Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 48

dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Tahun
Buku Aktiviti Murid
5

Kementerian Pengangkutan Malaysia


dan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kuala Lumpur
2018
KEMENTERIAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
PENDIDIKAN
MALAYSIA
Penghargaan
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
MALAYSIA

No. Siri Buku: 0163 Penghasilan buku aktiviti ini melibatkan usaha
KK 363-221-0302011-5565-28-20101 sama antara Kementerian Pengangkutan Malaysia
ISBN 978-967-5565-28-1 KEMENTERIAN KEMENTERIAN
dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Cetakan Pertama 2018 PENDIDIKAN PENDIDIKAN
Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia selaku
© Kementerian Pendidikan Malaysia 2018MALAYSIA
MALAYSIA pemilik Projek Semakan dan Pembangunan Semula
Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula,
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, semua pihak yang telah berusaha dan bekerjasama
ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau untuk menyempurnakan penghasilan buku ini.
cara, baik dengan cara bahan elektronik, mekanik, Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih
penggambaran semula mahupun dengan cara ditujukan kepada semua yang berikut:
perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu
daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengangkutan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan
tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. • Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya
Malaysia (MIROS)
Penerbit Bersama:
• Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Aras 3, Galeria PJH, Jalan P4W,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia.
No. Telefon: 03-83238000 • Bahagian Pembangunan Kurikulum
No. Faksimile: 03-88888806 • Bahagian Buku Teks
Laman Web: http://www.jkjr.gov.my • Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Laman Web PKJR: www.pkjr.gov.my • Lembaga Peperiksaan
• Jabatan Pendidikan Negeri
• Pejabat Pendidikan Daerah
• Institut Pendidikan Guru Malaysia
• Universiti Putra Malaysia
• Universiti Kebangsaan Malaysia
Dewan Bahasa dan Pustaka,
• Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Jalan Dewan Bahasa,
• Universiti Pendidikan Sultan Idris
50460 Kuala Lumpur.
No. Telefon: 03-21479000 (8 talian) • Universiti Malaya
No. Faksimile: 03-21479643
Laman Web: http://www.dbp.gov.my Kementerian Dalam Negeri
Reka Letak dan Atur Huruf:
Polis Diraja Malaysia
CLEAVE AMITY
Zieconcept Enterprise
Dewan Bahasa dan Pustaka
Muka Taip Teks: Azim
Saiz Muka Taip Teks: 14 poin

Dicetak oleh:
Attin Press Sdn. Bhd.,
No. 8, Jalan Perindustrian PP4,
Taman Perindustrian Putra Permai,
Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Keselamatan Jalan Raya


Pendidikan keselamatan jalan raya ialah pendidikan berterusan sepanjang
hayat ke arah melahirkan pengguna jalan raya yang bertanggungjawab
dan mempunyai kesedaran untuk menghargai nyawa, kesihatan, dan
harta. Pembudayaan keselamatan jalan raya menjadi pemangkin
perubahan sikap dan tingkah laku untuk melahirkan generasi pengguna
jalan raya yang berhemah serta mematuhi peraturan dan undang-undang
keselamatan jalan raya. Usaha pendidikan keselamatan jalan raya ini
dapat menyumbang ke arah keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

iii
iv
AKTIVITI TAJUK MUKA SURAT

1 Pengangkutan Awam 1
KANDUNGAN

2 Had Laju di Jalan Raya 3

3 Perjalanan yang Selamat 4

4 Risiko Pejalan Kaki 6

5 Isyarat Tangan Polis Trafik 7

6 Kepentingan Mematuhi Isyarat Keselamatan Jalan Raya 8

7 Kesesakan Lalu Lintas Akibat Kemalangan 10

8 Selamat di Jalan Raya 11

9 Amalan yang Selamat di Jalan Raya 12

10 Peraturan dan Undang-undang Jalan Raya 13

11 Patuhi Peraturan dan Undang-undang Jalan Raya 14

12 Bertindak dengan Selamatnya 15

13 Melintas Secara Selamat 16

14 Berbasikal dengan Selamatnya 18

v
AKTIVITI TAJUK MUKA SURAT

15 Penyelenggaraan Basikal 20
KANDUNGAN

16 Etika Berbasikal 21

17 Tanggungjawab Penumpang 22

18 Keselamatan di Jalan Raya Tanggungjawab Bersama 23

19 Penggunaan Tali Pinggang Keledar 24

20 Undang-undang Pemakaian Tali Pinggang Keledar Belakang 25

21 Akibat Tidak Memakai Tali Pinggang Keledar 26

22 Kepentingan Memakai Tali Pinggang Keledar Belakang 28

23 Pemilihan dan Pemakaian Topi Keledar yang Betul 29

24 Cara Pemakaian Topi Keledar dengan Betulnya 30

25 Beringat Sebelum Kena 32

26 Kesedaran Pemakaian Topi Keledar dengan Betulnya 33

27 Tatacara Selamat Menaiki dan Menuruni Kenderaan 34

Glosari Keselamatan Jalan Raya 35

Lampiran 41

vi
Pengangkutan Awam

Aktiviti 1

A Baca petikan di bawah. Kemudian, garisi kelebihan dan kekurangan penggunaan


kenderaan awam kepada pengguna.

