Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 71

PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF

PERINGKAT KEBANGSAAN
TAHUN 2018

KATEGORI INDIVIDU MENENGAH

TAJUK INOVASI:
AR Cakna Solat

USTAZ JASMI BIN AMIN


GURU CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM
SMK MALIM, MELAKA
VIDEO
AR CAKNA SOLAT
Lampiran A

PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF


PERINGKAT KEBANGSAAN 2018
MAKLUMAT CALON

Kategori Pertandingan (tandakan dalam kotak berkenaan di bawah):

Individu Prasekolah Individu Rendah

Individu Menengah Kumpulan

(Nota: Bagi penyertaan kumpulan, setiap ahli hendaklah mengisi borang


secara berasingan dan nyatakan ketua kumpulan)

No. K.P: 791014-04-5343


Nama calon: Jasmi bin Amin

Jantina: Lelaki

Alamat sekolah: SMK Malim, Bertam Malim 75250 Melaka

No. Telefon Sekolah : 06-3367579


No. Telefon Bimbit : 017-6256245
No. Faks : 06-3357578
E-mel : ustazjustme@gmail.com
Jawatan di sekolah: 1. Setiausaha Kajian Tindakan
2. Setiausaha JK Kecemerlangan Akademik
3. Setiausaha Program Kecemerlangan
Pasak Minda
4. Guru Penasihat Kelab Rakan Surau

Kelulusan Akademik Tertinggi: Sarjana Pendidikan (Pend. Islam)


Tahun / Institusi: 2011 / Universiti Kebangsaan Malaysia

Kelulusan Ikhtisas: Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pend. Islam)


Tahun / Institusi: 2002 / Universiti Teknologi Malaysia

Tajuk Inovasi: AR Cakna Solat


PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF 2018
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGESAHAN MAKLUMAT CALON


SALINAN KAD PENGENALAN GURU YANG DICALONKAN

Saya mengaku bahawa salinan kad pengenalan yang dihantar (seperti ditunjukkan di atas)
mengiringi penerangan inovasi yang dicalonkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
adalah butiran kad pengenalan saya yang terkini.
Saya juga mengaku bahawa bahan inovasi saya merupakan hasil inovasi saya dan tidak
diambil dari inovasi orang lain atau mana-mana sumber lain.
_______________________________ _____________
(Tandatangan Guru yang Bertanding) (Tarikh)

Saya mengesahkan salinan kad pengenalan guru yang dicalonkan oleh Jabatan Pendidikan
Negeri Melaka untuk bertanding dalam Anugerah Guru Inovatif di bawah kategori individu
prasekolah/ individu rendah/ individu menengah /kolej vokasional/ kumpulan.* (*Potong
pilihan yang tidak berkenaan)

________________________________ _____________
(Tandatangan dan Cop Pengarah) (Tarikh)
PENGENALAN INOVASI

Kategori pertandingan : Individu Menengah

Tajuk inovasi : AR Cakna Solat

Sinopsis inovasi :

Bertemakan CELIK dan CAKNA SOLAT buku interaktif ini akan


membantu anak-anak murid di sekolah untuk mempelajari ibadah solat
dengan cara yang lebih menyeronokkan. Inisiatif Pengarah Jabatan
Pendidikan negeri Melaka memperkenalkan program Cakna Solat pada
tahun 2016 merupakan suatu usaha murni memperkasakan ibadah
wajib yang culas dilakukan oleh murid-murid. Walaupun murid-murid
telah mempelajari perihal solat sejak dari tadika namun ramai dari
kalangan mereka masih tidak menghafal bacaan dan mengetahui
dengan betul tatacara pelaksanannya. Atas dasar ini, buku AR Cakna
Solat diperkenalkan kepada murid untuk membantu mereka menguasai
isi pelajaran seterusnya memahami tatacara pelaksanaan ibadah solat
berteraskan konsep Didik Hibur menerusi pendekatan “akses kendiri”
dan berpusatkan murid (student centered).

Rasional nama AR Cakna Solat:


Buku interaktif yang menggunakan teknologi Augmented Reality untuk
membantu murid-murid belajar tentang solat dengan mudah dan boleh
diakses walau di mana mereka berada.
OBJEKTIF INOVASI

Objektif inovasi buku interaktif Cakna Solat ini dihasilkan ialah untuk:

Membantu murid-murid menguasai bacaan dan perlakuan dalam ibadah


solat menerusi konsep “Didik Hibur” dan “Akses Kendiri”

Mewujudkan budaya belajar berterusan bukan hanya di sekolah,


bahkan di rumah atau di mana-mana sahaja

Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) berteraskan teknologi AR


sebagai alternatif pendidikan Islam bagi melahirkan generasi yang
CELIK dan CAKNA solat

KUMPULAN SASARAN:
Semua murid Islam peringkat sekolah rendah / menengah atau sesiapa
sahaja yang ingin mempelajari mengenai ibadah solat.
LATAR BELAKANG INOVASI

Pengalaman mengajar Pendidikan Islam di sekolah menengah sejak


tahun 2002 memberi 1001 pengalaman berharga buat diri saya.
Pelaksanaan ibadah solat, puasa, zakat dan haji merupakan antara
tajuk-tajuk yang akan dipelajari oleh semua murid sama ada di peringkat
sekolah rendah mahupun menengah. Proses pengajaran yang dilakukan
bukan hanya melibatkan teori semata-mata bahkan murid-murid perlu
mengamalkannya dalam kehidupan mereka.

Cabaran mengajar secara konvensional meskipun berbantukan


komputer masih tidak dapat memberi kefahaman yang menyeluruh
kepada mereka. Masalah yang timbul telah disuarakan oleh ustaz dan
ustazah yang mengajar. Murid-murid bukan hanya tidak menghafal dan
tidak mengetahui tatacara solat yang sebenar bahkan ada dari kalangan
mereka yang langsung tidak menunaikan solat. Alasan yang kerap
diberikan termasuklah tertidur, lupa, malas, tiada didikan dari ibu bapa,
tidak pandai baca bahasa arab (kebanyakan buku solat di pasaran
dalam bahasa arab) dan tidak menghafal bacaan-bacaan dalam solat.

