Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

STPM P2 2013

1 (a) Jelaskan dua fungsi perkaunan pengurusan yang perlu dilaksanakan untuk mencapai objektif
sesebuah perniagaan. [3]
(b) Nyatakan dua tujuan pengumpulan kos. [2]

(c) Maklumat perakaunan bagi Perniagaan Maju Jaya bagi tahun berakhir 31 Disember 2012 adalah
seperti yang berikut:
RM

Jualan 176,500

Belian bahan langsung 67,000

Buruh langsung 52,300

Susut nilai peralatan kilang 45,500

Susut nilai perabot pejabat 12,500

Belanja utility pejabat 3,400

Bahan ak langsung yang digunakan 9,300

Belanja latihan kakitangan pentadbiran 12,400

Belanja gaji kakitangan pejabat 42,200

Belanja penyelenggaraan kilang 22,600

Belanja gaji penyelia dan pengurus pengeluaran 39,300

Belanja komisen jualan 12,400

Belanja insurans kilang 6,500

Inventori bahan langsung pada 1 Januari 2012 42,000

Inventori kerja dalam proses pada 1 Januari 2012 54,000

Inventori barang siap pada 1 Januari 2012 65,000

Inventori bahan langsung pada 31 Disember 2012 49,500

Inventori kerja dalam proses pada 31 Disember 2012 61,000

Inventori barang siap pada 31 Disember 2012 76,200

Dikehendaki:
(1) Hitung
(i) Kos prima [3]

47 © Hakcipta NOOR LELA BINTI YAHAYA smk datuk mansor 2017


(ii) Kos overhed perkilangan [3]
(iii) Kos penukaran [1]
(iv) Kos tempoh [3]
(2) Perniagaan Maju Jaya menggunakan kadar overhed pratentu berdasarkan jam buruh langsung untuk
mengagihkan overhed pengeluaran kepada produk. Kadar pratentu pada tahun itu ialah RM9.50 sejam
buruh langsung. Sebanyak 10,250 jam buruh langsung telah direkodkan dalam tahun itu. Hitung amaun
terlebih serap atau terkurang serap bagi jam buruh langsung itu. [3]
(3) Sediakan catatan jurnal untuk membuat pelaras overhed terlebih serap atau terkurang serap yang
dihitung dalam (2) di atas. [2]

2 (a) Nyatakan dua perbezaan antara pegnekosan proses dengan pengekosan tempahan kerja. [2]
(b) Berikan dua contoh industri yang menggunakan pengekosan proses dan dua contoh industri yang
menggunakan pengekosan tempahan kerja. [2]
(b) Syarikat Rintis Sdn Bhd mengeluarkan satu produk yang melalui beberapa jabatan pemprosesan.
Maklumat berkaitan Jabatan Penapisan syarikat itu bagi bulan Jun 2012 adalah seperti yang berikut:
Kg

Kerja dalam proses pada 1 Jun 100,000

Bahan langsung 80% siap dan kos penukaran 60% siap

Kerja dalam proses pada 30 Jun 120,000

Bahan langsung 60% siap dan kos penukaran 50% siap

RM RM

Kos berkaitan Kerja dalam proses pada 1 Jun 156,000

Bahan langsung 192,000

Kos penukaran

Kos ditambah dalan bulan Jun:

Bahan langsung 162,000

Kos penukaran 208,000

Unit siap dan dipindah keluar ialah 140,000 unit.

48 © Hakcipta NOOR LELA BINTI YAHAYA smk datuk mansor 2017


Dikehendaki:
Dengan menggunakan kaedah purata wajaran, hitung
(i) Unit setara bahan langsung dan kos penukaran. [5]
(ii) Kos seunit setara bahan langsung dan kos penukaran. [6]
(iii) Kos inventori akhir kerja dalam proses dan kos unit siap. [5]

3 Syarikat Adam & Hawa Sdn bhd mengeluarkan sejenis beg sukan. Pendapatan bersih yang dijangkakan
bagi tahun hadapan adalah seperti yang berikut:
RM

Jualan (45,500 unit @ RM15.50 seunit 705,250

Tolak : Kos berubah 423,150

Margin caruman 282,100

Tolak: Kos tetap 250,000

Pendapatan bersih operasi 32,100

Dikehendaki:
(a) Hitung
(i) Margin caruman seunit dan nisbah margin caruman bagi beg sukan. [2]
(ii) Titik pulang modal, dalam unit dan RM, dengan menggunakan kaedah nisbah margin
sumbangan. [3]
(iii) Margin keselamatan dalam unit. [1]

