Pemonitoran Masalah Pencemaran Air Sisa Ternakan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

Pollution and Monitoring 1

Pemonitoran Masalah Pencemaran: Permasalahan Air Sisa


Ternakan Lembu Ke Persekitaran & Penyelesaiannya Secara
Kaedah Fitoremediasi
Santharasekaran Subramaniam dan Husni Ibrahim
Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
: ssantharasekaran@yahoo.com

Diterima untuk diterbitkan pada: 16 OGOS 2012

1.0 Pengenalan

Air adalah unsur yang cukup penting di permukaan bumi ini (Moel et. al., 2007). Malaysia
kaya dengan sumber air kerana menerima hujan yang banyak iaitu melebihi 2000mm dalam
setahun. Sumbernya adalah air sungai, tasik dan air bawah tanah. Air bawah tanah hanya
memenuhi 6% daripada keperluan negara. Kebanyakan kawasan banjaran turut menjadi
kawasan tadahan dan punca utama sungai di Malaysia. Olesen (2001), menyatakan air
merupakan bahan semulajadi alam yang mempunyai kualiti dan sifat yang unik. Air juga
merupakan sumber keperluan asas bagi semua hidupan di dunia ini. Noor Azam (2000),
menyatakan, manusia mungkin masih boleh hidup dengan selesa tanpa bekalan elektrik
mahupun telefon dalam beberapa hari tetapi tidak tanpa air yang bersih. Tanpa air, tiada
hidupan yang dapat wujud di dunia ini.

Dianggarkan keluasan sebanyak 510 juta km persegi permukaan bumi diliputi oleh air;
namun hanya 0.5% sahaja dalam bentuk air segar dapat digunakan oleh manusia.
Pencemaran akibat aktiviti dan pembangunan manusia telah mengakibatkan bekalan air
bersih terancam. Sungai merupakan sumber air mentah utama di negara kita iaitu 97%. Pada
tahun 2006 sahaja, sungai membekalkan 7000 juta liter air sehari dan dijangka akan
meningkat lebih 16,000 juta liter sehari menjelang 2050. Isu yang seringkali berbangkit
berkaitan sungai adalah pencemaran sungai. Kurang separuh daripada 146 batang sungai di
seluruh negara dikategorikan sebagai bersih manakala 15 lagi tercemar teruk dan 9 lagi
dikategorikan sebagai sungai mati.

Tidak dinafikan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan sumber air dapat
memenuhi kehendak dan permintaan rakyat bagi membolehkan manusia menjalankan aktiviti
harian. Namun punca pembangunan yang membawa kepada kemajuan negara menyebabkan
masalah pencemaran alam sekitar kian berleluasa (Rahmani, 2008). Masalah ini juga
mengakibatkan berlakunya kerosakan sistem sungai yang membekalkan sumber air mentah
kepada rakyat. Meskipun sumber air tidak pupus, tetapi air yang dapat digunakan oleh
manusia dengan selamat adalah semakin berkurangan (Morgan et.al., 2008).

2.0 Pembangunan Komoditi Penternakan di Malaysia

Komoditi utama stok hidup di Malaysia adalah penternakan lembu, kambing, itik dan khinzir
merujuk kepada data pengeluaran hasilan ternakan (Rajah 2.1). Industri penternakan semakin
lama berkembang pesat bagi memenuhi keperluan bahan makanan negara di samping
mengurangkan nilai import dari luar negara. Permintaan daging kambing di Malaysia sentiasa
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 – 20 September 2012
Pollution and Monitoring 2

meningkat. Pada tahun 2004 keperluan daging kambing tempatan hanya pada tahap 9.03%
saradiri sahaja manakala selebihnya Malaysia bergantung kepada eksport. Corak ini
meningkat tetapi hanya pada tahap 24.4% sahaja menjelang tahun 2010. Industri penternakan
kambing pula dijangka berkembang pesat di Malaysia dengan pertumbuhan pada kadar 6.7%
setahun untuk tempoh dari 2006 hingga 2010.

Polisi Pengeluaran Kambing Kebangsaan mensasarkan pengeluaran 4.96 juta ekor dengan
1.99 juta untuk penternakan kambing menjelang 2015. Ini menunjukkan peluang yang begitu
luas dan berpotensi untuk pengeluar-pengeluar daging kambing tempatan. Secara amnya di
Malaysia (Rajah 3.1.1), industri penternakan adalah seperti berikut penternakan ayam daging
(33%), ayam telur (31%), lembu (7%), kambing (2%) dan khinzir (27%) pada tahun 2009.

Rajah 2.1 : Komoditi Utama Stok Hidup Di Malaysia

Komoditi Utama Stok Hidup Di Malaysia

Ayam Telur Ayam Daging


31% 33%

Lembu
7%
Khinzir
Kambing
27%
2%

Sumber : Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia (2009)

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|


Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 – 20 September 2012
Pollution and Monitoring 3

Jadual 2.1 : Data Malumat Bancian Penternakan Kerbau, Lembu, Kambing, Biri-
Biri & Khinzir Di Malaysia (JPH 2009)
BANCIAN KERBAU, LEMBU, KAMBING, BIRI-BIRI DAN BABI
1992 - 2009
Lembu
Tenusu Jumlah
Tahun Kerbau Kambing Biri-biri Babi
Pedaging Kacukan Lembu
LID
Tenusu
1992 15,011 23,420 14,261 6,846 44,527 37,394 26,193 414,342
1993 13,900 22,214 14,641 7,790 44,645 36,838 19,323 435,534
1994 13,824 23,708 12,242 7,548 43,498 33,824 14,221 601,479
1995 12,263 24,267 10,075 5,258 39,600 27,704 10,616 563,955
1996 13,542 23,508 9,450 6,068 39,026 28,640 7,488 566,518
1997 14,131 23,335 10,045 4,161 37,541 25,420 5,172 609,091
1998 13,982 28,533 7,688 2,054 38,275 25,360 5,418 558,463
1999 11,924 28,480 8,111 2,232 38,823 24,814 5,191 387,438
2000 10,922 33,926 4,724 1,789 51,361 24,224 3,298 432,447
2001 12,069 38,752 2,184 1,458 42,394 24,652 3,368 461,112
2002 11,880 40,882 2,522 1,434 44,838 26,232 3,090 472,384
2003 12,896 46,538 2,822 1,546 50,906 28,902 3,807 441,859
2004 13,369 46,385 2,068 2,418 50,871 31,297 3,677 436,586
2005 14,059 44,792 2,079 1,941 48,812 28,877 3,488 446,187
2006 17,376 47,557 1,955 1,815 51,327 29,249 2,951 479,902
2007 15,469 49,218 1,560 2,240 53,018 39,985 2,485 489,095
2008 16,617 58,918 1,217 3,380 63,515 47,436 3,331 479,100
2009 17,073 60,959 706 3,457 65,122 50,977 3,692 514,678

