Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

LATIHAN TOPIK 2 : PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

PART 1

BAHAGIAN A
(15 Markah)

Arahan : Jawab SEMUA soalan.

1. Yang manakah BENAR berkenaan tarif perlembagaan.


I Dokumen rasmi yang mengandungi segala peraturan.
II Sumber undang-undang tertinggi yang menjadi asas bagi pembentukan
sesebuah kerajaan.
III Keistimewaan raja-raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu dan
bumiputera Sabah dan Sarawak.
IV Bahasa kebangsaan

A I dan II C I dan IV
B II dan III D III dan IV

2. Yang manakah bukti ketertinggian perlembagaan.


I Menjamin kestabilan dan keamanan
II Menjamin hak asasi warganegara
III Menjadi punca kepada semua undang-undang.
IV Semua undang-undang tidak boleh bertentangan dengan perlembagaan.

A I dan II C I dan IV
B II dan III D III dan IV

3. Yang manakah kepentingan perlembagaan.


I Penggubalan dan pemindahan undang-undang boleh dilakukan dengan mudah.
II Menjamin hak asasi warganegara
III Menjamin pentadbiran yang sistematik
IV Perlembagaan untuk mengatasi kesangsian atau kekeliruan mengenai sesuatu
perkara.

A I dan II C I dan IV
B II dan III D III dan IV
4. Yang manakah ciri-ciri perlembagaan tidak bertulis.
I Penggubalan dan pemindahan undang-undang boleh dilakukan dengan mudah.
II Merujuk kepada undang-undang Malaysia yang tidak dikanunkan oleh badan
perundangan, dan tidak terdapat dalam perlembagaan persekutuan dan
perlembagaan negeri.
III Perlembagaan menjadi rujukan apabila berlaku perbezaan antara undang-
undang negeri dan undang-undang persekutuan.
IV Perlembagaan bertujuan untuk mengatasi kesangsian atau kekeliruan mengenai
sesuatu perkara.

A I dan II C I dan IV
B II dan III D III dan IV

5. Yang manakah BENAR berkenaan konsep Raja Berperlembagaan.


I Yang Dipertuan Agong sebagai ketua negara menjalankan kuasanya mengikut
Perlembagaan Persekutuan.
II Melindungi kepentingan rakyat.
III Menjaga keselamatan negara.
IV YDPA ialah ketua negara manakala Perdana Menteri ialah Ketua Kerajaan.

A I dan II C I dan IV
B II dan III D III dan IV

6. Yang manakah perkara-perkara sensitif yang tidak boleh dipersoalkan secara terbuka.
A Melindungi kepentingan rakyat.
B Keselamatan negara.
C Hak istimewa orang melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
D Pentadbiran negara.

7. Apakah pindaan perlembagaan negeri.


A Pindaan tentang pelantikan pembesar yang memerintah dan ahli-ahli majlis
penasihat tentang agama atau adat,
B Perlembagaan negeri boleh dipinda oleh Dewan Undangan Negeri melalui undi
sekurang-kurangnya 2/3 daripada bilangan ahli Dewan Undangan Negeri dan
mendapat persetujuan Sultan atau Yang Dipertua Negeri.
C Hal-hal berhubung dengan raja, istana dan adat istiadat kerabat diraja.
D Hal-hal berhubung dengan penyusunan kerajaan negeri dan pentadbiran.

8. Yang manakah keistimewaan seseorang warganegara.


A Berhak menerima pelbagai faedah dan kemudahan dalam negerinya termasuk
faedah kebajikan, pelajaran dan sebagainya.
B Perkhidmatan negara termasuk menjadi tentera
C Mematuhi undang-undang dan membantu dalam perjalanan sistem-sistem
dalam negara.
D Menyumbang kepada produktiviti negara
9. Yang manakah peranan sebagai warganegara.
A Layak mengisi jawatan eksklusif yang dikhaskan untuk warganegara sahaja.
B Berhak menjadi pemilih dalam pilihan raya.
C Menyertai, dan sebolehnya, menyokong program dan cara nasional seperti
sambutan Hari Kebangsaan.
D Bebas memiliki hartanah serta layak dipertimbang untuk keistimewaan yang
berhubung dengan pembangunan harta

10. Yang manakah cara memperoleh kewarganegaraan melalui kuatkuasa undang-undang


A Wilayah yang dimasukkan dalam persekutuan
B Bayi yang lahir di Malaysia sebelum Hari Malaysia
C Berkelakuan baik
D Isteri kepada warganegara

11. Berikut adalah syarat kewarganegaraan secara automatik bagi bayi yang lahir di
Malaysia sebelum Hari Malaysia KECUALI
A Ibu atau bapa ialah warganegara Malaysia / pemastautin tetap.
B Golongan ini menjadi warganegara Malaysia mengikut prinsip Jus Soli, iaitu
kewarganegaraan berdasarkan negara tempat lahir dengan syarat salah seorang
daripada ibu atau bapa ialah warganegara Malaysia / pemastautin tetap.
C Ibu bapa tidak menjadi warganegara di negara lain.
D Ibu atau bapa sedang berkhidmat dengan kerajaan persekutuan.

