Buku Log M4

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

ISI KANDUNGAN

 KEMAHIRAN PERKHEMAHAN
Minggu: 4
Tarikh: 14 Julai 2021
Masa: 7.30-9.30 pagi (sesi1) 10.30-11.30 pagi (sesi2)
Tempat: Google Meet
Topik/Tajuk: Kemahiran Perkhemahan
Pensyarah: En Syhibin bin Japar

10.0 SIMPULAN & IKATAN

PENGENALAN
DEFINISI SIMPULAN & IKATAN
 Ikatan & simpulan merupakan
kemahiran asas yang perlu Terdapat 4 definisi tentang simpulan
dikuasai oleh setiap Ahli dan ikatan:
Pengakap a) Simpulan (Knotting)
 Ikatan & simpulan banyak b) Ikatan (Lashing)
digunakan untuk pembuatan c) Sambat (Spicing)
gajet dan pioneering d) Mematikan Hujung Tali
 Jenis-jenis ikatan & simpulan (Whipping)
berbeza mengikut kegunaan
masing-masing
 Terdapat lebih kurang 3000
jenis ikatan & simpulan

a) Simpulan (Knotting): biasanya di buat menggunakan tali yang kecil dan sederhana.
Digunakan untuk benda-benda kecil. Contohnya, buku sila, tindih kasih
b) Ikatan (Lashing): biasanya dibuat menggunakan tali yang kuat dan tahan lasak. Digunakan
untuk mengikat kayu dan tiang. Contohnya, ikatan seraya, ikatan serong
c) Sambat (Spicing): biasanya digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu
peralatan. Kaedah ini sangat selamat dan baik. Contohnya, Sambat Balik, Sambat mata dan
Sambat pendek.
d) Mematikan Hujung Tali (Whipping): digunakan untuk mematikan hujung tali agar tidak
terburai. Contohnya, lilit pemati biasa dan lilit pemati selit.
JENIS TALI

TALI PENYELAMAT TALI PENGIKAT


TALI PENGANGKAT TALI PENARIK
Tali yang digunakan Digunakan untuk
untuk menyelamat. Tali yang diperbuat Digunakan untuk mengikat, biasanya
Biasanya diperbuat daripada rami Manila/ menarik, biasanya diperbuat daripada
daripada rami italia/ Nilon. Ketebalan dibuat daripada rami Manila.
terylane. Ketebalan lilitan ialah 2 inci. terylene. Ketebalan Ketebalan adalah 2
lilitan ialah 2 inci. Ketahanan tali rami lilitan adalah 2 inci/ inci/50 kaki.
Ketahanan tali, rami Manila (2.05 tan) Tali 130 kaki. Ketahanan Ketahanan ialah 2.03
Italian (2.85 tan), Nilon (2.39) tali terylene (2.72 tan) tan
terylane (4.05 tan)

Rami Manila Tali Nilon Tali Terylene

PENJAGAAN TALI
 Bahan campuran dan rami manila digunakan untuk menghasilkan
kebanyakan tali yang bermutu dan baik
 Tali yang telah digunakan harus menggunakannya semula
 Tali yang sudah dibuka ikatannya hendaklah di buka lilitannya dan
ditegangkan sekali sekala
 Apabila tali tidak digunakan, tali haruslah di lingkarkan sebelum di simpan
di tempat yang kering dan selamat
 Jangan membasuh tali
 Tali yang basah hendaklah dibiarkan kering dalam suhu bilik
 Sebelum tali digunakan, tali tersebut perlu di uji terlebih dahulu
Tali Temali

SIMPULAN PENCURI (THIEF KNOT)


Sesuai untuk mengikat bungkusan jika bimbang
ada orang akan membuka bungkusan tersebut.
Mengelakkan tali daripada di buka.

SHEEP SHANK
Digunakan untuk memendekkan tali tanpa
memotongnya. Boleh juga digunakan untuk
menegangkan tali tanpa perlu membuka ikatan
di hujung, ianya boleh disimpulkan di tengah tali
tersebut.

SIMPULAN PENGAIL (FISHERMAN’S KNOT)


Sesuai digunakan untuk menyambungkan dua
tali yang halus atau licin seperti tali langsi.

