi

Tingkah Laku Yang Mungkin


Bersedia untuk berkorban demi untuk memastikan kesejahteraan organisasi.

Contoh
Saya memaklumkan kepada isteri saya bahawa saya tidak dapat menghadiri majlis
harijadi sepupunya kerana saya terpaksa berada di pejabat sehingga lewat malam.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
74 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

7.12 Pemikiran Adaptif (Mudah Suai) (Sok 1)

Definisi: Menggunakan pengetahuan dan pengalaman sendiri untuk


menyelesaikan masalah secara logik.

Soalan Bolehkah seseorang berkenaan menilai maklumat atau situasi dan


Utama: mengambil tindakan atau penyelesaian yang sewajarnya?

Mengapa Mempunyai keupayaan untuk berfikir dengan teliti atau logik, akan
Ia membolehkan seseorang pegawai itu menjalankan kerjanya dengan
Penting berkesan.

Tahap: 1 Melakukan Tugas Dengan Sistematik

Tingkah Laku Yang Mungkin


Melakukan tugasan dengan cara yang bersistematik dan tersusun. Tahu dan
memahami susunan keutamaan tugasan.

Contoh
Ia adalah satu tugasan rutin. Saya telah melaksanakannya kerap kali sebelum ini dan
boleh dikatakan saya sudah mahir dengannya. Setiap pagi, saya akan memungut
surat dan membahagikannya mengikut nama pegawai dan jabatan. Selepas itu, saya
menghabiskan masa dengan mengedarnya

Tahap: 2 Mengenalpasti Masalah Yang Berlaku Semasa Menjalankan Tugas

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mengenalpasti masalah yang berlaku dalam bidang tugas sendiri tetapi tidak
mengetahui kesannya. Menggunakan peraturan asas, kelogikan akal dan pengalaman
lepas untuk mengenal pasti masalah.

Contoh
Saya telah menerima aduan daripada salah seorang penghuni asrama. Menurutnya
permaidani di biliknya basah. Saya tahu ia berpunca dari penghawa dingin yang telah
bocor sejak seminggu yang lalu

Tahap: 3 Memahami Keadaan Atau Kesan Sesuatu Masalah

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mengenal pasti masalah, mengaplikasikannya kepada tugasan mudah dan
memahami kesannya.

Contoh
Oleh kerana saya memikirkannya dari segi pengeluaran, ia tidak boleh dilakukan
seorang sahaja. Kita perlu bertanyakan soalan, membuat kajian, penyelidikan dan
mendapatkan data yang tepat bagi melaksanakannya. Jika kita bekerja bersendirian,
matlamat sukar untuk dicapai.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
75 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 4 Mengkaji Keadaan Atau Masalah Secara Logik

Tingkah Laku Yang Mungkin


Menganalisis masalah secara logik, mengenalpasti sebabnya dan mencari
penyelesaian kepada masalah yang berlaku. Melihat kepada corak, arah tujuan atau
maklumat yang tiada apabila melihat kepada sesuatu masalah atau keadaan.

Contoh
Pandangan saya berbeza dengan mereka. Seorang pembantu veterinar bukanlah
sama dengan seorang juruteknik. Mereka mempunyai kemahiran dan pengetahuan
yang berbeza. Kita tidak boleh sewenangnya menukarkan tugasan mereka hanya
kerana terdapat keperluan mendesak. Kita mahu kerja dilakukan dengan sempurna.
Saya rasa mereka telah kehilangan fokus terhadap objektif tugasan mereka

Tahap: 5 Memahami Kesan Kepada Penyelesaian

Tingkah Laku Yang Mungkin


Membuat kesimpulan kukuh daripada beberapa cara penyelesaian yang mungkin
untuk situasi yang rumit.

Contoh
Terdapat tiga cara untuk melakukannya. Oleh kerana terdapat masalah komunikasi
dan masa yang suntuk, kita tidak boleh menyalahkan sesiapa. Kita hanya disediakan
satu bilik sedangkan kita memerlukan dua bilik kecil untuk perbincangan. Cara
pertama untuk menyelesaikannya ialah menempah bilik hotel yang lain. Ia boleh
dilakukan tetapi kosnya lebih mahal dan terdapat masalah perjalanan. Cara kedua
ialah, menggunakan bangunan lama di mana kita boleh menggunakan sebanyak
mana bilik yang dikehendaki. Masalahnya ialah tempat tersebut jauh dari tempat
makan dan memerlukan masa berjalan selama 30 minit. Saya rasa cara ketiga dan
yang terbaik ialah menggunakan meja-meja kecil di dalam bilik yang kita ada dan
meletakkan pengadang di sekelilingnya supaya perbincangan antara satu meja ke
meja lain tidak terganggu.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
76 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

8 KOMPETENSI TINGKAH LAKU SOKONGAN 2

8.1 Ringkasan

Nama Kompetensi Keterangan Ringkas

Berfokuskan Memberi tumpuan kepada memenuhi keperluan pelanggan


/Komuniti (Sok 2) dalaman (pegawai dalam jabatan dan antara jabatan) dan
pelanggan luaran (masyarakat) dengan cara yang
memuaskan menggunakan sumber yang ada.

Berorientasikan Keinginan untuk bekerja dengan baik atau melepasi tahap


Pencapaian (Sok 2) kecemerlangan yang ditetapkan.

Keberkesanan Bekerjasama dan bekerja dengan baik bersama ahli


Berpasukan (Sok 2) kumpulan yang lain bagi mencapai matlamat dan objektif
yang telah ditetapkan.

Kesediaan Menunjukkan kemahuan untuk mengambil tindakan atau


Bertindak (Sok 2) membuat lebih dari yang diarahkan atau diharapkan di
dalam kerjanya.

Keinginan Menimba Keinginan untuk belajar perkara baru, mendapat maklumat


Pengetahuan (Sok dan pengetahuan untuk menyelesaikan sesuatau kerja atau
2) masalah

Kematangan Emosi Bertindak dengan cara mengenali dan memahami masalah,


(Sok 2) kehendak dan perasaan orang lain.

Berkesan & Menunjukkan pengaruh yang positif kepada orang lain


Berpengaruh (Sok dengan cara yang sabar dan tenang apabila berhadapan
2) dengan keadaan yang rumit dan mencabar.

Kesedaran Tahu dan faham bagaimana untuk bekerja dengan orang


Berorganisasi (Sok lain di dalam jabatan atau pejabatnya.
2)

Keyakinan Diri (Sok Menunjukkan imej yang positif terhadap diri dan kemahiran
2) sendiri serta kebolehan dalam membuat satu keputusan.

Mengutamakan Menunjukkan keprihatinan terhadap kehendak tugasan


Masyarakat berasaskan kepada peraturan dan boleh menerima arahan.
Daripada Diri
Sendiri (Sok 2)

Pemikiran Adaptif Menggunakan pengetahuan dan pengalaman sendiri untuk


(Mudah Suai) (Sok menyelesaikan masalah dengan cara yang bersesuaian.
2)

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
77 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

8.2 Berfokuskan Komuniti (Sok 2)

Definisi: Memberi tumpuan kepada memenuhi keperluan pelanggan dalaman


(pegawai dalam jabatan dan antara jabatan) dan pelanggan luaran
(masyarakat)

Soalan Adakah tindakan seseorang berdasarkan kepada keinginan untuk


Utama: berkhidmat kepada masyarakat?

Mengapa Berkhidmat kepada masyarakat merupakan salah satu matlamat utama


Ia Kerajaan. Untuk mencapai matlamat ini, adalah penting pegawai awam
Penting sentiasa memperbaiki perkhidmatan mereka kepada pelanggan
dengan menumpukan kepada memenuhi kehendak masyarakat.

Tahap: 1 Memberi Bantuan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Menumpukan kepada mesej yang disampaikan dalam bentuk lisan dan merujuk
pelanggan kepada jabatan atau pegawai berkenaan bagi menyelesaikan masalah
berkaitan.

Contoh
Selamat pagi tuan, boleh saya bantu?

Tahap: 2 Bertindak Serta Merta

Tingkah Laku Yang Mungkin


Bertindak atau melakukan dengan serta merta mengikut keperluan pelanggan /
penyelia / rakan sekerja.

Contoh
Encik Karim meminta fail berkenaan dari saya. Saya terus ke bilik fail dan
mendapatkan fail tersebut.

Tahap: 3 Bertindak Dengan Sewajarnya

Tingkah Laku Yang Mungkin


Bertindak atau menjawab dengan serta merta dan memberikan penilaian yang betul
ke atas keperluan atau jangkaan penyelia / rakan sekerja / pelanggan dan mengambil
tindakan yang sewajarnya sehingga keperluan berkenaan dipenuhi (“pelanggan
diutamakan”).

Contoh
Saya baru sahaja hendak keluar rehat apabila seorang pelanggan datang ke kaunter.
Dia hendak memperbaharui lesennya. Saya melayani beliau terlebih dahulu sebelum
saya pergi berehat.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
78 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 4 Membuat Tindakan Susulan Terhadap Permintaan Pelanggan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Membuat tindakan susulan terhadap pertanyaan, permohonan dan aduan pelanggan.

Contoh
Saya memaklumkan kepada jabatan berkenaan berkaitan dengan aduan pelanggan
berkenaan dan menulis surat kepada beliau memaklumkan berkenaan
perkembangannya.

Tahap: 5 Mendapatkan Maklum balas

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mendapatkan maklum balas berkenaan perkhidmatan atau kerja yang dilakukan dan
mengambil tindakan pembaikan yang sewajarnya.

Contoh
Saya meminta maklum balas dari beliau berkenaan kualiti kerja saya dan mengambil
tindakan segera bagi memperbaiki kualiti kerja tersebut.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
79 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

8.3 Berorientasikan Pencapaian (Sok 2)

Definisi: Berkeinginan untuk bekerja dengan baik atau melepasi sesuatu tahap
kecemerlangan. Tahap ini mungkin merupakan prestasi sendiri pada
masa lampau (berusaha untuk penambahbaikan), satu penilaian kerja
(berasaskan keputusan), bekerja lebih baik daripada seseorang lain
(persaingan) atau mencapai matlamat-matlamat yang telah ditetapkan

Soalan Adakah seseorang berkenaan menunjukkan kemahuan untuk


Utama: mengatasi tahap prestasi dan kecemerlangan?

Mengapa Untuk sesuatu organisasi membangun dan mencapai kecemerlangan,


Ia pegawainya hendaklah mempunyai cita-cita, dorongan peribadi dan
Penting sentiasa memperbaiki prestasi kerja.

