Professional Documents
Culture Documents
Pa Assingnment (STPM)
Pa Assingnment (STPM)
Pa Assingnment (STPM)
0 ABSTRAKS
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis aktiviti yang lazim dijalankan di
Taman Awam Semarak,Batang Kali dan untuk mengkaji kesan penglibatan penduduk
dalam aktiviti yang dijalankan di Taman Awam Semarak,Batang Kali.. Kajian ini
dilakukan di Taman Awam Semarak,Batang Kali. Bagi mencapai objektif itu, kaedah
soal selidik, temu bual dan rujukan perpustakaan dilakukan. Seramai 20 orang
penduduk di kawasan kajian telah menjadi responden bagi kajian ini. Informan yang
ditemu bual juga merupakan penduduk di Taman Awam Semarak,Batang Kali.
Rujukan perpustakaan juga dibuat untuk mencari sesetengah maklumat. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa terdapat lima aktiviti yang menjadi pilihan bagi
penduduk Taman Awam Semarak,Batang Kali. Terdapat juga lima kesan penglibatan
penduduk daripada aktiviti yang dilakukan oleh penduduk.Kesimpulannya, aktiviti
senamrobik menjadi pilihan utama penduduk dan memupuk hubungan perpaduan juga
menjadi kesan yang disetujui oleh banyak responden.
1
2.0 KANDUNGAN
2
3.0 PENGHARGAAN
Saya ingin setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak yang telah membantu saya
dalam proses menyelesaikan kerja kursus ini.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua
sekolah saya, Puan Hajjah Hamidah binti Abdul Samad dan penolong kanan
Tingkatan Enam, Tn Haji Rohaizad Bin Mokhtar kerana membenarkan saya
menjalankan kerja kursus Pengajian Am dengan jayanya selain memberi peluang
kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus yang amat istimewa ini.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada guru
Pengajian Am, Pn Husniza Binti Mohd Tahir kerana tidak jemu-jemu memberi
bimbingan, dorangan dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut
kriteria yang ditetapkan. Beliau turut membantu menyemak data, laporan dan
membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.
Tidak dilupakan juga jutaan penghargaan yang tidak terhingga kepada kedua-dua ibu
bapa yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka
mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja
untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan
wang ringgit.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang
sanggup berkongsi ilmu, maklumat dan segala bentuk bantuan khususnya dalam
menghasilkan kerja kursus ini. Ketahuilah segala macam bantuan yang anda salurkan.
Sebelum menutup penghargaan ini, saya ingin menyampaikan sekalung terima kasih
kepada sesiapa sahaja dalam penghasilan kerja kursus ini secara sulit ataupun tidak.
Kesudian anda amat saya hargai. Sekian, terima kasih.
3
4.0 PENGENALAN
Sukan boleh didefinisikan sebagai aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai
tujuan untuk pertandingan,kemahiran,kecemerlangan dan sebagainya.Perbezaan
tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu.Sukan ialah salah satu aktiviti
riadah.Sebahagian besar kegiatan lapang,surat khabar,dan televisyen diberikan kepada
sukan.Sukan juga boleh memupuk integrasi dan perpaduan dalam kalangan rakyat
Malaysia.Contohnya,pasukan bola sepak,pasukan hoki dan bola jaring di Malaysia
dimainkan oleh pelbagai kaum seperti kaum Cina,India dan Melayu.Dalam pasukan
seperti ini pemain akan bekerjasama dalam menjayakan pasukan mereka dalam
sesuatu perlawananan.
(Osman Ghafar,2010)
Perpaduan rakyat Malaysia adalah perkara penting untuk perlu diberi perhatian dalam
proses pembanguan negara.Relatifnya,ekonomi,politik,perpaduan juga merupakan
agenda penting dalam kemajuan sesebuah negara.Relatifnya,ekonomi,politik yang
stabil akan memberi sumbangan yang besar dalam proses
perpaduan.Contohnya,penyusunan semula masyarakat melalui Dasar Ekonomi Baru
iaitu dengan memberi fokus kepada pembasmian kemiskinan berasaskan
kaum,penglibatan golongan miskin dalam pelbagai corak pembangunan ekonomi
dengan menubuhkan beberapa agensi yang berkaitan seperti MARA,FELDA,dan
UDA.
