Jurnal Mingguan

You might also like

You are on page 1of 7

JURNAL MINGGUAN

MINGGU
Bilangan Jurnal : Kedua
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 21 Mac 2021 2
Tajuk : Malu untuk bercakap dengan GBK

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :


Saya telah menjalankan sesi kaunseling individu kepada murid tahun 4. Saya mendapati
ketika saya menjalankan sesi kaunseling terdapat murid yang malu untuk bercakap dengan
saya. Hal ini kerana ada murid yang mempunyai masalah kepercayaan terhadap guru-guru
di sekolah. Semasa sesi kaunseling sedang berlangsung, terdapat murid yang tidak
memberi respons yang baik dan tidak menjawab persoalan diberikan. Contohnya
masalahnya ialah ada murid senyap dan tidak bercakap dengan banyak seaktu sesi
kaunseling dilaksanakan. Pada masa yang sama, terdapat beberapa orang murid yang
mampu memberi respon dan bercakap dengan jelas.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :


Punca utama permasalahan dalam malu untuk bercakap ini ialah murid kurang
pengetahuan tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Pengalaman pertama
melaksanakan sesi kaunseling menyebabkan ada murid yang tidak tahu untuk bercakap
dan memberi respon sewaktu sesi dijalankan. Keadaan ini juga dipengaruhi oleh masalah
kemahiran sosial murid-murid lain yang kurang baik. Kesan daripada permasalahan ini, sesi
kaunseling dilaksanakan kurang berkesan dan objektif tidak dicapai oleh guru dan murid.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU


KAJIAN LEPAS) :
Menurut Lahkar (2013) menyatakan bahawa sesi kaunseling yang berkesan melibatkan
hubungan baik antara kaunselor dan klien. Membina hubungan perlu dilaksanakan dengan
berkesan bagi mewujudkan kepercayaan klien terhadap kaunselor.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya
ialah :-
i) Melaksanakan aktiviti kaunseling melibatkan aktiviti bermain.
ii) Memberi maklumat dengan jelas mengenai pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling.
iii) Menanyakan soalan yang berkait dengan minat murid-murid.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :


1 minggu

6. TINDAKAN SUSULAN :
Saya akan mengambil tindakan pembetulan iaitu menggunakan teknik menanyakan soalan
yang lebih menjurus kepada minat murid-murid. Jika malu untuk bercakap, saya akan
memberi maklumat yang jelas mengenai pelaksanaan sesi kaunseling terlebih dahulu
seterusnya membina hubungan yang baik antara satu sama lain.
JURNAL MINGGUAN

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN :


25 Mac 2021

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :


Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang
telah saya kenal pasti telah memberi impak yang memberansangkan. Kesan daripada
hubungan baik antara satu sama menjadikan sesi kaunseling berlangsung secara lebih
berkesan. Respon positif juga diberi oleh murid-murid sewaktu sesi dilaksanakan.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA


ADA) :
Saya merasa puas hati dengan tindakan yang dilakukan. Namun begitu terdapat juga
halangan dalam sesi kaunseling dilaksanakan iaitu kefahaman murid terhdapa
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang kurang jelas. Namun, tindakan yang
dilakukan ini cukup untuk memperbaiki isu yang dibangkitkan.

RUJUKAN
Lahkar Labanya (2013). Use of the Information and Communication Technology (ICT) in
teaching learning process (Availability and non availability of ICT related teaching aids in
tenth standard in schools of Gossaigaon Sub-Division), Global Research Methodology
Journal, V0l-II, 7th issue, Nov-Dec-Jan, 2012-13.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

__________________________ __________________________
Tandatangan Tandatangan
Nama : _____________________ Nama : _____________________
Tarikh : _____________________ Tarikh : _____________________

MINGGU
Bilangan Jurnal : Pertama
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 14 Mac 2021 1
Tajuk : Pempromosian perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :


Saya telah melaksanakan aktiviti promosi bagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dari kelas
ke kelas. Saya dapati murid kurang tahu akan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
khususnya murid tahap 1. Kelemahan yang dapat dikenalpasti ialah kurang tahu akan
JURNAL MINGGUAN

