MSCC Pertandingan Memasak Maggi

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 46

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Telefon : 07-231 0000


Jabatan Pendidikan Negeri Johor Pengarah : 07-231 0198
Jalan Tun Abdul Razak Timbalan : 07-231 0191
Faks : 07-234 7132
80604 Johor Bahru Laman Web : http://jpn.moe.gov.my/jpnjohor
Johor Darul Ta’zim e-mel : jpn.johor@moe.gov.my
Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid Telefon : 07-2311480/481 Faks : 07-2380742

Ruj. Kami : JPNJ.PBM.600-3/4/1 ( )


Tarikh : Julai 2021
Pengetua
Sekolah-sekolah Menengah Negeri Johor

Melalui dan salinan


Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Johor

Tuan,

PROGRAM PERTANDINGAN MEMASAK SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH


MAGGI® SECARA DALAM TALIAN 2021

Dengan segala hormatnya perkara di atas dan surat bertarikh 28 Julai 2021 adalah
dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Nestlé Products Sdn. Bhd. akan menganjurkan


Pertandingan Memasak Sekolah-Sekolah Menengah Maggi® (MSSCC) Secara
Dalam Talian 2021 bermula 23 Ogos hingga 05 November 2021. Program yang
telah bermula pada tahun 1997 diteruskan dengan secara dalam talian sepenuhnya
bagi tahun ini.

3. Justeru itu, murid Tingkatan 1- 3 dari sekolah tuan dijemput untuk menyertai
program ini. Satu penyertaan 1 murid. Peserta perlu menyelesaikan empat modul
pemakanan yang akan disampaikan melalui kaedah Google Classroom sebelum
menyertai pertandingan memasak. Pendaftaran boleh dibuat pada:

Pendaftaran : 23 Ogos hingga 03 September 2021


Pautan : https://www.maggi.my/ms/memupuk-generasi-
muda/pertandingan-memasak-2021/
Tarikh bermula modul pembelajaran : 06 September 2021.
Tarikh tutup penyertaan : 10 Oktober 2021

4. Bersama-sama ini dilampirkan surat-surat berkaitan dan maklumat lanjut


mengenai program ini. Pihak JPN Johor amat menggalakkan penyertaan murid dari
sekolah tuan demi membangkitkan semangat anak muda melalui aktiviti memasak.

5. Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubung Encik Velautham Sanmugam


di talian 012-2090411 atau Cik Nor Wahidah binti Md Kassim, Penolong
Pengarah Pembangunan Bakat Murid, JPN Johor di talian 019-7813628 / 07-
2311484. Kerjasama tuan amat dihargai.

…2/
JPNJ.PBM.600-3/4/1 ( )

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(HAJI OMAR BIN SALLEH)


Timbalan Pengarah
Sektor Pembangunan Murid
b.p Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
sk 1. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor

2. Nestlé Products Sdn. Bhd.

wahidah/hebahan/upbm/2021

- 2 -
Nestlé Products Sdn. Bhd. (197901000966)

Level 22, 1 Powerhouse,


No. 1, Persiaran Bandar Utama,
Bandar Utama 47800 Petaling Jaya, Selangor

Tel: (603) 7965 6000


Fax: (603) 7965 6767
Website: www.nestle.com.my

Pengarah Pendidikan Negeri


u.p.: Unit Pembangunan Bakat Murid
( seperti senarai edaran ).

Rujukan Tuan : Rujukan Kami : JPN/MSSCC-2021 Date: 28 Julai 2021

YBhg. Datuk, YBrs Dr./Tuan / Puan ,

RE: PERMOHONAN KEBENARAN PENGANJURAN PROGRAM PERTANDINGAN MEMASAK


SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MAGGI® SECARA DALAM TALIAN 2021

Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk kepada perkara di atas dan surat kelulusan dari
Kementerian Pendidikan Malaysia bernombor rujukan KPM.600-12/1/4 Jld. 22 (76) bertarikh 27
Julai 2021 adalah berkaitan.

2. Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia yang telah meluluskan penganjuran Program Pertandingan Memasak
Sekolah-Sekolah Menengah MAGGI® (MSSCC) pada tahun ini. MSSCC diperkenalkan sejak tahun
1997 dengan bertujuan untuk memupuk minat pelajar dalam bidang memasak dan memberi impak
positif melalui masakan harian. Program ini juga dapat memupuk nilai dan kemahiran-kemahiran
penting menerusi cabaran yang dihadapi semasa pertandingan.

3. Berikutan situasi semasa pandemik, pertandingan ini akan dijalankan secara dalam talian
(online) sepenuhnya. Untuk pertandingan kali ini, peserta perlu menyelesaikan empat modul
pemakanan yang akan disampaikan melalui keadah (Google Classroom) sebelum menyertai
pertandingan memasak. Pihak Nestle ingin memohon kebenaran untuk menjalankan pertandingan
di negeri – negeri YBhg. Datuk, YBrs Dr./Tuan/Puan.

4. Untuk makluman semua, pertandingan tahun ini akan bermula pada bulan 23 Ogos dan
tamat pada 05 November 2021. Sukacita dimaklumkan bahawa Nestle akan menanggung semua
kos perbelanjaan dalam menjayakan program ini. Pihak Nestle akan mengekalkan piawaian yang
tinggi dalam menjalankan pertandingan ini dengan kerjasama pihak KPM dan Jabatan Pendidikan
Negeri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya di talian 012-2090411 atau e-
mel velautham.sanmugam@my.nestle.com
Kami berharap pertandingan pada tahun ini dapat memberikan satu kelainan dalam membangkitkan
semangat anak muda melalui aktiviti memasak.

Bersama-sama ini dilampirkan kertas kerja dan surat kebenaran BSKK untuk penganjuran
pertandingan MSSCC 2021. Segala sokongan dan kerjasama dari pihak tuan/puan kami dahulukan
dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menjalankan amanah,

VELAUTHAM SANMUGAM
HEAD OF SHOPPER AND CONSUMER ENGAGEMENT DEPT ( SCED )
NESTLE PRODUCTS SDN BHD
SENARAI EDARAN

1. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis
Jalan Tun Abdul Razak
01990 Kangar, Perlis.

2. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
Jalan Sultan Badlishah
05604 Alor Setar. Kedah.

3. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
Jalan Bukit Gambir
11700 Pulau Pinang.

4. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
Jalan Tun Abdul Razak
30640 Ipoh, Perak.

5. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4,
40604 Shah Alam, Selangor.

6. Pengarah
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Off Jalan Tunku Abdul Halim
50604 Kuala Lumpur.

7. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
Jalan Dato Hamzah
70990 Seremban, Negeri Sembilan.

8. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
Jalan Bukit Beruang, Peti Surat 62
75902 Melaka.

9. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Wisma Pendidikan
Jalan Tun Abdul Razak
80604 Johor Bahru, Johor.

10. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
Bandar Indera Mahkota
25604 Kuantan, Pahang.

11. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
Jalan Bukit Kecil
20604 Kuala Terengganu,Terengganu.
12. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Bandar Baru Tunjong,
16010 Kota Bharu,
Kelantan.

13. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Tingkat 4,5 dan 7, Rumah Persekutuan,
Jalan Mat Salleh,
88604 Kota Kinabalu, Sabah.

14. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Jalan Diplomatik Off Jalan Bako
Petra Jaya
93050 Kuching, Sarawak.

15. Pengarah
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan
Aras 10, Blok 4
Kompleks Ujana Kewangan
Peti Surat 81097
87020 Wilayah Persekutuan Labuan.

16. Pengarah
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya
Aras 7, Blok E2, Kompleks E,
62604 WP Putrajaya
Pertandingan Memasak
Sekolah Menengah
MAGGI® 2021
© 2019 Nestlé . Confidential . Internal Use Only
Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® 2021

Dengan Kerjasama

Menjangkau dan melibatkan lebih dari


&
10,000 sekolah dan 341,000 pelajar
Program Pertandingan Memasak telah
sejak 1997
dijayakan selama
• Memupuk minat suka memasak dan mencungkil bakat serta
meninggikan tahap kreativiti murid

• Menyemai kesedaran mendalam terhadap masakan berkhasiat dan


pemakanan seimbang
yang lengkap dalam kehidupan seharian

• Menjadikan bidang masakan sebagai salah satu pilihan kerjaya


yang cemerlang
untuk masa depan pelajar

© 2019 Nestlé . Confidential . Internal Use Only


Tema 2021

Anda &

Sajikan kelainan untuk


Inspirasi Harian

© 2019 Nestlé . Confidential . Internal Use Only


Aktiviti Program Pertandingan 2021
VIDEO MODUL PENYERTAAN PEMBERIAN
PELANCARAN PEMBELAJARAN PERTANDINGAN HADIAH
Pengenalan video* • Module 1 – Jom Masak dengan • Infomasi lengkap untuk 3 Pemenang
pelancaran untuk Seimbang! penyertaan di × 16 Negeri
memaklumkan kemunculan #sukusukuseparuh maggi.com.my (berdasarkan kriteria
MSSCC tahun ini. permarkahan)
• Module 2 - Kebersihan & • Pendaftaran dengan
Keselamatan Makanan kebenaran ibu bapa 5 Pemenang
Peringkat Kebangsaan
• Module 3 - Pengayaan • Hantar resipi dan video (berdasarkan kriteria
permarkahan)
Makanan secara PRO memasak (dalam format MP4)
di Google Classroom
*Video akan dilampirkan di laman web
• Module 4 - Keyakinan dalam *Pemberian hadiah
dan YouTube MAGGI & dikongsikan tambahan untuk 5 negeri
bersama JPN dalam saiz kompak untuk Diri Anda!
perkongsian Whatsapp (JPN) dengan penyertaan
Setiap modul berdurasi 15-20 minit dan akan tertinggi
dikongsikan memalui Google Classroom

*Tidak akan diumumkan dalam


laman web atau media

© 2019 Nestlé . Confidential . Internal Use Only


Langkah-langkah bagi Murid (Peserta)
Modul pembelajaran akan dijalankan di dalam Google Classroom
1 2 3 PENYERTAAN 4
PENDAFTARAN MODUL PEMBELAJARAN KEPUTUSAN
PERTANDINGAN
Syarat-syarat pertandingan
Jemputan ke Google Classroom (‘opt in’) Pemaklumam
Pendaftaran untuk MSSCC (‘Classroom’ diasingkan mengikut negeri)
Kebenaran ibu bapa pemenang
di laman web MAGGI dan guru* (2 borang) di laman web dan
laman Facebook
Kebenaran ibu bapa* Perkongsian 4 video modul Pelajar mengantar resipi dan video MAGGI
(1 borang) memasak
(dalam format MP4) di Google Classroom

Kuiz
(Soalan objektif berdasarkan modul) Diadili berdasarkan kriteria
permarkahan (Peringkat Negeri)

E- Sijil Peringkat Negeri


2 Pilihan untuk pelajar *Borang kebenaran boleh
1. Graduasi dimuat turun dari laman
2. Bertanding Semua pemenang yang dipilih harus web untuk tandatangan
menjalani temuduga secara maya dan perlu dimuat naik
(Show&Tell) untuk Peringkat kembali selepas
Kebangsaan tandatangan
E-Sijil Penyertaan akan dikongsikan melalui
e-mel kepada pelajar
E-Sijil Peringkat Kebangsaan
© 2019 Nestlé . Confidential . Internal Use Only
Garis masa program

23 O gos - 3 Sep 6 Sept - 17 Sept 27 Sept - 8 O kt


20 O gos 20 21
20 21 20 21 20 21

Pelancaran V ideo
Pelanc aran Penjurian &
Pelancaran Perm ulaan m odul
kep ad a Penyenaraiyan
Lam an W eb & pem belajaran &
Kem enterian p em enang
Pendaftaran p enyertaan
Pend id id kan (Pering kat N eg eri)
p ertand ing an
M alaysia

25 O kt - 11 O kt -
1 - 5 N ov 20 21 15 O kt 20 21
29 O kt 20 21 14 O kt 20 21

Sesi Tem uduga


Pengungum an J ohan N egeri
Pengungum an M eng hub ung i
Pem enang untuk p em ilihan
Pem enang p em enang
Peringkat p em enang
Peringkat N egeri p ering kat neg eri
Kebangsaan p ering kat
keb ang saan

© 2019 Nestlé . Confidential . Internal Use Only


Syarat-syarat Kemasukan & Peraturan Penting

❖ Murid Tingkatan 1-3 (13-15 tahun)


❖ 1 Penyertaan, 1 orang Murid.
❖ Pendaftaran di laman sesawang pertandingan antara 23 Ogos – 3
September 2021
❖ Pendaftaran perlu lengkap dengan kebenaran ibu bapa.
❖ Hidangan wajib menggunakan sekurang-kurangnya dua (2) produk MAGGI®
atau NESTLE dalam setiap resipi.
❖ Perserta harus menyediakan hidangan kreatif mengikut tema yang seimbang
untuk 2 orang dengan kos dibawah RM30.

