Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

BAHAGIAN PENDIDKAN DAN LATIHAN

KEMENTERIAN TEKNIKAL VOKASIONAL,


PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
MALAYSIA ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN 4
EE-320-2:2012
KOD DAN NAMA PROGRAM / SINGLE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION &
PROGRAM’S CODE & NAME
MAINTENANCE

TAHAP / LEVEL LEVEL 2

NO DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / COMPETENCY EE-320-2:2012-C01 SINGLE PHASE DRAWING
UNIT NO. AND TITLE

1: IDENTIFY SINGLE PHASE DRAWING SPECIFICATIONS


AND REQUIREMENT.
NO. DAN PERNYATAAN
2: CARRY OUT LAYOUT DRAWING.
AKTIVITI KERJA / WORK
3: CARRY OUT SINGLE LINE / SCHEMATIC DIAGRAM
ACTIVITIES NO. AND
DRAWING.
STATEMENT
4: CARRY OUT SINGLE PHASE WIRING DRAWING.
5: INSPECT SINGLE PHASE DRAWING.

Muka Surat / Page : 1


NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(4/5)
Drp / of : 19

TAJUK / TITLE :
PENGENALAN KEPADA GAMBARAJAH LUKISAN PENDAWAIAN

TUJUAN / PURPOSE:
Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar-pelajar berkaitan
tentang gambarajah pendawaian yang bertujuan bagi rujukan bagaimana cara untuk
membuat pendawaian sebenar.
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(4/5)
Drp / of : 19

4.0 JENIS AKSESORI PENDAWAIAN


4.0.1 Aksesori Kawalan Pembekal

Aksesori kawalan pembekal adalah termasuk di dalam litar jujukan utama. Ianya
bermula dari fius perkhidmatan perangkai neutral dan meter kwj. Aksesori ini adalah
hak milik pembekal tenaga elektrik (TNB). Pengguna tidak boleh melakukan sebarang,
percubaan, tentukan dan penyambungan luar.

4.0.2 Aksesori Kawalan Pengguna

Ianya bermula selepas meter KWj dan terus ke aksesori berikut:

 Pengasing/pencil
 Suis fius atau MCCB/NFB
 Pemutus Litar Bocor ke bumi
 kendalian arus baki
 Kotak Agihan
 fius aksesori
 pemutus litar minature

4.1 TERMA DAN SPESIFIKASI SAMBUNGAN PENDAWAIAN SATU FASA

E
N L
Lampu

EN L Kabel
suis
Punca
Bekalan
Terminal
common
L = Live
N= Neutral Suis
sehala
E = Earth

Rajah 1: Pelan pendawaian satu lampu dikawal oleh satu suis satu hala
Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(4/5)
Drp / of : 19

E E
N L
Lampu 1 N L
Lampu 2

EN L Kabel
suis
Punca
Bekalan
Terminal
common
L = Live
N= Neutral Suis
sehala
E = Earth

Rajah 2: Pelan pendawaian dua lampu dikawal oleh satu suis satu hala

E
N L
Lampu 1

EN L

Punca
Bekalan Kabel suis 1

1 1
Terminal Kabel suis 2 Terminal
L = Live common
C
2 2
C
common
N= Neutral
E = Earth Suis 2 Hala Suis 2 Hala

Rajah 3: Pelan pendawaian satu lampu dikawal oleh dua suis dua hala
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(4/5)
Drp / of : 19

E E
N L
Lampu 1 N L
Lampu 2

ENL
Kabel suis 1 Kabel suis 1
Punca
Bekalan Kabel suis 2 Kabel suis 2

1 1 1
Terminal Terminal
L = Live common
C
2
3
2
4
2
C
common
N= Neutral
E = Earth Suis 2 Hala Suis Suis 2 Hala
Pertengahan

Rajah 4: Pelan pendawaian satu lampu dikawal oleh dua suis dua hala dan suis
perantaraan @ pertengahan

4.2 ALAT PERLINDUNGAN PENDAWAIAN SATU FASA

4.2.1 Jenis-jenis Alat Perlindungan

Setiap pemasangan pengguna mestilah dilindungi dari arus lebihan (litar pintas dan beban
lampau) dan kebocoran arus ke bumi bagi mengelakkan terkena kejutan elektrik, kebakaran
dan sebarang bahaya yang mungkin terjadi.