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah khususnya murid tahap 1. Justeru, saya dan
rakan praktikum saya telah memperkenalkan diri dan menjemput semua murid di dalam kelas
berkenaan untuk menyertai khidmat bimbingan dan kaunseling yang disediakan. Aktiviti
mempromosikan perkhidmatan ini berjalan dengan lancar dan murid-murid dapat mengetahui
maklumat serba sedikit tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling tersebut.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :


Punca yang dapat dikenalpasti ialah terdapat murid-murid yang tidak pernah masuk ke bilik
kaunseling. Hal ini kerana kedudukan bilik kaunseling yang sedia ada terletak di blok yang
berjauhan dengan pejabat. Kesan daripada kedudukan bilik kaunseling yang terletak di tingkat 3
menyebabkan murid-murid tidak mengetahui kedudukan bilik kaunseling tersebut. Ada juga yang
murid yang tidak tahu tentang perkhidmatan kaunseling kerana tidak pernah melaksanakan sesi
kaunseling di sekolah tersebut. Kekurangan maklumat tentang perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling ini menyebabkan murid-murid malu dan segan untuk berjumpa dengan guru bimbingan
dan kaunseling di sekolah.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU KAJIAN


LEPAS) :
Menurut Rheingold (2004), kedudukan bilik kaunseling yang strategik mampu menarik perhatian
dan minat murid-murid untuk memasuki bilik tersebut.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti,
saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah :-
i) Memberi maklumat secara langsung kepada murid-murid tentang perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling.
ii) Melaksanakan promosi perkhidmatan kaunseling dari kelas ke kelas.
iii) Menghias dan memastikan bilik kaunseling dalam keadaan kondusif.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :


1 minggu

6. TINDAKAN SUSULAN :
Saya akan mengambil tindakan pembetulan iaitu mempromosikan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling secara menyeluruh dari kelas ke kelas. Seterusnya saya akan membuka ruang soal
jawab untuk murid-murid bertanyakan soalan dan menjawab soalan tentang perkhidmatan yang
ditawarkan.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN :


17 Mac 2021

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :


Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah saya
kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui respon murid apabila aktiviti
promosi yang dilaksanakan. Mereka menyatakan kefahaman yang tinggi walaupon berlaku tentang
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Terdapat juga beberapa orang murid mengunjungi bilik
kaunseling sewaktu rehat untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan. Justru, murid
semakin berminat untuk menyertai perkhidmatan kaunseling yang disediakan.
JURNAL MINGGUAN

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA ADA) :


Kesan daripada tindakan yang telah saya laksanakan ialah saya berasa puas hati dengan sedikit
perubahan pengetahuan murid terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Walaupun ia
tidak dapat kekal bertahan lama namun ia cukup membantu dalam melancarkan proses kaunseling
dan bimbingan yang dilaksanakan.

RUJUKAN
Rheingold, H. (2004). Virtual Learning Enviroment (VLE). Dicapai pada 24 November 2016 dari
http://www.thefeature.com/articleid=100499&ref=2337881

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

__________________________ __________________________
Tandatangan Tandatangan
Nama : _____________________ Nama : _____________________
Tarikh : _____________________ Tarikh : _____________________
JURNAL MINGGUAN

Bilangan Jurnal MINGGU


: Ketiga
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 4 April 2021 3
Tajuk : Pelaksanaan sesi kaunseling individu yang berkesan.

1. ISU YANG DIFOKUSKAN:


Pada awal bulan April, Saya telah memfokuskan isu pelaksanaan sesi kaunseling individu kerana
terdapat murid yang pertama kali melaksanakan sesi kaunseling individu. Jadi, saya mendapati
bahawa terdapat beberapa klien sesi kaunseling yang kurang berminat untuk melaksanakan sesi
yang saya telah laksanakan. Mereka merupakan murid yang mana terdiri daripada kelas belakang
iaitu kelas yang bercampur antara murid lemah. Namun begitu, masalah yang dihadapi ialah murid
tidak fokus dan tumpukan perhatian semasa sesi berlangsung. Ketika menjalankan sesi
kaunseling, terdapat murid yang tidak memberi respon dan menjawab soalan yang diberikan.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU):