SIMPUL KERUSI
Fungsinya adalah untuk menurunkan orang dari
bangunan yang tinggi atau curam dengan
memasukkan tanjul yang kecil keliling dada dan
tanjul yang besar keliling kaki atau pelipatan
lutut

SLIP (RUNNING) KNOT


Ikatan ini mudah diketatkan dan dilonggarkan.
Mudah menggerakkan ikatan ke bahagian lain
pada kayu/pancang. Semakin kuat hujung tali di
tarik semakin ketat simpulan tersebut.
SIMPULAN RAMA-RAMA (ALPINE
BUTTERFLY)
Simpulan ini dianggap sebagai suatu simpulan
yang paling aman, kuat, dan mudah terikat.
Simpul ini mudah terikat di tengah sebuah tali
apabila anda tidak memiliki tambatan akhir.
Jika ikatkan simpulan rama-rama ini di hujung
tali, ikatkan sebuah stopper knot bebas,
contohnya simpulan angka no.8 ke hujung tali
untuk keamanan.

SIMPULAN ANGKA 8 (FIGURE OF 8)


Ikatan sementara di hujung tali agar tidak
terburai jika tali itu pecah, untuk menahan tali
tercabut dari Blok Takal. Ikatan yang mudah di
buka

SIMPUL ABAH-ABAH
Untuk membuat tanjul ditengah-tengah tali.
Tanjul itu dimasukkan keliling dada dengan
tujuan untuk menarik sesuatu barang

Enam Jenis Simpulan Asas

SIMPUL MANUK (CLOVE HITCH)

 Simpulan ini digunakan sebagai


permulaan pada kayu atau sebagainya.
 Simpul manuk biasanya digunakan untuk
mengikat benda yang licin seperti kayu,
botol, hujung pancang khemah dan
sebagainya
 Mudah disimpulkan dan ditanggalkan
SIMPUL BUKU SILA (REEF KNOT)

 Ikatan ini digunakan untuk


menyambung 2 hujung tali yang
sama saiz
 Biasanya menyambung tali
khemah, ikatan anduh.
 Menyambung tali yang sama
besar saiznya untuk mematikan
ikatan barang
 Mudah dibuka

SIMPUL TINDIH KASIH (BOWLINE)

 Untuk membuat ikatan pantas dan tidak boleh


menjerut benda/binatang dan sebagainya
 Sesuai digunakan untuk menyelamat,
mengikat leher binatang dan sebagainya
 Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak
boleh menjerut.
 Untuk menyelamat orang dengan
memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa

SIMPUL BUNGA GETI

 Simpulan ini digunakan bagi


menyambung hujung tali yang tidak
sama besar, contohnya tali perahu
dengan tali kapal

SIMPUL BALAK (TIMBER HITCH)

 Ikatan sementara untuk menurunkan


beban seperti balak atau kayu
 Untuk mengikat tali pada balak dan
untuk memindahkan atau mengheret
kayu atau batang balak
 Ikatan ini digunakan bagi mengikat tali
pada kayu atau batang yang besar
supaya tidak licin
SIMPUL BELIT

 Bagi mengikat tali pada tiang untuk


mematikan ikatan ke pokok atau ke
pacing
 Mudah di buka dan tidak mudah
tanggal ikatannya
 Satu simpulan mudah tetapi kemas
untuk mengikat hujung tali pada mata
kail, pancang, pokok dan sebagainya.

Ikatan

 Mengikat kayu, buluh, tiang bendera, menara dan sebagainya


 Memerlukan tali dan objek untuk di ikat bersama

IKATAN SILANG GUNTING (SHEER LASHING)

 Ikatan ini ialah untuk membuat menara.


Gajet, jambatan dan menyambung kayu
 Mulakan dengan simpulan manuk pada
sebatang kayu, kemudian belitkan pada
kedua-dua batang kayu dengan ketat. Akhir
sekali belitkan tali di celah kayu itu beberapa
kali supaya lebih ketat dan matikan ikatan
dengan simpul manuk

IKATAN SERAYA (SQUARE LASHING)

 Digunakan untuk mengikat dua batang kayu/ dua batang buluh yang bersilang
 Digunakan untuk membuat jambatan, menara dan sebagainya. Mulakan dengan lilit
balak kemudian lilitkan ketat-ketat. Matikan dengan simpulan manuk.
IKATAN SILANG TUNKU (TRIPOD LASHING)

 Digunakan untuk membuat gajet dan menyambung kayu/buluh yang sama besar dan
panjang, khas untuk mengikat 3 batang kayu/buluh.
 Ikatan ini dimulakan dengan menggunakan lilit balak atau simpul manuk dan bagi
mematikan ikat silang tungku, simpul manuk digunakan.