Tahap: 1 Bekerja Berdasarkan Tahap Yang Telah Ditetapkan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Bekerja berdasarkan tahap yang telah ditetapkan tanpa membuat apa-apa
peningkatan. Melakukan kerja yang telah diarahkan (yang diberikan oleh orang
atasan).

Contoh
Ketua saya meminta saya menaip sehelai surat dan saya hanya melakukannya
dengan mengikut apa yang ditulisnya.

Tahap: 2 Mahu Menjalankan Kerja Dengan Baik

Tingkah Laku Yang Mungkin


Cuba untuk melaksanakan tugas dengan baik atau betul. Menunjukkan kemahuan
untuk menjalankan kerja dengan lebih baik. Mungkin menunjukkan kekecewaan
terhadap pembaziran atau ketidakcekapan.

Contoh
Saya tahu yang ketua saya mengharapkan saya melakukannya dengan baik. Saya
berasa malu apabila saya tidak dapat memenuhi harapannya dan berasa marah
dengan diri sendiri apabila ianya terjadi.

Tahap: 3 Berusaha Untuk Memenuhi Atau Mengatasi Tahap Sedia Ada

Tingkah Laku Yang Mungkin


Bekerja keras untuk memenuhi atau mengatasi tahap atau had waktu sedia ada.

Contoh
Saya diberi masa seminggu untuk menyiapkan tugasan berkenaan. Walau
bagaimanapun, saya tahu saya boleh menyiapkannya lebih awal. Jadi, saya
menjadualkan kerja saya dan bekerja mengikut jadual berkenaan. Saya berjaya
menyiapkan tugasan berkenaan sehari lebih awal.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
80 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 4 Menetapkan Matlamat Yang Boleh Dicapai

Tingkah Laku Yang Mungkin


Menetapkan matlamat yang mencabar tetapi boleh dicapai oleh diri sendiri atau
seseorang lain.

Contoh
Saya tahu untuk berjaya adalah perlu bagi saya mendapatkan tahap pendidikan yang
lebih baik. Jadi saya bertanya berkenaan dengan kursus diploma yang ditawarkan.
Saya tahu ia adalah satu jalan yang susah tetapi saya berusaha dengan belajar dan
menghadiri kelas pada setiap malam di hari bekerja dan sepanjang hujung minggu.
Saya berjaya menamatkan kursus berkenaan dengan cemerlang.

Tahap: 5 Memperbaiki Prestasi Kerja

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mencari cara yang lebih cekap, cepat atau menjimatkan untuk melakukan sesuatu
tugasan.

Contoh
Kebiasaannya, apabila seseorang perlu mencari maklumat di dalam Internet, saya
akan melayari laman web untuk mereka. Saya dapati ia membazirkan masa kerana
ada kalanya maklumat yang diminta adalah maklumat yang sama dan kadang-kadang
ramai seseorang yang meminta maklumat tersebut. Jadi saya berbincang dengan
ketua saya berkenaan perkara tersebut sebagai usaha untuk mencari jalan yang lebih
baik mengkatalogkan maklumat berkenaan bagi memudahkan pengguna
mencapainya. Saya dapat tahu berkenaan pangkalan pengetahuan di mana maklumat
tersebut boleh disimpan. Dia bersetuju tetapi meminta saya berbincang dengan jabatan
IT berkenaan dengan kosnya. Sekarang ianya lebih cepat dan pelanggan hanya akan
datang kepada saya apabila mereka tidak dapat mencarinya di dalam pangkalan data
tersebut.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
81 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

8.4 Keberkesanan Berpasukan (Sok 2)

Definisi: Bekerjasama dan bekerja dengan baik bersama seseorang yang lain
untuk mencapai matlamat atau objektif bersama.

Soalan Bolehkah seseorang seseorang bekerja bersama seseorang lain?


Utama:

Mengapa Pekerja yang efektif tahu bahawa banyak perkara boleh dicapai melalui
Ia kerjasama secara berkumpulan daripada bergantung kepada
Penting pencapaian peribadi. Mereka memahami akan kepentingan
mewujudkan satu persekitaran kerjasama berpasukan dan dengan itu
mempunyai keinginan untuk memimpin yang lain supaya menyedari
cita-cita atau harapan organisasi.

Tahap: 1 Memberikan Sokongan Kepada Pekerja Lain.

Tingkah Laku Yang Mungkin


Sedia mengambil bahagian, menyokong keputusan kumpulan adalah ahli kumpulan
yang baik.

Contoh
Saya selalu menghadiri mesyuarat untuk memberikan sokongan saya.

Tahap: 2 Melaksanakan Peranan Sendiri.

Tingkah Laku Yang Mungkin


Melaksanakan bahagian kerjanya.

Contoh
Saya memastikan bahawa saya melaksanakan tugasan saya.

Tahap: 3 Mengambil Tindakan Susulan Terhadap Soalan Dan Permintaan


Daripada Ahli Kumpulan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Memastikan dia mengambil tindakan susulan ke atas semua soalan dan permintaan
dari ahli kumpulan bagi memastikan kerja di sempurnakan dengan betul dan
berkesan.

Contoh
Kadang kala apabila ahli kumpulan meminta bantuan saya, saya akan berusaha
membantu mereka walaupun saya mempunyai tugas sendiri.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
82 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 4 Berkongsi Pengetahuan Dengan Seseorang Lain

Tingkah Laku Yang Mungkin


Memastikan ahli kumpulan dimaklumkan dan dikemaskinikan tentang kerja serta
berkongsi semua maklumat yang berkaitan dan berguna.

Contoh
Saya mendengar berita dari kawan saya dan saya memberitahu ahli kumpulan saya
mengenainya kerana saya berpendapat ia akan memberi kesan kepada kerja kami.

Tahap: 5 Melihat Masa Depan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Melihat masa hadapan dan keperluan kerja sendiri dan menawarkan pertolongan
kepada seseorang lain.

Contoh
Selepas selesai menyiapkan kerja saya, saya akan bertanya ahli kumpulan yang lain
sekiranya mereka memerlukan pertolongan saya.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
83 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

8.5 Kesediaan Bertindak (Sok 2)

Definisi: Mempamerkan kecenderungan untuk bertindak atau melakukan lebih


daripada yang dikehendaki atau diharapkan dalam tugas. Melakukan
sesuatu kerja tanpa diminta oleh sesiapa, memperbaiki hasil kerja,
mengelakkan masalah atau mencari peluang-peluang yang baru.

Soalan Adakah seseorang berkenaan bertindak atau mengambil usaha untuk


Utama: menyelesaikan satu masalah atau menyiapkan tugasan dengan
segera?

Mengapa Seseorang yang cekap boleh menjangka masalah atau peluang dan
Ia bertindak ke atasnya dengan segera. Ia melibatkan tindakan
Penting berdasarkan budi bicara dan bukannya sekadar menunggu peluang
atau masalah itu selesai dengan sendirinya, yang membuatkannya
lebih efektif di tempat kerja.

Tahap: 1 Memenuhi Keperluan Minimum Tugasan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Memenuhi keperluan minimum sesuatu arahan/tugasan.

Contoh
Ketua saya tidak memberitahu saya apakah format yang perlu saya gunakan untuk
menaip surat ini. Jadi saya hanya menaipnya seperti yang diberi.

Tahap: 2 Melakukan Lebih Daripada Kehendak Minimum Tugasan/Kerja

Tingkah Laku Yang Mungkin


Melakukan lebih daripada perkara minimum yang dikehendaki di dalam tugasan atau
senarai tugas. (Contohnya melakukan semak-ejaan walaupun hanya diminta untuk
menaip dokumen sahaja).

Contoh
Saya menyediakan salinan fotostat suatu laporan dan mendapati kulit depannya kotor.
Saya memaklumkan mengenainya kepada ketua saya.

Tahap: 3 Menyedari Masalah Dan Cuba Untuk Menyelesaikannya

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mempunyai kebolehan untuk melihat perkara yang perlu dilakukan sebelum diminta
oleh sesiapa. Mengenal pasti masalah dan cuba untuk menyelesaikannya dengan
cara yang paling baik mengikut kemampuannya.Tidak mudah putus asa apabila
sesuatu perkara tidak berjalan lancar.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
84 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Contoh
Pernah berlaku satu masalah di mana mesin pendua rosak dan seorang pegawai
perlu mendapatkan salinan laporan secepat mungkin. Saya mempunyai sedikit
pengetahuan untuk membaiki mesin tersebut, jadi saya menawarkan diri
membaikinya.

Tahap: 4 Mengenalpasti Masalah dan Memastikan Masalah Diselesaikan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mengenal pasti masalah dan memastikan masalah tersebut dapat diselesaikan
(mungkin menyelesaikan masalah dengan cara tersendiri atau meminta pertolongan
seseorang lain) Mencari maklumat daripada pelbagai sumber sebelum memilih
caranya sendiri untuk mencapai matlamat.

Contoh
Pernah berlaku masalah dengan sistem telekomunikasi, jadi saya memanggil syarikat
telekomunikasi tersebut untuk memperbaikinya. Memandangkan ianya adalah sistem
yang utama, saya perlu bersama mereka dan memastikan kerja mereka berjalan
dengan lancar.

Tahap: 5 Mencari Tanggungjawab Baru

Tingkah Laku Yang Mungkin


Bersedia dan bersemangat untuk mencari atau menerima tanggungjawab yang
bertambah.

Contoh
Terdapat sebuah kaunter baru dibuka untuk produk-produk baru. Memandangkan
saya telah berada dalam jawatan yang sama selama tiga tahun, saya mahu mencuba
sesuatu yang lain dan lebih mencabar. Jadi saya memohon jawatan itu.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
85 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

8.6 Keinginan Menimba Pengetahuan (Sok 2)

Definisi: Keinginan untuk belajar perkara baru, mendapat maklumat /


pengetahuan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan atau
menyelesaikan masalah.

Soalan Adakah seseorang berkenaan mempamerkan keinginan untuk belajar


Utama: dan menambahkan pengetahuan?

Mengapa Pekerja yang berkesan menunjukkan minat yang mendalam untuk


Ia menimba pengetahuan bagi membangunkan diri / menyelesaikan
Penting sesuatu tugas. Mereka memperluaskan pengetahuan mereka dengan
membaca, menghadiri bengkel atau berbincang dengan rakan sekerja.

Tahap: 1 Sentiasa mengemaskini Pengetahuan Tentang Kerja

Tingkah Laku Yang Mungkin


Sentiasa mengemaskini dengan pengetahuan teknikal dan aturan kerja sendiri.

