Tokoh Al Farabi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

BLHC 4032

PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF

TOKOH : AL FARABI

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA : AYUNI NADHIRAH BT MOHD SHOFI

NO MATRIK : B031310255

KURSUS : 2 BITC S1GI

NAMA PENSYARAH : PUAN ZANARIAH BT JANO

AL FARABI
LATAR BELAKANG

 Abu Nasr Mohammad Ibn al Farakh al- Farabi

 dilahirkan di sebuah kampung yang kecil yang dinamakan Wasij yang

berhampiran dengan Farab di Turkistan pada tahun 870 Masihi.

 Mempelajari undang-undang, hadith dan al-quran.

 Terkenal sebagai guru kedua sementara guru pertama ialah Aristotle.

 Banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotle dalam

usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagian.

 Walaupun pemikiran Al-farabi banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani, tetapi

beliau menentangpendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam

kehidupan manusia.

 Meninggal dunia pada tahun 950M (339H) di Syria

 Dikenali sebagai Al-Pharabius di barat

PENDIDIKAN

Al-Farabi menamatkan pendidikan awalnya di Farab dan Bukhara, tetapi selepas itu

dia berhijrah ke Baghdad untuk meneruskan pendidikan tingginya. Di sinilah beliau belajar

dan bekerja iaitu dari tahun 901 hingga 942. Sepanjang tempoh ini beliau berjaya menguasai

beberapa jenis bahasa dan juga pelbagai cabang ilmu pengetahuan dan teknologi. Sebagai

seorang ahli falsafah dan saintis, beliau menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan.

Beliau juga terkenal kerana kemampuannya menguasai pelbagai jenis bahasa.Beliau banyak

mengembara dan membuat kajian terutamanya di Damsyik dan Mesir.

SUMBANGAN
Salah satu daripada sumbangan utama Farabi ialah membuat kajian mengenai logik

dengan memudahkannya melalui cara membahagikan kepada dua kategori iaitu idea

(Takhayyul) dan bukti (Thubut).Dalam bidang sosiologi, beliau menulis buku bertajuk Ara

Ahl al-Madina al-Fadila yang merupakan sebuah buku yang terkenal. Beliau juga menulis

buku mengenai muzik yang dikenali sebagai Kita al-Musiqa.Tumpuan Al-Farabi bukan

sahaja dalam bidang falsafah dan sosiologi semata-mata.Sebaliknya, beliau merupakan pakar

dalam kesenian dan sains muzik. Sangat menakjubkan apabila Al-Farabi juga telah

merekacipta beberapa peralatan muzik, selain menyumbang kepada ilmu

notamuzik.Dalam bidang fizik pula, beliau menunjukkan kewujudan konsep kekosongan.

Kitab Fusus Al-Hikam - Karangan Al-Farabi

Sebagai seorang ilmuan, Al-Farabi banyak mencurahkan ilmu dan hasil kerjayanya dalam

bentuk buku.Sayangnya, banyak buku-buku tersebut telah hilang. Hanya 117 buah buku hasil

tulisan Al-Farabi yang dapat dikenal pasti. Daripada jumlah itu, 43 buah adalah buku

mengenai logik, 11 buah (metafizik), tujuh buah (etika), tujuh buah (sains politik), 17 buah

(muzik, perubatan dan sosiologi) manakala 11 buah lagi adalah dalam bentuk komentar.
Beberapa buah bukunya termasuk Fusus al-Hikam telah menjadi buku teks falsafah selama

berkurun lamanya di pusat-pusat pembelajaran dan sehingga kini masih digunakan di

beberapa buah isntitusi di Timur. Sumbangan Farabi memberikan pengaruh besar dalam

bidang sains dan ilmu pengetahuan selama berkurun lamanya. Antara sumbangan beliau yang

lain ialah :

 Menyumbang dalam bidang falsafah, mantik, sosiologi dan sains.

 Beliau terkenal sebagai "Guru Kedua" (al-Mou'allim al-Thani) sementara "Guru

Pertama" ialah Aristotle. Abu Basr Mohammad Ibn al-Farakh al-Farabi

 Kemudian beliau menukar profesi sebagai seorang guru.