Menjadi tanggungjawab kami guru-guru agama untuk memberi


didikan dan nasihat buat semua murid yang tidak melaksanakan ibadah
solat. Bahkan menjadi kewajipan kami untuk memperbetulkan bacaan
(rukun qauli) dan gerak laku (rukun fi‟li) sewaktu amali solat yang
diperuntukkan dalam jadual persekolahan. Pelbagai cara telah dilakukan
termasuklah nasihat dan dendaan. Namun murid-murid didapati sukar
untuk menghafal bacaan dalam solat memandangkan waktu amali
hanyalah 30 minit seminggu.
Inisiatif Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Melaka iaitu Tn Hj
Abu Bakar bin Sahari memperkenalkan program Cakna Solat telah
memberi ruang kepada semua guru agama di negeri Melaka
memantapkan ibadah solat dalam kalangan murid. Program yang
diperkenalkan sejak tahun 2016 menghendaki semua murid yang hadir
ke sekolah perlu mengqodho‟ solat subuh bagi mereka yang tidak
menunaikannya pada awal pagi. Selain itu murid-murid juga digalakkan
untuk menunaikan solat sunat dhuha pada waktu Pendidikan Islam
mahupun di waktu rehat.

Melalui pemerhatian yang dilakukan, murid-murid didapati


mengikut segala program yang dirancang oleh pihak sekolah. Bagi
mereka yang tidak solat Subuh maka mereka wajib mengqodho‟nya
secara berjemaah. Sementara bagi murid-murid yang telah menunaikan
solat subuh maka mereka diberi ruang untuk menunaikan solat sunat
dhuha. Namun pada suatu hari tergerak di hati saya untuk memanggil
beberapa orang murid tingkatan 4 secara rawak untuk mendengar
bacaan solat mereka. Anggapan awal saya pastinya mereka telah
menghafal bacaan solat dengan baik memandangkan usia remaja
mereka. Namun ..... apa yang diperolehi daripada kajian ringkas
tersebut adalah disebaliknya. Jadual di bawah menerangkan dapatan
yang diperolehi menerusi ujian bacaan yang dilakukan:
Doa iftitah Tahiyyat akhir
Murid Menguasai X menguasai Menguasai X menguasai
Murid 1 0 / 0 /
Murid 2 0 / 0 /
Murid 3 0 / 0 /
Murid 4 / 0 0 /
Murid 5 0 / 0 /
Murid 6 0 / 0 /
Murid 7 0 / 0 /

Dapatan yang diperolehi daripada 7 orang murid di atas


membuatkan saya termenung dan berfikir mengapa mereka yang telah
berusia 17 tahun masih tidak menghafal bacaan-bacaan asas dalam
solat. Daripada 7 orang murid tersebut hanya seorang sahaja yang
menghafal bacaan doa iftitah dan tiada seorang pun dari kalangan
mereka yang menghafal dengan lancar bacaan tahiyyat akhir. Rentetan
daripada peristiwa itu saya meneruskan pemerhatian dan menguji
bacaan dalam solat terhadap murid-murid yang lain. Dapatan yang
diperolehi adalah lebih kurang sama dan jika ada yang menghafal
sekalipun doa dan zikir yang dibaca terdapat kesalahan yang perlu
diperbetulkan.

Berdasarkan isu tersebut, saya merasakan program Cakna Solat


perlu diberi penambahbaikan dan murid-murid ini perlu dibantu agar
mereka bukan hanya Cakna Solat tetapi turut Celik Solat.
Iaitu mereka bukan hanya menjaga dan menunaikan ibadah solat tetapi
turut memiliki ilmu tentang rukun qauli, rukun fi‟li dan rukun qalbi dalam
ibadah solat. Setelah diadakan perbincangan bersama Panitia saya
mengambil inisiatif untuk mencipta buku solat mini yang dapat
digunakan oleh murid-murid bukan hanya di sekolah bahkan di rumah.
Kerana bagi saya pembelajaran perlu berlaku sepanjang masa dan
bukan hanya di sekolah sahaja. Namun bagaimanakah caranya?

Bermula dari bulan September 2017 saya telah mengorak langkah


sambil dibantu oleh rakan panitia yang lain mencari rujukan dan menulis
perkara-perkara asas yang perlu dimuatkan dalam buku yang
dicadangkan. Selain bacaan dalam bahasa arab, saya turut
menyediakan transliterasi bacaan dalam rumi untuk memudahkan
murid-murid yang tidak mahir membaca tulisan arab. Seramai empat
murid perempuan dan seorang lelaki membantu saya untuk sesi
fotografi model dalam buku tersebut. Tidak cukup dengan itu saya juga
telah mendapat bantuan daripada bekas anak murid bagi tujuan reka
grafik.

Pada penghujung bulan Oktober buku mini Cakna Solat telah


berjaya disiapkan. Saya telah memilih tiga orang pelajar tingkatan 3
untuk tujuan kajian rintis. Kajian ini telah dijalankan selama seminggu
dan murid-murid berkenaan perlu menjadikan buku tersebut sebagai
rujukan utama untuk belajar tentang solat. Namun masalah yang
dihadapi ialah murid-murid hanya membaca dan menghafal dalam
tulisan rumi. Ini menyebabkan bacaan mereka tidak tepat bahkan
menyalahi makna sebenar bacaan dalam solat.
Kesannya, niat untuk membolehkan murid belajar dan menghafal
bacaan dalam solat di rumah tidak tercapai.