(b) Pengurus pengeluaran mencadangkan agar bahan mentah yang lebih berkualiti digunakan untuk
membuat beg itu. Ini akan menyebabkan peningkatan kos bahan mentah sebanyak RM2.00 seunit.
Justeru itu, harga jualan akan dinaikkan kepada RM18.00 seunit. Jika cadangan ini diterima, hitung titik
pulang modal dalam unit. [4]
(c) Pengurus jualan pula memberikan cadangan lain, iaitu mengadakan promosi yang lebih menarik dengan
harga jualan promosi ialah RM12.00 seunit beg. Langkah ini akan melibatkan pertambahan kos iklan
sebanyak RM20,000, dan beliau menjangkakan unit jualan akan meningkat sebanyak 25%. Jika cadangan
ini diterima, hitung titik pulang modal dalam unit. [5]
(d) Cadangan yang manakah antara (b) dengan (c0 di atas yang wajar diterima? Nyatakan alasan anda. [1]
(e) Jelaskan empat kepentinga titik pulang modal kepada pengurus sesebuah syarikat. [4]

4 (a) Kos melepas ialah sejenis kos yang relevan untuk membuat keputusan. Jelaskan pernyataan ini. [2]
(b) Syarikat Perkilanga Asean mengeluarkan beberapa jenis permainan kanak-kanak untuk dijual kepaad
pasar raya tempatan. Maklumat operasi mengenai sejenis keluaran yang mempunyai Kod TOY 123 bagi tahun
berakhir 31 Disember 2012 adalah seperti yang berikut:

49 © Hakcipta NOOR LELA BINTI YAHAYA smk datuk mansor 2017


Pengeluaran 8,000 unit

Jualan 6,700 unit

Harga jualan RM6.20 seunit

Item Kos (RM)

Bahan mentah langsung 5,600

Buruh langsung 4,400

Overhed perkilangan berubah 4,800

Overhed perkilangan tetap 24,000

Belanja pentadbiran tetap 12,000

Komisen jualan dibayar 10% atas jualan


Pada tahun 2013, syarikat bercadang untuk memberhentikan pengeluaran TOY 123 kerana kurang
permintaan. Kemudahan yang sedia ada untuk pengeluaran TOY 123 boleh digunakan untuk membuat TOY 234
dan TOY 236. Maklumat yang berkaitan dengan pengeluaran kedua-dua permainan tersebut adalah seperti yang
berikut:
TOY 234 seunit TOY 236 seunit

Jam mesin 2 jam 2.5 jam

Harga jualan RM13.50 RM14.00

Bahan langsung RM3.00 RM2.50

Buruh langsung RM2.50 RM4.00

Overhed perkilangan berubah (berasaskan jam RM5.00 RM4.00


buruh langsung)

Overhed perkilangan tetap (berasaskan jam RM4.50 RM5.50


mesin)

Anggaran jualan TOY 234 dan TOY 236 masing-masing ialah 9,000 unit dan 11,000 unit manakala kapasiti
mesin yang ada hanyalah 33,000 jam mesin setahun.

Dikehendaki:
(i) Hitung nilai inventori akhir TOY 123 pada akhir tahun 2012. [4]

50 © Hakcipta NOOR LELA BINTI YAHAYA smk datuk mansor 2017


(ii) Berdasarkan margin caruman sejam mesin, tentukan pengeluaran yang manakah antara TOY 234
dengan TOY 236 yang perlu diberi keutamaan? [4]
(iii) Berdasarkan jawapan anda pada (ii), hitung bilangan unit yang perlu dikeluarkan bagi setiap jenis
permainan itu supaya dapat memaksimumkan keuntungan. [2]

(c) Syarikat Alam Raya Sdn Bhd mengeluara dan menjual seluar sukan pada harga RM25.00 sehelai.
Maklumat tentang kos bagi mengeluarkan sehelai seluar adalah seperti yang berikut:
Item RM

Bahan mentah langsung 10.20

Buruh langsung 5.50

Overhed perkilangan berubah 1.80

Belanja pemasaran berubah 1.00

Overhed perkilangan tetap 2.50

Jumlah 21.00

Syarikat Alam Raya Sdn Bhd mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk menerima satu pesanan khas bagi 6,000
helai seluar pada harga tawaran RM19.00 sehelai. Jika tawaran ini diterima syarikt tidak perlu menanggung kos
pemasaran berubah. Walau bagaimanapun, satu peralatan berharga RM1,500 perlu dibeli khusus untuk
membuat logo bagi pesanan tersebut. Peralatan ini tidak boleh digunakan untuk tujuan lain.

