Zaharah Binti Jaafar

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Zaharah Binti Jaafar, Saemah Binti Yusof & Zainudin Bin Md. Nor. (2010).

Prospek Industri
Jahitan Desa: Kajian Kes Daerah Perak Tengah. Shah Alam: Institut Penyelidikan,
Pembangunan Dan Pengkomersilan, Universiti Teknologi Mara.

ABSTRAK Kajian ini adalah berkenaan prospek aktiviti menjahit pakaian sebagai sebuah
industri desa di Daerah Perak Tengah. la bertujuan untuk mengenal pasti kebolehan dan tahap
kemahiran penduduk setempat dalam bidang jahitan. Telah didapati daripada kajian awal bahawa
kebanyakan ahli keluarga di kalangan kaum wanita memang tahu menjahit. Tetapi persoalannya
ialah setakat mana ilmu pengetahuan, kemampuan dan kemahiran mereka dapat dieksploitasi
untuk menjalankan aktiviti menjahit yang bersifat komersial. Adakah ia berpotensi untuk
mengamalkan sistem dan kaedah pengeluaran secara kilang (mass-production)? Apakah jenis
rekabentuk produk yang sesuai dengan tahap kemahiran mereka? Dari segi sejarah, kegiatan
menjahit di Malaysia, khususnya di kalangan bangsa Melayu, adalah menjadi satu kemestian
dalam sesebuah keluarga di desa-desa kerana ia adalah salah satu budaya kehidupan dan
keperluan sosio-ekonomi mereka. Kebanyakan daripada mereka mula belajar secara bertanya
dan melihat dari contoh (sample) produk terdahulu. Tetapi minat dan keinginan mereka ini
semakin tepelihara selepas negara mencapai kemedekaan. Lanjutan dari itu, kerajaan telah
mewujudkan beberapa agensi (lebih dari 30 buah agensi) bagi memberi latihan dan kemudahan
secara progresif. Lanjutan daripada penubuhan MARA pada 1966, banyak agensi ditubuhkan
seperti Bahagian Industri Kampung (BIK), Bahagian Kemajuan Masyarakat (KEMAS),
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia(PKKM), Pusat Pemasaran Karyaneka, Infokraft dan
Batik Malaysia Berhad (BMB). Terdapat tiga masalah yang dihadapi industri desa yang
berkaitan secara langsung dengan penyelidikan ini iaitu masalah pengurusan, kekurangan
teknologi dan pengetahuan teknikal serta kekurangan tenaga pekerja mahir. Masalah pengurusan
timbul kerana pengusaha industri desa secara relatimya mempunyai tahap pendidikan yang
rendah serta kelayakan atau latihan professional yang terhad. Masalah kekurangan teknologi pula
merujuk kepada industri desa yang mengunakan teknologi lama (tradisional) kerana kekurangan
modal untuk membeli peralatan moden. Manakala, masalah yang terakhir dalam kontek kajian
ini ialah kekurangan tenaga pekerja mahir. Kebanyakan pekerja dan pengusaha dalam industri ini
terdiri daripada golongan tua yang kurang produktif. Kaedah yang digunakan dalam penyilidikan
ini berupa suatu siri ujian jahitan ke atas para responden yang terdiri daripada surirumah yang
menetap di Daerah Perak Tengah. Tahap ujian terbahagi kepada 4 skil/tahap kemahiran iaitu
Tahap 1 - Asas jahitan, Tahap 2 - Pertengahan, Tahap 3 - Lanjutan dan Tahap 4 - Pengetahuan
Jahitan Tangan. Bilangan peserta yang hadir adalah seramai 185 orang. Kesemuanya adalah
wanita dalam lingkungan usia dari 20 tahun hingga ke lebih 50 tahun. Pada Tahap 1, peserta
dikehendaki membuat 3 jahitan lurus, 3 jahitan Zig-Zag dan 3 jahitan bengkang-bengkok di atas
helaian kain yang telah siap di potong. Pada tahap 2, peserta dikehendaki mencantum dan
menjahit (seaming) dua helaian kain dengan jahitan 'open seam' dan 'french seam' (kelim
betawi). vn

5 Pada Tahap 3, Peserta dikehendaki membuat poket tampal (patch pocket) yang berbentuk
empat segi dan bulat (round pocket). Pada Tahap 4 pula Peserta dikehendaki membuat 'hemming'
mengunakan jahitan tangan 'silang pangkah' (diagonal stitch) dan 'sempat susup' (blind stitch).
Keputusan analisa data menunjukkan dari segi potensi tenaga kerja, aktiviti jahitan di kalangan
surirumah dalam daerah Perak Tengah berada pada tahap yang baik. Berdasarkan keputusan
analisa tersebut, penyelidik berpendapat bahawa terdapat potensi tenaga kerja yang tinggi untuk
bidang perindustrian desa pembuatan pakaian di daerah ini. Potensi tenaga kerja yang tinggi ini
tidak boleh disia-siakan. Pihakpihak berkenaan perlu mengeksploit peluang ini ke arah kebaikan
para penduduk setempat. Dari segi potensi skil menjahit, bolehlah dirumuskan bahawa
kebanyakan para peserta hanya mempunyai kemahiran yang sederhana atau lemah dalam bidang
jahitan pakaian. Dicadangkan supaya bakal-bakal pekerja ini perlu didedahkan dengan keperluan
perniagaan seperti dalam kilang pembuatan pakaian. Ini merangkumi aspek-aspek mutu dan
tempoh pengeluaran. Manakala, dari segi potensi membuat pakaian pula boleh dirumuskan
bahawa kemahiran membuat pakaian di kalangan para peserta berada ditahap yang belum
memuaskan. Bakal-bakal tukang jahit ini perlu diberi latihan khusus membuat pakaian yang
merangkumi proses pembuatan pola dan menjahit baju sehingga siap. Kursus-kursus tersebut
perlu dijalankan dengan lebih meluas dan lebih kerap.

You might also like