Justeru itu saya mula memikirkan kaedah yang dapat memenuhi


hasrat tersebut dan mampu menarik perhatian murid-murid menghafal
bacaan dalam solat dengan pantas walaupun tanpa bantuan guru.
Ketika itu apa yang terbayang dibenak saya ialah AR (Augmented
Reality). Kerana menerusi AR murid-murid bukan hanya dapat
mendengar bacaan contoh, bahkan mereka boleh melihat pergerakan
solat dalam bentuk animasi pada kadar 360 darjah. Syukur bagi Allah
kerana tanpa disangka saya ditawarkan oleh seorang rakan lama untuk
mereka animasi 3D bagi menjayakan projek AR dalam buku solat
tersebut. Persetujuan yang dicapai meningkatkan motivasi saya untuk
menjayakan projek tersebut. Selama dua bulan kami bertungkus-lumus
menyiapkan animasi 3D beserta apps Cakna Solat. Alhamdulillah berkat
sokongan daripada semua pihak pada 23 Februari 2018 buku ini telah
siap dan telah digunakan oleh semua murid di SMK Malim dalam
program kerohanian yang telah dilancarkan secara besar-besaran oleh
pihak sekolah.
Keratan akhbar Melaka Hari Ini
SEDERAP MELANGKAH MAJU
BERSAMA MENJAYAKAN PROGRAM CAKNA SOLAT

Alhamdulillah inovasi yang dihasilkan ini mendapat sokongan daripada


semua pihak khususnya para pentadbir SMK Malim yang ditunjangi oleh
Pn Rosidah binti Harun. Sejak saya menyatakan hasrat untuk
memperkasakan program Cakna Solat, Pn Pengetua telah bersetuju
dan menzahirkan sokongan 100% terhadap usaha tersebut. Hal ini
menyebabkan saya dan rakan panitia yang lain bermotivasi untuk
menjayakannya bersama.

Perancangan pada peringkat awal, buku Cakna Solat akan


digunakan pada waktu amali atau ketika penilaian PAFA dijalankan.
Namun setelah diadakan perbincangan dan diperhalusi, saya telah
mengesyorkan kepada Pn Pengetua agar buku ini digunakan secara
menyeluruh dalam kalangan warga sekolah pada setiap hari Jumaat
iaitu pada waktu Kerohanian.

Program Kerohanian

Pada setiap hari Jumaat pihak sekolah telah menetapkan secara


berjadual pada waktu pertama (7.30 – 8.15) semua murid Islam terlibat
dengan program Kerohanian sementara murid bukan Islam mengikuti
aktiviti moral. Program seumpama ini dijalankan untuk membina sahsiah
dalam kalangan murid agar benar-benar menjadi muslim/muslimah
sejati. Antara pengisian yang dimuatkan termasuklah bacaan surah
yaasin, surah al-kahfi, zikir munajat dan tazkirah ringkas daripada ustaz
dan ustazah.
Namun setelah dilakukan perbincangan bersama rakan panitia
dan pentadbir, pihak sekolah bersetuju untuk mengadakan program
Cakna Solat pada setiap hari Jumaat bagi menggantikan program
sebelum ini. Hal ini kerana ibadah solat merupakan ibadah terpenting
dan wajib dilakukan oleh semua umat Islam. Sedangkan ramai dari
kalangan murid masih tidak mengetahui tatacara dan bacaan solat
dengan sempurna. Secara perbandingan pastilah ibadah solat perlu
diutamakan daripada ibadah-ibadah yang lain.

Apa yang menariknya, program Cakna Solat yang dirancang akan


melibatkan semua guru dan murid SMK Malim. Pelaksanaannya akan
berlaku serentak berpandukan silibus yang dirancang oleh panitia
Pendidikan Islam. Buku Cakna Solat akan dijadikan modul utama dalam
program tersebut. Ini bermaksud semua guru akan menjadi
naqib/naqibah dan akan membimbing sekurang-kurangnya 20 orang
murid dalam satu masa. Alhamdulillah semua guru SMK Malim
menyatakan sokongan dan persetujuan bagi menjayakan program
tersebut.
Semua guru Islam mendengar taklimat pelaksanaan program Cakna Solat
Agihan fail program Cakna Solat kepada semua guru

Kesediaan guru-guru menjadi naqib dan naqibah dalam program


Cakna Solat menggambarkan rasa tanggungjawab dan semangat
kerjasama wujud dalam diri mereka. Bahkan guru-guru Pendidikan Khas
juga turut terlibat sama dalam program yang dirancang bersama dengan
murid-murid istimewa. Sokongan dan kerjasama yang diberi oleh semua
rakan guru amat dihargai. Sememangnya inilah peranan sebagai
seorang guru yang perlu mendidik dari hati agar murid-murid bukan
hanya cemerlang dalam bidang pembelajaran bahkan gemilang sahsiah
dan peribadi mereka.
Pemandangan di dewan Tun Sri Lanang ketika program Cakna Solat berlangsung

Kumpulan Cakna Solat di bawah bimbingan Cikgu Fizatun Nadia


Kumpulan Cakna Solat di bawah bimbingan Cikgu Nurhidayu

Kumpulan Cakna Solat di bawah bimbingan Cikgu Rosman


Kumpulan Cakna Solat di bawah bimbingan Cikgu Ikram

Kumpulan Cakna Solat Pendidikan Khas


Seramai 90 orang guru Islam terlibat dalam program ini. Selain itu
panitia Pendidikan Islam turut melantik 18 orang murid perempuan
tingkatan 5 Arif sebagai naqibah untuk membimbing beberapa buah
kelas yang tidak mempunyai guru. Semua guru dan murid yang dilantik
sebagai naqib/naqibah diberi fail yang mengandungi buku Cakna Solat,
senarai nama murid, senarai semak serta dua borang soal selidik.
Borang-borang yang disisip bersama dalam fail perlu diisi oleh semua
murid dalam perjumpaan yang pertama.

