Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1

SEKOLAH KEBANGSAAN PEREMPUAN BUKIT KUDA, KLANG


MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID BIL 2/TAHUN 2017

Tarikh : 2 Mac 2017


Hari : Khamis
Masa : 01.30 tengahari
Tempat : Bilik Wawasan
Pengerusi : Pn. Hazlina binti Ali (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Kehadiran : 1. Pn. Noor Wahidah binti Abdul Mutalib (Setiausaha HEM)
2. Pn. Siti Asmawatey binti Mohd Hanafi (Ketua Unit Disiplin)
3. Pn. Rodiah binti Tak (Ketua Unit SPBT)
4. Pn. Norjannah binti Mohd Ibrahim (Ketua Unit Kebajikan)
5. Pn. Noor Faezah binti Abd. Aziz (Ketua Unit 3K)
6. Cik Hjh. Norihan binti Hassan (Ketua Unit RMT)
7. Pn. Zailawati binti Mohamad (Wakil Unit Kantin)
Tidak Hadir : 1. Pn. Pn. Norhafiza binti Muhammad (cuti bersalin)

1. UCAPAN ALU-ALUAN OLEH PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ketua-ketua Unit
Hal Ehwal Murid (HEM) Tahun 2017.
Tindakan: Makluman

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa setiap ketua unit perlu menghantar minit
mesyuarat Bil 1/2017.
Tindakan: Makluman

1.3 Pengerusi meminta soft copy minit mesyuarat dihantar juga melalui Vle Frog.
Tindakan: Makluman

2. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG


LEPAS

1.1.1. Disahkan oleh: Pn. Noor Faezah binti Abd. Aziz


1.1.2. Disokong oleh: Cik Hjh. Norihan binti Hassan

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kerana Hari Orientasi Tahun 1 dapat


dilaksanakan dengan jayanya.
Tindakan : Makluman

3.2 Pengerusi memaklumkan bahawa penulisan maklumat murid di bahagian


belakang Buku Rekod Kehadiran tidak boleh ditaip.
Tindakan : Makluman

3.3 Pengerusi memaklumkan bahawa bayaran tambahan untuk Unit HEM


khususnya untuk Hari Kanak-kanak masih belum selesai sepenuhnya.
Tindakan: Makluman

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh pindaan


02 02 MAC 2017 00 00
2

3.4 Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada guru kelas kerana telah
melengkapkan Buku Rekod Kehadiran dengan baik.
Tindakan: Makluman

3.5 Pengerusi mengingatkan sekali lagi kepada semua ketua unit untuk
mengadakan mesyuarat sebanyak tiga kali setahun.
Tindakan: Semua Unit

4. UNIT DISIPLIN DAN PENGAWAS

4.1 Pn.Siti Asmawatey binti Mohd Hanafi selaku Ketua Unit memaklumkan
bahawa Buku Kawalan Kelas di bawah penyelarasan Pn. Suganthamani
dilaksanakan dengan baik.
Tindakan : Makluman

4.2 Pelan strategik untuk Unit Disiplin telah diserahkan kepada Penolong Kanan
HEM .
Tindakan : Makluman

4.3 Beliau memaklumkan bahawa Majlis Pelantikan dan Penyampaian Watikah


kepada pengawas telah dilaksanakan pada 9 Januari 2017.
Tindakan : Makluman

4.4 Kem Kepimpinan Pengawas akan diadakan pada 21 hingga 22 April 2017.
Tindakan : Makluman

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh pindaan


02 02 MAC 2017 00 00
3

5 UNIT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

5.1 Ketua Unit iaitu Pn. Rodiah Tak memaklumkan ProgramJanji Ku (JK) - telah
dijayakan pada 9 Januari 2017. Bacaan ikrar SPBT dalam program tersebut
dilaksanakan ketika perhimpunan hari Isnin.
Tindakan: Makluman

5.2 Program Ops Balut – perubahan tarikh iaitu pada 15 Februari 2017, 21 Julai
2017 dan 27 September 2017.
Tindakan: Makluman