Punca yang dapat saya kenalpasti daripada isu ini ialah saya hanya melaksanakan sesi yang
mempunyai aktiviti yang kurang menarik. Akibat daripada aktiviti-aktiviti kaunseling itu, murid agak
bosan ada ada yang tidak fokus. Kesannya juga terhadap murid tidak faham terhadap sesi yang
dilaksanakan dan mereka tidak memberi respon dan tumpuan semasa sesi dilaksanakan.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU KAJIAN


LEPAS) :
Menurut Hapsah Yusof (2014) terdapat pelbagai cara untuk menarik minat murid dalam
melaksanakan sesi kaunseling iaitu dengan melaksanakan aktiviti yang menarik seperti terapi
bermain, terapi seni dan sebagainya.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH:


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti,
saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah :-
i) Memberi keutamaan kepada terapi main dalam setiap aktiviti dalam sesi kaunseling yang
dirancang.
ii) Menjadi sedikit tegas kepada murid apabila melaksanakan sesi kaunseling.
iii) Menggunakan bahan-bahan seperti kertas supaya murid berminat untuk melaksanakan sesi
melalui aktiviti menulis ataupun melukis.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN:


1 minggu

6. TINDAKAN SUSULAN:
Saya akan menjalankan tindakan pembetulan iaitu lebih tegas dalam mengajar mereka dan
menerapkan terapi main juga menyediakan bahan-bahan yang sesuai agar mereka tidak berasa
bosan ketika sesi kaunseling individu yang dijalankan.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN:


8 April 2021
JURNAL MINGGUAN

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN:


Tindakan susulan yang telah dilaksanakan sesuai dengan cadangan telah memberi impak positif
kepada sesi kaunseling yang dilaksanakan. Hal ini dapat diihat daripada aktiviti lembaran kerja
yang dilakukan oleh murid. Hal ini bermaksud, mereka telah memberi tumpuan ketika saya
melaksanakan sesi dan telah menyebabkan mereka dapat tujuan dan matlamat sesi kaunseling
individu yang dilaksanakan pada hari ini.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA ADA):


Kesan daripada tindakan susulan ini, murid-murid dapat memberi respon dan tumpuan yang baik
semasa sesi kaunseling individu yang telah saya laksanakan. Hal ini juga telah menjadikan prestasi
mereka meningkat sesuai dengan objektif kaunseling individu yang telah saya rancang. Sesi
kaunseling dapat dilaksanakan dengan jayanya.

RUJUKAN
Hapsah Yusof (2014). Pedagogi teori dan praktikal kaunseling. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

__________________________ __________________________
Tandatangan Tandatangan
Nama : _____________________ Nama : _____________________
Tarikh : _____________________ Tarikh : _____________________

JURNAL
JURNAL MINGGUAN

FORMAT DAN CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN

Bilangan Jurnal : MINGGU


Tarikh Peristiwa / Kejadian : 6
Tajuk :

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :

JURNAL
(Sila isikan penyataan anda di sini mengikut subtopik)

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :


(Sila isikan penyataan anda di sini mengikut subtopik)

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU


KAJIAN LEPAS) :
(Sila isikan penyataan anda di sini mengikut subtopik)

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :


(Sila isikan penyataan anda di sini mengikut subtopik)

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :


(Sila isikan penyataan anda di sini mengikut subtopik)

6. TINDAKAN SUSULAN :
(Sila isikan penyataan anda di sini mengikut subtopik)

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN :


(Sila isikan penyataan anda di sini mengikut subtopik)

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :


(Sila isikan penyataan anda di sini mengikut subtopik)

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA


ADA) :
(Sila isikan penyataan anda di sini mengikut subtopik)

RUJUKAN
(Sila isikan penyataan anda di sini mengikut subtopik)

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

__________________________ __________________________
Tandatangan Tandatangan
Nama : _____________________ Nama : _____________________
Tarikh : _____________________ Tarikh : _____________________

You might also like