Naqibah dari kalangan murid T5 Arif


ISU/MASALAH YANG DITANGANI INOVASI

Buku interaktif AR yang diperkenalkan ini menggunakan pendekatan


“Didik Hibur” dan “Akses Kendiri”. Keunikan buku ini ialah murid-murid
bukan hanya hanya boleh membaca bahkan mereka boleh melihat
sendiri animasi 3D melakukan simulasi solat dan mendengar bacaan
contoh yang betul dalam solat. Impaknya sepanjang sesi PdPC
mahupun program kerohanian yang dianjurkan murid-murid berasa
seronok dan dapat menghafal bacaan dalam solat dengan baik.

Inovasi buku interaktif Cakna Solat yang dihasilkan ini mengambil


kira semua konsep asas pelaksanaan ibadah solat yang akan
membantu murid-murid menguasainya dengan mudah. Reka bentuk
yang dibangunkan turut diperhalusi agar dapat menarik minat dan
perhatian murid-murid sama ada dari aspek aplikasi yang digunakan
termasuklah ilustrasi, warna, susun atur bahan dan pemilihan kertas
yang digunakan.

Jika sebelum ini murid-murid belajar hanya di sekolah dengan


bantuan ustaz dan ustazah, namun kini mereka boleh belajar tentang
solat walaupun di rumah atau ketika berada di mana-mana sahaja.
Dengan hanya memuat turun aplikasi Cakna Solat di Google Playstore
yang ditawarkan secara percuma, murid-murid boleh belajar mengenai
solat dengan menggunakan buku yang dicipta. Setelah memuat turun
aplikasi tersebut, murid-murid perlu mengimbas kod AR untuk melihat
gerak laku animasi dalam solat serta mendengar bacaan contoh dalam
solat.
Antara kelebihan lain teknologi AR ini ialah murid-murid boleh
melihat pergerakan animasi dari pelbagai sudut iaitu 360 darjah.
Kesannya murid-murid boleh belajar tentang solat dengan mudah dan
seronok walaupun ketika berada di rumah bersama-sama dengn
keluarga.

Penggunaan teknologi AR dalam buku Cakna Solat yang dicipta


adalah berkonsepkan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) dengan
menerapkan elemen ICT sebagai sokongan utama dalam pembelajaran
murid. Berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan selain daripada respon dan
dapatan yang diperolehi menerusi kajian, buku Cakna Solat didapati
berkesan untuk:
 Menarik minat murid untuk mempelajari tajuk ibadah solat dengan
cara mudah dan menyeronokkan.
 Mudah menghafal bacaan dalam solat dengan sebutan yang betul.
 Memperkukuhkan pengetahuan murid tentang pelaksanaan ibadah
solat yang dipelajari oleh mereka semasa di sekolah rendah dan
menengah.
 Membantu murid-murid yang tidak pandai membaca bahasa arab
kerana disertakan bersama transliterasi bacaan dalam bahasa
Melayu.
 Menyelesaikan masalah suasana belajar yang membosankan.
 Membantu guru-guru subjek Pendidikan Islam untuk mengajar tajuk
ibadah solat menerusi pendekatan yang berbeza, efektif dan
interaktif.
 Rekaan buku Cakna Solat dan aplikasi dengan menggunakan
paparan grafik menarik mampu menarik minat dan merangsang
minda murid-murid sewaktu belajar.

SIGNIFIKAN INOVASI

Konsep pembelajaran yang diperkenalkan menerusi buku Cakna Solat


adalah berasaskan kepada prinsip (edutainment) “Didik Hibur” dan
berpusatkan murid (student centered). Corak pembelajaran yang
diperkenalkan adalah mudah namun dapat membantu meningkatkan
kefahaman murid terhadap ibadah solat. Perkara ini diakui oleh Wardle
(2008) yang menyatakan bahawa bermain dapat merangsang fungsi-
fungsi otak dan domain pembelajaran berintegrasi antara satu sama lain
secara semula jadi. Bahkan ianya turut dipersetujui oleh Downey &
Garzoli (2007) dalam artikelnya yang menyatakan bahawa kaedah
bermain dapat merangsang proses pembelajaran menjadi lebih
bermakna. Impaknya, sepanjang sesi PdP murid-murid didapati seronok
dan menguasai isi pelajaran yang disampaikan oleh guru dengan baik.

Buku inovasi yang dihasilkan ini mengambil kira semua konsep


asas pelaksanaan ibadah solat yang akan membantu murid-murid
menguasainya dengan mudah termasuklah menyediakan transliterasi
bacaan solat dalam bahasa Melayu. Reka bentuk buku dan aplikasi
yang dibangunkan turut diperhalusi agar dapat menarik minat dan
perhatian murid-murid sama ada dari aspek ilustrasi, susun atur bahan
dan lain-lain lagi.

Perkara ini dititikberatkan oleh pengkaji agar ianya bertepatan


dengan pandangan Moyles (2005) yang menyatakan bahawa kaedah
bermain adalah pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang terbaik
jika dirancang dengan sebaiknya.

Penerapan elemen AR Code (Augmented Reality menjadikan


buku ini bersifat interaktif dan lebih menarik. Murid-murid akan melihat
animasi solat dalam sudut 360 darjah bagi kesemua rukun solat
termasuklah azan, iqomah dan sujud sahwi (Paparan akan
menunjukkan pergerakan sebenar ketika melakukan ibadah tersebut).
Pembelajaran akan berlangsung dalam keadaan yang menyeronokkan
serta bermakna meskipun guru hanya bertindak sebagai fasilitator.
Namun yang lebih bermakna, murid-murid dapat menghafal bacaan
dalam solat dengan lebih baik serta sebutan yang betul.

