Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Kenapa Kita Berasa Mengantuk Selepas

Makan?
Info Kimia

 by Saiful Bahari
 
 01/07/2019
 
in Berita & Peristiwa, Kimia
 
 0  0
 
 0

Oleh :  Dr Fatimah Binti Salim


Pensyarah Kanan
Institut Atta-ur-Rahman UITM
 

Saya baru sahaja selesai makan tengahari yang berat dan banyak. Maka
badan berasa malas dan ‘mengantuk’. Sambil-sambil menunggu mata
tertutup, saya buka Facebook dan menariknya seorang rakan FB ‘mention’
saya pada status beliau bertanyakan mengenai bahan kimia semulajadi
dalam sesetengah makanan yang boleh menyebabkan kembung atau lebih
mesra dengan panggilan ‘angin perut’ dalam budaya kita. Dan saya, terus
berasa ‘segar’ kerana topik semacam ini sememangnya saya sangat suka
untuk bincangkan.
Tahukah anda apakah proses kimia badan yang menyebabkan perubahan
‘mengantuk’ ke ‘segar’ yang berlaku kepada saya?

Sebenarnya selepas mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat,


kadar penghasilan bahan kimia insulin dalam badan akan meningkat secara
mendadak.

Apakah itu insulin dan bagaimana struktur kimia insulin?


Insulin merupakan sejenis protein hormon iaitu bahan kimia perangsang
(stimulant). Struktur kimia insulin terdiri daripada 51 unit asid amino yang
terbentuk secara dimer melalui rantaian-A (21 unit) dan rantaian-B (30
unit), dan kedua rantaian peptide ini terikat melalui dua ikatan disulfide
(rujuk gambar di bawah  👇 🏻).
Ilustrasi Struktur Insulin
 

Di manakah insulin dihasilkan dan Apakah fungsinya?

Dalam badan kita, insulin dihasilkan oleh beta sel dalam pancreas. Beta
sel ini bertindak seperti ‘pengawas’ yang mengawal kandungan gula dalam
darah.

Bilamana kandungan glucose (gula) dalam darah TIDAK berada dalam


keseimbangan, beta sel ini akan menghasilkan insulin. Fungsi insulin ialah
untuk mengawal selia metabolisma carbohydrates terutamanya gula dalam
darah kepada tisu badan iaitu hati, lemak dan otot.

Apabila kadar gula dalam darah tinggi, insulin akan bertindak ke arah
mengurangkannya dan bilamana kandungan gula dalam darah berkurangan,
maka insulin akan bertindak ke arah meningkatkannya.

Dan untuk keadaan pengambilan makanan yang mengandungi carbohydrate


(tinggi gula) yang berlebihan tadi, insulin akan bertindak ke arah
mengurangkan kandungan gula dalam darah.

Mengapakah kita berasa mengantuk tadi?

Disebabkan tindakbalas yang mendadak ini, badan kita akan menghasilkan


bahan kimia perangsang ‘tidur’ yang mana ditukarkan kepada bahan
kimia serotonin dan melatonin. Kehadiran kedua bahan kimia ini dalam
otak akan menyebabkan kita berasa mengantuk.
Ilustrasi Struktur Melatonin
Ilustrasi Struktur Serotonin
Tujuan keadaan ini berlaku adalah tindakbalas semulajadi badan untuk
mengurangkan aktiviti badan yang lain agar badan boleh fokus sepenuhnya
ke arah proses penghadaman yang berat tadi.

Untuk keadaan saya tadi, disebabkan minat yang mendalam terhadap topic
yang dibincangkan, badan saya menghasilkan bahan kimia focus
iaitu dopamine yang mana berjaya mengatasi rangsangan tidur dan
menyebabkan saya berasa ‘segar’.
Ilustrasi Struktur Dopamine
Kesimpulannya, kita mampu mengawal tindakbalas dalam badan
terutamanya yang melibatkan keseimbangan bahan kimia di dalam otak
dengan pengubah cara kita berfikir.
Terima kasih kepada rakan FB tadi yang menjadi ‘perangsang’ luaran
punca perubahan cara berfikir tadi. Untungnya gula yang sepatutnya
disimpan di dalam tisu hati atau lemak (yang ini boleh menyumbang ke
arah kegemukkan), namun telah diberikan kepada sel otot dan ditukarkan
kepada tenaga.

You might also like