Kelebihan dan Kekurangan Menggunakan


Kenderaan Awam
Perkhidmatan pengangkutan awam telah berkembang pesat di negara
kita, Malaysia. Kepesatan ini berlaku kerana pengangkutan awam
seperti bas, teksi, transit aliran ringan dan monorel sudah menjadi pilihan
utama orang ramai.
Kelebihan menggunakan pengangkutan awam ialah kita
dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar,
terutamanya pada waktu puncak. Kita juga dapat menjimatkan petrol
kerana tidak perlu menggunakan kenderaan sendiri.
Selain itu, penggunaan pengangkutan awam juga dapat
menjimatkan masa individu yang menggunakannya. Hal ini demikian
kerana penggunaan transit aliran ringan atau monorel dapat
mempercepat masa untuk sampai ke sesuatu destinasi. Kita juga tidak
perlu membuat bayaran tempat letak kereta.
Namun demikian, terdapat juga beberapa kekurangan apabila
kita menggunakan pengangkutan awam. Sebagai contoh, di bandar-
bandar kecil, perkhidmatan bas terhad. Selain itu, perjalanan bas juga
mempunyai jadual sendiri dan hal ini akan menimbulkan masalah
kepada pengguna.
Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil
tindakan yang sewajarnya untuk menambah baik mutu perkhidmatan
pengangkutan awam.

HP PKJR: 1.1.5 1
Pengangkutan Awam

B Senaraikan kelebihan dan kekurangan penggunaan pengangkutan awam dalam


peta pemikiran di bawah.

Pengangkutan
Kenderaan Awam
Awam

Kelebihan
Kelebihan Kekurangan
Kekurangan

PKJR
2 HP:HP
1.1.5
PKJR: 1.1.5
Aktiviti 2
Bina ayat berkaitan dengan had laju dan jenis jalan.

Had Laju dan Jenis Jalan Raya

110
km/j

Lebuh raya

90
90
km/j
km/j

Jalan persekutuan

80
60
km/j

Jalan negeri

50
60
km/j

Jalan bandaran

HP PKJR: 2.1.3 3
30
km/j

Aktiviti 3
Jarjit bersama-sama dengan ayahnya hendak ke perpustakaan awam. Tulis laluan perjalanan
yang selamat ke perpustakaan dalam ruangan yang disediakan.

PERPUSTAKAAN
AWAM

Muzium

Jalan Orkid

Jalan Kemboja
Hospital

Stesen LRT
Jalan Mawar

Parkir

Lorong Anggerik 1
Jalan Anggerik

Ayah dan Jarjit


berada di sini.

Lorong Anggerik 2

Lorong Anggerik 3

PETUNJUK
Lintasan
Lampu isyarat
pejalan kaki

Lintasan
Lampu isyarat pejalan kaki
pejalan kaki berisyarat

Laluan
Jejantas pejalan kaki

Landasan Kedai
kereta api

4 HP PKJR: 2.1.4
km/j

HP PKJR: 2.1.4 5
BBM

Aktiviti 4

Tonton klip video. Kemudian, bincangkan risiko penggunaan laluan pejalan kaki dan faktor
penyumbang kepada risiko tersebut.

6 HP PKJR: 2.2.5
BBM

Aktiviti 5

A Tonton klip video. Kemudian, berikan respons secara lisan tentang maklumat yang
terdapat dalam video.

B Tulis maksud isyarat tangan yang sesuai berdasarkan gambar.

Bersedia untuk berhenti

Berhenti

Bergerak

HP PKJR: 2.4.2 7
Aktiviti 6
Tulis kesalahan, akibat dan tindakan yang sepatutnya mengikut situasi di bawah.
Situasi 1

Kesalahan

Akibat

Tindakan yang sepatutnya

Situasi 2

Kesalahan

Akibat

Tindakan yang sepatutnya

8 HP PKJR: 2.3.5
30
km/j

Situasi 3

Kesalahan

Akibat

Tindakan yang sepatutnya

Situasi 4

Kesalahan

Akibat

Tindakan yang sepatutnya

HP PKJR: 2.3.5 9
km/j

Aktiviti 7

Berdasarkan gambar, tulis satu perenggan tentang kesesakan lalu lintas akibat kemalangan.

10 HP PKJR: 2.4.4
Aktiviti 8

Keselamatan Ketika Menunggang


Basikal
Aspek keselamatan hendaklah kita utamakan ketika
melakukan sesuatu perkara termasuklah ketika
menunggang basikal.
Pelbagai alat perlindungan direka khas untuk
penunggang basikal bagi mengelakkan kecederaan jika
berlaku sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Topi keledar
ialah satu alat keselamatan bagi penunggang basikal.
Pemakaian topi keledar dengan betulnya dapat melindungi
kepala daripada kecederaan yang teruk jika terjatuh
daripada basikal.
Alat keselamatan yang lain termasuklah pad siku dan
pad lutut. Alat ini juga tidak kurang pentingnya. Pemakaian
pad siku dan pad lutut dapat mengelakkan kecederaan
serius pada siku dan lutut apabila terjatuh di tempat yang
keras.
Kasut yang sesuai juga hendaklah dipakai ketika
menunggang basikal. Kasut berfungsi untuk melindungi
kaki daripada kecederaan. Elakkan pemakaian selipar
ketika menunggang basikal.
Antara alat keselamatan yang lain termasuklah jaket
pemantul cahaya. Jaket ini penting, terutamanya ketika
menunggang pada waktu malam atau keadaan yang
gelap. Penggunaan jaket ini adalah untuk meningkatkan
kebolehlihatan kita terhadap pengguna jalan raya yang lain.