(Abdul Ghani Ahmad,2019)
4
Perpaduan dan intergrasi nasional adalah satu keperluan bagi menjamin rakyatnya
hidup dalam suasana aman damai.Perpaduan nasional umumnya merujuk kepada
penyatuan berbagai –bagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan
kebudayaan yang berbeza.Konsep intergrasi adalah lebih luas .Ia dikatakan satu
proses penyatuan yang sebati dan berpanjangan.Intergrasi merupakan satu proses
menyatupadukan rakyat melalui satu identiti.
(Tn.Hj.Md Lasa Bin Yahya,Local Publications,2019)
Perpaduan negara ialah satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan
etnik,agama,dan wilayah,hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu
dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan
kepada Perlembagaan Perseketuan dan Rukun Negara.
(http://www.penerangan.gov.my)
Wadah pula bermaksud bekas atau tempat mengisi sesuatu. Wadah perpaduan ini pula
bermaksud aktiviti -aktiviti yang memupuk hubungan perpaduan dalam kalangan
rakyat. (Hajah Noresah bt.Baharom,Kamus Dewan Edisi Keempat,2010)
5
5.0 OBJEKTIF KAJIAN
6
6.0 LOKASI KAJIAN
Peta 1 : Taman
Sumber : https://www.google.com.my/maps
8
Gambar 1 : Taman Awam Semarak,Batang Kali.
Sumber : Kajian Lapangan Luar 2019
9
7.0 METODOLOGI KAJIAN
7.1Mendapatkan responden
Dalam kajian ini,bilangan responden yang diberi soal selidik untuk memenuhi objektif
kajian iaitu jenis aktiviti yang lazim dijalankan dan kesan penglibatan penduduk
dalam aktiviti yang dijalankan di Taman Awam Semarak ialah seramai 20 orang.
Bilangan responden mengikut jantina lelaki ialah seramai 11 orang responden
manakala bilangan responden perempuan ialah 9 orang.Bilangan responden mengikut
bangsa, majoritinya ialah Melayu iaitu seramai 11 orang responden.Bilangan
responden bagi bangsa Cina ialah 5 orang . Bilangan responden bagi bangsa India
ialah seramai 4 orang. Mengikut umur iaitu 15- 25
Instrumen adalah proses menyediakan alat mengumpul data menerusi konsep yang
berkaitan dengan sikap ,persepsi,pandangan dan keterangan latar belakang.Dalam
kajian ini,instrumen yang digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan data adalah
dengan menggunakan kaedah temu bual dan borang soal selidik.
10
7.2.1 Soal Selidik
Menurut Openheim(1983),penggunaan soal selidik dapat meliputi sampel yang besar
dengan kos yang sederhana dan juga dapat memberikan persampelan yang lebih tepat.
Instrumen ini hanya memerlukan peralatan kertas dan pensil yang lebih ekonomi dan
menjimatkan masa untuk mengumpul data.Kebaikan utama menggunakan borang
soal selidik ialah jika disediakan dengan baik,ia boleh menghasilkan item – item yang
konsisten dan boleh dipercayai.Instrumen soal selidik yang dibina menggunakan
prinsip KISS(Keep it short and simple)iaitu mengemukakan soalan yang ringkas dan
mudah difahami.
7.2.3 Pemerhatian
Pemerhatian digunakan untuk mengkaji interaksi yang kompleks dalam latar sosial
yang sebenar.Pemerhatian memungkinkan penyelidik merekodkan perlakuan yang
sedang berlaku.Melihat sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung dan
menggunakan pengetahuan,pengalaman dan kepakarannya dalam membuat
interprestasi tentang apa yang diperhatikan.Pemerhatian melibatkan tindakan
mengambil nota dan merakam peristiwa ,perkara,perlakuan,artifak secara sistematik
di latar sosial yang dipilih untuk kajian .
11
7.2.3 Kaedah rujukan
Instrumen rujukan utama yang pengkaji memperolehi daripada bahan ilmiah seperti
buku-buku,sumber internet dan kamus.Sumber rujukan penting untuk mendapatkan
hasil kajian.
1.Kamus-Kaedah ini dijalankan dengan cara merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa
bagi mendapatkan maklumat.Melalui kaedah ini pengkaji telah berjaya menambah
ilmu pengetahuan yang sedia ada.