Jadual 2.2 : Data Malumat Bancian Penternakan Ayam Di Malaysia (JPH 2009)
BANCIAN TERNAKAN AYAM 1992 - 2009
Penelur Pedaging Kampung Pembiak Pembiak Pembiak
Tahun Kecil-kecilan Jumlah
Komersil Komersil Komersil Pedaging Penelur Kampung
1992 2,005,855 4,398,540 - 743,386 310,150 20,000 - 7,477,931
1993 2,357,845 6,261,626 - 731,393 293,693 25,000 - 9,669,557
1994 2,454,424 7,157,121 - 660,184 308,869 25000 - 10,605,598
1995 2,387,838 11,372,700 - 648,742 692,000 10,000 - 15,111,280
1996 2,590,110 11,483,408 - 549,972 909,800 - - 15,533,290
1997 2,267,587 10,356,100 - 1,109,035 549,236 - 54,500 14,336,458
1998 2,265,000 9,445,700 466,500 1,351,165 600,750 - 32700 14,161,815
1999 2,270,200 9,909,360 670,613 9,65,454 511,832 - 40,070 14,367,529
2000 2,607,376 11,400,950 762,650 540,930 653,935 - 74,930 16,040,771
2001 2,249,400 14,090,180 694,150 528,821 652,095 - 49,000 18,263,646
2002 2,462,956 13,994,680 698,000 461,012 881,000 - 65,750 18,563,398
2003 2,905,100 15,473,790 814,000 525,751 983,000 - 56,050 20,757,691
2004 3,136,500 15,922,400 949,000 504,640 930,000 70,000 46,000 21,558,540
2005 3,706,400 15,580,700 943,000 434,100 931,000 70,000 27,000 21,692,200
2006 3,690,500 16,474,200 933,400 545,732 1,457,000 70,000 41,000 23,211,832
2007 3,950,500 16,931,200 938,260 530,838 1,457,000 70,000 44,000 23,921,798
2008 4,286,398 20,072,200 937,930 577,915 1,282,500 75,000 41,000 27,272,943
2009 4,588,100 25,663,226 966,103 717,861 1,637,000 75,000 44,000 33,691,290
Sumber : Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia (2009)
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 – 20 September 2012
Pollution and Monitoring 4

Jadual 2.3 : Data Malumat Bancian Penternakan Itik Di Malaysia (JPH 2009)
BANCIAN TERNAKAN ITIK 1992 - 2009
Penelur Pedaging Pembiak Pembiak
Tahun Kecil-kecilan Jumlah
Komersil Komersil Pedaging Penelur
1992 162,460 1,824,620 68,204 - 4,700 2,059,984
1993 144,900 1,765,500 80,898 2,000 - 1,993,298
1994 178,000 1,820,000 70,665 2,680 1,301 2,072,646
1995 191,500 2,582,000 79,026 12,056 - 2,864,582
1996 167,500 1,299,100 72,986 13,500 - 1,553,086
1997 182,100 1,801,180 75,189 15,600 - 2,076,066
1998 188,000 2,995,290 69,877 18,400 - 3,271,567
1999 196,000 3,294,760 69,450 15000 - 3,575,210
2000 141,200 3,476,565 78,000 30,000 - 3,725,765
2001 245,149 4,403,995 60,350 18,000 - 4,727,494
2002 298,000 4,489,995 44,873 25,000 - 4,857,868
2003 308,000 4,531,334 41,710 27,000 - 4,908,044
2004 531,200 4,838,535 44,508 37,000 - 5,451,243
2005 547,000 4,508,600 - 137,000 6,000 5,198,600
2006 623,000 4,560,600 14,661 140,000 6,000 5,344,261
2007 513,000 4,598,000 2,193 115,000 6,000 5,234,193
2008 603,200 3,760,260 2,720 105,900 17,500 4,489,580
2009 472,000 4,624,100 16,766 95,000 8,000 5,215,866

Jadual 3.1.4 : Data Bancian Penternakan Pelbagai Ternakan Di Malaysia


BANCIAN ANIKA HAIWAN 1992 - 2009
Ayam Ayam Ayam Ayam Burung Kura -
Tahun Angsa Merpati Puyuh Arnab Rusa Kuda Katak
Selasih Belanda Mutiara Katik Unta Kura
1992 3,083 4,300 87,800 - - - - 12,447 411 788 - - -
1993 2,360 4,031 16,100 - - - - 8,733 859 763 - - -
1994 2,253 3,000 69,536 - - - - 4,181 1,068 762 - - -
1995 3,007 2,500 92,399 - - - - 170 1,069 802 18 - -
1996 3,142 1,083 49,131 - - - - 39 1,568 811 281 - -
1997 3,344 2,136 145,047 - - - - 57 1,898 946 306 - -
1998 2,485 2,580 92,500 - - - - 15 2,931 985 315 146,000 1,477,200
1999 2,939 6,720 66,000 500 550 1,200 150 222 3,230 817 1,421 82,000 2,414,400
2000 16,845 2,460 109,000 270 1,270 1,450 - 147 3,528 931 1,430 140,000 2,360,000
2001 3,091 4,800 91,200 - 1,325 1,380 - 882 2,658 955 933 200 5,000
2002 3,734 8,158 121,000 781 1,764 1,014 1,227 1,044 3,280 948 818 58,000 330,000
2003 4,280 9,100 194,750 655 2,709 1,790 3,057 1,085 3,086 805 453 54,000 330,000
2004 4,021 9,756 212,055 650 1,782 1,940 2,513 1,085 3,697 867 434 53,000 140,000
2005 4,420 8,450 224,000 1,180 3,185 1,940 2,190 800 3,257 6 338 - -
2006 1,023 4,235 151,300 500 500 934 904 273 4,438 956 135 - 130,000
2007 434 1,554 71,752 - 240 245 32 365 4,497 927 109 - 80,490
2008 970 2,310 131,500 200 481 40 380 1,200 4,939 958 95 - 50,000
2009 985 3,823 133,043 479 2,203 148 442 1,666 5,119 983 110 - 55,000
Sumber : Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia (2009)

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|


Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 – 20 September 2012
Pollution and Monitoring 5

3.0 Industri Lembu Di Malaysia

Pengeluaran daging lembu dalam negara masih ditahap yang rendah dengan kadar sara diri
pengeluaran daging lembu dianggarkan hanya 23% pada tahun 2005. Oleh itu negara masih
bergantung sumber bekalan daging dari luar negara. Permintaan daging dan susu lembu
sentiasa meningkat bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan domestik dan keperluan
industri pemprosesan daging. Kementerian Pertanian dan Industri Tani (MOA) telah
mengujudkan Dasar Pengeluaran Daging Lembu Negara sebagai garis panduan dalam
meningkatkan pengeluaran daging. Dua objektif utama dasar tersebut adalah untuk
meningkatkan populasi ternakan lembu kepada 1.3 juta ekor menjelang tahun 2010 dan
meningkatkan pengeluaran daging lembu daripada 18% kepada 28% kadar sara diri (SSL)
dengan pengeluaran sebanyak 45,000 tan metrik daging pada tahun 2010.

