Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

TUGASAN INDIVIDU

Baru-baru ini kita dikhabarkan dengan gejala buli yang semakin giat diviralkan di media
sosial. Gejala buli boleh didefinasikan sebagai masalah yang meliputi kegiatan seperti
memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki, dan sebagainya yang dilakukan
oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa gejala buli
yang berlaku di sekolah dewasa ini semakin membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak
sekolah, ibu bapa, kerajaan dan masyarakat.
Menurut kajian, kes buli ini semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar
terutamanya pelajar sekolah rendah. Masalah membuli di sekolah perlu ditangani segera
supaya tidak menjadi barah yang akan merosakkan pelajar yang menjadi mangsa buli.
Antara faktor yang menyebabkan berlakunya gejala buli di kalangan pelajar adalah
disebabkan kurang kasih sayang daripada ibu bapa. Ibu bapa perlulah menunjukkan contoh
teladan yang baik di rumah kerana anak-anak belajar melalui didikan dan tingkah laku ibu
bapa mereka di rumah. Selain itu, pelajar yang terlibat dengan buli juga terpengaruh dengan
rakan sebaya mereka. Mereka seronok melihat pelajar lain yang dibuli menangis atau
marah kepada mereka. Lebih menjejaskan keadaan apabila perbuatan buli ini membawa
kepada kecederaan yang serius ataupun kematian. Seterusnya, perbuatan buli ini juga
berpunca daripada pengaruh media massa pada hari ini yang menayangkan filem-filem
yang berunsur keganasan. Ianya memberikan impak negatif kepada para pelajar. Di
samping itu, punca yang menyebabkan berlakunya perbuatan buli ialah sikap pelajar
berkenaan. Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar yang
membuli ini adalah pelajar yang kurang berdisiplin. Pelajar ini didapati sering bergaduh
sama ada dengan adik-beradik di rumah ataupun dengan kawan-kawan di luar rumah.
Sebahagian daripada perlakuan buli yang dilakukan juga bertujuan untuk membalas
dendam atau menyakiti fizikal seseorang serta mahu mendapatkan perhatian daripad orang
lain.
Pada pandangan saya sebagai seorang guru, profesian perguruan perlulah melahirkan
guru-guru yang berkualiti supaya dapat membimbing para pelajar supaya tidak terlibat
dengan gejala-gejala negatif seperti buli. Perkara ini perlulah seiring dengan intipati utama
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk melahirkan insan yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI). Oleh itu, guru perlulah mengikut intipati
utama dalam FPK untuk melahirkan generasi pelajar yang berkualiti dan tidak terpengaruh
dengan anasir-anasir luar yang tidak baik.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dahulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara
(FPN) menjadi dasar kepada pendidikan di Malaysia. Intipati utama dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) ini ialah melahirkan insan yang seimbang dari segi Jasmani,
Emosi, Rohani, dan Intelektuan (JERI). Gejala buli dalam kalangan pelajar sememangnya
dapat dibendung sekiranya keseluruhan intipati FPK ini digunakan sepenuhnya. Hal ini
demikian kerana, intipati yang terdapat dalam falsafah JERI adalah bertujuan untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, dan
bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
keluarga.
Pertama, gejala buli dapat dibendung melalui unsur jasmani. Guru adalah tenaga
penggerak yang berperanan membangun peribadi jasmani pelajarmya. Guru perlulah
melatih para pelajar supaya mementingkan unsur jasmani. Ini kerana, unsur ini
memfokuskan kepada kecergasan fizikal dan kesihatan diri. Selain itu, unsur ini juga dapat
melatih pelajar dalam menggunakan anggota dan tenaga fizikal untuk berdikari dan hidup
bermasyarakat. Pelajar yang dapat menyesuaikan diri dalam hidup bermasyarakat
kebiasaannya terhindar dalam kes buli ini dan mereka lebih tahu berfikir baik dan buruk
sesuatu yang ingin dilakukan. Pepatah arab ada mengatakan, otak yang cergas bergantung
pada tubuh badan yang sihat. Pepatah ini bermaksud seseorang yang mementingkan
kecergasan fizikal adalah lebih pandai menguruskan dirinya dan bijak dalam membuat
sesuatu keputusan. Sebagai contoh, guru dan ibu bapa dan guru perlu mendidik anak
dengan mengajarnya memanah, menunggang kuda dan berenang sebagai asas pembinaan
jasmani. Jasmani pelajar akan tumbuh dengan cepat disamping dapat menghindarkan anak
