1 TEKS APC Dan Kelab Kebajikan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

TEKS EMCEE MAJLIS PENYAMPAIAN APC

Bismillahirrahmanirrahim.

Yang Tn Haji Halimi bin Mat Piah Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri
Berbahagia, (Farmasi) JKNP
Yang Dihormati, Puan Rozita binti Mohamad Ketua Cawangan Amalan &
Perkembangan Farmasi (BPF) JKNP
Puan Faizah binti Abd Rahman Ketua Cawangan Pengurusan Farmasi
(BPF) JKNP
Puan Nur Hafiza binti Sayed Mohamed Ketua Cawangan Penguatkuasaan
Farmasi (BPF) JKNP
Yang diraikan, Penerima-penerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2020
Seterusnya, Ahli-ahli jawatankuasa pengelola,
dan para hadirin yg dihormati sekalian.

Aluan Pengacara Assalammualaikum Warohmatullah hiwabarokatuh dan Salam Sejahtera,


Majlis
Setinggi-tinggi kesyukuran kerana dengan limpah kurnia dan kasihNYA, dapat kita
bersama-sama pada pagi ini bagi menjayakan Majlis Penyampaian
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan
Negeri Pahang bagi tahun 2020.

Selamat Datang diucapkan.

Bacaan Doa Tertib acara diteruskan dengan bacaan doa yang akan dipimpin oleh

1. En. Mohd Shaiful bin Mokhtar

Dipersilakan.

****************
Amin, amin ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada

2. En. Mohd Shaiful bin Mokhtar

Atas pimpinan doa sebentar tadi.


Ucapan Alu- Tidak lengkap keris, tanpa sarungnya,
aluan dan Tidak lengkap pinang, tanpa sirihnya,
Ucapan Tidak lengkap angin, tanpa semilirnya,
Perasmian Tidak lengkap majlis, tanpa perasminya.

Maka dengan ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan

1. Tn Haji Halimi bin Mat Piah, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi)
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

Untuk menyampaikan ucapan alu-aluan dan seterusnya merasmikan Majlis


Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2020.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

**********
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada

1. Tn Haji Halimi bin Mat Piah

Atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Pengenalan Sidang hadirin sekalian,

Bagi tahun 2020, seramai 4 orang pegawai di Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan
Kesihatan Negeri Pahang akan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Anugerah ini diberi bagi menghargai komitmen, jasa dan sumbangan mereka dalam
melaksanakan tugas-tugas yang telah dipertanggungjawabkan dengan penuh dedikasi
dan cemerlang.

Penghargaan ini juga bertujuan menjadikan anggota berkenaan sebagai contoh dan daya
penarik kepada lain-lain anggota untuk sama-sama meningkatkan lagi taraf
perkhidmatan demi mencapai matlamat organisasi.

Penyampaian Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput


Anugerah
1. Tn Haji Halimi bin Mat Piah, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi)
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

Bagi menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bagi Tahun 2020.

Majlis mempersilakan.

**********
Diumumkan Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Bahagian Perkhidmatan
Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang tahun 2020 bagi:

CAWANGAN AMALAN DAN PERKHIDMATAN FARMASI


Dijemput:

1) Encik Tengku Hamdan bin Raja Sulaiman


Encik Tengku Hamdan bin Raja Sulaiman kini berkhidmat sebagai Ketua Seksyen
Siasatan dan Pendakwaan Gred UF54 di Cawangan Penguatkuasaan Farmasi
Negeri Pahang.

Seterusnya diumumkan Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi:

CAWANGAN PENGUATKUASAAN FARMASI


Dijemput:

1) Encik Lim Boon Peow


Encik Lim Boon Peow kini berkhidmat sebagai Ketua Seksyen Perkembangan
Penguatkuasaan Farmasi Gred UF52 di Cawangan Penguatkuasaan Farmasi
Negeri Pahang.

Seterusnya dijemput:

2) Encik Muhammad Azizi bin Abdul Aziz


Encik Muhammad Azizi bin Aziz kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah
Kanan (Kuatkuasa) Gred UF44 diSeksyen Pelesenan dan Kawalan Pintu Masuk
di Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri Pahang.

Akhir sekali, diumumkan Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi:

CAWANGAN PENGURUSAN FARMASI


Dijemput:

1) Puan Nur Akmal binti Che Kasim


Puan Nur Akmal binti Che Kasim kini berkhidmat sebagai Penolong Akauntan
Gred W29 di Cawangan Pengurusan Farmasi Negeri Pahang.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada

1. Tn Haji Halimi bin Mat Piah, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi)
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

di atas kesudian Tuan Haji menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020


sebentar tadi.

Tahniah diucapkan kepada Penerima-penerima anugerah. Semoga pengiktirafan ini


dapat memberi suntikan dan semangat yang lebih membara kepada semua
pegawai yang lain untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang di masa akan datang.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta

Alhamdulillah, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Bahagian Perkhidmatan


Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang tahun 2020 tamatlah sudah.

Kami selaku pihak urusetia majlis memohon kemaafan di atas segala kekurangan atau
keterlanjuran sepanjang majlis ini dijalankan.

Sekian terima kasih.

**********

Majlis berehat sebentar, dan akan diteruskan dengan Majlis Selamat Datang dan
Penghargaan dari Kelab Kebajikan, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Pahang.

Majlis Kelab Assalammualaikum Warohmatullah hiwabarokatuh dan Salam Sejahtera,


Kebajikan
Hadirin sekali,

Pada tahun ini, seramai 4 orang anggota kerja baru telah melaporkan diri di Bahagian
Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, dan seperti yang kita sedia
maklum juga, seorang anggota kerja telah berpindah meninggalkan Bahagian ini pada
bulan Mei yang lepas.

Tanpa berlengah masa, majlis menjemput Tn Haji Halimi bin Mat Piah untuk
memberikan sepatah dua kata kepada anggota kerja yang diraikan.

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.


**********
Terima kasih Tn Hj atas ucapan ringkas dan kata-kata perangsang yang telah diberikan.

Seterusnya, majlis menjemput anggota-anggota kerja baru untuk memberikan sepatah


dua kata.

Kita mulakan dengan:

1) En Adi Asraf bin Yusof (Peg Farmasi UF48, Cawangan ……………..)


2) En. Khairul Anuar bin Mahusin (Peg Farmasi UF41, CPF)
3) Cik Farah Nadzirah Binti Khalid (Peg Farmasi UF41, CPF)
4) Puan Suhaima binti Sulong (Setiausaha Pejabat, N29)

KIV kak Melor Seterusnya, majlis menjemput,

Puan Melor binti Sujut (kak melor) yang telah dapat bertukar keluar dari Bahagian
Perkhidmatan Farmasi pada Mei lepas, untuk berikan sepatah dua kata.

(KIV hadiah penghargaan)

Penutup Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang
diraikan atas ucapan yang diberikan sebentar tadi.

Semua para hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan di
bahagian ruang legar berhampiran bilik mesyuarat ini.

Sehingga itu shj daripada kami, sekian terima kasih.

You might also like