Rajah 3.1 : Konsep Pelaksanaan PFN

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, kerajaan telah meluluskan peruntukan RM80 juta untuk
membangunkan Program Fidlot Nasional (PFN). Peruntukan ini akan digunakan untuk
pembangunan Pusat Fidlot Nasional di Gemas sebanyak RM40 juta dan selebihnya bagi
pembangunan ladang-ladang satelit fidlot di seluruh negara. Konsep pelaksanaan Program
Fidlot Nasional adalah berkonsepkan pembangunan industri bersepadu dan menjadi ladang

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|


Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 – 20 September 2012
Pollution and Monitoring 6

utama penternakan lembu secara fidlot iaitu secara besar-besaran seluas 5000 ekar di Gemas,
Negeri Sembilan.

Manakala anggaran seramai 310 pengusaha fidlot di ladang-ladang satelit di seluruh


Semenanjung Malaysia bagi memenuhi Program Fidlot Nasional (PFN). Rajah 3.1
menunjukkan merupakan sistem pelaksanaan Program Fidlot Nasional (PFN). Bagi
pengusaha fidlot di ladang-ladang satelit, mereka perlu mengusahakan tanah mereka sendiri
secara sewa atau persendiriaan sekurang-kurangnya seluas 5 ekar untuk memelihara 200 ekor
lembu fidlot sepusingan dengan 3 pusingan setahun. Manakala pelaksanaan PFN secara
besar-besaran terdiri daripada beberapa syarikat kontrak yang beminat dengan mengusahakan
20 000 ekor, 3000 ekor dan 300 ekor lembu fidlot sepusingan secara kontrak dengan 3
pusingan setahun.

Jadual 3.1 : Bancian Ternakan Lembu Di Malaysia (1992-2009)


Tahun Pedaging Tenusu Kacukan Tenusu Jumlah
1992 23,420 14,261 6,846 44,527
1993 22,214 14,641 7,790 44,645
1994 23,708 12,242 7,548 43,498
1995 24,267 10,075 5,258 39,600
1996 23,508 9,450 6,068 39,026
1997 23,335 10,045 4,161 37,541
1998 28,533 7,688 2,054 38,275
1999 28,480 8,111 2,232 38,823
2000 33,926 4,724 1,789 51,361
2001 38,752 2,184 1,458 42,394
2002 40,882 2,522 1,434 44,838
2003 46,538 2,822 1,546 50,906
2004 46,385 2,068 2,418 50,871
2005 44,792 2,079 1,941 48,812
2006 47,557 1,955 1,815 51,327
2007 49,218 1,560 2,240 53,018
2008 58,918 1,217 3,380 63,515
2009 60,959 706 3,457 65,122
Sumber : Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia ( Dikemaskini: Jumaat, 23 April 2010)

4.0 Konsep Pencemaran Air

“Kita tidak mewarisi bumi kita in daripada nenek moyang kita, tetapi sebaliknya kita
hanya meminjamnya daripada anak cucu kita…..”. Begitulah sebahagian terjemahan kata-
kata Chief Seattle yang berpesan agar semua pihak bertanggungjawab dalam memelihara
alam sekitar dan tidak merosakkan alam sekitar sewenang-wenangnya dalam apa jua cara
untuk mengelakkan kesan buruk kepada generasi yang akan datang.

Akta Kualiti Alam Sekeliling mendefinasikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak
langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia atau biologi mana-mana bahagian alam
sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan bahan buangan hingga
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 – 20 September 2012
Pollution and Monitoring 7

menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah, menyebabkan suatu keadaan yang merbahaya atau
mungkin merbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam, atau kepada
binatang, burung, hidupan liar, ikan atau hidupan dalam air, atau kepada tumbuh-tumbuhan
atau menyebabkan suatu pelanggaran terhadap apa-apa syarat, atau sekatan yang dikenakan
ke atas sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah akta ini (Era Hijau JAS, 2000).

4.1 Kualiti Air Dan Standardnya

Kualiti air dikaitkan dengan istilah fresh, dirty dan potable. Ianya juga merupakan
tindakbalas komposisi air kepada semua kemungkinan input dan proses sama ada bersifat
natural atau budaya. Kualiti air diukur berdasarkan sifat kimia, biologi dan fizikal air
menyebabkan air tersebut tidak sesuai digunakan dan ini memberi kesan kepada hidupan
organisma. Parameter air dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu:

1. Parameter kimia - bahan organik dan tidak organik


2. Parameter fizikal - warna, suhu, buih, pepejal terampai dan kekeruhan
3. Parameter biologi - bakteria, protozoa dan fitoplankton
4. Parameter fisiologi - rasa dan bau (estetika)

Kualiti air boleh bergantung kepada keupayaannya untuk bertindak balas ke atas input dan
proses yang berlaku. Sekiranya badan air tidak berupaya untuk mengekalkan keadaan
seimbang (keseimbangan dinamik) komposisi-komposisi air, maka kualiti air akan
mengalami kemerosotan kualiti. Kemerosotan kualiti inilah yang dinyatakan sebagai
pencemaran. Kemerosotan kualiti air boleh dibahagikan kepada:

1. Pollution - merujuk kepada gangguan secara mendatangkan impak ke


atas air yang bagi kegunaan berfaedah walaupun tidak
membahayakan kesihatan.
2. Contamination - kerosakan air yang menyebabkan bahaya kepada kesihatan
manusia.
3. Nuisance - merujuk kepada kekeruhan dan kekotoran yang disebabkan
oleh amalan tidak praktikal ke atas pelupusan kumbahan
dan sisa industri.

