Topik 7 - Elektrik

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 22

SAINS TAHUN 5

UNIT 7: ELEKTRIK
Topik-topik berkaitan :
• 7.1 Sumber tenaga elektrik
• 7.2 Litar elektrik lengkap.
• 7.3 Langkah-langkah keselamatan
pengendalian peralatan elektrik.
Standard Pembelajaran:
7.1 Sumber tenaga elektrik

• Pada akhir pembelajaran, murid boleh….


7.1.1 Menjelaskan dengan contoh sumber yang menghasilkan tenaga elektrik
seperti sel kering, sel suria, dinamo, janakuasa elektrik, akumulator dan generator
7.2 Litar elektrik lengkap.

Pada akhir pembelajaran, murid boleh….

7.2.1 Membina litar elektrik lengkap dengan menggunakan sel kering, mentol,
suis dan wayar penyambung.
7.2.2 Menyatakan fungsi suis dalam litar elektrik.
7.2.3 Mengenal pasti simbol-simbol komponen dalam litar elektrik lengkap.
7.2.4 Melakarkan gambarajah litar elektrik menggunakan simbol.
7.2.5 Mengeksperimen untuk membezakan kecerahan mentol dalam litar
lengkap dengan mengubah bilangan mentol atau bilangan sel kering.
7.2.6 Mengenal pasti susunan mentol secara bersiri dan selari dalam litar
elektrik lengkap melalui pemerhatian menerusi pelbagai media.
7.2.7 Melakarkan litar bersiri dan litar selari dengan menggunakan simbol.
7.2.8 Membanding dan membezakan kecerahan mentol dalam litar bersiri dan
litar selari.
7.2.9 Menyatakan kesan ke atas nyalaan mentol apabila beberapa suis dalam
litar bersiri dan litar selari ditutup atau dibuka.
7.2.10 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
7.3 Langkah-langkah keselamatan pengendalian peralatan elektrik.

Pada akhir pembelajaran, murid boleh….

7.3.1 Menjana idea kesan kecuaian pengendalian peralatan elektrik melalui


pemerhatian menerusi pelbagai media.
7.3.2 Menjelaskan langkah-langkah keselamatan ketika mengendalikan
peralatan elektrik.
7.3.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
• Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita lihat
beberapa sumber tenaga yang biasa didengar
di sekeliling kita
membekalkan tenaga elektrik
Generator kepada pam udara di dalam
kolam ikan

membekalkan tenaga elektrik


Akumulator
Sumber Tenaga Elektrik kepada kenderaan bermotor

membekalkan tenaga elektrik


Dinamo
kepada lampu

membekalkan tenaga elektrik


Sel Kering
kepada lampu suluh

membekalkan tenaga elektrik


Sel Suria
kepada alat pemanas air

membekalkan tenaga elektrik


Janakuasa Hidroelektrik kepada perindustrian dan
kegunaan domestik

digunakan pada telefon


Bateri
bimbit untuk berfungsi
7.2 Litar elektrik lengkap.
Litar elektrik terdiri daripada 4 komponen
asas, iaitu:
– Sel kering

– Mentol

– Suis

– Wayar
Apakah itu suis?
Fungsi Suis ialah menyambung dan
memutuskan litar elektrik.

Apabila suis ditutup, mentol pada litar


elektrik akan menyala. Litar ini
dipanggil litar elektrik lengkap.

Apabila suis terbuka, mentol tidak


menyala. Ini kerana arus elektrik tidak
dapat mengalir melalui litar
elektrik yang tidak lengkap.
• Simbol Komponen
Penggunaan simbol komponen akan memudahkan lakaran litar
elektrik dan menjimatkan masa.
Kecerahan Mentol

Perhatikan litar yang


dipasang di sebelah…

1. jika sel kering ditambahkan, adakah


mentol akan menyala lebih cerah?
2. Jika bilangan mentol ditambah, adakah
mentol menyala lebih cerah?
• Kesimpulannya,

Semakin banyak mentol dalam litar elektrik,


semakin malap kecerahan mentol.

Semakin banyak bilangan sel kering dalam litar


elektrik, semakin cerah kecerahan mentol.
• Terdapat dua jenis
litar, iaitu “litar
selari” atau “litar
bersiri”

• Jenis litar ini


bergantung
kepada kaedah
susunan mentol,
selari atau bersiri
Perhatikan pernyataan di bawah.

EH….Tapi kenapa?
Jika :
– Suis S1 dibuka, ke semua
mentol M1, M2 dan M3
tidak menyala
– Satu mentol terbakar,
mentol yang lain tidak
akan menyala
Litar jenis ini mudah
dipasang
Sel kering lambat hilang
tenaga
Jika :
– Suis S3 dibuka, hanya
mentol M3 sahaja tidak
menyala
– Satu mentol terbakar,
mentol yang lain masih
menyala
Litar jenis ini sukar
dipasang
Sel kering cepat hilang
tenaga
Cer teka…Cer teka….
• Jika saya buang satu mentol, ramalkan
kecerahan mentol-mentol tersebut. Adakah
lebih cerah atau malap, atau tiada
perubahan?

Jawapan: Tiada perubahan


Cer teka lagi…..
Jika saya buang satu sel kering, ramalkan
kecerahan mentol-mentol tersebut.
Adakah lebih cerah atau malap, atau tiada
perubahan?

Jawapan: malap
7.3 Langkah-langkah
keselamatan pengendalian
peralatan elektrik.

Apakah yang dapat anda


simpulkan daripada gambar di
sebelah ini?
Ye, kecuaian jika kita tidak
berhati-hati
Berikut merupakan beberapa kecuaian semasa mengendalikan
peralatan elektrik:
 Memegang suis dengan tangan yang basah.
 Membiarkan peralatan elektrik terpasang lama.
 Menggunakan wayar yang rosak.
 Mencucuk soket menggunakan bahan konduktor elektrik.
 Tidak mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa
menggunakan peralatan elektrik.
 Tidak mempelajari kaedah yang betul semasa menggunakan
peralatan elektrik di rumah.

Kecuaian semasa mengendalikan peralatan elektrik akan


menyebabkan:
o Renjatan elektrik
o Kebakaran
o Kulit melecur
o Kejutan Elektrik
• Oleh itu, kita perlulah
mengamalkan sikap seperti
gambar di sebelah ini
 Elakkan membaiki peralatan elektrik
dalam keadaan suis terpasang.
 Elakkan membuka atau menutup
suis dengan tangan yang basah.
 Elakkan memasang plag 2 pin
dengan bahan konduktor elektrik.
 Pasang palam plastik khas untuk
memasang plag 2 pin.
 Pastikan peralatan elektrik dipantau
semasa menggunakannya.
 Elakkan memasang terlalu banyak
plag pada sesuatu soket.
SEKIAN,
TERIMA KASIH

You might also like