2. Buku-Kaedah ini juga dijalankan dengan menggunakan pelbagai buku ilmiah yang
berkenaan dengan tajuk.Terdapat banyak data pengkaji telah memperolehi daripada
beberapa buah buku bagi menambahkan lagi maklumat dalam kajian ini.
12
7.3 Cara Pengumpulan Data
Hasil maklumat yang diperoleh daripada soal selidik ,maka data diproses
dengan mencari bilangan dan peratus.Hasil dapatan data dipersembahkan dalam
pelbagai bentuk media sosial seperti jadual, graf dan carta.
13
7.3.3 Pemerhatian
Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan
untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan.Pemerhatian juga merupakan altrnatif
yang ada dalam mengumpul data selain soal selidik dan temu bual.
Kaedah ini dilakukan dengan pengkaji akan ke Taman Awam Semarak,Batang
Kali,Selangor untuk mengenal pasti jenis aktiviti yang lazim dilakukan di Taman
Awam Semarak,Batang Kali.Selain itu,pengkaji dapat melihat pelbagai aktiviti yang
dilakukan oleh masyarakat seperti pertandingan sepak takraw, perlawanan
persahabatan bola sepak,senamrobik,aktiviti membersihkan taman dan tempat jiran
tetangga berkumpul.Kaedah ini menggunakan kamera untuk mengambil gambar
sebagai bahan bukti.Pemerhatian telah dilakukan selama dua hari iaitu pada hari 16
Februari 2019 di Taman Awam Semarak,Batang Kali.
14
laporan kajian. Data yang telah diperoleh daripada analisis ini menggunakan
kekerapan, peratus, jadual, graf dan carta. Selain itu, pengkaji juga menganalisis data
bagi penyataan yang menggunakan skala Likert 5 aras seperti berikut
PEB
PENYATAAN SKALA (Bulatkan)
IL
1. 1 2 3 4 5
1=sangat setuju 2=t setuju, 3=tidak pasti, 4=tidak setuju dan 5=sangat tidak setuju
15
8.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Dalam dapatan kajian dan perbincangan ini menerangkan tentang analisis data dan
tindak balas responden terhadap soal selidik yang dijalankan tentang jenis aktiviti
yang lazim dijalankan dan kesan penglibatan penduduk dalam aktiviti yang
dijalankan di Taman Awam Semarak,Batang Kali.
Seramai 20 orang responden telah diberi soal selidik untuk membantu kajian
ini.Pemilihan responden berlaku secara rawak di Taman Awam Semarak.Pemilihan
responden ini dibahagikan mengikut jantina, umur ,tahap pendidikan dan bangsa.
Dengan ini ,kajian ini dapat menerangkan objektif kajian dan analisis data daripada 20
responden.
16
8.1.1 Jantina
Jantina
Jantina Bilangan (orang) Peratus (%)
Lelaki 11 55
Perempuan 9 45
Jumlah Keseluruhan 20 100
Jadual 1: Jantina
Sumber : Kajian Lapangan Luar 2019
Jantina
Perempuan
45%
Lelaki
55%
Carta 1: Jantina
Sumber : Kajian Lapangan Luar 2019
8.1.2 Bangsa
17
Bangsa Bilangan (orang) Peratus (%)
Melayu 11 55
Cina 5 25
India 4 20
Lain-lain 0 0
Jumlah Keseluruhan 20 100
Jadual 2: Bangsa
Sumber : Kajian Lapangan
BANGSA
INDIA
20%
MALAYU
55%
CINA
25%
Carta 2:Bangsa
Sumber : Kajian Lapangan Luar 2019
Dapatan kajian ini membincangkan bahawa bangsa melayu adalah majoriti yang
megunjungi Taman Awam ini sebanyak 55% peratus iaitu 11 orang yang
mewakili.Seterusnya bangsa kedua yang mengunjungi Taman ini adalah bangsa cina
iaitu mewakili dengan 25% iaitu 5 orang.Selain itu, 20% adalah bagi bangsa india
yang mewakili 4 orang.Temu bual juga menjelaskan bahawa majoriti yang
mengunjungi kawasan ini adalah orang melayu.
