Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN

TAHUN 2021

SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM


[SEKOLAH KLUSTER
KECEMERLANGAN]

BAHASA MELAYU
TINGKATAN 3

MASA: DUA JAM

Nama Murid : _____________________________________


Tingkatan : _____________________________________
Arahan:
1. Kertas Soalan ini mengandungi tiga bahagian soalan.
2. Jawab semua soalan Bahagian A, satu soalan daripada bahagian B serta satu
soalan daripada Bahagian C.
3. Tulis jawapan pada ruangan jawapan yang disediakan.

Untuk Kegunaan Pemeriksa


Nama Pemeriksa:
Soalan Markah Penuh Markah
Diperoleh
Bahagian A 25
Bahagian B 15
Bahagian C 30
Jumlah 70

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

……………………………. ……………………………..
(ZURAINI BT KAMLUDIN @ YUSOF) (ROIHANAH IDRIS)
Guru Mata Pelajaran Ketua Panitia B. Melayu

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak.


BAHAGIAN A

[25 Markah]

Restoran Santapan Kasih


 Restoran Santapan Kasih dibuka dari jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang
pada setiap hari kecuali hari Jumaat.

Aneka pilihan masakan untuk sarapan, makan tengahari, dan minum petang.

Pelbagai jenis bubur dan kuih muih disediakan.

Tiga jenis masakan yang berkhasiat juga disediakan khusus untuk kanak-
kanak pra sekolah dan warga emas secara percuma setiap hari Isnin.

Kami juga menerima tempahan untuk majlis jamuan dan kenduri.

1. Dalam iklan di atas, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin iklan ini semula.

(i)

( ii )

( iii )

[ 3 Markah]
2. Dalam ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan
bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang
disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Angkasawan negara menceritakan tentang pengalaman beliau ketika


berada di angkasa lepas dengan semangatnya.

ii. Ke bawah Duli Tuanku sedang menyematkan bintang kebesaran ke dada


Datuk Siti sempena hari kelahiran baginda.

[2 Markah]

2
3. Baca bahan-bahan yang diberikan dengan telitinya. Kemudian, jawab soalan-soalan
berikutnya.

BAHAN 1
Alias berharap dan hendak bersuara agar namanya disebut oleh Cikgu Sunan.
Pendapatan hariannya, selepas sekolah atau pada hari minggu tidak mencukupi
walaupun beruknya yang memetik buah kelapa itu tidak pernah sakit.

“ Tolong beri nama dan hantar ke pejabat. Ada orang nak beri bantuan pakaian sikit,”
kata Guru Besar dan terus beredar.
“ Baiklah cikgu,” jawab Cikgu Sunan dan kemudian kembali duduk di mejanya.

Alias tunduk semahu-mahunya walaupun tergerak juga hendak memanggung kepala


untuk memberitahu yang dia cuma ada dua helai seluar dan sehelai baju. Sehelai untuk
dipakai ke sekolah dan sehelai lagi untuk dipakai ketika bersama-sama Chot memanjat
kelapa.
BAHAN 2
Zali datang ke sekolah berkaki ayam. Cikgu Ayub tidak begitu senang dengan
keadaan Zali. Walaupun dimarah dan didenda, Zali tetap tidak berkasut. Pada Suatu
hari, Cikgu Ayub mendenda Zali dengan mengikat kotak tisu di kedua-dua belah
kakinya. Zali berasa sangat malu. Sejak hari itu Zali tidak datang ke sekolah.

Cikgu Ayub berasa bersalah. Niatnya untuk menjadikan muridnya kelihatan kemas
tidak menyebabkan Zali tidak datang ke sekolah. Selepas seminggu Zali tidak hadir ke
sekolah, Cikgu Ayub telah ke pecan membeli kasut sekolah baharu untuk Zali. Cikgu
Ayub telah pergi ke rumah Zali untuk memberikan kasut tersebut. Cikgu Ayub berasa
sungguh hiba melihat keadaan rumah Zali.

i. Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan bantuan yang diperlukan oleh watak
Alias dan watak Zali.

[3 markah]

ii. Berdasarkan kedua-dua petikan, nyatakan persamaan antara Alias dan Zali.

3
[3 markah]
iii. Masih banyak murid sekolah yang berasal daripada keluarga yang
berpendapatan rendah.

Pada pendapat anda, bagaimanakah pihak sekolah dapat membantu murid-


murid seperti Alias dan Zali selain memberikan bantuan pakaian?.

[4 Markah]

SOALAN 3 :
NOVEL [10 MARKAH]

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
Tingkatan 3.
(i) Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar
(ii) Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya
(iii) Chot, karya Azizi Haji Abdullah
(iv) Hempasan Ombak, karya Zailiani Taslim

Perwatakan dapat melengkapkan watak sampingan dalam sesebuah novel.


Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, nyatakan dua watak dan perwatakan bagi
watak sampingan yang ada dalam novel tersebut.

You might also like