Contoh
Saya mendapati kami tidak perlu memberikan Borang B dan C kepada pelanggan
lagi. Sekarang mereka hanya perlu melengkapkan satu borang sahaja iaitu Borang A.
Ini kerana semua maklumat penting dalam Borang A terdiri dari Borang B dan C.

Tahap: 2 Sentiasa Mengemas kini Pengetahuan Berkenaan Dengan Proses


Yang Memberi Kesan Kepada Pelaksanaan Tugas

Tingkah Laku Yang Mungkin


Sentiasa mengikuti perkembangan terkini berkenaan pengetahuan teknikal atau
aturan kerja yang berkaitan dengan tugas dan proses-proses yang memberi kesan
kepada pelaksanaan tugas dengan berkesan.

Contoh
Terdapat beberapa bengkel yang berlangsung serentak. Walaupun saya ditugaskan
untuk menyediakan tempat makan tengah hari untuk satu bengkel sahaja, saya perlu
mengetahui sama ada bengkel-bengkel lain akan menggunakan tempat yang sama.
Sekiranya ada, saya perlu menyediakan kad nama untuk bengkel saya, supaya para
peserta tidak terkeliru.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
86 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 3 Menghadiri Latihan / Bengkel Yang Diperlukan Oleh Tugas

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mengetahui tentang latihan / bengkel yang diperlukan oleh tugas dan memohon
supaya dilatih, Menghadiri latihan / bengkel seperti yang diarahkan oleh unit / agensi /
organisasi.

Contoh
Saya berurusan dengan pelanggan yang berbagai ragam dan ada antaranya yang
membuat aduan tanpa henti. Kebiasaannya saya hanya mendiamkan diri kerana saya
tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Jadi apabila saya mengetahui tentang bengkel
khidmat pelanggan, saya meminta kepada ketua saya untuk menghadirinya.

Tahap: 4 Bertanya Soalan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Bertanya soalan secara langsung kepada mereka yang tahu jawapan kepada situasi
berkenaan, seperti mereka yang terlibat secara langsung, Menggunakan maklumat
yang ada atau merujuk kepada sumber-sumber lain, Menunjukkan perasaan ingin
tahu atau minat berkenaan sesuatu perkara, isu atau seseorang.

Contoh
Ia mudah sahaja. Apabila mereka memaklumkan bahawa masa menunggu adalah
antara 5 hingga 6 bulan, saya terus bertanya, “Adakah ini had masa kamu atau kami
atau adakah ianya selaras dengan garis panduan perkhidmatan?”

Tahap: 5 Menyiasat Atau Mencari Maklumat

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mencari maklumat tambahan dari mereka yang lebih tahu berkenaan masalah atau
situasi berkenaan, Sentiasa mencari maklumat, kaedah dan teknologi terbaru yang
mungkin memberi kesan kepada organisasi.

Contoh
Beberapa pekerja dari organisasi itu datang untuk membuat persediaan bagi bengkel
mereka. Saya hanya diarah untuk menyediakan satu bilik sahaja sedangkan mereka
memerlukan 3 buah bilik. Saya terus memaklumkan perkara tersebut kepada pegawai
yang bertugas dan jawapan yang saya terima ialah beliau terlupa untuk memberitahu
saya tentang perubahan tersebut. Saya terpaksa menyimpan dahulu marah saya
kerana mereka ini meminta penyelesaian. Saya cuba mendapatkan 2 lagi bilik dan
menyediakannya untuk mereka.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
87 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

8.7 Kematangan Emosi (Sok 2)

Definisi: Bertindak dengan cara mengenali dan memahami masalah, kehendak


dan perasaan mereka.

Soalan Bolehkah seseorang berkenaan memahami dirinya dan perasaan dan


Utama: tindakan seseorang lain?

Mengapa Pegawai awam sering berurusan dengan orang ramai dan pelbagai
Ia situasi yang mencabar di tempat kerja. Berdasarkan peranan yang
Penting mereka laksanakan untuk Kerajaan, Tingkah Laku mereka sering dinilai
oleh masyarakat. Ini menuntut supaya pegawai Kerajaan mempunyai
kebolehan membaca dan memahami seseorang lain, dan juga
memahami bagaimana emosi diri boleh melahirkan reaksi dan emosi
yang pelbagai. Oleh itu, adalah penting untuk membuat penilaian diri
sendiri dan mengendalikan tanggapan masyarakat, supaya tugas dapat
dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Tahap: 1 Cuba Untuk Bertolak Ansur

Tingkah Laku Yang Mungkin


Boleh bertolak ansur di dalam tindakan dan percakapan

Contoh
Saya tidak menyukai warna bajunya tetapi saya tidak memberitahunya.

Tahap: 2 Cuba Untuk Tidak Menyinggung Perasaan Orang Lain

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mengawal diri supaya tidak membuatkan seseorang lain sedih dan berkecil hati.

Contoh
Saya cuba berhenti dari bertanggapan buruk kepadanya kerana ini akan
menyebabkan ramai orang kecewa.

Tahap: 3 Cuba Memahami Perasaan Orang lain

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mengambil masa untuk mendengar dan memahami masalah orang lain.

Contoh
Saya duduk bersamanya untuk mendengar masalahnya.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
88 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 4 Memahami Angin (Mood) dan Perasaan Seseorang Lain

Tingkah Laku Yang Mungkin


Boleh untuk memaham mood (angin) dan perasaan seseorang lain.

Contoh
Ketua saya sangat marah pagi ini. Saya tidak mahu dimarahinya jadi saya
menjauhinya.

Tahap: 5 Memahami Penyataan Bukan Lisan (Non-Verbal)

Tingkah Laku Yang Mungkin


Boleh mentafsirkan komunikasi bukan lisan (raut wajah, bahasa badan) atau Tingkah
Laku.

Contoh
Dia seorang yang pendiam. Saya tahu sesuatu telah menyinggung perasaannya.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
89 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

8.8 Berkesan & Berpengaruh (Sok 2)

Definisi: Mempunyai pengaruh yang positif (secara langsung dan tidak


langsung) terhadap seseorang lain melalui kebolehan untuk bertenang
dan mengawal emosi dan boleh meneruskan kerja walaupun
berhadapan dengan masalah.

Soalan Adakah seseorang berkenaan mempamerkan kebolehan untuk


Utama: memberikan kesan kepada seseorang lain melalui kawalan emosinya?

Mengapa Terdapat banyak aspek yang perlu dipenuhi dalam sesuatu bidang
Ia pekerjaan yang memerlukan pegawai Kerajaan untuk bekerja dengan
Penting seseorang lain dalam pelaksanaan tugasnya. Kadangkala dia perlu
berhadapan dengan tekanan, penentangan dan bantahan dari pihak
lain. Dengan bersikap tenang dia akan menunjukkan imej yang positif
tentang dirinya yang boleh mempengaruhi pihak lain untuk
menyertainya

Tahap: 1 Mengawal Emosi Tetapi Tidak Menunjukan Tingkahlaku Untuk


Mempengaruhi Seseorang Lain

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mengawal emosi dari mempengaruhi kerja dan mengawalnya dari mengganggu
perasaan apabila berurusan dengan seseorang lain.

Contoh
Pelanggan memarahi saya kerana kesilapan yang terdapat dalam pembayaran bil.
Saya hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan.

Tahap: 2 Mengekalkan Cara Kerja Yang Berterusan dan/atau Cuba


Mempengaruhi Orang Lain Melakukannya Juga

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mengekalkan cara kerja yang berterusan meskipun dalam suasana kerja yang
mencabar dan cuba mempengaruhi orang lain melakukannya juga.

Contoh
Ini adalah bulan yang sungguh sibuk untuk semua orang dalam jabatan saya kerana
mereka mahu cepat menyiapkan laporan akhir tahun. Di samping itu kadangkala
mereka menuntut sesuatu yang tidak munasabah. Saya hanya bersabar dan
menyambung kerja saya seperti biasa. Selepas beberapa ketika, mereka dapat
bertenang semula.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
90 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 3 Mengekalkan Mutu Kerja Yang Efektif dan Cuba Memujuk Seseorang
Lain Untuk Melakukannya Juga

Tingkah Laku Yang Mungkin


Bekerja dengan efektif di atas kehendak persekitaran dan mempengaruhi indivdu-
seseorang ain untuk melakukannya juga.

Contoh
Ini adalah bulan yang sangat sibuk bagi setiap orang dalam jabatan saya kerana
mereka bergegas untuk menyiapkan laporan akhir tahun. Saya sebenarnya suka
bekerja dalam keadaan yang terdesak kerana ia menuntut saya bekerja dengan
tekun. Dan apabila mereka melihat saya bekerja dengan semakin pantas, saya
memberi mereka tanggapan bahawa saya boleh bertahan semasa krisis. Saya juga
memberitahu mereka bahawa kita patut belajar mengawal perasaan.

Tahap: 4 Bertenang Dalam Menghadapi Kesulitan dan Mempengaruhi Seseorang


Lain Untuk Menyertainya

Tingkah Laku Yang Mungkin


Bersabar dan mengekalkan mutu kerja yang efektif apabila berhadapan dengan
aduan atau kritikan.

Contoh
Agak sukar untuk bekerja dengan ketua saya. Ini dapat dibuktikan dengan beberapa
orang pekerja yang telah berhenti kerja dalam masa 2 bulan sahaja. Kadangkala saya
tidak faham mengapa beliau suka mengkritik saya walaupun hanya kerana satu
kesalahan yang kecil sahaja. Selepas beberapa lama, saya faham bagaimana dia
bekerja dan tekanan yang dihadapinya. Jadi sekarang saya hanya mempersetujui
komennya dan cuba untuk memudahkan kerjanya. Kemudian, rakan sekerja mula
menyanjung saya dan bertanya bagaimana saya melakukannya.

Tahap: 5 Bersikap Profesional Semasa Berhadapan Dengan Keadaan Yang


Tertekan dan Mempengaruhi Seseorang lain Menyertainya.

Tingkah Laku Yang Mungkin


Menunjukkan sikap yang profesional melalui nada suara, perlakuan dan komen
apabila berhadapan dengan tekanan.

