Nota Elektrik

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

TOPIK : ELEKTRIK

Tenaga adalah keupayaan untuk melakukan kerja. Tenaga mempunyai pelbagai


jenis dan tenaga elektrik adalah salah satu daripadanya. Elektrik ialah sejenis
fenomena yang terhasil akibat kewujudan dan aliran cas elektrik.

5.1 Sumber Tenaga Elektrik

1. Tenaga elektrik tidak dapat dilihat tetapi fungsinya boleh diperhatikan pada
setiap masa.
2. Tenaga elektrik digunakan untuk menghasilkan cahaya, haba, bunyi dan
menggerakkan sesuatu
3. Terdapat 6 sumber tenaga elektrik iaitu:

 Stesen jana kuasa


 Sel suria
 Sel kering
 Dinamo
 Akumulator
 Penjana

Stesen jana kuasa


 Stesen jana kuasa seperti stesen jana kuasa angin, stesen jana kuasa hidroelektrik
dan stesen jana kuasa ombak menggunakan tenaga kinetik untuk menggerakkan
turbin dan menjanakan tenaga elektrik
 Terdapat juga stesen jana kuasa nuklear yang menggunakan bahan nuklear seperti
uranium dan stesen jana kuasa geoterma yang menggunakan haba batuan panas di
bawah permukaan bumi untuk menjanakan tenaga elektrik

Sel kering
 Sel kering menyimpan tenaga kimia
 Tenaga kimia ditukarkan kepada tenaga elektrik untuk menggerakkan alat
seperti kereta mainan
 Sel kering digunakan kerana saiznya yang kecil dan mudah dibawa
suria
 Sel suria menukarkan tenaga cahaya matahari kepada tenaga elektrik
 Sel suria digunakan pada alat seperti satelit dan kalkulator

Dinamo
 Dinamo ialah putaran magnet dalam gelungan wayar yang mengubah tenaga
kinetik kepada tenaga elektrik
 Dinamo dipasang pada basikal untuk menyalakan lampu pada basikal
 Apabila tayar basikal berputar, roda kecil pada dinamo turut bertukar
Akumulator
 Akumulator menukarkan tenaga kimia kepada tenaga elektrik
 Akumulator digunakan untuk menggerakkan kenderaan bermotor seperti
kereta

Penjana
 Penjana menukarkan tenaga kimia daripada bahan api fosil kepada tenaga
elektrik

You might also like