Soalan Tugasan MPU3062 PISMP

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK: JUN – OKT 2021

Program: PISMP Nama Pelajar:


Kod: MPU3062 Semester / Tahun Semester 1 Tahun 2
Nama Kursus: Ambilan: Jun 2020
KOKURIKULUM UNIT BERUNIFOM Kumpulan: PJ1&PJ2 0620, PI1-PI6 0620,
BI1&BI2 0620, BM1-BM6
0620
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
1. Buku Log / Folio 1 Ogos 2021 9 Ogos 2021

2. Perancangan Orientasi Sekolah 10 Ogos 2021 14 Ogos 2021


Rendah (RPH 800p.p)

3. Portfolio Pengurusan 15 Ogos 2021 19 Ogos 2021


Perkhemahan (800p.p)
1. Ujian Kemahiran Amali 20 Ogos 2021 15 Sept 2021
Perkhemahan

Amali Individu A, B & C (URL


Video dan Gambar Amali
Kemahiran Perkhemahan)

Amali Kumpulan D & E (Portfolio


Amali Kemahiran Kraf
Perkhemahan & Rancangan
Menu/Resepi Masakan Rimba)

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Menjelaskan perlembagaan, sejarah, struktur dan organisasi, serta pengurusan dan
pentadbiran Unit Beruniform yang diperolehi dari pelbagai sumber (C2, LO1, LO6, LL1)).
2. Menyediakan perancangan orentasi Unit Beruniform sekolah (C6, LO1, LO3, CTPS2).
3. Mengaplikasikan kemahiran kepimpinan dalam pengurusan serta persiapan perkhemahan
Unit Beruniform. (A4, LO5, LO9, LS3).
4. Mempamerkan kemahiran asas dalam aktiviti semasa perkhemahan Unit Beruniform
secara individu dan berkumpulan. (P4, LO2, LO5, TS2).

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4.

Objektif Kerja Kursus:


Pelajar akan dapat:
1. Mempamerkan peningkatan pengetahuan tentang perlembagaan, sejarah, struktur dan
organisasi, serta pengurusan dan pentadbiran Unit Beruniform yang diperolehi dari
pelbagai sumber, dan mendokumentasikannya dalam buku log / folio (CLO1).
2. Menghasilkan satu rancangan pengajaran harian bagi unit beruniform di sekolah rendah.
(CLO2).
3. Mempamerkan kemahiran kepimpinan dalam pengurusan serta persiapan perkhemahan
melalui kerjasama, semangat berpasukan sebelum, semasa dan selepas perkhemahan
Unit Beruniform. (CLO 3).
4. Mengaplikasi kemahiran asas perkhemahan iaitu kawad kaki, asas pertolongan cemas,
simpulan dan ikatan, masakan rimba, dan kraf perkhemahan (CLO3 & CLO4)

Ransangan
Akitiviti Unit Beruniform merupakan satu gerak kerja kokurikulum yang wajib di sekolah. Ilmu
dan kemahiran seseorang pemimpin / guru penasihat adalah amat penting untuk
menggerakkan dan menguruskan kegiatan unit beruniform dengan selamat, menarik dan
berkesan.

Berdasarkan penyataan di atas, anda dikehendaki menjawab semua tugasan berikut:

Tugasan 1: Buku Log / Folio (20%) - individu


Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan buku log / folio, mengikut kesesuaian dalam
penjanaan idea baharu berasaskan pemikiran bercapah. Buku log / folio yang dihasilkan harus
mengandungi elemen- elemen berikut:
● Biodata diri
● Maklumat pengenalan unit, lambang, bendera, cogankata/moto, ikrar dan lagu unit
● Perlembagaan/undang-undang, pengasas, sejarah penubuhan, tujuan penubuhan dan
istiadat rasmi
● Struktur organisasi pelbagai peringkat
● Pengurusan keahlian, pakaian seragam dan pangkat/lencana kemahiran
● Laporan perjumpaan aktiviti

Panduan Pelaksanaan Tugasan:


1. Buku log / folio yang dihasilkan dalam format pdf.
2. Susunan isi kandungan dan maklumat yang lengkap betul dan kemas.
3. Ilustrasi gambar yang sesuai dan jelas.
4. Penghasilan yang kreatif dan menarik.

Tugasan 2: Perancangan Orientasi Sekolah (10%) - individu


Secara individu, anda dikendaki menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (1 jam) bagi
pengajaran dan pembelajaran aktiviti unit beruniform sekolah rendah.

Panduan Pelaksanaan Tugasan:


1. Format Rancangan Pengajaran Harian yang betul, teratur & jelas.
2. Jumlah perkataan tidak melebihi 800 patah perkataan.
3. Objektif khusus eksplisit, jelas dan sesuai dengan kebolehan murid.
4. Isi kandungan tepat & sesuai dengan kurikulum sekolah rendah.
5. Aktiviti yang menarik & kreatif.
6. Sertakan lampiran yang relevan.

Tugasan 3: Pengurusan Perkhemahan (10%) - individu


Secara invididu, anda dikehendaki mempamerkan kemahiran kepimpinan, pengurusan dan
kerja berpasukan sebelum, semasa dan selepas perkhemahan. Penilaian adalah berdasarkan
pemerhatian berterusan oleh pensyarah penasihat mengikut unit masing-masing.