Contoh
Ada satu masa dimana rakan sekerja saya salah faham arahan saya dan melakukan
cara kerja yang berlainan dari yang diminta. Jadi ketua saya memarahinya dan
menyebabkan dia betul-betul marah dan kemudiannya memarahi saya pula. Saya
marah sangat kerana saya telah menjelaskan kepada dia dengan betul berkenaan
dengan kerja tersebut. Saya cuba bertenang dan berkata “ Saya minta maaf kerana
awak telah mendapat keterangan yang salah mengenai kerja itu. Tetapi cuba ingat
semula perubahan yang telah saya beritahu awak dengan saya menuliskannya untuk
awak juga. Walaubagaimanapun, adalah tidah penting untuk kita mempersoalkannya
sekarang. Yang penting sekarang ialah menyiapkan kerja ini dan memastikan tidak
berlaku kesilapan lagi.” Saya bercakap dengan baik kepadanya dan dia serta-merta
‘sejuk’ dan boleh menerimanya.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
91 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

8.9 Kesedaran Berorganisasi (Sok 2)

Definisi: Tahu dan faham bagaimana menggunakan hubungan pekerjaan dalam


organisasi/unitnya sendiri sebagaimana juga di luar organisasinya
(Contohnya Kementerian, agensi Kerajaan dan swasta). Tahu siapa
pembuat keputusan sebenar, pihak yang boleh mempengaruhi mereka
dan isu-isu politik yang memberi kesan kepada keputusan.

Soalan Adakah seseorang berkenaan faham dan/atau menggunakan


Utama: perhubungan pekerjaan untuk melaksanakan tugas? Adakah
seseorang berkenaan dapat mengenalpasti dan/atau menggunakan
kefahaman tentang perbezaan agama dan budaya semasa berurusan
dengan mereka?

Mengapa Pegawai awam diharapkan dapat bekerja dengan baik bersama


Ia seseorang atau jabatan lain supaya lebih efektif. Oleh kerana struktur
Penting Kerajaan umumnya berbentuk birokrasi/hierarki, pegawai Kerajaan
patut memahaminya dengan baik, tahu siapa yang terlibat,
terutamanya mereka yang boleh membantunya bagi menjayakan
kerjanya.

Tahap: 1 Sensitif Terhadap Perbezaan Budaya

Tingkah Laku Yang Mungkin


Menyedari perbezaan agama dan budaya pelbagai seseorang yang dihadapinya,
misalnya perkataan-perkataan yang terlarang dan lain-lain perilaku yang unik.

Contoh
Sebagai seorang wanita saya biasanya menunggu lelaki melayu menghulurkan
tangan untuk berjabat tangan kerana saya tahu sesetengah mereka tidak bersalaman
dengan wanita atas sebab agama.

Tahap: 2 Menggunakan Kefahaman Mengenai Perbezaan Budaya

Tingkah Laku Yang Mungkin


Memahami dan menyedari perbezaan budaya antara seseorang yang berurusan
dengan mereka dan membuat tindakan yang sewajarnya.

Contoh
Saya faham bahawa orang berbangsa Cina tidak suka akan nombor ‘4’. Jadi
biasanya, apabila pelanggan berbangsa Cina meminta untuk menukar nombornya
saya akan memberi kebenaran.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
92 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 3 Tidak Berpolitik

Tingkah Laku Yang Mungkin


Menumpukan hanya kepada kerjanya sahaja dan tidak mengambil tahu politik di
dalam organisasi.

Contoh
Ada yang mengatakan Mr. X bertukar kerana Mr. Y dan disokong oleh beberapa
seseorang lain. Saya rasa semua orang patut berhenti membuat cerita dan hanya
menumpukan kepada kerja mereka.

Tahap: 4 Memahami Struktur Rasmi Di Dalam Unit/ Agensi/ Organisasi.

Tingkah Laku Yang Mungkin


Menyedari dan atau menggunakan perkara-perkara yang sepatutnya ada di dalam
organisasi atau agensi untuk menjayakan suatu tugas. Struktur rasmi yang
dimaksudkan ialah sistem hierarki, kedudukan kuasa peraturan dan undang-undang,
arahan umum, polisi dan cara kerja, visi, misi, objektif khusus, program, aktiviti dan
inisiatif Kerajaan/agensi.

Contoh
Sebagai persiapan diri, saya harus mengetahui fungsi kementerian berkenaan dan
memahami programnya. Ia mempunyai 5 Jabatan iaitu Jabatan 1,2,3,4 dan 5. Di
dalam proses untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya adalah penting untuk
saya mengetahui jabatan yang sepatutnya dirujuk untuk perkara-perkara tertentu.

Tahap: 5 Memahami Struktur Tidak Rasmi di dalam Unit/ Agensi/Organisasi

Tingkah Laku Yang Mungkin


Memahami struktur rasmi dan tidak rasmi di dalam Kerajaan atau agensi berkenaan
dan bagaimana suatu kerja itu dilaksanakan.Mengenali seseorang pembuat
keputusan akhir dan seseorang yang boleh mempengaruhi.Tahu menggunakan
saluran tidak rasmi untuk melaksanakan suatu kerja apabila ianya tidak dapat
dilakukan menerusi saluran rasmi.

Contoh
Saya perlu mengetahui dengan siapa saya berurusan, saya juga perlu mengetahui
struktur kuasa di dalam kumpulan yang kecil itu. Ini kerana kadang kala di dalam
sebuah pejabat, Pegawai Tadbir adalah ketua bagi unit berkenaan tetapi kuasa Ketua
Kerani adalah lebih besar.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
93 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

8.10 Keyakinan Diri (Sok 2)

Definisi: Menunjukkan imej yang positif terhadap diri dan kemahiran sendiri,
serta keupayaan dalam membuat pertimbangan.

Soalan Adakah seseorang berkenaan percaya dengan kebolehannya sendiri


Utama: dalam menjalankan tugas.

Mengapa Pegawai awam menyedari perlunya sikap yakin kepada diri sendiri dan
Ia mempunyai kepercayaan terhadap keupayaan mereka untuk
Penting melaksanakan tugas dengan memuaskan.

Tahap: 1 Berkeinginan Untuk Memiliki Keyakinan Diri.

Tingkah Laku Yang Mungkin


Menyatakan keperluan dan mencari maklumat untuk mempertingkatkan keyakinan
diri.

Contoh
Setiap orang memerlukan keyakinan diri dalam melakukan tugasan dengan betul.
Begitu juga dengan saya. Saya juga memerlukannya. Oleh itu, saya suka membaca
buku-buku motivasi seperti ini yang mengajar bagaimana untuk memiliki keyakinan
diri.

Tahap: 2 Bertindak Dengan Penuh Keyakinan Dalam Bidang Kerja.

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mempersembahkan diri dengan penuh keyakinan dalam bidang tugas sendiri.

Contoh
Saya tahu mengenai tugas saya. Saya boleh melaksanakan tugas saya walaupun
dengan mata yang tertutup.

Tahap: 3 Bertindak Secara Positif Terhadap Cabaran

Tingkah Laku Yang Mungkin


Menghadapi cabaran dengan bersikap positif dan yakin boleh.Bekerja dengan
penyeliaan yang minimum, terutamanya dalam bidang tugas yang baru.

Contoh
Saya mendapati saya berseorangan dalam menguruskan bangunan tersebut
memandangkan seorang lagi pegawai telah ditukarkan. Saya berasa agak takut
kerana inilah pengalaman pertama saya menjalankan tugas berseorangan tetapi saya
yakin boleh melakukannya.Saya hanya perlu sedikit masa untuk menyesuaikan diri.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
94 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 4 Berkeyakinan Dengan Pandangan Sendiri

Tingkah Laku Yang Mungkin


Membuat keputusan berdasarkan penilaian sendiri (tidak hanya mengikut pandangan
kebanyakan orang) dan menyokong serta mempertahankannya.

Contoh
Saya berpengalaman 20 tahun dalam bidang penyediaan makanan di hospital. Baru-
baru ini ada pegawai dari bahagian Teknologi Makanan telah mencadangkan
penukaran bahan perasa untuk masakan dari bahan asli kepada bahan perisa tiruan
yang dibuat dari bahan kimia. Saya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana
khuatir ia akan memberi kesan sampingannya.

Tahap: 5 Belajar Daripada Kesilapan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Menunjukkan sikap terbuka dalam menerima kritikan yang membina dan belajar dari
kesilapan.

Contoh
Selama saya bekerja saya telah menggunakan kertas pendua hanya pada sebelah
muka sahaja. Ketua saya telah menegur saya supaya menggunakan kertas pendua
tersebut semaksimum yang boleh (kedua-dua belah muka surat). Ini adalah untuk
menjimatkan kos peralatan pejabat.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
95 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

8.11 Mengutamakan Masyarakat Daripada Diri Sendiri (Sok 2)

Definisi: Prihatin dan peka dalam melakukan kerja yang berkaitan dengan
undang-undang dan peraturan dan menerima arahan.

Soalan Adakah seseorang berkenaan mempamerkan komitmen untuk


Utama: berkhidmat kepada agensi dan masyarakat?

Mengapa Adalah penting bagi pegawai Kerajaan memahami tugas mereka dalam
Ia menyumbang ke arah pembangunan masyarakat. Memahami
Penting tanggungjawab mereka yang pelbagai akan membawa maksud baru
kepada kerja mereka yang membolehkan mereka mencapai tahap
yang tertinggi di dalam bidang kerja mereka. Nilai-nilai murni ini akan
membantu mereka membuat yang terbaik walaupun berhadapan
dengan keadaan yang rumit dan menghadapi rintangan atau risiko
sendiri.

Tahap: 1 Mempamerkan Keprihatinan Terhadap Ketepatan Masa, Kejujuran Dan


Etika

Tingkah Laku Yang Mungkin


Sampai ke tempat kerja tepat pada waktunya, sentiasa bersopan dan membantu
pekerja yang lain dan juga pelanggan luaran.

Contoh
Lebih dari lima tahun, saya tidak pernah datang lewat ke tempat kerja.

Tahap: 2 Memahami Undang-undang Dan Peraturan Agensi

Tingkah Laku Yang Mungkin


Menunjukkan kepekaan dan memahami semua peraturan dan undang-undang
agensi.

Contoh
Saya tahu kami tidak dibenarkan memakai gaun pendek ke pejabat.

Tahap: 3 Memantau Undang-undang Dan Peraturan.

Tingkah Laku Yang Mungkin


Dengan sendirinya berusaha untuk memantau dan mematuhi semua undang-undang
dan peraturan agensi.

Contoh
Kerana saya tahu kami tidak dibenarkan memakai skirt pendek ke pejabat, saya tidak
pernah memakainya sebelum ini.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
96 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 4 Menyokong Budaya Dan Imej Agensi

Tingkah Laku Yang Mungkin


Memahami dan menyokong misi dan matlamat organisasi seiring dengan aktiviti dan
keutamaan sendiri untuk mencapai matlamat organisasi.

