PBS Irfan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Laporan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

Tarikh : 1 April 2019

Saya telah menjalani Pengalaman Berasakan Sekolah (PBS) fasa 1 pada 18 hingga
22 Mac 2019 bermula hari Isnin hingga Jumaat di SK Tanjong Rambutan, Ipoh (Rajah 1.1).
Sehubungan dengan itu, saya telah mengambil 2 orang murid untuk melaksanakan kajian
kepada implikasi perbezaan pengajaran dan pembelajaran masing-masing. Ujian dijalankan
pada hari Rabu, 20 Mac 2019 jam 10 pagi.

Rajah 1.1 Sekolah Kebangsaan Tanjong Rambutan, Ipoh

Murid pertama ialah bernama Muhammad Hazril bin Hairul Haizam dan murid kedua
bernama Raisya Adriana binti Rizal Aziky. Mereka merupakan murid dari kelas yang sama
iaitu 3 Elit. Berlatarbelakang yang berbeza iaitu kerjaya bapa Hazril sebagai polis dan ibunya
bekerjaya sebagai kerani manakala ibubapa Raisya merupakan guru. Hazril seorang yang
meminati matapelajaran Sains manakala Raisya pula lebih cenderung kepada
matapelajaran Bahasa Arab (Rajah 1.2).

Rajah 1.2 Muhammad Hazril bin Hairul Haizam (baju kuning) dan bernama Raisya
Adriana binti Rizal Aziky (baju biru)

Saya telah menjalankan ujian ringkas dengan melalui kertas soalan objektif dan subjektif.
Soalan yang dikemukakan (rujuk lampiran) adalah matapelajaran Bahasa Arab dan
beberapa soalan ujikaji. Saya telah memilih matapelajaran Bahasa Arab berikutan kelas
pertama mereka pada hari itu adalah Bahasa Arab. Kaedah pembelajaran yang dijalankan
oleh guru Bahasa Arab tersebut adalah belajar secara berkumpulan, melihat visual, melekat
dan membentang (Rajah 1.3).

Rajah 1.3 Aktiviti berkumpulan : melihat visual, melekat dan membentang

Dapatan kajian mendapati bahawa Hazril merupakan murid yang gemar belajar
secara kinestetik iaitu melalui pergerakan manakala Raisya pula lebih gemar belajar secara
visual. Aktiviti yang guru mereka jalankan adalah melibatkan penglihatan visual dan
membentang (rujuk lampiran). Perbezaan ini memberi markah yang berbeza pada sudut
ujian objektif Raisya telah memperoleh markah yang lebih tinggi daripada Hazril iaitu 7/7
berbanding Hazril yang memperoleh 5/7 secara keseluruhan pada sudut objektif.

Kemudian, kecenderungan mereka di dalam cara belajar juga berbeza. Hazril lebih
pasif kerana menyukai belajar secara berdua manakala Raisya lebih gemar belajar secara
berkumpulan. Hal ini dapat didapati dari respon masing-masing di kertas ujikaji.
Implikasinya, Raisya memperoleh markah yang lebih tinggi berbanding Hazril. Memetik kata
Saodah Wok, Narimah Ismail dan Mohd Yusof Hussain di dalam buku mereka Teori-teori
Komunikasi (2003), Kecenderungan belajar secara berkumpulan mampu memberi kesan
yang positif kepada hasil kerja. Dengan itu, secara jelasnya kita dapat lihat bahawa
kecenderungan terhadap cara belajar merupakan inisiatif pelajar dalam memahami sesuatu
topik.

Seterusnya, aspek yang aktiviti pembentangan juga diambil kira sebagai dapatan
kajian. Berdasarkan pemerhatian, Hazril lebih pasif ketika membentang hasil kerja. Hal ini
menunjukkan Hazril kurang gemar untuk belajar secara membentang di hadapan dan
mengurangkan fokusnya dalam sesi tersebut. Manakala Raisya pula lebih aktif dalam
membentang dan menjadi antara ahli panel membentang hasil kerja. Penilaian ini
menunjukkan bahawa Raisya lebih fokus dalam sesi tersebut. Dengan itu, keputusan ujian
mereka juga berbeza.

Rumusannya, pembelajaran dan pengajaran yang efektif bergantung kepada


kecenderungan murid (Mok Soon Sang, 2011). Dengan itu, setiap murid dan guru perlu
peka terhadap implikasi pembelajaran dan pengajaran agar pemerolehan ilmu pengetahuan
dan pengalaman yang berkesan dapat dicapai.
Rujukan

Mok Soon Sang (2011) Teori-teori Kaunseling, Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak,

Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Saodah Wok, Narimah Ismail dan Mohd Yusof Hussain (2003). Teori-teori Komunikasi.
Kuala Lumpur: PTS Publication & Distribution Sdn.Bhd.

You might also like