Syarat-syarat yang terperinci akan dilampirkan bersama kertas pembentangan ini

© 2019 Nestlé . Confidential . Internal Use Only


Maklumat yang perlu diisi untuk pendaftaran dan kebenaran ibubapa & guru

❑ Negeri
❑ Nama Pelajar
❑ Daerah
❑ Kelas Pelajar
❑ Sekolah
❑ No IC Pelajar
❑ No Telefon Sekolah
❑ Nama ibu/bapa/ penjaga pelajar
❑ E-mail Sekolah
❑ No IC ibu/bapa/ penjaga pelajar
❑ Guru pembimbing
❑ Hubungan dengan pelajar
❑ No Telefon Guru
❑ No Telefon ibu/bapa/ penjaga pelajar
Pembimbing
❑ E-mail ibu/bapa/ penjaga pelajar
❑ E-mail Guru Pembimbing

© 2019 Nestlé . Confidential . Internal Use Only


Kriteria Permarkahan Peringkat Negeri
Permarkahan berdasarkan video & resipi

Penyampaian (Dalam video - Keseluruhan) 40


55
Penulisan dan Penyenaraian Menu 15

Penjelasan dan penerangan antara Tema & Konsep masakan 10

Penjelasan Penggunaan produk Nestle/ MAGGI yang digunakan termasuk kelebihan


5
penggunaan produk
45
Penjelasan Kaedah masakan yang digunakan serta kelebihan yang memberi kelainan 15

Penyampaian manfaat nutrisi hidangan serta penggunaan bahan unik dalam


15
penyediaan (resipi sendiri atau modifikasi)

JUMLAH 100

© 2019 Nestlé . Confidential . Internal Use Only


Kriteria Permarkahan Peringkat Kebangsaaan

Permarkahan berdasarkan temuduga

Penyampaian 30

Keyakinan Diri 25

Meyakinkan 15

Bahan Sokongan 10

Isi Kandungan 20

Jumlah 100

© 2019 Nestlé . Confidential . Internal Use Only


Hadiah-hadiah Peringkat Negeri

Pemenang Utama untuk Setiap Negeri


(13 Negeri & 3 Wilayah Persekutuan) Insentif RM75 terhad kepada 500
penghantaran video pertama
(Shopee E-wallet – peserta akan menerima kod unik)
JOHAN NAIB JOHAN KETIGA

Hadiah untuk Sekolah RM1000 RM700 RM300

Hadiah untuk Peserta RM500 RM300 RM200


5 Negeri dengan
Jumlah setiap negeri
RM1500 RM1,000 RM500
penyertaan tertinggi
pemenang

5 X RM1,000
(Kepada pihak JPN)

© 2019 Nestlé . Confidential . Internal Use Only


Hadiah-hadiah Peringkat Kebangsaan

5 Pemenang Peringkat Kebangsaan


➢ 16 Johan Negeri perlu
Sekolah RM4,000 +
menjalani temuduga secara Pertama 1 X RM5,000 Peserta RM1,000
maya untuk pemilihan
pemenang Peringkat Kedua 1 X RM4,000
Sekolah RM3,200 +
Peserta RM800
Kebangsaan
Sekolah RM2,400 +
➢ Hanya 5 Pemenang yang Ketiga 1 X RM3,000 Peserta RM600
akan dipilih oleh Chef-chef
MAGGI untuk memenangi Sekolah RM1,600 +
Keempat 1 X RM2,000 Peserta RM400
Peringkat Kebangsaan
Sekolah RM1,000 +
Kelima 1 X RM1,000 Peserta RM800

© 2019 Nestlé . Confidential . Internal Use Only


Laman Web MSSCC

Video Pelancaran
Tentang MSSCC (WIP)
- Objektif program
- MSSCC secara
maya

Informasi
pertandingan, cara
untuk sertai &
pautan pendaftaran

© 2019 Nestlé . Confidential . Internal Use Only


Topik-topik Modul Pembelajaran
Module 1: JOM MASAK DENGAN Module 2: Kebersihan & Keselamatan
SIHAT! Makanan -
- Bersama Chef Sharifah & Cik Ven Luan* – Bersama Chef Muluk
1. Kepentingan Pemakanan Seimbang 1. Semuanya bermula Dari Anda!
• Kebersihan Diri dan Etika Berpakaian
2. Pengenalan kepada Pinggan Sihat Malaysia • Kesan negatif jika tidak menjaga Kebersihan

3. Memasaklah dengan bijak! 2. Kebersihan dan Panduan DiDapur


• Pemilihan bahan dalam masakan
• Cara memasak yang sihat 3. Elakan Pembaziran Makanan

*Nutrionist Nestle

© 2019 Nestlé . Confidential . Internal Use Only


Topik-topik Modul Pembelajaran

Module 3: Pengayaan Makanan secara Module 4: Keyakinan dalam Diri


PRO Anda!
– Bersama Chef Shearson – Bersama Datin Paduka Eina Azman

1. Pengenalan Pengayaan 1. Keyakinan Dalam Diri!


Makanan • Motivasi dari dapur ke kehidupan seharian

2. Cara Hidangan Makanan 2. Menjadi Diri Anda!


Secara Pro! • Apakah personaliti anda?

3. Cantik Dimata, Cantik Diskrin 3. Tips Didalam Video:


• Rancang pembikinan video • Yakin dengan masakan
• Cara dan tips peralatan • Berlatih bercakap
pembikinan video • Mengunakan
bahasa tubuh sebagai
komunikasi

© 2019 Nestlé . Confidential . Internal Use Only


LAMPIRAN BAJET MSSCC 2021

PERINGKAT NEGERI
JUMLAH
DIHADIAHKAN KEPADA 3 DIHADIAHKAN KEPADA 3
Bil Negeri PERINGKAT
SEKOLAH PEMENANG PESERTA
NEGERI
PERINGKAT KEBANGSAAN
Johan Naib Johan Ketiga Johan Naib Johan Ketiga

1 SELANGOR 1000 700 300 500 300 200 3000 DIHADIAHKAN


DIHADIAHKAN
2 JOHOR 1000 700 300 500 300 200 3000 Kedudukan KEPADA 3 SEKOLAH Jumlah
KEPADA 3 PESERTA
3 PERAK 1000 700 300 500 300 200 3000 PEMENANG

4 KEDAH 1000 700 300 500 300 200 3000 Johan 4,000.00 1,000.00 5,000.00
5 SABAH 1000 700 300 500 300 200 3000 Naib Johan 3,200.00 800.00 4,000.00
6 PAHANG 1000 700 300 500 300 200 3000 Ketiga 2,500.00 500.00 3,000.00
7 SARAWAK 1000 700 300 500 300 200 3000 Ke - 4 1,600.00 400.00 2,000.00
8 KELANTAN 1000 700 300 500 300 200 3000 Ke - 5 800.00 200.00 1,000.00
9 TERENGGANU 1000 700 300 500 300 200 3000 Jumlah 12,100.00 2,900.00 15,000.00
10 PULAU PINANG 1000 700 300 500 300 200 3000
11 NEGERI SEMBILAN 1000 700 300 500 300 200 3000
12 MELAKA 1000 700 300 500 300 200 3000
13 PERLIS 1000 700 300 500 300 200 3000
14 WP KUALA LUMPUR 1000 700 300 500 300 200 3000 JUMLAH KESELURUHAN
15 WP PUTRAJAYA 1000 700 300 500 300 200 3000 RM100,500
16 WP LABUAN 1000 700 300 500 300 200 3000
JUMLAH 16,000 11,200 4,800 8,000 4,800 3,200 48,000