 Sumbangan al-Farabi adalah dalam bidang mantik, falsafah dan sosiologi.

 Beliau memberi sumbanagan yang amat besar dalam bidang ilmu hisab, sains,

perubatan dan muzik.

 Mengarang ensiklopedia

 Beliau mahir dalam muzik dan menyumbang karyanya serta mencipta

beberapa alat muzik.

 Al-Farabi menulis banyak buku dalam pelbagai bidang termasuk

sumbangan aslinya. 117 buah buku dikatakan berjaya bertahan. 43 di

antaranya adalah mengenai mantik, 7 tentang sains politik dan

kesusilaan, 11 menyentuh tentang metafizik dan 28 buah buku mengenai

perubatan, muzik , sosiologi dan komentar.

 Buku beliau yang bertajuk 'Fusus al-Hikam' telah digunakan sebagai

bahan teks falsafah buat beberapa abad di Eropah

KESAN SUMBANGAN PADA MASA KINI


Sumbangan terbesar Al Farabi yang dapat dilihat pada masa kini adalah dalam bidang

penulisan yang juga telah banyak menyumbang kepada pendidikan hari ini contohnya dalam

bidang perubatan dan matematik (ilmu hisab). Selain itu, beliau jugak banyak menyumbang

kepada bidang muzik. Beliau juga telah mencipta beberapa alat muzik..

‘Falsafah ialah ilmu tentang alam yang maujud dan bertujuan menyelidiki hakikat

yang sebenarnya.’ (Al-Farabi). Al Farabi yang terkenal dengan falsafahnya juga telah banyak

mempengaruhi sistem pendidikan Negara pada hari ini seperti falsafah pendidikan

Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah landasan dan halatuju pendidikan di

Malaysia yang menyeluruh dari segi jasmani,emosi,intelek dan rohani bagi membentuk

generasi masa depan yang berminda kelas pertama. Dari sudut intelek, Falsafah Pendidikan

Kebangsaan menekankan kepada hikmah, iaitu ilmu yang membawa kepada kebenaran.

Masyrakat yang kreatif , innovatif, logik dan analitik.Unsur kerohanian dan emosi pula lebih

berlandaskan rukun Negara dan semangat patriotisme di dalam masyarakat. Unsur jasmani

pula, menekankan kepada kecerdasan fizikal dan masyarakat yang berdikari.

Sistem Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini adalah untuk mendidik pelajar secara

berterusan bagi mengembangkan potensi pelajar. Pengajaran yang berbentuk fokus kepada

individu dan bersepadu iaitu menyeluruh dari segi jasmani,emosi, rohani dan intelek. Proses

ini bermatlamatkan pembentukan insan yang cemerlang, berilmu, mahir dan berakhlak.

Kesan daripada proses ini, akan terbentuk dua dimensi dalam kehidupan iaitu dimensi

interinsik dan dimensi instrumental. Dimensi interinksik adalah merujuk kepada kepercayaan

kepada tuhan, berilmu, berketerampilan, berakhlak, bertanggungjawab dan sejahtera diri.

Manakala, dimensi instrumental pula adalah mereka yang berupaya memberi sumbangan

kepada kesejahteraan dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.merujuk kedua –dua

dimensi ini seorang individu itu harus mempunyai dimensi interinksik dahulu sebelum

memiliki dimensi instrumental.


Sumbangan lain juga yang memberi kesan pada masa kini ialah dalam bidang sains

dan teknologi. Meskipun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani

tetapi beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam

kehidupan manusia. Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan

dirinya daripada sains dan politlk. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi

seorang ahli falsafah yang sempurna.Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai

cukup peralatan untuk diekspolitasikan untuk kepentingan orang lain. Justeru, seorang ahli

falsafah yang tulen tidak akan merasai sebarang perbezaan di antaranya dengan pemerintah

yang tertinggi kerana keduanya merupakan komponen yang saling lengkap melengkapi.

Dalam hal ini beliau mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara kebajikan yang diketuai

oleh ahli falsafah. Apa yang dapat kita lihat, sains dan teknologi sangat penting pada masa

kini, ia diberi penekanan yang tinggi. Pelbagai teknologi canggih telah digasilkan pada masa

kini ekoran daripada perkembangan ilmu sains.

You might also like