Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PKG Sungai Ular

D/A Sekolah Kebangsaan Sungai Ular


09000 Kulim, Kedah
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Minit Mesyuarat Pengelolaan Kejohanan Balapan dan Padang
PKG Sungai Ular 2017

Tarikh : 20 Februari 2017

Masa : 2.30 ptg

Tempat : Bilik Pusat Sumber SK Sungai Ular

Kehadiran

1. En Abdul Rahim bin Jaafar ( PKKK SK Sungai Ular ) - Pengerusi


2. En Muniandy a/l Munusamy ( SU Sukan SK Sungai Ular ) – Setiausaha
3. Pn Zahira bt Ishak ( SRINPEK )
4. En Daniel Woi (SJKC Kong MIN )
5. En Loo Weng Chew ( SJKC Sin Teong Mahang )
6. Pn Fauziah bt Mat ( SK Ladang Dublin )
7. En Mohd Nazri bin Basirun ( SK Terap)
8. Pn Hemaraha a/p Muniandy ( SJKT Ladang BMR )
9. Pn. Amutha a/p Raman ( SJKT Ladang Dublin BHG 5 )
10. En. Azizul bin Rahim ( SK Labu Besar )
11. En. Ikhwan bin Hadzir ( SK Taman Mutiara )
12. Pn Jaya Priya a/p Balaraman ( SJKT Ladang Dublin BHG 7)
13. En Raman a/l Muthusamy ( SJKT Ladang Sungai Ular )
14. En. Nadarajan a./l Manickam ( SJKT Ladang Sungai Dingin )
15. En Muhammad Faizul Asyraf bin Mahdzir ( SK Seri Lindungan Raja )
16. En Mohamad Asri bin A. Bakar ( SK Mahang )
17. En Ahmad Shafie bin Ghazali ( SK Sungai Kob )
18. En Mohd Fauzi bin Ramli ( SJKC Khai Min )
19. En Zullatfi bin Anwar ( SK Taman Kenari )
20. Pn Siti Zaleha bt mat Salleh ( SK Taman Hi Tech )
AGENDA MESYUARAT

i. UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1. Pengerusi mengalukan kedatangan semua wakil-wakil sekolah di dalam PKG Sungai Ular ke
Mesyuarat Pengelolaan Kejohanan Balapan dan Padang PKG Sungai Ular. Pengerusi juga
memaklumkan terdapat kekeliruan tentang tuan rumah dan pengelola untuk tahun 2017. Pengerusi
juga memaklumkan bahawa SK Sungai ular sudi mengambil alih dan mengelola kejohanan di
peringkat PKG supaya persediaan untuk ke peringkat Daerah KBB tidak terencat.

Tindakan : Makluman

ii. PEMBENTANGAN MINIT LEPAS

2. Pembentangan minit lalu oleh En Zulatfi bin Anwar dari SK Taman Kenari selaku pengelola
kejohanan untuk tahun 2016

Cadangan Pengesahan oleh : En Ahmad Shafie bin Ghazali ( SK Sg Kob )

Cadangan Pengesahan disokong oleh : En Raman a/l Muthusamy ( SJKT Ladang Sungai Ular )

Tindakan : Makluman

iii. PERKARA BERBANGKIT

3. Tiada perkara berbangkit

Tindakan : Makluman
iv. PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN LALU

4. Pembentangan penyata kewangan lalu oleh En Zulatfi bin Anwar dari SK Taman Kenari selaku
pengelola kejohanan untuk tahun 2016

5. Beliau memaklumkan bahawa perbelanjaan yang lepas tidak mencukupi dan perlu penambahan
untuk melancarakn lagi kejohanan dan persediaan ke peringkat daerah

6. Pengerusi juga menyatakan pendapat bahawa perlu sedikit penambahan kos dan memberi
cadangan untuk mengekalkan yuran penyertaan peringkat PKG Sungai Ular namun tambahan
bayaran untuk perserta yang mewakili PKG Sungai Ular ke peringkat Daerah Kulim Bandar
Baharu.

Tindakan : Makluman

v. PENETAPAN TARIKH KEJOHANAN DAN PENENTUAN ACARA

7. Mesyuarat telah sebulat suara bersetuju menetapkan tarikh kejohanan seperti ketetapan berikut

Tarikh : 1 Mac 2017

Masa : 8.00 pagi – 12.30 ptg

Tempat : Padang SK Sungai Ular

8. Mesyuarat sebulat suara juga bersetuju untuk mengekalkan acara yang akan dipertandingkan
seperti tahun-tahun yang lepas

Tindakan : Makluman
vi. PEMILIHAN ATLIT DAN JURULATIH KE PERINGKAT DAERAH

9. Pengerusi memaklumkan bahawa ketua jurulatih dan barisan kejurulatihan akan ditetapkan oleh
pengelola.

10. Pengerusi telah mencadangkan En Ramachandran dari SJKT Ladang BMR sebagai ketua jurulatih
dan dibantu oleh jurulatih-jurulatih dari sekolah johan dan naib johan kejohanan di peringkat PKG
Sungai Ular dan telah dipersetujui sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

Tindakan : makluman

vii. NOMBOR PESERTA DAN BILANGAN ACARA

11. Pengerusi memaklumkan bahawa nombor peserta adalah mengikut nombor yang telah ditetapkan
di dalam peraturan balapan dan padang dan merentas desa MSS Daeah Kulim Bandar Baharu.

12. Pengerusi telah memaklumkan bahawa bilangan acara yang boleh disertai oleh peserta adalah
dua acara bagi setiap individu.

Tindakan : Makluman

viii. BAYARAN PENDAFTARAN

13. Mesyuarat sebulat suara telah bersetuju untuk mengekalkan yuran pendaftaran untuk tahun 2017
dan penambahan RM 10 seorang bagi setiap peserta yang mewakili PKG Sungai Ular ke
Kejohanan Balapan dan Padang MSS Daerah Kulim Bandar Baharu.

14. Pengerusi memaklumkan bahawa bayaran hendaklah dibayar kepada pengelola pada hari
kejohanan di meja pendaftaran.

Tindakan : Makluman
ix. HAL- HAL LAIN

15. Pengerusi telah memohon maaf sekiranya terdapat kelemahan penganjuran kejohanan pada kali
ini. Pengerusi juga berharap kejohanan akan berjalan lancar dan mengharumkan nama PKG
Sungai Ular di kejohanan peringkat daerah nanti.

Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.36 petang.

Disediakan oleh Disemak oleh

------------------------------------ --------------------------------------

Muniandy a/l Munusamy Abdul Rahim bin Jaafar


Setiausaha Pengerusi Pengelola
Kejohanan Balapan dan Padang Kejohanan Balapan dan Padang
PKG Sungai Ular 2017 PKG Sungai Ular 2017

CADANGAN PENGESAHAN : …………………………………………………………………………………

DISOKONG OLEH : …………………………………………………………………………………

You might also like