Setiap alat kawalan dalam pemasangan mestilah yang mudah digunakan dan mudah
dicapai oleh pengguna bagi tujuan :

i. Pengasingan dan penyuisan

ii. Perlindungan arus lebih

iii. Perlindungan kebocoran ke bumi


Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(4/5)
Drp / of : 19

4.2.1.1 Suis utama (suis fius)


Satu unit yang mengandungi pengasing dengan fius yang boleh ditarik keluar. Ia hampir
menyerupai fius suis tetapi mempunyai perbezaan yang berikut :-
i. Fius yang digunakan ialah ialah dari jenis tanpa tag dan tidak perlu skru dan nut

(fius katrij) berbanding fius suis menggunakan fius jenis HRC.

ii. Fius berkadaran 63A kebawah.

iii. Ia tidak terpisah dari palang bus apabila di OFFkan.

- Ia digunakan untuk pemasangan 1 fasa (SP dan SPN ) dan 3 fasa ( TP dan TPN ).
- Simbol suis fius:

Rajah 5 : Simbol fius

4.2.1.2 Pemutus litar bocor kebumi (ELCB, RCCB, RCD)

ELCB digunakan sebagai perlindungan kebocoran arus kebumi dan pengasing litar. Ia
berfungsi menggunakan prinsip medan magnet seimbang dimana arus yang masuk (hidup)
sama dengan arus yang keluar (neutral). Mempunyai kadar kapasiti pemutusan yang tinggi
. Dapat dikendalikan secara automatik atau manual. Ia perlu dipasang apabila rintangan
bumi sesuatu kawasan itu tinggi. Setiap ELCB biasanya mempunyai catitan kadaran –
kadaran seperti
i. Voltan kadaran
ii. Arus kepekaan
iii. Arus kepekaan

ELCB tidak boleh digunakan dalam sistem pemasangan TNC kerana tiada laluan
berasingan
bagi neutral dan arus bocor kebumi (tiada perbezaan antara arus fasa dan neutral).
Simbol pemutus litar bocor kebumi :-

Rajah 6 : Simbol pemutus litar bocor ke bumi


Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(4/5)
Drp / of : 19

4.2.1.3 Pemutus litar kecil (MCB)

Satu alat perlindungan arus lebihan yang mempunyai kadar kapasiti pemutusan yang
tinggi. Ia dapat dikendalikan secara automatik atau manual. Ia mestilah dibuat dan direka
menurut BS 3871.

Jenis – jenis kendalian pemutus litar


a. Magnetik
b. Thermal
c. Hidraulik

4.3 SUSUNATUR SISTEM PEMBUMIAN

Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat di antara logam dalam pemasangan
pendawaian elektrik dengan jisim am bumi. Ianya bagi mengadakan laluan mudah dengan
galangan atau rintangan yang rendah ke bumi supaya sistem perlindungan beroperasi dengan
berkesan, bagi menjamin keselamatan manusia atau pengguna dari bahaya renjatan elektrik
apabila terjadi arus bocor ke bumi. Secara amnya, sistem pepasangan elektrik dibumikan bagi
tujuan berikut :-

i. Keselamatan .

ii. Sistem Perlindungan.

iii. Menghadkan Voltan Berlebihan.

iv. Mengadakan Laluan Nyahcas.

v. Keperluan Undang-Undang dan Peraturan.

4.3.1 Pembahagian Pembumian

Pembumian secara amnya dibahagikan kepada dua (2) bahagian, iaitu:

1) Pembumian Sistem

a) Mengasingkan sistem apabila berlaku kerosakan;

b) Menghadkan bezaupaya di antara konduktor yang tidak bertebat disesuatu kawasan; dan

c) Menghadkan berlakunya voltan berlebihan (over voltage) dalam keadaan yang berbeza.
Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(4/5)
Drp / of : 19

2) Pembumian Peralatan

Pembumian peralatan dilakukan untuk perlindungan kepada manusia atau pengguna. Jika
suatu punca yang hidup menyentuh badan peralatan, tenaga elektrik akan mengalir ke bumi
dan arus tidak akanmengalir melalui badan manusia atau pengguna. Ini disebabkan badan
manusia mempunyai rintangan yang lebih tinggi berbanding dengan rintangan ke bumi.

