Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Biodata Tun Abdullah bin Ahmad Badawi

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November
1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi
kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan bekas Presiden UMNO
ke-6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri
Malaysia, 1 September 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia
(IKIM).

Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan
Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong ‘Team B’ dalam Majlis Agung
UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991. Anwar Ibrahim,
yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri, dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998.
Pada tahun 1999 Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada Tun Dr. Mahathir, dan pada tahun 2003,
Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan
Presiden UMNO.

Perjalanan Hidup

1939: Dilahirkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 26 November.

1964 (umur 25): Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya;
menjadi Penolong Setiausaha, Jabatan Perkhidmatan Awam (sehingga 1969).

1965 (umur 26): Berkahwin dengan Datin Paduka Seri Endon Mahmood.

1969 (umur 30): Dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha kepada Majlis Gerakan Negara, Jabatan
Perdana Menteri Malaysia (sehingga 1971).

1971 (umur 32): Dilantik sebagai Ketua Pengarah, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
(sehingga 1973).

1974 (umur 35): Dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan.

1978 (umur 39): Menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas; juga menjadi Setiausaha Parlimen di
Kementerian Wilayah Persekutuan (sehingga 1980).

1979 (umur 40): Menjadi Ketua UMNO Cawangan Bertam serta Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas.

1980 (umur 41): Dilantik sebagai Timbalan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan (sehingga
1981).

1981 (umur 42): Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO; menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(sehingga 1984).

1984 (umur 45): Dilantik sebagai Menteri Pendidikan sehingga 1986; menjadi Naib Presiden UMNO
sehingga 1990.

1986 (umur 47): Dilantik sebagai Menteri Pertahanan (sehingga 1987).


1990 (umur 51): Dilantik sebagai Ketua Delegasi UMNO ke Jawatankuasa Perundingan Ekonomi
Negara/Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Masyarakat.

1991 (umur 52): Dilantik sebagai Menteri Luar Negeri (sehingga 1999).

1993 (umur 54): Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO (sehingga 1996).

1996 (umur 57): Menjadi Naib Presiden UMNO.

1998 (umur 59): Menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.

1999 (umur 60): Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada Januari sehingga Oktober
2003; menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

2000 (umur 61): Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada Mei.

2003 (umur 64): Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima pada 31 Oktober.

2004 (umur 65): Menjadi Presiden UMNO pada September.

2007 (umur 68): Berkahwin dengan Datin Seri Jeanne Abdullah pada 9 Jun.

2008 (umur 69): Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Abdullah mengekalkan kuasa tetapi
tidak mendapat majoriti dua pertiga dalam Pilihanraya Umum ke-12.

2008 (umur 69): Mengumumkan tidak akan bertanding sebagai Presiden UMNO pada 8 Oktober

You might also like