18
8.1.3 Umur
58>
10% Umur 15-25
15%
26-36
15%
48-58
30%
37-47
15-25 26-36 37-47 48-58 58> 30%
Carta 3 : Umur
19
8.1.4 Taraf pendidikan
Ijazah 11 55
Diploma/STPM 6 30
SPM 2 10
PT3 0 0
Kelulusan lain-lain 1 5
Taraf pendidikan
Diploma &STPM
30%
Ijazah
55%
SPM
10%
Jadual 4 dan carta 4 menunjukkan taraf pendidikan bagi responden Taman Awam
Semarak,Batang Kali.Taraf pendidikan yang majoriti ialah kelulusan ijazah iaitu 55%
dan 11 orang yang mewakilinya.Selain itu, bagi kelulusan diploma dan stpm ialah 6
20
orang yang mewakilinya iaitu 30%.Kelulusan spm pula diwakili dengan 10% iaitu 2
orang yang responden.Kelulusan lain-lain juga telah diwakili dengan 5% iaitu
seorang.
8.2 Bahagian B:Mengenal pasti jenis aktiviti yang lazim dijalankan di Taman
Awam Semarak,Batang Kali.
1 Pertandingan sepak 11 55 8 40 0 0 0 0 1 5
takraw
2 Perlawanan 10 50 10 50 0 0 0 0 0 0
persahabatan bola
sepak
3 Senamrobik 13 65 6 30 0 0 1 5 0 0
4 Aktiviti 8 40 11 55 1 5 0 0 0 0
membersihkan taman
5 Tempat jiran tetangga 10 50 8 40 2 10 0 0 0 0
berkumpul
Sumber: Kajian Lapangan Luar 2019
21
Berdasarkan jadual dan graf tersebut, terdapat pelbagai jenis aktiviti yang lazim
dijalankan di Taman Awam Semarak,Batang Kali.. Terdapat 5 skala likert yang
diperoleh dari data iaitu sangat setuju, setuju, tidak setuju, sangat tidak setuju dan
tidak pasti.
22
8.2.2 Perlawanan bola sepak
Berdasarkan soal selidik ,responden yang sangat setuju bagi aktiviti ini ialah seramai
10 orang yang diwakili dengan 50%.Responden yang setuju bagi aktiviti ialah seramai
10 orang yang diwakili dengan 50%Seterusnya,tiada responden bagi skala likert tidak
pasti,tidak setuju dan sangat tidak setuju.Berdasarkan temu bual,saya juga mendapati
bahawa golongan dewasa banyak melibatkan diri dalam aktiviti ini. Oleh itu, kita
boleh menganalisis bahawa aktiviti perlawanan persahabatan bola sepak sering
dijalankan di tempat ini.
.
8.2.3 Senamrobik
Bagi aktiviti senamrobik ini responden yang sangat setuju ialah seramai 13 orang
iaitu diwakili dengan 65%. Penduduk yang setuju bagi aktiviti ini ialah seramai 6
23
orang yang diwakili dengan 30% .Selain itu,seorang sahaja yang tidak setuju
mengenai aktiviti ini.Berdasarkan temu bual, saya juga telah mendapati bahawa
aktiviti senamrobik ini sering dijalankan oleh penduduk di Taman tersebut kerana
adanya kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.
24
dansangat tidak setuju bagi aktiviti membersihkan taman.
25
bagi aktiviti ini.
26
8.3 Bahagian B:Mengkaji kesan penglibatan penduduk dalam aktiviti yang
dijalankan di Taman Awam Semarak,Batang Kali
27
Kesan penglibatan penduduk dalam aktiviti yang dijalankan di Taman
Awam Semarak,Batang Kali
20 19
18
16 14
14
12 11
10
10 8 8 8
8
6 5 4.5
4 2
2 1 1 1
0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
0
Memupuk Memupuk Memupuk Memupuk Mengelakkan
tanggungjawab hubungan hubungan hubungan perpecahbelahan
sosial bersama perpaduan silaturahim kerjasama dalam penduduk
kaangan penduduk
29
Berdasarkan soal selidik daripada 20 orang responden seramai 10 orang responden
yang sangat setuju dengan penyataan ini iaitu mewakili dengan 50%.Bagi skala likert
setuju pula seramai 8 orang responden iaitu mewakili dengan 40%..Selain itu, bagi
skala likert tidsk pasti pula seramai 2 orang responden yang mewakili dengan
10%.Bagi skala likert tidak setuju dengan sangat tidak setuju bilangan responden
adalah 0.Oleh itu, aktiviti yang diamalkan di Taman Awam Semarak juga dapat
mengelakkan perpecahbelahan penduduk.