Aplikasi Augmented Reality

Pada tahun 2017 dunia dikejutkan permainan Pokemon Go yang turut


memberi kesan terhadap dimensi pendidikan baharu. Permainan yang
dibangunkan nyata berbeza daripada permainan yang lain serta
mencetuskan fenomena yang tersendiri. Hal ini adalah disebabkan
teknologi AR yang digunakan dalam permainan tersebut.
Menyedari pengaruh yang positif daripada teknologi tersebut maka
saya mula memasang impian untuk membangunkan aplikasi seumpama
itu dalam subjek Pendidikan Islam. Natijahnya, buku Cakna Solat yang
dihasilkan telah digabungkan bersama dengan teknologi Augmented
Reality untuk memberi kelainan berbanding buku-buku lain yang berada
di pasaran.

Contoh animasi AR
Bertepatan dengan perkembangan teknologi semasa, penggunaan
aplikasi seumpama ini akan meningkatkan lagi tahap keberkesanan
serta minat murid terhadap BBM yang dicipta. Impaknya, murid-murid
didapati seronok dan sangat teruja setiap kali menggunakan aplikasi
Cakna Solat yang boleh dimuat turun secara percuma di Google
Playstore. Berikut dinyatakan cara-cara memuat turun dan
menggunakan aplikasi Cakna Solat:
Langkah 1: Buka Playstore pada telefon
pintar. Cari Cakna Solat dan akan keluar
paparan logo seperti gambar sebelah.

Langkah 2: Tekan muat turun aplikasi Cakna


Solat dalam telefon pintar masing-masing.
Langkah 3: Setelah dimuat turun, buka
aplikasi Cakna Solat dan akan keluar seperti
paparan seperti gambar sebelah.

Langkah 4: Tekan imbas kad serta halakan


ke arah kod AR seperti di bawah untuk
melihat animasi dan mendengar bacaan
contoh.
Untuk menggunakan aplikasi ini, antara tools yang diperlukan ialah
telefon pintar atau apa-apa jua gadjet yang bersesuaian. Jika murid-
murid menggunakan telefon pintar maka mereka perlu memuat turun
aplikasi Cakna Solat terlebih dahulu sama ada melalui Google Store.
Pemantauan dan tunjuk ajar daripada guru adalah diperlukan demi
kelancaran pelaksanaannya.
CADANGAN PELAKSANAAN PdPC
INOVASI BUKU CAKNA SOLAT

Berikut dikemukakan cadangan pelaksanaan PdPC berkonsepkan “didik


hibur” bagi inovasi interaktif Cakna Solat.

Langkah 1:
Guru menyediakan peralatan yang diperlukan iaitu:
1) Buku Interaktif Cakna Solat.
2) Telefon pintar YES atau sebarang gadjet yang telah di‟install‟
dengan aplikasi Cakna Solat.

Langkah 2:
Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan mengikut
bilangan murid dalam kelas. (Cadangan: 1 kumpulan 5 hingga 6 orang).
Setiap kumpulan dibekalkan dengan kelengkapan yang dinyatakan di
atas.

Langkah 3:
Guru memberi penerangan secara ringkas mengenai aktiviti PdPC buku
interaktif Cakna Solat.

Langkah 4:
Murid-murid melakukan aktiviti PdPC berdasarkan arahan guru dibantu
oleh murid turus sambil dipantau oleh guru. Semua murid diminta
mendengar dan menghafal bacaan-bacaan dalam solat berdasarkan
bacaan contoh dalam aplikasi Cakna Solat. Murid turus akan
membimbing rakan-rakan sepanjang tempoh PdPC.
Langkah 5:
Sebelum waktu tamat, guru akan membuat penilaian sama ada dari
aspek bacaan atau pergerakan dalam solat. Guru akan menanda
prestasi murid dalam borang pencapaian Cakna Solat yang turut
disertakan dalam buku tersebut.

Murid menggunakan Aplikasi Cakna Solat ketika menggunakan


inovasi buku Cakna Solat
HURAIAN KOS INOVASI

Bahan dan kos untuk menghasilkan inovasi

BIL BAHAN TUJUAN CTY KOS JUMLAH


1 Kertas A5 Cetakan buku 1 RM6.50 X 1 RM6.50
Cakna Solat

JUMLAH BESAR RM6.50

Kos yang digunakan untuk menghasilkan buku Cakna Solat ialah


RM6.50 sahaja. Buku bersaiz A5 dengan jumlah 40 muka surat telah
dicetak di Syarikat De Advertising. Manakala proses membangunkan
aplikasi pula tidak melibatkan sebarang kos. Kesimpulannya harga bagi
senaskhah buku untuk kegunaan murid-murid hanyalah RM6.50
sementara aplikasi yang dibangunkan boleh dimuat turun oleh semua
secara PERCUMA.
KEBERKESANAN INOVASI KEPADA
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Bagi menilai keberkesanan inovasi yang dihasilkan saya telah


mendapatkan maklum balas daripada murid menerusi beberapa siri
ujian dan temubual secara langsung daripada mereka. Menerusi temu
bual yang dilakukan, antara respon yang diberikan oleh murid SMK
Malim adalah seperti berikut:

Murid 1: “Ni dah macam Pokemon ustaz. Memang terbaik


.... Ada jual ke kat kedai. Mak nak belikan adik”.
Murid 2: “Bagi saya ia amat seronok. Dapat membantu
saya membaca bacaan dalam solat dengan
betul”.
Murid 3: “Orang yang tak pandai baca bahasa arab pon
boleh hafal ustaz. Alhamdulillah saya dah hafal
tahiyyat awal”
Murid 4: “Best la ustaz. Macam mana ustaz dapat idea ni?
Mak dan ayah kat rumah pun suka”