Kami juga menyediakan insentif RM 75.00 untuk 500 peserta yang terawal, berjumlah RM37,500

© 2019 Nestlé . Confidential . Internal Use Only


TERIMA KASIH

© 2019 Nestlé . Confidential . Internal Use Only


PERTANDINGAN MEMASAK SEKOLAH–
SEKOLAH MENENGAH
MAGGI 2021

DENGAN KERJASAMA

BERSAMA

NESTLÉ PRODUCTS SDN. BHD.

1
PENGENALAN
Pertandingan Memasak Sekolah – Sekolah Menengah Peringkat Negeri dan Kebangsaan,
anjuran bersama MAGGI® (MAGGI® Secondary School Cooking Competition) telah
diperkenalkan semenjak tahun 1997.
Setiap tahun, 16 buah sekolah akan mewakili Jabatan Pendidikan Negeri ke peringkat
Kebangsaan. Pertandingan ini melibatkan Guru ERT dan KHB serta pegawai Unit
Kokurikulum di Jabatan Pendidikan Negeri masing - masing.
Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Peringkat Negeri, terbuka kepada murid - murid
Tingkatan 1-3. Pertandingan ini adalah untuk membantu Kementerian Pendidikan Malaysia
dalam memupuk minat murid untuk memilih elektif Ekonomi Rumah Tangga ( ERT ) dalam mata
pelajaran pendidikan Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB).

OBJEKTIF MSSCC
• Memupuk minat suka memasak dan mencungkil bakat serta meninggikan tahap kreativiti
murid.
• Menyemai kesedaran mendalam terhadap masakan berkhasiat dan pemakanan
seimbang yang lengkap dalam kehidupan seharian.
• Menjadikan bidang masakan sebagai salah satu pilihan kerjaya yang cemerlang untuk
masa depan pelajar.

2
SYARAT-SYARAT
PERTANDINGAN
MSSCC 2021
ANDA DAN MAGGI®

SAJIKAN KELAINAN
UNTUK

INSPIRASI HARIAN

3
SYARAT PENTANDINGAN MSSCC 2021

1. Kelayakan Peserta :
a) Terbuka kepada murid Tingkatan 1-3 (berumur 13 tahun – 15 tahun) secara
sukarela tanpa paksaan mana pihak.
b) Peserta tidak mengalami apa-apa masalah kesihatan yang boleh mengganggu
perjalanan pertandingan.
c) Setiap penyertaan terdiri daripada 1 orang Murid.
d) Hanya 1 peserta sahaja yang boleh berada dalam video (untuk mengekalkan
penjarakaan dan SOP COVID-19)

2. Syarat Penyertaan modul dan Pertandingan secara Online

Peringkat Pertama – Penyertaan Modul

a) Peserta perlu mendaftar melalui laman web MAGGI®


https://www.maggi.my/ms/memupuk-generasi-muda/pertandingan-memasak-2021/.
Tarikh pendaftaran untuk penyertaan MSSCC secara ‘Online’ adalah dari 23 OGOS
2021 sehingga 3 SEPT 2021.
b) Tiada apa-apa pembayaran akan dikenakaan untuk pendaftaran modul.
c) Peserta diwajibkan untuk mengisi dan mengemukakan maklumat peribadi berserta
dengan persetujuan daripada ibubapa/penjaga semasa pendaftaran.
d) Tarikh bermula modul pembelajaran di ’Google Classroom’ dan pertandingan 6
SEPT 2021 dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 OKT 2021 pada jam
5.00petang.
e) Kesemua modul akan dibuat menerusi ‘Google Classroom’ format.
f) Selepas pendaftaran, pelajar akan dimaklumkan melalui e-mel peserta untuk
memulakan modul.
g) Modul akan dimuat naik menerusi laman ‘Google Classroom’. Peserta akan
memasuki laman ‘Google Classroom’ dan perlu mengikuti 4 modul yang disediakan.
h) Peserta perlu melengkapkan modul untuk mendapatkan sijil kokurikulum yang
disahkan daripada Kementerian Pendidikan.

Peringkat Kedua – Pilihan untuk menyertai pertandingan MSSCC 2021


a) Setelah lengkap kesemua modul, pelajar boleh membuat pilihan untuk menyertai atau
tidak menyertai pertandingan memasak.
b) Jika peserta memilih untuk tidak menyertai pertandingan, pihak penganjur akan
menghantar e-mel berserta e-sijil Penyertaan kokurikulum kepada peserta.
c) Jika peserta memilih untuk menyertai pertandingan, pihak penganjur akan e-mel
syarat pertandingan dan panduan pertandingan seterusnya.

4
Peringkat Ketiga – Syarat Penyertaan Pertandingan Memasak Secara ‘Online’

Peserta perlu membaca kesemua garis panduan dan langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh
pihak MAGGI® untuk menyertai Pertandingan Memasak 2021:

a) Selepas bersetuju dan memilih untuk menyertai Pertandingan MSSCC. Panduan


Langkah-langkah (seperti dibawah) akan dimuat naik ke ‘Google Classroom’.
b) Peserta perlu mengisi surat persetujuan ibubapa dan guru/guru besar, surat
persetujuaan haruslah diisi secara lengkap dan dimuat naik secara manual di ‘Google
Classroom’.
c) Tiada apa-apa pembayaran akan dikenakan bagi pendaftaran pertandingan
Memasak.
d) Peserta digalakan melakukan aktiviti memasak ini di rumah dengan pengawasan oleh
pihak ibu bapa demi keselamatan diri.