HP PKJR: 3.1.5 11
Aktiviti 9

1
: Mei Ling, boleh kamu jelaskan pengisian ceramah keselamatan yang
kamu hadiri semalam?
: Boleh, Jarjit. Menurut penceramah, kita hendaklah mengamalkan lima
langkah selamat sebelum melintas jalan raya. Ingatkah lagi lima
langkah yang pernah kita pelajari dahulu?
: Ya, Mei Ling. Kita mesti berhenti di tepi jalan, kemudian undur
selangkah. Lihat ke kanan, ke kiri dan ke kanan semula. Selepas itu,
dengar dengan telitinya bunyi kenderaan dari pelbagai arah. Setelah
2 berfikir dan yakin tiada kenderaan, barulah kita melintas dengan
pantasnya dan berwaspada.
: Bukan itu sahaja, Jarjit. Sebelum kita menunggang basikal, pastikan
basikal kita dalam keadaan baik. Kita hendaklah memakai jaket
pemantul cahaya dan jangan memakai selipar. Yang paling utama,
pastikan kita menunggang secara berhemah.
: Sekiranya kita membonceng motosikal, pakailah topi keledar yang
sesuai dan mematuhi piawaian Standard Malaysia. Pakailah kasut
dan peluk penunggang dengan eratnya.
: Apabila kita berada di dalam kereta, pastikan semua penumpang
3
memakai tali pinggang keledar. Duduklah dengan sopannya supaya
tidak mengganggu pemandu kereta. Ketika hendak keluar dari kereta
atau masuk ke dalam kereta, pastikan kita menggunakan pintu
di sebelah kiri.
: Kita juga hendaklah sentiasa mengingatkan ibu bapa kita memakai
tali pinggang keledar semasa memandu. Selain itu, ingatkan juga
mereka supaya sentiasa fokus kepada pemanduan dan mematuhi
undang-undang jalan raya. Semua faktor yang dijelaskan oleh
penceramah tersebut bertujuan untuk menjamin keselamatan kita
semasa di jalan raya.
: Banyaknya maklumat yang berguna untuk kita. Terima kasih, Jarjit.

12 HP PKJR: 3.1.7
Aktiviti 10
Catatkan peraturan dan undang-undang jalan raya secara ringkas berdasarkan dialog pada
halaman 12.

Melintas jalan Penunggang basikal


Basikal

Peraturan
Peraturan dandan
Undang-undang
Undang-undang
di Jalan Raya
Jalan Raya

Pembonceng Pemandu
Motosikal
motosikal Penumpang
Penumpang kereta
Kereta
Kereta
Kereta

NOTA Peraturan jalan raya: Undang-undang jalan raya:


Amalan keselamatan yang boleh Akta atau peraturan yang mewajibkan suatu
meningkatkan kesedaran pengguna perlakuan di jalan raya yang telah diputuskan oleh
jalan raya semasa menggunakannya parlimen. Perlanggaran terhadap undang-undang
ataupun berada di jalan raya. jalan raya boleh dikenakan saman.

HP PKJR: 3.1.7 13
30
km/j

Mengapakah kita perlu


mematuhi peraturan dan
Aktiviti 11 undang-undang jalan raya?

Beratur semasa menaiki bas

Memakai topi keledar

Menggunakan laluan basikal

Menggunakan laluan pejalan kaki

Memakai tali pinggang keledar

14 HP PKJR: 3.1.7
Bertindak dengan Selamatnya

Aktiviti 12
Teliti gambar di bawah. Kemudian, tulis dialog antara kamu dengan rakan kamu tentang
tempat yang selamat untuk melintas jalan raya.

HP PKJR: 4.4.2 15
km/j

Aktiviti 13

A Baca petikan akhbar di bawah. Kemudian, catatkan isi penting.

SEGAMBUT, 5 Ogos – “Kalaulah kami tahu …” Itulah kata-kata


sesalan Chee Chew Beng, ayah kepada Chee Siew Ming,
kanak-kanak yang maut ketika cuba melintas di Jalan Utara.
Mekanik yang berumur 35 tahun itu berkata, “Anak saya sentiasa
ditemani oleh orang dewasa ketika melintas jalan. Lazimnya, saya
atau isteri akan memimpin tangan dan membantu anak kami
melintas jalan.”
Chee Siew Ming murid tahun satu dari Sekolah Kebangsaan
Berseri telah dilanggar oleh sebuah kereta di hadapan kawasan
rumah kedai di Jalan Utara. “Anak saya keluar membeli barang
di kedai di seberang jalan tanpa pengetahuan kami,” katanya
sebak.
Perlanggaran itu dilaporkan berlaku semasa Chee Siew
Ming sedang melintas jalan raya. Mangsa yang meninggal dunia
di tempat kejadian mengalami kecederaan parah di kepala
dan leher. Seorang saksi berkata, “Saya melihat nahas yang
menyebabkan kanak-kanak itu tercampak agak jauh dari tempat
kejadian.”
Mengikut laporan, pemandu kereta yang terlibat telah pun
direman untuk disoal siasat oleh pihak polis.

16 HP PKJR: 4.4.2
B Jawab soalan pemahaman berdasarkan petikan akhbar yang dibaca.

Soalan Jawapan

Di manakah kemalangan itu berlaku?

Bagaimanakah kemalangan itu


berlaku?

Apakah yang sepatutnya dilakukan


oleh kanak-kanak tersebut untuk
mengelakkan kemalangan itu
berlaku?

Pada pendapat
Pada pendapatkamu
kamu,tempat
di manakah
tempat yang
manakah paling
yang selamat
paling selamatuntuk
untuk
kanak-kanak melintas?
kanak-kanak melintas?

HP PKJR: 4.4.2 17
Aktiviti 14

A Lengkapkan peta pengurusan grafik di bawah.