Respon yang positif juga turut disuarakan oleh salah seorang guru
agama di SMK Malim dengan kenyataan “Buku Cakna Solat dapat
membantu guru mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran
yang ceria. Murid-murid memang nampak seronok”.
Berdasarkan hasil analisis yang diperolehi dengan nilai min 4.87
(aras tinggi) buku Cakna Solat ini terbukti menyeronokkan serta
memberi kesan positif terhadap proses PdPC (pembelajaran dan
pemudahcaraan) khususnya bagi meningkatkan penguasaan murid
dalam tajuk ibadah solat. Dapatan yang diperolehi ini adalah selaras
dengan hasrat guru untuk mewujudkan suasana PdPC berasaskan
konsep “Edutainment”. Secara keseluruhannya analisis berdasarkan
soal selidik yang diberikan secara rawak kepada 34 orang murid
tingkatan 3 dapat dirujuk menerusi skor min bagi setiap item di bawah:

Jadual 1: Analisis tahap minat murid terhadap buku Cakna Solat

Bil Item Nilai min

1 Buku “CAKNA SOLAT” adalah menyeronokkan. 4.85

2 CAKNA SOLAT membantu saya menghafal bacaan 4.90


dalam solat dengan baik.

3 Saya suka menggunakan aplikasi CAKNA SOLAT. 4.88

4 Buku ini meningkatkan motivasi saya untuk belajar 4.92


tentang ibadah solat.

5 Buku ini TIDAK sesuai dijadikan aktiviti pengukuhan 4.82


dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran.

MIN KESELURUHAN 4.87


Salah seorang guru SMK Malim membacakan isi penting Buku Cakna Solat

Respon yang positif turut dinyatakan oleh Ustaz Azubair, guru


Pendidikan Islam SMK Tun Haji Abdul Malek Melaka. Katanya “Buku ni
memang sangat membantu murid-murid menghafal bacaan dalam solat
setiap masa. Animasi wudhu juga sangat bagus sebab ramai murid-
murid tak tahu susunan yang betul”. Menurutnya lagi, buku Cakna Solat
diguna pakai oleh semua murid dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
Semua murid yang terlibat memberi respon yang sangat positif dan
teruja setiap kali menggunakan apps dan buku tersebut. Antara reaksi
yang diberi oleh murid-murid adalah seperti berikut:

Murid 1: “Canggih la ustaz, senang nak tengok macam mana


pergerakan dalam solat”
Murid 2: “Kalau boleh saya nak beli sendiri la ustaz. Boleh belajar
sendiri kat rumah”
Murid-murid SMK Tun Haji Abdul Malek asyik membaca buku Cakna Solat

Penyebarluasan turut dilakukan di SMK Lepar, Pekan Pahang


apabila salah seorang rakan lama Ustazah Anisah mencuba buku
Cakna Solat terhadap anak muridnya. Beliau telah menggunakan buku
Cakna Solat dalam waktu amali di sekolahnya. Murid-murid yang
disasarkan terdiri daripada mereka yang tidak pandai menunaikan solat
iaitu seramai 7 orang.

Namun hasil yang diperolehi adalah begitu memberangsangkan


apabila semua murid (7 orang) berjaya menghafal bacaan tahiyyat dan
qunut dalam masa seminggu sahaja. Menurut Ustazah Anisah
“Alhamdulillah buku ni memberi impak yang sangat baik. Semua murid
sangat seronok dan membantu mereka untuk menghafal bacaan solat
dengan mudah”. Antara respon yang diberikan oleh murid-murid SMK
Lepar ialah:
Murid 1: “Senang nak hafal ustazah. Saya dah hafal tahiyyat awal”
Murid 2: “Bila dengar bacaan dalam apps tu, saya dapat menghafal
dengan bacaan yang betul”

Murid-murid SMK Lepar menggunakan apps Cakna Solat bersama gurunya

Selain itu murid-murid darjah 5 SK Melaka Pindah turut memberi


kenyataan yang sangat positif. Mereka kelihatan begitu seronok dan
teruja ketika menggunakan buku „Cakna Solat‟. Impaknya setelah
menggunakan buku tersebut mereka dapat memperbetulkan setiap
bacaan yang salah sebelum ini. Perkara ini diakui sendiri oleh Ustazah
Juwariyah selaku guru mata pelajaran mereka. Berikut dinyatakan
respon secara lisan yang diberikan oleh murid-murid SK Melaka Pindah
mengenai buku Cakna Solat:
Murid 1: “Buku ni best la ustazah, boleh scan scan. Ada
suara lak tu”
Murid 2: “Balik nanti nak suruh mak download benda ni.
Senang nak belajar la ustazah!”
Murid 3: “Ada jual kat pasaran ke ustazah? Buku ....
kartun semua cantik. Pastu dapat belajar.”
Murid 4: “Nak belajar mudah. Kat rumah pon boleh hafal”

Anak-anak SK Melaka Pindah seronok belajar dengan


buku Cakna Solat

Semua murid yang menggunakan buku tersebut sangat teruja dan


seronok lantaran teknologi yang digunakan nyata berbeza berbanding
dengan yang lain. Konsep “Didik Hibur” nyata memberi kesan yang
positif pada diri mereka. Respon yang diberi oleh murid-murid turut
disuarakan oleh guru mereka yang turut seronok menggunakan buku
tersebut. Antara pandangan yang diberi oleh guru berkenaan ialah:
“Buku ni sangat sesuai dan seronok digunakan. Bukan murid-murid je ...
cikgu pon suka. Bagi saya murid-murid teruja untuk menghafal ayat-ayat
bacaan dalam solat”.

Pandangan yang dikeutarakan oleh semua guru dan murid yang


menggunakan buku Cakna Solat nyata memberi kepuasan pada diri
saya. Saya bersyukur dan rasa amat seronok kerana dapat
menyediakan buku seumpama ini kerana selain dapat menyampaikan
ilmu berkaitan wudhu dan solat dalam kalangan murid, buku ini juga
dapat memenuhi tuntutan semasa dalam dunia Pendidikan Islam yang
kekurangan alat bantu mengajar.