Langkah 1 – Penyertaan Pertandingan Memasak secara ‘Online’ MSSCC

a) Tema Masakan 2021 : Anda & MAGGI® Sajikan Kelainan Untuk Inspirasi Harian
b) Masakan yang disediakan mestilah HALAL dengan menggunakan produk-produk
MAGGI® dan Nestle®.
c) Peserta diwajibkan mengguna sekurang-kurangnya dua (2) produk MAGGI® atau
Nestle® dalam setiap resipi yang dibuat.
d) Peserta tidak dibenarkan menggunakan produk pesaing yang sama dengan produk
Nestle®. Masakan yang menggunakan produk persaing yang sama dengan MAGGI®
atau Nestle® akan dibatalkan dan tiada markah akan diberikan untuk resipi tersebut.
Contoh : Sos Cili Cap Ayam, Sos Tomato Cap Ayam, Perencah Perasa Cap Ayam
dan selanjutnya.
e) Setiap hidangan hendaklah dimasak untuk dua (2) orang sahaja.
f) Jumlah keseluruhan kos untuk (2) hidangan masakan tidak boleh melebihi RM30.00.
g) Peserta perlu menunjukan secara terperinci resepi dan kos masakan yang
dipertadingkan didalam penyertaan. (Rujukan Lampiran 1)
h) Peserta perlu membeli terdahulu bahan mentah berserta bahan-bahan memasak
yang lain semasa pertandingan.
i) Semua peserta bertanding perlu mempamerkan satu (1) hidangan yang seimbang dan
lengkap mengandungi karbohidrat, protein, sayuran atau buah buahan mengikut
konsep pinggan sihat Malaysia – suku suku separuh.

5
Langkah 2: Panduan video Memasak

a) Peserta perlu menunjukkan kreativiti persembahan didalam video mengikut syarat dan
garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak MAGGI.
b) Peserta juga perlu memberitahu konsep serta latar belakang masakan yang
dipertandingkan.
c) Peserta harus menerangkan kombinasi kandungan nutrisi dalam masakan yang
dihidangkan (seperti karbohidrat, protin and sayuran).
d) Peserta hanya dibenarkan memasak dengan cara mengukus, merebus, memanggang
dan menggoreng tohor dengan menggunakan minyak yang minima.
e) Video contoh akan dikongikan didalam panduan syarat.
f) Peserta perlu merakam video mengikut panduan masa yang ditetapkan. Durasi masa
adalah 3 minit selepas penyuntingan. (Rujukan Lampiran 2)

Langkah 3: Muat naik resepi, video dan surat persetujuaan

a) Setelah video, resepi penulisan (bersama kos) dan surat persetujuan ibubapa/guru
telah dibuat. Kesemua maklumat perlu dimuat naik ke ‘Google classroom’. Mengikut
panduan yang telah di kongsikan.
b) Selepas peserta memuat naik video resepi, pihak MAGGI® akan kongsikan kod e-
wallet ‘Shopee’ bernilai RM75 kepada 500 peserta yang pertama menyertai peringkat
kedua.

Langkah 4: Penjurian Peringkat Negeri

a) Kesemua pihak juri terdiri daripada chef dan pakar pemakanan Nestle®.
b) Kesemua maklumat, video, resepi akan diberikan kepada juri untuk diadili mengikut
kriteria pengadilan yang disediakan. (Rujukan Lampiran 3)
c) Pemenang akan disenarai pendek mengikut setiap negeri dan tiga pemenang akan
dipilih untuk setiap negeri.
d) Kebarangkalian 3 pemenang adalah dari 1 sekolah.
e) Penyertaan pertandingan Johan, Naib Johan dan Ketiga akan dipilih untuk pemberian
hadiah.

Langkah 5: Sesi Temuduga dan Penjurian Peringkat Kebangsaan

a) Kesemua Johan Peringkat Negeri akan secara tidak langsung layak menyertai
Peringkat Kebangsaan.
b) Pihak MAGGI® akan kongsikan pautan temuduga secara maya untuk peringkat yang
seterusnya.
c) Setiap pelajar perlulah mengikut panduan dan masa yang telah ditetapkan untuk
menjalani peringkat seterusnya.
d) Selepas mengikut kesemua panduan dan menekan pautan yang telah disediakan,
anda akan ditemuduga secara maya dengan hakim dari pihak MAGGI®.

6
e) Peserta hanya perlu menjawab 4 soalan dari Hakim dalam maa yang ditetapkan.
f) Selepas kesemua peserta telah selesai menjawab, pihak MAGGI® akan senarai
pendekkan untuk memilih 5 pemenang Peringkat Kebangsaan.

Rujukan Lampiran seperti di atas:

Lampiran 1
a) Resipi dan Penetapan Serta Kos Menu

RESEPI DAN PENETEPAN SERTA KOS MENU

NAMA RESEPI : AYAM TERIYAKI

NO BAHAN BERAT (GRAM/ML) HARGA (PER Pack/botol) HARGA BAHAN


1 Sos Tiram MAGGI 40 5.88 0.47
2 air 60 0 0.00 Gambarajah A
3 kicap pekat 2.5 6.02 0.03
4 gula perang 22.5 2.49 0.11
5 cuka 15 2.16 0.10
6 jus halia 5 1.2 0.06
7 dada ayam 250 12.99 3.25
8 peha ayam 250 8.99 2.25
HARGA SATU RESEPI 6.26

Cara Penyediaan: Gambarajah B


1 Gaulkan kesemua bahan didalam mangkuk. Perapkan semalaman.
2 Panaskan minyak didalam non stick pan, dan masukkan ayam dan tumiskan sehingga garing.
3 Hidangkan panas

7
Lampiran 2
b) Rujukan Panduan Merakam Video
3 minit Durasi untuk membuat video - selepas di edit

Garis panduan Durasi Masa

Pengenalan – haruslah menarik dan ringkas


- Pengenalan Diri – mengenalkan nama, umur dengan gaya
yang mesra
30 saat
- Haruslah menjelaskan tema dan konsep MSSCC 2021
yang akan dipersembahkan

Bahagian Memasak

- Nama Masakan/Jenis masakan – Hidangan yang akan


dimasak

- Pengenalan bahan-bahan - terangkan bahan digunakan

- Cara memasak - terangkan cara memasak


2 minit
- Keadah masakan (kelainan dalam masakan)

- Adakah masakan ciptaan sendiri atau inspirasi dari sebuah


hidangan yang sedia ada?

- Manfaat nutrisi dalam masakan - terangkan pengunaan


bahan atau keadah masakkan yang berlainan

Penutup

- Menceritakan sedikit tentang masakan yang dimasak

- mengucapkan kata-kata akhir bersama masakan dengan


30 saat
cara yang unik.

Contoh: menghidangkan bersama ibu atau ayah/


memegang hidangan atau duduk dimeja dan memberi
penjelasan dengan cara yang ringkas ‘show and tell’

*Perlu penerangan/penceritaan yang jelas seperti ‘Show and tell’

8
‘Show’ adalah bagaimana peserta menunjukkan bakat memasak dengan panduan
diatas
‘Tell’ adalah menceritakan/menjelaskan keadah masakkan dan keseluruhan pengalaman
didalam video masakkan.

