Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Pada masa kini, di Malaysia, penyakit utama yang dihidap oleh rakyat negara kita ialah

penyakit jantung dan obesiti. Hal ini demikian kerana, rakyat Malaysia tidak mengamalkan
tabiat pemakanan yang betul mengikut piramid makanan Malaysia 2020 dan makan
makanan segera seperti KFC, ‘burger’ dan ‘pizza’. Dengan ini, mereka menghidap penyakit
kronik seperti aterosklerosis, ateriosklerosis, kencing manis, tekanan darah tinggi dan
diabetes mellitus.
“ Cabaran membuatkan hidup kita menarik, tetapi, mengatasi cabaran yang membuatkan
hidup kita lebih bermakna ”
Dikatakan oleh Mark Twain, penulis Amerika. Cabaran ialah rintangan dalam kehidupan kita
yang merupakan perjalanan sehala. Seperti yang dikatakan oleh Mark Twain, tanpa cabaran
kehidupan kita pasti akan menjadi bosan. Semakin meningkat umur kita, semakin banyak
tanggungjawab akan jatuh di atas bahu kita dan puncaknya ialah masa remaja. Pada era
globalisasi ini, kemajuan teknologi tambahan pula pandemik Covid-19 telah meninggalkan
banyak cabaran kepada golongan remaja. Cabaran ini boleh mengaut nyawa jika seseorang
itu tidak menanam ketabahan dalam hatinya. 1,099 kes bunuh diri sejak 2020 hingga Mei
2021 telah direkodkan dan kebanyakannya terdiri daripada 15 tahun hingga 18 tahun. Berita
mengenai kes membunuh diri kerap terpampang di dada akhbar pada setiap hari akibat
pandemik Covid-19 ini.

Jika kita meninjau dari aspek pertama, golongan remaja menghadapi banyak cabaran
dari segi kesihatan. Kesihatan terbahagi kepada dua iaitu, kesihatan fizikal dan kesihatan
mental. Kesihatan fizikal ialah kesejahteraan tubuh dan fungsi tubuh individu yang optimum
manakala seseorang dikatakan mempunyai kesihatan mental yang baik apabila dia dapat
menyedari potensinya yang boleh berdaya tindak terhadap stres kehidupan. Jadi, sebagai
rakyat Malaysia kita perlu mengamalkan makanan seimbang yang disarankan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia seperti ‘#SukuSukuSeparuh’ yang diamalkan dalam pinggan
sihat Malaysia iaitu separuh terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan, karbohidrat
ialah satu suku dan satu lagi suku ialah protein. Dengan ini, kitab boleh membekalkan zat-zat
yang diperlukan oleh badan pada kadar yang betul. Tambahan pula, kita sangat digalakkan
untuk minum air kosong yang bersih dan selamat selepas setiap hidangan kerana air
memainkan peranan yang penting dalam sistem badan kita seperti sistem perkumuhan,
sistem pencernaan dan sistem pernafasan. Selain itu, kita juga haruslah tidur selama 8-10
jam untuk setiap hari kerana tisu-tisu badan kita akan dibaiki semasa tidur dan
menggalakkan tumbesaran. Di samping itu, kita hendaklah melakukan senaman sekurang-
sekurangnya 30 minit pada setiap hari untuk mengeluarkan bahan-bahan toksik seperti
lemak daripada badan melalui perpeluhan. Melalui cara-cara ini, kita dapat memanjangkan
hayat, mengurangkan kos rawatan penyakit, badan menjadi cergas, otak menjadi cerdas dan
mengelakkan diri daripada penyakit kronik. Dari segi kesihatan mental pula, kita boleh
berkongsi masalah kita dengan orang yang boleh dipercayai seperti ibu bapa, guru, kakak
atau abang, kaunselor dan doktor. Hal ini menyebabkan hati kita berasa ringan serta kita
boleh mendapat nasihat dan teguran daripada mereka kerana mereka lebih berfikiran
matang daripada diri kita. Selain itu, kita boleh melakukan sesuatu aktiviti yang
menenangkan fikiran seperti tonton televisyen, mambantu ibu bapa, berkebun dan
membaca. Dengan ini, kita boleh mengalihkan fikiran kita ke arah lain untuk sementara.
Jika kita melihat dari segi pandangan yang lain, remaja juga menghadapi banyak
cabaran dalam pelajaran terutamanya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana
semua pelajar dikehendaki belajar dari rumah yang lebih dikenali sebagai Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR). Hal ini kerana, pada masa kini, pembelajaran secara tidak
bersemuka dengan guru dan rakan-rakan sekelas telah menjadi suatu norma yang baharu
kepada golongan remaja akibat penularan wabak Covid-19. Oleh itu, para pelajar
menghadapi banyak cabaran seperti berasa kurang motivasi, susah untuk memberi
tumpuan, tidak mencukupi masa untuk membuat kerja yang diberi dan tidak menyukai
sesuatu subjek. Jadi, bagaimanakah pelajar boleh menangani masalah ini? Seperti setiap
penyakit pasti ada penawarnya, juga terdapat jalan menyelesaikan masalah ini. Pertamanya
ialah sebagai pelajar remaja mestilah membuat banyak latihan untuk setiap subjek. Hal ini
kerana melalui cara ini, pelajar akan lebih memahami perkara yang dipelajari dan dapat
mencuba pelbagai jenis soalan yang membantu untuk menjawab soalan peperiksaan. Selain
itu, pelajar haruslah membuat persediaan awal sebelum setiap kelas dimulakan. Dengan ini,
kita akan mendapat gambaran awal tentang perkara yang akan diajar oleh guru dalam kelas
dan boleh menanya soalan jika tidak faham. Ketiganya ialah kita mestilah membiasakan diri
untuk meminta bantuan daripada orang yang berkenaan jika kita tidak tahu sesuatu seperti
hendak belajar berenang dapatkan itik, jika hendak belajar memanjat dapatkan tupai.
Sebagai analoginya, jika kita tidak tahu cara menjawab semasa membuat Latihan tambahan,
kita hendaklah merujuk kepada guru subjek yang berkenaan ataupun jika kita hendak
membeli buku rujukan, kita boleh mendapatkan cadangan daripada guru. Keempatnya ialah
pelajar boleh berbincang dengan ibu bapa untuk menyediakan suatu tempat belajar yang
bebas daripada gangguan di rumah untuk menghadiri PdPR dengan lancar.

