Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

INTERNATIONAL CONFERENCE ON SPECIAL EDUCATION

IN SOUTHEAST ASIA REGION 6TH SERIES 2016


Seminar Antarabangsa Pendidikan Khas
Rantau Asia Tenggara Siri Ke-6, 2016

Penggunaan Teknik Peneguhan bagi Mengatasi Masalah


Tingkah Laku Hiperaktif
Mohd Fadli Mustafa Kamala, Mohd Hanafi Mohd Yasinb, Mohd Mokhtar Taharc
a
Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi, Selangor, Malaysia.
bc
Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia.

Abstrak

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan penggunaan teknik peneguhan bagi mengatasi masalah
tingkah laku hiperaktif di kalangan murid. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dan menggunakan kaedah A-B-
A-B di mana A mewakili fasa baseline dan B mewakili fasa intervensi. Sampel kajian hanya melibatkan seorang
murid sahaja yang mempunyai masalah tingkah laku hiperaktif. Kaedah pengumpulan data dilakukan secara
pemerhatian di sekolah selama empat minggu yang melibatkan sebelum, semasa dan selepas intervensi
dijalankan. Data yang diperolehi dinyatakan dalam bentuk graf linear bagi memperlihatkan keberkesanan teknik
peneguhan yang digunakan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan teknik peneguhan berjaya
mengurangkan masalah tingkah laku hiperaktif. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan teknik
peneguhan merupakan satu bentuk intervensi yang sesuai dan berkesan. Masalah tingkah laku hiperaktif ini
boleh dikurangkan sekaligus diatasi sekiranya teknik peneguhan yang dijalankan ini diteruskan untuk tempoh
yang lebih lama dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada ibu bapa dan guru-guru lain.

Kata Kunci: Teknik peneguhan, masalah tingkah laku, hiperaktif

Abstract

The aim of this study was to examine the effectiveness of using reinforcement techniques to overcome
hyperactive behavior among students. This study is qualitative and uses A-B-A-B, where A represents the
baseline phase and B-phase intervention represents. The sample involved only a student who has behavioral
problems hyperactivity. Methods Data were collected for observation at the school for four weeks, which
involved before, during and after the intervention. Data obtained in the form of a linear graph showing the
effectiveness of reinforcement techniques used. The results of this study indicate that the use of verification
techniques reduced hyperactive behavior problems. Overall, this study shows reinforcement technique is a form
of intervention is appropriate and effective. Hyperactive behavior problems may be reduced at the same time
overcome if this technique are ongoing reinforcement to continue for a longer period and received full
cooperation from parents and other teachers.

Keywords: Reinforcement techniques, behavioral problems, hyperactive


__________________________________________________________________________________________

1. Pendahuluan

Tingkah laku merujuk kepada semua perkara yang dilakukan oleh seseorang atau tindak balas kepada
stimulus iaitu peristiwa dalaman dan luaran. Manakala, tingkah laku bermasalah pula boleh
didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar daripada norma sosial masyarakat,
tidak kira di dalam kehidupan bermasyarakat termasuk sekolah. Dalam konteks pendidikan, tingkah
laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang boleh merosakkan kelancaran dan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Tingkah laku
hiperaktif merupakan salah satu tingkah laku bermasalah. Tingkah laku hiperaktif adalah dengan
wujudnya sesuatu pola tingkah laku dalam diri seseorang (Irawati 2009). Antara ciri-ciri tingkah laku
hiperaktif ini termasuk sukar mendengar atau mematuhi arahan, sukar mengekalkan tumpuan dan
mempunyai tingkah laku yang lebih agresif.
Tel.: +60-196-900-256
Email: fadlimk1761@gmail.com
159
Mohd Fadli Mustafa Kamal, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar

1.1 Penyataan Masalah dan Objektif Kajian

Masalah tingkah laku hiperaktif adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai
tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu serta mempunyai tumpuan yang singkat dalam
sesuatu masa (Jamila, 2005). Menurut Sheila dan Samsilah (2006) pula, masalah tingkah laku
hiperaktif adalah satu keadaan yang meletakkan kanak-kanak yang mengalaminya mempunyai
masalah tingkah laku yang terlampau aktif dan impulsif. Manakala, menurut kata Sandra (2008) yang
menjelaskan terdapat dua jenis masalah kanak-kanak kurang tumpuan iaitu Attention Deficit Disorder
(ADD) atau masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif dan Attention Deficit Hyperactive Disorder
(ADHD) atau masalah kurang daya tumpuan dengan hiperaktif. Menurut Sandra lagi, untuk masalah
ADD dan ADHD adalah bersifat fisiologi dan biologi.
Seterusnya, menurut Persatuan Psikologi Amerika (APA) pula mendefinisikan ADHD sebagai
kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya yang dapat dikesan pada umur tujuh tahun dan
dikategorikan kepada tiga kategori. Kategori pertama ialah ADHD kurang tumpuan kerana murid
kerap mengelamun ketika berada di dalam kelas, kerap pelupa dan melakukan kerja secara tidak
teratur untuk tugasan yang diberikan. Kategori kedua pula ialah ADHD hiperaktif impulsif kerana
menunjukkan jumlah pergerakan yang sangat tinggi serta melakukan sesuatu tanpa berfikir terlebih
dahulu. Manakala, kategori ketiga pula ialah ADHD gabungan kerana menggabungkan ciri-ciri
kategori pertama dan kedua iaitu kurang tumpuan, hiperaktif dan impulsif.
Oleh yang demikian, tingkah laku bermasalah ini perlu melalui proses modifikasi tingkah laku.
Modifikasi tingkah laku ialah langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi
untuk mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif. Menurut ahli psikologi tingkah laku
(Skinner, 1930) dalam Teori Pelaziman Operan Skinner, terdapat lima jenis modifikasi tingkah laku
iaitu peneguhan positif, peneguhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan. Peneguhan
positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan yang diingini itu ditunjukkan, yang
menyebabkan perlakuan itu diulang dan diperkuatkan lagi. Peneguhan negatif pula ialah rangsangan
serta merta yang tidak menyenangkan selepas tingkah laku ditunjukkan. Dendaan pula ialah satu
proses untuk mengurangkan tingkah laku berulang. Manakala, prinsip Premack ialah mengaitkan
aktiviti yang kurang diminati dalam aktiviti yang lebih menarik untuk mengukuhkan tingkah laku.
Seterusnya, pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan sendirinya terhapus.
Penggunaan teori Skinner ini memberikan implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Teknik peneguhan secara berkala dan berterusan dapat mengukuhkan kemahiran yang
baru dipelajari. Selain itu, ia membantu murid menguasai konsep diskriminasi melalui proses
pelaziman operan supaya mereka memperolehi ilmu dan kemahiran dengan tepat.
Sehubungan itu, kajian ini berfokus kepada aspek masalah tingkah laku hiperaktifyang telah
dilakukan oleh sampel kajian. Tingkah laku bermasalah yang sering dilakukan adalah seperti suka
memanjat kerusi, tidak suka duduk diam, tidak mahu membuat kerja sekolah yang diberi di dalam
kelas, tidak mahu menulis dan suka kepada aktiviti luar seperti membersihkan kelas. Ob jektif
utamakajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana keberkesanan teknik peneguhansebagai
intervensi dalam modifikasi tingkah laku murid yang mempunyai masalah tingkah laku hiperaktif.

2. Metodologi

Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah A-B-A-B (reversal design) dalam menguji
sejauh mana keberkesanan penggunaan teknik peneguhan sebagai intervensi dalam modifikasi tingkah
laku murid yang mempunyai masalah tingkah laku hiperaktif. Modifikasi tingkah laku adalah satu
pendekatan berstruktur dan bersistematik bagi meningkatkan tingkah laku yang diingini,
mengurangkan tingkah laku tidak diingini dan mengekalkan tingkah laku sasaran (Ragbir Kaur,
2012). Terdapat tiga peringkat yang telah ditetapkan dalam proses modifikasi tingkah laku iaitu
tafsiran, intervensi dan penilaian. Pada peringkat awal, satu perbincangan telah diadakan antara
pengkaji, ibu bapa dan guru-guru mengenai peraturan, tempoh masa, pemilihan sampel kajian dan
teknik intervensi yang akan digunakan dalam kajian.
Sampel kajian yang dipilih adalah seorang murid lelaki berumur lapan tahun dan belajar dalam
kelas aliran perdana. Oleh yang demikian, murid ini diklasifikasikan sebagai murid hiperaktif.