Cara
Cara Selamat
Tidak Selamat

Menunggang
Basikal

18 HP PKJR: 5.1.5
30
km/j

B Tulis karangan tentang cara-cara menunggang basikal dengan selamatnya.

HP PKJR: 5.1.5 19
Penyelenggaraan Basikal
km/j

Aktiviti 15
Tulis ulasan lengkap tentang cara-cara menyelenggarakan basikal berdasarkan maklumat
yang diberikan.

Memastikan brek berfungsi Sentiasa memeriksa bunga Memastikan tayar


dengan baiknya. tayar berada dalam mempunyai tekanan angin
keadaan baik. yang bersesuaian.

Memastikan rantai basikal Meletakkan minyak pada


mempunyai ketegangan rantai basikal untuk
yang sesuai. melancarkan pergerakan.

20 HP PKJR: 5.1.5
Aktiviti 16
Lafazkan pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul. Kemudian, garisi dan bincangkan
etika berbasikal yang terdapat dalam pantun tersebut.

Rambut ikal bunga disemat,


Hias diri bersubang suasa;
Tungganglah basikal dengan cermat,
Agar diri selamat sentiasa.

Atas para letaknya pelita,


Tinggalan pusaka di Pasir Salak;
Mari selenggara basikal kita,
Agar petaka dapat dielak.

Bawa bekal anak Pak Mamat,


Roti kaya berinti kelapa;
Laluan basikal diguna selamat,
Elak bahaya datang menimpa.

Indah mekar bunga kesuma,


Kembang melati di dalam taman;
Topi keledar pelindung utama,
Berhati-hati jiwa pun aman.

Cantik menawan bunga melati,


Dihinggap kedidi di laman rumah;
Semua peraturan perlu diikuti,
Agar menjadi penunggang berhemah.

HP PKJR: 5.1.5 21
Aktiviti 17

Baca petikan akhbar dengan sebutan dan intonasi yang betul. Kemudian, nyatakan idea utama
dan idea sampingan yang terdapat dalam petikan tersebut.

Jangan Ambil Mudah Pemakaian Tali Pinggang


Keledar – MIROS
KUALA LUMPUR, 26 Julai – Menurut kajian Institut Penyelidikan Keselamatan
Jalan Raya Malaysia (MIROS), risiko kematian dapat dikurangkan sebanyak
60 peratus dengan pemakaian tali pinggang keledar. Ketua Pengarah MIROS,
Prof. Dr. Wong Shaw Voon berkata, pemakaian tali pinggang keledar dapat
menahan pemandu dan penumpang daripada terhumban ke hadapan
semasa berlaku perlanggaran.
Pemakaian tali pinggang keledar juga dapat menghalang pemandu
dan penumpang tercampak keluar daripada kenderaan disebabkan
momentum semasa perlanggaran. Seterusnya, pemakaian tali pinggang
keledar juga dapat mengelakkan pemandu dan penumpang daripada
terhantuk pada objek lain yang boleh menyebabkan kecederaan parah
dan risiko kematian. Selain itu, pemakaian tali pinggang keledar dapat
meningkatkan keberkesanan fungsi beg udara semasa perlanggaran.
Sehubungan dengan itu, penguatkuasaan pematuhan kepada
pemakaian tali pinggang keledar mesti dilaksanakan secara tuntas dan
berterusan. Pada masa yang sama, kempen kesedaran pemakaian tali
pinggang keledar perlu diperluas kerana masih terdapat masyarakat
yang menganggap bahawa pemakaian tali pinggang keledar sebagai hal
yang remeh.

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada BERNAMA, 26 Julai 2015)

22 HP PKJR: 6.1.1
km/j

Aktiviti 18

Baca rencana di bawah dengan sebutan dan intonasi yang betul. Nyatakan cara-cara
penumpang dapat membantu menyelamatkan orang lain.

Penumpang Bijak Keselamatan


Terjamin
Kadar kemalangan jalan raya di negara kita semakin
membimbangkan. Kemalangan jalan raya boleh
menyebabkan kecederaan atau kehilangan nyawa
bukan sahaja kepada pemandu tetapi juga kepada
penumpang.
Penumpang yang berada di dalam kenderaan
perlulah memakai tali pinggang keledar untuk
mengurangkan impak kemalangan. Penumpang
tidak akan tercampak keluar, terhumban ke hadapan
ataupun terhantuk sekiranya berlaku kemalangan.
Seseorang penumpang harus juga menjaga
tingkah laku semasa berada di dalam kenderaan.
Penumpang tidak boleh bermain-main, mengganggu
pemandu yang sedang memandu dan perlu
mengurangkan pergerakan.
Sikap penumpang yang suka membuang
sampah keluar dari kenderaan akan membahayakan
pengguna jalan raya yang lain. Perbuatan ini perlu
dielakkan atas faktor keselamatan dan kebersihan
sekitar jalan raya.
Akhir sekali, sebagai penumpang kenderaan,
kita perlu bertanggungjawab bukan sahaja atas
keselamatan diri sendiri bahkan kepada pengguna
jalan raya yang lain.

HP PKJR: 6.1.2 23
Aktiviti 19

1 2

4 3

5 6

24 HP PKJR: 6.2.3
Undang-undang Pemakaian
Tali Pinggang Keledar Belakang

Aktiviti 20

Baca petikan akhbar di bawah dengan sebutan dan intonasi yang betul. Catatkan isi-isi
penting yang terdapat dalam petikan akhbar tersebut.

Penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar di tempat


duduk belakang perlu tegas – MIROS
KAJANG, 11 November – Kerajaan digesa supaya bertindak tegas dalam penguatkuasaan
pemakaian tali pinggang keledar di tempat duduk belakang kereta. Pengerusi Lembaga
Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Yang Berbahagia
Tan Sri Lee Lam Thye berkata, langkah itu penting untuk mengurangkan risiko kematian
penumpang di tempat duduk belakang.
“Saya berpendapat kita perlu memastikan penumpang di tempat duduk belakang
memakai tali pinggang keledar. Hal ini penting kerana melalui pemerhatian, saya
mendapati bahawa masih banyak penumpang yang tidak memakainya. Kerajaan perlu
mengutamakan penggunaannya,’’ katanya dalam sidang media selepas melancarkan Hari
Keselamatan Kanak-kanak ASEAN NCAP di Balakong hari ini.
Beliau berkata, kesedaran mengenai kepentingan penumpang memakai tali pinggang
di tempat duduk belakang perlu ditingkatkan. Penumpang di tempat duduk belakang juga
perlu peka dan patuh kepada undang-undang keselamatan jalan raya.
Beliau juga mengingatkan masyarakat agar meletakkan bayi di tempat duduk bayi,
manakala kanak-kanak diletakkan di pelaras tempat duduk untuk memastikan keselamatan
mereka. Beliau menyeru ibu bapa agar membudayakan amalan keselamatan jalan raya
dalam kalangan kanak-kanak bermula dari awal lagi.
Semua pihak perlu mematuhi undang-undang demi keselamatan masing-masing.
Penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak memadai tetapi kita perlu ada kesedaran
dalam diri masing-masing. “Jangan tunggu kena saman baru hendak pakai tali pinggang
keledar,’’ kata beliau lagi.

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Astro AWANI, 11 November 2015)

Isi-isi penting:

HP PKJR: 6.2.4 25
Aktiviti 21

Teliti situasi di bawah. Kemudian, tulis karangan berdasarkan situasi pada ruangan yang
disediakan.

Situasi 1

1 2

3 4

Situasi 1

26 HP PKJR: 6.2.5
30
km/j

Situasi 2

1 2

3 4

HP PKJR: 6.2.5 27
Kepentingan Memakai Tali Pinggang
Keledar Belakang km/j

2 BBM

Aktiviti 22

Situasi 1
4

Situasi 2

28 HP PKJR: 6.2.6
Aktiviti 23
Bincangkan cara pemilihan dan pemakaian topi keledar dengan betulnya berdasarkan petikan
di bawah.

Topi Keledar untuk Keselamatan


Pemakaian topi keledar dapat mengurangkan risiko
kecederaan kepala sekiranya berlaku nahas yang
melibatkan pembonceng motosikal. Oleh itu, amatlah
penting untuk memakai topi keledar dengan betulnya
sebagai langkah keselamatan.
Pastikan kita memilih topi keledar yang mematuhi
Standard Malaysia. Saiznya haruslah sesuai dengan saiz
kepala kita. Pengguna topi keledar perlu berasa selesa
apabila memakainya. Span di dalam topi keledar juga
haruslah berkeadaan baik.
Apabila hendak memakai topi keledar, talinya perlu
dikancing kemas di bawah dagu. Topi keledar yang longgar
tidak akan memberikan perlindungan apabila berlakunya
nahas. Keadaan ini juga berbahaya kerana boleh
menyebabkan kecederaan pada bahagian tengkuk akibat
tidak dilindungi dengan baiknya. Pastikan bahagian dahi
dilindungi dengan memakai topi keledar secara kemas.
Ikutilah arahan daripada pengeluar topi keledar sebelum
memakainya. Kancing tali topi keledar dengan kemasnya
pada setiap masa.
Topi keledar yang rosak perlu diganti dengan yang
baharu. Kita juga dinasihati untuk menukar topi keledar
setiap lima tahun sekali. Simpan topi keledar di tempat
yang sesuai supaya tidak mudah rosak akibat terjatuh
atau terdedah kepada keadaan persekitaran yang terlalu
panas atau sejuk.

HP PKJR: 6.3.1 29
Cara Pemakaian Topi Keledar dengan Betulnya

Aktiviti 24

A Teliti gambar tentang cara pemakaian topi keledar yang betul.

Pilih topi keledar yang diiktiraf dan Pilih topi keledar yang sesuai dengan
mematuhi Standard Malaysia. saiz yang sesuai.

Pakai
Pa dani kancing
kai dan kat atautali topi keledar
kancing tali Masukkan dua jari di bawah dagu untuk
dengan
topi keledar kemasnya.
dengan kemas . memastikan kekemasan, keselesaan
dan keselamatan pemakai.

30 HP PKJR: 6.3.2
Cara Pemakaian Topi Keledar dengan Betulnya

B Tulis ulasan yang lengkap tentang cara pemakaian topi keledar dengan betulnya
berdasarkan maklumat yang diberikan.

