Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Gangga Negara merupakan sebuah kerajaan Hindu Lama yang telah lenyap.

Berdasarkan buku teks Sejarah Tingkatan Dua, kerajaan Gangga Nagara muncul
pada abad keenam. Walau bagaimanapun, ada pihak yang mengatakan kerajaan
Gangga Nagara telah berfungsi sebagai pusat pelabuhan sejak abad kelima.
Menurut sumber tradisi, pengasas kerajaan Gangga Nagara ialah Raja Ganji
Sarjuna. Manakala, Terdapat pendapat lain yang menyatakan kerajaan Gangga
Nagara ini dibuka oleh Raja Khmer dari Kemboja. Pusat kerajaan ini adalah di
Pangkalan.

Kemasyuhuran kerajaan Gangga Negara bermula pada abad ke-9. Hal ini demikian
kerana kerajaan Gangga Negara kaya dengan hasil bumi seperti emas dan bijih
timah telah menarik kehadiran para pedagang luar.Kerajaan Gangga Negara juga
berjaya mempertahankan kedaulatannya daripada serangan kerajaan Srivijaya.
Kerajaan ini semakim lemah dan akhirnya musnah akibat serangan daripada Raja
Rajendra Chola pertama dari India Selatan pada waktu yang sama kerajaan beruas
muncul

Kedudukan Kerajaan Gangga Negara sentiasa dikaji kerana tidak dapat dikenalpasti.
Menurut buku teks sejarah tingkatan dua,Kedudukan Kerajaan Gangga Negara
terletak di pantai barat bahagian tengah Tanah Melayu. Menurut sejarah Melayu,
kerajaan Gangga Negara terletak di kawasan ke darat Dinding, di dalam negeri
Perak. Dikatakan bahawa Kerajaan Gangga Negara bertempat di atas sebuah bukit
disebabkan kepercayaan mereka. Mengikut kepercayaan mereka, tempat di atas
bukit atau gunung itulah tempat yang suci, tetapi dilihat dari segi strategi, di atas
bukit adalah lebih selamat. Selain itu, mengikut catatan dan lakaran peta kawasan
Semenanjung Tanah melayu yang didapati daripada Ptolemy, kerajaan Gangga
Negara terletak ditanah air kita. Kawasan Gangga Negaramerangkumi kawasan
Pengkalan Baharu, Segari, Beruas, Lembah Kinta, Bidor, Sungai Siput, Pengkalan di
Ipoh serta kawasan-kawasan sekitarnya.

Seterusnya, aspek pentadbiran. Struktur pemerintahan kerajaan Gangga Negara


tidak dicatatkan dengan jelas. Tetapi, terdapat kajian yang menunjukkan kerajaan
Gangga Negara mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Dalam sistem
pemerintahan beraja, raja berkuasa tertinggi dan dibantu oleh para pembesar dalam
urusan pentadbiran. Raja berperanan untuk membangunkan kemajuan perdagangan
dan bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan

Kemudiannya, saya akan membentangkan Gangga Negara dari aspek kegiatan


ekonominya. Masyarakat Kerajaan Gangga Negara telah menjalankan pelbagai
kegiatan ekonomi seperti pertanian, perdagangan, mengutip hasil hutan serta
perlombongan. Gangga Negara mempunyai tanah yang subur untuk kegiatan
pertanian. Ia terkenal sebagai kawasan penanaman padi yang menjadi komoditi
utama pedagang. Selain itu, masyarakat gangga Negara juga melombong emas dan
bijih timah untuk didagangkan. Dengan kekayaan sumber alam, Gangga Negara
mempunyai pelabuhan-pelabuhan yang terletak di pangkalan, lembah kinta, tanjung
rambutan, bidor dan sungai siput. Barang yang didagangkan di pelabuhan adalah
seperti emas, bijih timah, rempah ratus, kapur barus dan damar. Kebijaksanaan
pemerintah mengurus sumber alam dan kegigihan rakyat membuat kerja telah
memaju dan memakmurkan kerajaan gangga Negara pada masa itu.