9
Lampiran 3

Garis Panduan Penjurian

Bahagian 1 Markah

Penyampaian (Dalam video - Keseluruhan) 40


Penulisan dan Penyenaraian Menu 15

Jumlah Markah P1 55

Bahagian 2 Markah

Penjelasan tentang Tema & Konsep masakan - Perlu menjelaskan di dalam video 10
i Tema = Anda & MAGGI®
ii Apakah konsep masakan anda? Contohnya masakan melayu, fusion, cina, india, barat dll.
iii Terangkan secara ringkas kenapa konsep tersebut dipilih dan bagaimana dia memenuhi tema yang ditetapkan.

Penggunaan produk Nestle/ MAGGI - Menjelaskan didalam video 5


i Apakah produk Nestle/ MAGGI yang digunakan?
ii Kenapa memilih produk tersebut?
iii Tahukah anda? Hidangan yang dimasak menggunakan produk MAGGI tidak perlu ditambah garam lagi!

Kaedah masakan - Penjelasan perlu disebut dalam video 15


i Kenapa anda memilih kaedah masakan tersebut?
ii Apakah kelebihan kaedah masakan yang dipilih?
iii Adakah kaedah masakan ini memberi kelainan dalam hidangan anda?

Penyampaian manfaat nutrisi hidangan - Penjelasan ringkas dalam video 15


i Adakah hidangan ini meruapakan menu ciptaan anda tersendiri atau modifiakasi resipi inspirasi terkini?
ii Apakah manfaat nutrisi dari hidangan ini?
iii Adakah anda menggunakan bahan mentah unik atau ianya dimasak secara lebih sihat?

Jumlah Peringkat 2 45

Kedua- dua markah ( Bahagian 1 & 2 ) akan dicampur bagi penentuan Pemenang. 100

10
Permarkahan Peringkat Negeri

Penyampaian (Dalam video - Penulisan dan Penyenaraian Penjelasan tentang Tema & Penggunaan produk Nestle/ Penyampaian manfaat nutrisi
Kaedah masakan
Keseluruhan) Menu Konsep masakan MAGGI hidangan
Bil Nama Peserta ( 15 markah ) Jumlah
(40 markah) (15 markah) ( 10 markah ) ( 5 markah ) ( 15 markah )
M S H V M S H V M S H V M S H V M S H V M S H V

Pemarkahan Peringkat Kebangsaan

Penyampaian Keyakinan Diri Meyakinkan Bahan Sokongan Isi Kandungan


Bil Nama Peserta (30 Markah) (25 Markah) (15 Markah) (10 Markah) (20 Markah) Jumlah
M S H V M S H V M S H V M S H V M S H V
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16

11
Lampiran 4

Hadiah untuk Pertandingan Akhir Peringkat Negeri:

Hadiah untuk Pertandingan Akhir Peringkat Kebangsaan:

Hadiah untuk negeri dengan penyertaan tertinggi (1 Pemenang untuk setiap Negeri):
(Tidak akan diumukan dalam laman web)

Hadiah Jumlah
5 × Negeri RM1,000

12
© 2019 Nestlé . Confidential . Internal Use Only
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Ministry of Education Malaysia
BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN
Sports, Co-curricular And Arts Division
Aras 1, 2 & 7, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Telefon : +603 88841002/88841333
62604 PUTRAJAYA Faks : +603 88841034/88886790
MALAYSIA Laman Web : www.moe.gov.my

Rujukan Tuan: MOE/MSSCC-2021


Rujukan Kami: KPM.600-12/1/4 Jld. 22 (76)
Tarikh: 27 Julai 2021

PUAN GEETHA K. BALAKRISHNA


Pegawai Eksekutif Perniagaan, Makanan, Malaysia-Singapore
Nestlé Products Sdn. Bhd.
Level 22, 1 Powerhouse
No. 1, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, Petaling Jaya
47800 Selangor

Puan,

MAKLUM BALAS PERMOHONAN PENGANJURAN PROGRAM DAN PENGLIBATAN


MURID BAGI MENYERTAI PERTANDINGAN MEMASAK SEKOLAH-SEKOLAH
MENENGAH MAGGI® SECARA DALAM TALIAN TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk kepada perkara di atas dan surat
daripada pihak puan bernombor rujukan MOE/MSSCC-2021 bertarikh
25 Julai 2021 adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah


menerima dan meneliti permohonan penyertaan murid dan hebahan di atas daripada
pihak puan. Pihak KPM mengalu-alukan inisiatif agensi kerajaan dan agensi bukan
kerajaan dalam membantu membangunkan aktiviti kokurikulum di negara ini.

3. Walau bagaimanapun, berikutan kesan penularan jangkitan Novel Coronavirus


(COVID-19) yang melanda seluruh dunia, penjarakan fizikal dan aktiviti berkumpulan
secara bersemuka merupakan antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam normal
baharu. Ini menyebabkan banyak program khususnya aktiviti kokurikulum tidak dapat
dilaksanakan seperti kebiasaan.

4. Sehubungan dengan itu, pihak KPM mengambil maklum akan permohonan


pihak puan serta tiada halangan bagi penganjuran Pertandingan Memasak
Sekolah-Sekolah Menengah Maggi® 2021 secara dalam talian mulai 23 Ogos
hingga 5 November 2021 sahaja. Surat maklum balas ini perlu dibaca bersama surat
Pekeliling Ikhtisas KPM Bil.8/1995, Bil.7/1988, Bil.8/2009, Bil.5/2018 dan Surat Siaran
Pengurusan Kokurikulum Bil.2/2010 serta mematuhi Garis Panduan Pelaksanaan
Aktiviti Sukan dan Kokurikulum KPM dan

...2/-
KPM.600-12/1/4 Jld. 22 (76)

Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan
Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Perkara yang perlu dipatuhi
dalam melaksanakan aktiviti adalah seperti berikut:

4.1 pihak penganjur hendaklah mendapatkan kebenaran secara bertulis


daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) serta sekolah yang berkenaan;
4.2 semua murid terlibat hendaklah mendapat kebenaran dan persetujuan
daripada pengetua/guru besar sekolah yang terlibat bagi menyertai
program ini;

4.3 penyertaan murid hendaklah secara sukarela dan mendapat kebenaran


daripada ibu bapa/penjaga;

4.4 pihak penganjur adalah bertanggungjawab untuk mendapatkan kelulusan


penganjuran program daripada pihak-pihak berkaitan;

4.5 surat ini tidak boleh diguna pakai bagi maksud untuk mendapatkan
sumbangan serta tajaan daripada mana-mana pihak berkenaan;

4.6 penyertaan murid tidak mengganggu atau menjejaskan waktu


pengajaran dan pembelajaran (PdP)/Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah (PdPR)/program/aktiviti sekolah;