Mengikut konteks negara kita Malaysia, air dikatakan tercemar apabila ia mempunyai nilai
kualiti paras III seperti yang dicadangkan dalam laporan, ‘Water Criteria and Quality
Standard For Malaysia (Volume. I-V)’, yang telah dihasilkan oleh Consultant Group On
Water Quality, Institute Of Advanced Studies University of Malaya, Kuala Lumpur.

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|


Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 – 20 September 2012
Pollution and Monitoring 8

Jadual 3.1 : Bancian Ternakan Lembu Di Malaysia (1992-2009)


Organisma Penyakit Catatan
Bakteria
Escherichia coli Gastroenteritis Diarea (cirit-birit)
Legionella Legionellosis Penyakit masalah pernafasan
pneumophila
Leptospira (150 spp.) Leptospirisis Sakit kuning (Jaundice) & demam (penyakit
Weil)
Salmonella typhi Demam kepialu Demam tinggi, cirit-birit, pemborokan usus
kecil
Salmonella (1700 Salmonellosis Keracunan makanan
spp.)
Shigella (4 spp.) Shigellosis Disenteri Bacillus
Vibrio cholerae Kolera Diarea yang melampau dan dehidrasi
Protozoa
Balantidium col. Balantiadiasis Diarea dan disenteri
Cryptosporidum Cryptosporidiosis Diarea
parvum
Giardia lamblia Giardiasis Diarea, rasa mual & tidak kecernaan
Virus
Adenovirus (31 jenis) Pernafasan Sesak
Enteroviruses (60 Gastroenteritis
jenis)
Hepatitis A Hepatitsi Jangkit Penyakit kuning & demam
Norwalk agent Gastroenteritis Muntah
Reovirus, Rotavirus Gastroenteritis
Organisma Penyakit Catatan

Helminths
Ascaris lumbricoides Ascariasis Gerumut cacing bulat
Entrobius vericularis Entrobiasis Cacing pin
Hymenolepis nana Hymenolepiasi Cacing pita pada manusia dan haiwan
Taenia saginata Taeniasis Cacing pita pada lembu
T. solium Taeniasis Cacing pita pada khinzir

Sumber: Metacalf & Eddy, 1991

4.2 Pencemaran Oleh Air Sisa Ternakan

Air sisa ternakan adalah air sisa buangan daripada kegiatan penternakan seperti usaha
pemeliharaan ternakan, tapak penyembelihan ternakan dan pengolahan produk ternakan
(Sihombing, 2003). Hidayutllah et. al., (2003), juga menekankan air sisa ternakan meliputi
sisa ternakan pejal dan cair seperti air kencing haiwan, najis buangan, sisa makanan, embrio,
kulit telur, lemak, darah, bulu, kuku, tulang dan sebagainya. Metacalff & Eddy (2004),
menyatakan pengurusan air sisa penting sebelum mengalir terus ke persekitaran kerana air
sisa boleh membawa permasalahan kesihatan serta memudaratkan persekitaran jika tidak
dirawat secara betul (Toet, 2005).

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|


Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 – 20 September 2012
Pollution and Monitoring 9

Rajah 4.2.1 : Punca Pencemaran Air Di Malaysia

Aktiviti
Ternakan
Khinzir,
16.70%
Industri Aktiviti
Pembuatan, Berasaskan
37.50% Pertanian,
3.50%

Kumbahan,
42.30%

Sumber: Jabatan Alam Sekitar (2009)

Air kumbahan lembu lazimnya terdiri daripada pecahan organik terdiri daripada protein,
karbohidrat dan lemak. Sebatian-sebatian ini terutamanya karbohidrat dan protein menjadi
makanan yang baik untuk bakteria. Najis dan air kencing yang terdapat dalam sebatian
kumbahan mengandungi berjuta-juta bakteria usus dan sebilangan kecil organisma lain.
Kebanyakan organisma-organisma ini tidak berbahaya bahkan ia penting untuk aktiviti di
dalam air sisa itu sendiri, contohnya membiorosot bahan organik dan bukan organik kepada
bentuk yang lebih ringkas dalam loji olahan kumbahan (Mara, 1976).

Kumbahan baru merupakan cecair kelabu dan keruh yang mempunyai bau tanah tetapi tidak
menyinggungkan. Ia juga mengandungi pepejal-pepejal kasar yang terapung atau terampai.
Kumbahan kelihatan kotor dan kandungnya berbahaya, terutamanya kerana bilangan
organisma-organisma yang boleh menyebabkan penyakit (patogen) yang terkandung di
dalamnya. Di Malaysia kawalan air sisa ternakan bagi pengusaha atau penternak kecil agak
kurang dipantau dimana mereka melepaskan terus air sisa ternakan ke dalam sungai atau
aliran air permukaan (Shin Jeong Hoon, et. al., 2005). Terdapat banyak negara maju seperti
Korea Selatan dan Amerika yang sudah mempunyai peraturan dan pemantauan terperinci
untuk mengawal pelepasan air sisa ternakan sebelum dialirkan ke dalam sungai mahupun air
permukaan.

Air sisa ternakan mentah perlu dirawat di loji penapisan air sisa ternakan sebelum dilepaskan
ke permukaan bumi (Lansing & Martin 2006). Kebiasaannya ia diuruskan oleh pihak
syarikat persendirian yang besar atau dikendalikan oleh pihak kerajaan. Manakala
pengusaha-pengusaha ternakan secara kecil-kecilan perlu membayar dengan harga yang
berpatutan bagi menjana air sisa ternakan untuk dirawat secara bersepadu ( Ting Teo Ming,
et. al., 2007).

Air sisa mempunyai potensi untuk mengancam kualiti air (Howard, 1997). Pengaliran air
larut lesap dan penyusupannya ke dalam aliran air permukaan dan aliran air bumi, merupakan
salah satu punca masalah pencemaran ke atas bekalan air pada masa kini (McBean et. al.,
1995). Bagi menghalang permasalahan persekitaran ini, rawatan insentif semestinya perlu
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 – 20 September 2012
Pollution and Monitoring 10

agar air sisa dapat ditakung dan dirawat selamat sebelum dilepaskan ke aliran air semulajadi
(Sartaj, 2001). Sistem rawatan secara konvensional yang biasa dijalankan adalah secara
sistem fizikal-kimia secara putaran kembali ke atas air sisa bagi rawatan secara biologi (El-
Gendy, 2003).