Bahkan lebih dari itu, hasil ujian yang dijalankan terhadap murid-
murid SMK Malim mendapati murid-murid dapat menguasai bacaan
solat dengan baik berbanding sebelum mereka menggunakan buku
Cakna Solat. Banding beza antara pencapaian murid sebelum dan
selepas pelaksanaan bahan inovasi ini adalah seperti berikut:

Jadual 2: Analisis pencapaian murid dalam Pra Test dan Post Test
terhadap penggunaan buku Cakna Solat

Bil murid Pra test Post test


Kuasai Tidak kuasai Kuasai Tidak kuasai
(> 80%) (<80%) (> 80%) (<80%)

24 7 17 24 0

Berdasarkan jadual 2 di atas, didapati hanya 7 orang murid (menguasai)


menghafal bacaan dalam solat manakala seramai 17 orang daripada
mereka tidak menguasainya dengan baik iaitu mendapat kurang
daripada 80%.

Namun perbezaan yang lebih baik dapat dilihat setelah semua


murid (24 orang) mengikuti aktiviti PdPC menggunakan bahan inovasi
buku “Cakna Solat”. Semua murid iaitu seramai 24 orang berjaya
menguasai (100%) bacaan dalam solat dengan baik. Keputusan yang
dicatatkan adalah begitu memberangsangkan kerana semua murid
berjaya menguasai bacaan dalam solat dengan baik.

Hasil analisis yang diperolehi jelas menunjukkan bahawa buku


interaktif Cakna Solat memberi impak positif terhadap pembelajaran
murid serta pencapaian mereka. Murid-murid jelas dapat menguasai
bacaan dalam solat meskipun dilakukan dalam keadaan santai
berkonsepkan didik hibur “edutainment”.
POTENSI UNTUK DISEBARLUAS KEPADA PIHAK LAIN

Buku Cakna Solat amat berpotensi untuk disebarluas kepada pihak lain
sama ada dalam kalangan murid mahupun pihak awam. Secara
khususnya buku ini amat sesuai untuk dijadikan bahan bantu belajar
dalam kalangan murid-murid sekolah menengah seluruh Malaysia.
Antara faktor yang menunjukkan bahawa buku ini berpotensi untuk
disebarluaskan adalah seperti berikut:

1. Semua murid sekolah menengah termasuk sekolah rendah yang


terlibat dalam kajian inovasi menyatakan tahap minat yang tinggi
terhadap buku ini. Hal ini termasuklah guru-guru yang turut memberi
respon positif dalam kajian yang dijalankan. Hasil temubual
mendapati mereka sangat berminat dengan teknologi AR yang
diketengahkan dalam buku tersebut.

2. Buku interaktif bercorak didik hibur ini nyata membawa kelainan


berbanding buku-buku lain yang berada di pasaran. Murid-murid
kelihatan sangat teruja setiap kali menggunakan aplikasi Cakna
Solat untuk mengimbas kod AR yang disediakan dalam buku.
Pembelajaran bukan hanya boleh dilakukan di sekolah bahkan boleh
berlangsung di rumah bersama ahi keluarga masing-masing.
3. Rakan guru di sekolah menyatakan minat untuk berkongsi sama
buku ini sama ada di rumah untuk anak-anak atau di kelas mereka
kerana dapat mengaplikasikan pendekatan pengajaran yang berbeza
dari yang biasa. Begitu juga dengan rakan sejawat dari sekolah-
sekolah lain turut berminat untuk menggunakan bahan inovasi
sebagai Bahan Bantu Mengajar seperti SMK Tun Haji Abdul Malek,
SMK Lepar, SRI Integrasi Selangor, SK KLIA dan SK Melaka Pindah.

4. Buku Cakna Solat ini juga telah disebarluas seluruh Malaysia. Ramai
dari kalangan guru Pendidikan Islam telah membeli buku ini untuk
kegunaan murid-murid di sekolah mereka. Penyebarluasan boleh
dilakukan secara meluas di seluruh semenanjung Malaysia termasuk
Sabah dan Sarawak kerana buku dan aplikasi yang dibangunkan
telah berdaftar sebagai Harta Intelek di MyIpo.

5. Buku yang dihasilkan ini amat sesuai untuk digunakan dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam di sekolah menengah. Buku ini bukan
hanya sesuai untuk digunakan dalam kelas bahkan sewaktu mereka
mengikuti Kem Smart Solat. Begitu juga dengan aktiviti amali
mahupun kokurikulum, buku Cakna Solat ini amat sesuai untuk
dijadikan salah satu aktiviti pengukuhan mahupun pengayaan ilmiah
yang dapat merangsang minat murid untuk belajar.
6. Pameran-pameran yang dilakukan sempena Karnival Pendidikan
peringkat negeri Melaka mahupun lawatan dari sekolah lain
mendapat respon yang sangat baik. Semua guru yang hadir
memberi komen yang positif serta menunjukkan minat terhadap buku
Cakna Solat.

7. Inovasi Cakna Solat telah mendapat liputan khas dalam akhbar


Melaka Hari Ini bertarikh 12 Februari 2018.

KELEBIHAN INOVASI

Secara khususnya buku interaktif Cakna Solat amat sesuai digunakan


sebagai bahan pembelajaran. Antara kebaikan/kelebihan buku ini ialah:

1) Menekankan konsep Education + Entertainment (Didik Hibur)


sekaligus merangsang minat dan memotivasikan murid untuk belajar.

2) Inovasi interaktif berpusatkan murid bersesuaian dengan konsep


Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21).

