Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

POLIS DIRAJA MALAYSIA

PERCAKAPAN DALAM PEMERIKSAAN


M/S:1 daripada 3

OYDS

No. Repot SHAHALAM/3066/16 Balai IPD SHAH ALAM__


Nama SHIMA BINTI KARIM___ __ ____________
Nama Panggilan SHIMA ____
No. Kad Pengenalan 840103-10-8898 _______
Tarikh Lahir 03/01/1984 Tempat Lahir SELANGOR _
Umur 32 TAHUN Jantina PEREMPUAN _
Keturunan MELAYU Bahasa MALAYSIA _
Pekerjaan - No Tel Rumah _-_________________ _
No Tel Pejabat - No Tel Bimbit 012-9876543 _
Alamat Kediaman NO 23,JALAN PAHLAWAN 11/3,SEKSYEN 9,SHAH ALAM,SEL._
Nama Bapa KARIM BIN AWANG __________________________________
Alamat IbuBapa NO 15,JALAN MELATI,BANDAR COUNTRY HOMES,RAWANG,SEL.
___________________________
Alamat Pejabat - ____________________________________________________

Pegawai Perakam ASP KHAIRIYAH BINTI MOHD KAMAL pada 02/11/2016 jam 1800
Jurubahasa SENDIRI daripada BAHASA MELAYU kepada BAHASA MELAYU

MENGIKUT CERAIAN (4) SEKSYEN 112 KPJ SAYA TELAH MEMBERITAHU KEPADA SHIMA
BINTI KARIM NO. K/P : 840103-10-89898 AKAN KEHENDAK CERAIAN (ii) dan (iii)
YANG BERBUNYI:-

(ii) ORANG ITU HENDAKLAH MENJAWAB SEMUA SOALAN YANG DIKEMUKAKAN


KEPADANYA OLEH PEGAWAI ITU:
DENGAN SYARAT ORANG ITU BOLEH MENOLAK DARIPADA MENJAWAB JIKA
JAWAPAN ITU AKAN MENYEBABKAN IA DIBABITKAN PADA SESUATU TUDUHAN
JENAYAH ATAU PENALTI ATAU PELUCUTHAKAN.

(iii) ORANG YANG MEMBERI KETERANGAN DI BAWAH SEKSYEN INI WAJIB BERCAKAP
BENAR SAMA ADA ATAU TIDAK KETERANGAN TERSEBUT DIBUAT SELURUHNYA
ATAU SEBAHAGIANNYA DALAM MENJAWAB SOALAN-SOALAN.

S : Adakah kamu faham akan kehendak-kehendak ceraian (ii) dan (iii)


di bawah Seksyen 112 KPJ yang saya telah memberitahu kepada kamu
seperti di atas?

J : Ya, saya faham.

__________________ ____________________ ________________________


Tandatangan OYDS Tandatangan Jurubahasa Tandatangan Pegawai Perakam
M/S: 2 daripada 3

”Bagi menjawab soalan saya.”

S : Adakah kamu ingin memberikan percakapan dalam pemeriksaan ini?

J : Ya

S : Bolehlah kamu menceritakan latar belakang kamu?

J : Nama saya Shima binti Karim. Umur saya 32 tahun. Saya dulu
bekerja sebagai pelayan di pusat hiburan. Tetapi sekarang tidak
bekerja lagi. Sekarang saya tinggal di rumah sewa bersama dengan
Subini, Ming Li dan Suzanna.

S : Boleh kamu ceritakan pada saya apa yang berlaku?

J : Selepas saya bangun tidur pagi tadi, saya dengar ada bunyi dalam
kepala saya. Suara itu kacau saya, saya rasa takut. Selepas itu
saya nampak Suzanna tapi Suzanna sudah ubah jadi hantu. Saya mesti
mahu bunuh ‘hantu’ itu supaya dia boleh mati. Suara itu beri tahu
saya, saya mesti bunuh Suzanna untuk bukti sama ada dia betul-
betul hantu atau tidak. Saya terus masuk dapur untuk ambil pisau.
Tapi saya runsing, saya tidak mahu bunuh Suzanna tapi saya perlu
bunuh ‘hantu’ itu. Saya jalan-jalan dalam ruang dapur dan ruang
tamu. Suara itu bercakap-cakap lagi, saya jerit suruh suara itu
senyap tetapi suara itu tidak mahu senyap dan suruh saya bunuh
‘hantu’ itu. Saya takut, jadi saya terus pergi tikam ‘hantu’.

S : Jadi kamu bertindak atas arahan suara itu?

J : Ya. Tetapi saya tidak faham kenapa Suzanna mati. Saya Cuma bunuh
‘hantu’ itu. Saya ingatkan dia tidur. Jadi saya ada kejut Suzanna
supaya bangun tidur. Saya tengok ada banyak darah tetapi saya
tidak tahu kenapa. Saya tengok Suzanna tidak bangun tidur lagi.
Saya terus panggil Suzanna. Saya ada cakap dengan Subini suruh
tolong panggil Suzanna supaya dia bangun daripada tidur. Tetapi
saya tidak faham kenapa Subini lari. Saya diberitahu oleh polis
yang saya telah bunuh Suzanna, tetapi saya sebenarnya tidak pasti
dengan apa yang terjadi.

S : Sekarang kamu masih dengar suara itu lagi atau tidak?

J : Tidak.

__________________ ____________________ ________________________


Tandatangan OYDS Tandatangan Jurubahasa Tandatangan Pegawai Perakam
M/S: 3 daripada 3

S : Kamu ada apa-apa masalah dengan Suzanna?

J : Dia kawan baik saya. Kami tidur dalam satu bilik. Suzanna juga
dapatkan saya kerja di Zouk Club. Saya tidak ada sebab untuk
cederakan Suzanna.

S : Adakah kamu sedang menjalani rawatan psikiatri di mana-mana?

J : Saya selalu rasa takut. Perasaan saya selalu terganggu. Saya ada
masa rasa sangat suka, tapi tiba-tiba rasa sangat sedih dan takut.
Saya selalu rasa macam ada orang mahu bunuh saya. Saya takut, saya
rasa saya dalam bahaya. Saya tidak tahan lagi dengan gangguan
suara itu, jadi saya ada jumpa Dr Maria di Hospital Kuala Lumpur.

S : Ada apa-apa lagi yang ingin kamu tambah?

J : Tiada.

S : Adakah kamu berkata benar?

J : Ya.

RAKAMAN PERCAKAPAN INI TAMAT JAM 2000 DAN DIBACAKAN SEMULA KEPADA
SHIMA BINTI KARIM NO. K/P : 840103-10-89898 DI ATAS DAN DIAKUI FAHAM.

__________________ ____________________ ________________________


Tandatangan OYDS Tandatangan Jurubahasa Tandatangan Pegawai Perakam

You might also like