5.3 Agihan buku teks SPBT 2017 kepada semua murid telah selesai. Semua layak
menerima pinjaman buku teks SPBT kecuali murid Tahun 1 Cerdik Zara
Jameela binti Abdul Hayy kerana murid ini membayar ‘ levi ‘.
Tindakan: Makluman

5.4 Aplikasi dalam talian iaitu e-SPBT untuk kegunaan tahun 2018 dan
pelupusan buku teks SPBT akan diisi sebaik sahaja mendapat surat dari PPD.
Tindakan: Makluman

5.5 Beliau memaklumkan juga Persediaan Pertandingan Hari Anugerah HEM


2018. Keceriaan Laman SPBT dan pengurusan bilik BOSS akan dikemaskini
dan ditingkatkan lagi. Semua AJK unit SPBT akan terlibat dalam menjayakan
aktiviti.
Tindakan: Makluman

6 UNIT KEBAJIKAN

6.1 Pn. Norjannah binti Mohd Ibrahim selaku Ketua Unit memaklumkan bahawa
pelan strategik untuk Unit Kebajikan telah lengkap dan diserahkan kepada
Penolong Kanan HEM.
Tindakan: Makluman

6.2 Pemilihan murid-murid penerima KWAMP bagi tahun 2017 telah dijalankan
pada awal tahun setelah mendapat data daripada guru kelas.
Tindakan: Makluman

6.3 Unit Kebajikan juga akan menguruskan pemberian sumbangan kepada anak
yatim dan murid miskin pada 23 Jun 2017 sempena Hari Raya Aidilfitri.
Tindakan: Makluman

6.4 Beliau memaklumkan bahawa sumbangan murid pada setiap Jumaat berjalan
seperti biasa.
Tindakan: Makluman

7 UNIT 3K

7.1 Ketua Unit iaitu Pn. Noor Faezah binti Abd. Aziz memaklumkan bahawa
pertandingan keceriaan kelas telah bermula pada bulan Februari. Kelas yang
memenangi pertandingan akan menerima piala secara bulanan.

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh pindaan


02 02 MAC 2017 00 00
4

Tindakan: Makluman

7.2 Beliau memaklumkan bahawa program Latihan Kebakaran yang dirancang


telah diadakan pada 8 Mac 2017.
Tindakan: Makluman

7.3 Ceramah keselamatan jalan raya dan latihan lalu lintas telah dilaksanakan pada
23 Februari 2017.
Tindakan: Makluman

8 UNIT KANTIN

8.1 Pn. Zailawati binti Mohamad selaku wakil Unit Kantin memaklumkan bahawa
pengusaha kantin yang baharu telah memulakan perkhidmatan kantin awal
tahun.
Tindakan: Makluman

8.2 Beliau memaklumkan keceriaan kantin akan ditambahbaik dengan kerjasama


pihak pengusaha kantin.
Tindakan : Makluman

9 UNIT RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

9.1 Ketua Unit iaitu Cik Hjh. Norihan binti Hassan memaklumkan bahawa
program RMT telah bermula dengan lancar.
Tindakan : Makluman

9.2 Murid tahun 1 telah menerima RMT bermula awal bulan Februari.
Tindakan : Makluman

9.3 Jumlah murid penerima RMT terkini adalah seramai 20 orang.


Tindakan : Makluman

9.4 Rekod kehadiran murid RMT telah diisi setiap hari dan buku laporan guru
bertugas untuk RMT juga telah disediakan dan diisi.
Tindakan : Makluman

10 HAL-HAL LAIN

10.1 Beliau juga mengingatkan ketua unit perlu menyiapkan segala laporan
program dan minit mesyuarat dan diserahkan dalam tempoh 2 minggu selepas
program berlangsung.
Tindakan : Semua Unit

11 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang.

Jawatankuasa unit HEM kali 2/2017.

Tarikh : 8 Mac 2017

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh pindaan


02 02 MAC 2017 00 00
5

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh pindaan


02 02 MAC 2017 00 00

You might also like