Contoh
Agensi berkenaan mahu mempromosikan satu imej yang profesional. Jadi saya selalu
memastikan saya berpakaian kemas dan sentiasa profesional di tempat kerja saya.

Tahap: 5 Menunjukkan Keprihatinan Terhadap Kebolehan Dan Keupayaan Diri

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mempercayai bahawa seseorang lain akan dinilai oleh agensi berdasarkan tindakan
mereka. Jadi keprihatinan terhadap pandangan orang lain terhadapnya dan
mengambil usaha yang lebih untuk menyokong kebolehan, keupayaan dan
reputasinya.

Contoh
Apabila saya mendengar mereka bercakap tentang perkara yang buruk berkenaan
saya dan kerja saya, saya akan serta merta bertanya mereka mengapa mereka
berkata begitu dan memahami segala salah faham kerana saya tidak mahu
merosakkan imej jabatan saya.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
97 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

8.12 Pemikiran Adaptif (Mudah Suai) (Sok 2)

Definisi: Menggunakan pengetahuan dan pengalaman sendiri untuk


menyelesaikan masalah dengan cara yang bersesuaian.

Soalan Bolehkah seseorang berkenaan menilai maklumat atau situasi dan


Utama: mengambil tindakan atau penyelesaian yang sewajarnya?

Mengapa Mempunyai keupayaan untuk berfikir dengan teliti dan logik akan
Ia membolehkan seseorang pegawai menjalankan kerjanya dengan
Penting berkesan.

Tahap: 1 Mengikut Arahan

Tingkah Laku Yang Mungkin


Melaksanakan tugasan langkah demi langkah seperti yang diarahkan.

Contoh
Ketua saya memberi arahan yang lengkap kepada saya. Pertamanya, saya menaip
dokumen yang diberi. Kemudian, saya memeriksa ejaan seperti yang diarahkan.
Setelah selesai, saya membuat dua salinan hitam putih seperti yang diminta.

Tahap: 2 Melakukan Tugas Dengan Sistematik

Tingkah Laku Yang Mungkin


Melakukan tugas dengan membahagikannya secara teratur (contoh: tahu apa yang
perlu dilakukan dahulu dan kemudian)

Contoh
Ia adalah satu tugas harian. Saya telah melakukannya berulang kali dan boleh
membuatnya dengan mata tertutup. Setiap pagi, saya akan memungut surat dan
menyusunnya mengikut nama pegawai dan jabatan. Selepas itu, saya menghabiskan
masa dengan mengedarnya.

Tahap: 3 Mengenalpasti Masalah Yang Berlaku Semasa Menjalankan Tugas

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mengenal pasti masalah yang berlaku dalam bidang tugas sendiri tetapi tidak
mengetahui kesannya.Menggunakan peraturan asas, logik dan pengalaman lepas
untuk mengenal pasti masalah.

Contoh
Saya menerima aduan daripada salah seorang penghuni asrama. Permaidani
biliknya basah. Saya tahu ia disebabkan oleh penghawa dingin yang telah bocor
selama seminggu.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
98 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Tahap: 4 Memahami Keadaan Atau Kesan Sesuatu Masalah

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mengenal pasti masalah, melakukannya dalam bentuk tugasan mudah dan
memahami kesannya.

Contoh
Oleh kerana saya memikirkan dari segi pengeluaran, ia tidak boleh dilakukan
berseorangan. Kita perlu bertanyakan soalan, membuat kajian, penyelidikan dan
mendapatkan data yang tepat. Jadi jika kita bekerja sendirian, ia akan menyukarkan
saya sebagai ketua kumpulan.

Tahap: 5 Mengkaji Keadaan Atau Masalah Secara Logik

Tingkah Laku Yang Mungkin


Mengkaji masalah secara logik, mengenal pasti sebabnya dan mencari penyelesaian
kepada masalah yang berlaku.

Contoh
Saya memikirkannya secara berbeza. Seorang pembantu veterinar bukanlah seorang
juruteknik. Mereka mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang berbeza. Kita tidak
boleh menukarkan orang hanya kerana terdapat keperluan mendesak. Kita mahu
kerja dilakukan dengan sempurna. Saya rasa mereka telah kehilangan fokus terhadap
objektif tugas berkenaan.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
99 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

9 SENARAI KOMPETENSI KEMAHIRAN/PENGETAHUAN

9.1 Kemahiran Generik

Kompetensi Definisi

Komunikasi Kebolehan untuk bertukar-tukar maklumat dan idea secara lisan


dan dalam bentuk penulisan dan menyampai mesej kepada
pendengar dengan berkesan menggunakan kaedah dan alat-alat
komunikasi yang sesuai.

Pengurusan Kebolehan untuk mengurus, menyelia dan/atau membangunkan


Manusia sumber manusia dengan berkesan. Ia boleh dilaksanakan melalui
amalan pengurusan sumber manusia seperti pengurusan prestasi,
latihan, kaunseling dan motivasi untuk memastikan objektif-objektif
Kerajaan dapat dicapai. Pada tahap yang paling rendah,
kemahiran ini termasuk kebolehan untuk berurusan dengan rakan
sejawat atau pihak atasan dalam aktiviti harian mereka.

Penyelesaian Kebolehan untuk menggunakan proses logik untuk mengenal pasti


Masalah masalah dan kemudian mengkaji serta menilai masalah tersebut
untuk mencari jalan penyelesaian.

Perancangan Kebolehan untuk menentukan objektif, mengenal pasti sumber


dan yang diperlukan dan/atau menyelaras atau merangka aktiviti
Pengurusan secara sistematik termasuk mesyuarat, acara, program dan
sebagainya demi mencapai objektif Kerajaan.

Perkhidmatan Kebolehan untuk memahami dan bertindak balas memenuhi


Pelanggan permintaan dan keperluan pelanggan, memberi perkhidmatan
yang berkualiti dan berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan
kepada seseorang awam dan pihak swasta.

Polisi dan Kebolehan untuk memahami, merangka dan menguatkuasakan


Prosedur dasar, undang-undang, peraturan dan prosedur Kerajaan untuk
memastikan semua tindakan dan aktiviti yang dijalankan oleh
pihak berkaitan adalah sejajar dengan dasar dan prosedur yang
telah ditetapkan. Sebagai contoh, kepatuhan kepada Perintah Am,
protokol Dewan Pembedahan, Undang-Undang Kecil Bangunan,
Undang-Undang Industri Ternakan dan seumpamanya.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
100 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

9.2 Kemahiran Fungsian

Kompetensi Definisi

Audit Kebolehan untuk memeriksa dan menilai proses, prosedur dan


maklumat perniagaan dan kewangan dan/atau teknikal,
perubatan dan klinikal untuk memastikan kesahihan,
pematuhan dan kualiti.

Kemahiran Kebolehan untuk memberi maklum balas yang khusus dan


Maklum Balas terperinci kepada pihak lain tentang kelakuan atau prestasi,
dengan memberi galakan berterusan dan tumpuan kepada
ruang-ruang untuk penambahbaikan.

Membina Keupayaan untuk mengenal pasti peluang, membina dan


Rangkaian mengekalkan hubungan menggunakan teknik membina-
Hubungan hubungan dalam rangkaian antarabangsa dan tempatan
dengan cara usaha sama dan kerjasama.

Membuat Kebolehan untuk menggunakan pengetahuan dan kepakaran


Keputusan dalam memikirkan sesebuah masalah atau idea, dan lain-lain,
dan kemudian membuat pilihan atau pertimbangan/ pilihan
bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau memutuskan
sesuatu idea.

Mengajar Keupayaan untuk menggunakan pelbagai teknik mengajar;


memahami dan menggunakan psikologi pembelajaran untuk
menyampaikan pengetahuan terhadap subjek akademik atau
kemahiran praktikal kepada seseorang atau sekumpulan
orang.

Pembangunan & Keupayaan untuk menilai keperluan pembangunan dan


Penilaian membangun program / kurikulum untuk merapatkan jurang
Program pembangunan dan menilai keberkesanannya dan memastikan
penyampaian program dan struktur yang digunakan dapat
memenuhi objektif yang ditetapkan.

Pemudahcaraan Kebolehan untuk memudahkan interaksi di antara dua atau


lebih pihak bagi meningkatkan pemahaman dan memenuhi
keperluan mereka.

Penasihatan dan Kebolehan untuk memberi nasihat atau maklumat berkenaan


Perundingan bidang kemahiran tersendiri untuk meningkatkan pemahaman
topik yang berkaitan dan seterusnya memudahkan pembuatan
keputusan untuk orang lain.

Pengurusan Keupayaan untuk menguruskan keperluan bakat semasa dan


Bakat ramalan untuk masa hadapan; dan membentuk pelan tindakan
yang boleh memastikan pembekalan dan permintaan
kemahiran dan bakat yang telah dikenal pasti dapat dicapai.

Pengurusan Keupayaan untuk memahami, mentafsir dan menggunakan

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
101 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Kompetensi Definisi
Ganjaran mekanisme ganjaran dan strategi untuk mendorong dan
mengiktiraf pencapaian kumpulan pekerja, dengan ini
mencapai objektif dan sasaran Kerajaan.

Pengurusan Keupayaan untuk menguruskan kepelbagaian seseorang dan


Kepelbagaian kumpulan secara proaktif dan memaksimumkan prestasi
Kumpulan sementara mengenal pasti dan menyesuaikan perbezaan
Pekerja seseorang dan latar belakang mereka dari segi kepakaran,
kebudayaan dan minat.

Pengurusan Kebolehan untuk merangka struktur perjalanan kerjaya yang


Kerjaya jelas dan efektif untuk memenuhi objektif serta matlamat
seseorang dan Kerajaan.

Pengurusan Kebolehan untuk bertindak secara tepat pada waktunya


Krisis dan dengan berkesan dan membuat tindakan pembetulan yang
Penyelesaian bersesuaian untuk membetul dan mengawal situasi khusus
dan menjamin kepentingan semua pihak terpelihara.

Pengurusan Keupayaan untuk membina, mengawal dan memastikan


Kualiti pematuhan terhadap rancangan, dasar, prosedur dan piawaian
untuk mencapai objektif Kerajaan dan memenuhi kehendak
pelanggan. Aktiviti merangkumi pemantauan yang
berterusan/penilaian terhadap prestasi kerja, pembangunan
dan penambahbaikan kualiti piawaian dan penandaarasan
untuk mencapai atau menjangkaui keperluan kerja dan
penambahbaikan proses. Ia adalah untuk memupuk budaya
kualiti dan memastikan inisiatif Pengurusan Kualiti diterima dan
diamalkan dalam Kerajaan.