4.3.2 Jenis Dan Fungsi Aksesori Pembumian

Aksesori pembumian adalah seperti berikut:

i) Elektrod bumi

Jenis elektrod yang digunakan untuk pendawaian rumah ialah rod besi bersalut kuprum (copper
jacketed steel core rod).

ii. Konduktor Pengikat Utama (equipotential bonding)

Konduktor yang disambungkan di antara punca bumi pengguna ke bahagian logam


terdedah.Saiz minima kabel ialah 10 mm².

iii. Konduktor pelindung

Konduktor yang disambungkan di antara punca bumi pengguna ke bahagian lain pemasangan
yang memerlukan pembumian yang saiznya adalah sebagaimana dibawah;

a) Sama dengan saiz kabel fasa sehingga 16 mm².

b) 16mm² jika saiz kabel fasa diantara 16 mm² hingga 35 mm².

c) Separuh dari saiz kabel fasa jika saiz kabel fasa melebihi 35 mm².

4.3.3 Penyusunan Pembumian Menggunakan TT Sistem

i. Huruf pertama menunjukkan susunan sistem pembumian dari pihak bekalan.

ii. Huruf kedua menunjukkan penyusunan pembumian dalampemasangan pengguna.

T - pertama : Menunjukkan sistem bekalan ini menyediakan bumisendiri.

T- kedua: Menunjukkan semua bingkai logam alat elektrik dan lainlaindisambung terus kebumi.

Penyusunan pembumian menggunakan TT sistem adalah seperti berikut:


Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(4/5)
Drp / of : 19

Rajah 7: Pemasangan elektrod bumi

4.3.4 Bahagian-Bahagian Yang Perlu Dibumikan

i. Semua struktur logam dalam sistem pendawaian (yang bukan membawa arus) seperti salutan
logam, perisai pembuluh, salur, sesalur dawai katenari dan sebagainya;

ii. Satu punca belitan sekunder bagi pengubah; dan

iii. Rangka bumbung yang diperbuat dari logam (Metal Roof Truss).

4.3.5 Bahagian – Bahagian Yang Tidak Perlu Dibumikan

i. Logam pendek yang diasingkan sebagai perlindungan mekanik bagi kabel yang mempunyai
sarung bukan logam selain pembuluh yang disambung sebagai tempat laluan masuk antara
bangunan dan pembuluh untuk melindungi kabel lampu-lampu nyahcas;

ii. Klip logam untuk memasang kabel;

iii. Penutup lampu yang dibuat daripada logam;

iv. Logam kecil seperti skru dan plat nama yang diasingkan dengan menggunakan penebat;
Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(4/5)
Drp / of : 19

v. Rantai logam untuk menggantungkan lampu dan peralatannya; dan

vi. Logam peralatan lampu untuk lampu berfilamen di atas lantai yang kalis air.

4.3.6 Penamatan Di Bumi

Kotak Pembumian (Earth chamber) adalah dari jenis konkrit atau PVC manakala elektrod bumi
adalah dari jenis besi bersalut kuprum.

Rajah 8 : Pemasangan elektrod bumi

4.4 S AIZ K ABEL

Kabel yang hendak digunakan bergantung kepada jenis beban yang dipasang dan
jenis pendawaian yang hendak digunakan.Satu pengiraan khas perlu dilakukan bagi
mendapatkan saiz kabel yang tepat.Hal ini ada dibincangkan dengan terperinci dalam buku
peraturan pemasangan atau buku-buku pemasangan elektrik.Bagi memudahkan kerja
melukis dan sebagai panduan awal tanpa pengiraan khas, jadual di bawah bolehlah
digunakan untuk kerja-kerja melukis rajah skematik.
Muka Surat / Page : 10
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(4/5)
Drp / of : 19

Jadual 1 : Saiz kabel

Saiz kabel Jenis Kabel Beban

1.25 mm² pvc/ 1.5 mm² pvc PVC Lampu- 6 amp

2.5 mm² pvc PVC Soket Alur Keluar 13 amp

4 mm² pvc PVC Pemasak/pemanas dan Penghawa


Dingin

6/10 mm² pvc PVC Bekalan Utama bagi jumlah


permintaan arus tidak melebihi 30
amp

16 mm² pvc /25 mm² pvc PVC Bekalan Utama bagi jumlah
permintaan arus tidak melebihi 60
amp

