Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

PERMAINAN BOLA JARING

October 16, 2016

PENGENALAN BOLA JARING

Bola jaring ialah sukan berpasukan tanpa sentuhan yang berasal daripada
Amerika Syarikat dan berasal daripada bola keranjang. Dicipta pada 1895
Clara Gregory Baer,seorang peneraju dalam sukan wanita,bola jaring kini
dimainkan dengan cemerlang sebagai sebuah pasukan sukan wanita di
Australia dan New Zealand adalah popular di Indian Barat, Sri Lanka dan
United Kingdom. Lebih 20 juta penduduk bermain bola jaring dalam lebih
daripada 70 buah negara.

PER ATUR AN DAN UN DA NG UND AN G BOLA JARI NG

1. Lebih kawasan: Tidak boleh di hantar lebih daripada kawasan tanpa


disentuh atau ditangkap oleh pemain.

2. Gerak kaki: Pemain tidak dibenarkan mengheret atau menggunakan kaki


mendarat.
3. Hantaran ke dalam di beri kepada pasukan lawan jika bola keluar
gelanggang.

4. Hantaran tengah di ambil secara bergilir gilir selepas setiap jaringan gol.

5. Permainan dimulakan dengan hantaran tengah.

6. Memulakan permainan.

7. Pengadil diadili oleh 2 orang pengadil.

8. Pasukan akan tukar kawasan gol pada separuh masa.

9. Tempoh permainan: Tempoh ada 2 bahagian iaitu 20 minit untuk setiap


permainan dan 5 minit untuk masa rehat.

10. Bilangan pemain: Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain dan 5
orang pemain simpanan .

11. Off side: Pemain dengan bola atau tanpa bola dianggap keluar kawasan
jika memasuki mana mana kawasan selain daripada kawasannya.

12. Halangan: Pemain tidak dibenarkan menghalang pihak lawan yang


memegang bola kurang daripada 0.9 meter (3 kaki). Jarak dikira daripada
kaki mendarat.

13. Sentuhan: Pemain tidak dibenarkan melakukan sentuhan dengan pemain


lawan sama ada sengaja atau tidak.
KEM AH IR AN ASAS BOLA JARI NG

HAN TA RAN

A . H A N T A R A N A R A S BA H U

Hantaran ini dapat dilakukan kerana bola hantaran paras bahu dapat dilontar
dengan lebih tinggi dan jauh.

T E K N I K HA N T A R A N BO L A PA D A A R A S BA H U

 Pegang bola di atas tapak tangan kanan.


 Kaki kiri melangkah ke hadapan bertindak sebagai [aksi pergerakan
kaki kanan.
 Berat badan berada di atas kaki kanan.
 Bawa bola ke belakang kepala dengan kedudukan siku dibengkokkan.
 Pindahkan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri semasa membuat
hantaran.
 Tolak bola dengan kuat dan terus ke hadapan atau flick.
 Tangan dan jari ikut lajak arah bola di hantar.
 Bagi hantaran jarak jauh gunakan pergerakan ‘whip’pergelangan
tangan.
B. H A N T A R A N BO L A A R A S DA D A

Hantaran aras dada ialah satu hantaran yang kuat, cepat dan jarak yang tidak
begitu jauh.

T E K N I K HA N T A R A N BO L A AR A S DA D A

 Jari tangan pemain dibuka untuk mencekap bola.


 Bola berdekatan badan iaitu pada aras dada. Tangan dibengkokkan
dan suku dalam keadaan seimbang.
 Pemain dalam kedudukan seimbang dan kaki kiri ke hadapan.
 Pemain hendaklah mengambil satu langkah ke hadapan.
 Siku dan kesemua jari hendaklah diluruskan dan tangan ditolak ke
hadapan serentak dengan kekuatan bola.
GELAN GGAN G BOLA JARI NG

POSI SI
POSISI KAWASAN

GK - Goal Keeper GS 4,5

GD - Goal Defend GA 3,4,5

GS - Goal Shooter GK 1,2

WD - Wing Defend GD 1,2,3

WA - Wing Attack WA 3,4

GA - Goal Attack C 2,3,4

C - Center WD 2,3
PEMAI N
7 orang pemain utama dan 3 orang pemain simpanan

A . PE N J A R I N G GO L ( G S )

 GS bertugas sebagai penjaring gol


 mesti mahir membuat jaringan
 bermain di kawasan masing masing
 tidak bebas bergerak
B. PE R T A H A N A N GO L / PE R T A H A N A N DA L A M ( G D )

 GD boleh menerima bola dari hantaran tengah


 pasukan pihak lawan di kawasan tengah,kawasan gol atau dalam
jaringan
 menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol (GA)
C. PE N J A G A GO L ( G K )

 menjaga penjaring gol (GS) pasukan lawan di dalam kawasan


mahupun luar kawasan
 menjaga kawasan jaring dan menghalang penyerang dalam kawasan
jaring
 GK bekerjasama dengan GD
D. PE N Y E R A N G SA Y A P ( W A )

 menyerang dan tugas utamanya menghantar bola dari tengah ke


kawasan jaring
 WA biasanya menghantar bola kepada penjaring dan penyerang gol
dengan kerjasama pemain tengah
E . PE N Y E R A N G GO L ( G A )

 ditugaskan sebagai penjaring


 bekerjasama dengan pemain tengah,penyerang sayap dan penjaring
gol
 menerima hantaran tengah dan bertidak sebagai peyerang
F . PE N Y E R A N G SA Y A P ( W D )

 menghalang gerak geri dan hantaran yang ditujukan kepada


penyerang sayap (WA) pasukan lawan.

BAJU BOLA JARI NG

Pemain dikehendaki berpakaian seragam yang sesuai yang terdiri daripada


baju T-shirt, skirt, seluar pendek atau panjang, stoking dan kasut kanvas.
Pemain juga dikehendaki memakai pakaian seragam berhuruf yang dipanggil
‘Bibs’. Huruf pada ‘bibs’ mestilah ditulis dengan terang di bahagian depan dan
belakang yang menunjukkan posisi dan tugas mereka. Pemain bersama ‘bibs’
yang dipakai juga mestilah didaftarkan serta dipakai sepanjang waktu
pertandingan. Sebarang barang kemas dan aksesori badan tidak boleh
dipakai semasa pertandingan dan kuku mestilah dipotong pendek. Kasut-
kasut yang diperbuat daripada bahan ringan boleh dipakai tetapi kasut
berpaku (spike) tidak dibenarkan.

Bibs

You might also like