Pengurusan Keupayaan untuk melaksanakan peranan urusetia atau


Mesyuarat pengerusi dalam mengendalikan mesyuarat; sebelum, semasa
dan selepas mesyuarat. Kemahiran ini juga merangkumi
keupayaan untuk menaip, mengumpul data, menulis minit dan
sebagainya.

Pengurusan Kebolehan untuk menganalisis, mengguna dan mengurus


Pengetahuan maklumat dalam pelbagai format untuk tujuan khusus dan
pada masa yang sama, menyumbang dan berkongsi
pangkalan pengetahuan yang relevan dengan orang lain.

Pengurusan Kebolehan untuk merancang, melaksana dan memantau


Perubahan aktiviti-aktiviti yang direka khusus untuk membangun dan
memudahkan orang yang sedang melalui proses perubahan
menjalankan tugas mereka dengan berkesan dan cekap untuk
mencapai objektif organisasi. Ia juga meliputi kebolehan untuk
mengurus perhubungan antara manusia, proses dan teknologi
bagi memastikan pelaksanaan yang berkesan untuk inisiatif
perubahan yang baru.

Pengurusan Keupayaan untuk merancang, membentuk objektif, melatih,


Prestasi menerima dan memberi maklum balas kepada kumpulan
pekerja secara tetap untuk membantu perkembangan

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
102 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Kompetensi Definisi
seseorang sejajar dengan matlamat dan objektif Kerajaan.

Pengurusan Keupayaan untuk memantau dan memastikan sumber projek


Projek digunakan secara berkesan dan milestone kritikal telah dicapai
mengikut objektif projek melalui aktiviti, seperti pengurusan
kontrak dan dokumentasi, perancangan / penilaian projek,
perbelanjaan dan sebagainya.

Pengurusan Keupayaan untuk memahami, memerhati dan mematuhi norma


Protokol dan amalan antarabangsa, tempatan, perniagaan dan
kebudayaan yang berbeza.

Pentadbiran dan Kebolehan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pentadbiran dan


Penyenggaraan kerja-kerja sokongan seperti merekod & mengkatalog,
membuat salinan fotokopi, membeli inventori pejabat,
menyenggara kemudahan dan peralatan pejabat, membuat
penjadualan, mengurus stor dan seumpamanya.

Penyampaian Keupayaan untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran


Program untuk mengurangkan jurang antara keperluan kerja dan
kompetensi sebenar dengan tujuan untuk memperbaiki
prestasi.

Penyelidikan dan Keupayaan untuk membina, mengenal pasti, mengumpul,


Pembangunan menganalisis, mengesah dan menggunakan maklumat untuk
tujuan yang tertentu, seperti mengenal pasti pembangunan
baru dan peluang penambahbaikan, mencari / menyatukan
amalan terbaik, dan sebagainya. Ia termasuk kebolehan untuk
memperoleh dana bagi aktiviti-aktiviti penyelidikan dan
pembangunan.

Penyiasatan dan Kebolehan untuk menguatkuasakan peraturan dan undang-


Penguatkuasaan undang, (contohnya, undang-undang berkaitan dengan
Kesihatan Awam dan Farmasi) dan menyiasat dan
menyelesaikan kes-kes yang memberi kesan ke atas
keselamatan orang ramai dan Kerajaan.

Perakaunan Kebolehan untuk memahami dan menggunakan prinsip dan


piawaian perakaunan untuk menyediakan laporan kewangan
berkala bagi memudahkan pembuatan keputusan yang
berkesan bagi pihak Kerajaan.

Perancangan Keupayaan untuk menggunakan proses yang sistematik untuk


Penggantian mengenal pasti keperluan pengurusan masa hadapan dan
menyediakan pelan kontigensi untuk menghadapi keadaan
yang di luar jangkaan bagi memastikan sumber tenaga kerja
adalah mencukupi pada masa tertentu supaya kerja kritikal
dapat disempurnakan dan urusan / kerja dapat diteruskan.

Perancangan Keupayaan untuk menganalisis haluan perniagaan, implikasi


Strategik dan pilihan untuk membentuk rancangan yang menyeluruh dan
jangka panjang bagi mencapai objektif Kerajaan dan matlamat

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
103 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Kompetensi Definisi
masa hadapan.

Perhubungan Keupayaan untuk merancang, menyelaras dan memantau


Awam peristiwa dan sumber dengan pelbagai pihak dalam
mempromosikan kesedaran awam, pembelajaran dan
penerimaan untuk memastikan kejayaan pelaksanaan dasar
dan perancangan Kerajaan. Ini bertujuan untuk membina dan
mengekalkan suatu imej yang positif terhadap Kerajaan.

Rundingan Keupayaan untuk menggunakan kaedah yang bersesuaian


dalam mengendalikan rundingan dengan berkesan dalam
perkara yang berkaitan dengan jualan, kontrak, pekerja dan
perniagaan dan perniagaan antarabangsa dan isu politik.

9.3 Kemahiran Teknologi Komunikasi Maklumat

Kompetensi Definisi

Aplikasi Kebolehan untuk menggunakan aplikasi Kerajaan Elektronik (EG)


Kerajaan seperti GOE, Sistem Pemantauan Projek (PMS) dan Sistem
Elektronik Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) dan perisian
(EG) pemproses kata, spreadsheet, penyampaian, pangkalan data
(database), e-mel dan internet bagi menyempurnakan tugas-tugas
bersangkutan dengan kerja.

Peralatan Kebolehan untuk menggunakan alat-alat pejabat (alat fotokopi,


Produktiviti mesin penjilidan/faksimili dan lain-lain) bagi menyempurnakan
Pejabat tugas-tugas bersangkutan dengan kerja.
(OPT)

Perisian Kebolehan untuk menggunakan perisian komputer untuk


Computer merekabentuk bangunan-bangunan, yang sebelum ini dilakukan
Aided Design dengan menggunakan pensel, pen dan kertas dan mencipta
(CAD) gambaran 3-dimensi sesuatu objek atau bangunan dengan bantuan
perisian tersebut.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
104 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

9.4 Kemahiran Bahasa

Untuk setiap pegawai (kecuali KPT), Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dikenal
pasti sebagai dua bahasa yang diperlukan.

Kompetensi Definisi

Bahasa Kebolehan untuk bertutur dan menulis di dalam Bahasa Inggeris


Inggeris

Bahasa Kebolehan untuk bertutur dan menulis di dalam Bahasa Malaysia


Malaysia

9.5 Kemahiran Teknikal

Kompetensi Definisi

Berkebun Kebolehan untuk menggunakan alat-alat kebun yang sesuai dan


menggunakan teknik-teknik yang betul dalam penanaman dan
penyelenggaraan kebun. Ia termasuk memangkas, menanam
semula, mencabut rumput dan membaja.

Diagnostik Kebolehan untuk memasang komponen-komponen elektronik


Pembaikan atas papan litar dan menjalankan ujian menggunakan peralatan
Perkakasan dan diagnostik yang sesuai untuk memastikan fungsian. Ini termasuk
Perisian memahami gambar rajah elektronik, membaiki perkakasan
komputer dan menyelesaikan masalah-masalah berkaitan
perisian.

Housekeeping Kebolehan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan seperti


membuang habuk, membersih, mencuci dan sebagainya, bagi
tujuan menghapuskan kotoran dan bakteria, sekaligus
mengekalkan kekemasan tempat/bangunan.

Kaunseling Kebolehan untuk menggunakan semua tahap kemahiran, sama


ada rendah, sederhana dan tinggi, termasuk memberi perhatian
kepada Tingkah Laku, membuat pemerhatian, membuat
ringkasan, mendengar, menggalakkan perhubungan yang erat,
membuat struktur, berfikir dengan dalam tentang maksud, dan
lain-lain.

Kebolehan Kebolehan untuk memahami teknik-teknik pengaturcaraan dan


Pengaturcaraan pelbagai bahasa pengaturcaraan dan menggunakan pakej-pakej
/ Programming pembangunan perisian untuk mencipta program-program
aplikasi dan penyelesaian masalah

Kejuruteraan Kebolehan untuk merancang, mereka bentuk dan menyenggara


Awam kemudahan-kemudahan struktur. Ini termasuk menggunakan
pengetahuan dalam bidang geoteknik, hidraulik dan struktur,
aplikasi komputer dan sub-bidang seperti kejuruteraan awam,
kejuruteraan persekitaran, kejuruteraan pengangkutan dan

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
105 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Kompetensi Definisi
Pembinaan.

Keselamatan Kebolehan untuk melindungi premis dan harta dari bahaya,


kekerasan atau rompakan.

Keselamatan Kebolehan untuk melakukan aktiviti-aktiviti pemantauan ke atas


ICT sistem ICT, menganalisis dan meramal trend serangan siber.
(Pemantauan)

Keselamatan Kebolehan untuk memahami secara keseluruhan keperluan


ICT keselamatan ICT dan melaksanakan asas-asas keselamatan
(Pengurusan yang kukuh.
Keselamatan)

Lukisan Kebolehan untuk memahami dan melukis skema dan pelan-


Teknikal pelan dengan menggunakan perisian teknikal seperti Computer
Aided Design (CAD).

Memasak Kebolehan untuk menggunakan proses-proses memasak dan


teknik-teknik yang bersesuaian seperti menggoreng, merebus,
mengukus atau membakar untuk menghasilkan makanan.
Kebolehan ini termasuk mengubah tahap pemanasan/suhu alat-
alat memasak dan juga merasa makanan. Ia melibatkan urusan
menyediakan/memasak makanan dan/atau sajian normal dan
terapeutik mengikut menu dan resipi yang ditetapkan.

Menaip Kebolehan untuk menggunakan mesin taip dan pemproses kata


untuk menyediakan dokumen-dokumen pada kelajuan yang
boleh diterima.

Mengarkib Kebolehan untuk merekodkan dan menyimpan karya-karya


bersejarah/lama bagi rujukan masa hadapan.

Mengukur Kebolehan untuk memastikan daya maju ekonomik projek-projek


Bahan yang dicadangkan melalui pengukuran kuantiti/bahan binaan
(Quantity yang efektif, anggaran, kejuruteraan perolehan, pengurusan
Surveying) projek, perancangan projek, ekonomi pembinaan, kejuruteraan
kos dan undang-undang pembinaan.

Menyelesaikan Kebolehan untuk menggunakan alat-alat memantau rangkaian


Masalah untuk memeriksa dan mengesan sumber-sumber masalah
Rangkaian rangkaian dan mengesyorkan penyelesaian-penyelesaian untuk
mengatasi masalah-masalah berkenaan.