Rawatan secara fizikal-kimia adalah berasaskan rawatan daripada segi pencampuran bahan
kimia untuk merawat bahan terampai, fosforus, logam berat dan nitrogen (Parades, 2003).
Proses rawatan secara fizikal-kimia juga dapat merawat sebatian bahan toksik dengan baik
daripada air larut lesap (Shams Khorzani, et. al. 1994). Manakala kolam pengoksidaan secara
kimia sahaja berupaya untuk merawat COD, iron dan warna (Ho, et. al. 1974). Namun
sistem rawatan ini agak sukar untuk diuruskan dan memerlukan tenaga buruh yang mahir
serta kos pengurusan yang tinggi. Sesetengah proses tersebut memerlukan pengendalian
rawatan yang lebih teliti sebelum dapat dialirkan ke persekitaran semulajadi (Britz, 1995).

Alternatifnya, tanah bencah buatan dilihat begitu sesuai sebagai satu kaedah rawatan air sisa
yang paling efektif pada masa kini, lebih-lebih lagi jika kos perolehan tanahnya lebih murah
(Chcye, 2002). Sitem rawatan tanah bencah juga dapat mengawal dan merawat lebih
daripada satu bahan cemar secara berkesan. Oleh itu, penggunaan tumbuhan akuatik iaitu
spesies sebagai pemerangkap bahan cemar bagi merawat air sisa secara sistem tanah bencah
buatan yang mana sistem ini kurang kos dan pengurusannya (El Gendy, 2003). Jenis sistem
tanah bencah buatan dalam penyelidikan ini adalah sistem aliran air permukaan iaitu free
water surface (FWS).

Walaupun air sisa ternakan digunakan semula sebagai baja untuk tumbuhan, ia tetap
menjejaskan kualiti air kesan daripada larian air permukaan dan larut lesap. Apabila kadar
pemberian air sisa ternakan melebihi kadar pengambilan oleh tumbuhan, lebihan air sisa
ternakan berpotensi tinggi untuk mencemarkan air semulajadi ( Ting Teo Ming, et. al., 2007).
Sisa ternakan boleh memberi kesan terhadap kualiti air jika mengalir terus ke dalam sungai.
Kesannya lebih teruk jika isipadu dan frekuensi effluen sangat tinggi. Air sisa ternakan
berupaya untuk dijadikan nutrien dan berkebolehan digunakan untuk pertanian. Namun jika
air sisa ternakan diaplikasikan pada tahap yang melebihi paras ambilan tumbuhan; air sisa
ternakan ini masih boleh menyusup ke dalam air larian permukaan mahupun air bawah tanah
sebagai air larut lesap (Innes, 2000).

Kebanyakan air di Malaysia diambil dan digunakan daripada air takungan dan sungai namun
kualitinya masih ditahap kurang baik. Antaranya ialah masalah pelepasan air industri,
kumbahan dan air sisa domestik, air sisa ternakan dan sebagainya ( Ting Teo Ming, et. al.,
2007). Rajah 4.02 di bawah menunjukkan punca-punca pencemaran di persekitaran.
Kandungan tinggi bahan cemar di dalam air sisa ternakan adalah pepejal terampai (SS),
COD, BOD dan nitrogen yang mana boleh mencemarkan air permukaan ( Ting Teo Ming,
et. al., 2005).

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|


Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 – 20 September 2012
Pollution and Monitoring 11

atmosfera

Industri logam
Industri kimia manusia
Industri senjata
Kenderaan
Pusat tenaga fosil
Racun serangga

tumbuhan haiwan

Buangan air ladang haiwan


Buangan air pertanian
Buangan air kumbahan
Buangan sisa pepejal
Buangan air industri
Buangan air perumahan
Buangan air bandaran

Ekosistem air Bumi

Rajah 4.2.2 : Pengaliran Logam-Logam Berat Di Persekitaran (Ahmad Ismail, 1992)

5.0 Kesan Pencemaran Air Sisa Ternakan Lembu Terhadap Persekitaran

Peraturan kualiti alam sekitar telah menggariskan piawai bagi pelepasan air sisa daripada
sumber bertitik kepada dua piawai iatu Piawai A dan Piawai B. Piawai A menunjukkan
aliran air di hulu sungai atau sumber air manakala Piawai B pula menunjukkan kepada aliran
hilir sungai.

Keperhatinan masyarakat mengenai kualiti alam sekitar adalah amat peka dan merupakan
sesuatu yang sensitif. Had-had parameter yang termaktub dalam kawalan dan piawaian Akta
Kualiti Alam Sekeliling adalah seperti ditunjukkan di Jadual 5.0.

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|


Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 – 20 September 2012
Pollution and Monitoring 12

Jadual 5.1. : Piawaian Parameter Pelepasan Air Kumbahan Domestik/Industri 1979


PARAMETER UNIT PIAWAIAN A PIAWAIAN B

Suhu ºC 40 40
pH pH 6.0-9.0 6.0-9.0
BOD mg/L 20 50
COD mg/L 50 100
SS mg/L 50 100
Ammonia mg/L - -
Nitrogen mg/L - -
Raksa mg/L 0.005 0.05
Kadmium mg/L 0.01 0.02
Kromium mg/L 0.05 0.05
Heksavalen - -
Arsenik mg/L 0.05 0.05
Sianida mg/L 0.05 0.01
Plumbum mg/L 0.1 0.5
Kromium mg/L 0.2 0.1
Trivalens - -
Kuprum mg/L 0.2 0.1
Mangan mg/L 0.2 0.1
Nikel mg/L 0.2 0.1
Timah mg/L 0.2 0.1
Zink mg/L 1 1
Boron mg/L 1 4
Besi mg/L 1 5
Fenol mg/L 0.001 1
Klorin Bebas mg/L 1 2
Sulfida mg/L 0.5 0.5
Minyak & Gris mg/L Tiada kesan 10
Sumber: Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekililing (Kumbahan & Efulen Industri) 1979

Nota:
Piawaian A : Jika kolam hasil buangan fidlot terletak di dalam kawasan tadahan.
Piawaian B : Jika kolam hasil buangan fidlot terletak di luar kawasan tadahan.

Disamping sistem pemasaran yang kompetitif dan mengamalkan perdagangan bebas, maka
pengurusan sisa buangan/kumbahan dari ladang fidlot yang effisen adalah sangat penting.
Piawaian air buangan dari kandang fidlot terdiri daripada air cucian kandang dan tahi lembu.
Di Malaysia, nyahcas air buangan dikawal dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 iaitu
mengguna pakai Peraturan Kualiti Alam Sekeliling: Effluen, Kumbahan dan Industri, 1979.
Keperhatinan masyarakat mengenai kualiti alam sekitar adalah amat peka dan merupakan
sesuatu yang sensitif. Disamping sistem pemasaran yang kompetitif dan mengamalkan
perdagangan bebas, maka pengurusan sisa buangan/kumbahan dari ladang fidlot yang efisyen
adalah sangat penting. Air buangan dari kandang fidlot terdiri daripada air cucian kandang
dan tahi lembu.