Berdasarkan perbincangan dapatan kajian, terdapat pelbagai jenis aktiviti yang lazim
dijalankan di Taman Awam Semarak, Batang Kali. Bagi jenis aktiviti yang menjadi
pilihan pertama penduduk Taman Awam Semarak, Batang Kali ialah aktiviti
senamrobik yang dipersetujui oleh banyak responden dan ini disebabkan oleh
pertambahan penduduk dari semasa ke semasa di kawasan Batang Kali.
Aktiviti yang menjadi pilihan kedua bagi penduduk Taman Awam Semarak,Batang
Kali iaah Pertandingan sepak takraw. Hal ini kerana terdapat 11 orang responden yang
sangat bersetuju dan 8 orang responden setuju. Berdasarkan temu bual,responden
memberi pendapat bahawa pertandingan sepak takraw ini diadakan pada setiap tahun
pada peringkat zon Batang Kali.Pertandingan ini disertai oleh 10 kumpulan dan akan
ditapis .
31
Seterusnya,aktiviti yang menjadi pilihan ketiga bagi penduduk Taman Awam
Semarak,Batang Kali ialah Perlawanan persahabatan bola sepak.Hal ini dikatakan
demikian kerana hampir 10 orang responden telah sangat setuju dan 10 orang
responden lagi setuju bagi aktiviti ini.Responden yang sangat setuju dan setuju bagi
aktiviti adalah berumur antara 26-36.Hal ini menunjukkan bahawa generasi muda
sangat berminat terhadap perlawanan bola sepak.
Tambahan pula, aktiviti tempat jiran tetangga berkumpul menjadi pilihan keempat
bagi penduduk Taman Awam Semarak,Batang Kali. Taman Awam Semarak ,Batang
Kali ini menjadi tempat jiran tetangga berkumpul kerana terdapat kaum wanita
berborak mengenai isu keluarga dan kaum lelaki berborak mengenai politik apabila
kanak-kanak mereka bermain di Taman tersebut.Melalui aktiviti ini, penduduk juga
boleh melepaskan tekanan dan menenangkan fikiran.
Akhir sekali, aktiviti membersihkan taman menjadi pilihan terakhir bagi penduduk
Taman Awam Semarak,Batang Kali. Hal ini dikatakan demikian kerana, terdapat 8
orang responden telah sangat bersetuju dan 11 orang responden telah bersetuju bagi
aktiviti ini.Berdasarkan temu bual ,terdapat segelintir responden memberi pendapat
mereka bahawa aktiviti ini berlaku pada setiap hujung minggu oleh penduduk Taman
Awam Semarak supaya kawasn tersebut sentiasa berada dalam keadaan bersih.
Bagi kesan memupuk hubungan perpaduan sangat setuju oleh 19 orang responden Hal
ini demikian kerana aktiviti yang dijalankan di Taman Awam Semarak sangat
mengaitkan dengan pelbagai kaum.Berdasarkan temu bual,sesetengah penduduk
menyatakan bahawa aktiviti seperti perlawanan bola sepak dan sepak dimainkan oleh
pelbagai kaum.Hal ini secara tidak langsung akan memupuk hubungan perpaduan.
Kesan yang seterusnya ialah memupuk hubungan silaturahim.Hal ini kerana, aktiviti
yang dilakukan di Taman Awam Semarak bukan sahaja dilakukan oleh penduduk
taman tersebut malahan terdapat juga penduduk dari ligamas ,Taman Wawasan dan
Tamu Hill Park yang datang ke taman tersebut.Apabila mereka berjumpa dengan
penduduk baharu di kawasan tersebut mereka boleh dapat berkenalan.
Kesimpulannya, terdapat lima jenis aktiviti yang lazim dijalankan oleh penduduk
Taman Awam Semarak,Batang Kali iaitu pertandingan sepak takraw,perlawanan
persahabatan bola sepak,senamrobik,aktiviti membersihkan taman dan tempat jiran
tetangga berkumpul.Kajian ini juga dapat mengenalpasti kesan penglibatan penduduk
dalam aktiviti yang dijalankan.Pada pendapat pengkaji,pihak kerajaan juga perlu
menyediakan pelbagai kempen sukan supaya ia dapat menggalakkan penduduk untuk
melibatkan diri mereka dalam sukan yang dapat memupuk integrasi dan
perpaduan.Penduduk juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti sukan supaya mereka
dapat bekerjasama antara pelbagai kaum dan dapat memupuk hubungan kerjasama
sosial.