160
Mohd Fadli Mustafa Kamal, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar

Menurut Mok Soon Sang (2011), gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau Attention Deficit
Hyperactive Disorder (ADHD) merupakan salah satu kecelaruan psikiatri yang paling umum di
kalangan kanak-kanak. Ia adalah satu kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-
kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktif pada individu di
peringkat normal. Murid aliran perdana yang menjadi hiperaktif adalah disebabkan oleh kurang
disiplin ketika di rumah ataupun kurang perhatian ibu bapa yang sentiasa sibuk dalam tugasan kerja.
Murid ini mungkin menghadapi tekanan dan seterusnya memberontak melalui tingkah laku kepada
pembantu rumah di rumah seterusnya membawa tingkah laku bermasalah tersebut di sekolah.
Murid ini merupakan murid hiperaktif yang mempunyai intelek yang baik tetapi oleh kerana
sikap resah dan perangai inpulsifnya menyebabkan murid sukar dikawal di dalam suasana kelas biasa.
Dalam kes ini, pengkaji telah menetapkan dua kaedah intervensi iaitu peneguhan positif dan
peneguhan negatif. Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong murid mengulangi
tingkah laku berulang-ulang. Peneguhan ini lazimnya menggembirakan dan dipanggil sebagai
ganjaran. Peneguhan positif yang digunakan adalah seperti memberi pujian, sentuhan motivasi dan
ganjaran berbentuk hadiah. Manakala, peneguhan negatif berfungsi mengelakkan dari tingkah laku
yang tidak diingini berulang lagi supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi. Peneguhan negatif
yang digunakan berbentuk dendaan yang dapat memberi motivasi kepada murid supaya tidak
mengulangi kesilapan yang sama seperti melewatkan masa rehat atau masa balik murid, dan
membersihkan kelas atau kawasan angkat kelas.
Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah secara pemerhatian.
Pemerhatian dijalankan selama tiga jam setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8.30 pagi
sehingga 11.30 pagi. Pemerhatian ini dijalankan di dalam kelas dan mendapat kerjasama daripada
guru-guru mata pelajaran lain mengikut jadual pengajaran dan pembelajaran. Tempoh masa kajian ini
dijalankan selama empat minggu, di mana minggu pertama ialah pemerhatian sebelum intervensi
dilakukan, minggu kedua pula ialah pemerhatian ketika intervensi dilakukan, seterusnya minggu
ketiga ialah pemerhatian kesan selepas intervensi dilakukan, akhirnya minggu keempat ialah
pemerhatian ketika intervensi dilakukan kembali. Pengkaji dan guru-guru yang terlibat merekodkan
kesalahan tingkah laku hiperaktif yang dilakukan oleh murid ke dalam Jadual Data Perekodan Masa.
Data yang diperolehi tersebut dianalisis dalam bentuk graf linear.

3. Dapatan Kajian

Berdasarkan data pemerhatian dan penilaian yang diperolehi, pengkaji telah menganalisis data-data
tersebut bagi melihat sejauh mana keberhasilan teknik peneguhan sebagai satu kaedah intervensi bagi
masalah tingkah hiperaktif.

Jadual 1: Jadual Data Perekodan Kekerapan Tingkah Laku

Kekerapan Tingkah Laku Hiperaktif


Baseline Pertama Intervensi Pertama Baseline Kedua Intervensi Kedua
Tarikh Jumlah Tarikh Jumlah Tarikh Jumlah Tarikh Jumlah
14.4.201 15 21.4.2014 10 28.4.2014 12 05.5.2014 9
4
15.4.201 14 22.4.2014 11 29.4.2014 13 06.5.2014 9
4
16.4.201 13 23.4.2014 9 30.4.2014 12 07.5.2014 8
4
17.4.201 15 24.4.2014 11 01.5.2014 0 08.5.2014 7
4
18.4.201 14 25.4.2014 11 02.5.2014 13 09.5.2014 8
4

161
Mohd Fadli Mustafa Kamal, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar

Jadual 1 di atas menunjukkan jadual data perekodan kekerapan tingkah laku hiperaktif sepanjang
empat minggu kajian dilakukan. Menurut jadual ini, dicatatkan kekerapan tingkah laku hiperaktif
yang ditunjukkan oleh murid sebelum program intervensi (Baseline Pertama), semasa intervensi
pertama dijalankan, selepas intervensi dijalankan (Baseline Kedua) dan semasa intervensi kedua
dijalankan.