12. Berikut merupakan cara mendapatkan kewarganegaraan melalui pendaftaran


KECUALI
A Bayi yang lahir di atas kapal / kapal terbang
B Isteri kepada warganegara
C Anak bukan warganegara
D Anak pendatang asing yang lahir di persekutuan keturunan cina dan india.

13. Yang manakah syarat-syarat kewarganegaraan secara naturalisasi atau masukan.


I Seorang berumur 21 tahun atau lebih dan bukan warganegara
II Wilayah tersebut bukan wilayah jajahan atau taklukan
III Parlimen boleh menetapkan penduduk di dalam wilayah tersebut adalah
warganegara
IV Membuat satu akuan sumpah kepada negara dan mengangkat sumpah taat setia
kepada Yang Dipertuan Agong.

A I dan II C I dan IV
B II dan III D III dan IV

14. Yang manakah cara penamatan kewarganegaraan melalui penolakan.


A Tidak setia dalam tindakan dan pertuturan yang boleh mencemar keselamatan
dan kedaulatan negara.
B Derhaka kepada negara atau bersubahat dengan musuh negara semasa
peperangan.
C Tinggal di luar negara melebihi 5 tahun.
D Telah berumur 21 tahun dan telah memperoleh kewarganegaraan negara asing
dan hendak menjadi seorang warganegara negeri lain.
15. Berikut merupakan cara penamatan kewarganegaraan melalui perlucutan KECUALI
A Membuat kenyataan palsu semasa memohon kerakyatan
B Dipenjarakan selama setahun atau lebih setahun tanpa pengampunan.
C Derhaka kepada negara atau bersubahat dengan musuh negara semasa
peperangan.
D Akuan didaftar oleh kerajaan persekutuan

BAHAGIAN B
(15 Markah)

Arahan : Jawab SEMUA soalan.


1. Berikan TIGA perkara utama dalam perlembagaan. (3M)
a. _____________________________________________________________
b. _____________________________________________________________
c. _____________________________________________________________

2. Apakah konsep ketertinggian perlembagaan. (4M)


a. _____________________________________________________________
b. _____________________________________________________________
c. _____________________________________________________________
d. _____________________________________________________________

3. Nyatakan ciri-ciri perlembagaan bertulis. (4M)


a. _____________________________________________________________
b. _____________________________________________________________
c. _____________________________________________________________
d. _____________________________________________________________

4. Jelaskan DUA cara perlembagaan dipinda. (4M)


a. _____________________________________________________________
_____________________________________________________________
b. _____________________________________________________________
_____________________________________________________________

Disediakan oleh :
Pn. Nik Norsamsilawati binti Nik Soh
Guru Pengajian Am
SMK Merotai Besar, Tawau, Sabah
CADANGAN JAWAPAN
BAHAGIAN A

1 A 2 D 3 B 4 A 5 C
6 C 7 B 8 A 9 C 10 B
11 B 12 A 13 C 14 D 15 D

CADANGAN JAWAPAN
BAHAGIAN B

1. Berikan TIGA perkara utama dalam perlembagaan (3M)


a. Keistimewaan raja-raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera
Sabah dan Sarawak.
b. Bahasa Kebangsaan.
c. Agama Rasmi
d. Kewarganegaraan
e. Kebebasan Asasi

2. Apakah konsep ketertinggian perlembagaan. (4M)


a. Merupakan undang-undang tertinggi negara dan sumber kepada semua undang-
undang.
b. Undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia dianggap
terbatal.
c. Parlimen tidak boleh meluluskan undang-undang yang bercanggah.
d. Mahkamah berkuasa membatalkan undang-undang yang bercanggahan.
e. Tiada sebarang institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan
perlembagaan.

3. Nyatakan ciri-ciri perlembagaan bertulis. (4M)


a. Ia meliputi catatan dokumen.
b. Perlembagaan bertulis memberi kuasa kepada parlimen.
c. Perlembagaan bertulis menjadi rujukan apabila berlaku perbezaan antara undang-
undang negeri dan undang-undang persekutuan.
d. Perlembagaan bertulis bertujuan untuk mengatasi kesangsian atau kekeliruan
mengenai sesuatu perkara.
4. Jelaskan DUA cara perlembagaan dipinda. (4M)
a. Suara majoriti 2/3. Boleh dipinda dengan suara majoriti 2/3 dalam tiap-tiap majlis
Parlimen – Perkara 159 (4).
b. Suara majoriti 2/3 bagi Sabah dan Sarawak. Sesetengah perkara yang mempunyai
kepentingan bagi Sabah dan Sarawak, boleh dipinda dengan suara majoriti 2/3
dalam tiap-tiap Majlis Parlimen dan dengan persetujuan Yang Dipertuan mana-
mana negeri (Sabah dan Sarawak).
c. Suara majorit 2/3 Majlis Parlimen. Mendapat suara majoriti 2/3 dari tiap-tiap
Majlis Parlimen dan mendapat keizinan daripada Majlis Raja-raja.
d. Majoriti mudah ahli hadir. Memerlukan majoriti mudah ahli hadir dalam tiap-tiap
majlis parlimen.

Disediakan oleh :
Pn. Nik Norsamsilawati binti Nik Soh
Guru Pengajian Am
SMK Merotai Besar, Tawau, Sabah

You might also like