Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Muatan Haba Tentu: Maksud & Aplikasi

Seharian
 5 months ago Farah Hazwani

Apakah itu Muatan Haba Tentu dan bagaimanakah ia digunakan dalam


kehidupan seharian kita? Artikel ini akan membincangkan definisi muatan
haba, kegunaan dalam kehidupan seharian dan eksperimen yang melibatkan
perkara ini.

Konsep Muatan Haba


Antara salah satu konsep penting dalam fizik adalah memahami bagaimana
sesuatu objek itu boleh panas dan juga boleh sejuk. Artikel ini akan
menerangkan tentang konsep muatan haba. Muatan haba ialah berapa
banyak kuantiti tenaga haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu objek
tersebut sebanyak 1°C.
Contoh situasi dimana suhu awal air ialah 27°C dan kita panaskan air untuk
meningkatkan suhunya sebanyak 28°C. Berapa banyak haba yang diperlukan
untuk meningkatkan suhu air tersebut? Haba yang dibekalkan itulah yang
dimaksudkan sebagai muatan haba. Jisim air yang lebih banyak memerlukan
haba yang banyak berbanding jisim air yang sedikit. Contohnya, muatan haba
objek tersebut ialah 100J/°C maka tenaga haba diperlukan untuk mengubah
suhu objek itu sebanyak 1°C ialah 100J tenaga. Muatan haba sesuatu objek
bergantung kepada jisim objek dan juga jenis bahan objek.

Muatan Haba Tentu


Muatan haba tentu menerangkan tentang perbandingan sesuatu objek
berlainan yang mempunyai jisim yang berbeza dan jenis bahan berbeza.
Muatan haba tentu ialah kuantiti haba yang diperlukan untuk meningkatkan
suhu 1kg objek sebanyak 1°C. Perkataan ‘tentu’ yang digunakan merujuk
kepada kuantiti unit dalam kuantiti fizik. Muatan haba tentu melibatkan jisim
1kg objek tersebut dan berapa banyak haba untuk mengubah suhunya
sebanyak 1°C. Rumus bagi muatan haba tentu ialah

c = Q/mθ.
Formula ini adalah berasal daripada

Q = mcθ          Unit = J/kg/°C

Q = tenaga haba,
c = muatan haba tentu,
m = jisim objek,
θ = perubahan suhu

Situasi 1
1kg air dimasukkan ke dalam bikar. Suhu awal air tersebut ialah 27°C. Air
dalam bikar tersebut dipanaskan. Berapa banyakkah kuantiti haba yang
diperlukan untuk menaikkan suhu sebanyak 1°C?
1kg air memerlukan 4200 J/kg/°C tenaga haba bagi menaikkan suhunya
sebanyak 1°C.
Situasi 2
1kg besi dipanaskan. Seperti sedia maklum besi adalah bahan yang sangat
mudah panas dan juga mudah sejuk. Nilai ketetapan muatan haba tentu besi
adalah kira-kira sebanyak 452J/kg/°C.  Ini bermakna 1kg besi memerlukan
sebanyak 452J/kg/°C tenaga haba menaikkan suhunya sebanyak 1°C.
Antara situasi 1 dan 2 perbezaan muatan haba tentu antara air dan besi
mamberi impak yang besar dalam pemanasan dan penyejukan sesuatu
bahan. Air mempunyai muatan haba yang tinggi berbanding besi. Nilai
muatan haba tentu air ialah 4200J/kg/°C manakala besi ialah 452J/kg/°C .
Bahan logam mempunyai nilai muatan haba tentu yang lebih rendah
berbanding bahan bukan logam.
Jika diperhatikan dalam kehidupan seharian, air akan lambat panas dan besi
akan cepat panas. Kesimpulannya, objek yang mempunyai muatan haba
tentu yang rendah mudah panas dan sejuk manakala objek yang mempunyai
muatan haba tentu yang tinggi sukar panas dan sejuk.
Nota: Nilai muatan haba tentu air dan besi di atas adalah nilai teori.

Sifat bahan yang mempunyai nilai muatan haba


tentu yang rendah
1. Bahan tersebut adalah konduktor haba yang baik. Suhu bahan itu
meningkat dalam masa yang singkat apabila dipanaskan dan menurun
dengan cepat apabila disejukkan.
2. Peka dengan perubahan suhu, contohnya logam merkuri dalam
thermometer. Ia  mudah menyerap haba dan membebaskan haba.
3. Contoh: logam seperti tembaga, keluli, aluminium dan besi banyak
digunakan sebagai bahan seperti kuali dan periuk kerana mudah panas dan
juga mudah sejuk dengan cepat.

Sifat bahan yang mempunyai nilai muatan haba


tentu yang tinggi
1. Bahan tersebut adalah konduktor haba yang lemah dan merupakan
penebat haba. Suhu bahan tersebut meningkat dengan lambat apabila
dipanaskan  dan lambat untuk turun apabila disejukkan.
2. Tidak mengalami peningkatan suhu yang mendadak dan boleh
menyerap tenaga haba dalam kuantiti yang besar. Contohnya air digunakan
sebagai agen penyejuk dalam kenderaan.

You might also like