16
14
12
10 Baseline Pertama
8 Intervensi Pertama
6 Baseline Kedua
4 Intervensi Kedua
2
0
Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat

Rajah 1: Graf Perekodan Data Kekerapan Tingkah Laku

Pada minggu pertama pemerhatian, pengkaji tidak menggunakan sebarang kaedah intervensi.
Pengkaji hanya merekodkan kekerapan murid melakukan tingkah laku hiperaktif mengikut masa-
masa yang ditetapkan. Pada minggu ini, kekerapan murid bertingkah laku hiperaktif agak tinggi
(Rajah 1), di mana pada hari pertama (Isnin, 14 April 2014) dicatatkan sebanyak 15 kali, manakala
hari Selasa (15 April 2014) sebanyak 14 kali, kemudian hari Rabu (16 April 2014) sebanyak 13 kali,
seterusnya pada hari Khamis (17 April 2014) dicatatkan 15 kali dan akhir sekali pada hari Jumaat (18
April 2014) kekerapan murid bertingkah laku hiperaktif adalah sebanyak 14 kali. Menerusi jadual ini,
murid kerap bertingkah laku hiperaktif. Antara tingkah laku yang ditunjukkan ialah memanjat kerusi,
tidak duduk diam, mengganggu rakan lain, tidak mahu menulis dan tidak mahu membuat kerja
sekolah. murid mudah merasa bosan dengan keadaan sekelilingnya. Ini kerana, antara ciri-ciri
intelektual murid hiperaktif adalah mudah terganggu, tidak dapat menumpukan perhatian terhadap
sesuatu perkara dan tidak boleh menyiapkan kerja dan tugasan.Faktor mudah terganggu dapat dilihat
menerusi tindakan murid yang sentiasa resah gelisah ketika melakukan sesuatu aktiviti di dalam kelas.
Murid juga tidak boleh menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara. Buktinya, apabila guru
meminta murid menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru di dalam kelas, murid akan bersikap
sambil lewa sahaja. Murid juga tidak boleh menyiapkan sesuatu tugasan dengan sempurna kerana
murid merasakan ia penat dan membosankan.
Kemudian, pada minggu kedua pemerhatian, pengkaji telah menggunakan kaedah intervensi
kepada murid. Pada minggu ini, kekerapan murid melakukan tingkah laku hiperaktif adalah semakin
berkurang dan agak rendah (Rajah 1). Pada hari Isnin, 21 April 2014 sebanyak 10 kali kekerapan
murid berkelakuan hiperaktif, seterusnya 11 kali pada hari Selasa, 22 April 2014, kemudian pada hari
Rabu, 23 April 2014 pula kekerapan adalah sebanyak 9 kali, manakala hari Khamis, 24 April 2014
sebanyak 11 kali dan Jumaat, 25 April 2014 pula murid bertingkah laku hiperaktif sebanyak 11 kali.
Pada minggu ini, pengkaji menjalankan program intervensi melalui peneguhan positif sahaja.
Pengkaji telah membuat perjanjian dengan murid. Seandainya murid tidak melakukan perkara-perkara
yang dilarang (tingkah laku hiperaktif) pengkaji berjanji akan memberikan hadiah kepada murid.
Selain itu, pengkaji juga menggunakan teknik pujukan dan pujian ketika murid melakukan tingkah
laku sopan. Pengkaji memuji murid dengan kata-kata motivasi agar murid lebih bersemangat. Antara
kata-kata motivasi yang diucapkan adalah seperti “Bagus Azam, nampak lagi segak bila duduk
dengan sopan”, “Kawan-kawan lain boleh mencontohi Azam, semangat yang tinggi menyiapkan
kerja” dan sebagainya.

