BM Kerja Kursus (Khutbah Jumaat)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

TAJUK : KAJIAN KONSONAN PINJAMAN BAHASA ARAB DALAM TEKS

KHUTBAH JUMAAT

1.0 PENGENALAN
Bahagian ini menjelaskan latar belakang kajian berkaitan konsonan pinjaman
bahasa arab serta definisi konsep penting yang digunakan dalam kajian ini.
1.1 Latar belakang
Definisi dan kajian bidang bahasa.
Bahasa ialah kebolehan semulajadi manusia yang merupakan satu
sistem simbol bunyi yang digunakan oleh sekelompok manusia untuk
berkomunikasi. Bahasa merupakan suatu elemen yang penting dalam
kehidupan seharian. Bahasa digunakan oleh manusia sebagai medium
untuk berkomunikasi, sama ada secara lisan atau bertulis. Selain itu,
bahasa juga menggambarkan akar umbi sesebuah masyarakat dari segi
adat istiadat dan sosio serta budaya kehidupan mereka. Oleh itu, tanpa
bahasa, sesuatu identiti bangsa akan pupus kerana bahasa sangat
penting bagi meneruskan kelangsungan dan ketamadunan sesuatu
bangsa.

Bidang kajian- fonologi

Fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi sesuatu


bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Bidang fonologi ini
terbahagi kepada dua cabang iaitu, fonetik dan fonemik. Fonetik ialah
bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan
memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Pengkajian fonetik
terbahagi kepada tiga cabang iaitu fonetik pendengaran, fonetik akuistik
dan fonetik artikulasi. Fonetik pendengaran [fonetik auditori] merupakan
cabang fonetik yang mengkaji pendengaran dan persepsi bunyi bahasa.
Fonetik akuistik ialah cabang yang mengkaji sifat fizikal bunyi
bahasa;bidang ini juga disebut bidang fonetik fizikal. Fonetik artikulasi
pula ialah cabang yang mengkaji fungsi alat artikulasi yang terlibat
dengan penghasilan bunyi. Fonemik pula ialah cabang fonologi yang
menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa secara sinkronik,
khususnya untuk mengenalpasti fonem-fonem dalam bahasa tersebut dan
menghasilkan sistem tulisan.

Kajian

Konsonan pinjaman merupakan salah satu bidang dalam kajian


fonetik dan fonologi. Konsonan pinjaman dalam Bahasa Melayu ialah
sejumlah perkataan yang dipinjam daripada bahasa-bahasa lain, iaitu
daripada Bahasa Arab, Bahasa Sanskrit, Bahasa Inggeris, Bahasa
Portugis, Bahasa Belanda, Bahasa Cina dan bahasa-bahasa serumpun
seperti Bahasa Jawa dan Bahasa Minangkabau. Pengaruh bahasa Arab
meresap ke dalam Bahasa Melayu dengan kedatangan islam ke alam
Melayu oleh pedagang dan pendakwah Arab suatu ketika dahulu. Proses
pengislaman bukan sahaja mengubah kepercayaan, agama, tetapi juga
memberikan kesan kepada budaya, sastera dan bahasa orang melayu.
Contoh konsonan pinjaman bahasa Arab ialah f,v,th,dh,z,sy dan gh.

Bahan kajian – teks khutbah jumaat


Pengkaji memfokuskan kajian tentang khutbah jumaat kerana
konsonan pinjaman bahasa arab berkait rapat dengan khutbah jumaat.
Khutbah ialah ucapan atau syarahan yang mengandungi nasihat atau
pengajaran yang disampaikan oleh khatib sebelum solat jumaat.
Konsonan pinjaman Bahasa Arab sering digunakan di dalam
khutbah jumaat kerana ia penting dalam menyampaikan ilmu keagamaan.
Selain itu, penulisan teks khutbah yang menggunakan pinjaman
konsonan bahasa Arab mampu memudahkan pendengar untuk lebih
memahami isi kandungan khutbah yang disampaikan.

Pernyataan masalah
Pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa masalah iaitu
pengkaji mendapati pengguna bahasa keliru dengan sebutan konsonan
Bahasa Melayu. Pengguna bahasa kadang kala keliru dengan bunyi
sebutan konsonan kerana pada pandangan mereka sebutan mereka
adalah betul. Antara konsonan tersebut ialah /g/, /j/, /p/ dan /z/. Selain itu,
kebanyakan pengguna bahasa peringkat permulaan mempunyai
kesukaran membunyikan huruf konsonan yang tepat. Mereka tidak dapat
mengenal pasti sebutan konsonan yang sebenar.

1.2 Definisi Konsep

1.2.1 Fonologi

Menurut Sharifah Husain, Mohd. Syah Aksara, Dr.D.


Kathirasan (2014: 65) menyatakan fonologi sebagai bidang yang
mengkaji bunyi dalam sesuatu bahasa dan lambang kepada bunyi
tersebut. Kajian yang berkaitan dengan penyebut Bahasa dinamik
fonetik.