HP PKJR: 6.3.2 31
30
km/j

Aktiviti 25

Santhana sedang menunggu bapanya, Encik Subra di luar pintu


pagar sekolah. Encik Subra sudah terlewat selama 30 minit untuk
menjemputnya. Tidak lama kemudian, bapanya tiba dan meminta
maaf atas kelewatan menjemput Santhana. Encik Subra terus
menghulurkan topi keledar kepada Santhana tanpa menyedari
bahawa topi keledar berkenaan milik isterinya.
Tanpa membuang masa, Encik Subra terus memecut
motosikalnya kerana perlu membeli barangan yang dipesan
oleh isterinya. Tiba-tiba, motosikal yang ditunggang Encik Subra
terlanggar lubang. Topi keledar yang dipakai oleh Santhana
tertanggal lalu terjatuh di bahu jalan.
“Ayah, berhenti!” jerit Santhana.
“Mengapa, Santhana?” tanya ayahnya. Encik Subra
memberhentikan motosikal dengan segeranya.
“Topi keledar saya terjatuh,” kata Santhana.
Selepas kejadian itu, Encik Subra baru menyedari bahawa
topi keledar yang dipakai oleh Santhana tidak sesuai dengan
saiz kepalanya. Dia juga tidak memastikan anaknya mengancing
tali topi keledar dengan kemasnya. Encik Subra kesal kerana
sikap terburu-buru dan kecuaiannya menyebabkan mereka
berdua hampir tercedera. Encik Subra berjanji akan menjaga
keselamatan diri dan anaknya serta lebih berwaspada pada
masa depan.

32 HP PKJR: 6.3.3
Kesedaran Pemakaian Topi Keledar
dengan Betulnya km/j

Aktiviti 26

Berdasarkan dialog di bawah, sampaikan pesanan kepada penunggang dan pembonceng


motosikal.
Walaupun mereka
memakai topi keledar,
Lajunya cara pemakaiannya
motosikal itu. Betul, ibu. tidak betul. Ya, betul.
Laju sungguh.

Betul, ibu.
Ibu, bagaimanakah Jika berlaku kemalangan,
cara memakai topi Topi keledar hendaklah topi keledar mampu
keledar yang betul? mematuhi piawaian mengurangkan risiko
Penunggang
Standard Malaysia. kecederaan di kepala.
motosikal sepatutnya
mengancing tali topi
keledar dengan kemasnya,
manakala pembonceng itu
pula sepatutnya memakai
topi keledar yang
sesuai dengan saiz
kepalanya.

Pada keesokan hari, ...

HP PKJR: 6.3.4 33
Aktiviti 27
Berdasarkan ayat di bawah, kenal pasti dan betulkan ayat dari aspek ejaan, penggunaan kata
dan tanda baca.

Menaiki Kenderaan
Ayat yang salah : Tungu kenderaan disebelah Bahu Jalan sehingga kenderaan berhenti
Ayat yang betul :

Ayat yang salah : buka pintu belakang di sebelah kiri kereta dudok dengan tertip kemudian
tutup pintu kereta dengan berhati hati dan pakai tali pinggang kaledar.
Ayat yang betul :

Menuruni Kenderaan
Ayat yang salah : Pastikan kenderaan behenti sepenohnya, sebelum turon di sebelah kiri
bahu jalan supaya kita selamat.
Ayat yang betul :

Ayat yang salah : kita perlu pasti keadaan pesekitaran selamat sebelum ke luar daripada
kenderaan
Ayat yang betul :

34 HP PKJR: 6.4.1
km/j

Istilah Maksud

Alat penahan Alat untuk menahan pemandu dan penumpang daripada terhumban
ke hadapan dalam perlanggaran atau semasa membrek kecemasan.

Alat perlindungan Pakaian atau peralatan yang boleh melindungi pemandu atau penumpang
daripada impak stereng atau panel kenderaan. Contoh: beg udara dan
topi keledar motosikal atau basikal.

Aliran lalu lintas Arah pergerakan trafik atau kenderaan di jalan raya.

Batas kebun Pembahagi jalan yang bertujuan untuk membahagi laluan jalan kepada
dua arah berlainan. Batas kebun boleh mempunyai objek seperti tiang
lampu, pokok atau tanaman rimbun.

Bebendul Bahagian tepi jalan raya yang merupakan kaki lima pembahagi jalan
atau bahu jalan yang bertemu dengan jalan raya. Bebendul biasanya
diperbuat daripada konkrit dan berfungsi sebagai tulang untuk perparitan
jalan raya yang baik. Bebendul juga berfungsi untuk meningkatkan
keselamatan, iaitu dengan memastikan pemandu kenderaan bermotor
memandu jauh dari bahu jalan, pembahagi jalan atau kaki lima.

Beg udara Beg daripada fabrik nilon yang nipis dan terlipat di dalam stereng atau
papan pemuka. Beg udara juga terdapat pada pintu atau tempat duduk
penumpang sebagai tambahan kepada ciri keselamatan jika dilanggar
dari arah sisi. Jika berlaku kemalangan, beg udara akan menggelembung
dan mengempis dalam masa kurang daripada sesaat (sekitar 0.05 saat).
Proses ini memperlahankan pergerakan ke hadapan pemandu dan
penumpang serta mengurangkan kecederaan serius.

Bonggol Alat penenang trafik berupa binaan yang agak tinggi sedikit daripada
permukaan jalan raya yang bertujuan untuk memaksa pemandu
memperlahankan kelajuan kenderaan, terutamanya di kawasan
perumahan atau sekolah.

Bulatan Jalan berbentuk lingkaran yang membolehkan trafik bergerak lancar


dalam satu arah.

Dikancingkan dan Mengancingkan dan mengetatkan tali keledar mengikut kesesuaian


dilaraskan pemakai bagi mengelakkan kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.

Garis median Garisan berwarna putih di jalan raya yang berfungsi sebagai pembahagi
lorong.

35
Istilah Maksud

Garisan penanda Garisan berupa tanda anak panah di atas permukaan jalan yang
jalan berfungsi sebagai penunjuk arah lalu lintas.