Kemudiannya adalah aspek agama atau kepercayaan. Kepercayaan awal


masyarakat Kerajaan Gangga Negara ialah animism dan dinamisme yang berkait
rapat dengan alam sekeliling. Animisme ialah kepercayaan bahawa setiap makhluk,
hidupan dan tumbuhan memiliki roh atau semangat manakala dinamisme ialah
kepercayaan terhadap kekuatan yang juga dikenali sebagai semangat. Setelah itu,
masyarakat gangga Negara mula menganut agama Buddha. Terdapat beberapa
Buktinya yang menunjukkan penyebaran agama Buddha di kerajaan ini. Antaranya
ialah penemuan arca-arca Buddha di Lembah Kinta, penemuan patung Buddha
Avalokitesvara di Bidor, perak, patung Buddha yang diperbuat daripada gangsa
setinggi 18 meter di Tanjung Rambutan serta patung-patung Buddha lain di Sungai
Siput dan Pangkalan.

https://sejarahnusantaraef.blogspot.com/2016/11/sejarah-kewujudan-kerajaan-melayu-
lama.html
Pengasas Kerajaan Beruas ialah Malik Almansur yang merupakan seorang putera
dari Acheh yang dibuang negeri oleh kakandanya Sultan Malik Al-Mahmud. Pada
abad ke-15 Masihi, Malik Almansur telah mengasaskan kerajaan Beruas. Kerajaan
Beruas berlokasi di Sungai Dinding, Perak. Kerajaan ini mendapatkan namanya
daripada pokok beruas yang menjadi tempat Malik Almansur berteduh. Jika ingin
lebih tahu, pokok beruas kelihatan hamper sama dengan pokok manggis malahan
buahnya juga turut menyerupai buah manggis.

Berdasarkan catatan sejarah, Beruas adalah salah satu wilayah takluk kerajaan
Gangga Negara. Gangga Negara merupakan sebuah kerajaan Hindu Lama yang
telah lenyap. Ada juga pihak yang berpendapat bahawa kerajaan Gangga Negara
kemudiannya wujud sebagai kerajaan Melayu-Islam yang dikenali sebagai kerajaan
Beruas pada masa kini. Artifak-artifak yang ditemui dapat membuktikan kewujudan
kerajaan Beruas. Artifak-artifak tersebut disimpan di Muzium Beruas sekarang.
Beruas masih wujud pada masa kini dan terletak di negeri Perak

Seterusnya, saya akan menerangkan Beruas dari aspek pentadbiran. Penemuan


makam diraja di kawasan Kampung Kota telah membuktikan kerajaan Beruas
mempunyai kesultanan dan raja pada zaman tersebut. Kedua gambar yang
ditunjukkan adalah gambar makam diraja yang dijumpai. Menurut kajian
Norsharuddin Sapian (2009), Makam-makam diraja tersebut dipercayai adalah milik
Raja Beruas Pertama dan Raja Beruas kedua yang terdapat di tapak pintu gerbang
kerajaan Beruas. Sehingga hari ini, makam-makam diraja tersebut masih dapat
dilihat jelas. Dengan ini, jelaslah bahawa ketika itu wujud pemerintahan diraja yang
menjadi pemimpin kepada kerajaan Beruas ini, Tambahan pula, para arkeologi juga
menemui istana di kawasan Beruas, Bukti ini telah menguatkan fakta yang
dinyatakan ini. Kewujudan makam diraja ini dapat membuktikan kerajaan Beruas
mengamalkan sistem pemerintahan monarki dan diperintah oleh sultan-sultan.
Sultan yang memerintah kerajaan ini adalah daripada keturunan atau waris yang
sama.

Disebabkan kerajaan Beruas merupakan sebuah kerajaan Islam, oleh itu, sultan
berperanan terpenting dalam segala hal agama dan adat istiadat Islam serta istana.
Pada masa sekarang, walaupun Beruas tidak lagi menggunakan sistem
pemerintahan monarki, sumbangan sultan pada masa itu amat besar dan tidak dapat
dilupai kerana Sultan berperanan sebagai pendamai dan pengaman dalam kerajaan
itu. Sultan yang bertindak sebagai hakim tertinggi telah menjamin keselamatan serta
kesejahteraan kerajaan. Hal ini telah menjadikan kerajaan Beruas tidak mengalami
kepupusan atau lenyap pada masa itu.

https://iluminasi.com/bm/kisah-kerajaan-gangga-negara-nenek-moyang-orang-perak-
zaman-dahulu.html
https://www.waktusolat.net/khai79.blogspot.com/2011/07/kerajaan-gangga-negara-
yang-hilang.html

http://sazaliman.blogspot.com/2010/09/kerajaan-melayu-kuno-gangga-negara.html

You might also like