4.7 pihak penganjur perlu mengemukakan draf poster/gegantung/hebahan


digital/sijil untuk semakan Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
(BSKK) sebelum diedarkan;

4.8 pihak penganjur hendaklah memberikan maklumat program kepada


pihak sekolah supaya boleh dimaklumkan kepada murid yang terlibat;

4.9 sekiranya sekolah yang dijemput mempunyai program pada hari cuti
hujung minggu, pihak penganjur perlu memberikan laluan murid yang
terlibat untuk mengikuti program sekolah;

4.10 tiada implikasi kewangan kepada KPM, Jabatan Pendidikan Negeri


(JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), sekolah dan murid yang
terlibat. (SPI Bil.5/2018)

4.11 pihak penganjur hendaklah bertanggungjawab menanggung semua kos


penganjuran program atau aktiviti yang dianjurkan termasuk
pengangkutan, makan dan minum; melainkan mendapat pertimbangan
khas daripada Pendaftar;

-2-
KPM.600-12/1/1 Jld. 22 (76)

4.12 penggunaan logo KPM tanpa kelulusan adalah tidak dibenarkan. Pihak
penganjur perlu mengemukakan permohonan penggunaan logo KPM
berserta dokumen lengkap kepada Unit Komunikasi Korporat selepas
mendapatkan maklum balas/surat sokongan permohonan
penganjuran program ini;

4.13 bagi tujuan pengiktirafan program, pihak penganjur perlu


mengemukakan satu salinan laporan program yang dijalankan
(format seperti di Lampiran A) kepada BSKK, KPM tidak lebih dari
30 hari selepas tamat program; dan

4.14 KPM berhak menarik balik surat penganjuran program ini sekiranya pihak
penganjur gagal mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan atau
bercanggah dengan dasar sedia ada yang sedang berkuat kuasa.
Sebarang ketidakakuran akan memberikan kesan kepada permohonan
agensi pada masa akan datang.

5. Maklum balas penganjuran program ini hanya untuk Nestle Products Sdn. Bhd.
yang akan menganjurkan Pertandingan Memasak Sekolah-Sekolah Menengah
Maggi® mulai 23 Ogos hingga 5 November 2021 sahaja. Sebarang kebenaran
program baharu hendaklah dikemukakan kepada pihak BSKK, KPM.

6. Pihak puan adalah dimohon untuk mengemukakan Surat Setuju Terima


(rujuk Lampiran B) kepada pihak KPM dalam masa dua (2) minggu selepas menerima
surat maklum balas permohonan bagi mengesahkan persetujuan untuk melaksanakan
program. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak puan boleh menghubungi
Puan Rizawani binti Mustafa di talian 03-88841174 atau e-mel
rizawani@moe.gov.my.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”


“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(HAJI RAZUKI BIN A. RAHIM)


b.p.: Pengarah
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia

s.k.: 1. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian


Kementerian Pendidikan Malaysia

-3-
KPM.600-12/1/4 Jld. 22 (76)

2. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh


Kementerian Pendidikan Malaysia

3. Pengarah Bahagian Pendidikan Islam


Kementerian Pendidikan Malaysia

4. Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional


Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta


Kementerian Pendidikan Malaysia

6. Setiausaha Bahagian Genius


Kementerian Pendidikan Malaysia

7. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)


(u.p.: Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pembangunan Murid JPN)

Rizawani/Surat_Kebenaran_2021/MyDoc

-4-
KPM.600-12/1/4 Jld. 22 (76)

LAMPIRAN A

LAPORAN
(NAMA AKTIVITI)

1.0 Nama Program/Aktiviti

2.0 Tarikh Pelaksanaan

3.0 Mod Pelaksanaan

4.0 Penyertaan (jantina/bangsa)

SEKOLAH JANTINA BANGSA JUMLAH


DAERAH/
NO NEGERI/
NEGARA L P MELAYU CINA INDIA LAIN- MURID GURU
LAIN
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
JUMLAH

5.0 Jadual Pengisian / Pelaksanaan Aktiviti

6.0 Peruntukan / Perbelanjaan Yang Diturunkan (***Jika berkaitan)

7.0 Tetamu Kehormat (VIP) (***Jika berkaitan)

8.0 Pemenang (***Jika berkaitan)

9.0 Isu dan cabaran

10.0 Cadangan penambahbaikkan

11.0 Gambar

Disediakan oleh:

Tarikh:

-5-
KPM.600-12/1/4 Jld. 22 (76)
LAMPIRAN B

CONTOH SURAT SETUJU TERIMA


___________________________________________________________________
Rujukan Tuan:
Rujukan Kami:
Tarikh:

Pengarah
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1,2 & 7, Blok 13
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA

Tuan,

SURAT SETUJU TERIMA KEBENARAN PENGANJURAN PROGRAM DAN


PENGLIBATAN MURID DALAM __________________________________________

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat Bahagian Sukan,
Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) bernombor rujukan:_________________ bertarikh
___________ adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan bahawa pihak (nama agensi penganjur) ______________


mengesahkan persetujuan untuk melaksanakan/menaja program yang dimohon
berdasarkan terma dan syarat pelaksanaan/tajaan program/aktiviti kokurikulum seperti
yang dinyatakan pada para 4.1 hingga 4.13 dalam surat Maklum Balas Penganjuran
Program dan Penglibatan Murid dalam (nama program) ______________________
mulai _____________ hingga ___________.

3. Pihak (nama agensi penganjur) ______________ akan mengemukakan satu


salinan laporan program yang dijalankan kepada BSKK tidak lebih dari 30 hari
selepas tamat program bagi tujuan pengiktirafan program.

4. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak tuan boleh menghubungi (nama
pegawai)____________ di talian (no.telefon bimbit)____________ atau e-mel
________________.

Perhatian dan kerjasama pihak tuan dalam perkara ini adalah amat dihargai

Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,

.............................
(Nama)
Jawatan
-6-
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Telefon : 07-231 0000
Jabatan Pendidikan Negeri Johor Pengarah : 07-231 0198
Jalan Tun Abdul Razak Timbalan : 07-231 0191
p Faks : 07-234 7132
80604 Johor Bahru Laman Web : http://jpn.moe.gov.my/jpnjohor
Johor Darul Ta’zim e-mel : jpn.johor@moe.gov.my
Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid Telefon : 07-2311480/481 Faks : 07-2380742

Rujukan tuan : JPN/MSSCC-2021


Ruj. Kami : JPNJ.PBM.600-3/3/19 ( )
Tarikh : Julai 2021

VELAUTHAM SANMUGAM
Nestlé Products Sdn. Bhd.
Level 22, 1 Powerhouse
No. 1, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, Petaling Jaya
47800 Selangor

Tuan,

MAKLUM BALAS PERMOHONAN KEBENARAN PENGANJURAN PROGRAM


PERTANDINGAN MEMASAK SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MAGGI®
SECARA DALAM TALIAN 2021

Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk kepada perkara di atas dan surat
daripada pihak tuan bertarikh 28 Julai 2021 adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ)


telah menerima dan meneliti permohonan pelaksanaan program di atas daripada
pihak tuan. Pihak JPNJ mengalu-alukan kerjasama dengan agensi kerajaan dan
agensi bukan kerajaan dalam membantu membangunkan aktiviti kokurikulum di
negeri Johor.