Had laju Kadar kelajuan yang ditetapkan untuk dipatuhi oleh pemandu kenderaan.
kenderaan Biasanya dipaparkan di papan tanda atau badan kenderaan berat.

Imej orang hijau Simbol berupa orang berwarna hijau yang terdapat pada lampu isyarat
pejalan kaki. Pejalan kaki hanya boleh melintas apabila imej orang hijau
pada lampu isyarat pejalan kaki bernyala dan trafik telah berhenti.

Imej orang merah Simbol berupa orang berwarna merah yang terdapat pada lampu isyarat
pejalan kaki. Pejalan kaki dilarang melintas apabila imej orang merah
pada lampu isyarat pejalan kaki bernyala.

Isyarat tangan Gerakan tangan bagi menunjukkan isyarat tertentu oleh anggota polis
polis trafik yang bertugas mengawal lalu lintas di jalan raya.
Jaket pemantul Pakaian keselamatan yang memantulkan cahaya.
cahaya
Jalan bandaran Jalan yang terdapat dalam kawasan bandar. Jalan ini menghubungkan
bandar kecil dengan bandar kecil yang lain.

Jalan kampung Jalan yang terdapat di kawasan kampung.

Jalan negeri Jalan yang menghubungkan dua buah negeri yang dibina melalui
pembiayaan kerajaan negeri.

Jalan persekutuan Jalan raya yang menghubungkan bandar-bandar utama antara negeri.
Contoh: jalan yang menghubungkan Kuantan dengan Kota Bharu.

Jejambat Jambatan jalan raya yang dibina merentasi atau melangkaui sebatang
jalan lain.

Jejantas Jambatan untuk pejalan kaki melintas jalan, biasanya dibina di atas
jalan raya yang sibuk.

Jentera Kenderaan berat.

Jentera berantai Kenderaan berat yang beroda rantai. Contoh: kereta perisai dan jentolak.

Jentera beroda Kenderaan berat beroda besar. Contoh: jentera kaut dan traktor.

36
Istilah Maksud
Kancing Logam, kayu, tulang atau plastik, berbingkai segi empat atau lengkung
yang dipasang pada tali keledar untuk keselamatan.

Kebolehlihatan Keadaan dapat melihat sesuatu pada waktu malam atau waktu kurang
pencahayaan akibat faktor masa atau cahaya.

Kenderaan awam Kenderaan yang disediakan untuk kemudahan orang ramai.

Kenderaan berat Kenderaan bermotor yang beratnya bersamaan dengan muatan melebihi
lima tan seperti bas, lori dan sebagainya.

Kenderaan berel Kenderaan pengangkutan bergerabak yang bergerak di atas rel dengan
menggunakan kuasa elektrik atau ditarik oleh kepala gerabak. Contoh:
LRT, ERL dan kereta api.

Kenderaan darat Kenderaan yang bergerak di darat.


Kenderaan Kenderaan yang dimiliki oleh individu atau milik sendiri.
persendirian
Kesesakan trafik Keadaan yang disebabkan oleh kenderaan yang sangat banyak di jalan
raya dan menyebabkan pergerakan trafik kurang lancar.

Ketidakbolehlihatan Kesukaran pengguna jalan raya melihat sesuatu dengan jelasnya


disebabkan faktor cuaca atau masa.

Komponen Bahagian kenderaan yang boleh menjadikan kenderaan lengkap atau


kenderaan sempurna.

Laluan kongsi Laluan yang boleh digunakan secara bersama-sama oleh penunggang
basikal dan pejalan kaki.

Laluan pejalan kaki Laluan yang disediakan khusus untuk kegunaan pejalan kaki.

Laluan sikal Laluan pada sebahagian daripada jalan raya yang dikhaskan untuk
kegunaan kenderaan beroda dua.

Lampu isyarat Alat penunjuk bagi menandakan aturan dan masa yang selamat untuk
melepasi simpang jalan, sama ada memandu terus, belok ke kanan
atau ke kiri atau membuat pusingan U.
Lampu isyarat Lampu isyarat yang mempunyai imej orang hijau dan imej orang merah
pejalan kaki yang digunakan oleh pejalan kaki sebagai isyarat melintas jalan.

37
Istilah Maksud

Lawan arah trafik Arah pergerakan pejalan kaki atau kenderaan tertentu yang berlawanan
dengan pergerakan arus semasa.

Lebuh raya Jalan raya utama yang lebar, biasanya menghubungkan sebuah bandar
dengan bandar lain.

Lintasan pejalan Kawasan khas yang dicat dengan jalur belang putih atau kuning secara
kaki melintang di atas jalan raya untuk menjadi tempat pejalan kaki melintas
dengan selamatnya.
Lintasan pejalan Lintasan pejalan kaki yang mempunyai set lampu isyarat pejalan kaki.
kaki berisyarat
Lintasan sekolah Kawasan khas yang dicat dengan jalur belang putih atau kuning secara
melintang di atas jalan raya untuk menjadi tempat kanak-kanak sekolah
melintas dengan selamatnya. Lazimnya, lintasan ini dikawal oleh petugas
atau peronda lintasan sekolah.

Lopak Lekuk yang berair.

Momentum Daya yang mendorong pergerakan sesuatu.

Pad lutut Pelapik yang lembut untuk melindungi bahagian lutut.

Pad siku Pelapik yang lembut untuk melindungi bahagian siku.

Parkir Tempat yang dikhususkan untuk meletakkan kenderaan.

Pelaras tempat Sejenis tempat duduk kanak-kanak yang boleh dilaraskan mengikut
duduk kesesuaian dan saiz badan untuk keselamatan kanak-kanak di dalam
kenderaan.