Menurut Choo Say Tee, Goay Teck Chong, dan Zainuddin


Ahmad (2015 :124) berpendapat fonologi ialah cabang ilmu bahasa
yang mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.
Maksud bunyi yang berfungsi ialah bunyi yang digunakan dalam
pertuturan bahasa tersebut dan bunyi ini dikenali sebagai bunyi
bahasa. Bunyi bahasa ini disusun mengikut sistem dan kajian
fonologi bertujuan untuk menganalisis sistem tersebut.

Menurut Shamsul Mardiyyah Bahrum, Suhaimi Mohd.


Salleh, Md. Rahim Yahaya (2016:106) menyatakan fonologi ialah
cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa
dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Bunyi bahasa
disusun mengikut sistem dan bidang fonologi bertujuan untuk
menganalisis sistem ini. Bidang fonologi terbahagi kepada dua
cabang iaitu fonetik dan fonemik.

1.2.2 Konsonan Pinjaman

Menurut Shamsul Mardiyyah Bahrum, Suhaimi Mohd.


Salleh, Md. Rahim Yahaya (2016:123) menyatakan konsonan
pinjaman ialah bahasa melayu telah meminjam sejumlah perkataan
daripada bahasa-bahasa lain, iaitu daripada bahasa Sanskrit,
bahasa Arab, bahasa Inggeris dan juga daripada bahasa- bahasa
seperti bahasa Portugis, bahasa Belanda, bahasa Cina dan
bahasa-bahasa serumpun seperti bahasa Jawa dan bahasa
Minangkabau. Bunyi bahasa lain yang dipinjam ini adalah untuk
menampung kemasukan sekian banyak bentuk kata pinjaman
untuk memperkayakan khazanah perbendaharaan kata bahasa
Melayu.

Menurut Choo Say Tee, Goay Teck Chong, dan Zainuddin


Ahmad (2015 : 129) berpendapat konsonan pinjaman bahasa
Melayu digunakan pada kata-kata yang dipinjam daripada bahasa
sumber, sama ada daripada bahasa Sanskrit, bahasa Arab,
ataupun bahasa Inggeris.

Menurut Shamshul Mardiyyah Bahrum, Suhaimi Mohd


Salleh dan Md Rahim Yahaya (2019: 55) menyatakan konsonan
pinjaman bahasa melayu telah menerima sebanyak Sembilan
konsonan pinjaman yang terdiri daripada satu jenis letupan (q) dan
lapan lagi daripada jenis bunyi geseran.
2.0 OBJEKTIF
Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut :
(a) Mengenal pasti dan menyenaraikan konsonan pinjaman bahasa arab
dalam teks khutbah jumaat.
(b) Menghurai konsonan pinjaman bahasa arab dalam teks khutbah jumaat.

3.0 KEPENTINGAN

Hasil kajian ini adalah untuk:

i. Menambah dokumentasi dan bahan kajian tentang konsonan pinjaman bahasa


Arab, ii. Menjadi panduan kepada guru dan pelajar dalam pengajaran dan
pembelajaran fonologi tentang konsonan pinjam bahasa Arab,
iii. Menjadi sumber rujukan kepada pengkaji akan datang yang ingin membuat kajian
tentang konsonan pinjam bahasa Arab.

4.0 SKOP KAJIAN

Fokus kajian ini tertumpu kepada aspek konsonan pinjaman bahasa Arab dalam
khutbah jumaat.

5.0 BATASAN KAJIAN


Kajian ini tertumpu kepada kajian konsonan pinjaman bahasa Arab dalam teks
khutbah Jumaat. Pengkaji telah mengkaji sebanyak 7 khutbah untuk mencari
konsonan pinjaman Bahasa Arab yang ada. Tajuk khutbah Jumaat yang dikaji
ialah “Istiqamah dalam Beramal Ibadah”, “Kesihatan Tunjang Kekuatan Ummah”,
“Akidah dan Iman Dasar Kehidupan Seorang Muslim”, “Ciri-ciri Sifat Sabar
Seorang Mukmin”, “Tarbiah Universiti Ramadan”, “Lambaian Haji dan Tarbiah
Illahiyyah” dan “Penghayatan Ramadhan Mengikut Sunnah”. Pengkaji memilih
khutbah Jumaat kerana khutbah ini digunakan pada setiap minggu yang
mengandungi ajaran atau nasihatmengenai agama. Khutbah ini juga merupakan
khutbah yang sering digunakan di masjid-masjid seluruh Malaysia. Teks khutbah
ini diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Dalam khutbah Jumaat ini, pengkaji akan mengkaji konsonan pinjaman


bahasa Arab yang mempunyai 6 huruf iaitu z, q, f, sy, kh dan gh.

6.0 KAEDAH KAJIAN


Dalam bahagian ini, kaedah pemerolehan data dan kaedah penganalisisan data
akan dihuraikan. Pengkaji mengguna pakai kaedah analisis teks.

6.1 Pemerolehan Data


(a) Kaedah Analisis Teks/Kandungan
i. Teks Moden
Pengkaji menggunakan bahan teks khutbah Jumaat untuk
memperoleh data bagi kajian ini.

6.2 Penganalisisan Data


Data akan dianalisis dengan mempersembahkan perkataan-perkataan
dalam bentuk jadual. Seterusnya pengkaji menghuraikan data dalam bentuk
pemerenggan

You might also like