Mereka Bentuk Kebolehan untuk mengenal pasti, mereka bentuk dan memilih
Soalan kaedah-kaedah peperiksaan yang efektif seperti ujian objektif
Peperiksaan dan subjektif mengikut tahap kesukaran. Ini termasuk mereka
bentuk soalan-soalan percubaan dengan pengetahuan
kontekstual untuk mencabar penuntut-penuntut dan menguji
keupayaan pembelajaran mereka.

Multimedia Kebolehan untuk memahami konsep-konsep multimedia dan


fungsi-fungsinya, membuat halaman web dan aplikasi,

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
106 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Kompetensi Definisi
mengguna peralatan multimedia, perkakasan dan perisian dan
menyediakan persembahan multimedia.

Pemasangan Kebolehan untuk memasang dan menguji perkakasan, perisian,


dan Pengujian rangkaian dan prasarana ICT lain yang berkaitan.
Prasarana ICT

Pemasangan Kebolehan untuk memahami lampu dan litar kuasa dalam unit-
Pendawaian / unit perumahan dan industri/komersil dan mengukur parameter
Kabel dan elektrik dengan menggunakan peralatan elektrikal. Ia termasuk
Penyenggaraan juga kebolehan untuk menginterpretasikan pelan elektrikal,
menyelesaikan masalah-masalah lampu dan litar kuasa, dan
menyelesaikan masalah-masalah kecil yang berkaitan dengan
litar elektrik.

Pembangunan Kebolehan untuk membina sistem penggunaan bekerja dari reka


dan bentuk yang lebih terperinci dan dibangunkan semasa
Penyenggaraan penganalisisan dan reka bentuk sistem. Ia termasuk kebolehan
Sistem untuk menyelenggarakan sistem dan membuat penukaran serta
pembaikan ke atas sistem seperti yang diperlukan oleh pemilik-
pemilik sistem.

Penganalisisan Kebolehan untuk mengumpul, mengkaji, memahami dan


dan Pentafsiran menginterpretasikan data dengan memeriksa bahagian-
Data bahagian dan perhubungannya bagi tujuan mengemukakan satu
laporan keputusan.

Penganalisisan Kebolehan untuk mengenal pasti dan keperluan bagi


dan melaksanakan sistem manual semasa, dan juga kebolehan
Rekabentuk untuk mengenal pasti perisian.
Sistem

Pengetahuan Kebolehan untuk menggunakan pengetahuan tentang laluan-


Laluan (Route laluan yang terbaik untuk sampai di satu destinasi yang spesifik
Knowledge) dalam masa yang terpendek.

Penggunaan Kebolehan untuk menggunakan alat-alat seperti penukul, gergaji,


Peralatan dan penyepit, sepana, playar, pemutar skru, gergaji besi, pahat, test
Penyelenggara pen dan alat-alat elektrik am, mekanikal dan tukang paip yang
an Am lain untuk menjalankan kerja-kerja penyenggaraan am.

Penggunaan Kebolehan untuk menggunakan senjata api (pistol, senapang


Senjata Api dan sebagainya) sejajar dengan undang-undang berkaitan
dengan pengurusan dan pengendalian senjata api (Akta
Senjatapi 1971).

Pengkatalogan Kebolehan untuk merekodkan satu senarai karya, biasanya


dalam satu susun atur yang khas dan dengan deskripsi setiap
perkara.

Pengklasifikasi Kebolehan untuk mengklasifikasikan dan mengindeks karya-


an Buku dan karya seseorang bagi tujuan merekodkan dan mengesan

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
107 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Kompetensi Definisi
Mengindeks perkara-perkara dengan mudah dan praktikal.

Pengurusan Kebolehan untuk menyelaraskan dan mengurus perjalanan


Asrama harian asrama termasuk menyimpan rekod-rekod penghuni,
menyediakan perkhidmatan pembekalan makanan dan
kemudahan-kemudahan asas seperti membersihkan bilik dan
sebagainya.

Pengurusan Kebolehan untuk menyusun atur dan mengarahkan perjalanan


Lalu Lintas lalu lintas dan memeriksa supaya kenderaan-kenderaan tidak
diletakkan di tempat yang salah.

Pentadbiran Kebolehan untuk memasang, menyenggara dan mentadbir


Pengkalan Data pangkalan-pangkalan data. Ini termasuk menyediakan
dokumentasi pangkalan data, penyelesaian masalah dan
mengadakan sistem sokongan (back-up) ke atas pangkalan
data.

Penyediaan Kebolehan untuk mengenal pasti dan mengukur jumlah yang


Makanan tepat bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan
makanan/sajian. Ini termasuk menggunakan pelbagai alat-alat
memasak dan dapur.

Perakaman Kebolehan untuk mengendalikan peralatan berkaitan penerbitan


Video dan video seperti kamera video, sistem suara (mikrofon) dan sistem
Perfileman pencahayaan. Ini termasuk kebolehan untuk menjalankan
penyuntingan video digital dan sound mixing dan menggunakan
teknik-teknik pembangunan skrip dan kaedah-kaedah story
boarding.

Peralatan Kebolehan untuk menggunakan peralatan-peralatan dan/atau


Mencetak dan perisian yang relevan untuk mengimbas, mencetak, menyalut,
Menerbit menjahit, dan melipat bahan-bahan penerbitan.

Pertahanan Diri Kebolehan untuk menggunakan teknik-teknik mempertahankan


diri yang betul semasa membuat tangkapan orang awam.

Rangkaian ICT Kebolehan untuk mereka bentuk, membangun, mengoperasikan


dan menyenggara rangkaian ICT.

Reka Bentuk Kebolehan untuk mereka bentuk, melapis, mencipta ilustrasi dan
Grafik susun atur, dan menggunakan pengetahuan tentang pusingan
warna (primary, secondary and tertiary colours) untuk
menambah baik reka bentuk.

Sistem Kebolehan untuk pindah muat, mengkonfigurasi, dan


Pengoperasian menyelesaikan masalah pelbagai sistem pengoperasian dan
platform.

Sistem Kebolehan untuk menggunakan penyelesaian-penyelesaian


Pengurusan pengurusan perpustakaan secara automatik untuk memastikan
Perpustakaan pengurusan perpustakaan yang efektif.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
108 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Kompetensi Definisi

Teknik-Teknik Kebolehan untuk memahami dan menggunakan prinsip-prinsip


Fotografi asas fotografi termasuk penggunaan peralatan dan perisian,
jenis-jenis filem dan kelajuan, pencahayaan dan komposisi,
teknik-teknik kewartawanan foto dan proses-proses bilik gelap
yang sesuai.

Trengkas Kebolehan untuk menggunakan kaedah menulis dengan cepat


dalam bentuk singkatan dan simbol, terutamanya apabila
menerima sesuatu yang direncanakan.

Ulasan Buku Kebolehan untuk menulis ringkasan yang tepat dan padat
dan Penulisan tentang sesuatu karya.
Sinopsis

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
109 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

10 SOALAN – SOALAN YANG KERAP DITANYA (FREQUENTLY ASKED


QUESTIONS)

Berikut adalah senarai soalan-soalan beserta yang kerap dikemukakan oleh pegawai
agensi dalam menggunakan kamus ini dengan jawapan yang bersesuaian. Tujuan
senarai ini adalah untuk membantu setiap pegawai agensi memahami kamus dan
model kompetensi ini tanpa sebarang keraguan dan kekaburan.
1) Apa itu Kompetensi?
Kompetensi ialah Tingkah Laku, kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk
melaksanakan sesuatu tugas.
2) Apakah itu Kompetensi Tingkahlaku?
Kompetensi Tingkah Laku ialah sifat tersembunyi pada seseorang yang mempunyai
kaitan rapat dengan ukuran prestasi, sama ada seseorang itu efektif atau cemerlang
dalam melaksanakan tugas atau semasa menghadapi situasi.
3) Apakah maksud sifat tersembunyi?
Sifat tersembunyi bermaksud kompetensi yang agak mendalam dan kukuh pada
personaliti seseorang yang boleh diramal tingkah lakunya dalam pelbagai situasi
dan tugas.
4) Apakah maksud kaitan rapat?
Kaitan rapat bermaksud sesuatu kompetensi itu boleh menyebabkan atau meramal
sesuatu Tingkah Laku dan prestasi.
5) Apakah maksud ukuran prestasi (criterion reference)?
Ukuran prestasi bermaksud bahawa kompetensilah sebenarnya yang meramalkan
sama ada seseorang itu melakukan sesuatu dengan baik atau tidak baik,
berdasarkan ukuran spesifik. Contoh-contoh ukuran ialah banyaknya jumlah jualan
yang berjaya diperoleh oleh jurujual atau jumlah seseorang permohonan yang dapat
diproses dalam sehari oleh seseorang pegawai.
6) Apakah ciri-ciri kompetensi?
Ciri-ciri kompetensi ialah Kemahiran, Pengetahuan, Nilai-nilai, Peranan Sosial, Imej
Diri, Sifat dan Motif/Tujuan.
7) Apa itu kemahiran?
Kemahiran ialah kebolehan untuk melakukan sesuatu tugas secara fizikal atau
mental. Contohnya, kemahiran secara fizikal seseorang Pegawai Pergigian ialah
menampal gigi tanpa menjejaskan saraf gusi; Kemahiran secara mental
seseseorang Pengatur cara Komputer ialah untuk menyusun 50,000 kod dalam
urutan logik.
8) Apakah itu Pengetahuan?
Pengetahuan ialah maklumat yang dimiliki oleh seseorang dalam sesuatu bidang.
Contohnya, pengetahuan seseseorang pakar bedah ialah tentang urat saraf dan
otot pada tubuh manusia.
9) Apakah itu Nilai?
Nilai ialah kepercayaan yang dipegang seseorang – iaitu yang mereka dipercayai
penting untuk dihayati atau dilakukan.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
110 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

10) Apakah itu Peranan Sosial?