Pelekat pemantul Alat yang digunakan untuk membalikkan cahaya kepada pemandu
cahaya kenderaan lain pada waktu malam.

Pembahagi jalan Ruang pemisah antara dua aliran trafik yang bertentangan di bahagian
tengah jalan raya atau lebuh raya. Pembahagi jalan terdiri daripada
tembok konkrit, rel adang ataupun ruang tanah kosong yang lapang.

Pembonceng Orang yang duduk di bahagian belakang penunggang motosikal.

Penanda jalan Simbol-simbol trafik yang terdapat pada permukaan jalan raya yang
mesti dipatuhi untuk mengawal, memberikan amaran dan panduan
kepada pengguna jalan raya.

38
Istilah Maksud

Pencahayaan Pengenaan cahaya langsung ke arah objek yang perlu diterangi.

Pengawal trafik Orang yang bertugas mengawal selia aliran lalu lintas supaya bergerak
lancar dan selamat.

Penunggang Orang yang menunggang kenderaan beroda dua atau tiga seperti
motosikal dan basikal.

Perabot jalan raya Objek atau kelengkapan yang dipasang di jalan raya untuk tujuan
tertentu. Contoh: batas kebun, pasu bunga dan pulau pelindung.

Peraturan jalan Amalan keselamatan yang boleh meningkatkan kesedaran pengguna


raya jalan raya semasa menggunakan ataupun berada di jalan raya.

Perhentian bas Tempat yang dikhaskan untuk bas berhenti bagi mengambil atau
menurunkan penumpang.

Peronda lintasan Individu yang bertugas meronda di kawasan lintasan sekolah dengan
sekolah memakai pakaian seragam yang diluluskan oleh ketua pegawai polis
dan diberikan kuasa untuk menahan atau memberhentikan kenderaan
bagi membolehkan murid melintas.

Prasarana jalan Keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asas yang terdapat di jalan
raya raya. Contoh: lampu jalan, terowong dan lintasan pejalan kaki.

Pulau pelindung/ Kawasan simpanan di tengah-tengah jalan raya. Lazimnya dibina


Pelindung pejalan di kawasan jalan raya yang lebar atau tiada lampu isyarat untuk
kaki membolehkan pejalan kaki berhenti sebelum melintas jalan.

Rel adang Rel keluli atau kabel keluli yang dipasang bagi mengelakkan pemandu
daripada terbabas.

Selekoh Jalan yang berkelok, berbelok atau berliku.

Sensor undur Alat pengesan untuk mengesan sebarang objek yang berdekatan
supaya pemandu berwaspada sewaktu mengundurkan kenderaan.

Simpang Jalan yang melencong, bercabang atau berpisah dari jalan yang lurus.

Standard Panduan yang menggariskan ciri keselamatan yang diguna pakai


keselamatan untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

39
Istilah Maksud
Tali pinggang Alat penahan yang terdapat di bahagian tengah tempat duduk belakang
ikatan pinggang kenderaan. Alat ini dipasang di pinggang dan boleh diketatkan atau
dilonggarkan mengikut kesesuaian dan keselesaan.

Tali pinggang Alat penahan yang dipakai oleh pemandu dan penumpang kenderaan
keledar untuk mengelakkan pergerakan yang berbahaya akibat perlanggaran
atau pemberhentian secara mengejut.

Tempat isyarat Simbol atau lambang yang terdapat di jalan raya termasuklah semua
lalu lintas isyarat, tiang isyarat amaran, tiang tunjuk arah, garisan atau peranti
lain bagi arahan atau petunjuk kepada pemandu dan pengguna jalan
raya. Tanda isyarat ini berfungsi sebagai isyarat keselamatan jalan raya
kepada pemandu dan pengguna jalan raya untuk memberikan panduan
dan peringatan agar mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya. 

Tempat duduk Tempat duduk yang dikhususkan untuk bayi di dalam kenderaan yang
bayi berfungsi melindungi bayi daripada terhumban ke hadapan sekiranya
berlaku hentakan atau perlanggaran. Tempat duduk bayi perlu
dipasangkan dengan kemasnya di bahagian kerusi penumpang belakang.

Tempat duduk Tempat duduk yang dikhususkan untuk kanak-kanak berfungsi untuk
kanak-kanak melindungi kanak-kanak daripada terhumban ke hadapan. Alat
keselamatan berbentuk seperti kerusi ini perlu dipasangkan dengan
kemasnya di tempat duduk penumpang belakang.

Topi keledar Topi keselamatan yang dipakai oleh penunggang dan pembonceng
motosikal dan basikal.

Undang-undang Akta atau peraturan yang mewajibkan suatu perlakuan di jalan raya
jalan raya yang telah diputuskan melalui parlimen. Perlanggaran terhadap
undang-undang jalan raya boleh dikenakan saman.

Waktu puncak Waktu lalu lintas yang paling sibuk.

40
Lampiran
Tanda Isyarat Lalu Lintas

KENDERAAN DILARANG MASUK DILARANG BERPUSING BALIK

DILARANG BELOK KE KIRI DILARANG BELOK KE KANAN

DILARANG MEMBUNYIKAN HON DILARANG BERHENTI

41
Lampiran

Tanda Isyarat Lalu Lintas

KENDERAAN MELEBIHI –
­ METER LEBAR KENDERAAN MELEBIHI – TAN
DILARANG MASUK DILARANG MASUK

BERI LALUAN ORANG BUTA MELINTAS

KAWASAN LEMBU MELINTAS BONGGOL

42

You might also like