Dikehendaki:
(i) Dengan membuat penghitungan untung atau rugi, tentukan sama ada syarikat patut menerima atau
menolak pesanan khas itu. Jelaskan jawapan anda. [7]
(ii) jelaskan empat faktor kualitatif yang perlu dipertimbangkan oleh untuk membuat keputusan di (i) di
atas. [3]

(c) Syarikat Perladangan Harapan bercadang untuk menukar proses penuaian buah kelapa sawit
daripada kaedah sedia ada kepada satu kaedah yang baharu. Maklumat berkaitan dengan kaedah baharu itu
adalah seperti yang berikut:
(1) pelaburan modal sebanyak RM1,000,000.
(2) projek ini dijangka mengambil masa selama 5 tahun.
(3) aliran tunai yang dijangka akan diterima pada setiap akhir tahun adalah seperti yang berikut:

Tahun Aliran tunai

1 220,000

2 247,000

3 250,000

4 265,000

51 © Hakcipta NOOR LELA BINTI YAHAYA smk datuk mansor 2017


5 281,000

Dikehendaki:
(i) hitung nilai kini bersih projek dengan menggunakan kadar diskaun 12%. Adakah wajar projek ini
diteruskan? Berikan ulasan anda. [4]
(ii) hitung tempoh bayar balik projek. [2]
(iii) nyatakan dua kelemahan menggunakan tempoh bayar balik. [2]
5 Encik Helmi, pengurus Jabatan Pengeluaran Syarikat Perkilangan Halwa, telah menliti laporan prestasi
jabatan berkenaan bagi tahun berakhir 30 Jun 2012 seperti yang berikut:
Laporan Prestasi Jabatan Pengeluaran
Syarikat Pengilangan Halwa
Bagi tahun berakhir 30 Jun 2012
Belanjawan Sebenar Varians M

Unit yang dikeluarkan 76,000 80,000 4,000

RM RM RM RM RM RM

Kos pengeluaran berubah:

Bahan langsung 418,000 440,000 22,000 TM

Buruh langsung 608,000 638,400 30,400 TM

Overhed kilang:

Bahan tak langsung 60,500 62,000 1,644 TM

Buruh tak langsung 110,000 115,220 5,220 TM

Pelbagai 44,000 45,500 1,500 TM

241,500 222,864 8,364 TM

1,240,500 1,301,264 60,764

Kos pengeluaran tetap:

Gaji penyelia 45,000 45,000 0

Insurans 10,000 10,000 0

Penyenggaraan 22,000 23,300 1,300 TM

Susut nilai 30,000 30,000 0

107,000 108,300 1,300 TM

Kos pengilangan 1,347,500 1,409,564 62,064 TM

Nota:

52 © Hakcipta NOOR LELA BINTI YAHAYA smk datuk mansor 2017


M = Memuaskan, TM = tidak memuaskan

Polisi Syarikat Pengilangan Halwa adalah seperti yang berikut:


(1) perancangan julat aktiviti adalah antara 65,000 unit hingga 85,000 unit produk.
(2) Overhed diperuntukkan berasaskan jam buruh langsung.
Encik Helmi tidak berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan dalam laporan tersebut kerana beliau
sentiasa berusaha untuk mengawal kos.

Dikehendaki:
(i) Jelaskan tiga perkara yang menyebabkan laporan prestasi yang diteliti oleh Encik Helmi itu kelihatan
tidak memuaskan. [3]
(ii) Cadangkan bagaimana laporan prestasi itu sepatutnya disediakan untuk menggambarkan prestasi
yang tepat dan adil. [2]
(iii) Sediakan semula laporan prestasi Jabatan Pengeluaran mengikut kaedah belanjawan boleh ubah.
[15]

53 © Hakcipta NOOR LELA BINTI YAHAYA smk datuk mansor 2017

You might also like