Dari perspektif lain, pada era globalisasi ini, ramai daripada golongan remaja terjebak
dalam gejala sosial dan penjagaan diri juga menjadi suatu cabaran. Hal ini kerana remaja
pada masa kini mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang tidak baik dan media sosial,
mendapat kurang tumpuan atau kasih sayang daripada ibu bapa, berkeinginan mencuba dan
kekurangan didikan agama. Jadi, di sini, remaja boleh mengambil banyak langkah dalam
menjauhkan diri daripada gejala sosial ini. Antaranya, remaja wajarlah pandai memilih rakan
yang bertingkah laku baik. Hal ini disebabkan oleh rakan yang baik selalunya akan
membimbing kita ke arah positif dan sentiasa ada di sisi untuk membantu kita. Misalnya,
remaja boleh membuat perbincangan soalan latihan, belajar bersama-sama dengan mereka
dan tolong antara satu sama lain dalam memahami pelajaran. Selain itu, remaja patutlah
mendekatkan diri dengan Tuhan dan memenuhi hati dengan ajaran agama. Ini akan
menyebabkan remaja dapat membezakan perkara yang baik dan buruk serta tidak hanya
mementingkan hedonisme. Tamsilnya, penganut agama Islam mempunyai al-Quran sebagai
panduan hidup. Di samping itu, mengisi masa lapang dengan aktiviti yang lebih berfaedah
supaya minda kita tidak terpedaya ke arah negatif. Sebagai contohnya, remaja boleh
melakukan aktiviti seperti mengumpul setem, membaca novel, berbasikal, yoga dan
senaman. Hal ini menyebabkan kita tidak meluangkan masa dalam perbuatan seperti
merokok, melepak dan minum alkohol. Melalui pelbagai langkah ini, seorang remaja dapat
menjaga tingkah lakunya dan imej baik keluarga. Kalau baik jadikan teladan, kalau buruk
jadikan sempadan

Di dunia yang dilingkari oleh kemajuan sains dan teknologi, media sosial ialah suatu
medium yang paling banyak digunakan oleh remaja pada masa kini. Jika kita melihat secara
luaran media sosial ini memang mengandungi banyak info tetapi rupa yang sebenarnya
hanya akan terdedah jika kita mula menggunakannya. Contoh media sosial yang menjadi
trend sekarang ialah Instagram, Youtube dan TikTok.

You might also like