Kertas Kerja Kuiz Ict 2020

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KERTAS KERJA KUIZ ICT 2020

SJK(T) LADANG MALAKOFF


09300 KUALA KETIL, KEDAH DARUL AMAN.

Tel: Email Sekolah : stldgmalakoff@gmail.com

1. PENGENALAN

Pembestarian Pendidikan merupakan satu agenda utama Kementerian Pelajaran dalam


pendidikan pada masa ini. Kejayaan Pembestarian Pendidikan sangat bergantung
kepada sokongan dan pelaksanaan konsep pembestarian di sekolah yang berteraskan kepada
penggunaan teknologi pendidikan secara berkesan dalam Pembelajaran dan
Pengajaran.Cabaran besar yang dihadapi dalam Pembestarian Pendidikan adalah untuk
memastikan semua sekolah menggunakan produk dan perkhidmatan teknologi pendidikan.
Kuiz ICT dapat menjadi saluran untuk menyampaikan maklumat secara terus kepada murid
luar bandar tentang Pembestarian Pendidikan.

Kuiz ICT dapat membawa kemahiran – kemahiran abad ke 21 yang menjadi salah satu
pengukur kejayaan Pembestarian Pendidikan kepada sekolah dan masyarakat luar bandar
khususnya di Daerah Baling. Justeru, Kelab ICT SJKT Ladang Malakoff ingin mengadakan
satu program iaitu Kuiz ICT dalam usaha untuk memberi kesedaran kepada para pelajar
tentang pentingnya ICT dalam dunia pendidikan di sekolah.

2. RASIONAL

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) berupaya mewujudkan persekitaran


realistik yang interaktif dan menyeronokkan. Menerusi ICT, pelajar mampu menjana
pembinaan daya kreativiti dan inovasi, selain cekap menggunakan teknologi untuk
mengakses maklumat daripada pelbagai sumber sejajar perkembangan global berasaskan e-
pembelajaran dan k-ekonomi

3. OBJEKTIF

 Berkongsi idea dan kemahiran dalam menggunakan teknologi untuk memperkasakan


pembelajaran dan pengajaran.

 Memperoleh pengetahuan dan kemahiran ICT secara kreatif untuk membantu pelajar
dalam pembelajaran dan kehidupan harian.

4. TARIKH, MASA DAN TEMPAT


Tarikh : Bulan Oktober 2020

5. AJK KERJA ( Penolong Kanan Kokurikulum)


(Guru ICT)
 Cik. L.Sargunawathy (Penyelaras Kelab ICT )
 En.S.Thinamani
 Pn.K.Logiswari

6. MATLAMAT
 Menguji sejauh mana kemampuan para pelajar dalam memahami fungsi-
fungsi komponen komputer.
 Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran ICT.
 Memberikan murid pendidikan secara menggunakan teknologi maklumat

7. KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran projek ialah untuk murid tahap 2 SJKT LADANG MALAKOFF.

8. STRATEGI PELAKSANAAN
 Membincangkan aktiviti dan projek di peringkat AJK induk.
 Merancang aktiviti bersama dan mengenal pasti guru yang tanggungjawab dan
sasaran projek.
 Kertas kerja ditulis dan perancangan yang disusun dilaksanakan.
 Keberkesanan akan dinilai

9. SUMBER KEWANGAN RM
BIL SUMBER NILAI RM 80.00
1 Wang Kokurikulum (BKK)

BIL PERKARA ANGGARAN (RM) SUMBER

1 Hadiah pertama RM 30.00 BKK


BKK
2 Hadiah kedua RM 25.00 BKK
BKK
3 Hadiah ketiga RM 15.00
4 Hadiah Saguhati RM 10.00

JUMLAH RM 80.00

10. PENUTUP
Adalah diharap agar perancangan yang telah disusun akan berjalan dengan lancar di
samping kerjasama dan perhatian semua pihak. Ini bertujuan untuk memastikan kuiz
ICT dapat merangsang kecemerlangan murid-murid dalam bidang akademik dan
sahsiah.

DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK:


………………..
….…………………….
LOGISWARI KRISHNAN,
PENYELARAS KELAB ICT
SJKT LADANG MALAKOFF

DILULUSKAN:
….…………………

You might also like