33
10.0 RUJUKAN
3) Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
5) https://www.google.com.my/maps
7) Temu bual bersama Pn.Selvi A/P Rajoo di Taman Awam Semarak,Batang Kali.
8) https://www.penerangan.com.my
9)
34
11.0 LAMPIRAN
Borang Soal Selidik :Sukan sebagai wadah integrasi dan perpaduan dalam
kalangan penduduk di Taman Awam Semarak, Batang Kali.
4. Taraf pendidikan
1. Jantina Ijazah
Lelaki
Diploma/STPM
Perempuan
SPM
PMR
Kelulusan lain-lain
2. Bangsa
Melayu
Cina
India
Lain-lain bangsa
nyatakan: .........................
3. Umur
15-25
26-36
37-47
48-58
58 dan ke atas
35
BAHAGIAN B
Mengenal pasti jenis aktiviti yang lazim dijalankan di Taman Awam,Batang Kali.
BAHAGIAN C:
36
Mengkaji kesan penglibatan penduduk dalam aktiviti yang dijalankan di Taman
Awam Semarak,Batang Kali.
Arahan:Pada setiap penyataan di bawah ,bulatkan nombor yang paling sesuai dengan
diri anda mengikut skala di bawah.
1.Sangat setuju
2.Setuju
3.Tidak pasti
4.Tidak setuju
5. Mengelakan perpecahbelahan 1 2 3 4 5
penduduk
37
SMK KUALA KUBU BHARU ,JALAN KOLAM AIR
44300,KUALA KUBU BHARU.
Borang temu bual : Sukan sebagai wadah integrasi dan perpaduan dalam
kalangan penduduk Taman Awam Semarak,Batang Kali.
Pengkaji Puan boleh menceitakan berapa lama puan telah menduduki Taman
Awam Semarak,Batang Kali ini dan asal usul Taman ini.
Pn.Selvi Saya telah menduduki kawasan ini selama 29 tahun iaitu sejak tahun
1990.Kawasan kediaman Taman Awam Semarak ini telah
dibangunkan pada tahun 1985.
Pengkaji Boleh Puan menceritakan asal usul pembinaan Taman Awam
Semarak,Batang Kali
Pn.Selvi Taman Awam Semarak ini dibina bersama dengan pembinaan Taman
Semarak dan ditambahbaik pada tahun 2015 dengan pelbagai
kemudahan.
Pn.Selvi Aktiviti yang disenaraikan di atas selalu berlaku pada hujung minggu
atau hujung bulan.
38
Pengkaji Pada pandangan puan ,adakah aktiviti yang dilakukan di Taman Awam
Semarak dilakukan secara bersama oleh pelbagai kaum?
Pengkaji Pada pandangan puan ,apakah kesan pnglibatan penduduk dalam aktiviti
yang dijalankan di Taman Awam Semarak selain daripada memupuk
tanggungjawab sosial bersama.
Pn.Selvi Aktiviti yang dilakukan di Taman Awam Semarak oleh pelbagai kaum
juga dapat mengeratkan perpaduan dan memupuk hubungan
silaturahim.Selain itu, saya juga mendapati bahawa wujudnya kerjasama
dalam kalangan
penduduk apabila mereka melibatkan dalam apa jua aktiviti yang
dilakukan secara bersama oleh penduduk .Saya juga sangat bersetuju
bahawa aktiviti yang dilakukan secara bersama oleh penduduk akan
mengelakkan perpecahbelahan penduduk.
Pengkaji Saya amat menghargai dan mengucapakan terima kasih atas kesudian
puan untuk meluangkan masa bersama saya untuk menyelesaikan kerja
kursus ini.
39
Kaedah pemerhatian
Hari pertama:Pemerhatian tentang aktiviti permainan sepak takraw dan pemainan bola
sepak.
Hari kedua:Pemerhatian tentang aktiviti senamrobik,jiran tetangga berkumpul dan
membersihkan taman.
40