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|


Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 – 20 September 2012
Pollution and Monitoring 13

Di Malaysia, nyahcas air buangan dikawal di kawal dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling,
1974 - mengguna pakai Peraturan Kualiti Alam Sekeliling : Effluen, Kumbahan dan
Industri,1979. Had-had parameter yang termaktub dalam kawalan dan piawaian Akta Kualiti
Alam Sekeliling adalah sepertimana ditunjukkan di Jadual 5.1.

5.1 Ciri-ciri sisa buangan fidlot

Pengurusan najis boleh dibahagikan kepada pengolahan sebagai "pepejal" atau "air buangan".
Dalam pengolahan pepejal (solid handling), kuantiti air yang digunakan adalah minimum.
Objektif utamanya adalah untuk menstabilkan najis supaya boleh digunakan (contoh sebagai
baja tanaman) tanpa risiko kesihatan/penyakit. Apabila air buangan atau "slurry" telah
terbentuk kerana pencairan, maka cara pengolahan air pula diperlukan untuk mengurangkan
potensi pencemaran di sungai atau saliran. Kandungan tahi lembu bergantung kepada
kandungan bahan makanan yang telah diberi. Walau bagaimanapun, pada umumnya ciri-ciri
tahi lembu fidlot adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.1.1 di bawah.

Jadual 5.1.1 : Ciri-Ciri Najis/Tahi Lembu


Parameter Peratus (%)

Jumlah bahan pejal 3–6


Jumlah voltalite pejal 80-90
Jumlah Kjedahl nitrogen 2-4
Sellulosa 15-20
Lignin 5-10
Separa Sellulosa 20-25

Sumber : Jabatan Alam Sekitar 2009

5.2 : Ciri-Ciri Air Buangan Dari Kandang Lembu

Air buangan terbentuk daripada air kencing dan air cucian najis/tahi lembu dari kandang
fidlot. Setengah bahan terlarut dalam air dan apa yang dikeluarkan ialah "slurry".
Jadual 5.1.2 menunjukkan ciri-ciri air buangan yang biasa dihasilkan oleh ladang ternakan
lembu fidlot. Jika dibandingkan dengan piawaian yang terkandung dalam Jadual 5.1 di atas,
potensi pencemaran air buangan fidlot adalah sangat tinggi.

Jadual 5.1.2 : Ciri-Ciri Air Buangan Ladang Fidlot


Parameter Nilai (mg/L)

Jumlah bahan pejal (TS) 3–6


BOD 5000-9000
COD 3000-6000
Jumlah Kjedahl nitrogen 2000-3000
Ammonia-Nitrogen (AN) 500

Sumber : Jabatan Alam Sekitar 2009

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|


Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 – 20 September 2012
Pollution and Monitoring 14

6.0 Tanah Bencah Buatan

Kewujudan tanah bencah buatan bukanlah untuk menggantikan tanah bencah semulajadi
tetapi bertujuan untuk meningkatkan kualiti air dengan meminimumkan pencemaran sumber
bertitik (point sources) dan sumber tak bertitik (non-point sources) sebelum air sisa dan air
larian permukaan memasuki aliran sungai (receving water). Tanah bencah buatan merupakan
suatu teknik ekonomi yang boleh dilaksanakan dalam proses mengolah air sisa dan air
permukaaan berbanding teknik yang lain. Faktor-faktornya adalah:

a) Tanah bencah buatan adalah lebih murah daripada proses olahan yang lain (Morgan,
et.al., 2008).
b) Kos yang rendah serta ekonomik dalam pengurusan, pembinaan dan
penyelenggaraanya.
c) Mempunyai keupayaan yang tinggi dalam menyingkirkan bahan-bahan cemar.
(Bastviken, 2005 & USEPA 2003).
d) Lebih estetik untuk dipandang (United Nations News, 2000).
e) Operasi dan penyelenggaraan pada satu-satu masa sahaja yang berkaitan.
f) Pembinaan tanah bencah buatan berdasarkan landskap yang lebih harmoni yang mana
tidak akan meninggalkan kesan yang buruk ke atas persekitaran sekeliling.
g) Tanah bencah buatan juga dapat mengolah air sisa dengan beban bahan organik yang
rendah, yang mana air sisa ini tidak sesuai untuk olahan menggunakan sistem enap
cemar teraktif (An, et. al., 2002).
h) Mesra alam (Lin, et. al. , 2005)

Berdasarkan paparan jurnal ‘Wetland System For Water Pollution Control 2000’, didapati
bahawa sistem tanah bencah buatan adalah lebih efektif daripada sistem kolam tahanan dalam
kawalan dan pengolahan air hujan (stormwater treatment) (Sanderson, et. al., 2005). Di
mana kolam tahanan adalah tidak begitu efektif dalam pemendakan partikel halus (<2 µm),
kolifom jumlah, nitrogen dan fosforus.

Jadual 6.1: Mekanisme Penyingkiran Di Dalam Sistem Tanah Bencah Buatan


Bahan Pencemar Mekanisma Penyingkiran
Pepejal Terampai Pemendapan, penapisan dan penjerapan.

BOD Pemendapan, penguraian CO2, H2O dan NH3 oleh mikroorganisma


yang melekat pada akar tumbuhan dan mendapan.

Nitrogen Nitrifikasi dan denitrifikasi. Penyerapan oleh tumbuhan sangat


sedikit.

Fosforus Penjerapan, pemendakan dengan media.

Logam Berat Pemendakan selepas berlaku perubahan pH, pemendapan dan


penjerapan ke atas lapisan biofilem yang terdapat di bahagian batang
dan akar.

Patogen Pemendapan dan penapisan.

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|


Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 – 20 September 2012
Pollution and Monitoring 15

Dengan kehadiran tumbuhan di dalam tanah bencah buatan maka ia dapat meningkatkan
pemendakan partikel yang halus. Jika ditinjau negara-negara maju seperti Amerika Syarikat
telah menggunakan tanah bencah buatan untuk mengolah air sisa domestik yang keluar dari
rumah tunggal. Sistem pengolahan ini dinamakan sebagai ‘microfial plant filter systems’
kerana ia mempunyai media penapis di mana tumbuh-tumbuhan yang ditanam berfungsi
sebagai penyerap bahan cemar.