4.5 PERATURAN DAN SPESIFIKASI PENDAWAIAN SATU FASA

4.5.1 Faktor Pemilihan Sistem Pendawaian

Didalam menentukan dan memilih jenis sistem pendawaian yang akan dibuat pada
sesuatu bangunan bergantung kepada beberapa faktor seperti,

- Jenis bangunan
- Suhu persekitaran
- Keselamatan
- Kos
Muka Surat / Page : 11
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(4/5)
Drp / of : 19

Dan berikut disenaraikan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pemilihan jenis


sistem pendawaian.

a) Jenis pembinaan bangunan – bagi menentukan penghalaan pendawaian,


ikatan dan penamatan.
b) Suhu ambient – mengambil kira jenis pemasangan jika di dalam bilik dandang.
c) Keadaan pemasangan – perlindungan ke atas keperluan kemungkinan
berlaku kerosakan mekanikal dan ketinggian tempat bekerja.
d) Kekemasan pemasangan – mengenalpasti samada pemasangan sesuai
secara sistem pendawaian permukaan atau pendawaian tersembunyi.
e) Ketahanan – jangka hayat tempoh pemasangan
f) Ekonomi – kos keseluruhan sesuatu pendawaian serta kemampuan
pembiayaan kewangan.
g) Aspek keselamatan – pemasangan mestilah dapat menghindarkan daripada
kemungkinan bahaya.

Bagi pemasangan sistem pendawaian kekal hendaklah mengambil kira segala


aspek perlindungan daripada kerosakan mekanikal, haba, api dan unsur-unsur
kekaratan ke atas pendawaian.

Maklumat berkaitan dengan pemilihan saiz kabel, jenis penebatan dan kaedah
sistem yang patut digunakan, kadaran arus yang dibenarkan dan kadaran voltan
susut diberikan dalam jadual pendawaian atau peraturan pemasangan.

4.5. 2 Keperluan Pemasangan

1. Semua kabel yang dipilih mestilah betul saiznya serta keupayaan kadaran kuasa
mengikut keperluan kegunaannya.
2. Kesemua kabel fasa hendaklah dilindungi secukupnya serta penempatan yang
sesuai bagi mengelakkan kemungkinan bahaya.
3. Setiap litar hendaklah dilindungi daripada arus lebihan dan arus bocor kebumi.
4. Jika salur logam digunakan bersama pemasangan atau berhampiran dengan
kabel fasa hendaklah disambungkan ke bumi.
5. Langkah keselamatan khas diperuntukkan bagi kabel dan sistem pendawaian
yang terdedah kepada persekitaran mudah terbakar atau pada tempat yang
lembab.
Muka Surat / Page : 12
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(4/5)
Drp / of : 19

4.5.3 Perkara-perkara Yang Difikirkan Perlu Sebelum Memulakan Kerja Pemasangan

1. Pemasangan hendaklah sesuai dengan struktur bangunan terutamanya tidak


akan menyebabkan kerosakan atau gangguan kepada bangunan tersebut.
2. Pendawaian hendaklah dilakukan mengikut peringkat yang betul selaras dengan
pembinaan bangunan peringkat demi peringkat.
3. Ini dapat mengelakkan daripada melakukan perkara yang tidak perlu seperti
pemotongan, menggerudi serta mengalihkan fabrik pada bangunan yang telah
siapkan.
4. Kebanyakan bangunan masa kini dipasang siling jenis gantung, terlapis lepa dan
salur perkhidmatan. Sudah tentu memerlukan sistem pemasangan jenis
tersembunyi.

4.5.4 Jenis litar pendawaian

Terdapat 4 jenis litar pendawaian elektrik rumah iaitu litar gelang, litar jejari, pencahayaan dan
litar khusus.

1. Litar jejari

Soket alir keluar 13A (soket plug) di dalam bilik disambung pada litar jejari. Jumlah maksimum
soket plug yang dibenarkan pada satu litar jejari adalah 6 unit. Saiz minimum wayar untuk litar
ini adalah 2.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 16A.