LILIT KACANG/ULAR

 Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh bagi membuat lantai sesuatu gajet
 Mulakan dengan menggunakan simpul manuk/lilit balak. Ikat selang seli pada buluh
lantai dari atas ke bawah tiang sehingga selesai

IKATAN SERONG (DIAGONAL LASHING)

 Untuk merapatkan dan mengikat 2 batang kayu yang bersilang. Digunakan untuk
membina jambatan, menara, gajet dan pioneering
 Mulakan dengan lilit balak pada kayu/buluh yang bersilang. Kemudian belitkan
membujur dan melintang. Seterusnya dicelah-celah silang, supaya lebih kuat. Akhir
sekali matikan ikatan serong dengan menggunakan simpul manuk
11.0 Asas Kawad Kaki

PENGENALAN

 Berkawad adalah asas untuk membentuk tatatertib dalam pasukan


 Kawad dalam erti kata sebenarnya ialah perbarisan oleh anggota pasukan/ pakaian
seragam terutamanya yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak yang
dilakukan di pada kawad.

TUJUAN KAWAD KAKI

 Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taat setia
(menerima arahan dan menjalankan arahan tersebut)
 Membentuk anggota supaya bekerjasama dalam satu kumpulan
 Melatih ahli sentiasa bedisiplin dan patuh kepada arahan
 Membina semangat bekerjasama dan berpasukan
 Membentuk jati diri yang unggul
 Membina kekuatan mental dan fizikal yang kental
 Meningkatkan keyakinan dan iltizam yang tinggi dalam diri
 Melatih daya fokus

ASAS PERBARISAN JENIS KAWAD KAKI


 Setiap pengakap boleh  Kawad Jenazah
melakukan pergerakan asas  Kawad kawalan kehormat
perbarisan dengan betul dan
 Kawad tongkat ken
serentak
(pegawai)
 Mereka seharusnya dapat
 Kawad tongkat
memberi hukuman atau sebagai
 Kawad kaki
ketua perbarisan dalam
patrolnya sendiri DARI SEGI PERGERAKAN
 Mereka perlu sentiasa berlatih
melakukan pergerakan asas  Kawad Statik dan Dinamik
perbarisan  Kawad Formasi

Bahasa Hukuman

Bahasa Hukuman yang digunakan hendaklah mengikut bahasa hukuman


Polis diRaja Malaysia (PDRM) atau Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
BAHASA HUKUMAN KAWAD
Arahan Bahasa Hukuman
Sedia skuad/baris/kontijen……sedia
Senang diri skuad/baris/kontijen….senang diri
Gerakan skuad ke kanan Bergerak ke kanan, bertiga-tiga….ke kanan
pusing
Gerakan skuad ke kiri Bergerak ke kiri, bertiga-tiga….ke kiri pusing
Berjalan Dari kiri/kanan (tengok tangan anggota)…cepat
jalan
Berhenti semasa cepat jalan skuad/baris/kontijen…..Henti (atas kaki kiri)
Menghadap ke hadapan skuad/baris/kontijen…..akan menghadap ke
hadapan…..ke belakang…..pusing
Mengahadap ke belakang skuad/baris/kontijen….akan menghadap ke
belakang…..ke belakang…..pusing
Ke belakang pusing (Cepat jalan) Bergerak ke kanan/kiri bertiga-tiga…..ke
belakang….pusing (atas kaki kanan). Ke
kanan/kiri hendaklah lihat tangan anggota yang
menghadap ke hadapan
Hormat Hormat……Hormat ke hadapan…..Hormat
(atas kaki kiri)
Hormat Selaku terima sijil Hormat selaku terima sijil, hormat ke
hadapan….hormat
ke kanan/Ke kiri hormat Hormat…..Hormat ke kanan/kiri….Hormat (atas
kaki kiri)
Pandang kanan/ pandang kiri Pandang….kanan/kiri (atas kaki kiri)
Pandang hadapan Pandang hadapan (atas kaki kiri)
Tukar langkah Tukar langkah semasa berjalan…..Tukar
langkah(atas kaki kiri berturut dengan kaki
kanan)
Cepat jalan ke perlahan jalan Tukar langkah perlahan…..perlahan….jalan
(atas kaki kanan)
Ke belakang pusing (Perlahan jalan) Bergerak ke kanan/kiri bertiga-tiga….ke
belakang…..pusing (atas kaki kanan). Ke
kanan/kiri hendaklah lihat tangan anggota yang
menghadap ke hadapan
Berhenti semasa perlahan jalan skuad/baris/kontinjen…..Henti (atas kaki kanan)
Perlahan jalan ke cepat jalan Tukar langkah cepat…..cepat…..jalan(kaki kiri
berturut dnegan kaki kanan)
Hentak kaki semasa cepat jalan Hentak….kaki (atas kaki kanan)
Maju selepas hentak kaki Maju….(atas kaki kanan)
Menghadap ke belakang semasa cepat jalan skuad/baris….Akan Menghadap ke
belakang…..ke kanan/kiri pusing
Tukar langkah semasa hentak kaki Tukar langkah semasa hentak kaki….Tukar
langkah
Sekiranya skuad anda menghadap kebelakang skuad/baris…..Akan bergerak ke kanan/kiri ke
semasa berhenti kanan/kiri……pusing
Mara Menghadap Baris akan mara menghadap, dari tengah cepat
jalan (ketua platun akan bersama-sama platun
ketika mara menghadap)
Kawad Statik dan Dinamaik