Ini kerana, penghargaan memainkan peranan penting dan perlu dititikberatkan oleh setiap guru. Kata-
kata motivasi seperti ini boleh membuatkan murid berasa bangga kerana sumbangannya atau

162
Mohd Fadli Mustafa Kamal, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar

perubahannya dihargai. Setiap ganjaran yang guru berikan akan membantu merangsang atau
menaikkan semangat murid untuk belajar. Itulah yang akan terjadi jika murid menunjukkan tingkah
laku sopan atau tingkah laku positif. Dengan adanya ganjaran, sekurang-kurangnya dapat membantu
guru mengurangkan sikap negatif murid yang membuat kerja secara sambil lewa. Apabila murid cuba
memulakan tingkah laku hiperaktif, guru akan mengingatkan murid tentang perjanjian tersebut.
Peringatan tersebut membuatkan murid memberhentikan niatnya untuk melakukan tingkah laku
hiperaktif. Walaupun pada hari pertama dan kedua, guru terpaksa kerap mengingatkan murid, namun
terdapat perubahan pada hari ketiga dan seterusnya apabila guru tidak perlu mengingatkan murid
dengan kata-kata lagi. Cukup sekadar guru menjenggilkan mata atau menggoyangkan isyarat tangan,
murid sudah memahami peringatan guru.
Seterusnya, pada minggu ketiga pemerhatian iaitu selepas program intervensi, pengkaji merekod
kembali kekerapan tingkah laku hiperaktif murid. Perekodan ini bertujuan melihat keberhasilan
program intervensi yang dijalankan. Murid kembali melakukan tingkah laku hiperaktif pada minggu
ini, walau bagaimanapun kekerapan adalah sedikit berkurangan berbanding minggu sebelum
dijalankan program intervensi (Rajah 1). Pada hari Isnin, 28 April 2014 kekerapan murid bertingkah
laku hiperaktif adalah sebanyak 12 kali. Manakala pada hari Selasa, 29 April 2014 sebanyak 13 kali
murid bertingkah laku hiperaktif. Seterusnya pada hari Rabu, 30 April 2014 murid bertingkah laku
hiperaktif sebanyak 12 kali. Namun begitu, tiada catatan direkodkan pada hari Khamis, 1 Mei 2014
disebabkan hari tersebut merupakan hari cuti umum iaitu Hari Pekerja. Catatan data perekodan
diteruskan pada hari Jumaat, 2 Mei 2014 di mana sebanyak 13 kali murid berkelakuan hiperaktif.
Akhirnya, pada minggu keempat pemerhatian, pengkaji telah menggunakan kembali kaedah
intervensi kepada murid. Pada minggu ini, pengkaji menggunakan kaedah peneguhan negatif pula
tetapi dikukuhkan lagi dengan kaedah peneguhan positif. Kekerapan murid melakukan tingkah laku
hiperaktif adalah semakin berkurang dan semakin rendah (Rajah 1). Pada hari Isnin, 5 Mei 2014
sebanyak 9 kali kekerapan murid berkelakuan hiperaktif, seterusnya 9kali pada hari Selasa, 6 Mei
2014, kemudian pada hari Rabu, 7 Mei 2014 pula kekerapan adalah sebanyak 8 kali, manakala hari
Khamis, 8 Mei 2014sebanyak 7 kali dan Jumaat, 9 Mei 2014 pula murid bertingkah laku hiperaktif
sebanyak 8 kali.Peneguhan negatif yang digunakan oleh pengkaji ialah kaedah dendaan sebagai
kaedah intervensi. Dendaan digunakan apabila murid melanggar peraturan yang ditetapkan. Sebaik-
baiknya dendaan yang dikenakan dapat memberi motivasi kepada murid agar murid tidak mengulangi
kesilapan di masa akan datang.Antara dendaan yang dikenakan adalah melewatkan waktu rehat atau
waktu balik murid. Waktu tersebut diisi dengan murid dikenakan membersihkan kelas ketika murid
lain keluar rehat, dan membersihkan kawasan angkat kelas apabila murid lain telah keluar pulang ke
rumah. Masa yang dilewatkan adalah selama 10 minit.
Secara keseluruhannya, dapatan yang diperoleh menunjukkan pada minggu intervensi berlaku
penurunan dalam masalah tingkah laku hiperaktif yang dilakukan. Hasil dapatan ini menunjukkan
dengan wujudnya intervensi secara teknik peneguhan positif dapat mengurangkan kadar tingkah laku
bermasalah tetapi masih tidak dapat dihapuskan. Walau bagaimanapun, tingkah laku bermasalah ini
kembali diulangi apabila tiada intervensi yang dilakukan. Oleh yang demikian, pada intervensi kedua,
kekerapan masalah tingkah laku hiperaktif semakin menurun apabila pengkaji menggunakan
peneguhan negatif dan diteguhkan dengan peneguhan positif sedia ada.