daripada terlibat dalam kes buli ataupun mangsa buli. Pendedahan tentang kebaikan
bersukan juga perlu diberikan guru kepada pelajarnya bagi mendorong para pelajar minat
untuk meningkatkan keupayaan fizikal.
Kedua, unsur yang perlu ditekankan dalam membendung gejala buli adalah unsur Emosi.
Unsur ini sangat penting dalam membentuk sahsiah seorang pelajar. Bagi membentuk
emosi yang stabil di kalangan pelajar, asas-asas pembinaan perasaan perlulah
dititikberatkan. Antara asas-asas tersebut adalah memberi kasih saying kepada para pelajar
dan tidak pilih kasih serta ikhlas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Sifat dan sikap
guru yang baik serta menjaga emosi ketika mengajar dapat menjadi contoh yang baik
kepada pelajar serta menjadikan para pelajar sentiasa menghormati antara satu sama
dengan yang lain. Seorang guru yang ceria, penyayang dan riang akan menghasilkan
pelajar yang ceria, penyayang, riang dan sebaliknya. Pelajar juga akan mengaplikasikan
sikap dan sifat mulia ini pada masyarakat luar. Budaya ini sememangnya dapat membentuk
suasana harmoni di kalangan pelajar, saling hormat-menghormati, saling mempercayai
sekaligus gejala buli-membuli dapat dihindarkan daripada terus berlaku di dalam mahupun
di luar sekolah. Kestabilan emosi ini perlu diteruskan bermula dengan guru yang mengajar
seterusnya kepada pelajar yang menuntut ilmu di sekolah.
Seterusnya, unsur ketiga iaitu unsur Rohani. Unsur rohani sangat penting dalam
membendung gejala buli di kalangan pelajar. Pembinaan ibadah merupakan
penyempurnaan bagi pembinaan rohani. Hal ini demikian kerana, ibadah memberikan
santapan kepada akidah dan rohnya. Selain itu, ibadah juga dapat meredakan jiwa dan
mengendalikan hawa nafsu sehingga jiwanya akan lurus melalui munajat kepada Allah
SWT. Sebagai guru, kita mestilah mempunyai asas didikan agama yang kukuh. Agama
Islam juga telah mengajarkan umatnya bahawa setiap masalah haruslah diselesaikan oleh
orang-orang yang ahli dalam bidangnya.
Guru perlu mengetahui asas-asas kerohanian yang sempurna supaya dapat mendidik para
pelajar menjadi manusia yang berguna pada masa hadapan seiring dengan syariat Islam
yang sempurna. Seorang guru dapat menjadi contoh tauladan yang baik kepada pelajarnya.
Islam mengajarkan seseorang itu berakhlak, berbudi, jujur dan amanah dalam menjalankan
tugas. Asas kerohanian inilah yang menjadikan seorang guru itu menjalankan tugasnya
dengan sempurna. Selain itu, asas kerohanian yang diterapkan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran dapat memupuk para pelajar lebih berdisiplin dan menghormati antara satu
sama dengan yang lain sekali gus dapat mengelakkan pelajar daripada melakukan perkara-
perkara yang mengundang dosa dalam agama seperti kegiatan buli dan lain-lain. Pihak
sekolah dan guru juga boleh mengadakan program-program kerohanian ataupun motivasi
kerohanian kepada para pelajar untuk memberi kesedaran yang mendalam kepada para
pelajar.
Akhir sekali, unsur Intelektual perlu diterapkan di kalangan pelajar. Guru mempunyai
pengaruh yang besar dalam mambawa suatu perubahan para pelajarnya. Keperibadian dan
amalan pengajian guru boleh mempengaruhi minda dan jiwa pelajar. Potensi intelektual
akan terbina menerusi maklumat dan ilmu pengetahuan. Sebagai seorang guru, kita
mestilah memdidik pelajar dengan ilmu yang bermanfaat supaya dapat membina para
pelajar yang berilmu pengetahuan. Tugas guru bukan sahaja mengajar, tetapi juga
mendidik, membentuk sikap, nilai murni dan akhlak manusia. Guru perlu bertindak sebagai
pemberi galakan dan bimbingan kepada pelajarnya. Seseorang yang mempunyai ilmu
pengetahuan yang tinggi tidak akan melakukan perbuatan yang sia-sia dan tidak
bermanfaat seperti membuli, mencuri, menghina dan lain-lain. Seorang yang berintelek juga
lebih dihormati dan mudah untuk dijadikan kawan. Oleh itu, guru perlulah memainkan
peranannya untuk melahirkan pelajar yang berintelek seiring dengan intipati Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Untuk merealisasikan kaedah ini, guru perlu sentiasa
memikirkan cara-cara mempernbaiki dan memajukan diri untuk menjadi pendidik yang
berkesan.
Kesimpulannya, guru sangat penting dalam membentuk para pelajar menjadi orang yang
berguna pada masa hadapan. Sesungguhnya anak bangsa kita adalah merupakan generasi
pemimpin akan datang, bagaimana corak dan cara pemerintahannya adalah bergantung
