Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurniaNya dapat saya


menyiapkan kerja kursus Syariah dengan jayanya tanpa sebarang
masalah.

Pada kesempatan ini saya ingin menzahirkan sekalung


penghargaan kepada pengetua SMKA Naim Lilbanat,Encik Mustapha
bin Chik serta Penolong Kanan Tingkatan 6,Encik Rahim bin Mohd
Noor kerana telah memberi kepercayaan dan galakan kepada saya
untuk menjalankan kajian ini.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada guru Syariah saya


iaitu Encik Shamsudin bin Ibrahim yang sentiasa bersedia memberi
tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya sejak tugasan
ini diedarkan sehinggalah kepada penghasilan kerja kursus yang
lengkap ini.

Seterusnya,penghargaan istimewa juga kepada kedua ibu bapa


yang tercinta atas sokongan yang tidak terhingga khususnya dari segi
kewangan sepanjang penghasilan kerja kursus ini.Jutaan terima kasih
juga dirakamkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama
bertungkus lumus menyiapkan kajian ini serta berkongsi maklumat dan
idea yang diperlukan.

Akhir sekali,terima kasih kepada respondan dan semua yang


terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang saya menyiapkan
kerja kursus ini.Sekian terima kasih.
1.0 PENGENALAN

Perceraian atau talak merupakan perkara yang paling ingin


dielakkan dalam sesebuah ikatan perkahwinan.Islam juga tidak
menggalakkan perceraian kerana ia dibenci oleh Allah tetapi
dibolehkan atas sebab-sebab dan masalah tertentu yang tidak dapat
dielakkan.Talak bermaksud melepaskan ikatan perkahwinan melalui
lafaz talak sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak.Talak merupakan
jalan penyelesaian yang terakhir bagi pasangan suami isteri sekiranya
mereka tidak mampu untuk hidup bersama lagi.

Statistik perceraian di Malaysia terutamanya negeri Kelantan


menunjukkan masih ramai pasangan yang gagal menyelamatkan rumah
tangga masing-masing.Pada tahun 2013,negeri Kelantan telah
mencatatkan kes perceraian sebanyak 4408 kes.Kes menunjukkan
peningkatan yang tidak ketara pada tahun 2014 iaitu sebanyak 4581
diikuti 4382 kes pada tahun 2015.Pada tahun 2016 pula,Kelantan
mencatatkan sebanyak 4717 kes perceraian manakala pada tahun 2017
pula,kes menurun kepada 4637 kes.

Selain daripada itu,Berita RTM, 1 Disember 2020 melaporkan


bahawa kadar perceraian di Malaysia pada tahun 2019 meningkat
kepada 12% iaitu 59,975 kes berbanding 50,862 kes pada tahun
sebelumnya.Seperti yang umu ketahui,perceraian atau dengan kata
lain,talak boleh terjadi disebabkan beberapa faktor yang mendorong
kepada kegagalan sesebuah ikatan perkahwinan antara pasangan suami
isteri di Malaysia.Tambahan pula,masih ramai lagi masyarakat hari ini
yang tidak memahami konsep talak rajie yang sebenar.

Oleh itu,pengkaji memutuskan untuk menjalankan kajian keatas


pelajar Tingkatan 6 di SMKA Naim Lilbanat bagi mengetahui
sejauhmana pengetahuan mereka terhadap faktor berlakunya talak
rajie. Melalui dapatan kajian,saya dapat menilai tahap pengetahuan
pelajar tentang konsep serta faktor berlakunya talak rajie.

You might also like