7.0 Fitoremediasi

Fitoremediasi merupakan kaedah alternatif yang lebih murah, efektif, selamat dan mesra
alam untuk mengolah air sisa ternakan. Penilaian dan pemilihan dua tumbuhan terbaik dan
paling berpotensi mengolah air sisa ternakan lembu dijalankan. Kajian tertumpu pada olahan
air sisa ternakan lembu melalui kaedah fitoremediasi dengan menggunakan 15 spesies
tumbuhan akuatik daripada empat kategori utama berdasarkan cara pelekapan tumbuhan pada
substrat. Pengelasan mudah ini yang dicadangkan oleh Arber (1920) sangat berguna bukan
sahaja dalam kajian morfologi dan fisiologi tetapi juga kajian ekologi.

7.1 Penggunaan Spesies Keladi Bunting (Eichhornia crassipes) sebagai agen


fitoremediasi

Salah satu daripada cara mengurangkan potensi pencemaran air buangan ialah menggunakan
tumbuhan seperti keladi bunting. Keladi bunting (Eichornia crassipes) didapati boleh
mengurangkan BOD air buangan. Tumbuhan ini boleh digunakan bersama sistem lagun. Di
samping mengawal pencemaran, hasil biojisim (dianggarkan sebanyak 66 tan/ha tahun) boleh
diperolehi. Keladi bunting boleh digunakan sebagai makanan ternakan, atau dikomposkan
bersama-sama dengan najis ternakan.

Rajah 7.1 : Analisa Keputusan Peratus Penyingkiran Parameter Kajian


Peratus Penyingkiran Keseluruhan Parameter Kualiti Air
Peratus Penyingkiran (%)

120
100 SS
80 BOD
60
COD
40
AN
20
0
C agi te

ec at a

m
tic ta
.n av a

as ica
ae ra

N a
N tus
p a ia
.H l an

sp es

M v er a
I.a e sta
m s
L. s

B. .s tr a tic
le
a

H erm

tu
u

S. ip e
om ifo l

e r ticill
N cif e

hi i od
E. .in d
S. st

ct

ru
.lo
a

illa
f
w

ol
a

P qu
u
Ka

.c

no
cr
M

.
.c

.v

Spesise-Spesies Kajian

Sumber: Kertas Kerja Kolokium Kebangsaan UPSI 2011


(Santharasekaran Subramaniam, 2011)
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 – 20 September 2012
Pollution and Monitoring 16

Jadual 7.1 : Analisa Keputusan Peratus Penyingkiran Parameter Kajian


M. S. C. L. N. N N.
Mg/l Kawalan Hastate sagitifolia compactus flava nucifera .caerulea lotus
SS 2.9 97.6 90.6 97 17.9 84.7 21.2 70.1
BOD 53.9 67.7 71.3 82.1 53.6 57.5 54.8 57.7
COD 6.9 76.7 37.8 78.2 75.4 26.3 32 44.9
AN 10.2 35.9 52.1 59.7 50.1 54 34.6 37.9
N E. S. I. P. B. H. M.
Mg/l indica crassipes molesta aquatica stratiodes echinosperma verticillta verticillatum
SS 8.6 95.5 3.7 15.2 83.2 62.7 73.9 77.2
BOD 55 90.9 53.6 52.2 61.8 60.2 53 60.4
COD 49.9 82.1 30.6 29.4 16.3 8.1 11.6 11.5
AN 35.3 83.5 54.5 49.5 41.8 34.6 34.3 30.5
Sumber: Kertas Kerja Kolokium Kebangsaan UPSI 2011
(Santharasekaran Subramaniam, 2011)

Berdasarkan data kajian sebanyak 15 spesies tumbuhan akuatik daripada empat kategori;
dijalani penyelidikan untuk mengetahui spesies yang paling berpotensi untuk menyingkirkan
bahan cemar air sisa ternakan dengan berkesan. Air sisa yang terpilih adalah air sisa
daripada kandang lembu. Keputusan data kajian, nilai pH sentiasa dalam keadaan neutral
sehingga sedikit beralkali. Nilai terendah 7.48 pH bagi Nymphea lotus dan nilai tertinggi
7.77 pH pada sampel kawalan (model tanah bencah tanpa tumbuhan). Model tanah bencah
buatan dengan makrofit; nilai pH menurun dengan baik. Bagi ujian BOD, makrofit terapung
spesies E. crassipes paling terbaik dengan peratus penyingkiran 90.86% BOD5, ( 510mg/L).
Diikuti spesies C. compactus 82.02% dan L. flava 77.99% berbanding sampel kawalan
25.48%.

Bagi ujian COD, makrofit terapung spesies E. crassipes paling terbaik dengan peratus
penyingkiran 82.08% iaitu (645mg/L). Diikuti spesies C. compactus 78.22% dan M. hastate
76.67% berbanding sampel kawalan 6.94%. Mankala Makrofit tenggelam kurang effisen.
Bagi ujian ammonia-nitrogen (AN) pula, makrofit terapung spesies E. crassipes paling
terbaik dengan peratus penyingkiran 83.48% iaitu (75.8 mg/L). Diikuti spesies C. compactus
59.7% dan S. sagitifolia 52.06% berbanding sampel kawalan 10.23%. Manakala bagi ujian
pepejal terampai (SS) pula, makrofit muncul spesies M. hastate paling terbaik dengan peratus
penyingkiran 97.76%. Diikuti spesies C. compactus. 97.01% dan E. crassipes 95.52%
berbanding sampel kawalan 2.99%. Makrofit tenggelam masih kurang effisen.

Berdasarkan kajian awal saringan daripada 15 spesies makrofit terpilih; didapati spesis E.
crassipes, C. compactus & M. hastate berpotensi baik dan cekap untuk menyingkirkan bahan
cemar air sisa ternakan. Maka spesies-spesies ini dicadangkan sebagai bahan media yang
sesuai untuk membantu fungsi tanah bencah buatan bagi mengolah air sisa ternakan sebelum
dilepaskan ke persekitaran bagi menjamin kualiti air sekeliling.