Peranan Sosial ialah imej yang ditunjuk oleh individu kepada masyarakat.
Contohnya, Ketua Kampung selalunya dilihat sebagai individu yang bijak dan adil.
11) Apakah itu Imej-Diri?
Imej-Diri ialah identiti atau harga diri yang ada pada seseorang. Contohnya,
bagaimana seseorang seseorang melihat dirinya sebagai ketua kumpulan.
12) Apakah itu Sifat?
Sifat ialah satu watak yang agak kekal dan stabil dalam Tingkah Laku seseorang,
contohnya kecepatan bertindak dan penglihatan yang jelas adalah kompetensi sifat
fizikal bagi seseorang juruterbang perang.
13) Apakah itu Motif?
Motif ialah keinginan atau pemikiran yang berterusan yang mendorong Tingkah
Laku. Ia adalah perkara yang sering difikirkan atau diingini oleh seseorang yang
melahirkan sesuatu Tingkah laku. Motif ‘mendorong, mengarah dan menentukan’
Tingkah Laku ke arah sesuatu tindakan dan objektif atau menjauhi daripadanya.
Contohnya seseorang yang bermotifkan pencapaian selalunya menetapkan
matlamat yang mencabar untuk dirinya, bertanggungjawab untuk
menyempurnakannya dan menggunakan maklum balas untuk membaiki diri.
14) Apakah itu Model/Kamus Kompetensi?
Model Kompetensi merupakan satu set kompetensi yang membentuk sebuah model
untuk kejayaan sesebuah organisasi, peringkat, tugas atau peranan. Ia
mempamerkan kesemua tingkahlaku, kemahiran dan pengetahuan kritikal yang
mempengaruhi kejayaan dalam sesuatu peranan yang diberikan. Seseorang
seseorang boleh menggunakan Model Kompetensi untuk mengenal pasti:
• keperluan kompetensi dalam tugasannya;
• kekuatan dan bidang-bidang untuk dibaiki dalam tugasannya, dan
• bidang-bidang untuk pembelajaran berterusan dan kemajuan profesional.
15) Apakah perbezaan antara Kompetensi Kemahiran & Pengetahuan dan Kompetensi
Tingkah Laku?
Kemahiran dan Pengetahuan mudah dikenal pasti dan dibina. Ianya adalah perlu
tetapi tidak mencukupi untuk membezakan individu yang cemerlang dengan yang
biasa. Kompetensi Tingkah Laku adalah lebih rumit untuk dikenal pasti dan dibina.
Kompetensi Tingkah Lakulah sebenarnya yang akan membezakan seseorang
cemerlang dengan yang biasa.
16) Kamus ini mengandungi maklumat mengenai Tingkah Laku dan kemahiran, di mana
pula maklumat mengenai pengetahuan?
Pengetahuan adalah asas kepada kemahiran. Pengetahuan ialah maklumat yang
ada pada individu itu dalam bidang-bidang yang tertentu. Contohnya pengetahuan
seseorang ahli bedah mengenai urat saraf dan otot di dalam tubuh manusia.
17) Bagaimanakah Model/Kamus Kompetensi digunakan?
Model/Kamus Kompetensi akan digunakan dalam memberikan garis panduan
mengenai kompetensi yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu tugas itu
dengan kompeten.
18) Apakah model kompetensi akan digunakan untuk menentukan laluan kerjaya/
kenaikan gaji?

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
111 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

Pada tahap ini, model kompetensi tidak akan digunakan dalam menentukan laluan
kerjaya / kenaikan gaji. Satu proses penerapan konsep kompetensi perlu
dilaksanakan terlebih dahulu, sebelum ianya digunakan untuk tujuan tersebut.
19) Apakah modul dalam HRMIS yang akan menggunakan model kompetensi?
Modul-modul yang melibatkan model kompetensi termasuklah Formulasi dan Kajian
Strategi, Perolehan Sumber, Pengurusan Prestasi, Pengurusan Kerjaya, Penilaian
Kompetensi, Pembangunan dan Komunikasi Pegawai serta Pengurusan Tingkah
Laku.
20) Apakah yang digunakan untuk membentuk Model Kompetensi?
Pelbagai data telah digunakan untuk membentuk Model Kompetensi iaitu:
• Data Induktif: Data tentang imperatif-imperatif strategik (misi, visi, strategi,
peranan dan objektif) dan cabaran-cabaran semasa / masa hadapan yang
dihadapi oleh Kerajaan telah dikumpulkan dan dianalisis. Maklumat-maklumat
yang diperoleh telah memperlihatkan perspektif-perspektif tentang kompetensi
Tingkah Laku dan kemahiran / pengetahuan yang diperlukan oleh pegawai-
pegawai Kerajaan.
• Data Deduktif: Aktiviti-aktiviti pengumpulan maklumat berasaskan keterangan
(temu duga mendalam dan bengkel kumpulan fokus) telah dijalankan ke atas
pegawai Kerajaan dari pelbagai Kumpulan Perkhidmatan, Klasifikasi
Perkhidmatan dan Skim Tugas. Data-data yang diperoleh ini telah memberikan
keterangan tentang kompetensi Tingkah Laku dan kemahiran / pengetahuan
yang dipamerkan dalam aktiviti-aktiviti harian oleh pegawai Kerajaan dari
pelbagai peringkat.
• Masa Kini dan Masa Hadapan: Kesemua data induktif dan deduktif telah
dikumpulkan untuk menggambarkan keadaan masa kini dan masa hadapan
perkhidmatan Kerajaan. Data-data ini telah dianalisis secara tema dan statistik
untuk menentukan kesan-kesan ke atas kompetensi Tingkah Laku dan
kemahiran / pengetahuan pegawai Kerajaan pada MASA KINI dan MASA
HADAPAN.
21) Bagaimanakah data diperoleh?
Data-data telah diperoleh melalui sesi temu duga perseseseorangan dengan Ketua
Agensi dan Think Tank, aktiviti Pembentukan Model Budaya Kerja, Sesi Panel
Pakar, Kajian literatur, sesi kumpulan fokus dan temu duga BEI.
22) Apakah itu aktiviti Pembentukan Model Budaya Kerja?
Pembentukan Model Budaya Kerja ialah pemahaman dan penganalisisan tentang
jenis budaya kerja yang dipraktikkan pada masa ini dan juga pemahaman tentang
jenis budaya kerja akan datang setelah mengambil kira matlamat dan arah tuju
sesuatu organisasi.
23) Apakah itu Sesi Panel Pakar?
Sesi Panel Pakar adalah sesi di mana pegawai kanan setiap agensi hadir bersama
untuk memahami dan membincangkan tentang arah tuju organisasi dan apakah
kompetensi yang diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi tersebut.
24) Apakah itu Sesi Kumpulan Fokus?
Kumpulan Fokus ialah sesi di mana pegawai-pegawai pelbagai jabatan berkumpul
untuk memberi maklumat tentang jawatan mereka - iaitu, apakah kompetensi yang
diperlukan untuk menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan jawatan mereka
dan juga memberi contoh ciri-ciri pekerja yang cemerlang.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
112 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

25) Apakah itu BEI?


BEI ialah Behavioural Event Interview. Ianya adalah proses temu duga di mana
pekerja cemerlang dan biasa menerangkan dalam perkataan mereka sendiri, apa
yang mereka telah ucapkan, rasa, fikir dan lakukan dalam kerja mereka. Mereka
diminta menceritakan pengalaman menggembirakan dan mendukacitakan.
Temuduga tersebut dirakam, ditaip dan dikodkan untuk pelbagai Kompetensi
Tingkah Laku.
26) Mengapakah tidak semua dijemput menyertai sesi pengumpulan data?
Proses pengumpulan data adalah berdasarkan JAWATAN dan bukan Pemiliknya.
Oleh itu, adalah tidak perlu bagi kesemua pemilik jawatan untuk menyertai sesi
pengumpulan data. (Nota : Pemilihan wakil untuk setiap jawatan di agensi telah
dilakukan oleh pegawai kanan di setiap agensi berkenaan).
27) Bagaimanakah saya membina Kompetensi
• Proses Pembinaan kompetensi melibatkan 6 langkah iaitu;
• Pengenalan – “ Saya tahu apabila saya melihatnya”
• Pemahaman – “ Saya tahu bagaimana ia memberi kesan kepada prestasi”
• Penilaian Diri Yang Tepat - “ Saya tahu yang saya tidak melakukannya”
• Percubaan – “ Saya telah mencubanya”
• Amalan – “Saya telah mempraktikkannya dan bertambah baik”
• Aplikasi Semasa Bekerja – “ Ia sekarang berlaku secara semula jadi kepada
saya”
28) Adakah sektor awam yang lain menggunakan kompetensi dalam perkhidmatan
mereka? Bagaimanakah mereka menggunakannya ?
Ada. Sebahagiannya menggunakan pendekatan kompetensi berasaskan trend di
dalam organisasi lain, sebahagian lain menggunakannya untuk pengurusan
Prestasi, Latihan dan Pembangunan, Penggajian dan Penggredan, Strategi
Integrasi Sumber Manusia dan Pengurusan Perubahan Budaya Kerja.
29) Adakah saya boleh menggunakan Model/Kamus Kompetensi?
Ya, semua maklumat boleh diperoleh melalui HRMIS.
30) Bagaimanakah kemahiran teknikal saya boleh dinilai?
Kemahiran teknikal akan dinilai menerusi sistem penilaian diri dan disahkan oleh
pegawai atasan anda.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
113 - 114
Mengurus Prestasi Melalui Kompetensi

11 PENYENGGARAAN KAMUS & MODEL KOMPETENSI

Model kompetensi dibina menggunakan data yang diperoleh daripada pelbagai punca
yang menunjukkan bukti-bukti Tingkah Laku dan kemahiran/pengetahuan yang
dipamerkan oleh pegawai agensi, masa sekarang dan akan datang, sekitar 3 hingga 5
tahun. Pada akhir tempoh ini, setiap agensi dinasihatkan untuk melihat semula model
kompetensi ini bagi menilai kesesuaiannya. Ini adalah kerana jawatan dan kerja di
agensi adalah dinamik dan bidang kerja mungkin telah bertambah pada waktu tersebut,
yang seterusnya memerlukan penambahan kepada kompetensi Tingkah Laku dan/atau
kemahiran/pengetahuan.
Proses penyenggaraan Kamus dan Model Kompetensi akan diuruskan oleh
Jawatankuasa Pemandu Agensi yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang telah
mendapat pendedahan metodologi HayGroup, khususnya dalam pembinaan Model
Kompetensi. Jawatankuasa Pemandu Agensi dikehendaki mengadakan pertemuan dan
dari semasa ke semasa melaporkan kepada JPA mengenai sebarang perubahan
terhadap kamus dan Model Kompetensi. Kejayaan proses ini secara keseluruhannya
amatlah bergantung kepada komitmen yang ditunjukkan oleh setiap pegawai Agensi.

HayGroup® Dokumen Kerajaan Malaysia


KAMUS KOMPETENSI JPA (0410)
114 - 114

You might also like