kepada peranan kita yang mengajar dan mendidiknya.
KESAN GEJALA BULI
Seperti yang kita sedia maklum, perlakuan buli adalah perlakuan ganas yang
mendatangkan implikasi negatif kepada pelbagai pihak. Penulis akan mengupas
kesan-kesan gejala buli terhadap pembuli, mangsa buli, ibu bapa dan masyarakat
secara amnya.
Kesan utama gejala buli di sekolah ialah mangsa buli akan berasa takutdatang ke sekolah.
Kita sedia maklum bahawa kebanyakan mangsa buli biasanyabersaiz lebih kecil dari segi
fizikal jika dibandingkan dengan pembuli. Oleh sebab itu,mereka tidak mampu melawan
kerana takut dengan pembuli. Pembuli biasanyaakan menyuruh mereka melakukan
sesuatu untuk kepentingan pembuli sendiri. Jikamereka membantah, mereka akan dipukul
dan didera. Terdapat sesetengah pembuliyang membawa kawan-kawannya untuk
membelasah mangsa buli. Bagimurid-murid perempuan pula, mereka suka menyindir
dan mengutuk sesama sendiri.Perbuatan tersebut boleh menyebabkan mangsa
tertekan dan ketakutan.Keadaan ini sekali gus akan menyebabkan pelajar yang dibuli
akan berasa takut dantidak berani datang ke sekolah lagi. Rentetan daripada itu, kadar
ponteng sekolahdalam kalangan pelajar yang dibuli akan meningkat disebabkan mereka
takut datangke sekolah.Salah satu kesan gejala buli terhadap si pembuli adalah
kecenderunganuntuk melakukan jenayah. Menurut Beale (2001) dalam Azizi
Yahya (2011),mereka yang menjadi pembuli cenderung tiga kali ganda untuk melakukan
jenayahatau pun sesuatu yang menyalahi undang-undang pada ketika usianya 30
tahunberbanding orang biasa. Hal ini kerana golongan pembuli selalunya lebih
cenderunguntuk bergaul dan mempunyai rakan yang mempunyai masalah yang sama
denganmereka sekali gus menyumbang kepada terjebaknya kepada masalah samseng
dangangsterisme. Manakala, kesan terhadap mangsa buli pula, mereka lebih
cenderunguntuk bersendirian, kerisauan sentiasa, dan tidak mahu ke sekolah.
MenurutFarrington (1993) dalam Azneezal et.al (2005), menjadi mangsa buli di
sekolahmungkin merupakan salah satu tingkah laku awal yang menyumbang
kepadaperkembangan jangka panjang pola tingkah laku anti sosial. Dengan
kata lain,implikasi perlakuan buli di sekolah secara universalnya di kenal pasti
sebagaiperosak psikologi, sosial dan perkembangan kanak-kanak. Sekiranya keadaan
inidibiarkan, maka perkembangan sosial murid yang dibuli itu akan terjejas. Bukan setakat
itu sahaja, perbuatan buli yang melampau juga akanmengakibatkan mangsa buli
mengalami tekanan yang hebat dan menyalahkandiri sendiri atas kekurangan diri mereka
(Olweus,1993 dalam Azizi Yahya, 2011).Bahkan tekanan hebat yang dihadapi ini
juga secara tidak langsung bolehmenyebabkan mereka mengakhiri hidup dengan cara
membunuh diri. Kes seperti inipernah berlaku di negara Malaysia iaitu seorang
pelajar berbangsa India nekaduntuk minum racun serangga kerana tidak tahan dibuli
di sekolah yang akhirnyameragut nyawanya sendiri (Berita Harian Online, Februari 2014).
Kesan terhadap ibu bapa si pembuli pula mereka akan berasa kecewa danmencari-cari
kesalahan mereka mendidik anak. Mereka juga akan berasa merekagagal untuk
mendidik anak menjadi berdisiplin dan patuh pada undang-undang.(Azizi Yahaya,
2011). Kesan terhadap ibu bapa mangsa buli pula, akan timbul satuperasaan geram dan
inginkan keadilan buat anak-anak mereka, lebih-lebih lagiapabila perbuatan buli
yang dikenakan mengakibatkan kecederaan atau kematian. Terakhir sekali, perlakuan buli
akan membawa kesan yang negatif terhadapmasyarakat. Sekiranya kes-kes perlakuan buli
meningkat, jenayah seperti memerasugut, ragut dan mencuri juga akan turut meningkat.
Hal ini kerana kebanyakankes-kes jenayah datangnya daripada perlakuan buli.
Sekiranya murid menjadipembuli, apabila mereka habis pengajian di sekolah kelak, akan
terciptanya masalahsosial seperti gangsterisme dan buli jalanan yang akan membahayakan
masyarakatsekeliling.
RUJUKAN

1. Falsafah Pendidikan di Malaysia-JERI. (2009). Dicapai pada 31 Oktober 2016


daripada https://www.scribd.com/doc/15685783/FALSAFAH-PENDIDIKAN-DI-
MALAYSIA-JERI

2. Dr Ghazali Darusalam, Zaharah Hussein, Pembangunan Model Pentaksiran Jasmani,


Emosi, Rohani & Intelek (JERI). Dicapai pada 29 Oktober 2016 pada
https://www.academia.edu/25419038/PEMBANGUNAN_MODEL_PENTAKSIRAN
_JASMANI_EMOSI_ROHANI_INTELEK_JERI_DI_INSTITUT_PENGAJIAN_TI
NGGI_AWAM_MALAYSIA_and_INDONESIA

You might also like