1. Memulakan kawad statik dalam keadaan ‘buka barisan’. Platun di wajibkan melakukan semua
pergerakan kawad statik berikut mengikut urutan:

I. Bergerak ke kiri. Contoh bahasa hukuman “bergerak ke kiri, bertiga-tiga….ke kiri pusing”.
II. Bergerak ke kanan. Contoh bahasa hukuman “bergerak ke kanan, bertiga-tiga…ke belakang
pusing”
III. Menghadap ke belakang. Contoh bahasa hukuman “baris akan menghadap ke belakang, ke
kanan…pusing”
IV. Menghadap ke hadapan. Contoh bahasa hukuman “baris akan menghadap ke hadapan, ke
belakang pusing”

2. Hukuman ‘tutup barisan’ diberi selepas selesai kawad asas. Contoh bahasa hukumanya “tutup
barisan…gerak”
3. Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi
4. Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad dinamik). Contoh bahasa hukuman
“bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke kiri….pusing”
5. Berjalan dalam masa ‘cepat jalan’ sebanyak satu pusingan dan apabila membelok, beri hukuman
“kiri belok”
6. Hukuman “tukar langkah pelahan…..perlahan jalan” diberikan setelah platun melepasi kon D dan
sebelum kon A
7. Hukuman “kiri belok” di berikan di kon F dalam pusingan pertama dan apabila semua anggota
platun selesai membelok, contoh bahasa hukuman “baris akan menghadap ke hadapan, ke
kanan pusing” di berikan. Platun akan perlahan jalan dalam barisan melintang melintasi hakim
8. Sebelum melintasi kon B dan kon C, platun dikehendaki melakukan perkara berikut mengikut
urutan:
I. Buka barisan (dalam perlahan jalan)
II. Pandang….kanan (dalam perlahan jalan)
III. Pandang….depan (dalam perlahan jalan)
IV. Tutup barisan (dalam perlahan jalan)
9. Sebaik sahaja melintasi kon B dan C hukuman “bergerak ke kiri, bertiga-tiga…ke kiri pusing” di
berikan
10. Hukuman “tukar langkah cepat, cepat jalan” di berikan setelah platun berada antara kon C dan D
11. Platun akan berjalan sehingga ke kon D, hukuman “kiri belok” di berikan dan kon E hukuman “kiri
belok” diberikan. Selepas melintasi kon E platun dikehendaki melakukan pergerakan kawad
berikut mengikut urutan:
I. Hormat ke kanan.
II. Hormat ke hadapan
III. Tukar langkah semasa berjalan
IV. Hormat selaku terima sijil
V. Tukar langkah perlahan
VI. Bergerak ke kanan dalam perlahan jalan
VII. Tukar langkah cepat jalan
VIII. Bergerak ke kiri
IX. Menghadap ke belakang
X. Menghadap ke hadapan
XI. Hentak kaki
XII. Henti
XIII. Mara menghadap (10-14 langkah diakhiri dengan tabik)
12. Tamat bahagian kawad asas (kawad statik dan dinamik)
KEDUDUKAN SENANG DIRI
Berdiri tegak. Mata pandang 200 meter
kehadapan. Tangan lurus rapat ke badan. Jari
genggam. Ibu jari hala ke bawah selari dengan
garisan seluar. Kaki rapat, Tapak kaki bentuk
huruf 'V'

KEDUDUKAN SENANG DIRI


Berdiri tegak, Kedua tangan lurus ke belakang.
Jari tangan kiri genggam jari kanan yang
membentuk 'isyarat Pengakap'. Kedua kaki lurus
dan dijarakkan

KEDUDUKAN REHATKAN DIRI


Berdiri tegak. Kedua tangan bengkok ke
belakang dan diletakkan di paras pinggang. Jari
tangan kiri genggam jari kanan yang
membentuk 'isyarat Pengakap'. Kedua kaki lurus
dan dijarakkan.