2. Litar gelang

Litar gelang adalah di mana pangkal dan hujung wayarnya disambung pada MCB yang sama.
Soket alir keluar 13A di luar bilik (seperti ruang tamu dan dapur) biasanya disambung pada litar
gelang. Jumlah maksimum soket plug yang dibenarkan pada satu litar gelang adalah 10 unit.
Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 2.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB
bersaiz 32A.

3. Litar pencahayaan

Lampu, kipas, loceng pintu dan jam elektrik disambung pada litar pencahayaan. Jumlah
maksimum mata kuasa yang dibenarkan untuk litar pencahayaan adalah 10 unit. Saiz minimum
wayar untuk litar ini adalah 1.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 6A.
Muka Surat / Page : 13
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(4/5)
Drp / of : 19

4. Litar khusus

Litar khusus adalah untuk peralatan elektrik yang kuasanya melebihi 2000 Watt seperti
pemancur air panas, oven dan penghawa dingin. Setiap peralatan ini hendaklah dikhususkan
satu litar pendawaian terus dari papan agihan, disambung pada MCB bersaiz 20A dengan saiz
minimum wayar 2.5mm² bertebat PVC. Sebagai contoh, rumah anda mempunyai satu unit
pemancur air panas dan 2 unit penghawa dingin.Ini bermakna anda memerlukan 3 litar khusus
untuk peralatan tersebut. Litar khusus 1 untuk pemancur air panas, litar khusus 2 untuk
penghawa dingin pertama dan litar khusus 3 untuk penghawa dingin kedua.

4.6 PROSEDUR UNTUK MELUKIS PENDAWAIAN SATU FASA

Lukisan pendawaian dibuat dengan maklumat yang diperolehi daripada


pelan bentangan dan lukisan skema unit kawalan utama pengguna. Lukisan
dimulakan dengan melakar lukisan bentangan pend awaian seperti dalam rajah
di bawah.

Rajah 9: Contoh lukisan bentangan pendawa ian


Muka Surat / Page : 14
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(4/5)
Drp / of : 19

Rajah 10: Cont oh lukisan pendawaian

Maklumat-maklumat sepert i ber ikut hendaklah dinyatakan dalam lukisan


pendawaian; sepert i panjang dan bilang an kabel, dan label alat kelengkapan/
aksesori. Lukisan haruslah dilukis dengan kemas, ringkas dan elakkan dari
berlaku persilangan garisan yang boleh mengelirukan. Ini termasuklah
penyusunan simbol, garisan dan sambungan tamatan.

Berikut adalah beberapa contoh lukisan pendawaian elektrik bagi


pepasangan elektrik.

Rajah 11: Pendawaian satu punca lampu yang dikawal oleh satu suis satu hala
Muka Surat / Page : 15
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(4/5)
Drp / of : 19

6A

6A

L N

Rajah 12: Pendawaian satu punca lampu yang dikawal oleh dua suis dua hala
6A

6A

L N

Rajah 13: Pendawaian satu punca lampu yang dikawal oleh dua suis dua hala
dan satu suis perant araan
Muka Surat / Page : 16
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(4/5)
Drp / of : 19

20A

L N

Rajah 14: Pendawaian SAK 13 litar jejari


30A

L N

Rajah 15: Pendawaian SAK 13A litar gelang


Muka Surat / Page : 17
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(4/5)
Drp / of : 19

4.7 FORMAT LUKISAN PENDAWAIAN SATU FASA

Gambarajah pendawaian menunjukkan bentuk laluan dan sambungan sesuatu litar pada
kedudukan dan pendawaian sebenar atau hampir-hampir menyamai dengan kedudukan
asal yang melibatkan komponen, alatambah dan unit-unit tertentu. Gambarajah ini termasuk
kedudukan fizikal komponen, pendawaian dan alatambah. Begitu juga dengan bentangnya.

Bagi pemasangan domestik gambarajah seperti ini tidak begitu diperlukan kerana litar-litar
yang terlibat dipemasangan ini mudah dan boleh diingat oleh pendawai litar itu. Tetapi bagi
maksud latihan kepada pelajar-pelajar baru dalam bidang ini, lukisan pendawaian perlu
dipelajari. Diantara litar-litar yang terlibat dengan pemasangan domestik ialah:-

 litar kawalan lampu


 litar kawalan kuasa
 Litar kawalan motor
 litar elektronik
 lain-lain litar yang terdapat dalam pemasangan tersebut.