8.0 Kesimpulan

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|


Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 – 20 September 2012
Pollution and Monitoring 17

Sistem tanah bencah buatan menggunakan tumbuhan akuatik amat efisen dalam
menyingkirkan bahan cemar air sisa pada masa kini. Banyak kajian dibuat ke atas tumbuhan
akuatik menggunakan air sisa namun penggunaan air sisa ternakan kurang dijalankan
terutamanya di Malaysia. Pemantauan dan penguatkuasaan pihak berwajib yang tidak
dipantau malahan peraturan yang terlalu longgar dalam pelepasan air sisa ternakan memberi
ruang kepada para penternak untuk melepaskan air sisa secara terus ke permukaan bumi.
Dengan wujudnya sistem ini, ia dapat membantu para penternak haiwan secara kecil-kecilan
dan sederhana untuk melakukan sendiri rawatan air sisa ternakan sebelum dialirkan terus ke
persekitaran. Diharap teknik dan penyelidikan spesies terpilih ini dapat membantu dalam
mengawal pencemaran persekitaran daripada terus berleluasa sekaligus memelihara
keselamatan dan kesihatan serta kualiti air persekitaran semulajadi.

Ternyata makrofit terapung iaitu spesies Eichhornia crassipes terpilih sebagai spesies yang
terbaik dalam mengolah air sisa ternakan lembu dan diikuti dengan makrofit separa
tenggelam iaitu spesies Monochoria hastate dan Cyperus compactus. Pemilihan spesies-
spesies ini dapat mengolah air sisa ternakan lembu dengan lebih selamat sebelum dilepaskan
ke persekitaran terutamanya ke dalam laluan air permukaan. Kaedah yang mudah, murah dan
effisen ini mampu menjadai satu kaedah fitoremediasi yang diminati oleh semua pengusaha
ladang lembu agar dapat menjamin persekitaran kita terjamin selamat di samping
meningkatkan nilai komersial penternakan mereka.

Rujukan
Bastviken, S.K., Ericsson, P.G., Premrov, P. & Tonderski, K.(2005). Potential Denitrification
In Wetland Sediments with Different Plant Species Detritus. Ecological Engineering. 25.
183 – 190.

Brix, T.J., (1995). Landfill Leachate Treatment. In: Senior, E. Microbology Of Landfill Sites.
CRC Press Inc. Boca Raton Florida. 131-164.

Cameron, K., Madramotoo, C., Crolla, A. & Kinsley, C. (2003). “Pollutant Removal from
Municipal Sewage Lagoon Effluents with a Free-Surface Wetland”. Water Research . 37.
2803 – 2812.

Chcye H.S., (2002). On mimicking natural wetlands: Process, functions and values in Lim.
P.E., Mansor M., Shutes R.B.E., Eds. Constructed Wetlands Design, Management and
Education. Penerbit USM, Pulau Pinang, Malaysia, 1-6.

Hidayatullah, Gunawan, Koowarddhono, M., Erliza., (2000). Pengelolaan Limbah Cair


Usaha Penternakan Sapi Perah Melalui Penerapan Konsep Produksi Bersih. Institut
Pertanian Bogor.

Ho, S., Boyle, W.C., & Ham, R.K., (1974). Chemical Treatment of Leachates From Snitary
Landfills. Journal Of water Pollutions Control Federation. 46(7): 1776-1791.

Innes, R., (2000). The Economics of Livestock Waste and its Regulation. Am. J. Agric.
Econ. 82: 97-117.

Jabatan Alam Sekitar Malaysia (2009). Laporan tahunan kualiti persekitaran bagi tahun 2009.

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|


Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 – 20 September 2012
Pollution and Monitoring 18

Lin, Y.F., Jing, S.R., Lee, D.Y., Chang, Y.F., Chen, Y.M., Shih, K.C. (2005). Perfomance of a
Constructed Wetland Treating Intensive Shrimp Aquaculture Wastewater Under High Hydraulic
Loading Rate. Environmental Pollutions. 134. 411-421.

Maehlum, T. (1995). Treatment of Landfill Leachate in On-Site Lagoons and Constructed


Wetlands. Wat. Sci. Tech. 32 (3): 129 – 135.

Metacalf & Eddy., Inc., (2004). Wastewater Engineering Treatment and Reuse. 4th. Ed. New
York: McGraw Hill. 311-511.

Moel P.J., Verberk J.Q.J.C., and Dijk V.J.C., (2007). Drinking Water: Principles and
Practices. Singapore. World Scientific Publishing Co. Pte. Ltd.

Morgan. J.A., Hoet. A.E., Wittum, E., Monahan, a.m., and Martin, J.F. (2008). Reduction of
Pathogen Indicator Organisms in Dairy Watewater Using and Ecological Treatment
System. Journal of Enviromental Quality. 37.:pp 272-279.

Parades, D. (2003). Landfill Leachate Treatment in Constructed Wetlands: Removal of


High Nitrogen Load. Center of Environmental Research, Germany.

Rahmani, A.R. (2008). Removal Of Water Turbidity by the Electrocogulation Method.


Journal Resources Health Science. Vol. 8. No. 1, pp 18-24.

Shams-Khorzani, R., Knox, T.D. and Brockway, R.C. (1994). Sanitary Landfill Leachate
Treatment and Disposal. Public Works. 46-49.

Shin Jeong Hoon, Lee Sang Min, Jung Jin Young, Chung Yun Chui, Noh Soo Hong, (2005).
Enhanced COD and Nitrogen Removals for the Treatment of Swine Wastewater by
Combining Submerged Mambrane Bioreactor (MBR) and Anaerobic Upflow Bed Filter
(AUBF) Reactor Process iochemistry 40.: 3769-3776.

Sihombing, D.T.H., (2000). Teknik Pengelolaan Limbah Kegiatan/Usaha Peternakan. Pusat


Penelitian Lingkungan Hidup Lembaga Penelitian, Institut Pertanian Bogor.

Santharasekaran Subramaniam, (2011). Integrasi Keberkesanan Sistem Tanah Bencah Buatan


Bagi Olahan Air Sisa Ternakan Dengan Kaedah Fitoremediasi. Kolokium Kebangsaan Sains
Dan Matematik UPSI.

Ting Teo Ming, Kim Tak Hyun, Lee Myun Joo, (2007). Characterization Of Livestock
Watewater at Various Stages of Wastewater Traetment Plant. The Malaysian Jurnal of
Analytical Science. Vol. 11. No. 1 (2007): pp 23-28.

Toet, S., R.S.P. Van Logtestijin, R. Kampf, M. Schreijer, and J.T.A Verhoveven. 2005. The effect
of hydraulic retention time on the removal of pollutants from sewage treatment plant in a surface-
flow wetland system. Wetlands 25 (2): 375-391.

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012|


Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
19 – 20 September 2012

You might also like