4. Perbincangan

Intervensi peneguhan memberi impak positif terhadap masalah tingkah laku yang wujud di kalangan
murid (Shahida Hassim, 2012). Antaranya, perubahan tingkah laku murid seperti kurang mengganggu
rakan, lebih mesra dan lebih patuh kepada arahan. Perubahan tingkah laku negatif kepada tingkah
laku positif juga sebenarnya merujuk kepada langkah-langkah yang digunakan oleh guru untuk
melakukan peneguhan yang berkala. Cara peneguhan yang diberi akan memberi kesan terhadap
tingkah laku yang seterusnya. Oleh itu, seseorang guru tersebut perlu menggunakan peneguhan yang
tetap dan berkala. Penggunaan peneguhan positif sangat dititikberatkan dan perlu dilakukan sekerap
mungkin apabila murid melakukan tingkah laku yang diingini.
Berdasarkan projek pengubahsuaian tingkah laku yang dijalankan ke atas murid ini, pengkaji
mempunyai beberapa cadangan bagi menambah baik tingkah laku murid tersebut sekaligus
meminimakan pengulangan tingkah laku hiperaktif tersebut. Antaranya adalah melanjutkan tempoh

163
Mohd Fadli Mustafa Kamal, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar

intervensi dengan lebih lama, iaitu sehingga kekerapan masalah tingkah laku hiperaktif yang tidak
diingini tersebut benar-benar menjadi minima. Ini kerana, tempoh projek pengubahsuaian tingkah
laku yang dijalankan terlalu pendek, maka hanya perubahan kecil yang dapat dicatatkan semasa
program intervensi dijalankan. Seandainya tempoh tersebut dipanjangkan dan diteruskan lagi, maka
perubahan yang besar mungkin dapat direkodkan.
Selain itu, kaedah intervensi juga boleh dipelbagaikan. Contohnya, guru boleh menggunakan
kaedah token ekonomi sebagai salah satu teknik peneguhan positif. Token ekonomi merupakan satu
sistem yang meneguhkan tingkah laku positif dengan memberikan token atau hadiah kepada murid
apabila mencapai tingkah laku yang diingini. Menurut Miltenberger (2004), token ekonomi adalah
sebuah teknik di mana individu mendapatkan token untuk tingkah laku yang ditunjukkan. Token yang
dihasilkan boleh ditukar pula dengan peneguh simpanan (backup reinforcer). Tujuan token ekonomi
dilakukan adalah untuk meneguhkan tingkah laku yang diinginkan. Token ekonomi juga digunakan
sebagai intervensi untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini melalui sebuah struktur
semasa rawatan.
Selain itu, kaedah time-out juga boleh digunakan sebagai peneguhan negatif. Time-out juga
merupakan satu teknik modifikasi tingkah laku bermasalah. Dalam kaedah ini, jika murid tidak
menunjukkan tingkah laku yang diingini, murid tersebut akan dihantar ke satu lokasi yang ditetapkan
oleh guru seperti berdiri di luar kelas dan sebagainya. Di samping itu juga, kerjasama daripada semua
pihak sama ada guru, rakan dan ibu bapa amat penting. Ini kerana, murid tersebut berada di kelas
perdana di mana guru yang masuk ke kelas tersebut bergilir mengikut mata pelajaran masing-masing.
Jika mendapat kerjasama yang penuh dari semua guru, murid tersebut boleh dipulihkan. Begitu juga
dengan ibu bapa yang membantu memantau perkembangan anak mereka di rumah.