Alternatif Tugasan 3:

Secara invididu, anda dikehendaki mempamerkan kemahiran pengurusan perkhemahan yang


merangkumi peringkat sebelum, semasa dan selepas perkhemahan. Penilaian adalah
berdasarkan penghasilan porfolio ringkas dan padat.

Panduan Pelaksanaan Tugasan


1. Portfolio yang dihasilkan dalam format pdf.
2. Jumlah perkataan tidak melebihi 800 patah perkataan.
3. Susunan isi kandungan dan maklumat yang lengkap betul dan kemas.
4. Ilustrasi gambar yang sesuai dan jelas.
5. Penghasilan yang kreatif dan menarik.

Tugasan 4 : Ujian Amali (60%)


Ujian Amali A, B dan C : URL Video dan Gambar Amali
Secara invididu, anda dikehendaki menghasilkan klip video dan gambar (hantarkan URL klip
video tersebut) yang mempamerkan:
A. URL Video dan gambar Ujian Amali Kawad Kaki pergerakan kawad kaki mengikut
arahan dengan betul dan cergas, dan memberi arahan dengan betul dengan suara
yang kuat dan jelas.
B. URL Video dan gambar Ujian Amali Pertolongan Cemas bantuan pertolongan
cemas (menggunakan anduh) bagi kecederaan di bahagian kepala dan tangan, dan
melaksanakan pemulihan pernafasan (CPR) dengan betul.
C. URL Video dan gambar Ujian Amali Ikatan dan Simpulan mempamerkan
kebolehan membuat 2 ikatan dan 4 simpulan dengan betul dan kemas.

Panduan Pelaksanaan Tugasan


1. Klip video (horizontal) yang dihasilkan harus dimuatnaik ke youtube dan unlisted.
2. Klip video tersebut harus menampakkan pergerakan/perbuatan yang dinilai dengan
jelas, berserta muka anda.
3. Klip video yang bersambungan (one-shot) tanpa disunting.

Ujian Amali D: Portfolio Ujian Amali Kemahiran Kraf Perkhemahan


Secara kumpulan (2-3 orang ahli unit), ahli-ahli kumpulan dikehendaki menyediakan Jadual
Rancangan 2-3 jenis model gajet perkhemahan serta fungsinya mengikut kesesuaian dalam
penjanaan idea baharu berasaskan pemikiran bercapah. Hasilkan portfolio ringkas (format pdf)
gambar model-model tersebut, dengan penjelasan kegunaannya.

Panduan Pelaksanaan Tugasan:


1. Gambar beberapa sudut yang menunjukkan ikatan dan simpulan pada model gajet
yang jelas.
2. Gambar beberapa sudut yang menunjukkan susunan kayu lidi / penyepit model yang
kemas.
3. Antara gambar-gambar tersebut mempunyai satu gambar anda memegang model
gejet.
4. Model-model gejet yang bersesuaian set diorama kraf perkhemahan.
5. Penghasilan model-model gajet oleh ahli kumpulan sendiri.
Ujian Amali E: Rancangan Menu/Resepi Ujian Amali Masakan Rimba
Secara kumpulan (2-3 orang ahli unit), ahli-ahli kumpulan dikehendaki menghasilkan portfolio
ringkas (format pdf) dan padat terhadap 2-3 jenis lauk masakan rimba yang dapat dihasilkan,
berdasarkan bahan mentah yang diberikan: Beras(1/2 KG), Ikan Keli(Seekor), Telur(5 Biji),
Kelapa Tua(Sebiji), Daun Ubi(Seikat), Ayam(1/2Kg), Serai(3 batang), Bunga Kantan(2 biji),
Labu kuning(1/4 Biji) Halia(5cm), Kunyit(3cm), Daun Pisang(2 Ikat), Buluh besar(Seruas),
Kelapa Muda(3 Biji) dan Garam.

Panduan Pelaksanaan Tugasan


1. Langkah-langkah penyediaan lauk masakan yang teliti dan jelas.
2. Gabungan jenis lauk masakan yang berkesinambungan dan bersesuaian.
3. Perancangan hiasan, susunan dan bekas hidangan rimba yang kreatif dan menarik

Peringatan
1. Semua Tugasan 1, 2, 3 & 4 mesti dihantar dan dimuatnaik mengikut tarikh yang
ditetapkan di platform Google Classroom. Tugasan yang dihantar lewat tanpa
sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.

2. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Berikut :


1. Buku log, RPH, Portfolio Pengurusan Perkhemahan, Portfolio Ujian Amali Kemahiran
Kraf Perkhemahan dan Rancangan Menu/Resepi Ujian Amali Masakasan Rimba yang
terperinci dan kritis berserta Gambar dan bukti pelaksanaan yang relevan.
2. URL Video dan Gambar Amali Kemahiran Perkhemahan Kawad Kaki, Pertolongan
Cemas dan Ikatan dan Simpulan yang telah dimuatnaik ke Youtube secara Unlisted.

Kriteria Pentaksiran

Semua tugasan akan ditaksir berdasarkan rubrik pemarkahan yang disediakan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(FLORINA ANAK SIGAY) ( JOSEPH SIDEMY NYOGIA)


Pensyarah / Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME) / Penyelaras Kursus
/Pensyarah Kanan

Disahkan oleh:
( BLAISE LOUIS LIUM )
Ketua Unit
Jabatan Ilmu Pendidikan,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak

You might also like