Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KERJA PERANCANGAN AKTIVITI

1.0 TAJUK
Pameran Batik

2.0 PENGENALAN
Pameran adalah suatu kegiatan penyajian karya seni rupa untuk
dikomunikasikan sehingga dapat diapresiasi oleh masyarakat luas. Bagi
memenuhi keperluan ini, maka Kelas Reka Bentuk dan Teknologi akan
melaksanakan Pameran Batik. Pameran ini bertujuan untuk memperkenalkan
tradisi budaya seni Melayu iaitu batik kepada masyarakat. Pameran ini dapat
berkongsi maklumat tentang sejarah teknik batik, jenis batik, corak batik dan
cara-cara membuat batik. Pelaksanaan pameran ini dapat membimbing dan
melatih para pelajar berinteraksi sesama sendiri dan berkongsi pengalaman. Di
samping itu, pameran ini akan menambah kemahiran dan pengetahuan dalam
mengajar topik seni budaya dalam mata pelajaran Reka Bentuk & Teknologi.

3.0 RASIONAL
3.1. Merapatkan hubungan antara ahli-ahli dalam aspek pencapaian dan
pelaksanaan.
3.2. Membina keyakinan diri semasa berinteraksi dan berkongsi maklumat dan
pengalaman antara satu sama lain.
3.3. Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan untuk melaksanakan
sesuatu aktiviti.

4.0 OBJEKTIF
Objektif pameran batik ini diadakan ialah:
i. Memperkenalkan tradisi budaya seni Melayu iaitu batik kepada
masyarakat.
ii. Menanamkan kecintaan terhadap Seni dan Budaya.
iii. Memelihara, memulihara dan mengekalkan warisan batik tradisional
melalui pemupukan minat dan penghayatan di kalangan generasi baru.
iv. Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tentang hasilan
pembuatan batik di Malaysia.
v. Belajar mengurangkan tekanan belajar melalui penglibatan dalam
pengajuran pameran.

1
5.0 BUTIRAN PENGANJURAN
Pameran batik dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Teknik, Nilai dan
dipertanggungjawabkan kepada pelajar DPLI-KDC semester 2/2017 untuk
melaksanakannya.

5.1 JAWATANKUASA INDUK

JAWATAN NAMA

a. PENAUNG : DR. YAZID BIN ABDUL MANAP

Pengarah,
IPG Kampus Pendidikan Teknik, Nilai.

b. PENASIHAT : DR. TAJUL ARIFIN BIN YANG HUSSIN

Timbalan Pengarah,
IPG Kampus Pendidikan Teknik, Nilai.
EN. ZAIMUDDIN BIN HJ HUSSIEN
c. PENGERUSI :
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
IPG Kampus Pendidikan Teknik, Nilai.
PN. CHE ROHANI BINTI CHE AZIZ
d. KETUA PENYELARAS :
Ketua Unit Kokurikulum,
IPG Kampus Pendidikan Teknik, Nilai.

e. SETIAUSAHA : PN. HALIZA BINTI HAMZAH

Peg. Pengurusan HEP


IPG Kampus Pendidikan Teknik, Nilai.

2
.2 AHLI JAWATANKUASA PAMERAN BATIK

JAWATAN NAMA

PENGERUSI YOON CHIER LING

NAIB PENGERUSI TAN WEI SYE

SETIAUSAHA MEOW BAO SHIEN

BENDAHARI BONG BEE KWAN

NAIB BENDAHARI CHEN WEN CHIN

FOTOGRAFI & DOKUMENTASI KIU KAI ING

5.3 TENTATIF PROGRAM

Tarikh : 27 November 2017 (Isnin)


Masa : 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Nilai
Tema : LOVE Batik

5.3.1 AKTIVITI PAMERAN

3
i. Sejarah batik
Sejarah batik akan dipaparkan dengan tulisan dan video tentang sejarah
batik Malaysia dan perkembangan batik ditayangkan dengan LCD. Batik
berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang
bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Batik merupakan satu bidang
kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke-15 Masihi lagi
manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional.

ii. Perkembangan batik


Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang
sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan
menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita
khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Di alam Melayu,
sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun
1770-an lagi.

iii. Langkah-langkah Penghasilan batik


Langkah-langkah penghasilan batik akan didemonstrasi. Alatan yang
biasanya digunakan untuk membuat batik.
1.Blok penerap
2.Campuran lilin
3.Kain
4.Pencelup
5.Sebuah Meja

Kain benang kapas berwarna putih merupakan bahan yang sesuai untuk
membuat batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup
dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali
kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini
akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang
mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan
kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-
kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk
dipasarkan.

4
iv. Pameran Hasilan batik (Penjenisan Kain batik)
Berjenis-jenis kain batik seperti Batik Blok, Batik Conteng, Batik Skrin dan
sebagainya akan ditunjukkan dan dipamerkan serta kegunaannya.

v. Batik Painting
Selepas mengunjungi stesen langkah-langkah membuat batik, aktiviti
batik painting boleh dijalankan jika berminat untuk membuat batik,.

vi. Hiburan
Hiburan StandUp komedi (Quiz)- Pantung orang

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PAMERAN BATIK

BIL PERKARA JUMLAH

1. Gawangan batik RM 200.00

2. Kerusi 30xRM50 RM 1500.00

3. Panggung RM 400.00

4. Dokumentasi(Kamera) RM 500.00

5. Dekorasi RM 300.00

6. Kertas RM 50.00

7. Gunting RM 5.00

8. Gam RM 5.00

9. Gambar RM 50.00

10. Hiburan StandUp komedi RM 100.00

11. Bayaran penyewaan tempat RM 300.00

12. Patung orang RM 400.00

5
Jumlah Keseluruhan RM 3810.00

7.0 PENUTUP
Pelaksanaan pameran batik kali ini diharapkan akan menghasilkan sesuatu
yang lebih baik sama ada daripada aspek pengurusan dan dilihat sebagai
satu usaha mengenalpasti potensi yang ada pada setiap orang yang
mengambil bahagian. Selain itu, pameran batik dapat mempamerkan
kebudayaan dan kesenian batik yang terdapat di Malaysia.

Disediakan oleh,

-----------------------------------------------
( MEOW BAO SHIEN)
Setiausaha,
Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Teknik,Nilai.

Disemak oleh,

--------------------------------------------------
(En. Zaimuddin bin Hj Hussien)
Pengerusi
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Teknik,Nilai.

6
Ulasan.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
____________________________________

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN,

-----------------------------------------------
(DR YAZID BIN ABD MANAP)
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Teknik,Nilai.

You might also like