3) Menggunakan teknologi Augmented Reality bagi membolehkan


murid-murid belajar sepanjang masa dengan melihat animasi
pergerakan dan bacaan dalam solat selain animasi wudhu yang
disisip bersama.
4) Menyediakan transliterasi bacaan solat dalam bahasa Melayu. Hal ini
dapat membantu murid-murid yang tidak pandai membaca bahasa
arab namun masih dapat menghafal bacaan dalam solat dengan
baik.

5) Telah digunakan oleh 1000 orang warga SMK Malim dalam program
kerohanian Cakna Solat tidak termasuk sekolah-sekolah lain.

6) Guru-guru dapat menilai secara langsung penguasaan murid tentang


bacaan yang betul dalam ibadah solat.

7) Menerapkan elemen praktikal (amali) menerusi penilaian yang


dilakukan.

8) Menggalakkan kolaborasi antara murid sepanjang waktu PdPC /


program kerohanian sekolah. Murid turus akan menjadi naqib
memperbetulkan bacaan rakan mereka.

9) Paparan grafik yang menarik pada buku yang dicipta selain aplikasi
yang dibangunkan dalam Google Playstore.

10) Buku ini juga sesuai digunakan oleh semua peringkat usia
termasuklah orang dewasa yang ingin mengetahui ilmu mengenai
ibadah solat.
11) Buku AR „Cakna Solat‟ sangat mudah dan seronok untuk digunakan.

12) Buku dan aplikasi Cakna Solat telah didaftarkan sebagai Harta
Intelek di MyIpo.

13) Disemak dan disahkan oleh Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan
Pendidikan Negeri Melaka.

14) Mendapat perakuan daripada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri


Melaka sebagai projek rintis di semua sekolah di negeri Melaka.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, inovasi buku Cakna Solat memberi impak yang


positif terhadap PdPC seperti berikut:
 Murid-murid tidak berasa bosan semasa mengikuti PdPC kerana
buku ini berkonsepkan prinsip Didik hibur “Edutainment” dengan
menggunakan teknologi Augmented Reality.
 Murid-murid dapat menghafal bacaan solat dengan baik dan lancar.
 Buku ini sesuai digunakan oleh semua murid sekolah menengah
(termasuk sekolah rendah) ketika mempelajari tajuk berkaitan ibadah
solat dalam subjek Pendidikan Islam.
 Buku interaktif Cakna Solat ini terbukti menyeronokkan serta
memberi kesan positif terhadap proses PdPC khususnya bagi
meningkatkan penguasaan murid dalam tajuk ibadah solat.
 Proses pembelajaran berlaku sepanjang masa dan tidak terhad
ketika di sekolah sahaja kerana murid-murid boleh menggunakan
buku dan aplikasi tersebut walau di mana mereka berada.

Selain itu buku ini juga didapati sesuai dan boleh disebarluaskan di
pasaran kerana:
 Inovasi yang dibangunkan ini memenuhi kehendak pasaran
khususnya buat remaja Islam yang ingin memahami konsep asas
ibadah solat menerusi pendekatan yang terkini dan mendidik jiwa.
 Buku Cakna Solat adalah buku berteknologi bercorak Islam yang
kurang berada di pasaran sekaligus mendidik minda dan jiwa sambil
berhibur.
BUKU CAKNA SOLAT
ANIMASI 3D DALAM BUKU CAKNA SOLAT (SOLAT)
ANIMASI 3D DALAM BUKU CAKNA SOLAT (WUDHU)
PELANCARAN BUKU CAKNA SOLAT
USTAZ HAJI AHMAD HAMIZI BIN ABU HASAN
KETUA SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JPN MELAKA
KAJIAN RINTIS DI SMK MALIM
SEKITAR PANORAMA PELAKSANAAN PROGRAM CAKNA SOLAT
DI SMK MALIM
PENYEBARLUASAN BUKU CAKNA SOLAT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LEPAR, PEKAN PAHANG


PENYEBARLUASAN BUKU CAKNA SOLAT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN HAJI ABDUL MALEK


PENYEBARLUASAN BUKU CAKNA SOLAT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KLEBANG


PENYEBARLUASAN BUKU CAKNA SOLAT

SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI PINTAR EL-KHAWARIZMI


SELANGOR DARUL EHSAN
PENYEBARLUASAN BUKU CAKNA SOLAT

SEKOLAH RENDAH ISLAM SELANGOR


PENYEBARLUASAN BUKU CAKNA SOLAT

SEKOLAH KEBANGSAAN KLIA, NILAI


PENYEBARLUASAN BUKU CAKNA SOLAT

SEKOLAH KEBANGSAAN MELAKA PINDAH


SOAL SELIDIK BUKU AR
“CAKNA SOLAT”

ARAHAN : Bulatkan pilihan anda berdasarkan skala berikut:

1. Sangat tidak setuju


2. Tidak setuju
3. Kurang setuju
4. Setuju
5. Sangat setuju

Minat murid terhadap buku CAKNA SOLAT:

Bil. Pernyataan Skala


Buku “CAKNA SOLAT” adalah
1. menyeronokkan. 1 2 3 4 5

CAKNA SOLAT membantu saya


2. menghafal bacaan dalam solat dengan 1 2 3 4 5
baik.

Saya suka menggunakan aplikasi


3. CAKNA SOLAT. 1 2 3 4 5

Buku ini meningkatkan motivasi saya


4. untuk belajar tentang ibadah solat. 1 2 3 4 5

Buku ini TIDAK sesuai dijadikan aktiviti


5. pengukuhan dalam aktiviti pembelajaran 1 2 3 4 5
dan pengajaran.

CADANGAN TERHADAP BUKU “CAKNA SOLAT”:

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
AKHBAR BERITA HARIAN
Bertarikh 7 Mac 2018

Buku Cakna Solat mendapat liputan dalam akhbar Berita Harian di muka depan
sisipan akhbar SKOR
AKHBAR BERITA HARIAN
Bertarikh 7 Mac 2018

You might also like