Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

BAB 2 KEDUDUKAN

Pengenalan

• Kedudukan ialah tempat letaknya sesuatu objek atau tempat


• Kedudukan terdiri daripada dua jenis iaitu
a) Kedudukan mutlak – kedudukan berdasarkan koordinat
b) Kedudukan relatif – berdasarkan titik rujukan

kedudukan relatif

• Kedudukan relatif ditentukan dengan merujuk kepada satu titik rujukan


• Kedudukan relatif juga digunakan untuk menentukan kedudukan ciri-ciri geografi atau sesuatu
tempat yang lebih luas

Contoh kedudukan relatif Anis

Meja Anis berada di belakang meja Aizat

Kedudukan mutlak – koordinat

• Kedudukan di bumi ditentukan dengan menggunakan garisan latitud dan garisan longitud
• Kedua-dua ini adalah garisan bayangan yang diwujudkan untuk memudahkan kerja-kerja
menuntukan kedudukan di bumi

Latitud
 Latitud ialah garisan bayangan yang dilukis
secara mendatar di atas glob dan peta atlas.
 Ia juga dikenali sebagai garisan lintang.
 Latitud menunjukkan kedudukan sesuatu
tempat ke utara atau ke selatan dari
Garisan Khatulistiwa dalam unit (0°).
 Garisan Khatulistiwa (0°) merupakan latitud
yang terpanjang dan di lukis mengelilingi
bahagian tengah bumi.
Longitud

• Longitud ialah garisan menegak yang dilukis
dari Kutub Utara ke Kutub Selatan
• Longitud juga disebut garis bujur.
• Longitud utama ialah Garisan Meridian
Pangkal (GMP) atau Meridian Greenwich
(0°) yang melalui bandar Greenwich di
London.

Cara menentukan kedudukan berpandukan latitud dan longitud

• Baca nilai garisan latitud terlebih dahulu


• Tentukan sama ada kawasan tersebut berada di bahagian
utara atau selatan peta
• Kemudian tulis nilai yang betul
• Kemudiannya, barulah baca bacaan longitud.
• Tentukan garisan longitud tersebut berada di bahagian
timur atau barat.
• Contohnya,

Kedudukan L ialah
Garisan latitud - 45°U
Garisan longitud - 0°
Oleh itu,
koordinat L ialah 45°U 0°

Kedudukan U ialah
Garisan latitud - 80°S
Garisan longitud - 70°T
Oleh itu,
koordinat U ialah 80°S 70°T

You might also like