PERGERAKAN KE KANAN PUSING


Pusing kaki kanan 90° ke kanan. Kaki kiri ikut
semampu boleh. Angkat kaki kiri 90° ke atas
dan hentak di sebelah kaki kanan. Kembali ke
keadaan sedia
PERGERAKAN KE KIRI PUSING
Pusing kaki kiri 90° ke kiri. Kaki kanan ikut
semampu boleh. Angkat kaki kanan 90° ke atas
dan hentak di sebelah kaki kiri. Kembali ke
keadaan sedia

PERGERAKAN KE BELAKANG PUSING


Pusing kaki kanan 180° ke belakang ikut arah
kanan. Kaki kiri ikut semampu boleh. Angkat
kaki kiri 90° ke atas dan hentak di sebelah kaki
kanan. Kembali ke keadaan sedia

BUKA BARISAN
Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke
hadapan. Barisan belakang melangkah 2
langkah ke belakang.

TUTUP BARISAN
Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke
belakang. Barisan belakang melangkah 2
langkah ke hadapan.
KE KANAN LURUS

 Pengakap yang berada di barisan hadapan


kanan (Penanda) tidak perlu bergerak.
 (Pergerakan serentak tangan dan kepala).
Ahli barisan hadapan gerakkan tangan
kanan lurus 90° ke kanan di belakang badan
kawan. Kepala pusing 90° ke kanan
 (Ahli barisan paling kanan gerakkan tangan
kanan lurus 90° ke hadapan di tepi bahu
kanan kawan. Kepala tidak perlu pusing 90°
ke kanan)
 Angkat kaki kiri 90° ke atas dan hentak
kembali di tempat asal. Angkat kaki kanan
90° ke atas dan hentak di sebelah kaki kiri
 Ahli barisan hadapan bergerak ke kiri
sehingga ibujari tangan kanan menyentuh
bahu kiri kawan. Pastikan hanya kelihatan
kepala kawan di sebelah kanan sahaja yang
kelihatan
 (Ahli barisan paling kanan bergerak ke
belakang sehingga ibujari tangan kanan
menyentuh bahu kanan kawan. Pastikan
hanya kelihatan kepala kawan di hadapan
sahaja yang kelihatan)
 Ahli-ahli di dalam barisan (selain ahli barisan
hadapan dan kanan) Pergerakan sama
seperti ahli lain cuma tidak perlu
mengangkat tangan. Betulkan kedudukan
mengikut kawan hadapan dan kawan di
sebelah kanan.
 Semua ahli bersiap sedia untuk kembali ke
kedudukan sedia apabila arahan 'pandang
depan' diberi.

Kawad Formasi
 Dikenali sebagai kawad persembahan
 Melibatkan asas-asas kawad statik dan dinamik, tetapi diolah menjadi beberapa
bentuk formasi supaya lebih menarik

ATURCARA PERGERAKAN KAWAD


A. SEBELUM MASUK PADANG
 Dari kanan cepat jalan
 Skuad henti
 Skuad akan menghadap ke hadapan, ke kanan pusing
 Buka barisan gerak
 Ke kanan lurus/ pandang hadapan
 nombor
B. MELAPOR
 Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke kanan pusing
 Bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke belakang pusing
 Skuad akan menghadap ke hadapan ke kanan pusing
 Empat langkah ke kiri, gerak
 Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke belakang pusing
 Hentak kaki
 Maju
 Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke belakang pusing
 Skuad henti
 Skuad akan menghadap ke hadapan, ke kiri pusing
 3 jenis kawad formasi
 Ke kanan lurus
 Pandang hadapan
 Melapor
RUJUKAN
https://www.yumpu.com/id/document/read/23789159/bahasa-hukuman-kawad
https://www.academia.edu/10282389/m16_kawad_formasi
http://01serembantimur.blogspot.com/p/asas-perbarisan-dua.html
https://pdfslide.net/documents/arahan-kawad-kaki-pengakap.html
https://studylib.net/doc/25330938/jenis-jenis-simpulan-dan-ikatan
http://salampengakap.blogspot.com/2010/07/simpulan-dan-ikatan-untuk-lencana.html
http://pengakapderma.blogspot.com/p/cara-ikatan.html
http://layanlah.blogspot.com/2019/01/muat-turun-download-40-ikatan-pengakap.html
https://dokumen.tips/documents/teknik-ikatan-dan-simpulan-dan-fungsinya.html

You might also like