Kesimpulan

Masalah tingkah laku bermasalah ini merupakan perkara yang perlu diberi perhatian yang serius
kerana bermula dengan permasalahan yang kecil sebegini jika ia berterusan akan menjadikannya satu
kebiasaan, seterusnya akan dibawa hingga ke peringkat dewasa dan masalah ini tidak dapat diubah
lagi.Setiap perlakuan atau perbuatan yang terzahir oleh murid-murid adalah disebabkan faktor-faktor
yang tertentu yang mempengaruhi perbuatan tersebut. Namun setiap perbuatan ini mempunyai kesan
tertentu, yang mana kesan tersebut bukan setakat mempengaruhi diri murid tersebut, bahkan turut
mempengaruhi murid yang berada di sekitar dengannya.
Oleh demikian itu, cara atau teknik untuk mengatasi tingkah laku bermasalah ini hendaklah
bersesuaian dengan tingkah laku bermasalah tersebut. Teknik ini adalah berbeza bergantung kepada
masalah yang dihadapi. Terdapat pelbagai teknik dan penyelesaian yang berkesan yang boleh
digunakan untuk mengatasi masalah ini. Teknik modifikasi yang dipraktikkan boleh membantu murid
mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif dan seterusnya melicinkan proses
pembelajaran.Pemilihan kaedah intervensi yang betul dan tepat amat penting bagi keberkesanan
pengubahsuaian tingkah laku yang tidak diingini kepada tingkah laku positif. Dalam usaha menangani
masalah ini, semua pihak harus melibatkan diri sama ada ibu bapa, guru, masyarakat dan juga pihak
kerajaan. Usaha bersama akan membuahkan hasil yang tidak akan mengecewakan semua pihak serta
dapat melahirkan murid yang berkaliber serta berwawasan selaras dengan wawasan negara ke arah
masyarakat yang berpengetahuan.

Rujukan

Abd. Rahim Talib. 2006. Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran. Kuala
Lumpur: MeteorDoc. Sdn. Bhd.
Dwi Lestari. 2014. Penanganan Anak Hiperaktif Melalui Terapi Permainan Puzzle di Kelompok KB
PAUD Saymara Kartasura Tahun Ajaran 2014/2015. Indonesia: Universitas Muhammadiyah
Surakarta.

164
Mohd Fadli Mustafa Kamal, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar

Ee Ah Meng. 2001. Pedagogi II (Edisi Kedua) (Semester II).Shah Alam, Selangor: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng. 2001. Psikologi Pendidikan 1: Psikologi Pendidikan (Semester 1). Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Irawati Ismail. 2009. Mengatasi Problem Anak Sehari-hari. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.
Jamila K.A Mohamad. 2005. Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. Kuala Lumpur: PTS
Publications& Distributions Sdn. Bhd.
Miltenberger, R. G. 2004. Behavior Modification: Principles and Procedures Fourth Edition. United
States of America: Wadsworth.
Mohamad Aman & Kasim Abd. Majid. 2003. Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (Tingkatan
4). Selangor: Aras Mega (M) Sdn. Bhd.
Mohd. Sharani Ahmad. 2004. Mengurus Kanak-kanak Yang Susah Belajar. Kuala Lumpur: PTS
Publications & Distributions Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. 2008. Murid dan Alam Belajar, Siri Pengajian Profesional. Perak: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. 2011. Psikologi Pendidikan (Edisi Kedua). Puchong: Penerbit Multimedia Sdn. Bhd.
Muhammad Nazeri Saiden, Mohd Mokhtar Tahar, Mohd Hanafi Mohd Yasin. 2014. Penggunaan
Token Ekonomi sebagai Bentuk Pengubahsuaian Tingkah Laku Bermasalah Murid Berkeperluan
Pendidikan Khas. Prosiding Seminar Internasional Pasca Siswazah Pendidikan Khas UKM-UPI
Siri 4. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ragbir Kaur Joginder Singh. 2012. Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Psikologi. Subang Jaya:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Sandra F. Rief. 2008. Bagaimana Mendekati dan Mendidik Kanak-kanak ADD/ADHD (Terjemahan
PTS Publications). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Sapora Sipon & Ruhaya Hussin. 2008. Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Negeri Sembilan: Nilai.
Shareender Kaur Mukhtar Singh. 2004. Tesis: Keupayaan Guru di Sekolah Kebangsaan Pendidikan
Khas dalam Menerapkan Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Kalangan Pelajar Kurang
Upaya di Negeri Johor. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Sheila Devaraj & Samsilah Roslan. 2006. Apa itu Disleksia. Kuala Lumpur: PTS Profesional
Publishing Sdn. Bhd.
Suppiah Nachiappan, KamarulzamanKamaruddin, Abd. Aziz Abd. Shukor, RamlahJantan,
RoslindaMustapha,
danHazalizah Hamzah. 2009. PembelajarandanPerkembanganPelajar. Shah
Alam, Selangor: Oxford FajarSdn. Bhd.
Zalizan Mohd Jelas. 2009. Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas: Konsep dan Amalan.
Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

165

You might also like