Gambarajah pendawaian amat diperlukan bagi pemasangan dan penyurihan yang


melibatkan banyak komponen dan sambungan alat elektrik. Misalnya untuk pendawaian
pemula motor, pendawaian unit kawalan, alat pengukuran, pendawaian belitan motor dan
lain-lain.

4.7.1 Memahami gambarajah litar domestik

Sebelum memulakan kerja-kerja melukis gambarajah pendawaian pemasangan domestik,


terlebih dahulu kita perlu mengetahui gambarajah litar asas yang lazim digunakan kerana
gambarajah pendawaian yang akan dilukis itu berdasarkan gambarajah litar asas.

Sebenarnya tiada perbezaan kendalian dan sambungan diantara gambarajah litar asas
dengan gambarajah pendawaian tetapi yang berbeza hanyalah dari segi kedudukan
komponen-komponennya berada pada kedudukan sebenar. Berikut adalah contoh
bagaimana gambarajah pendawaian dibuat.

Gambarajah ini amat berguna kepada pendawaian elektrik dan juruelektrik bagi kerja –kerja
pemasangan pendawaian atau tambahan litar atau membaiki dan mencari kerosakan litar.
Muka Surat / Page : 18
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(4/5)
Drp / of : 19

4.7.2 Gambarajah Pemasangan

Apa sahaja gambarajah yang dapat membantu dalam kerja-kerla pemasangan boleh
dimasukkan ke dalam kumpulan gambarajah pemasangan. Pemasangan yang dimaksud
ini, tidaklah dikhususkan kepada pemasangan yang melibatkan dawai sahaja.
Pemasangan paip, pemasangan bahagian alat jentera dan sebagainya termasuk dalam erti
kata pemasangan.

Dalam kerja-kerja pemasangan pendawaian elektrik terdapat beberapa jenis beban yang
digunakan diantaranya ialah:
1. beban lampu
2. soket alur keluar.
3. meter kWh
4. Unit kawalan pemasak
5. Alat pendingin udara

Tujuan gambarajah pendawaian ialah untuk menunjukkan sambungan pada alat Tambah
atau kelengkapan yang hendak dipasang disebuah bangunan atau papan kawalan .Ia juga
pendawaian yang menunjukkan haluan setiap pengalir dilalui itu sementara gambarajah
skema digunakan untuk menunjukkan pemasangan litar –litar sub akhir, alat-alat kawalan
di samping menetapkan kadar saiz kabel ,kadar arus, peralatan dan sebagainya.
Muka Surat / Page : 19
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(4/5)
Drp / of : 19

SOALAN :

1) Apakah yang dimaksudkan dengan pendawaian?


………………………………………………….....................................................................
..................................................................................................................................……

2) Nyatakan 4 jenis beban dalam pemasangan pendawaian elektrik?


A.
B.
C.
D.

3) Nyatakan 3 jenis litar domestik.


A. _____________________________________________________
B. _____________________________________________________
C. _____________________________________________________

RUJUKAN/REFERENCE :
1. Undang-Undang Malaysia. 2005. Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan
Elektrik 1994, Pindaan sehingga 2005. MIDC Publisher Sdn Bhd Malaysia.
2. Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Standard Pendawaian Malaysia (Electrical Installations
Of Buildings – Ms IEC 60364) Jabatan Standard Malaysia.
3. The Institution of Electrical Engineers, 1998, Peraturan-Peraturan bagi Pemasangan
Elektrik,Edisi 16. Golden Books Centre Sdn Bhd.
4. Giesecke, F. E. Et Al. 2002. Technical Drawing. Prentice Hall.
5. BS 7671: 2001 Requirements for Electrical Installations (IEE Wiring Regulations,
Sixteenth Edition) Institution of Electrical Engineers.
6. Lukisan Elektrik dan Elektronik – Abdul Samad Hanif
7. TEKNOLOGI ELEKTRIK (Untuk Sekolah Menengah Vokasional) Oleh; Abd. Samad
Bin Haji Hanif Mohd. Nazi Bin Haji Mustafa Editor : Amirudin Bin Abdullah Pustaka
Sistem Pelajaran Sdn. Bhd. ISBN 967-902-285-4

You might also like