3. Walau bagaimanapun, berikutan kesan penularan jangkitan Novel


Coronavirus (COVID-19) yang melanda seluruh dunia, penjarakan fizikal merupakan
salah satu prosedur yang perlu dipatuhi dalam normal baharu. Ini menyebabkan
banyak program khususnya aktiviti kokurikulum tidak dapat dilaksanakan seperti
kebiasaan.

4. Sehubungan dengan itu, pihak JPNJ mengambil maklum akan permohonan


tuan serta tiada halangan bagi Program Pertandingan Memasak Sekolah-
Sekolah Menengah Maggi® Secara Dalam Talian 2021 yang akan diadakan
mulai 23 Ogos 2021 hingga 05 November 2021 sahaja. Surat maklum balas ini
perlu dibaca bersama Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil.8/1995, Bil.7/1988,
Bil.8/2009, Bil.5/2018 dan Surat Siaran Pengurusan Kokurikulum Bil.2/2010 serta
mematuhi Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum KPM dan
Standard Operating Prosedure yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan
Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Perkara yang perlu
dipatuhi dalam melaksanakan aktiviti adalah seperti berikut:

4.1 pihak penganjur hendaklah mendapatkan kebenaran secara bertulis


daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah yang
berkenaan ;

...2/-
JPNJ.PBM.600-3/3/19 ( )

4.2 semua murid yang terlibat hendaklah mendapat kebenaran dan


persetujuan daripada pengetua/guru besar sekolah yang terlibat bagi
menyertai program ini;

4.3 penyertaan murid hendaklah secara sukarela dan mendapat kebenaran


bertulis dari ibu bapa/ penjaga;

4.4 pihak penganjur adalah bertanggungjawab untuk mendapat kelulusan


penganjuran program daripada pihak-pihak berkaitan;

4.5 surat ini tidak boleh diguna pakai bagi maksud untuk mendapat
sumbangan serta tajaan daripada mana-mana pihak berkenaan;

4.6 penyertaan murid tidak mengganggu atau menjejaskan waktu


Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)/ Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah (PdPR)/ program/ aktiviti sekolah;

4.7 pihak penganjur perlu mengemukakan deraf poster/ gegantung/ hebahan


digital/ sijil untuk semakan Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan
Pendidikan Negeri Johor;

4.8 pihak penganjur disarankan untuk melaksanakan aktiviti secara dalam


talian menggunakan kemajuan teknologi serta kemudahan platform seperti
WhatsApp, Instagram, Facebook, Telegram/ aplikasi lain seperti Google
Meet, Zoom atau Google Classroom yang membolehkan interaksi dua hala
berlaku dan bersemuka secara dalam talian/maya;

4.9 selaras dengan pelaksanaan Pendidikan Sivik yang sedang berkuatkuasa


di semua sekolah rendah dan menengah di bawah KPM, pihak penganjur
dimohon agar memastikan kesedaran sivik dan amalan nilai murni dapat
dijadikan sebagai salah satu perkara yang wajib dilaksanakan sebelum/
semasa/ selepas program berlangsung;

4.10 tiada implikasi kewangan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia,


Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah serta sekolah yang
terlibat;

4.11 penggunaan logo JPN Johor tanpa kelulusan adalah tidak dibenarkan.
Pihak penganjur perlu mengemukakan permohonan penggunaan logo JPN
Johor berserta dokumen lengkap kepada Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Johor selepas mendapatkan maklum
balas/ surat sokongan permohonan penganjuran program ini.

4.12 bagi tujuan pengiktirafan program, pihak penganjur perlu mengemukakan


satu salinan laporan program (Lampiran A) yang dijalankan kepada Unit
Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, JPN Johor
tidak lebih 30 hari selepas tamat program; dan

...3/-

Wahidah/kebenaran/upbm/2021
JPNJ.PBM.600-3/3/19 ( )

4.13 JPNJ berhak menarik balik surat kelulusan/ kebenaran sekiranya pihak
penganjur gagal mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan atau
bercanggah dengan dasar sedia ada yang sedang berkuat kuasa.
Sebarang ketidakakuran akan memberi kesan kepada permohonan pada
masa akan datang.

5. Maklum balas penganjuran program ini hanya untuk Nestlé Products Sdn.
Bhd. yang akan menganjurkan Program Pertandingan Memasak Sekolah-
Sekolah Menengah Maggi® Secara Dalam Talian 2021 dan murid yang terlibat
pada 23 Ogos 2021 hingga 05 November 2021 sahaja. Sebarang kebenaran
program baharu hendaklah dikemukakan kepada pihak Unit Pembangunan Bakat
Murid, Sektor Pembangunan Murid, JPN Johor.

6. Sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh berhubung dengan Cik Nor


Wahidah binti Md Kassim, Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, JPN
Johor di talian 019-7813628/ 07-2311484 atau menerusi e-mel
wahidah.kassim@moe.gov.my

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( HAJI OMAR BIN SALLEH )


Timbalan Pengarah
Sektor Pembangunan Murid
b.p. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

s.k 1. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor

2. Pegawai Pendidikan Daerah


Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Johor

- 3 -

Wahidah/kebenaran/upbm/2021
LAMPIRAN A

LAPORAN
___________________(NAMA AKTIVITI) ___________________

1.0 Nama Program/Aktiviti

2.0 Tarikh Pelaksanaan

3.0 Mod Pelaksanaan

4.0 Penyertaan (Jantina/Bangsa)

JANTINA BANGSA JUMLAH


BIL SEKOLAH PPD
L P MELAYU CINA INDIA LL MURID GURU
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
JUMLAH

5.0 Jadual Pengisian / Pelaksanaan Aktiviti

6.0 Peruntukan/Perbelanjaan Yang Diturunkan (*Jika Berkaitan)

7.0 Tetamu Kehormat (VIP) (*Jika Berkaitan)

8.0 Pemenang (*Jika Berkaitan)

9.0 Isu dan Cabaran

10.0 Cadangan Penambahbaikan

11.0 Gambar

Disediakan oleh:

Tarikh:

Wahidah/kebenaran/upbm/2021

You might also like